• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH BAB 1 6 PENGENALAN Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kajian 15

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH BAB 1 6 PENGENALAN Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kajian 15"

Copied!
51
0
0

Teks penuh

(1)

i

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i

SENARAI JADUAL iv

SENARAI RAJAH v

BAB 1 6

PENGENALAN 6

1.1 Pendahuluan 6

1.2 Latar Belakang Kajian 8

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 15

1.4 Objektif Kajian 17

1.5 Persoalan Kajian 18

1.6 Hipotesis Kajian 18

1.7 Kepentingan Kajian 19

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 19

1.7.2 Guru-Guru 19

1.7.3 Pengkaji-Pengkaji lain 20

1.8 Skop dan Batasan Kajian 20

(2)

ii

1.9 Definisi Istilah 21

1.8.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) 21 1.8.2 Pembelajaran Berasakan Projek (PBP) 21 1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 22

1.10 Kesimpulan 23

BAB 2 24

SOROTAN KAJIAN 24

2.0 Pendahuluan 24

2.1 Perubahan dan Tuntutan Pedagogi Abad ke-21 24 2.2 Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 25

2.3 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran

dan Pembelajaran (PdP) 27

2.4 Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) 28

2.4.1 Pengetahuan Kandungan 31

2.4.2 Pengetahuan Pedagogi 32

2.4.3 Pengetahuan Teknologi 33

2.4.4 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) 33

2.4.5 Pengetahuan Teknologi Kandungan 34

2.4.6 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 35

(3)

iii

2.4.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan 35 2.5 Kemahiran Guru dan Pelajar Abad ke-21 36

2.6 Kesimpulan 38

BAB 3 39

METODOLOGI 39

3.1 Pendahuluan 39

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 43

3.5 Kerangka Konseptual Kajian 44

3.6 Ringkasan Ujian Statistik 45

3.7 Kesimpulan 46

Rujukan 47

(4)

iv

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Kluster Program Kemahiran Vokasional di Kolej Vokasional 11 Jadual 2: Perbezaan Sistem Pendidikan Masyarakat Industri dan Sistem

Pendidikan Masyarakat Maklumat 26

Jadual 3: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Traditional dan Persekitaran

Pembelajaran Kini 27

Jadual 4: Senarai Kolej Vokasional Yang Menyediakan Bidang Teknologi

Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik 41

Jadual 5: Ringkasan Instrumen Kajian 43

Jadual 6: Ringkasan Ujian Statistik Mengikut Persoalan Kajian 45

(5)

v

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Model Skematik Kurikulum Kolej Vokasional 11 Rajah 2: Model Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran 14

Rajah 3: Pengetahuan Pedagogi Kandungan 29

Rajah 4: Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan 30

Rajah 5 : Kemahiran Abad ke-21 37

Rajah 6: Kerangka Konseptual Kajian 44

(6)

6 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan bukan sahaja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang pelajar, malah ia juga merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal insan dan ekonomi sesebuah negara. Sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju dan boleh memenuhi keperluan negara dalam menyahut cabaran-cabaran seperti terkandung dalam wawasan 2020 (Ahmad Badawi, 2010).

(7)

7

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP 2006- 2010 menekankan matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berkemahiran dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya sains dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Matlamat ini jelas menunjukkan aspirasi pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan menepati tuntutan perubahan keperluan tenaga kerja era globalisasi kini (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006).

Sistem pendidikan negara terpaksa menerima cabaran-cabaran baharu ini kerana perubahan dalam masyarakat sememangnya dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikan (Dr. Noor Hisham Md Nawi, 2011). Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan PIPP 2006-2012 kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Laporan awal pelan tersebut memaklumkan, pelan itu menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif perlaksanaan yang direncanakan dengan lebih terperinci bagi mencapai matlamat pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan negara maju. Keperluan negara maju adalah melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas dan mendalam, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan dan mempunyai kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

(8)

8

Perkembangan yang sangat pesat dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat (TMK) telah memberi impak dan perubahan yang ketara kepada sistem pendidikan negara. Bidang TMK telah membuka peluang dan memberi cabaran yang berbeza dan baru kepada guru dan pelajar dalam menambahbaik amalan pengajaran dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran berbanding amalan pengajaran dan pembelajaran tradisional yang telah lama diamalkan sejak sekian lamanya. Walau bagaimanapun, guru harus sentiasa sedar bahawa TMK hanyalah bertindak sebagai satu alat dalam pengajaran dan guru itu sendiri sebenarnya yang menentukan kualiti pembelajaran yang diterima oleh pelajar. Justeru, guru perlu memantapkan pengetahuan mereka dari segi pedagogi, isi kandungan mahupun teknologi (Surif, Ibrahim, & Hassan, 2012).

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengajian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) dihasratkan untuk memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Perlantikan Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan pada pertengahan tahun 1995 telah membuka era baru dalam sistem pendidikan negara (Shahril dan Habib, 1999). Banyak perubahan berlaku dalam pelbagai bidang pendidikan termasuk penumpuan khas dalam aliran teknik dan vokasional. Kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pendidikan dan pusat-pusat latihan yang menawarkan pembelajaran di dalam kedua-dua aliran ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan samada yang dikendalikan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Fenomena ini berlaku berikutan penekanan yang diberikan oleh kerajaan dalam kedua-dua bidang berkenaan. Langkah itu wajar bagi melahirkan tenaga mahir yang inovatif dan memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pendidikan teknikal bukan hanya merangkumi latihan semata-mata, malah sikap positif serta keterampilan individu sentiasa diberi keutamaan dalam

(9)

9

mewujudkan tenaga kerja yang serba boleh (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1993).

PTV merupakan satu aliran yang merangkumi bidang akademik dan kemahiran yang khusus dilaksanakan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) di seluruh negara. Tujuan pendidikan ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang professional dan separuh professional dalam bidang kejuruteraan (Ahmad Tajudin, 2007). Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Ahmad Tajudin berkata pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya bergelar usahawan selari dengan transformasi dalam pendidikan teknik dan vokasional (Ahmad Tajudin, 2011). Ini selaras dengan matlamat BPTV iaitu PTV bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal dan vokasional, serta mampu mengaplikasikan teknologi dan asas keusahawanan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Tugas ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang digalas oleh BPTV di bawah KPM yang merancang dan menggubal kurikulum PTV dan melahirkan tenaga kerja yang profesional dan separuh profesional terutamanya dalam bidang kejuruteraan bagi memenuhi permintaan perindustrian negara.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang terutamanya aliran vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari akan kepentingan PTV untuk menjayakan aspirasi negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang diperkenalkan pada 2011 merupakan usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh

(10)

