• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN 1 : SASARAN (AIMS) A) Perkara yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN 1 : SASARAN (AIMS) A) Perkara yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims)"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAHAGIAN 1 : SASARAN (AIMS)

A) Perkara yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims)

• Sasaran pertama : Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih

Perkara yang dipelajari daripada sasaran pertama ini adalah saya dapat menentukan kualiti udara dan air yang bersih di persekitaran tempatan serta mengetahui demostrasi hubungan tindakan peribadi dengan ketersediaan udara dan air yang bersih dalam persekitaran tempatan dan global.

• Sasaran kedua : Pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli

Perkara yang dipelajari daripada sasaran kedua ini adalah saya dapat memahami perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan, tumbuhan dan habitat yang mereka perlukan, mengetahui demostrasi perhubungan antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat semulajadi yang cukup untuk memelihara spesies asli serta lebih peka dengan isu konservasi global yang memberi kesan kepada biodiversiti.

• Sasaran ketiga : Pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran

Perkara yang dipelajari daripada sasaran ketiga ini adalah saya dapat mengenalpasti kesan tempatan daripada bahan-bahan berbahaya kepada manusia dan persekitaran, mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu, kumpulan dan komuniti untuk mengurangkan risiko tersebut, memahami kesan global daripada bahan-bahan berbahaya tersebut serta tindakan yang boleh diambil untuk mengubah persekitaran dunia.

(2)

2

• Sasaran keempat : Pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai

Perkara yang dipelajari daripada sasaran keempat ini adalah saya dapat mengenalpasti pilihan tindakan dan tanggungjawab saya sebagai individu, berkumpulan, komuniti dan negara yang boleh mempengaruhi alam sekitar, memahami bagaimana saya boleh mengubah tindakan untuk menambah baik kesan kepada alam sekitar serta mengetahui demostrasi bagaimana penyelesaian tempatan dapat memberi kesan kepada masalah global.

• Sasaran kelima : Pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar

Perkara yang dipelajari daripada sasaran kelima ini adalah saya dapat mengenalpasti pelbagai jenis bahaya alam sekitar dan bencana alam serta dapat menjelaskan mengapa ia berlaku, mengetahui demonstrasi cara bagi membantu komuniti bersedia untuk bertindak balas terhadap bahaya alam sekitar dan bencana alam di kawasan setempat, memahami bagaimana perubahan kepada alam sekitar dapat mempengaruhi bahaya alam sekitar dan bencana alam serta mempraktikkan amalan alam sekitar yang paling sesuai.

B) Kesan kepada diri, masyarakat dan alam sekitar melalui ilmu yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims)

Kesan kepada diri

Saya sebagai seorang pengakap telah mempelajari pelbagai ilmu secara teori dan praktikal dari setiap sasaran World Scout Environment Programme yang sememangnya telah memberi impak yang besar kepada diri saya seperti pemerolehan ilmu, kemahiran dan nilai untuk saya menjadi warganegara dunia yang bekerja kearah dunia menjadikan dunia tempat yang lebih baik dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dengan berfokuskan kepada elemen-elemen alam sekitar antaranya udara dan air yang bersih, pengekalan habitat semulajadi untuk memelihara spesies asli, pengurangan risiko daripada penggunaan bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran serta sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar.

Kesan kepada masyarakat

Pelaksanaan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari dengan berfokuskan kepada 5 Sasaran yang digariskan dalam World Scout Environment Programme sememangnya dapat memberi impak sosial yang besar di kalangan masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Kesedaran dan sikap prihatin dalam diri masyarakat timbul terutamanya di kalangan golongan petani yang mengamalkan

(3)

3

aktiviti pertanian di pelbagai kawasan di seluruh negara Malaysia khususnya. Mereka akan lebih peka untuk menjaga kualiti air dan udara melalui pelaksanaan amalan pertanian yang mesra alam seperti menghasilkan kompos di dalam penyediaan media tanaman untuk menggurangkan pencemaran alam. Kedua, mereka lebih peka untuk memastikan pengekalan habitat semulajadi di sesuatu kawasan bagi pemeliharaan spesies asli daripada kepupusan. Ketiga, mereka lebih peka untuk tidak menggunakan bahan berbahaya bagi mengurangkan risiko terhadap manusia dan persekitaran. Keempat, mereka lebih peka untuk mempraktikkan dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai bagi mengelakkan timbulnya pelbagai kesan kepada masalah global. Kelima, mereka lebih peka untuk sentiasa melakukan persediaan awal bagi menghadapi pelbagai ancaman dan bencana alam sekitar yang akan berlaku.

