• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG KALI KE-10, 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG KALI KE-10, 2014"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG KALI KE-10, 2014 1. UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2012/2013. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Johor (MSSMJ) dan Peraturan-Peraturan-peraturan Pertandingan Olahraga MSSD tahun 2014.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kejohanan Berpasukan dan Individu.

2.2 Jenis acara untuk kejohanan adalah seperti berikut :-

LELAKI PEREMPUAN Kod Acara/ Peringkat Umur 18 15 13 12 10 18 15 13 12 10 01 100 meter X X X X X X X X X X 02 200 meter X X X X X X X X X X 03 400 meter X X X X X X 04 800 meter X X X X 05 1500 meter X X X X X X 06 3000 meter X X(T) 07 5000meter X 08 80m L.Berpagar 09 100mL.Berpagar 10 110m Lberpagar 11 200m Lberpagar 16. 5 km J.Kaki X (T) X(T) 18. Lompat Tinggi X X X X X X X X X X 19. Lompat Jauh X X X X X X X X X X 20. Lompat Kijang X X X X 22. Melontar Peluru X 5.00 X 4.00 X 4.00 X 2.00 X 4.00 X 3.00 X 3.00 X 2.00 23. L. Cakera X X X X X X 24. M.Lembing X 700 X 600 X 600 X 600 X 600 X 600 X 600 X 600 LARI BERGANTI-GANTI 26. 4 x 100 meter X X X X X X X X X X 27. 4 x 200 meter X X X X 28. 4 x 400 meter X X X X X X JUMLAH

2.3 Kod 27 : Acara 4 X 200 meter.

1. Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1 1/2 stagger - seperti pelari pertama dalam acara 4 x 400 meter.

2. Pelari kedua akan bersedia digarisan 1 stagger (garisan ini akan disediakan).

3. Pelari ketiga akan bersedia di garisan 1/2 stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 x 400 meter) - selepas menerima baton dari pelari kedua, peserta ketiga mestilah belari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya akan memotong masuk selepas garisan ke lorong pertama.

4. Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang dan menolak peserta lain.

3. HADIAH-HADIAH

3.1 Acara Individu sehingga 1500m : Pertama, kedua dan ketiga

3.2 Acara Individu 1500 meter ke atas : Pertama, kedua, ketiga hingga keenam.

3.3 Acara berpasukan : Enam ( 6 ) pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, kedua dan ketiga.

4. CARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap sekolah (rendah dan menengah) dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi tiap-tiap acara individu dan satu pasukan sahaja bagi tiap-tiap acara lari berganti-ganti.

4.2. Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :-

Kumpulan Umur Individu Lari Berganti-ganti 18 tahun dan ke bawah 3 (Termasuk acara terbuka) 2 15 tahun dan ke bawah 3 (Termasuk acara terbuka) 2 13 tahun dan ke bawah 3 (Termasuk acara terbuka) 2 12 tahun dan ke bawah 2 2

10 tahun dan ke bawah 2 2

(2)

5. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 1 minggu sebelum Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Pasir Gudang atas SALINAN FAIL/SOFTCOPY bersama HARDCOPY yang wajib dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola. 5.2 Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah diisikan di dalam BORANG KHAS (PENYERTAAN INDIVIDU) MSS NEGERI

JOHOR IAITU BORANG M01 (SEK MEN) DAN R01(SEK REN) . Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkap disahkan oleh Pengetua/Guru besar sekolah masing-masing dan diserahkan kepada Pengelola semasa mesyuarat Pengurus Pasukan dijalankan.

5.3 Borang R01 dan M01 boleh dimuatturun melalui laman web PPD Pasir Gudang

5.4 Setiap borang penyertaan individu peserta setiap sekolah hendaklah disertakan dengan gambar dan satu salinan kad pengenalan(sek men) atau surat beranak (sek ren) yang telah disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah masing-masing.

