• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis dan bentuk binaan ayat dalam penulisan rencana dari sudut wacana

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jenis dan bentuk binaan ayat dalam penulisan rencana dari sudut wacana"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA DARI SUDUT WACANA. NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS. FBMK 2014 59.

(2) IG. H. T. U. PM. JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA DARI SUDUT WACANA. R. Oleh. ©. C. O. PY. NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS. Tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera. Disember 2014.

(3) HAK CIPTA. PM. Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, iklan, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya, Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia,. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia.

(4) The thesis abstract put forth to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for Masters Degree in Arts TYPE AND FORM OF SENTENCE CONSTRUCTION IN ARTICLE WRITING FROM THE POINT OF DISCOURSE By:. PM. NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS December 2014 :. Associate Professor Che Ibrahim Salleh, PhD. Faculty. :. Modern Language and Communication. U. Chairperson. PY. R. IG. H. T. The study objective is to identify the type and form of sentence construction in newspaper articles of Kosmo and Harian Metro, elaborate on the form and structure of the sentence construction, and analyse the cohesion and the coherence in terms of the aspect of sentence construction based on the discourse approach, also the Halliday’s Cohesion Theory as to know the relationship between the linguistic element and the meaning of the article text. The study is done using the library study and content analysis as the data collection techniques. The study findings are analysed with the application of the systemic functional theory by Halliday and the discourse approach. The form of the sentence construction in articles divides the sentence construction into two elements, namely the functional slot and meaning by adopting the construction form of Subject-Predicate-Object-Adjunct.. ©. C. O. The study finds that there are four types of sentence constructions extracted from the articles that have been identified, namely the complementary compound sentences of bahawa with the conjuction kerana, compound sentences with the conjunction dan, relative compound sentence yang and mixed compound sentences. Although different in terms of the form of the sentences, every text shares some similarities in terms of the integration and significance in the form of message delivery according to the topics, as analysed by columnists of both Kosmo and Harian Metro. The form of the sentence construction (S-P-O), (S-P-O-A), (P-S-O-Ket), is translated into the writers’ effort in diversifying their article writing styles. This does not influence the meaning and message delivered if the sentences happen to be cohesive, continuous and connected. The outcome of the study also shows that there is a significant and integrative sentential relationship in terms of the cohesiveness and the coherence of thoughts in article texts as a commendable article writing discourse.. i.

(5) Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera JENIS DAN BENTUK BINAAN AYAT DALAM PENULISAN RENCANA DARI SUDUT WACANA. PM. Oleh: NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS Disember 2014. :. Profesor Madya Che Ibrahim Salleh, PhD. Fakulti. :. Bahasa Moden dan Komunikasi. T. U. Pengerusi. PY. R. IG. H. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti jenis dan bentuk binaan ayat dalam rencana akhbar Kosmo dan Harian Metro, menghuraikan bentuk dan struktur binaan ayat tersebut, dan menganalisis tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) dari aspek binaan ayat berdasarkan pendekatan wacana serta Model Tetenunan Halliday untuk mengetahui hubungan unsur linguistik tersebut dengan makna teks rencana. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan sebagai teknik pengumpulan data. Dapatan kajian dianalisis dengan pengaplikasian teori fungsional sistemik oleh Halliday serta pendekatan wacana. Bentuk binaan ayat dalam teks rencana merincikan binaan ayat kepada dua unsur, iaitu gatra dan makna fungsional dengan mengambil bentuk binaan SubjekPredikat-Objek-Adjung.. ©. C. O. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat empat jenis binaan ayat daripada rencana yang telah dikenal pasti, iaitu ayat majmuk komplemen bahawa dengan kata hubung ayat kerana, ayat majmuk dengan kata hubung dan, ayat majmuk pancangan relatif yang dan ayat majmuk campuran. Walaupun berbeza dari segi bentuk ayat, setiap teks tersebut memiliki persamaan dari segi kesepaduan dan kebermaknaan dalam bentuk penyampaian mesej mengikut topik yang dikupas penulis rencana Kosmo dan Harian Metro. Bentuk binaan ayat (S-P-O), (S-P-O-A), (P-S-O-Ket) merupakan usaha penulis memvariasikan gaya penulisan rencana. Hal ini tidak mempengaruhi makna dan penyampaian mesej sekiranya terdapat jalinan ayat yang berkesinambungan, berangkai dan berjalinan. Hasil kajian ini juga memperlihatkan adanya hubungan kebermaknaan dan kesepaduan ayat dari aspek tetenunan dan keteraturan fikiran dalam teks rencana sebagai wacana penulisan rencana yang utuh.. ii.

(6) PENGHARGAAN. Puji syukur penuh tawadduk ke hadrat Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihi kerana dengan limpah kurnia-Nya, penulisan tesis berbentuk ilmiah ini berjaya disiapkan.. U. PM. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Haji Salleh selaku penyelia tesis atas tunjuk ajar dan dorongan, Prof. Dr. Hashim Musa serta Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Daeng Melabek selaku ahli jawatankuasa atas tunjuk bimbingan dan komitmen yang diberikan dalam mempermantap kajian ilmiah ini. Segala pengalaman yang diraih bersama sepanjang menjadi penyelia dan ahli jawatankuasa menjadi bekalan berharga pada masa hadapan.. H. T. Seterusnya rasa terima kasih tidak terhingga juga buat kedua-dua ibu bapa tercinta, Zulfadinamis dan Nurhayati yang telah menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi dorongan serta kata semangat agar terus cekal dan tidak berputus asa sepanjang menyiapkan kajian ilmiah ini. Buat adik beradik yang disayangi, Teta, abang Harris, Teti, abang Fandi dan kesemua abang ipar dan kakak ipar, iaitu kak Epi, kak Nia serta abang Andi dan abang Am; terima kasih atas doa anda semua.. R. IG. Akhir sekali, ucapan terima kasih setulusnya buat rakan seperjuangan, Fifi yang sedia membantu dari segi sokongan moral dan fizikal serta rakan-rakan Master Sastera Bahasa Melayu beserta semua yang terlibat dalam proses penghasilan kajian ilmiah ini. Wassalam.. PY. Sekian, terima kasih.. ©. C. O. NURULHAYATI BINTI ZULFADINAMIS GS30252 Master Sastera Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Jun 2014.. iii.

