• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL PENGGUNA EIS RTD LIPIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MANUAL PENGGUNA EIS RTD LIPIS"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1

1.0 PENGENALAN

Pencapaian maklumat RTD Lipis seperti peta cadangan, pelan subjek dan garispanduan blok perancangan lebih mudah untuk dicapai melalui perisian Sistem Maklumat Eksekutif (EIS). Sistem ini memudahkan pengguna untuk membuat carian lot dan semakan peta cadangan dengan lebih pantas. Ini adalah kerana ianya mengambilkira ciri-ciri seperti mesra pengguna, interaktif dan mudah digunakan. Oleh itu, ianya secara tidak langsung dapat menarik minat orang awam untuk bersama-sama terlibat di dalam proses perancangan di Lipis. Sistem ini dapat membantu mendekatkan lagi orang awam diri dengan proses-proses perancangan di daerah ini.

GIS RTD Lipis mempunyai jumlah data yang besar berdasarkan pangkalan data Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis dan memerlukan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) ini bagi memudahkan pengguna untuk membuat proses pencarian dan pemaparan peta blok perancangan, cadangan dan garispanduan secara interaktif. Dengan itu, proses dan sistem perancangan di daerah ini akan lebih sistematik dan komprehensif.

1.1 MATLAMAT

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) bertujuan membangunkan sistem bantuan komputer yang dapat digunakan sebagai alat pengurusan bagi Kajian RTD Lipis.

1.2 OBJEKTIF

Objektif adalah seperti berikut :

i. Paparan data yang lebih interaktif dengan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengutarakan pandangan dan cadangan terhadap pembangunan di kawasan terlibat.

ii. Menyokong serta membantu dalam proses persembahan pangkalan data.

iii. Mempercepatkan proses carian data dan mempunyai antaramuka yang mudah dan ramah pengguna (user-friendly).

2.0 PEMBANGUNAN SISTEM ANTARAMUKA PENGGUNA

Pembangunan sistem antaramuka ini mengambilkira beberapa perkara yang penting antaranya adalah seperti sistem komputer, pengguna dan juga kedapatan data atau data geospatial.

a. Sistem Komputer

Sistem komputer adalah melibatkan kelengkapan perisian dan perkakasan. Perisian merupakan media yang dipasang pada perkakasan untuk melaksanakan aktiviti GIS dan pembangunan sistem. Perkakasan dan perisian digunapakai bagi mengumpul, menyimpan, memproses, analisis serta memaparkan semula data.

(2)

2

b. Pengguna

Sasaran pengguna perlu dikenalpasti. Secara umumnya 3 sasaran pengguna iaitu pegawai pengurusan, pegawai sokongan dan pekerja teknikal. Tugasan pegawai sokongan adalah menjalankan tugasan teknikal seperti memproses pelan dan pemantauan dan pekerja teknikal menjurus kepada kemasukkan data dan pencarian pelan. Latihan kepada pengguna perlu mengambil kira kepada beberapa aspek utama seperti rekabentuk umum, kaedah pengemaskinian, analisis, pelaksanaan dan pengoperasian sistem.

c. Data / Data Geospatial

Keperluan terhadap data-data terkini adalah penting bagi memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat. Penggunaan pelbagai sumber data seperti foto udara, imej satelit, jadual statistik diperlukan bagi memberi gambaran yang tepat terhadap data.

2.1 REKABENTUK SISTEM

EIS RTD Lipis ialah EIS stand alone dan dibangunkan menggunakan perisian Mapguide version 2.0.2 dan keatas dan Dreamweaver Cs5 serta dibantu dengan bahasa pengaturcaraan PHP dan HTML. Kedua-dua perisian ini merupakan perisian yang paling sesuai dan terkini untuk digunakan bagi membina dan membuat menu-menu capaian data yang dikehendaki mengikut keperluan pengguna.

