AYAT MAJMUK
Ayat yang dibina dengan mencantumkan 2 ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Contoh ayat :
Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik A 1 : Ali sedang membaca buku.
A 2 : Fatimah sedang membuat latihan matematik.
1. AYAT MAJMUK GABUNGAN
Terdiri 2 ayat atau lebih yang dijadikan dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi.
Contoh ayat :
Murid-murid berlari dan bernyanyi
Ayat yang disambung itu setara sifatnya iaitu ayat –ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Hubungan ayat disusun berturut-turut.
Ayat ini boleh disambungkan tanpa kata hubung – nada suara berfungsi sebagai penanda.
Tujuan KH – menghubungkan ayat & menjadikan ayat lebih besar. Contoh ayat :
Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. *Dalam bentuk tulisan , dipisahkan oleh tanda koma.
JENIS AYAT MAJMUK 1. Ayat majmuk gabungan 2. ayat majmuk pancangan 3. ayat majmuk campuran
3 jenis gabungan :
i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan iaitu satu demi satu. KH : dan, lalu, lagi, serta, sambil
Contoh ayat :
Beliau memandang saya sambil tersenyum
Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati saya.
ii) Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu.
Contoh ayat :
Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemara panas.
Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.
iii) Gabungan yang susunannya menggabungkan 2 ayat atau lebih menggunakan kata hubung yang berpasangan.
KH : lebih baik ...daripada Apakah....ataupun Adakah...atau (pun) Sama ada...atau Contoh ayat :
Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.
Apakah menteri akan hadir di majlis itu ataupun wakilnya? Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada kereta sendiri.
2. AYAT MAJMUK PANCANGAN
Terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Terdapat 1 ayat induk dan 1 atau beberapa ayat kecil lain dipancangkan di
dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
3 jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan.
1. Ayat relatif 2. Ayat komplemen 3. Ayat keterangan
1. AYAT RELATIF
Ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan “yang”. Contoh ayat :
Saya membeli baju yang berwarna merah. A1 : Saya membeli baju
Apabila kedua-dua ayat dimajmuk, aayat 2 dipancangkan ke dalam ayat induk (A1). Oleh sebeb ungkapan baju diulang, maka baju yang ke 2 digugurkan dan digantikan dengan KH relatif “yang”
2) AYAT KOMPLEMEN – bahawa, untuk
Contoh ayat: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara (a) Dia mengetahui ( sesuatu )
(b) Ahmad telah bersara Kata komplemen : bahawa
Contoh ayat :Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang (a) Perkara itu amatlah senang
(b) Dia lulus ujian
Kata komplemen : untuk 3 Jenis ayat komplemen :
i) Ayat komplemen frasa nama ii) Ayat komplemen frasa Kerja iii) Ayat komplemen frasa adjektif i) Ayat komplemen Frasa Nama
a) ayat komplemen frasa nama subjek Contoh ayat :
Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.
Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri. (ayat songsang)
b) ayat komplemen frasa nama objek tepat
Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja.
Contoh ayat :
Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. ii) Ayat komplemen Frasa Kerja
Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif iaitu diikuti bukan oleh frasa nama objek tetapi keterangan-keterangan lain yang
bertujuan melengkapkan frasa tersebut.
Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini yang bukan frasa nama.
Sekali imbas, ayat ini kelihatan seolah ayat komplemen frasa nama objek tetapi terbukti demikian kerana ayat tersebut tidak boleh mengalami prose pasif iaitu ukuran bagi menentuan status frasa nama objek. Oleh yang demikian, ayat demikian digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja.
Contoh ayat :
Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual. Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
iii)Ayat Komplemen Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.
Ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif iaitu merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Jumlah ayat jenis ini terhad dl BM.
Contoh ayat :
Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu.
3. AYAT KETERANGAN
Ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh ayat :
Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. Anak itu menangis kerana ia lapar.
Kedudukan ayat keterangan tidak tetap, boleh hadir di belakang atau di hadapan induk.
Contoh ayat :
Kerana ia lapar anak itu menangis.
Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.
9 Jenis ayat keterangan : 1. Keterangan musabab
Ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan
KH: kerana, lantaran, sebab, oleh sebab Contoh ayat :
Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat
Mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan sebab mereka dating lambat.
Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh-sungguh. 2. Keterangan akibat
ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan KH : hingga, sehingga
Contoh ayat:
Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya
Pelajar itu berusaha bersungguh sehingga ia berjaya. 3. Keterangan syarat
Ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. KH : sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau
Contoh ayat:
Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari. Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh. Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya.
4. Keterangan waktu
Ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. KH : sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, ketika Contoh ayat :
Tatkala hujan mula hujan, mereka masih di sawah.
Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
5. Keterangan pertentangan
ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
KH : walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan.
6. Keterangan harapan
Ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.
KH : supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau Contoh ayat :
Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu.
7. Keterangan cara
ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
KH: dengan Contoh ayat :
Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
Dengan menggunakan besi, Aziz memecahkan tingkap rumah itu. 8. Keterangan tujuan
ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.
KH : untuk, demi, bagi Contoh ayat :
Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan khusus telah ditubuhkan.
Para pemimpin menyususn rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
9. Keterangan perbandingan
Ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. KH : macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak
Contoh ayat :
Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis. AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ialah ayat yang mengandung lebih daripada satu jenis ayat terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan dengan ayat ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
Ayat sedemikian biasanya panjang. Contoh ayat :
Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung tetapi.
Ayat 1 : Ahmad sedang membaca buku
Ayat 2 : kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur
Ayat 2 merupakan ayat majmuk kerana terdapat ayat relative iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.
AYAT MAJMUK PASIF
Kesemua contoh ayat di atas adalah ayat majmuk aktif.
Kesemua ayat majmuk aktif jika mengandungi kata kerja transitif boleh dijadikan ayat pasif.
i) Ayat majmuk gabungan
(a) Aktif : saya minum teh dan aminah makan nasi.
(b) Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah ii) Ayat majmuk relative
a) Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu. B )Pasif :Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka. iii) Ayat majmuk komplemen :Komplemen objek
b) Pasif : bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
iv)Ayat majmuk keterangan
a) Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. b) Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkannya.3