(7) ©. T. H. IG. R. PY. O. C. PM. U.

(8) Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sastera. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti yang berikut:. PM. Che Ibrahim Salleh, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi). T. U. Hashim Musa, PhD Profesor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). PY. R. IG. H. Abdul Rashid Daeng Melebek, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). C. O. _______________________________ BUJANG BIN KIM HUAT, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia. ©. Tarikh:. v.

(9) Perakuan Pelajar Siswazah Saya memperakui bahawa:. . R. IG. H. . T. U. . Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli ; Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas ; Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain ; Hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012 ; Kebenaran bertulis daripada Penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul pembelajaran, atau materal lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012 ; Tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia KaedahKaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis ini telah diimbaskan dengan perisian pengesanan plagiat.. PM.   . PY. Tandangan : .......................................................... Tarikh : …………………. ©. C. O. Nama dan No. Matrik : ………………………………………... vi.

(10) Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Dengan ini, diperakukan bahawa: Penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami ; Tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang nyata dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah dipatuhi.. T. ©. C. O. PY. R. IG. Tandatangan : _______________ Pengerusi Jawatankuasa Abdul Rashid Penyeliaan Daeng Melebek, PhD. Tandangan : ________________ Pengerusi Jawatankuasa Hashim Musa, Penyeliaan PhD. H. Tandangan : ________________ Pengerusi Jawatankuasa Che Ibrahim Penyeliaan Salleh, PhD. U. PM.  . vii.

(11) ISI KANDUNGAN Halaman. U T H. IG. BAB 1 PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional. SOROTAN LITERATUR Pengenalan Kajian Wacana, Wacana Berita dan Kewartawanan Luar Negara Kajian Wacana dan Wacana Berita Rencana Dalam Negara Kajian Sintaksis dan Binaan Ayat Perkaitan antara Kajian Terdahulu dengan Kajian ini Kesimpulan. O. PY. R. 2. ©. C. 3. i ii iii iv vi x xi xii. PM. ABSTRACT ABSTRAK PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMBANG DAN SINGKATAN. METODOLOGI Pengenalan Reka Bentuk Kajian Kerangka Teori Kerangka Konsepsi Kaedah Kajian Pengumpulan Data Penganalisisan Data Kesimpulan. 1 5 6 6 7 7. 11 11 14 19 22 22. 23 23 23 24 27 27 27 28. viii.

(12) DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Pengenalan Bentuk Binaan Ayat dalam Teks Rencana Bentuk Binaan Ayat berdasarkan Teori Sistemik Fungsional Ayat Majmuk Komplemen Bahawa dengan Kata Hubung Kerana Ayat Majmuk dengan Kata Hubung Dan Ayat Majmuk Pancangan Relatif Yang Ayat Majmuk Campuran Makna Wacana dalam Teks Remcana dari Sudut Tetenunan (Cohesion) dan Keteraturan Fikiran (Coherent) Tetenunan (Cohesion) Keteraturan Fikiran (Coherent) Kesimpulan. 29 29 30 30 32 35 37. U. PM. 4. T. KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengenalan Kesimpulan Dapatan Kajian Implikasi Kajian Cadangan. IG. H. 5. R. BIBLIOGRAFI. 41 41 64 70. 72 72 73 75 77. 78. 84 102. BIODATA PELAJAR. 119. PY. LAMPIRAN Lampiran A Petikan Rencana daripada Kosmo Lampiran B Petikan Rencana daripada Harian Metro. ©. C. O. SENARAI PENERBITAN. ix.

(13) SENARAI JADUAL. Jadual. Halaman Jenis Tautan dalam Model Pengajaran Unsur Tautan Jenis Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir Penilaian Fungsi Ayat (1) berdasarkan Sistemik Fungsional Penggandingan Klausa 1 Penilaian Fungsi Ayat (2) berdasarkan Sistemik Fungsional Penggandingan Klausa 2 Penilaian Fungsi Ayat (3) berdasarkan Sistemik Fungsional Penilaian Fungsi Ayat (4) berdasarkan Sistemik Fungsional Senarai Konsep TPL1 Senarai Konsep TPL2 Senarai Konsep TPL3 Senarai Konsep TPL4 Senarai Konsep TPL5 Senarai Konsep TPL6 Senarai Konsep TKL1 Senarai Konsep TKL2 Senarai Konsep TKL3 Senarai Konsep TKL4 Senarai Konsep TPH1 Senarai Konsep TPH2 Senarai Konsep TPH3 Senarai Konsep TPH4. 16 25 31 33 34 36 36 39 42 45 46 47 49 49 51 53 55 56 58 60 61 63. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22. x.

(14) SENARAI RAJAH. Halaman. Rajah Kerangka Konsepsi Pembentukan Ayat Majmuk Dan Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif Pembentukan Ayat Majmuk Campuran. 24 33 35 38. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. 1 2 3 4. xi.

(15) SENARAI LAMBANG DAN SINGKATAN. R. IG. H. T. U. PM. Adjung Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan Cerita Harian Metro Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (1975) Judul Keterangan Keterangan Lengkapan Kata Hubung Kosmo Lampiran Objek Predikat Pelaku Perbuatan Subjek Tetenunan Kolokasi Tetenunan Kolokasi Antoniman Tetenunan Kolokasi Kehiponiman Tetenunan Kolokasi Hasil Tetenunan Kolokasi Sifat Tetenunan Penghubung Ayat Tetenunan Penghubung Ayat Tambahan Tetenunan Penghubung Ayat Tentangan Tetenunan Penghubung Ayat Sebab-Musabab Tetenunan Penghubung Ayat Waktu Tetenunan Perulangan Tetenunan Perulangan Rujukan Tetenunan Perulangan Penggantian Tetenunan Perulangan Elipsis Tetenunan Perulangan Leksikal Tetenunan Perulangan Paralelisme Tetenunan Perulangan Struktur dan Makna Sama Universiti Sains Malaysia. ©. C. O. PY. A APEX C HM HHta J Ket. KetL K.Hub. KM Lamp. O P Pel Per S TKL TKL1 TKL2 TKL3 TKL4 TPH TPH1 TPH2 TPH3 TPH4 TPL TPL1 TPL2 TPL3 TPL4 TPL5 TPL6 USM. Lambang [] + *. Penanda Kata Tambah Digugurkan. xii.