5.5 Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan peserta yang tidak lengkap diisi sebagaimana kehendak seperti (5.1-5.4)

5.7 Penghantaran SOFTCOPY pendaftaran bersama HARDCOPPY yang telah disahkan oleh PENGETUA adalah pada hari KHAMIS 13 FEBRUARI 2014 (jam 10.00 pg hingga 3.00 ptg)

6. PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PENARIKAN DIRI 6.1 Mesyuarat Penyemakan peserta

6.1.1 Mesyuarat penyemakan peserta dan taklimat pengurus-pengurus pasukan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola pada ( KHAMIS , 18/2/2014 )

6.1.2 Semua nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah DISAHKAN pada mesyuarat pengundian itu.

6.2 Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan

Semasa taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dijalankan, hanya perkara-perkara yang berikut tentang senarai peserta boleh dilakukan :

6.2.1. Penarikan diri peserta dengan tidak ada penggantian atau penambahan. 6.2.2 Pengesahan peserta bagi acara-acara lari berganti-ganti.

6.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan dijalankan.

6.3.1 Jika didapati seseorang peserta yang telah mendaftarkan diri tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh yang demikian, peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara-acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan

6.4. Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti.

6.4.1 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang didaftarkan dalam borang Masuk Rasmi. Peraturan ini melibatkan juga pusingan saringan (jika ada) hingga ke pusingan Akhir.

7. MELAPORKAN DIRI

7.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 30 minit bagi acara padang sebelum masa yang dijadualkan. Selepas itu, mereka akan dihantar ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

7.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus Kepada pegawai teknik dalam arena pertandingan. 7.3 HEBAHAN TENTANG PANGGILAN PESERTA-PESERTA UNTUK MELAPORKAN DIRI BAGI ACARA-ACARA MEREKA

TIDAK AKAN DIBUAT. MAKLUMAT MEMINTA PESERTA MELAPORKAN DIRI AKAN DISIARKAN DI SATU TEMPAT DI PENYELIA PESERTA. HEBAHAN HANYA DIBUAT SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTUKARAN DALAM SUSUNAN ACARA ATAU PROGRAM.

7.4. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap; nombor sebagaimana dalam daftar dan mesti disematkan dengan pin pada tiap-tiap sudut.

7.5. Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, tidak dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

7.6. Bagi acara balapan, selepas sesuatu acara perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa masuk padang.

8. ATURCARA MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1. Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan.

9. BLOK PERMULAAN (Starting Blocks)

9.1 Bagi acara-acara bawah 18, 15 dan 13 serta lari berganti-ganti dan perempuan yang tersebut dibawah, mulaan dekam (crouch start) dan blok permulaan (starting blocks) hendaklah digunakan :

9.1.1 100 meter 4 x 100 meter 9.1.2 200 meter 4 x 200 meter 9.1.3 400 meter 4 x 400 meter

9.2. Bagi acara sebagaimana (9.1) untuk bawah 12 lelaki dan perempuan, mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan, tetapi penggunaan blok permulaan (starting blocks) adalah atas pilihan peserta itu sendiri.

(3)

10. UKURAN JARAK / TINGGI PERMULAAN

10.1 Bagi acara-acara tersebut dibawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut : LELAKI PEREMPUAN Lompat Tinggi Bawah 18 : 1.45 meter 1.15 meter

Bawah 15 : 1.40 meter 1.10 meter Bawah 13 : 1.20 meter 1.05 meter Bawah 12 : 1.15 meter 1.00 meter Bawah 10 : 1.00 meter 0.90 meter

10.2 Jarak papan lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara lompat kijang adalah seperti berikut;

LELAKI PEREMPUAN

Bawah 18 9 meter 7 meter Bawah 15 9 meter 7 meter

11. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN 11.1 Penentuan Peserta Terbaik

11.1 Hadiah-hadiah peserta tebaik akan diberi kepada ; 11.1.1 Peserta Terbaik setiap kategori

11.1.2 Peserta tebaik keseluruhan Lelaki dan Perempuan 11.1.3 Piala pusingan setiap bahagian

11.1.4 Piala pusingan keseluruhan Lelaki dan Perempuan 11.2 Johan Keseluruhan

Johan keseluruhan bagi Piala Pusingan Majlis Sukan Sekolah Daerah Pasir Gudang ditentukan mengikut pungutan Pingat Emas terbanyak bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah masing-masing. Jika berlaku seri, pungutan pingat Perak akan diambil kira, jika masih seri pungutan pingat Gangsa akan diambil kira, jika masih seri pungutan Mata terbanyak akan diambil kira.