Rekabentuk sistem adalah untuk memberi gambaran awal terhadap konsep dan hubungan data agar dapat mempermudahkan rangka kerja bagi tujuan pengaturcaraan serta memahami cara atau 'sequence' data dipaparkan.

2.2 KOMPONEN UTAMA PAPARAN ANTARAMUKA

Terdapat beberapa komponen utama di dalam paparan antaramuka EIS RTD Lipis. Antara komponen-komponen tersebut adalah seperti:

a. Pangkalan data GIS

Paparan pangkalan data GIS adalah merangkumi keperluan pangkalan data yang telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia.

Pangkalan Data GIS

PENGGUNA ANTARA MUKA PENGGUNA

PANGKALAN DATA

(3)

3

b. Pelan Subjek

Pelan subjek merupakan pelan memaparkan keseluruhan kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan. Paparan pelan subjek ini adalah bertujuan memudahkan pengguna mencapai pelan subjek mengikut sektoral. Ini akan menjimatkan masa pengguna tanpa perlu melihat atau mendapatkan maklumat dengan membuka laporan.

c. Konsep dan Strategi Pembangunan

Paparan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna bagi menyemak konsep dan strategi pembangunan bagi sesuatu kawasan atau sesuatu sektor.

d. Garispanduan

Garispanduan digariskan mengikut Blok Perancangan. Garispanduan yang digariskan dapat dipaparkan membantu pengguna menyemak panduan pembangunan bagi kawasan-kawasan tertentu. Semakan secara terus dapat membantu pengguna lebih menjimatkan masa.

e. Fungsi Carian

Fungsi carian yang disediakan di dalam EIS RTD Lipis disediakan untuk memudahkan pengguna mencari maklumat. Terdapat 5 jenis carian iaitu

i. carian nombor lot, ii. carian mengikut mukim

iii. Carian mengikut BP

iv. Carian mengikut kemudahan masyarakat v. Carian mengikut kawasan sejarah

Kesemua carian ini adalah untuk mencari lokasi pembangunan perancangan di kawasan dikehendaki.

f. Fungsi paparan peta interaktif

Paparan peta interaktif membenarkan pengguna mencapai info atau maklumat berkaitan cadangan dan semasa guna tanah. Peta interaktif menyediakan paparan peta secara interkatif.

g. Tools GIS

Tools GIS yang disediakan dapat digunakan untuk melayar dan menerokai peta interaktif yang disediakan. Penyediaan tools GIS adalah berbeza mengikut kumpulan pengguna. Antara tools GIS yang disediakan ialah :

– Zoom Out – Zoom in – Identifier

Komponen-komponen yang telah digariskan di atas akan memberi kemudahan terhadap pengguna untuk mendapatkan maklumat RTD Lipis dengan lebih mudah, dan seterusnya dapat membantu pengguna untuk menjimatkan masa dalam usaha mendapat maklumat dengan cepat dan tepat.

(4)

4

3.0 INSTALASI SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) RTD LIPIS

Sebelum sistem ini diinstalasi dan digunapakai sistem ini perlu mengambilkira berapa aspek. Perkara tersebut dititikberat bagi memastikan proses instalasi berjalan dengan lancar. Keperluan tersebut adalah.

a. Mengenalpasti keperluan minima perkakasan dan perisian untuk instalasi sistem

b. Prosedur Instalasi EIS RTD Lipis

3.1 KEPERLUAN MINIMA PERKAKASAN DAN PERISIAN

Keperluan minima perkakasan dan perisian perlu dikenalpasti untuk memastikan sistem dapat digunakan dengan baik dan tidak mengalami kesukaran semasa mengendalikannya. Berikut merupakan keperluan minima perkakasan dan perisian yang dicadangkan iaitu :

Keperluan Perkakasan:

• Server Intel i7 dengan kelajuan 3.0 Ghz/512k • Cakera keras sekurang-kurangnya 160 Gb untuk

memuatkan kesemua perisian yang digunakan dan data-data yang diperlukan.

• Ingatan utama tidak kurang daripada 4 Ghz. • Tetikus dan papan kekunci.