Kesan kepada alam sekitar

Penerapan ilmu, kemahiran dan nilai dari setiap sasaran yang di gariskan World Scout Environment Programme dalam pelaksanaan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari sememangnya telah memberi impak alam sekitar yang sangat besar kepada dunia. Pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran pertama seperti mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan kompos dapat membantu mengurangkan pencemaran alam khususnya serta membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama di setiap kawasan tanaman. Kedua, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran kedua seperti mengekalkan kawasan semulajadi tempatan dari segi ekosistem hidupan dan kaitannya terhadap spesies asli untuk memelihara spesies ahli yang wujud di Malaysia khususnya daripada kepupusan iaitu tumbuhan seperti Bunga Ixora Javanica (Jejarum) dan serangga seperti Rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing. Ketiga, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran ketiga seperti penghasilan racun organik dengan menggunakan bahan-bahan tanaman (tumbuhan) bagi menggantikan racun bukan organik (kimia) yang boleh mengurangkan risiko berbahaya terhadap persekitaran. Keempat, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran keempat seperti penghasilan Biochar dan Karbon Aktif melalui penggunaan amalan alam sekitar seperti bahan-bahan sisa tanaman, perternakan dan perhutanan untuk meningkatkan kualiti tanah dan hasil tanaman serta dalam masa yang sama dapat membantu menjaga alam sekitar. Kelima, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran kelima seperti mengenalpasti cara-cara persiapan menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar di kawasan setempat pertanian antaranya mengurangkan kejadian hujan asid melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama untuk diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan semula tasik yang tercemar ; mengurangkan berlakunya penipisan lapisan ozon dengan mengawal penghasilan dan pembebasan Chlorofluorocarbons (CFCs) ke alam sekitar melalui penggunaan alatan peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur serta bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik ; mengurangkan pengasidan laut dengan mengutamakan pengurusan ke arah melindungi refugia semula jadi dan mengurus tekanan tempatan pada terumbu karang di dalam laut ; mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi mengatasi isu pemanasan global antaranya mempromosikan bahan api alternatif seperti penggunaan tandan kosong buah kelapa sawit sebagai tenaga yang diperbaharui (renewable energy), penghasilan kompos, penggunaan metana untuk menghasilkan tenaga, penggunaan sumber tenaga solar, penanaman semula pokok serta

(4)

4

mempromosikan sistem pengangkutan bersepadu dan penggunaan NGV bagi kenderaan.

C) Kaedah atau pendekatan lain yang boleh digunakan selain daripada Sasaran (Aims) yang dipelajari

Kaedah atau pendekatan lain yang boleh digunakan selain daripada Sasaran (Aims) yang telah saya pelajari adalah seperti berikut :

Kaedah biologi

Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak tanpa penggunaan racun bukan organik (kimia) dalam aktiviti pertanian yang mendatangkan risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun perosak dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu dan burung helang digunakan untuk menangkap haiwan perosak seperti tikus.

Kaedah tanaman tutup bumi

Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di kawasan tanaman. Kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama secara langsung menyumbang kearah pemuliharaan alam sekitar di kawasan tanaman.

Kaedah pertanian tetap

Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah pertanian tetap untuk mengelakkan kemusnahan kawasan tanah yang lain dan alam sekitar seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan. Kaedah ini jugat amat membantu untuk menjimatkan ruang kawasan tanaman dan memelihara alam sekitar.

(5)

5 BAHAGIAN 2 : PROJEK

A) Latar belakang projek yang dijalankan

World Scout Environment Programme bertemakan ‘Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari’ telah dijalankan oleh pasukan kami yang terdiri daripada 17 orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Daerah Universiti Putra Malaysia dan 4 orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia – Daerah Universiti Malaya dengan kerjasama pihak tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya pada 7 hingga 9 Disember 2018 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia & Port Dickson, Negeri Sembilan. Projek ini adalah satu inisiatif untuk menyelamatkan alam sekitar dari terus terancam oleh ancaman manusia dan ancaman semulajadi dengan melaksanakan beberapa aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Objektif projek ini antaranya mendedahkan kepada para peserta tentang cara dan teknik pengurusan alam sekitar dalam sektor pertanian, pendedahan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, usaha-usaha pengurusan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh dilakukan terutama dari segi pertanian dan pembinaan jaringan perhubungan dengan komuniti setempat melalui projek pemeliharan alam sekitar melalui pertanian lestari. Sehubungan itu, projek ini berteraskan kepada 5 sasaran utama yang dirangka dalam World Scout Environment Programme antaranya sasaran pertama ; pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih, sasaran kedua ; pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli, sasaran ketiga ; pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran, sasaran keempat ; pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai serta sasaran kelima ; pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar. Disamping itu, program pemindahan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga ‘Sasaran 5’ juga diadakan bersama komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 9 December 2018 bagi menimbulkan kesedaran dan memindahkan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga

(6)

6

‘Sasaran 5’ yang dipelajari oleh para peserta kepada kalangan komuniti peladang bahawa bidang pertanian amatlah berkait rapat dengan alam sekitar dan harus dipelihara dengan sebaiknya. Tuntasnya, projek ini juga menjadi salah satu platform untuk generasi muda iaitu kami ahli-ahli Kelanasiswa Malaysia dapat berinteraksi dan berbakti kepada komuniti dan alam sekitar di dunia.

B) Kesan terhadap diri, masyarakat atau alam sekitar melalui projek yang dijalankan

Kesan terhadap diri

Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah diterapkan dalam jiwa saya yang mana membolehkan saya untuk berusaha menghadapi cabaran alam sekitar yang dihadapi oleh planet (bumi) dengan menghubungkan masyarakat dengan alam semulajadi berdasarkan kepada sasaran-sasaran projek yang telah dipelajari serta membolehkan saya untuk menjelajah dengan diri sendiri dalam meneroka dunia semulajadi. Sehubungan itu, melalui pendidikan tersebut juga membolehkan saya mempunyai kesedaran holistik terhadap alam semulajadi dan memberi kesan secara langusung terhadap tindakan diri saya sehari-hari yang secara progresif membina rasa peribadi tanggungjawab saya terhadap alam sekitar.