11.3 Sistem Pemberian Markah Kejohanan

11.3.1 Pembahagian mata bagi acara individu dan berpasukan adalah seperti berikut :-

Pertama - 5 mata

Kedua - 3 mata

Ketiga - 2 mata

Keempat - 1 mata

Kelima - 1 mata

Jika berlaku kedudukan seri dalam sesuatu acara, maka pemberian mata akan dibuat mengikut sistem seperti berikut :

11.3.1.1 Dua (2) peserta/pasukan yang mendapat kedudukan yang sama iaitu kedudukan yang kedua, jumlah mata bagi kedudukan kedua dan ketiga akan dicampur dan kemudian dibahagikan : Contoh : (3 + 2 bahagi 2 = 2.5 mata bagi seseorang peserta atau pasukan. Peserta atau pasukan yang berikutnya akan diberi kedudukan keempat dan mendapatkan satu (1) mata. 11.3.1.2 Tiga (3) peserta atau pasukan yang mendapat kedudukan mata yang sama, iaitu kedudukan yang

kedua. Ketiga-tiga peserta atau pasukan tersebut akan diberi dua (2) mata. Peserta atau pasukan berikutnya diberi kedudukan kelima, iaitu tanpa sebarang mata.

12. SARINGAN DAN SEPARUH AKHIR

12.1 Peringkat saringan ke Separuh Akhir

Pemenang tempat pertama dan kedua setiap saringan dan selebihnya akan diambil pencatat masa terpantas saringan layak memasuki peringkat separuh akhir

Bagi acara sekolah rendah (100m/200m/4x100m/4x200m) – penentuan peserta ke peringkat separuh akhir adalah sepenuhnya berdasarkan pencatat masa terpantas (best time).

12.2 Empat Separuh Akhir

Pemenang setiap separuh akhir dan empat ( 4 ) pencatat masa terpantas akan layak memasuki peringkat akhir. 12.3 Tiga Separuh Akhir

Dua orang peserta pemenang dan dua orang peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir.

12.4 Dua Separuh Akhir

Tiga orang peserta pemenang daripada setiap separuh akhir dan dua orang lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.

12.5 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 12.1, 12.2, 12.3 dan 12.4, maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika

berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh juri rayuan.

12.6 Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh jawatankuasa kecil pertandingan dan perangkaan.

12.7 Peserta yang menyebabkan “False Start” pertama boleh diarahkan keluar padang

(4)

13. HURUF-HURUF PENGENALAN SEKOLAH

13.1.1 (Sekolah Menengah)

