• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2022. YBhg. Datuk/Dato /Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2022. YBhg. Datuk/Dato /Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2022

Semua Ketua PTJ

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

YBhg. Datuk/Dato’/Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

SKIM PEMBIAYAAN MOTOSIKAL UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan panduan dan syarat berkaitan permohonan pembelian motosikal di bawah Skim Pembiayaan Motosikal bagi staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (selepas ini dirujuk sebagai “Skim Pembiayaan Motosikal UPNM”). Pekeliling ini juga bertujuan untuk memperuntukkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang bertanggungjawab mengurus, memproses dan meluluskan Skim Pembiayaan Motosikal UPNM.

2.0 PUNCA KUASA

2.1 Skim Pembiayaan Motosikal UPNM telah diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan UPNM Bil. 2/2021 dan seterusnya telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.

2/2021.

2.2 Naib Canselor UPNM telah mewakilkan kuasa kepada Bendahari UPNM melalui surat perwakilan kuasa bagi tujuan yang dinyatakan di perenggan 1.0 Pekeliling ini.

(2)

2/14 3.0 TAFSIRAN

3.1 Melainkan jika konteks dalam Pekeliling ini mengkehendaki maksud yang lain, perkataan dan rangkai kata yang dinyatakan di bawah hendaklah mempunyai erti yang berikut:

“Staf” bererti semua staf UPNM yang sedang berkhidmat dan dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan;

"harga belian" bererti jumlah kos bagi motosikal yang akan dibeli oleh UPNM melalui bayaran seperti berikut:

a. amaun pembiayaan UPNM yang diluluskan kepada Staf; dan b. bayaran muka yang ditanggung oleh Staf jika harga motosikal

melebihi kelayakan Staf.

"amaun pembiayaan UPNM" bererti jumlah yang dibiayai oleh UPNM berdasarkan kepada kelayakan Staf.

"bayaran muka" bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amaun pembiayaan UPNM.

"harga jualan" bererti jumlah sebenar yang akan dibayar oleh Staf seperti berikut:

a. bayaran muka yang ditanggung oleh Staf jika harga motosikal melebihi kelayakan Staf; dan

b. amaun pembiayaan dan keuntungan UPNM.

"keuntungan" bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh UPNM dari semasa ke semasa.

"Polisi Perlindungan Takaful" bererti suatu skim perlindungan

insurans motosikal yang berasaskan kepada prinsip saling jamin- menjamin yang diluluskan oleh UPNM.

“meninggalkan perkhidmatan” bererti Staf yang perkhidmatannya ditamatkan, meletak jawatan atau membuat pilihan menerima opsyen yang ditawarkan daripada agensi yang diperbadankan atau diswastakan; dan

(3)

3/14

“waris” bererti waris terdekat iaitu suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1, bapa kandung atau bapa angkat2, anak kandung, atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang3.

“Pembekal” bererti pembekal motosikal yang berdaftar dan mempunyai tempat perniagaan di Malaysia.

“Ketua Jabatan” merujuk kepada Pendaftaratau pegawai yang telah diturunkan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas Pendaftar

4.0 SKIM PEMBIAYAAN MOTOSIKAL UPNM

Skim Pembiayaan Motosikal UPNM ialah suatu kemudahan pembiayaan motosikal yang diwujudkan bagi membiayai pembelian motosikal mengikut kelayakan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

5.0 SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

5.1 Kelayakan

5.1.1 Staf UPNM yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Motosikal UPNM.

5.1.2 Staf mempunyai lesen memandu yang sah.

5.1.3 Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan motosikal adalah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok Staf dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan motosikal berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.

5.1.4 Staf UPNM yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Motosikal UPNM juga layak membuat permohonan pembiayaan baharu setiap lima (5) tahun dengan syarat pinjaman pembiayaan yang terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya.

1ibu angkat bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 257

2bapa angkat bermaksud bapa kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 257

3anak angkat bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]

(4)

4/14 5.1.5 Permohonan pembiayaan motosikal yang dikemukakan oleh Staf perlu mendapat perakuan Ketua Jabatan sebelum dipertimbangkan untuk diluluskan.

5.2 Jumlah Pembiayaan

5.2.1 Amaun pembiayaan maksimum yang boleh diberi kepada seseorang Staf adalah sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu (RM6,000.00) sahaja.

5.3 Motosikal Hendaklah Dibeli Secara Terus

5.3.1 Motosikal yang dibeli untuk Staf adalah dibeli secara terus dan tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan.