• Pemacu CD-ROM sekurang-kurangnya 48 kelajuan. • Monitor 15 inci dengan saiz paparan 1024 x 768 piksel.

• Kad Grafik 64 MB.

• Kad Rangkaian 10/100 Mbps.

• Sistem pengendalian windows Server/seven pack 1 ke atas.

Keperluan Perisian:

• Windows Seven (Service Pack 1 atau lebih) • Mapguide version 2.0.2.

• Microsoft Office 2000/XP/2003/2007 • Acrobat Reader

• Dreamweaver Cs 5

3.2 PROSEDUR INSTALASI EIS RTD LIPIS

Sebelum pengguna dapat mencapai EIS RTD Lipis pada menu windows dan desktop, instalasi sistem EIS perlu dilakukan. Berikut merupakan langkah yang perlu diikut oleh pengguna untuk instalasi EIS.

untuk instalasi menggunakan Mapguide Server, pastikan tiga perisian di instalasi iaitu:

i. MgServerSetup-2.0.2.3011

ii. MgWebServerExtensionsSetup-2.0.2.3011Autodesk iii. MapGuide Studio 2009 @ Maestro

(5)

5

a) Langkah pertama adalah memulakan pemasangan

MgServerSetup-2.0.2.3011. Buka CD Setup EIS RTD Lipis yang disediakan.

1. tekan sebanyak 2 kali pada simbol perisian MgServerSetup-2.0.2.3011.

2. Tetingkap pemulaan MapGuide server-Install Wizard

dipaparkan untuk memulakan proses instalasi kemudian tekan

Next untuk memulakan proses pemasangan.

3. Tetingkap Custom Setup akan di paparkan untuk memilih

program features untuk pemasangan. Kemudian tekan icon ProgramFiles untuk pemasangan features.

(6)

6

4. Kemudian tetingkap untuk memulakan pemasangan akan

dipaparkan hanya tekan butang install, proses pemasangan akan bermula

b) Langkah kedua adalah pemasangan

MgWebServerExtensionsSetup-2.0.2.3011 SETUP

1. Tekan icon MgWebServerExtensionsSetup-2.0.2.3011 sebanyak dua kali untuk memulakan proses pemasangan

2. Tetingkap untuk memulakan pemasangan akan dipaparkan, hanya perlu tekan Next untuk memulakan pemasangan perisian

(7)

7

3. Kemudian Tetingkap Custom Setup akan dipaparkan untuk

pemilihan features yang akan dipilih. Di dalam tetingkap ini terdapat beberapa features yang akan di senaraikan . Untuk penggunaan EIS RTD Lipis icon Web Extensions -Php akan digunakan.

4. Tetingkap untuk memulakan pemasangan akan dipaparkan hanya tekan butang install, proses pemasangan akan bermula

(8)

8

a)

Langkah terakhir dalam pemasangan EIS RTD Lipis adalah instalasi

Autodesk MapGuide Studio 2009 SETUP

1. Tetingkap Autodesk MapGuide Studio 2009 SETUP akan di paparkan dan tekan icon Install Products untuk memulakan pemasangan.

2. Tetingkap Istallation Wizard akan dipaparkan tekan next untuk ke tetingkap yang seterusnya .

(9)

9

3.Kemudian tetingkap pengesahan lesen akan dipaparkan, pengguna

perlu memilih Malaysia di icon country, kemudian tekan butang I accept untuk pengesahan dan tekan next untuk meneruskan pemasangan.

4. Selepas pengesahan dilakukan tetingkap customer Information akan dipaparkan, pada tetingkap ini maklumat pengguna perlu dimasukkan. Setelah maklumat nama dan organisasi di masukkan, pengguna perlu menekan next untuk pemasangan seterusnya

(10)

10

5. Langkah terakhir adalah pemilihan lokasi untuk penyimpanan. Tetingkap perletakkan fail akan di paparkan pengguna boleh memilih lokasi perletakkan fail di lokasi yang bersesuaian. Kemudian tekan Next untuk pemasangan yang seterusnya.