(16) BAB I. PENDAHULUAN. PM. Latar Belakang Kajian. U. Sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penuturnya. Bagi bahasa Melayu pula, perkembangan dan kemajuannya selari dengan perkembangan dan kemajuan yang dimiliki masyarakat penutur yang meliputi kepulauan nusantara. Bahasa Melayu pada tahap pramerdeka telah menampilkan tokoh bahasa yang tidak kurang penting dalam usaha mereka memajukan bahasa Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad (1809-1870) dan Za’ba (1895-1973).. PY. R. IG. H. T. Teori sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang sistematik dan berperaturan. Oleh itu, bahasa dapat dipraktikkan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang pelbagai. Sejarah tatabahasa Melayu bermula sejak 1403 apabila satu senarai Daftar Kata Cina-Melayu dijumpai (A. Teeuw, 1961:12). Raja Ali Haji merupakan orang pertama yang menghuraikan bahasa ibunda dengan menulis buku “Bustanul Katibin” yang telah diterbitkan di Pulau Penyengat pada 1850. Manakala Za’ba pula telah mula menulis buku nahu yang ulung, iaitu Pelita Bahasa Melayu pada 1940 dan diterbitkan bagi penggal 1 (1940, 1947, 1953, 1965), penggal 2 (1946, 1960) dan penggal 3 (1934, 1947, 1949, 1951, 1956, 1962, 1965). Buku tersebut telah diterbitkan kembali untuk edisi terbaharu pada 2000.. ©. C. O. Peraturan dalam berbahasa atau singkatannya, “tatabahasa” merupakan bidang linguistik yang memperkatakan unsur dalam sistem bahasa, iaitu bermula dengan fonem, morfem, kata, frasa klausa, ayat dan wacana. Dalam konteks pembentukan ayat, sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan frasa, klausa dan ayat sehingga membentuk unit yang tertinggi, iaitu wacana. Nik Safiah Karim (2010) mendefinisikan sintaksis sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan serta kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.. Menurut Nik Safiah Karim dan lain-lain (2010), konstruksi atau binaan ayat yang terdiri daripada dua unsur atau lebih terbentuk daripada beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai konstituen. Pengetahuan tentang struktur unsur konstituen dalam ayat dapat dikenal pasti melalui kebolehan penutur bahasa memenggal ayat kepada bahagiannya. Contoh adalah seperti yang berikut:. 1.

(17) Subjek Petani itu. Predikat membajak sawahnya setiap hari.. Pola 3. U. IG. Pola 4. T. Pola 2. Predikat Frasa Nama guru) Frasa Kerja sedang tidur) Frasa Adjektif amat rajin) Frasa Sendi Nama di kampung Baru). H. Subjek Frasa Nama (Ali Frasa Nama (Adikku Frasa Nama (Pegawai itu Frasa Nama` (Rumahnya. Pola 1. PM. Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan ayat melibatkan bilangan kata dan ayat yang tidak terbatas jumlahnya dan tiada had kemajmukannya. Walau bagaimanapun, kesemua ayat yang terhasil itu berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat, seperti ayat panjang atau pendek, ayat mudah atau ayat kompleks serta ayat yang berstruktur biasa atau songsang. Kesemua ayat terbitan itu dapat dikembalikan kepada bentuk asal berdasarkan salah satu daripada empat pola ayat dasar berikut:. PY. R. Asmah Hj. Omar (2010) menjelaskan bahawa struktur binaan ayat terbahagi kepada unsur selapis dan unsur kompleks untuk menerangkan proses peluasan ayat, sama ada bersifat pelapisan, penggabungan serentak atau pengiringan. Ayat yang terhasil mengandung unsur perlakuan dari segi pembahagian terhadap Subjek-Predikat(Objek)-Ajung (S-P-O-A) dan Pelaku-Perbuatan Pelengkap, seperti contoh berikut:. Subjek-Predikat-Objek-Ajung. O. i.. ©. C. ii.. Dia membeli baju. S P OL Ali membawa anaknya ke sekolah S P O A. Pelaku-Perbuatan-Objek Mereka Pelaku (Subjek). memugar Perbuatan (Predikat). bukit itu. Objek (Pelengkap). Dalam mengaitkan hubungan antara binaan ayat dengan makna, Asmah Hj. Omar (2009b) telah membahagikan wacana dalam binaan ayat kepada beberapa unsur, iaitu Konstruksi Hipotaksis, Konstruksi Parataksis, Gabungan Parataksis dan Hipotaksis 2.

(18) serta Konstruksi Kewujudan Luar Peribadi. Kesemua kaedah tersebut digunakan dalam penulisan ilmiah dan menggunakan bahasa saintifik yang menghubungkan unsur bahasa pada peringkat kata, frasa, klausa sehingga membentuk satu teks yang lengkap dan bermakna.. U. PM. Wacana sebagai bidang kajian mula dijalankan terhadap teks Veda dalam konteks keagamaan (Dede Oetomo, 1993:6). Menurut Robins (1967), Zaman Veda merupakan pencetus linguistik di India kerana terdapat keperluan untuk mengekalkan sifat keagamaan dan ritual tertentu dalam teks tersebut. Kajian wacana moden bermula pada dekad 1960-an oleh Van Dijk (1985) yang mengemukakan wacana sistematik, deskriptif dan strukturalis. Pada dekad 1970-an pula, kajian wacana mula rancak dijalankan oleh Dressler (1972), Petofi (1971), Schmidt (1973), Grimes (1975), Halliday dan Ruqaiya Hassan (1976) dan Pike (1977) berdasarkan analisis wacana sistematik merentasi pelbagai disiplin.. H. T. Dalam memperkatakan ketaksaan ayat, wacana boleh membawa maksud pewujudan makna melalui bahasa. Wacana juga merupakan satu bentuk penghasilan fikiran, sama ada melalui teks linear atau bukan linear. Berikut ialah definisi wacana menurut pandangan Gunther Kress:. (Cobley, 2001:183). PY. R. IG. Wacana: Kata ini digunakan dalam dua deria berbeza yang saling berhubung. Yang satunya merujuk makna “kelanjutan regangan bahasa” dan yang satunya pula ialah berdasarkan fungsi kandungan organisasi sosial .. ©. C. O. Dengan kata lain, wacana wujud sebagai satu teks yang terdiri daripada beberapa ayat; yakni dinamakan sebagai kelanjutan regangan bahasa (extended stretch of language). Ayat yang terbentuk daripada beberapa konstituen yang mewujudkan tautan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) akan membentuk satu bentuk pernyataan lengkap dan mempunyai makna tersendiri. Secara ringkas, pengertian umum tentang wacana merujuk kepada penyampaian melalui teks linear dan bukan linear yang di dalamnya mengandung makna.. Dalam kajian sintaksis, hubungan antara wacana dengan teks menjurus kepada laras bahasa yang membezakan setiap latar penulisan. Cara penggunaan bahasa juga berkait rapat dengan hasil penulisan teks yang terdiri daripada pelbagai genre. Dengan makna lain, teks rencana sebagai alat kajian ini merupakan satu proses pemilihan makna yang berterusan di samping mengalami perubahan makna berciri fungsional. Oleh itu, kesemua unsur sintaksis terjalin melalui binaan frasa dan klausa sekali gus menjelmakan keberkesanan, kepaduan, kenalaran dan ketaksaan makna dalam sebuah ayat berbentuk wacana.. 3.