5.3.2 Staf yang telah membeli motosikal melalui syarikat-syarikat kewangan tidak boleh menggunakan wang di bawah Skim Pembiayaan Motosikal UPNM bagi menyelesaikan baki hutangnya dengan syarikat kewangan.

5.3.3 Motosikal tidak boleh didaftarkan ke atas nama Staf sebelum permohonannya di bawah Skim Pembiayaan Motosikal UPNM diluluskan.

5.4 Penukaran Spesifikasi Motosikal

5.4.1 Sebarang permohonan pertukaran spesifikasi atau pembekal motosikal hendaklah mendapat kelulusan daripada Bendahari iaitu pihak yang meluluskan pembiayaan.

5.5 Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Pembiayaan Motosikal Yang Sudah Terpakai

5.5.1 Peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi jika Staf membeli motosikal yang sudah terpakai (termasuk motosikal "recondition").

(a) Pembiayaan tidak boleh melebihi harga motosikal atau maksimum kelayakannya atau nilai motosikal tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Mekanikal Kerajaan (JKR);

(5)

5/14 (b) Semua motosikal terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian motosikal oleh Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop Persekutuan). Bayaran penilaian yang dikenakan oleh JKR hendaklah ditanggung oleh Staf.

(c) Semua sijil nilaian motosikal yang dikeluarkan oleh Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop Persekutuan) hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:

i) Nama pemilik berdaftar;

ii) jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin motosikal;

iii) nombor "chasis" dan nombor enjin;

iv) nilai motosikal; dan

v) baki tempoh motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal.

(d) Tempoh bayaran balik harga jualan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada baki tempoh motosikal berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop Persekutuan).

5.5.2 Sijil nilaian asal motosikal seperti di perenggan 5.4.1(c) tersebut hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan seperti yang dinyatakan pada perenggan 6.2 di bawah. Satu (1) salinan sijil itu juga hendaklah disertakan dengan baucar pembayaran.

5.5.3 Motosikal tersebut mestilah boleh dilindungi dengan takaful kenderaan (komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan.

6.0 PERMOHONAN PEMBIAYAAN

6.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pembiayaan Motosikal UPNM (Borang UPNM.BEND.046) seperti di Lampiran A. Borang Permohonan hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

(6)

6/14 6.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen seperti

berikut:

6.2.1 Salinan Slip Gaji Terkini 6.2.2 Sebut harga Motosikal 6.2.3 Salinan Kad Pengenalan

6.2.4 Salinan Lesen Memandu yang Sah (B2/B bagi motosikal) 6.2.5 Salinan Nilaian Motosikal yang dikeluarkan oleh Jurutera

Mekanikal Jabatan Kerja Raya (bagi motosikal terpakai)

6.3 Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga dan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Sebut harga hendaklah menyatakan secara terperinci spesifikasi motosikal yang hendak dibeli berserta harganya.

7.0 TATACARA PEMBIAYAAN

7.1 Pengiraan Pembiayaan

7.1.1 Jumlah pembiayaan motosikal adalah berdasarkan harga bersih motosikal iaitu harga jualan motosikal, cukai eksais dan cukai jualan yang dikemukakan di dalam sebut harga .

7.1.2 Jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun maksimum dan hendaklah dibundarkan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Contoh Pengiraan:

Sebut harga : RM5,950.00 Pengiraan Pembiayaan : RM5,900.00

Baki : RM50.00

(dijelaskan sendiri oleh Staf)

7.1.3 Sekiranya harga belian motosikal tersebut adalah melebihi daripada amaun pembiayaan maksimum, Staf hendaklah menjelaskan sendiri amaun bayaran baki.

(7)

7/14 7.1.4 Pengiraan amaun pembiayaan hendaklah mengambil kira jumlah potongan bulanan bayaran balik pembiayaan. Potongan bulanan bayaran balik pembiayaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok Staf dan jumlah semua potongan gaji Staf hendaklah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun-elaun.