Kesan terhadap masyarakat

Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk turut sama mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar. Mekanisme atau pendekatan yang diperkenalkan melalui projek yang dijalankan tersebut akan membolehkan masyarakat dapat menangani sebarang permasalahan pencemaran alam sekitar secara kolektif dan efektif. Projek ini yang akan digerakkan secara berterusan di pelbagai kawasan komuniti setempat membolehkan tindakan dapat diambil dengan cekap dan pantas dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kesan terhadap alam sekitar

Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah memberi impak yang besar terhadap alam sekitar yang merangkumi lebih daripada sekadar tumbuh-tumbuhan, haiwan dan pemuliharaan. Sehubungan itu, dengan adanya tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara langsung dapat mengawal kehilangan habitat dan spesies asli, pengurangan akses kepada air bersih dan udara bersih, penggunaan bahan yang lebih berbahaya memasuki persekitaran semulajadi dan lebih ramai orang yang terjejas oleh bencana alam.

(7)

7

C) Perkongsian pengalaman sepanjang menjalankan projek

Pelaksanaan World Scout Environment Programme (WSEP) di Malaysia banyak memberi pengalaman kepada diri saya dari segi ilmu, kemahiran dan nilai yang dipelorehi daripada pelbagai bahan, sumber dan inisiatif yang telah dirangka untuk saya sebagai seorang pengakap dalam linkungan umur belia sentiasa bersedia bekerja kearah dunia dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak untuk kebaikan persekitaran tempatan dan global. Kekuatan bagi kajayaan projek ini adalah dimana saya bersama ahli-ahli kumpulan projek yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang pengajian di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya antaranya penyelidikan, bahasa asing, kejuruteraan, alam sekitar, perhutanan, pendidikan, pengurusan sumber dan sebagainya. Kami dapat berkongsi idea dan berkerjsama dalam satu pasukan dalam memastikan setiap sasaran projek WSEP yang digariskan dapat tercapai dan dapat diaplikasikan semula bersama komuniti setempat seperti Komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan. Suhubungan itu, saya bersama rakan-rakan sekumpulan juga telah mendapat didikan ilmu, kemahiran dan nilai berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari daripada bimbingan tenaga-tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya yang mempunyai pengkhususan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.

D) Sifat kelangsungan projek yang dijalankan

Saya bersama ahli-ahli pasukan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari dengan kerjasama pihak tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya telah meneruskan kelansungan bagi pelaksanaan projek ini melalui pemindahan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga ‘Sasaran 5’ yang telah dipelajari kepada komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 9 December 2018 untuk diamalkan dalam kehidupan mereka sehari-hari dan menimbulkan kesedaran bahawa bidang pertanian amatlah berkait rapat dengan alam sekitar dan harus dipelihara dengan sebaiknya.

(8)

8

Pemindahan Ilmu ‘Aim 1’ dan ‘Aim 2’

Pemindahan Ilmu ‘Aim 3’

(9)

9

Pemindahan Ilmu ‘Aim 5’

Sehubungan itu, projek ini juga telah menjadi salah satu platform untuk generasi muda iaitu kami ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dapat berinteraksi dan berbakti kepada komuniti dan alam sekitar di seluruh negara Malaysia khususnya melalui kempen-kempen kesedaran dan pelaksanaan program-program pertanian lestari yang dijalankan. Hal ini kerana, untuk sentiasa memastikan sektor pertanian di Malaysia dapat dipelihara dan dikawal daripada awal bagi mengelakkan kesan yang negatif kepada alam sekitar dan generasi akan datang tidak dapat menikmatinya lagi. Ini adalah selari dengan visi Jabatan Pertanian Malaysia iaitu mengwujudkan industri pertanian berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam.

(10)

10

E) Pembelajaran sepanjang pelaksanaan projek

• Sasaran Pertama : Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih

Aktiviti menentukan kualiti udara

Salah satu cara saya untuk menentukan udara yang bersih adalah dengan melihat kehadiran Liken di sesuatu kawasan. Liken ini digunakan sebagai penanda pencemaran udara kerana Liken sangat peka terhadap pencemaran. Liken ini dapat dilihat di tempat batang pokok, tebing, diatas tanah terutama di daerah kutub utara, di atas batu, di tepi pantai atau gunung-gunung yang tinggi. Saya telah mencari spesies Liken yang terdapat di kawasan berhampiran Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia untuk menentukan tahap kualiti udara di kawasan tersebut. Saya telah menemui dan mengenalpasti spesies Liken yang hidup di atas batang pokok, lalu memotong dan mengukur Liken tersebut serta memasukkan ke dalam sampul surat untuk tujuan pemerhatian dan pelaporan. Antara spesies Liken yang dikenalpasti bukan sahaja tumbuh subur pada pokok, ianya juga tumbuh meliputi tanah dan batu-batuan besar yang terdapat di tepi jalan seperti Cladonia, Usnea, Hypogymnia dan Lecanora conizaeoides.