(19) PM. Penulisan berita dan rencana menurut Rogers (2003) berkaitan dengan sejarah awal media cetak yang bermula melalui usaha pengumpulan data dan maklumat yang dijalankan oleh orang Sumeria pada tahun 4,000 sebelum masihi dengan cara menulis di atas papan batu. Masyarakat pada waktu itu mengalami masalah ketandusan maklumat dan pengetahuan tentang keadaan sekeliling mereka. Hal ini mula mengalami perubahan apabila Guttenberg yang mencipta mesin cetak taip cerai jenis logam pada 1456 telah membawa kepada aktiviti penerbitan dan pengedaran buku secara meluas. “The New York Sun” merupakan akhbar pertama yang diterbitkan pada 1834 telah memperkenalkan istilah The Penny Press kepada khalayak ketika itu.. H. T. U. Dunia persuratkhabaran mula diperkenalkan British di Malaysia melalui penerbitan akhbar dalam bahasa Inggeris pada 1806 (Noor Bathi Badarudin, 2002). Dunia moden persuratkhabaran di Malaysia bermula pada 1980-an dari aspek fizikal, dasar penerbitan dan persaingan antara akhbar utama, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Sekitar tahun 1990-an, kemunculan akhbar kontemporeri di bawah naungan Berita Harian Sdn. Bhd, iaitu Harian Metro mula mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Akhbar berbentuk tabloid ini mula dilancarkan pada 25 Mac 1991. Selain Harian Metro, kumpulan Utusan telah mengambil inisiatif yang sama dengan menerbitkan akhbar bersaiz kompak, iaitu Kosmo.. O. PY. R. IG. Penulisan rencana merupakan karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta dan perkara sebenar. Rencana merangkumi rencana akhbar, rencana majalah dan rencana radio. Fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang dilakukan penulis. Penulisan rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu rencana bentuk ilmiah, rencana bentuk separa ilmiah dan rencana bentuk isi popular. Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain. Setiap fakta, huraian, ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.. ©. C. Selain itu, rencana bentuk separa ilmiah pula tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini mengandung data, jadual, rajah, peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca. Rencana separa ilmiah sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi. Seterusnya ialah rencana bentuk popular. Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat. Rencana bentuk ini sering mengetengahkan isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca.. Menurut Sulaiman Masri, berita terdiri daripada fakta tentang peristiwa atau kejadian yang terjadi, yang baru, yang luar biasa sifatnya, yang ingin diketahui umum. Walaupun, rencana juga penulisan yang berkaitan dengan ketepatan fakta tetapi isinya lebih padat dan rinci.. 4.

(20) “Semua berita mesti tepat. Yakni, suatu berita mesti berisi fakta betul.” (Sulaiman Masri, 1990:20). U. PM. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa bidang penulisan ialah sesuatu kerja yang memerlukan penulis menyusun perkataan baris demi baris di atas kertas. Setiap perkataan yang menghasilkan satu atau beberapa makna bergantung pada keperihalan penggunaan (fungsi). Bush (1965) mendefinisikan berita sebagai informasi yang “merangsang” seseorang kerana dengan informasi itu pembaca dapat merasa puas dan menikmati keseronokkannya. Sementara Charnley sendiri menyebut bahawa berita ialah laporan tentang fakta dan pendapat orang yang terikat dengan waktu, yang menarik atau penting bagi sejumlah orang tertentu. Pernyataan Masalah. R. IG. H. T. Kajian ini akan menjelaskan secara terperinci bentuk binaan ayat dan makna yang terkandung dalam teks rencana dari sudut pandang sistemik fungsional dan wacana. Untuk membentuk sebuah penulisan yang berkesan, adanya susunan rangkai kata di dalam ayat yang dikenali sebagai binaan ayat. Lazimnya, binaan ayat boleh terdiri daripada satu perkataan, sama ada dalam kelompok perkataan yang lebih besar atau mempunyai tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) merupakan ciri yang menandai wacana. Dalam hal in, binaan ayat teks rencana yang mengikut kriteria sistemik fungsional akan dikenal pasti menerusi kejelasan makna yang terhasil. Jika hal ini sebaliknya, maka timbul potensi berlakunya kekangan komunikasi dalam penyampaian maklumat terhadap pembaca.. ©. C. O. PY. Selain mengenal pasti kehadiran unsur tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) sebagai kelangsungan wacana dalam penulisan, pengkaji juga akan menghuraikan permasalahan makna dari aspek ketaksaan dan kekaburan, khususnya dari sudut wacana dalam teks rencana dengan menggunakan pendekatan yang relevan dengan permasalahan kajian. Persoalan sama ada penulisan rencana yang berunsur wacana mengandung kesinambungan di antara ciri gramatika dengan kebermaknaan ayat ataupun sebaliknya secara tidak langsung menjadi polemik yang akan diperjelas dengan lebih lanjut dalam kajian ini.. Ketepatan dan kejelasan maklumat memerlukan peranan dan kemahiran bahasa penulis rencana dalam menyampaikan topik perbincangan. Kekeliruan pembaca bukan sahaja terhadap kesalahan tanda baca, malah kehadiran idea utama yang tidak berkesinambungan dengan idea sampingan menyukarkan pembaca memahami objektif keseluruhan dan tujuan sebenar penulis mengupas topik tersebut dalam bentuk penulisan. Hal ini menjelaskan bahawa teks mengalami ketaksaan makna sekaligus mengekang maklumat dan mesej sampai kepada pembaca. Oleh itu, tahap penguasaan dan pengetahuan penulis terhadap topik perbincangan atau kurangnya pengetahuan tentang cara penyampaian idea dalam bentuk penulisan mungkin menjadi faktor kepada penghasilan makalah yang kurang berkualiti.. 5.