(11)

11

4.0 MELAYARI SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) RTD LIPIS

4.1 MEMULAKAN SISTEM

Pengguna EIS RTD Lipis berteraskan web untuk melayari EIS perlu mempunyai IE (Internet Explorer) atau pelayar internet yang lain. Alamat web akan dibekalkan kepada pengguna oleh perunding.

Rajah 4.1:Muka Hadapan EIS RTD Lipis

Rajah 4.1 merupakan Muka Hadapan EIS RTD Lipis setelah alamat web eis dimasukkan.

Untuk memulakan paparan bagi pegawai satu ID pegawai akan di cipta untuk keselamatan. Namun untuk pengguna awam boleh melayari EIS terus tanpa memerlukan ID

Rajah 4.2 : Paparan Antaramuka Login Pengguna

Kumpulan pengguna sistem dibahagikan kepada 3 kumpulan yang menawarkan fungsi sistem yang berbeza.

Jadual 4.1 : Fungsi Sistem Mengikut Kumpulan Pengguna

Bil. Kumpulan Pengguna

Fungsi Sistem

1. Pegawai Paparan Data, carian, kemaskini

data, mencetak peta, melihat dan membuat bantahan

2. Pengurus(Admin) Paparan data, carian, kemaskini, mendaftar pegawai baru dan mencetak pelan

3. Awam Paparan data, mencetak pelan

(12)

12

4.1 PAPARAN ANTARA MUKA

Paparan antaramuka pengguna untuk sistem EIS RTD LIPIS dibahagikan pada 5 bahagian utama iaitu

a. Paparan peta interaktif; b. Capaian utama; c. Petunjuk; d. Info e. Carian; dan f. Tools GIS

a. Paparan peta interaktif

Paparan peta interaktif disuaipakai menggunakan perisian Mapguide dan rekabentuk paparan peta yang menunjukkan kawasan kajian iaitu Majlis Daerah Lipis dan sebahagian kawasan yang bersepadan dengan kajian iaitu daerah Cameron Highland, Daerah Jerantut, Daerah Raub dah Sebahagian Negeri Kelantan.

Selain itu, Paparan peta interaktif boleh boleh memilihmemaparkan guna tanah semasa, gunatanah cadangan atau zoning serta maklumat-maklumat seperti bandar, kemudahan masyarakat dan mukim

(13)

13

Rajah 4.3 : Paparan Interaktif EIS RTD Lipis

(14)

14

b. Capaian Utama

Menu capaian bagi EIS RTD Lipis terletak di bahagian kanan paparan intraktif EIS . Menggunakan konsep pembahagian fail untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan. Capaian utama yang disediakan di dalam EIS RTD Lipis terdiri daripada :

a) Pengenalan serta ringkasan kepada RTD Lipis b) Laporan teknikal yang merupakan laporan kajian

RTD Lipis

c) DRT Lipis yang merangkumi peta cadangan, garispanduan dan penyataan bertulis

d) Manual EIS. e) Penafian f) bantahan

g) Senarai Bantahan (hanya boleh dilihat oleh pentadbir dan pegawai sahaja)

Melalui capaian utama, pengguna boleh membuat cetakan digital (print) terhadap laporan yang telah disediakan. sekiranya pengguna memerlukan sebarang rujukan berkaitan dengan penggunaan sistem ini mereka boleh membuat capaian Manual EIS. Manual pengguna dan laporan yang disediakankan adalah di dalam bentuk Acrobat Reader

(15)

15

Rajah 4.5 : Paparan capaian kepada pelan cadangan RTD Lipis

(16)