(11)

11

Aktiviti menghasilkan kompos dan pendedahan kegunaan kompos di dalam penyediaan media tanaman untuk menggurangkan pencemaran alam

Penyertaan saya bersama ahli-ahli pasukan melalui aktiviti mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan kompos sememangnya dapat membantu mengurangkan pencemaran alam khususnya serta membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama.

Saya telah dapat menyediakan kompos dengan menggunakan tinja kambing dan habuk kayu. Proses penyediaan kompos iaitu dengan memasukkan tinja kambing dan habuk kayu ke dalam bekas berselang-seli dengan habuk kayu menjadi lapisan sehingga penuh dan seterusnya saya menyiramkan dengan air. Selepas proses ini selesai, saya telah menutup pasu dengan menggunakan sarung guni dan mengikat guni tersebut dengan menggunakan tali rafia. Saya juga telah memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah dengan mengaulkan kompos tersebut setiap 2 hari dan di basahkan sehingga tidak berbau dan bertukar menjadi seperti tanah.

Penggunaan baja organik dalam aktiviti pertanian adalah salah satu usaha untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Baja organik ini sudah semestinya tidak akan mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah. Sehubungan itu, baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Baja organik bukan sahaja dapat membekalkan keperluan nutrien pertumbuhan tumbuhan yang berterusan, tetapi juga memperbaiki keadaan air tanah, suhu dan gas untuk mempromosikan pematangan tanah.

Disamping itu, kesan-kesan lain penggunaan baja organik seperti karbon dioksida yang dikeluarkan oleh nutrien organik boleh digunakan sebagai bahan untuk fotosintesis, meningkatkan tanaman melawan penyakit, kemarau dan banjir, meningkatkan keselamatan dan perlindungan alam sekitar terhadap makanan manusia dan haiwan serta mengurangkan kehilangan nutrien dan meningkatkan penggunaan baja. Baja organik mempunyai sumbangan yang besar kepada pembangunan pertanian yang mampan, kerana kos pengeluaran pertanian yang lebih rendah dan pencemaran alam sekitar yang lebih kecil.

(12)

12

Kesimpulannya, melalui kaedah ini dapat memperkembangkan lagi usaha-usaha mewujudkan jaminan sumber makanan (food security) dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Ia dapat dilihat bila mana sumber input pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembelian baja. Tambahan pula aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos lebih 'organik' dan sihat.

Aktiviti menentukan kualiti air

Saya telah didedahkan dengan kaedah mengambil sampel air dengan menggunakan meter oksigen terlarut DO (dissolved oxygen) atau sering juga disebut dengan permintaan oksigen (oxygen demand) merupakan salah satu parameter penting dalam analisis kualiti air dan oksigen terlarut dalam air. Metode pengukuran DO dengan menggunakan DO Meter (meter oksigen) merupakan alat elektronik yang dapat menukar isyarat dari probe yang diletakkan ke dalam sampel air. Kelebihan menggunakan DO Meter ini iaitu pengukuran lebih cepat, tepat dan dapat mengukur beberapa sampel.

Cara penggunaan DO Meter ini pertama iaitu dengan memasukkan probe dalam larutan garam tertentu. Kemudian DO yang berada dalam larutan garam akan mengubah potensi elektrik larutan tersebut. Perubahan tersebut boleh di baca dalam DO meter.

Nilai DO yang biasanya diukur dalam bentuk kepekatan ini menunjukan jumlah oksigen (O2) yang tersedia dalam suatu badan air. Semakin besar nilai DO pada air, ternyata air tersebut memiliki kualiti yang baik. Sebaliknya jika nilai DO rendah, dapat diketahui bahawa air tersebut telah tercemar.

DO dipengaruhi oleh beberapa hal diantaranya, suhu air, adanya fotosintesis tumbuhan air (di badan air), penguraian bahan organik atau nutrien dalam air, gerakan dan campuran air, aliran air, keaslian air, ketinggian tempat serta kedalaman air (hubungan dengan udara).

(13)

13

Berdasarkan kepada hasil ujian kualiti air dengan pengambilan sampel air di tasik Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia telah menujukkan bahawa bacaan nilai DO adalah rendah. Hal ini disebabkan, tiadanya aliran pengerakkan air, kurang berlaku penguraian bahan organik atau nutrien dalam air serta suhu air yang rendah.

• Sasaran kedua : Pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli

Aktiviti mengenalpasti kawasan semulajadi tempatan, mengetahui perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan, tumbuhan dan habitat yang mereka perlukan serta memahami demostrasi perhubungan antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat semulajadi yang cukup untuk memelihara spesies asli

Saya telah meneliti kawasan semulajadi tempatan di Malaysia dengan memerhati ekosistem dan kaitannya terhadap spesies asli. Sehubungan itu, Saya dapati bahawa dengan adanya kawasan semulajadi tempatan sangat memain peranan penting untuk memelihara spesies ahli di Malaysia iaitu tumbuhan seperti Bunga Ixora Javanica (Jejarum) dan serangga seperti Rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing.

(14)

14

Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk pemeliharaan spesies tumbuhan dan serangga asli tersebut adalah melalui pelaksanaan kempen-kempen kesedaran pemeliharaan kawasan habitat semulajadi tempatan kepada warganegara dunia khususnya masyarakat di Malaysia melalui sosial media seperti facebook.