(21) PM. Sehubungan itu, persoalan tentang tahap penguasaan bidang, pengalaman dan pandangan peribadi penulis serta pembaca terhadap topik atau idea utama penulisan mungkin sahaja menjadi faktor sampingan kepada proses penyaluran maklumat berterusan dalam bentuk penulisan. Walau bagaimanapun, penulis yang berkualiti juga perlu menguasai kemahiran bahasa agar hasil penulisan mereka memenuhi kriteria keberkesanan ayat dari segi kesepaduan, kesinambungan idea dan kebermaknaan ayat. Oleh yang demikian, bentuk ayat yang digunakan oleh penulis akan diteliti dan dibincangkan dengan mendalam oleh sebab kurangnya pendedahan tentang perkara ini dalam kajian penyelidikan berbahasa Melayu.. H. T. U. Secara ringkasnya, wacana mencakupi aspek binaan ayat yang tidak dilihat pada perkataan melainkan unit bahasa, seperti frasa dan klausa. Kedua-dua unit tersebut dianggap sempurna dengan adanya wacana tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) mewarnai gaya penulisan berita rencana. Oleh itu, peranan penulis rencana sangat penting dalam menghasilkan sebuah karya bukan sahaja melalui gaya penyampaian bervariasi serta pengetahuan ilmu bahasa yang mendalam malah aspek kejelasan makna dalam penyampaian idea menjadi kunci utama penghasilan karya berkualiti. Objektif Kajian. IG. Kajian ini merincikan objektif kepada tiga, iaitu untuk:. PY. R. i. Mengenal pasti bentuk binaan ayat dalam teks rencana ii. Menganalisis bentuk binaan ayat dengan dengan menggunakan teori sistemikfungsional oleh Halliday. iii. Menghuraikan makna yang terkandung dalam teks rencana dengan memfokuskan tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent) oleh Halliday. Kepentingan Kajian. ©. C. O. Kajian tentang sintaksis bahasa Melayu telah dilakukan oleh para pengkaji tempatan, iaitu Arbak Haji Othman (1981), Azhar Simin (1983), Hashim Haji Musa (1993), Asmah Haji Omar (1993), Nik Safiah Karim (1995) dan Abdullah Hassan (2006). Begitu juga dengan kajian tentang analisis binaan ayat berbentuk wacana, para pengkaji barat mendominasi kajian terdahulu dengan mempelopori pelbagai pendekatan wacana, seperti Harris (1952), Hymes (1972), Grice (1975), Sinclair (1975), Becker (1976) dan ramai lagi. Di Malaysia, kajian wacana berita dan kewartawanan dijalankan oleh Sanat Md. Nasir (2002) dan Nor Azuwan Yaakob (2008).. Kajian ini bertujuan untuk meneliti binaan ayat dalam penulisan rencana yang membawa kepada unsur tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran (coherent). Hal ini penting kerana wacana merupakan pendekatan utama dalam merealisasikan bahasa tulisan yang lengkap dari aspek frasa, klausa dan ayat. Kajian ini penting untuk mengetahui bentuk binaan ayat yang sering digunakan dalalm penulisan 6.

(22) rencana. Binaan atau struktur ayat yang utuh dari sudut kewacanaan dan binaan ayatnya memudahkan penyaluran mesej sampai kepada pembaca.. U. PM. Dalam pada itu, kajian tentang makna dalam teks rencana masih jarang dijalankan oleh para pengkaji tempatan sedangkan bidang penulisan berita bukan satu bidang asing di negara ini. Secara umum, walaupun majalah pertama, iaitu Bustan Arifin telah diterbitkan pada 1821 dan diikuti oleh surat khabar Melayu pertama, iaitu Jawi Peranakan (1876), namun terdapat segelintir sahaja pengkaji tempatan yang menjalankan kajian tentang akhbar Melayu, iaitu Mohd Taib (1958), Ahmat Adam (1994) dan Sanat Md Nasir (1996). Hal ini disebabkan bidang penulisan rencana berbentuk sosial misalnya, padat dengan peristiwa yang benar-benar berlaku dalam realiti sebenar dan dekat dengan citra kemasyarakatan.. IG. H. T. Selain itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperbanyak sumber rujukan berkaitan linguistik sintaksis bahasa Melayu dalam teks rencana. Hal ini kerana bahan rujukan, seperti buku tesis, jurnal dan majalah bukan sahaja menjadi satu alat pemberi informasi bahkan bahan bacaan sebegitu menjadi panduan kepada ahli akademik termasuklah para mahasiswa dan para pengkaji bahasa mengenali laras berita dengan lebih mendalam. Bagi pengkaji sendiri, bidang ini menjadi kayu pengukur tahap pengetahuan pengkaji tentang klausa dan frasa dalam bidang sintaksis bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam bidang penulisan rencana. Batasan Kajian. O. PY. R. Kajian “Jenis Dan Bentuk Binaan Ayat Dalam Penulisan Rencana Dari Sudut Wacana” memfokuskan pembinaan dan penyusunan kata dalam sesebuah ayat. Kajian bertumpu kepada aspek binaan ayat dalam teks rencana yang mengandung unsur makna di dalam wacana. Sebanyak 20 buah artikel berita rencana dari akhbar Harian Metro (HM) dan Kosmo (KM) yang telah dikenal pasti bentuk binaan ayat dan unsur wacana. Hal ini bertujuan untuk mengkaji sama ada teks yang dipilih membawa unsur wacana yang dapat mengungkapkan makna mengikut konteks rencana.. ©. C. Definisi Operasional Secara amnya, kajian ini mengaitkan beberapa unsur linguistik untuk memenuhi keperluan objektif yang ingin dicapai pada akhir kajian nanti. Antara unsur tersebut meliputi unsur sintaksis, binaan ayat dan wacana sebagai elemen linguistik. Selain itu, rencana akhbar sebagai bahan kajian juga memainkan peranan penting dalam bahagian penganalisisan korpus data.. Bentuk dan Makna dalam Binaan Ayat Sintaksis merupakan pengetahuan atau cabang ilmu linguistik, peraturan dan sebagainya tentang susunan kata dalam ayat. Sintaksis menjadi instrumen gramatikal yang menghubungkan kata dengan kata sebagai satuan yang terbesar dalam 7.