10

sumber manusia yang responsif kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja. Perekayasaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011-2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa lonjakan (2011-2013), fasa peningkatan (2014-2016) dan fasa pemerkasaan (2017- 2020). Tindakan strategik pada setiap fasa ditumpukan kepada pencapaian lima objektif berikut: (1) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil, kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan; (2) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi; (3) Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan; (4) Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya menjadi usahawan yang berdaya saing; dan (5) Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Kurikulum Kolej Vokasional ialah kurikulum pendidikan khusus untuk pelajar yang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional pascamenengah di Kolej Vokasional (KV). Kurikulum KV digubah mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan dan aras pembelajarannya menepati keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4. Ciri utama Kurikulum KV: (1) Orientasi pembelajaran berasaskan pekerjaan; (2) Kandungan pembelajaran berasaskan kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi teori-amali ialah 30:70; (3) Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70. (4) Terbina daripada empat elemen — ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi; (5) Merentasi tiga domain iaitu jati diri (hearts-on), ketajaman minda (hearts-on) dan kecekatan (hands-on) dan (6) Program pengajian bermodular

(11)

11

mengikut kluster yang memenuhi keperluan NKEA dan bernilai tinggi (high exchange value). Model skematik kurikulum KV ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Model Skematik Kurikulum Kolej Vokasional

Setiap kluster program kemahiran vokasional yang ditawarkan mengandungi beberapa kursus yang berkaitan dengan bidang pekerjaan berimpak tinggi yang diperlukan oleh industri dalam sesuatu wilayah ekonomi. Kluster program tersebut dipaparkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Kluster Program Kemahiran Vokasional di Kolej Vokasional

BIDANG KURSUS

1. Teknologi Kejuruteraan Awam

1. Teknologi Pembinaan

2. Teknologi Perkhidmatan dan Penyenggaraan Bangunan

3. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

4. Pemesinan Industri 5. Teknologi Kimpalan 6. Teknologi Automotif

7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

(12)

12 3. Teknologi Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik

8. Teknologi Elektrikal 9. Teknologi Elektronik 10. Teknologi Telekomunikasi 11. Teknologi Mekatronik 4. Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

12. Sistem Komputer dan Rangkaian 13. Reka Bentuk Grafik Pembungkusan Industri

14. Multimedia Pengiklanan

15. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Sesawang

5. Pertanian 16. Agroindustri Tanaman 17. Agroindustri Ruminan 18. Agroindustri Poultri 19. Agroindustri Herba 20. Hortikultur Hiasan 21. Lanskap

22. Bioteknologi Pertanian 23. Mekanisasi Pertanian

24. Pemprosesan Hasil Pertanian 25. Akuakultur

26. Floriskultur

6. Perniagaan 27. Pengurusan Perniagaan 28. Perakaunan

29. Kesetiausahaan Pentadbiran 30. Insurans

31. Perbankan 32. Pemasaran

33. Pengurusan Peruncitan 7. Hospitaliti 34. Pelancongan

35. Seni Kulinari

36. Bakeri dan Konfeksi

37. Fesyen dan Pembuatan Pakaian

(13)

13

38. Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak 39. Kosmetologi

8. Teknologi Kejuruteraan Marin

40. Teknologi Enjin Marin 41. Teknologi Pembuatan Bot 9. Sistem Sokongan Seni dan

Budaya

42. Pengurusan Acara

43. Teknologi Pengurusan Pentas 10. Pengangkutan 44. Penyenggaraan Pesawat

11. Sains Kesihatan 45. Teknologi Penyenggaraan Tran 46. Teknologi Makmal Perubatan 47. Teknologi Peralatan Kecemasan 48. Kejururawatan

49. Perkhidmatan Kecemasan 50. Perkhidmatan Forensik

51. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 52. Kesihatan Alam Sekitar

12. Industri Sukan 53. Penyenggaraan Ekuin

Pendekatan kemahiran abad ke-21 yang berkesan dalam kurikulum direka untuk pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (Wiggins &

McTighe, 2005). Kurikulum sebegini memberi manfaat kepada guru kerana ianya bertujuan untuk melahirkan kefahaman yang mendalam mengenai kemahiran abad ke-21 dalam semua subjek. Proses PdP tidak lagi menjadi proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar manakala murid hanya menyalin dan menghafal sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan.

Satu model telah dibentuk bagi menerangkan perkaitan antara pelajar sebagai input dan outputnya adalah hasil pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan Model Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran.

(14)

14

Rajah 2: Model Hubungan antara Proses Pengajaran dan Hasil Pembelajaran

Dalam bertindak balas kepada isu ini, kurikulum yang komprehensif dengan pedagogi yang betul dan sesuai serta sokongan mesti diperkenalkan kepada pelajar terutama dalam program latihan guru kerana guru merupakan pemangkin kepada pembangunan nilai-nilai dan tingkah laku. Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006).

KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk menggalakkan inovasi dan sekali gus mengintegrasikan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam PdP (Veerasamy, 2010), manakala Zimmerman (2010) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Pengkaji-pengkaji seperti

Pelajar Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(Pengalaman pembelajaran berdasarkan interaksi isi pelajaran, kaedah mengajar

dan bahan pengajaran)

Hasil Pembelajaran

(Pengetahuan, pemahaman, sikap, minat, penghargaan

dan kemahiran)

(15)

15

Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia.

PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang PdP dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu. PBP dilihat sebagai pendekatan yang berpotensi dalam menggalakkan pembangunan lestari dengan andaian yang pelajar akan belajar lebih baik apabila apa yang mereka belajar adalah bermakna, berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar mereka dan akan yang membolehkan mereka mengalaminya. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) adalah satu rangka kerja untuk memahami dan menerangkan jenis pengetahuan yang diperlukan oleh guru untuk integrasi berkesan teknologi dalam semua bidang pengajaran. Rangka kerja PTPK berpendapat bahawa integrasi teknologi yang berkesan untuk kandungan pengajaran memerlukan kefahaman dan hubungan antara ketiga-tiga komponen: teknologi, pedagogi, dan kandungan (American Association of Colleges of Teacher Education and the Partnership for 21st Century Skills, 2010).

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Sebagai seorang guru, proses membuat keputusan berkenaan kaedah yang sesuai untuk menggunakan TMK dalam pengajaran perlu mengambil kira kandungan mata pelajaran yang akan diajar, teknologi yang akan digunakan, dan kaedah pedagogi yang akan dipraktikkan. Selain itu, mereka perlu memikirkan tentang hubungan penting antara konsep-konsep ini:

kandungan, teknologi dan pedagogi. Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan

(16)

16

Isi Kandungan (PTPK) merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi dan memerlukan pemahaman tentang perwakilan konsep melalui penggunaan teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan teknologi secara membina untuk menyampaikan kandungan serta pengetahuan tentang pengetahuan sedia ada pelajar (Jang & Tsai, 2013).

Kerangka teori PTPK guru adalah satu interaksi yang kompleks antara tiga domain pengetahuan iaitu kandungan, pedagogi dan teknologi (Mishra &

Koehler, 2006). Kajian yang dijalankan menggunakan model PTPK telah banyak dijalankan di luar negara samaada dalam bentuk kajian kuantitatif (Archambault & Barnett, 2010; Chai, Ling Koh, Tsai, & Lee Wee Tan, 2011;

Jang & Tsai, 2013; Chai, Ng, Li, Hong, & Koh, 2013) atau kajian kualitatif (Harris & Hofer, 2011; McGrath, Karabas, & Willis, 2011; Pamuk, 2012).