(15)

15

• Sasaran ketiga : Pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran

Aktiviti mengenalpasti bahan berbahaya seperti racun bukan organik (kimia) terhadap manusia dan persekitaran

Penggunaan racun bukan organik (kimia) dalam aktiviti pertanian yang telah dikenalpasti iaitu racun serangga Carbacide 85.

Selain racun perosak (serangga) yang terdiri daripada bentuk bahan kimia (bukan organik) antaranya racun rumpai, racun kulat dan racun bakteria. Racun makhluk perosak atau ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan atau sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak dalam pelbagai jenis aktiviti pertanian yang dijalankan.

Jenis-jenis makhluk perosak selain serangga seperti patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod dan mikrob yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk penyakit. Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak ini, ia tetap memberi kesan yang buruk seperti potensi keracunan terhadap manusia dan haiwan lain.

Kadar penggunaan yang sangat tinggi untuk racun perosak sememangnya menimbulkan kebimbangan kerana ia akan menimbulkan berbagai-bagai kesan buruk ke atas alam sekitar dan manusia sendiri seperti kerintangan dan kecederaan kepada tanaman. Kerintangan yang dimaksudkan disini adalah keupayaan perosak mewujudkan daya rintangan yang akan menyebabkan kerugian kepada petani dengan perbelanjaan yang lebih besar diperlukan untuk mengawal makhluk perosak. Keadaan ini selalunya wujud akibat penggunaan satu jenis racun sahaja secara berterusan. Manakala kecederaan kepada tanaman dimaksudkan disini adalah berlakunya perubahan-perubahan pada bentuk, warna daun dan pertumbuhan pokok pada tanaman. Racun yang terkena atau diserap oleh tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan daun menjadi kerinting dan kadang-kadang terdapat tompok-tompok kuning di

(16)

16

atas permukaan daun. Terdapat juga tanaman yang terencat pertumbuhannya akibat sisa racun di dalam tanah.

Aktiviti penghasilan racun organik bagi menggantikan racun bukan organik (kimia) yang boleh mengurangkan risiko berbahaya terhadap manusia dan persekitaran.

Cara-cara untuk menghasilkan racun organik dengan menggunakan bahan-bahan tanaman (tumbuhan) yang telah saya pelajari adalah seperti berikut. Bahan Resepi 1 :-

Daun Kunyit, Daun Gelengang-fungus, Halia, Kunyit, Lengkuas, Bawang, Patawali, Serai wangi-lalat buah, Bunga Betik, Cili-yang bergigit, Molasses-extract microbe (2kg), lain-lain bahan (1kg) dan 5ml dalam 1L air paip. Bahan Resepi 2 :-

Cili segengam, Bawang putih (satu biji), 500ml air paip (semalaman) dan minyak masak (satu sudu) sewaktu blend.

Bahan Resepi 3:-

(17)

17

Racun organik yang dihasilkan ini adalah sejenis bahan aktif herba organik. Ia bertindak untuk mengawal serangga secara sentuhan dan sistematik. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman berbuah, sayuran dan bunga-bungaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah, mengawal, membaja dan merawat.

Racun organik ini diekstrak Herba 100% yang mempunyai kelebihan tertentu antaranya mampu mengawal serta menghapuskan pelbagai jenis serangga perosak seperti Hamama, Pelombong daun, Thrips, Aphids, Lalat Putih, Prutela dan Ulat ratus. Kedua, dapat menjimatkan wang, tenaga dan kos dalam kerja-kerja menghasilkan racun organik ini. Ketiga, membantu memelihara tanaman dari serangan lama dan baru. Keempat, membantu pokok yang bermasalah pada awalnya sehingga menghasilkan buah berkualti tinggi dan bermutu. Kelima, membantu pertumbuhan dan pembiakan tisu. Keenam, merupakan racun herba yang selamat digunakan dan hasil yang selamat dimakan tanpa ada waswas tanpa kesan sampingan. Di samping itu, ia juga memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan kimia yang memberi kesan yang negatif terhadap manusia dan persekitaran.

• Sasaran keempat : Pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai

Aktiviti penghasilan Biochar dengan menggunakan amalan alam sekitar Saya bersama ahli-ahli pasukan projek telah melakukan praktikal untuk pembuatan Biochar melalui penggunaan amalan alam sekitar seperti bahan-bahan sisa pertanian.

Teknologi Biochar adalah teknologi pertanian terkini untuk meningkatkan kualiti tanah dan hasil tanaman serta dalam masa yang sama dapat membantu menjaga alam sekitar. Biochar atau lebih dikenali sebagai arang hitam ini diperbuat daripada sisa pertanian, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen yang terhad dan menghasilkan bahan pepejal yang dipanggil Biochar. Masa pembakaran bergantung pada jenis sisa yang digunakan. Proses pembakaran ini dipanggil ‘pyrolysis’.

Biochar yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan terbakar atau sisa pertanian yang dibakar yang terperangkap dalam tanah adalah merupakan karbon yang stabil dan bukannya bahan bakar serta boleh disimpan dalam tanah dalam jangka masa yang sangat panjang sehingga ribuan tahun.

(18)

18

Terdapat banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada permukaan Biochar yang sangat luas dan juga struktur pori-porinya yang kompleks, di mana ianya dapat menerima bakteria dan juga berfungsi untuk membantu tumbuhan menyerap nutrien daripada tanah.