(23) tatatingkat berbahasa. Dalam hal ini, sintaksis merupakan kajian tatabahasa yang lebih kompleks dengan merangkumi struktur binaan dan unsur pembentuk ayat.. U. PM. Nik Safiah Karim (2010) berpendapat bahawa bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat dikenali sebagai ilmu sintaksis. Selain itu, sintaksis juga ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Abdullah Hassan dan rakan-rakan (2006) mendefinisikan sintaksis sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat, termasuk proses pembinaan ayat dan hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Menurut Ahmad Mahmood Musanif pula (2011), bidang sintaksis mengkaji ayat, unsur yang terdapat di dalamnya dan jenisnya serta bentuk dan ragamnya.. Wacana Binaan Ayat. IG. H. T. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses yang berlaku dalam membina dan merangka susunan rangkai kata menjadi satu ayat dengan melalui pelbagai kaedah mengikut peraturan dalam sesuatu bahasa itu secara amnya amat sinonim dengan bidang sintaksis. Sebagai satu cabang ilmu linguistik, sintaksis merupakan bidang yang mengalami proses berterusan selaras dengan naik taraf terhadap nilai sosial dan nilai ekonomi sesebuah bahasa itu.. ©. C. O. PY. R. Dalam memberi perihal unsur binaan ayat dan wacana, aspek tersebut merupakan akan menjadi fokus kajian yang dijalankan. Dalam hal ini, kajian penulisan sama ada penulisan rencana ilmiah atau bukan ilmiah melibatkan unsur ayat yang mengandung frasa, klausa dan kata yang membentuk satu wacana bermakna. Binaan ayat dalam penulisan rencana memiliki struktur subjek-predikat atau predikat- subjek yang lengkap dan bermakna. Unsur wacana dalam kajian ini merupakan satu penelitian yang bertumpu kepada makna yang terkandung dalam binaan ayat teks rencana. Bagi menjelaskan perihal wacana, umumnya wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan yang berketaksaan jelas. Gunther Kress (2001) mendefinisikan wacana sebagai “the word is used in two distinct though connected senses. One points to a meaning such as ‘extended stretch of language’; the other points to a social organization of contents in use.” Lakoff (1971) pula mengatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, secara ringkas dapat dijelaskan bahawa pengertian umum tentang wacana merujuk kepada penyampaian melalui teks linear dan bukan linear yang di dalamnya mengandung makna.. 8.

(24) Ayat. PM. Dari segi tatatingkat berbahasa, ayat berada di kedudukan yang paling tinggi. Ayat yang lengkap memiliki bentuk dan strukur yang menepati ciri tatabahasa. Ayat dalam penulisan rencana bukan sahaja terdiri daripada beberapa rangkai kata, malah dengan hanya dua kata sahaja memadai asalkan lengkap dan bermakna. Penggunaan ayat dalam penulisan rencana mengandung bahasa formal yang lebih padat dan lengkap berbanding dengan penulisan berita. Ayat yang digunakan bersifat deskriptif huraian dan memerlukan penjelasan lengkap tentang sesebuah topik.. U. Dalam pada itu, pengertian umum secara ringkas menjelaskan bahawa ayat merupakan satu perkataan atau lebih kerap lagi, serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Za’ba (2006) menjelaskan bahawa ayat terdiri daripada serangkaian kata bermula daripada pangkal sehingga ke hujung ayat yang difahami oleh pembaca. Hal ini kerana ayat tersebut telah sempurna maksudnya.. IG. H. T. Asmah Haji Omar (2009) mendefinisikan ayat sebagai unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai oleh intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Menurut beliau lagi, ayat merupakan hubungan rantaian antara unit-unit yang letaknya pada garis latar atau garis waktu.. PY. R. Nik Safiah Karim (2010) menjelaskan bahawa ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat pula ialah susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat, iaitu rangkai kata. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan menyatakan bahawa binaan ayat terdiri dari dua unsur atau lebih terbentuk daripada beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai konstituen.. O. Rencana dan berita. ©. C. Penulisan rencana dan berita merupakan esei yang mengandung maklumat, huraian hujahan, ulasan atau penceritaan sesuatu topik berdasarkan fakta sebenar. Fakta berkaitan topik diperoleh dari pelbagai sumber termasuklah melalui tinjauan, rujukan dan wawancara. Berdasarkan kajian ini, rencana yang dipilih mengikut pengkhususan, seperti rencana sains dan teknologi, rencana keagamaan, rencana sosial, rencana ekonomi dan rencana politik.. Sulaiman Masri (1990) menerangkan bahawa berita rencana ialah tulisan yang terdiri daripada fakta mengenai peristiwa atau kejadian yang terjadi, yang baru, yang luar biasa sifatnya dan yang ingin diketahui umum. Mohd Sidin Ahmad Ishak (1996) menjelaskan bahawa rencana merupakan gubahan penulisan yang memberi tumpuan kepada topik khusus. Bush (1965) pula mendefinisikan berita sebagai informasi bertulis yang “merangsang” seseorang kerana dengan informasi itu orang biasa dapat merasa puas dan menikmati keseronokannya. 9.