16

c.Menu Petunjuk

Menu petunjuk memaparkan petunjuk simbol pada paparan peta interaktif. ini bertujuan untuk menjadikan rujukan kepada pengguna pada simbol yang di paparkan di dalam peta (Rajah 4.6)

d. Menu Info

Menu info memaparkan infomasi yang terdapat di dalam peta interaktif berdasarkan kepada lapisan yang disediakan. Ini bertujuan untuk menjadi rujukan kepada pengguna mengenai maklumat yang ada di dalam peta interaktif

Rajah 4.6: Menu Petunjuk

(17)

17

e. Menu Carian

Carian disediakan untuk memudahkan pengguna melakukan carian dengan lebih cepat dan mudah. Menu carian yang di sediakan di dalam EIS RTD Lipis adalah :

i. Carian Lot ii. Carian Mukim iii. Carian BP

iv. Carian Kemudahan v. Carian kawasan Sejarah

(18)

18

Rajah 4.8: Menu carian

Carian lot

Carian mukim

Carian BP

Carian

kemudahan

Carian

kaw Sejarah

(19)

19

Rajah 4.8: Menu carian lot

(20)

f. Tool GIS

Merupakan ruangan fungsi pada antaramuka yang membenarkan pengguna melaksanakan aktiviti GIS untuk data

pada ruangan peta interaktif yang disediakan. Jadual 4.2 menunjukkan tool GIS yang dimasukkan di dalam EIS

Jadual 4.2: Tool GIS

Simbol Fungsi Diskripsi

Zoom In Memaparkan paparan pada jarak dekat

Zoom Out Memaparkan paparan pada jarak jauh

Zoon to rectangle Memaparkan paparan pada jarak yang dikehendaki

Zoom Previouse Memaparkan paparan peta sebelumnya

Zoom Next Memaparkan paparan peta seterusnya

Initial map review Memaparkan paparan pada ukuran keseluruhan peta

Pan Membenarkan pergerakkan peta

Print Membenarkan paparan peta dicetak

dalam saiz A4

Select Mode Memilih sesuatu peta

Clear Selection Membersihkan sesuatu pilihan pada peta

upakan ruangan fungsi pada antaramuka yang membenarkan pengguna melaksanakan aktiviti GIS untuk data-data yang dicapai pada ruangan peta interaktif yang disediakan. Jadual 4.2 menunjukkan tool GIS yang dimasukkan di dalam EIS RTD Lipis

Memaparkan paparan pada jarak

Memaparkan paparan pada jarak

paparan pada jarak

Memaparkan paparan peta

Memaparkan paparan peta

Memaparkan paparan pada ukuran

Membenarkan pergerakkan paparan

Membenarkan paparan peta dicetak

Memilih sesuatu peta

Membersihkan sesuatu pilihan pada

Simbol Fungsi Diskripsi

Measure Membenarkan pengguna

memperolehi jarak antara A ke B pada peta

Buffer Analisis buffer / mengezonkan kawasan yang diperlukan

Carian Lot Tanah Membenarkan pengguna membuat carian lot tanah dengan lebih cepat Carian Mukim Membenarkan pengguna membuat

carian mukim tanah dengan lebih cepat

Carian BP Membenarkan pengguna membuat carian lot BP dengan lebih cepat Carian Kemudahan Membenarkan pengguna membuat

carian Kemudahan dengan lebih cepat

Carian Kawasan Sejarah

Membenarkan pengguna membuat carian Kawasan Sejarah dengan lebih cepat

20

Diskripsi

Membenarkan pengguna

memperolehi jarak antara A ke B pada peta

Analisis buffer / mengezonkan kawasan yang diperlukan

Membenarkan pengguna membuat carian lot tanah dengan lebih cepat Membenarkan pengguna membuat carian mukim tanah dengan lebih cepat

Membenarkan pengguna membuat carian lot BP dengan lebih cepat Membenarkan pengguna membuat carian Kemudahan dengan lebih cepat

Membenarkan pengguna membuat carian Kawasan Sejarah dengan lebih cepat

(21)

21

g. Penyelenggaraan

Kemudahan penyelenggaraan adalah bertujuan untuk membuat sebarang pindaan terhadap data sama ada spatial mahupun bukan spatial. Walaubagaimanapun, ianya hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di mana peranan mereka adalah berkaitan dengan kemaskini data, selenggara dan mencetak pelan. Oleh itu, dengan adanya kemudahan penyelenggaraan ini, tugasan mereka akan menjadi lebih cepat, mudah serta sebarang data adalah selamat untuk disimpan dan digunapakai.Penyelenggaraan EIS RTD Lipis menggunakan Autodesk Mapguide Studio.