Contoh pengiraan:

Gaji pokok RM2,750.00

Elaun-elaun RM 640.00 RM3,390.00

i) Jumlah potongan RM1,700.00

Perkiraan RM1,700.00 x 100 = 50% (layak) RM3,390.00

ii) Jumlah potongan RM2,100.00

Perkiraan RM2,100.00 x 100 = 62%

RM3,390.00 (tidak layak)

7.2 Peraturan- PeraturanSelepas Permohonan Pembiayaan Diluluskan

7.2.1 Seksyen Gaji, Pejabat Bendahari adalah bertanggungjawab untuk mengurus dan memproses permohonan di bawah Skim Pembiayaan Motosikal UPNM dan perlulah memastikan agar dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah disediakan:

a) Surat Kelulusan dan Tawaran Pembiayaan Pembelian Motosikal dan Memorandum Penerimaan seperti di Lampiran B

Setelah Bendahari meluluskan permohonan pembiayaan, surat kelulusan seperti di Lampiran B hendaklah dikeluarkan.

b) Perjanjian Untuk Skim Pembiayaan Motosikal UPNM seperti di Lampiran C

(8)

8/14 Dokumen Perjanjian berkenaan pembiayaan tersebut adalah seperti di Lampiran C. Perjanjian hendaklah ditandatangani dan disempurnakan sebanyak tiga (3) salinan dan ketiga-tiga salinan hendaklah dikemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pembayaran duti setem berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh LHDN.

c) Surat Perlantikan sebagai Wakil Universiti Pertahanan Nasional Malaysia seperti di Lampiran E

Surat perlantikan hendaklah dikeluarkan di mana Staf yang menerima tawaran pembiayaan motosikal adalah dilantik sebagai wakil Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti di Lampiran E.

d) Pendaftaran “Hak Milik Dituntut oleh UPNM”

Berikut adalah maklumat yang diperlukan bagi membolehkan pendaftaran “Hak Milik Dituntut oleh UPNM” dilaksanakan secara atas talian bagi pembiayaan pembelian motosikal:

i.No. enjin motosikal ii. No. casis motosikal

7.2.2 Sebanyak tiga (3) salinan dokumen di Lampiran A dan Lampiran C yang telah disempurnakan hendaklah diedarkan kepada pihak-pihak yang disenaraikan di bawah:

a) Dokumen Asal bagi Lampiran A dan Lampiran C hendaklah dikembarkan bersama dokumen sokongan yang ditetapkan dan dikemukakan kepada Seksyen Pembayaran, Pejabat Bendahari untuk difailkan bersama Baucar Bayaran;

b) Salinan kedua hendaklah disimpan oleh Seksyen Gaji, Pejabat Bendahari yang bertanggungjawab menguruskan bayaran pembiayaan motosikal melalui potongan gaji bulanan; dan

c) Salinan ketiga hendaklah disimpan dalam fail peribadi di Pejabat Pendaftar dan dicatat dalam Buku Rekod Perkhidmatan Staf.

(9)

9/14 7.2.3 Amaun pembiayaan yang diluluskan akan dibayar melalui cek atau Electronic Fund Transfer (EFT) atas nama syarikat penjual motosikal.

7.2.4 Sebuah Buku Daftar Pembiayaan Pembelian Motosikal perlu diwujudkan dan hendaklah diselenggara bagi memantau semua pembiayaan yang telah diluluskan oleh Universiti. Buku itu hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

a) tarikh pembiayaan diluluskan;

b) jumlah pembiayaan;

c) tarikh cek pembiayaan diterima di pejabat Staf itu;

d) tarikh cek pembiayaan diterima oleh Staf;

e) nombor dan tarikh baucar pembayaran pembiayaan dan cek;

f) tarikh resit pembelian;

g) tarikh pendaftaran untuk dicatat "Hak Milik Dituntut Oleh UPNM";

h) jumlah tempoh bayaran balik;

i) tarikh ansuran pertama bayaran balik pembiayaan dimulakan; dan

j) nama syarikat insurans, nombor sijil insurans, tempoh insurans diliputi bagi tiap-tiap tahun, jumlah amaun insurans dan tarikh sijil insurans diserahkan.

7.2.5 Salinan-salinan fotostat bagi resit pembelian, Buku Pendaftaran dan Sijil Perlindungan Takaful Kenderaan (komprehensif) hendaklah disimpan dalam fail peribadi Staf yang mendapat pembiayaan. Staf itu juga hendaklah mengemukakan Sijil Takaful Kenderaan (komprehensif) pada tiap-tiap tahun kepada Seksyen Gaji, Pejabat Bendahari sehingga pembayaran balik pembiayaan selesai sepenuhnya.

7.3 Pembayaran Balik Pembiayaan

7.3.1 Kadar Bayaran Balik Pembiayaan

Selagi Staf masih berkhidmat dengan UPNM, pembayaran balik pembiayaan termasuk kadar keuntungan hendaklah dibayar oleh Staf secara ansuran melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan sebagaimana yang dipersetujui di dalam Perjanjian.