Kesemua komponen dalam kerangka kerja PTPK telah banyak digunakan dalam kajian PTPK sebagai teori asas untuk memahami skop kemahiran TMK para guru (Stewart & Robinson, 2013; Hashim & Phang, 2013; Harris & Hofer, 2011; dan Zainal, Mustapha, & Habib, 2009). Kajian-kajian yang dijalankan mengenai PTPK banyak tertumpu kepada hubung kait antara komponen- komponen yang terdapat di dalam kerangka kerja PTPK untuk melihat pembentukan PTPK bagi guru seperti yang ditunjukkan dalam kajian-kajian yang dilakukan luar negara (Graham, 2011). Selain itu, banyak penyelidik telah menunjukkan minat dalam melakukan kajian berkenaan integrasi pengetahuan teknologi dalam pengajaran untuk guru pra-perkhidmatan (Hardy, 2010;Özgün-koca, Meagher, & Edwards, 2010; Srisawasdi, 2012) dan guru yang telah lama berkhidmat (Jimoyiannis, 2010; Kasim & Tamuri, 2010;

Messina & Tabone, 2012).

PTPK merangkumi pengetahuan tentang sesuatu topik yang tertentu dalam sesuatu domain yang khusus menggunakan sesuatu teknologi yang tertentu serta pendekatan pedagogi yang sesuai. Ini bermakna setiap topik mahupun subtopik dalam sesuatu mata pelajaran tertentu memerlukan PTPK yang berbeza. Bagi memenuhi jurang kajian tersebut, pengkaji mendapati bahawa kajian lanjutan perlu dilakukan terhadap tahap PTPK guru terhadap

(17)

17

kaedah PBP dan TMK dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej Vokasional.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek amalan pengajaran PBP.

2. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengintegrasian TMK.

3. Menentukan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengetahuan kandungan mengenai bidang teknologi elektrik.

4. Menentukan tahap pencapaian pelajar Teknologi Elektrik dan Elektronik dalam perlaksanaan Pentaksiran Standart Kompentensi Semester 2.

5. Membandingkan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan bidang pengajian.

6. Menentukan hubungan antara tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej Vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dengan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar.

(18)

18 1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek amalan pengajaran PBP?

2. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengintegrasian TMK?

3. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengetahuan kandungan mengenai bidang teknologi elektrik?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan bidang pengajian?

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan bidang pengajian?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian dibina berdasarkan objektif kajian seperti yang dinyatakan sebelum ini. Hipotesis yang akan dikaji adalah hipotesis penyelidikan (Ha) manakala hipotesis yang akan diuji adalah hipotesis nol (H0).

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan bidang pengajian.

(19)

19 1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan seiring dengan hasrat dan penekanan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap perlaksanaan PBP sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bestari abad ke-21 yang dilihat mampu menjadi sebagai satu usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan negara bertaraf dunia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Memandangkan PBP adalah satu inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, maka lebih banyak kajian berasaskan faktor dan elemen tempatan perlu dilaksanakan. Hal ini khususnya berkaitan dengan aspek guru yang masih kurang dikaji sedangkan guru mempunyai peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan PBP. Kepentingan-kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian yang dijalankan akan dapat memberi maklumat mengenai tahap PTPK di kalangan guru khususnya terhadap PBP dan integrasi TMK di Kolej Vokasional kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat ini amat berguna kerana pihak kementerian dalam membentuk polisi ataupun rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak guru alaf-21.

1.7.2 Guru-Guru

Daripada kajian ini, guru-guru boleh memperbaiki tahap PTPK ke tahap yang lebih baik bagi meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru-guru dapat merangka sistem pembelajaran yang sesuai bagi pelajar-pelajar selain mengambilkira dapatan ini dalam membuat sebarang rancangan perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada pelajar.

(20)

20 1.7.3 Pengkaji-Pengkaji lain

Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat membantu penyelidik- penyelidik lain dalam membuat penyelidikan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Seterusnya penyelidik-penyelidik lain juga boleh mengembangkan kajian berkaitan PTPK pembelajaran kepada kajian yang lebih meluas.

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan skop dan beberapa batasan kajian melibatkan objektif kajian, populasi kajian, tempat kajian dan juga instrument kajian yang digunakan khusus untuk kajian ini sahaja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik dari tiga aspek iaitu pendekatan pengajaran PBP, integrasi TMK serta pengetahuan pedagogi kandungan bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej Vokasional. Aspek pendekatan pengajaran PBP dalam kajian ini melibatkan enam konstruk iaitu matlamat perlaksanaan PBP, konsep, elemen, kriteria, prosedur perlaksanaan dan hasil pembelajaran PBP. Aspek pengintegrasian TMK melibatkan penggunaan bahan TMK yang sesuai dengan pedagogi iaitu pendekatan pengajaran PBP serta kandungan pengajaran yang akan diajar. Aspek kandungan bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik melibatkan pengetahuan guru mengenai subtopik Teknologi Elektrik dan Elektronik terutamanya yang melibatkan perlaksanaan pentaksiran standart kompetensi. Populasi kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik yang menjalankan pentaksiran standart kompetensi.

(21)

21 1.9 Definisi Istilah

1.8.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi dan memerlukan pemahaman tentang perwakilan konsep melalui penggunaan teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan teknologi secara membina untuk menyampaikan kandungan serta pengetahuan tentang pengetahuan sedia ada pelajar (Mishra, Koehler, & Harris, 2009). Kerangka teori PTPK guru adalah satu interaksi yang kompleks antara tiga domain pengetahuan iaitu kandungan, pedagogi dan teknologi. Terdapat tujuh komponen di dalam kerangka teori PTPK ini iaitu (i) Pengetahuan Teknologi (PT), (ii) Pengetahuan Pedagogi (PP), (iii) Pengetahuan Kandungan (PK), (iv) Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (PPK), (v) Pengetahuan Teknologi dan Pedagogi (PTP), (vi) Pengetahuan Teknologi dan Kandungan (PTK) dan (vii) Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK).

1.8.2 Pembelajaran Berasakan Projek (PBP)

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains.

Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh

(22)

22

guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

(23)

23 1.10 Kesimpulan

Kajian ini dijalanakan untuk mengenalpasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional. Kajian turut melibatkan hubungan antara pembolehubah yang terlibat untuk membantu pihak pemegang taruh melaksanakan program latihan dengan berkesan.