BIL NAMA SEKOLAH PENGENALAN BIL NAMA SEKOLAH PENGENALAN

1 SMK AGAMA JOHOR BAHRU AG 21 SMK DESA CEMERLANG DC

2 SMK BANDAR SERI ALAM SA 22 SMK TAMAN DESA JAYA DY

3 SMK BANDAR SERI ALAM (2) SM 23 SMK TAMAN JOHOR JAYA 1 JJ

4 SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR DP 24 SMK TAMAN JOHOR JAYA 2 JY

5 SMK TANJUNG PUTERI RESORT TP 25 SMK TAMAN MEGAH RIA MR

6 SMK KOTA MASAI KM 26 SMK KOTA MASAI 2 KA

7 SMK SERI KOTA PUTERI KP 27 SMK TAMAN MOLEK TM

8 SMK KOTA PUTERI (2) KT 28 SMK TAMAN PELANGI INDAH PH

9 SMK PASIR GUDANG 1 PG 29 SMK TAMAN RINTING 2 RG

10 SMK PASIR GUDANG 2 GD 30 SMK TAMAN PUTERI WANGSA PW

11 SMK PASIR GUDANG 3 PD 31 SMK TAMAN MOUNT AUSTIN MN

12 SMK TAMAN PASIR PUTIH PP 32 SMK ULU TIRAM UT

13 SMK PERMAS JAYA 1 PJ 33 SMK ULU TEBRAU UB

14 SMK PERMAS JAYA 2 PA 34 SMK TAMAN NUSA DAMAI ND

15 SMK PERMAS JAYA 3 PY 35 MADRASAH AL-ATAS AT

16 SMK TAMAN DAYA 1 TD 36 MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) MS

17 SMK TAMAN DAYA 2 DA 37 SEK SENI MALAYSIA SS

18 SMK TAMAN DAYA 3 TY 38 SMK TUN HUSSEIN ONN TH

19 SMK SUNGAI TIRAM ST 39 SEK SERI CAHAYA SC

20 SMK TAMAN DESA TEBRAU DT

13.1.2 (Sekolah Rendah)