Kadar pembayaran balik pembiayaan hendaklah berdasarkan

(10)

10/14 panduan perkiraan di Lampiran D (sila rujuk Lampiran D – Jadual Bayaran Balik)

7.3.2 Tempoh Pembayaran Balik Pembiayaan

7.3.2.1 Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah seperti berikut:

i. Motosikal Baru – tidak melebihi 60 bulan

ii. Motosikal Terpakai – tidak melebihi 48 bulan (tertakluk kepada para 5.4.1(d))

7.3.2.2 Bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya di dalam tempoh yang dipersetujui.

7.3.2.3 Baki bayaran balik pembiayaan boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Pejabat Bendahari, boleh memberikan rebat mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh UPNM dari semasa ke semasa.

7.3.2.4 Baki bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum Staf bersara/meninggalkan perkhidmatan. Dengan yang demikian, tempoh maksimum pembiayaan hendaklah tidak melebihi baki tempoh perkhidmatan Staf dengan UPNM.

7.3.2.5 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan secara sekaligus semua ansuran yang tertunggak daripada gaji atau apa-apa manfaat yang dibayar kepada staf berkenaan.

7.4 Pembayaran Balik Pembiayaan Apabila Berlaku Kematian, Kebakaran dan Lain-lain.

7.4.1 Dalam keadaan Staf yang menerima pembiayaan meninggal dunia, baki bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan oleh waris si mati secara sekali gus atau dari hasil penjualan motosikal.

7.4.2 Dalam kes tertentu di mana seseorang Staf berada dalam

(11)

11/14 kesempitan seperti mengalami bencana alam termasuk kebakaran atau banjir, Bendahari boleh atas budi bicaranya membenarkan Staf berkenaan membayar balik pembiayaan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan dengan syarat Staf tersebut hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Bendahari. Bendahari tidak boleh mengarahkan mana- mana staf menjalankan kuasa berkenaan bagi pihaknya.

7.4.3 Bendahari diberi kuasa untuk memberi penangguhan bayaran balik pembiayaan motosikal kepada Staf yang telah diluluskan cuti tanpa gaji/cuti separuh gaji oleh UPNM. Dalam hal demikian, tempoh bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan.

7.4.4 Staf yang meninggalkan perkhidmatan hendaklah menyelesaikan baki bayaran balik pembiayaan sepenuhnya sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan.

8.0 TANGGUNGJAWAB STAF YANG MENERIMA PEMBIAYAAN

8.1 Staf hendaklah menyerahkan dokumen berikut sebelum baucar pembayaran dikeluarkan:

a) Perjanjian Untuk Skim Pembiayaan Motosikal UPNM seperti di Lampiran C yang telah ditandatangani dan telah dimatikan setem hasil (Kos setem ditanggung oleh Staf)

b) Invois asal

c) Klausa “Hak Milik Dituntut oleh UPNM” – diperolehi melalui pendaftaran secara atas talian dan hanya tertera di sistem pangakalan data JPJ

d) Salinan Cover Note / Sijil Takaful Kenderaan (Komprehensif)

8.2 Staf yang menerima pembiayaan motosikal ini adalah bertanggungjawab membayar balik amaun pembiayaan berserta amaun keuntungan secara bayaran ansuran yang telah ditetapkan.

8.3 Staf yang telah diluluskan pembiayaan motosikal hendaklah menyerahkan resit bagi motosikal yang dibelinya itu kepada Seksyen Gaji, Pejabat Bendahari dalam tempoh 30 hari selepas cek/EFT bagi amaun pembiayaan diterima. Sekiranya Staf itu gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pembiayaan

(12)

12/14 tersebut dianggap terbatal. Staf hendaklah membayar keseluruhan amaun pembiayaan yang telah diluluskan berserta amaun keuntungan dalam tempoh 30 hari selepas pembiayaan tersebut dibatalkan.

8.4 Selagi pembiayaan belum lagi diselesaikan sepenuhnya:

a) Staf hendaklah menyertai takaful/insurans kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan; dan

b) Staf tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan motosikal tersebut tanpa kebenaran khas daripada Bendahari.

9.0 TATACARA PERAKAUNAN PEMBIAYAAN

9.1 Berikut adalah tatacara perakaunan bagi menguruskan akaun pembiayaan motosikal:

9.1.1 Pembiayaan yang dikeluarkan dalam sesuatu bulan dianggap sebagai diberi pada akhir bulan tersebut dan pembayaran balik pembiayaan hendaklah dimulai dengan potongan gaji bulan berikutnya. Sebagai contoh bagi cek/EFT pembiayaan yang dikeluarkan pada bulan Januari potongan hendaklah bermula daripada gaji Februari.