(24)

24 BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK).

2.1 Perubahan dan Tuntutan Pedagogi Abad ke-21

Pedagogi berasal daripada perkataan Yunani; pedagogue yang membawa maksud seorang pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesa. Pedagogi adalah bidang yang berkaitan dengan penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pedagogi guru mestilah mampu menyediakan murid untuk menghadapi cabaran kerjaya bagi mengisi pasaran tenaga kerja era digital yang memerlukan mereka menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bijak mendapatkan maklumat daripada pelgabai sumber serta mempunyai kemahiran insaniah melibatkan kecerdasan akal dan emosi dalam berkomunikasi dan berkolaborasi. Justeru, guru sebagai agen utama

(25)

25

dalam pendidikan perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang pedagogi terkini dan menekankan strategi-strategi pengajaran berpusatkan pelajar menggunakan pendekatan konstruktivisme yang sangat dominan dan dilihat sangat sesuai dan mampu menyokong persekitaran pembelajaran pada masa kini.

Perubahan dan tuntutan baharu pedagogi bestari pada abad ke-21 ini memberi tiga implikasi kepada guru iaitu, guru dituntut untuk mempunyai pengetahuan bagaimana mengajar semua disiplin iaitu pengetahuan pedagogi kandungan. Seterusnya, guru perlulah menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan pengintegrasian TMK dalam pengajaran yang meliputi kemahiran teknologi pedagogi kandungan. Guru juga perlu menguasai kemahiran berfikir, kemahiran fasilitator, kemahiran pedagogi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta kemahiran berkaitan dengan tugasan profesional (professional task). Dalam aspek penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah berfikiran terbuka dan fleksibel terhadap perubahan serta mampu bertindak sebagai pemimpin perubahan (leader of change) yang sentiasa membuat refleksi. Tuntutan semasa memberi cabaran baru kepada profesion keguruan dan sekaligus menuntut guru untuk melakukan anjakan paradigma dalam aspek teknologi pedagogi bagi memastikan mereka mampu menjadi pendidik yang berkesan pada abad ke- 21 (The North American Council for Online Learning and Skills, 2006; Silva, 2008).

2.2 Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Penggunaan teknologi atau TMK dalam PdP, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses PdP. Oleh kerana itu kita berupaya menggunakannya dengan terancang dan berfikrah. Penggunaan TMK secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan

(26)

26

paradigma dalam proses PdP. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Anjakan ini adalah dari sistem pendidikan masyarakat industri kepada masyarakat maklumat apabila pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Persekitaran pembelajaran kini adalah yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1 dan 2 menunjukkan perbezaan sistem pendidikan sedia ada dan sistem pendidikan abad ke-21.

Jadual 2: Perbezaan Sistem Pendidikan Masyarakat Industri dan Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat

Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri

Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat Guru • Pencetus pengajaran

• Pengajaran secara keseluruhan kelas

• Menilai pelajar

• Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah

• Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran

• Bimbing pelajar belajar kendiri

• Bantu pelajar menilai progress sendiri

• Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang tinggi.

Pelajar • Kebanyakkannya pasif

• Belajar kebanyakannya di sekolah

• Sukar dalam kerja berkumpulan

• Ambil soalan dari buku atau guru

• Belajar menjawab soalan

• Minat belajar rendah

• Lebih aktif

• Belajar di sekolah dan di luar sekolah

• Lebih kerja berkumpulan

• Bertanya soalan

• Mendapat jawapan untuk menjawab soalan

• Minat yang tinggi

(27)

27

Jadual 3: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Traditional dan Persekitaran Pembelajaran Kini

Persekitaran Pembelajaran Tradisional

Persekitaran Pembelajaran Kini

• Pemusatan Guru • Pemusatan Pelajar

• Simulasi satu cara / arah • Pelbagai sitmulasi

• Perkembangan satu laluan • Pelbagai laluan perkembangan

• Satu media • Pelbagai media

• Kerja bersendirian • Kerja secara kolaboratif

• Menyalurkan maklumat • Bertukar maklumat

• Pembelajaran pasif • Pembelajaran aktif / penerokaan / inkuiri penemuan

• Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta

• Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat

• Maklum balas reaktif • Tindakan proaktif / merancang

• Konteks terpisah dan tidak benar • Konteks dunia nyata dan authentic

2.3 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMK begitu pantas, sehinggakan kita rasa tidak mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik. Integrasi teknologi atau TMK dalam PdP tidak semestinya kan kita menguasi kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu yang penting kita harus menguasi pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK – ia kini

(28)

28

merupakan kemahiran asas bagi seorang guru) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan dengan integrasi teknologi dalam PdP, perancangan dan pelaksanaannya.

Bagi menghasilkan media PdP (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami dan berkemahiran dalam aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang penting dan utama ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi atau TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita sama sekali tidak mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

2.4 Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Shulman (1986) telah memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan isi kandungan, kepercayaan dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan isi kandungan dengan berkesan. Menurut Shulman (1986), pengetahuan tentang pedagogi perlu dikuasai oleh guru bagi mengajarkan pengetahuan mereka tentang kandungan subjek. Pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi perlu selaras bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lancar bagi mendapatkan kesan atau hasil pembelajaran yang optimum. PPK telah digunakan untuk menilai atau menentukan pengetahuan asas guru yang membezakan guru daripada seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar. Menurut Shulman, seorang guru mempunyai kebolehan untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada suatu bentuk yang lebih sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan latar belakang dan kebolehan pelajarnya. Ini

(29)

29

menunjukkan bahawa PPK bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi sahaja tetapi juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan latar belakang pelajarnya. Dalam ertikata lain, dua elemen penting dalam PPK ialah pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut. Mishra & Koehler (2006) menggambarkan kepentingan PPK Shulman seperti Rajah 2.

Rajah 3: Pengetahuan Pedagogi Kandungan

(Sumber: Punya Mishra & Matthew J.Koehler, 2006:1022)

Pengetahuan pedagogi am dalam PPK meliputi pengetahuan menggunakan teknologi pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan isi pelajaran supaya pengajaran memudahkan pembelajaran. Idea Shulman (1986) kemudiannya dikembangkan oleh Mishra & Koehler (2006) dengan menambahkan bulatan ketiga yang disebut sebagai pengetahuan teknologi seperti Rajah 2. Mereka memisahkan pengetahuan teknologi sebagai salah satu domain yang perlu bukan sahaja perlu dikuasai malah diadun dengan pengetahuan pedagogi dan kandungan. Menurut Mishra, Koehler, & Harris (2009), proses pengajaran dan pembelajaran perlu memanfaatkan perkembangan teknologi. Dengan menambahkan satu bulatan pengetahuan teknologi, mereka telah

C P

Pengetahuan Pedagogi Kandungan

(30)

30

mengembangkan idea Shulman tentang pasangan interseksyen pengetahuan yang dikenali sebagai Pengetahuan Pedagogikal Kandungan menjadi:

1. Pengetahuan Pedagogi Kandungan 2. Pengetahuan Teknologi Kandungan 3. Pengetahuan Teknologi Padagogi

4. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Rajah 4: Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

(Sumber: Punya Mishra & Matthew J.Koehler, 2006:1025)

Rajah 2 dan 3 menerangkan kaitan antara keempat-empat pasangan interseksyen pengetahuan tersebut dirumuskan sebagai Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Rajah 3 merupakan model pembentukan PTPK oleh Mishra & Koehler (2006). PTPK dianggap asas kepada pengajaran yang berkesan kerana menggabungkan pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan teknologi guru yang dimaksudkan

C P

Pengetahuan Pedagogi Kandungan

T

Pengetahuan Teknologi Kandungan

Pengetahuan Teknologi Pedagogi

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

(31)

31

merangkumi teknologi pendidikan asas seperti penggunaan buku teks, papan tulis, sehinggalah penggunaan teknologi terkini seperti komputer, internet, multimedia, papan interaktif dan seumpamanya yang digunakan bagi mempermudah proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membantu pelajar mendekati atau memahami subjek (Makmun, Mahamod, Taib, & Haron, 2011).