(25) Charnley (1996) menjelaskan bahawa penulisan berita tentang fakta atau pendapat orang yang terikat oleh waktu, yang menarik atau penting bagi sejumlah orang tertentu. Safiah Hussain et.al (1988) pula mendefinisikan rencana sebagai esei pendek yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. Sebagai penulis, rencana atau berita yang menjadi topik perbahasan diperoleh dari mekanisme yang sama, iaitu melalui kesahihan fakta dan kebenaran sumber. Secara ringkasnya, penceritaan tentang peristiwa semasa melalui media cetak yang berkaitan bidang sosial dan kemasyarakatan, ekonomi dan kewangan, serta organisasi politik di dalam dan di luar negara memerlukan kepakaran penulis untuk menyampaikan topik perbahasan agar bentuk penulisan tidak lari dari citra penulisan yang bertaut, beruntutan di samping mengandung ketaksaan makna.. 10.

(26) BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan et al. 2006. Sintaksis- Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.. PM. Abdul Jalil Othman. 2000. Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan dan Leksikal dalam Penulisan Karangan . Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 826 848. jilid 44. bil. 8.Ogos. Ahmad Mahmood Musanif. 2011. Semantik Bahasa Melayu. Serdang: Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia.. U. Ahmat Adam. 1994. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.. T. A. M. Dewabrata. 2004. Kalimat Jurnalistik: Panduan Mencermati Penulisan Berita. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.. H. Anderson J.S. 1981. The Rhetorical Theory and Practice of Walter Lippmann: Advocacy Journalism as Rhetorical Discourse. Tesis Doktor Falsafah, University of Winconsin-Madison.. IG. Arbak Hj. Othman. 1981. Tatabahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.. R. Arikunto, Suharsimin. 2002. Prosedur Penelitian Satu Pendekatan Praktek. Jakarta: PT. Rineka Cipta.. PY. Asmah Hj. Omar. 1968. World Classes in Malay. Bloomington, Indiana Anthropology Dept, Indiana University.. O. Asmah Hj. Omar. 1980. Analisa Wacana. Jurnal Dewan Bahasa 11-25 dan 24:4 9 25.. ©. C. Asmah Hj Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Asmah Hj. Omar. 2009. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Professional.. Asmah Hj. Omar. 2009. Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj Omar. 2010. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. 78.

(27) Azhar Simin. 1983. Seni Karya Nahu Melayu Kini . Jurnal Dewan Bahasa 664-687. Azhar Simin. 1993. Sintaksis-Wacana “Yang” dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Bhatia, V.K. 1993. Analysing Genre: Language Use in Professional Settings. London;New York: Longman Press.. PM. Bell, A. 1991. The Language of News Media. Oxford: Blackwell Publisher. Bell, A dan Garret, P. 2000. Approaches to Media Discourse. Oxford: Blackwell Publisher.. U. Becker, A.L. 1976. A Tagmemic Approach to Paragraph Analysis. dari L.G. Richards.. Rhetoric and Composition a Source-Book for Teachers. New York: Hayden Book Company.. T. Beaugrande, de.R. 1981. Text, Discourse and Process Towards a Multidisciplinary of Texts. London: Longman.. H. Bush, C. R. 1965. Newswriting and Reporting Public Affairs. New York: Chilton Book Company.. IG. Charnley, M. 1996. Reporting. Toronto: Holt, Rinehart & Winston.. R. Cobley, P. 2001. The Routledge Companion to Semiotics and Linguistics. London: Routledge.. PY. Dede Oetomo. 1993. Penglahiran dan Perkembangan Analisis Wacana. dari Bambang Kaswanti Purwo (ed). PELBA 6. Jakarta: Lembaga Bahasa Unika Atma Jaya 3-20.. O. Derewianka, B. 1990. Exploring How Text Works, Primary English Teaching Association. Maryborough, Victoria: Australian Print Group.. ©. C. Faridah Noor Mohd. Noor. 2000. Persuasion in Thesis Writing. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya. Fairclough, N. 1993. Critical Discourse Analysis and the Marketization of Public Discourse: the Universities. Discourse and Society 2. Fishman, Joshua A. dan Greenfield, L. 1970. Situational Measures of Normative Language View in a Relation to Persons, Place, and Topic among Puerto Rican Bilinguals. Anthropos 65.. Fowler, Roger et al. 1979. Language and Control. London: Routledge and Kegan Paul. Gorys Keraf. 1984. Sebuah Pengantar Kemahiran Bahasa. Komposisi VII : 62.. 79.

(28) Grice, H.P. 1975. Logic and Conversation, dari. P. Cole A.J. Morgan (ed). Syntax and Semantics Vol. 3 Speech Acts. New York: Academic Press. Halliday, M.A.K. 1976. Cohesion in English. London: Longman. Halliday, M.A.K. 1985. An Introduction to Functional Grammar. London: Edward Arnold.. Harris, Z. 1952. Discourse Analysis. Language. 28: 1-30.. PM. Hany Uswatun Nisa. 2011. Kohesi dan Koherensi Antarkalimat dalam Wacana Berita di Majalah Panjebar Semangat. Tesis Sarjana, Universiti Negeri Semarang.. U. Hashim Musa. 1993. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. H. T. Hasuria Che Omar. 2011. Analisis Wacana Kritis dalam Program Televisyen Raja Lawak dan Implikasinya terhadap Psikososial Audiens di Malaysia. Jurnal Bahasa 61-86.. IG. Hymes, D. 1972. Models of the Interaction of Language and Social Life. dari J.J. Gumperz dan D. Hymes (ed). Directions in Sociolinguistics. New York: Holt Reinhart dan Winston. Inc.. R. Idris Aman. 2001. Wacana dan Kepimpinan: Analisis Perutusan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.. PY. Junaiyah H. M, E. Zaenal Arifin. 2010. Keutuhan Wacana. Jakarta: PT. Grasindo. Kassim Ahmad. 1975. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. O. Kaplan, R. 1990. Concluding Essay: On Applied Linguistics and Discourse Analysis dari Robert Kaplan (ed.) Annual Review of Applied Linguistics, Vol. II.. ©. C. Knapp P.,Watkins M. 1994. Context-Text Grammar: Teaching the Genres and Grammarof School Writing in Infants and Primary Classroom, Text. Broadway: NSW. Kress, Gunther. 2001.Sociolinguistics and Social Semiotics, dari Paul Cobley (ed), The Routledge Companion to Semiotics and Linguistics 66-82. Kress, G. dan Leeuwen, V. T. 2006. Reading Image: The Grammar of Visual Design. London: Routledge. Lakoff, George. 1971. On generative semantics. dari D.D. Steinberg dan L.A. Jakobovits (ed). Semantics: An interdisciplinary reader in philosophy, linguistics and psychology 232-296 80.