Aktiviti penghasilan Karbon Aktif

Saya bersama ahli-ahli pasukan projek telah melakukan praktikal untuk pembuatan Karbon Aktif. Karbon Aktif ini juga dihasilkan daripada sisa tanaman, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut dibakar dalam persekitaran oksigen yang terhad bagi menghasilkan produk Biochar dan seterusnya di aktifkan menggunakan bahan kimia bagi meningkatkan lagi keupayaan penyerapan. Keupayaan penyerapan Karbon Aktif bergantung kepada cara penyediaan Karbon Aktif dan bahan yang digunakan.

Penggunaan campuran Biochar dengan bahan kimia (nitrogen, fosforus dan potassium) tersebut sememangnya akan meningkatkan hasil bijiran tanaman dua kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman yang hanya menggunakan bahan penyuburan biasa.

Sehubugan itu, teknologi Karbon Aktif ini merupakan bahan yang mempunyai saiz liang yang mempunyai keupayaan penyerapan yang sangat baik. Karbon Aktif mampu mengatasi sebarang masalah kontaminasi atau pencemaran dalam air, tanah dan udara disamping membantu kita menjaga alam sekitar.

(19)

19

• Sasaran kelima : Pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar

Saya telah mengenalpasti ancaman dan bencana alam semula jadi serta punca-punca terjadinya bencana tersebut. Berikut langkah-langkah yang telah dilakukan iaitu dengan melukis empat proses bagaimana ancaman dan bencana alam sekitar boleh berlaku antaranya ‘acid rain’, ‘ozone hole’, ‘ocean acidification’ dan ‘pelepasan GHG’.

Saya juga turut mengenalpasti cara-cara persiapan menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar di kawasan setempat di dalam sektor pertanian. Peta minda dilukis untuk memperlihatkan dengan lebih jelas berkenaan perubahan kepada alam sekitar dapat mempengaruhi bahaya dan bencana alam sekitar.

Hujan Asid (asid rain) ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan kejadian hujan asid iaitu tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan. Kedua, kilang-kilang perlu mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. Selain itu, pemasangan ’scrubbers’ di cerobong asap di kilang-kilang perlu dilakukan untuk menapis gas sulfur dioksida. Ketiga, menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini dapat

(20)

20

mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida (asap ekzos).

Lapisan Ozon (ozone hole) adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3), molekul triatom oksigen kurang dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera. Ozon tertumpu di bawah atmosfera di antara 15 km dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari. UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman.Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh lapisan ozon atmosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFCs ini digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak seperti peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur serta bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan berlakunya penipisan lapisan ozon adalah mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras yang lebih rendah.

Pengasidan lautan (ocean acidification) ialah nama yang diberikan kepada pengurangan berterusan pH lautan Bumi, disebabkan oleh pengambilan karbon dioksida (CO2) hasil kegiatan manusia daripada atmosfera. Sebahagian daripada komponen karbon dioksida ini akan bertindak balas dengan air menghasilkan asid karbonat bagi mengekalkan keseimbangan kimia. Molekul-molekul asid karbonat pula bertindak balas dengan molekul air membentuk ion bikarbonat dan ion hidronium sehingga meningkatkan keasidan laut. Peningkatan keasidan air laut telah mendatangkan banyak akibat seperti penurunan mendadak metabolisme obor-obor jumbo (dosidicus gigas), penurunan sistem keimunan kerang biru, pemutihan batu karang, kadar hakisan kimia substrat terumbu yang boleh memberi impak yang besar kepada komuniti ikan yang bergantung padanya.

Pengasidan yang teruk dan pemanasan akan menyebabkan berlakunya pengurangan daya tahan terumbu melalui pertumbuhan karang yang merosot dan peningkatan kadar kematian karang. Di samping itu, pengasidan laut mungkin membuatkan karang lebih mudah terpecah dari tropika

(21)

21

impak ribut. Keupayaan batu karang untuk bertahan dengan kenaikan paras laut juga berkurang disebabkan oleh kadar pertumbuhan yang menurun disebabkan oleh pengasidan laut. Akhirnya, terumbu yang sudah diancam oleh tekanan tempatan mungkin lebih terdedah kepada pengasidan laut.

Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk menguruskan pengasidan laut adalah dengan mengutamakan pengurusan ke arah melindungi refugia semula jadi dan mengurus tekanan tempatan pada terumbu karang. Strategi pengurusan yang melindungi 'refugia semula jadi' dari tekanan lain dapat membantu terumbu menghadapi perubahan yang diramalkan dalam iklim dan kimia laut. Berikut ciri-ciri yang mungkin menunjukkan habitat yang kurang terdedah kepada pengasidan laut antaranya kawasan karbonat yang kaya seperti terumbu karang, pulau batu kapur, flat terumbu yang luas, kompleks terumbu karang dan deposit sedimen karbonat. Kedua, kompleks terumbu karang tinggi yang dipancarkan dengan baik oleh air laut. Pengaruh air laut yang segar membawa jumlah alkaliniti dan keadaan tepu yang lebih tinggi yang menyokong karang. Ketiga, rumput laut terletak berhampiran batu karang mungkin memberi kesan penimbunan tempatan jangka pendek untuk terumbu karang yang berdekatan kerana rumput laut dapat mengurangkan CO yang terlarut.