PTPK memerlukan pemahaman baik tentang konsep menggunakan teknologi yang sesuai dengan pedagogi yang digunakan untuk mengajar isi kandungan menjadikan pembelajaran lebih mudah, membantu menyelesaikan masalah yang dikemukakan atau membangunkan pengetahuan baru (Niess, 2005;

Hughes, 2005; dan Margerum-Leys, 2004). Setiap keadaan yang dilalui oleh guru menghendaki pengetahuan hasil gabungan unik daripada ketiga-tiga pengetahuan tersebut. Salah satu masalah yang dihadapi pada masa kini adalah kecenderungan melihat teknologi melebihi kepentingan komponen lain. Menurut Mishra & Koehler (2006), guru seharusnya melihat bagaimana teknologi digunakan tambahan pula dengan hanya memperkenalkan teknologi dalam proses pendidikan adalah tidak memadai. Tumpuan utama seharusnya adalah menyelidik bagaimana teknologi digunakan dengan baik berasaskan teori-teori proses mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan kandungan.

2.4.1 Pengetahuan Kandungan

Pengetahuan kandungan adalah pengetahuan tentang perkara yang perlu dipelajari oleh pelajar atau yang perlu diajar oleh guru (Mishra & Koehler, 2006). Kandungan yang perlu dipelajari oleh setiap subjek dan setiap subtopik adalah berbeza bergantung kepada huraian sukatan pelajaran. Jelas sekali, ini menunjukkan bahawa guru haruslah mengetahui dan memahami mata pelajaran yang perlu diajar, termasuk pengetahuan fakta asas, konsep, teori, dan prosedur amali untuk sesuatu topik; pengetahuan mengenai rangka kerja penerangan meliputi proses menyusun dan menyambung idea; dan pengetahuan mengenai bukti dan contoh dalam pengajaran (Shulman, 1986).

(32)

32

Guru juga perlu memahami sifat ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang berbeza. PTPK berkenaan sukatan pelajaran yang ditetapkan sangat penting dikaji kerana guru merupakan fasilitator bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar. Matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran ialah membolehkan pelajar mendapatkan kefahaman yang jelas dan meningkatkan prestasi mereka dalam pentaksiran.

2.4.2 Pengetahuan Pedagogi

Aspek pengajaran dan pembelajaran pula memerlukan keterampilan guru untuk mengadaptasi perkaedahan yang lebih bersesuaian dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar perlu dikuasai dan guru perlu bersedia untuk meninggalkan pendekatan tradisional yang selama ini diamalkan. Namun begitu, sejauhmanakah kesediaan guru untuk menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar masih menjadi tanda tanya. Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran pula, pendidikan abad ke-21 menuntut corak atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar.

Usaha ini perlu untuk melahirkan warganegara yang proaktif dan mampu menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif. Hal ini bermakna pendekatan tradisional atau konvensional yang lebih bersifat suapan dan lebih berpusatkan guru kini didapati tidak begitu relevan. Aktiviti pembelajaran yang dialami oleh pelajar itu seharusnya menjadi salah satu daripada proses pembelajaran itu sendiri. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif sepanjang proses itu.

Menurut Inan & Lowther (2010), guru seharusnya menguasai kaedah pengajaran yang lebih bersistem, dinamik dan memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pembelajaran pelajar hendaklah diubah daripada cara tradisional kepada cara yang lebih inovatif, proaktif dan dinamik serta menggalakkan gaya pembelajaran akses kendiri,

(33)

33

konstruktif, pembelajaran aktif, koperatif, kolaboratif, inkuiri dan seumpamanya yang lebih berfokuskan pelajar. Hal ini bertentangan dengan gaya pembelajaran tradisional dalam sistem asal yang lebih berfokuskan guru.

2.4.3 Pengetahuan Teknologi

Pengetahuan teknologi adalah pengetahuan tentang teknologi asas seperti buku, kapur dan papan hitam, dan teknologi yang lebih maju, seperti internet dan video digital. Ini melibatkan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan teknologi tertentu. Dalam hal teknologi digital, ini termasuklah pengetahuan mengenai sistem operasi dan perkakasan komputer, dan keupayaan untuk menggunakan set standard alat perisian seperti pemproses perkataan, spreadsheet, pelayar, dan e-mel. Pengetahuan teknologi termasuk pengetahuan tentang bagaimana untuk memasang dan mengeluarkan peranti persisian, memasang dan membuang program perisian, dan mewujudkan dokumen arkib. Kebanyakan bengkel teknologi standard dan tutorial cenderung untuk memberi tumpuan kepada pemerolehan kemahiran tersebut.

Sejak teknologi sentiasa berubah, sifat pengetahuan teknologi perlu beralih seiring dengan masa. Sebagai contoh, banyak peranti yang diberikan di atas (sistem operasi, pemproses perkataan, pelayar, dan lain-lain) pasti akan berubah, dan mungkin juga hilang, pada tahun-tahun akan datang. Keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru (tidak kira apa teknologi khusus) masih akan menjadi penting.

2.4.4 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK)

Idea pengetahuan kandungan pedagogi selaras dengan idea Shulman iaitu pengetahuan pedagogi yang digunakan bagi pengajaran kandungan tertentu.

Pengetahuan ini termasuk mengetahui apa pendekatan mengajar-ing muat kandungan, dan begitu juga, mengetahui bagaimana unsur-unsur kandungan boleh diatur untuk pengajaran yang lebih baik. Pengetahuan ini adalah berbeza daripada pengetahuan pakar disiplin dan juga dari pengetahuan

(34)

34

pedagogi am dikongsi oleh guru-guru dalam semua bidang. PTPK adalah perwakilan dan perumusan konsep, teknik pedagogi, pengetahuan apa yang membuat konsep yang sukar atau mudah untuk diajar, pengetahuan sedia ada sebelum mengajar, dan teori epistemologi. Ia juga melibatkan pengetahuan strategi pengajaran yang menggabungkan perwakilan konsep yang sesuai untuk menangani masalah pelajar dan miskonsepsi dan memupuk persefahaman yang bermakna. Ia juga termasuk pengetahun mengenai apa yang perlu diajar kepada pelajar membawa kepada keadaan pembelajaran, pengetahuan yang mungkin sama ada mudah cara atau tidak berfungsi untuk tugasan pembelajaran tertentu.