Penyelenggaraan EIS RTD Lipis menggunakan Autodesk Mapguide Studio, membaca data di dalam bentuk shapefile (.shp). Oleh itu pentadbir sistem perlu membuat penukaran format data kepada bentuk .shp.Rajah 4.9 menunjukkan cara penukaran format data menggunakan mapinfo daripada data berbentuk tab kepada data berbentuk .shp.Selain daripada bentuk.

(22)

22

Untuk memulakan proses kemaskini lapisan RTD Lipis, memerlukan

paparan Load Procedure. Rajah 4.10 menunjukkan langkah untuk perlaksanaan Load Procedure, dimana paparan memerlukan pengguna right click pada tetikus pada fail yang mengandungi data-data RTD Lipis, kemudian pilih new dan pilih Load Procedur, kemudian pilih lokasi yang mengandungi lapisan data-data RTD Lipis (Rajah 4.11), kemudian pilih data yang perlu dikemaskinikan

Setelah proses Load Procedure selesai dilaksanakan tetingkap utama akan dipaparkan (Rajah 4.12). Dimana semua kemaskini data akan dilaksanakan di dalam tetingkap. Setiap data yang dikemaskini memerlukan sistem koordinat untuk memastikan data yang dikemaskini berada di koordinat yang betul. Di dalam sistem ini hanya perlu memilih arbitrary X-Y coordinate system (meters) (Rajah 4.13)

Rajah 4.10: Paparan Load Procedure

(23)

23

Rajah 4.12: Paparan utama pengemaskinian data

(24)

24

Rajah 4.13: Paparan untuk kemasukkan koordinat

(25)

25

Setelah proses kemasukkan koordinat selesai proses seterusnya di didalam pengemaskinian data adalah proses memaparkan lapisan data yang ada,walaubagaimanapun proses ini bergantung kepada keperluan data. Caranya adalah:

1. buka fail lapisan dan pilih lapisan yang berkenaan

2.terdapat paparan properties yang boleh di paparkan di layout paparan

3. click theme pada bawah sebelah kanan untuk tentukan kod warna setiap data

1

2

Rajah 4.14: Paparan kemaskini lapisan data Rajah 4.15: Paparan untuk proses pengisian warna mengikut garispanduan yang ditetapkan

(26)

Klik pada butang save untuk penyimpanan data yang telah dikemaskini dan tekan butang close yang terletak di bahagian utama sistem untuk keluar daripada sistem ini.

3

Rajah 4.16: Paparan keseluruhan warna yang dimasukkan

untuk penyimpanan data yang telah dikemaskini dan tekan butang close yang terletak di bahagian

4

keseluruhan warna yang dimasukkan Rajah 4.17: Paparan peta setelah kod

26

untuk penyimpanan data yang telah dikemaskini dan tekan butang close yang terletak di bahagian kanan atas paparan

(27)

27

4.0 KUMPULAN PENGGUNA

Pengguna yang dibenarkan menggunakan sistem ini dibahagikan kepada 3 kumpulan pengguna iaitu pengguna awam, kakitangan majlis dan pentadbir sistem. Kumpulan pengguna yang berlainan ini akan mendapat fungsi-fungsi sistem yang berbeza.