Pelepasan GHG (Gas Rumah Hijau) adalah gas atmosfera yang menyerap dan memancarkan radiasi dalam lingkungan haba inframerah. Proses ini adalah penyebab utama kesan rumah hijau. Antara gas rumah hijau utama yang terdapat dalam atmosfera bumi adalah wap air, karbon dioksida, metana, nitro oksida dan ozon. Seandainya pelepasan gas rumah hijau berterusan pada kadar yang tetap, maka suhu permukaan bumi boleh melebihi nilai-nilai tertinggi dengan kesan berpotensi yang boleh membahayakan ekosistem, biodiversiti dan gaya hidup penduduk di seluruh dunia. Ada kemungkinan bahawa pemanasan antropogenik (disebabkan manusia) seperti yang disebabkan oleh gas rumah hijau peringkat tinggi dilihat akan mempengaruhi banyak sistem fizikal dan biologi. Pemanasan pada masa depan dijangka mempunyai pelbagai kesan termasuklah kenaikan paras permukaan laut, kehilangan biodiversiti serta perubahan pengeluaran pertanian dalam peringkat rantau.

Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi mengatasi isu pemanasan global antaranya mempromosikan bahan api alternatif seperti menggunakan tandan kosong buah kelapa sawit sebagai tenaga yang diperbaharui (renewable energy). Kedua, penghasilan kompos. Ketiga, penggunaan metana untuk menghasilkan tenaga. Keempat, menggunakan sumber tenaga solar. Kelima, aktiviti penanaman semula pokok. Keenam, mempromosikan sistem pengangkutan bersepadu dan penggunaan NGV bagi kenderaan.

Punca-punca yang mampu meningkatkan risiko berlakunya ancaman dan bencana alam sekitar terutamanya di dalam bidang pertanian iaitu melibatkan kesilapan pengurusan ladang seperti penggunaan racun kimia yang berlebihan. Walaubagaimanapun, terdapat juga risiko bencana yang

(22)

22

berada diluar bidang pengurusan ladang seperti cuaca, serangan serangga perosak atau serangan penyakit terhadap tumbuhan dan ternakan. Oleh yang demikian, dengan mengenalpasti pelbagai jenis bahaya dan bencana alam sekitar serta punca bencana terbabit adalah penting dalam pengurusan persediaan menghadapinya untuk membendung sebarang bencana dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas.

Perubahan alam sekitar turut memainkan peranan dalam menentukan risiko dan jenis bencana yang mungkin terjadi. Perubahan alam sekitar ini antaranya seperti perubahan iklim, perubahan suhu sekeliling serta pencemaran air, tanah dan udara. Dengan mengenali perubahan-perubahan ini akan merubah amalan pertanian di sesebuah kawasan.

Tuntasnya, pembelajaran langkah-langkah untuk mempersiapkan diri dan pulih dari bencana alam semula jadi akan mengurangkan kesan jangka panjang bencana terhadap hidupan dan alam sekitar.

F) Penambahbaikan kelangsungan projek di masa hadapan

Penambahbaikan kelangsungan projek di masa hadapan iaitu saya bersama ahli-ahli pasukan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari akan mengadakan pelbagai program berbentuk seminar dan pameran amali kaedah-kaedah mengendalikan aktiviti-aktiviti dalam bidang pertanian lestari dengan menitik beratkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan pelbagai komuniti setempat khususnya di Malaysia.

Sehubungan itu, saya bersama ahli-ahli pasukan projek turut akan meneruskan projek ini ke pelbagai tahap dengan melibatkan pelbagai tenaga pengajar berkemahiran tinggi dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang membolehkan kami memperolehi ilmu, kemahiran dan nilai tambahan sesuai dengan peredaran semasa berdasarkan sasaran-sasaran yang telah digariskan World Scout Environment Programme untuk kami dapat menyumbang bakti dalam memindahkan ilmu, kemahiran serta nilai yang dipelajari terhadap warganegara dunia bermula dengan komuniti setempat.

(23)

23

G) Pandangan terhadap keseluruhan pengalaman yang dilalui

Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari berdasarkan kepada sasaran-sasaran yang dirangka dalam World Scout Environment Programme sememangnya telah menyumbang kearah Pencapaian Dunia Mapan SDGs (Sustainable Development Goals) 2030 yang diguna pakai oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Member States) pada tahun 2015. Kami sepasukan telah berjaya merialisasikan beberapa matlamat SDGs melalui pelaksanaan projek ini untuk keamanan dan kemakmuran rakyat dan planet ini bermula dengan komuniti setempat pada masa sekarang dan ke masa depan.