2.4.5 Pengetahuan Teknologi Kandungan

Kemahiran mengumpul maklumat merupakan kemahiran abad-21 yang sangat penting dikuasai oleh pelajar sekolah. Dunia maklumat adalah dunia tanpa sempadan. Dengan kemudahan internet dan laman sesawang bermaklumat, pelajar seharusnya mempunyai perbendaharaan maklumat yang tidak terbatas. Pelajar seharusnya datang ke bilik darjah dengan maklumat-maklumat yang lebih lengkap dan lebih mencabar. Pelajar moden tidak hanya perlu bergantung kepada nota sediaan guru. Kini guru hanya sebagai penyelia, fasilitator, dan pembimbing. Manakala sumber maklumat yang sebenarnya adalah persekitaran pelajar dan dunia sebenar. Oleh itu, pelajar perlu dibimbing untuk merujuk, membaca dan mensintesis maklumat melalui bahan bacaan yang pelbagai, perpustakaan, arkib negara, muzium, internet, malahan berupaya melaksanakan kajian lapangan seperti menemu bual dan membuat pemerhatian. Pendekatan tradisonal yang lebih berpusatkan guru kini dianggap tidak relevan dengan arus globalisasi. Pelajar perlu berdikari dan memiliki inisiatif terhadap gaya pembelajaran kendiri.

Budaya meneroka perlu diasuh dan dipertajam dengan memanfaatkan kemahiran abad-21, antaranya kemahiran mengumpul maklumat dan teknologi komunikasi. Pengadaptasian dan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku. Namun, hal ini

(35)

35

memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru dan pelajar. Usaha pihak kementerian dalam menyediakan prasarana dan kemudahan teknologi pendidikan akan menjadi sia-sia jika kemudahan ini tidak digunakan dengan sewajarnya. Justeru, pengetahuan guru dalam teknologi kandungan dan teknologikal pedagogi kini semakin penting dan kajian mengenainya perlu dilaksanakan.

2.4.6 Pengetahuan Teknologi Pedagogi

Pengetahuan teknologi pedagogi adalah pengetahuan tentang kewujudan, komponen, dan keupayaan pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan sebaliknya, mengetahui bagaimana pengajaran mungkin berubah akibat menggunakan teknologi tertentu. Ini mungkin termasuk pemahaman bahawa pelbagai alat wujud untuk tugas tertentu, keupayaan untuk memilih alat yang berasaskan kepada kecergasan, strategi untuk menggunakan alat, dan pengetahuan strategi pedagogi dan keupayaan untuk lapis mereka strategi untuk digunakan teknologi. Ini termasuk pengetahuan tentang alat untuk mengekalkan rekod kelas, kehadiran, dan penggredan, dan pengetahuan idea berasaskan teknologi generik seperti WebQuests, papan perbincangan, dan bilik-bilik.

2.4.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan adalah satu bentuk muncul pengetahuan yang melampaui ketiga-tiga komponen (kandungan, pedagogi, dan teknologi). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan merupakan asas pengajaran yang baik dengan menintegrasikan teknologi dan memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang sesuai dengan menggunakan teknologi dalam proses pengajaran; pengetahuan tentang konsep yang sukar atau mudah untuk diajar dan bagaimana teknologi boleh membantu membetulkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar;

pengetahuan terdahulu dan teori epistemologi pelajar; dan pengetahuan

(36)

36

tentang bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membina pengetahuan yang sedia ada dan untuk membangunkan epistemologi baru atau mengukuhkan yang lama.

Oleh itu, model integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan kandungan yang baik memerlukan gabungan antara ketiga- tiga sumber utama pengetahuan iaitu: teknologi, pedagogi, dan kandungan.

Pengajaran yang berkualiti memerlukan pemahaman yang kompleks mengenai hubungan antara teknologi, kandungan, dan pedagogi, dan menggunakan pemahaman ini untuk membangunkan strategi dan perwakilan konteks khusus sesuai. Integrasi teknologi produktif dalam pengajaran perlu mempertimbangkan ketiga-tiga sumber pengetahuan ini tanpa pengasingan, tetapi perlu mendalami perhubungan yang kompleks dalam sistem yang ditakrifkan oleh ketiga-tiga unsur utama ini.

2.5 Kemahiran Guru dan Pelajar Abad ke-21

Penekanan terhadap pemerolehan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan murid yang dilahirkan oleh sistem pendidikan mempunyai kemampuan untuk menghadapi cabaran-cabaran alaf baharu ini (American Association of Colleges of Teacher Education and the Partnership for 21st Century Skills, 2010) dan bukannya masih berlegar dengan kemahiran-kemahiran zaman yang telah berlalu.

Justeru, pihak sekolah dan guru-guru perlu menerapkan kemahiran- kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat dikuasai oleh murid.

The Partnership for 21st Century Skills (www.21stcenturyskills.org) telah menggariskan empat kemahiran utama yang dikuasai oleh murid abad ke-21.

Rajah 5 menunjukkan kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh pelajar.

(37)

37

Rajah 5 : Kemahiran Abad ke-21

(Sumber: http://www.p21.org)

Pertama, kemahiran dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa dunia, Sains, Matematik, Ekonomi, Sains, Geografi, Sejarah dan Sivik & Kenegaraan. Kedua, melibatkan kemahiran belajar dan inovasi yang memerlukan kemahiran dari aspek kreativiti, pemikiran kritis, kemahiran komunikasi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak. Ketiga adalah kemahiran teknologi maklumat, literasi menggunakan dan menghasilkan media dan literasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Keempat adalah kemahiran melibatkan aspek kehidupan seharian dan kerjaya iaitu kemampuan untuk menyesuaikan diri dan fleksibel dengan persekitaran, mempunyai inisiatif yang tinggi berkumpulan, mampu menguruskan projek dan menghasilkan produk berkualiti tinggi, mampu memimpin, bertanggung jawab dan mempunyai kualiti peribadi yang mantap.

(38)

38

Secretary’s Commision on Achieving Necessary Skills (SCANS) Amerika Syarikat pula menyenaraikan lima kecekapan yang mesti ada pada individu bagi menghasilkan tenaga kerja yang efektif dan produktif pada abad ke-21 iaitu kecekapan sumber, kecekapan intrapersonal, kecekapan maklumat, kecekapan sistem dan kecekapan menggunakan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). SCANS secara spesifik menggariskan enam kemahiran penting abad ke-21 yang mesti dikuasai oleh generasi era ini ialah:

i. Tanggung jawab personal dan sosial

ii. Merancang, berfikir secara kritis, menakul dan kreatif iii. Komunikasi interpersonal dan intrapersonal yang mantap iv. Memahami pelbagai budaya

v. Meramal dan membuat keputusan

vi. Menggunakan teknologi dan menentukan perkakasan atau perisian yang paling sesuai bagi sesuatu tugasan

Kemahiran abad ke-21 ini perlu diberi perhatian oleh guru-guru untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pengajaran yang sesuai. Menurut Educational Technology and Mobile Learning (www.educatorstechnology.com), terdapat 6 kaedah pengajaran yang perlu dikuasai oleh guru abad ke-21 antaranya adalah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Penemuan, Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Authentic dan Pembelajaran Berasaskan Projek.