(29) Lippmann, W. 1927. Liberty and the News. New York: The McMillan. Co. Lyons, J. 1993. Pengenalan Linguistik Teorietis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. PM. Melrose, R. 1995. The Communicative Syllabus: A Systemic Functional Approach to Language Teaching. London: Pinter. Mohd Azidan Abdul Jabar. 2005. Peranan Kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian. Jurnal Bahasa.1 Mac:. 112-135.. U. Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Mohd. Sidin Ahmad Ishak. 1996. Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. H. T. Mohd Taib Osman. 1958. The Language of the Editorials in Malay Vernacular Newspapers up to 1941. Latihan Ilmiah BA (Hons), Universiti Malaya, Singapura.. IG. Mohd Taib Osman. 1964. Bahasa Renchana Pengarang Akhbar-akhbar Melayu hingga ke Tahun 1964. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. R. Mohd. Zaini Othman. 2004. Wacana, Penanda Wacana, Kohesi, Koheren. Pelita Bahasa Mac: 26-27.. PY. Nik Safiah Karim. 1975. The Major Syntactic Structures of Bahasa Malaysia and their Implications of the Standardization of the Language. Tesis Doktor Falsafah, Ohio University.. O. Nik Safiah Karim et, al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Aina Dani. 2007. Pengantar Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Sasbadi.. ©. C. Noor Bathi Badarudin. 2002. Dunia Media Moden. Kuala Lumpur: PTS Publications. Norizan Che Su. 2009. Analisis Kontrastif Sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Tesis Doktor Falsafah., Universiti Putra Malaysia. Nor Azuwan Yaakob. 2008. Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Radiah Yusoff. 2002. Kohesi dalam Wacana Bertulis. dari Radiah Yusoff dan Nor Aini Ismail. Jurnal Dewan Bahasa 2: 26-33.. 81.

(30) Ramli Hj. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu- Penerepan Teori Kuasaan dan Tambatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Robins, R. H. 1967. A Short History of Linguistic. London: Longman. Rogers, E. M. 2003. Diffusions of Innovation (5th ed.). New York: Free Press.. PM. Safian Hussain et. al., 1988. Glosori Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sanat Md. Nasir. 1995. Pengajaran Bahasa Melayu Mengikut Pendekata Wacana. Kertas Kerja Persidangan Para Pendidik Bahasa Melayu anjuran Lang Education Intelec di Kuala Lumpur, 14-15 Disember.. U. Sanat Md. Nasir. 1996. Kewacanaan Za’ba dari Wan Abdul Kadir (ed). 100 Tahun Za’ba . 39-48.. T. Sanat Md. Nasir. 2002. Tautan dalamWacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. IG. H. Sato Hirobumi. 1997. Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah: Suatu Pandangan dari Sudut Linguistik Struktural-Fungsian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sinclair, J. 1975. Toward an Analysis of Discourse: The English Used by Teachers and Pupils. London: Oxford University Press.. PY. R. Sulaiman Masri. 1990. Penulisan Berita dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tay Meng Guat. 2006. Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak: Satu Analisis Sintaksis. Jurnal Penyelidikan IPBL 7.. ©. C. O. Teeuw, A. 1961. A Critical Survey of Studies on Malay and Bahasa Indonesia (with the assistance of H.W. Emanual), Koninklijk Institut Voor Taal-, Land en Volkenkunder, Bibliograpjical Series 5, ‘S-Gravenhage-Maritunus Nijhoff. Van Dijk, T.A. 1988. News as Discourse. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaun Associates.. Verhaar, John W. M. 1981. Teori Linguistik dan Bahasa Indonesia. Yogyakarta: Kanisius. Winstedt, R. O. 1913. Malay Grammar. Oxford: Clarion Press. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1941. Malay Journalism in Malaya. Journal of Malayan Branches of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) xix: 2.. 82. the.

(31) ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2006. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zamri Salleh, Abdull Sukor Shaari. 2009. Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu. MJLI. 6.. 83.

(32)

Referensi

Dokumen terkait

Melalui tema “Arsitektur Responsif” objeklebih mengoptimalkan suatu rancangan yang mencerminkan aktivitas yang cekatan atau memiliki respon yang tinggi terhadap sesuatu yang

Kecemasan Ibu Primigravida Berdasarkan data (tabel 4) responden yang memiliki pendapatan keluarga tinggi sebanyak 23 orang yang tidak mengalami kecemasan sebanyak 20 orang

Kandungan air yang terdapat pada produk bahan bakar minyak dari sampah plastik jenis HDPE dan LDPE semakin menurun, karena semakin tinggi suhu pirolisis maka semakin

Analisi ini digunakan untuk mengetahui pengaruh faktor aktivitas promosi dan faktor religiusitas terhadap keputusan masyarakat menjadi anggota Koperasi Syariah 212

Meningkatnya kualitas sumber daya manusia berbasis pada hak-hak dasar, kesetaraan gender, nilai budaya dan agama.Meningkatnya perekonomian daerah berbasis pada

Dari uraian di atas dapat disimpulkan bahwa dalam hal belajar teori Behaviorisme memiliki ciri-ciri bahwa: (a) Belajar adalah perubahan perilaku; (b) Perilaku

Siswa tidak dapat menyelesaikan soal dengan indikator yang menerapkan konsep rata-rata atau median pada soal pemecahan masalah baik yang tersaji dalam bentuk

Hal ini diduga arang aktif tempurung kelapa disukai oleh mikroba sebagai rumahnya dan mempunyai daya serap iod yang lebih tinggi dibandingkan arang aktif tongkol jagung.Urea