Matlamat-matlamat SDGs yang telah dicapai antaranya Matlamat Ketiga ; Kesihatan & Kesejahteraan yang baik (Good Health and Well-Being) iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan mempromosikan kesejahteraan di semua peringkat usia untuk pembangunan mapan seperti memberi tumpuan kepada kebersihan yang lebih baik dalam mengurangkan pencemaran sekeliling untuk membantu menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Kedua, Matlamat Kesembilan ; Industri, Inovasi dan Infrastruktur (Industry, Innovation and Infrastructure) iaitu penggunaan bahan yang sesuai seperti sisa pertanian, perternakan dan perhutanan untuk menghasilkan satu bahan yang berinovasi yang mampu memberi pelbagai impak yang besar kepada komuniti setempat dan alam sekitar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian secara lestari seperti Biochar, Karbon Aktif, Racun Organik dan Kompos. Ketiga, Matlamat Kesebelas ; Bandar dan Komuniti Lestari (Sustainable Cities & Communities) iaitu pelaksanaan program pemindahan ilmu pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari berdasarkan kepada sasaran-sasaran yang digariskan dalam World Scout Environment Programme untuk komuniti setempat seperti Komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan. Keempat, Matlamat Kedua Belas ; Penggunaan dan Pengeluaran yang bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production) iaitu penggunaan dan pengeluaran lestari dengan mempromosikan kecekapan sumber dan tenaga yang mapan, menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, hijau dan amalan yang baik serta kualiti hidup yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat dalam membantu mencapai keseluruhan rancangan pembangunan, mengurangkan kos ekonomi, alam sekitar

(24)

24

dan sosial pada masa depan. Kelima, Matlamat Ketiga Belas ; Tindakan Iklim (Climate Action) iaitu menggalakkan komuniti setempat untuk mengambil bahagian bersama dalam meningkatkan taraf alam sekitar yang lebih baik dengan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari serta membolehkan mereka lebih peka untuk sentiasa melakukan persediaan awal bagi menghadapi pelbagai ancaman dan bencana alam sekitar yang akan berlaku. Keenam, Matlamat Kelima Belas ; Kehidupan di Darat (Life on Land) iaitu pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari dapat mengurangkan ancaman kepada manusia dan haiwan yang hidup di daratan seperti penyakit-berjangkit dengan mengelakkan penggunaan bahan berbaya yang berisiko.

(25)

25 TANDATANGAN

Pengakuan

Saya mengaku bahawa penulisan refleksi kendiri ini adalah hasil daripada projek kami untuk keperluan World Scout Environment Programme. Saya juga mengumumkan bahawa idea projek ini berasal dari pasukan kami dan pelaksanaannya juga dibantu dengan kerjasama pelbagai pihak yang mengambil bahagian sebagai perkhidmatan komuniti mereka.

……….. Mohd Azrol Hafizi Bin Azman

Ahli Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Universiti Putra Malaysia Tarikh : 30 Ogos 2019

Kelulusan

Saya mengesahkan bahawa saya telah menyelia dan membimbing projek ini dan saya bersetuju bahawa projek ini layak dijadikan projek yang baik untuk projek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan dapat diterima sepenuhnya untuk World Scout Environment Programme.

……… Akhtar Nurfitri Mat Zain

Mentor Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

(26)

26 Pengesahan

……… Prof. Dr. Paramasivam A/L Muthusamy

Pesuruhjaya & Penasihat

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia

……… Kalaimani A/L Supramaniam

Pesuruhjaya Kebangsaan – Alam Sekitar Malaysia

(27)

27 RUJUKAN

Media Sosial – Facebook

https://www.facebook.com/azrol.hafizi.1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2248699161830912&set=pcb.2248719 078495587&type=3&theater

• Pautan Laporan Aktiviti - scout.org

(28)

28 LAMPIRAN PENGHARGAAN Tenaga Pengajar Dr. Rosazlin Abdullah Dr. Pozi Milow Nadia Farhana Ismail

Nurul Jannah Aziz Ahmad Daniel bin Zainal Abidin

Ainul A’syara Kamal Noor Aizimah Azman

Anggra Junia Siti Fatimah Sulaiman

Di Bantu Oleh: Nur Sa’adah Abdul Halim

Azreen Suhana Zelnor Norizan Moez Halim Mohd Yusof

Persekutuan Pengakap Malaysia

Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

Mentor :

Tuan Akhtar Nurfitri Mat Zain Tuan Rozaini Abdul Rahim

Referensi

Dokumen terkait

Bahwa materi yang diuji semula dimuat dalam Pasal 7 huruf q Undang- Undang Nomor 1 Tahun 2015 mengalami perubahan menjadi dimuat dalam Pasal 7 huruf r Undang-Undang Nomor 8 Tahun

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa penerapan metode mind mapping dan penggunaan media gambar berseri berbasis IT dapat meningkatkan: (1) kualitas

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui berbagai penyakit yang dapat disembuhkan tumbuhan Miana pada beberapa desa di Halmahera Barat serta menganalisis tentang

Penggunaan AJM sebagai konsentrat sampai 45% pada domba yang mendapat pakan rum- put lapangan, akan meningkatkan pertambah an bobot badan, konsumsi bahan kering, mem- perbaiki

Berdasarkan hasil analisis teknologi laboratoris tembikar (fisik dan kimia), maka dapat dijelaskan tentang kualitas dari tembikar- tembikar yang ditemukan di Situs Gua

Bagaimana merancang film animasi pendek tentang cerita rakyat yang digarap dengan teknik pop up, sehingga dapat menyampaikan pesan moral yang terkandung dalam

Pada sidebar halaman utama terdapat menu asisten untuk mengolah data tiap asisten, matakuliah untuk mengolah data matakuliah dan dosen pengampu serta daftar kelasnya

Pada saat tim pengusul PKM melakukan kunjungan dengan beberapa pemilik dan melihat situasi sesungguhnya maka tim pengusul PKM dan mitra (dalam hal ini UMKM Sale Pisang