2.6 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan mengenai cabaran perubahan pendidikan abad ke-21 yang mendorong kepada perubahan peranan guru khususnya yang melibatkan aspek pedagogi bestari dan integrasi TMK. Berdasarkan literatur dapat dilihat bahawa kajian mengenai tahap PTPK guru penting dalam menghadapi cabaran perubahan pendidikan alaf ke-21.

(39)

39 BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat dan instrument serta prosedur kajian yang akan digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk sesuatu penyelidikan merupakan struktur asas yang meliputi strategi secara umum berkenaan cara-cara menjalankan penyelidikan. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan deskriptif. Penyelidikan tinjauan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan tingkah laku dan mengumpulkan persepsi, pendapat atau pandangan, sikap dan kepercayaan individu tentang isu-isu semasa atau terkini dalam pendidikan.

Menurut Creswell (2012) penyelidikan tinjauan deskriptif digunakan bagi mengumpulkan data atau maklumat untuk membuat perancangan masa hadapan atau panduan untuk menganalisis hubungan antara pembolehubah kajian. Reka bentuk kajian tinjauan deskriptif didapati paling sesuai digunakan untuk kajian ini kerana reka bentuk ini bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji selain mampu menerangkan suatu

(40)

40

fenomena dan ternyata berkesan serta dapat menjimatkan masa berbanding reka bentuk lain. Justeru, reka bentuk kajian tinjauan deskriptif ini sangat bersesuaian dan mampu mengumpulkan maklumat bagaimana menerangkan mengenai tahap PTPK guru mengajar Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional dan data-data yang diperolehi pula mampu memberi sumbangan untuk tujuan perancangan dan penambahbaikan terhadap perlaksanaan PBP yang lebih berkesan di masa hadapan.

3.3 Populasi Kajian

Populasi merupakan kumpulan individu yang mempunyai beberapa ciri yang sama antara satu sama lain untuk dikenal pasti dan dikaji oleh penyelidik (Creswell, 2012). Secara umumnya populasi adalah sangat besar dan adalah mustahil untuk penyelidik menentukan data daripada setiap ahli di dalamnya.

Namun saiz sesuai untuk populasi juga berbeza-beza dan boleh menjadi sangat besar atau sangat kecil bergantung kepada bagaimana penyelidik mengidentifikasikan secara spesifik populasi yang hendak dikaji serta limitasi yang ditetapkan oleh penyelidik.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik, maka adalah penting bagi penyelidik untuk menggunakan populasi yang telah sesuai. Oleh kerana kajian ini melibatkan guru yang mengajar subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik, jadi kajian ini menumpukan kepada sekolah yang menyediakan aliran Teknologi Elektrik dan Elektronik di Kolej Vokasional. Merujuk kepada data oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, terdapat 52 buah Kolej Vokasional di Malaysia yang menyediakan aliran Teknologi Elektrik dan Elektronik. Jadual menunjukkan senarai Kolej Vokasional di Malaysia yang menawarkan aliran Teknologi Elektrik.

(41)

41

Jadual 4: Senarai Kolej Vokasional Yang Menyediakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

BIL SEKOLAH BIDANG

TEKNOLOGI ELEKTRIK

TEKNOLOGI ELEKTRONIK

1 KV ARAU √ √

2 KV KANGAR √ √

3 KV KULIM √ √

4 KV PULAU LANGKAWI √ √

5 KV ALOR SETAR √ √

6 KV NIBONG TEBAL √ √

7 KV BUTTERWORTH √ √

8 KV BATU LANCHANG √ √

9 KV BALIK PULAU √ √

10 KV SERI MANJUNG √ √

11 KV SERI ISKANDAR √ √

12 KV SLIM RIVER √ √

13 KV TAIPING √ √

14 KV KUALA KANGSAR √

15 KV LEBUH CATOR √ √

16 KV SUNGAI BULOH √ √

17 KV KLANG √ √

18 KV SETAPAK √ √

19 KV MELAKA TENGAH √ √

20 KV DATUK SERI MOHD ZIN √ √

21 KV PORT DICKSON √ √

22 KV AMPANGAN √ √

23 KV KUALA KLAWANG √ √

24 KV JUASSEH √ √

25 KV BATU PAHAT √ √

26 KV SEGAMAT √ √

(42)

42

27 KV KOTA TINGGI √ √

28 KV MUAR √ √

29 KV KLUANG √ √

30 KV TANJUNG PUTERI √ √

31 KV TENGKU AMPUAN AFZAN

√ √

32 KV SULTAN AHMAD SHAH √ √

33 KV SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH

√ √

34 KV TEMERLOH √ √

35 KV KUANTAN √ √

36 KV KUALA KRAI √ √

37 KV PENGKALAN CHEPA √ √

38 KV TANAH MERAH √ √

39 KV KUALA TERENGGANU (WAKAF TEMBUSU)

√ √

40 KV KEMAMAN √ √

41 KV BESUT √ √

42 KV KUDAT √ √

43 KV KENINGAU √ √

44 KV LABUAN √ √

45 KV SANDAKAN √

46 KV TAWAU √ √

47 KV LIKAS √ √

48 KV BEAUFORT √ √

49 KV KUCHING √

50 KV MATANG √ √

51 KV BETONG √ √

52 KV SIBU √

(43)

43 3.4 Instrumen Kajian

Pengumpulan data kajian dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik. Soal selidik adalan alat utama dalam mengumpul data dalam penyelidikan Instrument soal selidik yang digunakan dalam kajian adalah alat utama dalam mengumpul data dalam penyelidikan deskriptif. Penggunaan soal selidik sebagai instrumen amat sesuai bagi mencapai objektif kajian ini kerana kebanyakan soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi sikap, motivasi, perasaan, pandangan dan istilah-istilah yang boleh dirangkumkan sebagai nilai efektif.

Soal selidik kajian ini adalah diubahsuai berdasarkan soal selidik yang dibangunkan oleh Schmidt, Baran, & Thompson (2010). Instrument terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Demografi), Bahagian B (amalan pengajaran PBP), Bahagian C (pengetahuan kandungan bidang Teknologi Elektrik) dan Bahagian D (integrasi TMK dalam PdP).

Setiap bahagian mengandungi konstruk tertentu seperti yang diperincikan dalam Jadual 5 berikut:

Jadual 5: Ringkasan Instrumen Kajian

Bahagian Aspek Bil Konstruk Bil Item

A Demografi - 5

B Amalan Pengajaran PBP 6 23

C Pengetahuan Kandungan 6 27

D Integrasi TMK 3 18

JUMLAH 73

(44)

44 3.5 Kerangka Konseptual Kajian

Dalam kajian yang melibatkan pengajaran berkesan, Meyer (1983) telah mencadangkan lima pembolehubah yang terlibat secara langsung dalam pengajaran berkesan iaitu: (i) ciri-ciri subjek; (ii) kaedah pengajaran yang digunakan; (iii) proses pembelajaran; (iv) hasil pembelajaran dan (v) prestasi.