9.1.2 Jika Staf yang menerima pembiayaan itu berhenti, bertukar atau dipinjamkan dari UPNM ke institusi atau jabatan Kerajaan yang lain, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau berkhidmat dengan syarikat swasta, Pejabat Bendahari hendaklah menyatakan butir-butir jumlah baki pembiayaan yang belum selesai dan amaun bayaran balik yang dikenakan tiap-tiap bulan. Baki pembiayaan yang belum diselesaikan itu hendaklah dijelaskan oleh Staf berkenaan secara sekali gus.

9.2 Pembatalan Pembiayaan

Jika pembiayaan motosikal yang telah diluluskan dibatalkan oleh Staf atas apa juga sebab, Staf hendaklah menjelaskan kesemua baki

(13)

13/14 pembiayaan yang telah diluluskan kepada UPNM dalam tempoh 30 hari daripada tarikh cek/eft dikeluarkan. Bendahari hendaklah mendapatkan bayaran kesemua baki pembiayaan yang telah diluluskan sepenuhnya.

Gaji dan elaun-elaun Staf berkenaan hendaklah tidak dibayar sehingga jumlah pembiayaan dan keuntungan itu dijelaskan.

9.3 Salinan-salinan fotostat bagi resit pembelian dan invois hendaklah disimpan dalam fail peribadi Staf yang menerima pembiayaan.

9.4 Pembiayaan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Staf.

10.0 TINDAKAN ATAS KEHILANGAN MOTOSIKAL

Staf perlu memaklumkan kehilangan kepada Seksyen Gaji dan Akaun Staf, Pejabat Bendahari dengan memberikan salinan laporan polis dan potongan ansuran bulanan masih berjalan seperti biasa sehingga tamat pembiayaan.

11.0 AM

11.1 Universiti berhak membuat atau mengenakan apa-apa syarat tambahan atau memberi kelonggaran/pengecualian kepada syarat- syarat tersebut bagi Skim Pembiayaan Motosikal UPNM mengikut pertimbangan sewajarnya.

11.2 Bendahari/ Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan bahawa peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas dan arahan yang dikeluarkan oleh UPNM dari masa ke semasa mengenai pembiayaan motosikal diikuti sepenuhnya. Kegagalan mematuhi peraturan dan arahan-arahan tersebut boleh mengakibatkan pegawai yang bertanggungjawab memproses/meluluskan/mengurus permohonan pembiayaan motosikal dikenakan surcaj atau tindakan tatatertib.

11.3 Tindakan surcaj atau tindakan tatatertib akan juga dikenakan ke atas Staf yang mendapat pembiayaan sekiranya Staf itu telah menyebabkan perlanggaran mana-mana syarat dan peraturan Pekeliling ini.

(14)

14/14 12.0 TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling Bendahari ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan.

Sekian,terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HAIRAY BIN MD YUSOF) Bendahari

b.p Naib Canselor

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

s.k Naib Canselor

TNC Akademik dan Antarabangsa TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni TNC Penyelidikan dan Inovasi

PNC Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat

Referensi

Dokumen terkait

7-8.4 SVK212 4 K 1 Ekologi Hutan 3(2-3) Prof.. Cecep Kusmana

1) Fokus sasaran: balita pada rumahtangga miskin, terutama balita laki-laki berusia 1- 3 tahun dengan jenis kelamin laki-laki, dengan tetap tidak mengabaikan balita perempuan. 2)

Penelitian ini secara umum bertujuan menganalisis pengaruh pola asuh belajar, lingkungan pembelajaran, motivasi belajar, dan potensi akademik terhadap prestasi akademik siswa

Setelah melalui proses evaluasi dan analisa mendalam terhadap berbagai aspek meliputi: pelaksanaan proses belajar mengajar berdasarkan kurikulum 2011, perkembangan

Mengingat permasalahan yang telah dikemukakan ternyata persepsi konsumen tentang negara asal suatu merek sangatlah penting dalam menimbulkan minat pembelian suatu produk

Lingkup pekerjaan : Melakukan inventarisasi data infrastruktur industri pengguna energi panas bumi, melakukan evaluasi terhadap data yang terkumpul dan selanjutnya

Adanya variasi waktu penahanan yang diberikan pada briket batok kelapa muda pada proses pirolisis fluidisasi bed menggunakan media gas argon, mampu memperbaiki

Dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadirat Allah Yang Maha Kuasa karena dengan rahmat dan karunia-Nya tesis yang berjudul “ANALISIS TENTANG KONSOLIDASI TANAH PADA DESA