Antaramuka Pegawai Pentadbir Sistem Awam

Kata laluan √ √ x Peta Interaktif √ √ √ Carian √ √ √ Pautan Dokumen √ √ √ Tool GIS √ √ √ Kemaskini info √ √ x bantahan √ √ √ Melihat Bantahan √ √ x Penambahan pegawai baru x √ x 4.1 PENGGUNA AWAM

Kumpulan Pengguna awam tidak memerlukan kata laluan untuk memasuki sistem ini. Pengguna awam hanya dapat melakukan fungsi paparan data dan carian. Bagi paparan data pengguna hanya dapat menggunakan tools GIS seperti zoom dan pan;.

4.2 KAKITANGAN MAJLIS

Kakitangan majlis ialah kumpulan pengguna yang terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Lipis(MDL). Kumpulan kakitangan majlis memerlukan kata laluan untuk menggunakan sistem EIS ini.

Kakitangan Majlis dapat menggunakan fungsi paparan data, carian dan kemaskini. Bagi paparan data pengguna dapat menggunakan semua tools GIS yang disediakan .

4.3 PENTADBIR SISTEM

Pentadbir sistem ialah Seorang personel yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara sistem EIS. Pentadbir sistem boleh mengubah atau menambah data-data baru di dalam sistem ini. Penyelenggaraan sistem dibuat oleh pihak PBT

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya penyediaan sistem ini sudah mengambilkira terhadap kesesuaian pengguna biarpun ia diselenggarakan oleh pengguna yang tidak mahir dengan pengaturcaraan. Tersedia dalam bentuk yang mudah difahami, mudah diuruskan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan serta paparan grafik yang interaktif menjadikan sistem yang

(28)

28

dibangunkan ini sesuai untuk digunakan dan diselenggarakan oleh

pengguna akhir.

Memberi ruang terhadap pengubahsuaian tanpa memerlukan ubahan pengaturcaraan, sistem yang tersedia mampu ditangani oleh pengguna dan disuaipakaikan mengikut keperluan semasa. Di samping mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terkawal, ia juga akan menjamin terhadap tahap data yang telah disahkan. Pengguna biasa tidak akan dibenar untuk mengubah sebarang data yang terdapat didalam sistem ini.

Kebolehan untuk menguruseliakan sistem ini oleh pengguna akhir akan mengurangkan pergantungan terhadap keperluan paparan antaramuka yang tidak boleh diubahsuai dan khidmat pengaturcaraan program bagi mengubah sesuatu data. Pendekatan ini sudah pasti boleh menjimatkan kos.

Antara kebaikan Sistem Maklumat Eksekutif Lipis ialah:

• Mudah digunakan kerana sistem ini tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menggunakannya.

• Mempercepatkan proses carian nombor lot dan nama jalan • Akses yang mudah untuk mencapai data RTD Lipis seperti pelan

Referensi

Dokumen terkait

1. Untuk membuktikan dan menganalisis pengaruh antara Paradigma Tauhid terhadap Sharia Corporate Culture di KSPPS AL-IKTISAB Pamekasan.. Untuk membuktikan dan menganalisis

Penilaian aspek psikomotor yang dilakukan oleh guru dan siswa didasarkan pada unjuk kerja/ gerak yang ditunjukkan siswa selama proses pembelajaran.. Penilaian dilaksanakan

Adapun tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui hasil uji kriteria instrumen penilaian hasil belajar di SMA Negeri 1 Ambarawa dan MA Negeri Suruh, yang

Lemahnya ukuran yang dimiliki oleh perusahaan mengindikasi adanya keagagalan laporan keuangan yang tidak mencerminkan keadaan perusahaan yang sesungguhnya, dalam

Tabel I.3 Data Hasil Survei Pendahuluan pada Pegawai Kantor Dinas Perikanan dan Kelautan Kota Pangkalpinang .... Tabel I.4 Data Spesifikasi Jabatan Pegawai Struktural di

masing  1;  5µM  dan  5;  10;  15;  20µM  digunakan  sebagai  perlakuan.  Penelitian

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan pada Pra Siklus, Siklus I dan Siklus II, maka penelitian tentang peran orang tua dalam perkembangan bahasa

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)