Kajian ini walaubagaimanapun akan menggabungkan pembolehubah- pembolehubah yang melibatkan tiga aspek kognitif iaitu kandungan pengajaran, kaedah pengajaran dan penggunaan teknologi. Rajah 6 menunjukkan kerangka konseptual kajian.

Rajah 6: Kerangka Konseptual Kajian

Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Pengetahuan amalan pedagogi PBP

Pengetahuan Kandungan Teknologi Elektrik dan Elektronik

Pengetahuan Integrasi TMK

Tahap Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal

Kandungan (PTPK)

Kandungan (PKEE)

Pedagogi (PjBL)

Teknologi (ICT)

Faktor demografi:

• Pengalaman mengajar

• Bidang pengajian

(45)

45 3.6 Ringkasan Ujian Statistik

Rumusan ujian statistik yang akan digunakan bagi menjawab persoalan- persoalan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut.

Jadual 6: Ringkasan Ujian Statistik Mengikut Persoalan Kajian

Objektif

Kajian Persoalan Kajian Analisis Data

1 1. Apakah tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek amalan pengajaran PBP?

Deskriptif

• Frekuensi

• Peratus

• Min

• SP 2 2. Apakah tahap PTPK guru Teknologi

Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengintegrasian TMK?

Deskriptif

• Frekuensi

• Peratus

• Min

• SP 3 3. Apakah tahap PTPK guru Teknologi

Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional dari aspek pengetahuan kandungan mengenai bidang teknologi elektrik?

Deskriptif

• Frekuensi

• Peratus

• Min

• SP 4 4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan

tahap PTPK guru Teknologi Elektrik dan ELektronik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu

Inferensi

• Ujian-t

• ANOVA

(46)

46

pengalaman mengajar dan bidang pengajian?

5 5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan tahap PTPK guru Teknologi Elektrik di kolej vokasional dalam aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar?

Inferensi

• Ujian Korelasi Pekali Pearson

3.7 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap PTPK di kalangan guru Teknologi Elektrik dan Elektronik di kolej vokasional berdasarkan aspek amalan pengajaran PBP, pengintegrasian TMK dan pengetahuan kandungan mengenai bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Populasi kajian melibatkan guru yang mengajar bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik.

Instrument kajian adalah satu set soal selidik. Data kajian akan diproses menggunakan perisian SPSS versi 16.0 melibatkan statistic deskriptif dan statistic inferensi. Penganalisisan data akan dibuat berdasarkan lima persoalan kajian yang telah ditetapkan.

(47)

47 RUJUKAN

American Association of Colleges of Teacher Education and the Partnership for 21st Century Skills. (2010). 21st Century Knowledge and Skills in Educator Preparation (pp. 1–40).

Archambault, L. M., & Barnett, J. H. (2010). Revisiting technological pedagogical content knowledge: Exploring the TPACK framework.

Computers & Education, 55(4), 1656–1662.

doi:10.1016/j.compedu.2010.07.009

Bas, G. (2011). Investigating the effects of project-based learning on

students ’ academic achievement and attitudes towards english lesson.

The Online Journal of New Horizon In Education, 1(4), 1–15.

Bédard, D., Dalle, D., & Boutin, N. (2012). Problem-based and Project-based Learning in Engineering and Medicine : Determinants of Students ’ Engagement and Persistance. Interdisciplinary Journal of Problem- Based Learning, 6(2), 8–22.

Beddoes, K. D., Tech, V., Jesiek, B. K., & Borrego, M. (2010). Identifying Opportunities for Collaborations in International Engineering Education Research on Problem- and Project-Based Learning. Interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning, 4(2), 9–19.

doi:http://dx.doi.org/10.7771/1541-5015.1142

Chai, C. S., Ling Koh, J. H., Tsai, C.-C., & Lee Wee Tan, L. (2011). Modeling primary school pre-service teachers’ Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) for meaningful learning with information and

communication technology (ICT). Computers & Education, 57(1), 1184–

1193. doi:10.1016/j.compedu.2011.01.007

(48)

48

Chai, C. S., Ng, E. M. W., Li, W., Hong, H.-Y., & Koh, J. H. L. (2013).

Validating and modelling technological pedagogical content knowledge framework among Asian preservice teachers. Australian Journal of Educational Technology, 29(1), 41–53.

Creswell, J. W. (2012). Research Design - Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approacher 2nd Edition (pp. 1–262).

Dr. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. In Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011 (pp.

1–15).

Graham, C. R. (2011). Theoretical Considerations for Understanding

Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK). Computers &

Education, 57(3), 1953–1960. doi:10.1016/j.compedu.2011.04.010

Hardy, M. (2010). Enhancing preservice mathematics teachers’ TPCK.

Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching, 29(1), 73–

86. Retrieved from http://www.editlib.org/p/33136/

Harris, J. B., & Hofer, M. J. (2011). Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) in Action: A Descriptive Study of Secondary Teachers’ Curriculum-Based, Technology-Related Instructional

Planning. Journal of Research on Technology in Education, 43(3), 211–

229.

Hughes, J. (2005). The Role of Teacher Knowledge and Learning

Experiences in Forming Technology-integrated Pedagogy. Journal of Technology and Teacher Education, 13(2), 277–302.

Inan, F. A., & Lowther, Æ. D. L. (2010). Factors affecting technology integration in K-12 classrooms : a path model. Education Technology Research Development, 58, 137–154. doi:10.1007/s11423-009-9132-y

Referensi

Dokumen terkait

Siswa yang memiliki kemandirian belajar tinggi, hasil belajar IPA meliputi pokok bahasan hubungan sumber daya alam dengan lingkungan dan teknologi antara kelompok

Semakin berat, dan tinggi serta lebar tipe rel yang digunakan maka perjalanan kereta api barang angkutan barang semakin stabil dan terhindar dari

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

Pengaruh Nilai Tukar..., Retyssa Paramita Gunadi, FB UMN, 2016... Bank Sentral

Diakses melalaui situs http://publikasi.umy.ac.id/.. serta pencapaian tujuan yang maksimal dalam menghasilkan keputusan 20. Sehingga segala sesuatu yang bersifat rasio atau nalar

Contoh dari kelompok obat-obatan biguanida adalah metformin. Obat ini sering diresepkan pada pasien dengan obesitas yang refrakter hiperglikemia, disebabkan oleh

Untuk itu Departemen Kesehatan telah mengantisipasi dengan menetapkan Standar Laboratorium Pendidikan Tenaga Kesehatan, yang bertujuan untuk mendorong seluruh

Nilai dowel bearing strength terhadap balok kayu atau biasa dikatakan sebagai komponen utama (main member) disimbolkan dengan (F em ) sedangkan terhadap side member