BIL NAMA SEKOLAH PENGENALAN BIL NAMA SEKOLAH PENGENALAN

1 SK SENIBONG SS 37 SK TAMAN PASIR PUTIH PP

2 SK KOPOK SK 38 SK SERI ALAM 2 SA

3 SK CAHAYA BARU BC 39 SK TAMAN CENDANA KC

4 SK MASAI SM 40 SK SERI KOTA PUTERI 4 SP

5 SK PASIR PUTIH PU 41 SK PERMAS JAYA 4 PS

5 SK KONGKONG LAUT KL 42 SK TAMAN RINTING 3 KN

7 SK PASIR GUDANG 1 PG 43 SK KOTA MASAI KM

8 SK TANJONG LANGSAT SL 44 SK TAMAN BUKIT TIRAM BT

9 SK SUNGAI TIRAM ST 45 SK TAMAN MOUNT AUSTIN MA

10 SK ULU TIRAM UT 46 SK TAMAN PELANGI INDAH PH

11 SK (FELDA) ULU TEBRAU UB 47 SK TG PUTERI RESORT PR

12 SK KANGKA TEBRAU KT 48 SK KOTA MASAI 2 KA

13 SK PASIR GUDANG 2 GD 49 SK NUSA DAMAI ND

14 SK PASIR GUDANG 3 PD 50 SK BUKIT DAHLIA BD

15 SK PERMAS JAYA 1 PJ 51 SK CAHAYA MASAI MS

16 SK TAMAN RINTING 1 KR 52 SJKC FOON YEW 5 CY

17 SK TAMAN JOHOR JAYA JJ 53 SJKC BAN FOO CB

18 SK TAMAN PERMAS JAYA 2 PY 54 SJKC CHIEN CHI CC

19 SK TAMAN JOHOR JAYA 2 JY 55 SJKC CHEE TONG CT

20 SK TAMAN DAYA TD 56 SJKC MASAI CM

21 SK DESA CEMERLANG DC 57 SJKC PANDAN CP

22 SK TAMAN RINTING 2 KG 58 SJKC PEI CHIH CE

23 SK TAMAN DESA JAYA DS 59 SJKC TIRAM CR

24 SK PASIR GUDANG 4 PN 60 SJKC NAM HENG BARU CH

25 SK SERI KOTA PUTERI KP 61 SJKC JOHOR JAYA CJ

26 SK PERIGI ACHEH PC 62 SJKT LADANG TEBRAU TT

27 SK TAMAN MOLEK MK 63 SJKT LADANG MOUNT AUSTIN TA

28 SK TAMAN JOHOR JAYA 3 JH 64 SJKT PERMAS JAYA TP

29 SK TAMAN PUTERI PW 65 SJKT LADANG SG PLENTONG TS

30 SK TAMAN MEGAH RIA MR 66 SJKT MASAI TM

31 SK TAMAN PERMAS JAYA 3 PA 67 SJKT PASIR GUDANG TG

32 SK TAMAN DAYA 3 TY 68 SJKT DESA CEMERLANG TC

33 SK TAMAN JOHOR JAYA 5 JR 69 SJKT LADANG ULU TIRAM TU

34 SK PERMAS JAYA 5 PE 70 SJKT LADANG MADOS TL

35 SK BANDAR SERI ALAM BS 71 SEK SERI CAHAYA SC

36 SK TAMAN DAYA 2 DY

13.2 Warna kain adalah seperti berikut :

13.2.1 Lelaki dan Perempuan bawah 18 tahun : PUTIH 13.2.2 Lelaki dan Perempuan bawah 15 tahun : KUNING 13.2.3 Lelaki dan Perempuan bawah 13 tahun : HIJAU MUDA 13.2.4 Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun : MERAH JAMBU 13.2.5 Lelaki dan Perempuan bawah 10 tahun : BIRU MUDA 13.3 Ukuran kain : 26 sm x 15 sm

13.4 Ukuran Nombor : Tinggi Huruf / Nombor : 13 sm

Lebar Huruf / Nombor : 4.5 sm - 5.0 sm Tebal Huruf / Nombor : 1.0. sm

13.5 Nombor pengenalan hendaklah bermula dengan 01 hingga 50 (contoh PH01) dan hendaklah secara berturutan. 13.5 Bagi acara berpasukan (relay), setiap peserta dibenarkan menggunakan nombor pengenalan depan sekolah

(5)

14. BANTAHAN

14.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut :

14.1.1 Jika masalah bantahan berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian dibawah bantahan, dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSS Johor kelak.

14.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada :

a) 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal. b) 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat Akhir.

14.1.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ).

15 JURI RAYUAN

15.1 Juri Rayuan terdiri daripada

15.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola : Pejabat Pelajaran Daerah/ Wakilnya 15.1.2 Penyelia Sukan Daerah

15.1.3 Pengurus Kejohanan 15.1.4 Pengerusi Teknik

15.1.5 3 Orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan

15.2 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal semasa kejohanan berlangsung

15.3 Keputusan Juri Rayuan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian

15.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad

16. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola, dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSSMPasir Gudang, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu kelak.

16.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam Peraturan-Peraturan Am MSSJ atau Undang-Undang KOAM.

17. HAL-HAL LAIN

17.1 Tempat khas hendaklah disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

17.2 Selain pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE DALAM ARENA PERTANDINGAN.

17.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang kepunyaan pegawai atau peserta di tempat pertandingan, sungguhpun beberapa persediaan akan diadakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian tersebut.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan perhitungan dapat diketahui kemampuan menulis laporan pengamatan oleh siswa kelas IX A SMP Negeri 11 Muaro Jambi dalam menulis laparan pengamatan dari

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan dapat disimpulkan bahwa kemandirian anak kelompok B di TK Masyithoh Greges, Donotirto, Kretek, Bantul dapat

Tindakan yang diterapkan yaitu memanggil anak satu persatu ke depan kelas, mempersilahkan anak mengambil gambar yang benar tentang perilaku baik dan buruk serta tata

Menurut Giyono (Diktat BK di Sekolah: 64), dalam bimbingan dan konseling terdapat layanan pembelajaran dan bidang bimbingan belajar yang berkaitan dengan

Kesan selama ini Islam adalah agama yang radikal tidak sesuai dengan kenyataan yang peneliti lakukan; (2) Keyakinan mereka terhadap tuhan itu satu dan Muhammad saw adalah nabi

Variabel yang digunakan dalam penelitian ini adalah perkembangan Nilai Aktiva Bersih (NAB) reksa dana sebagai variabel terikat dan Indeks Harga Saham Gabungan

Bahagian PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN Catatan No Acara 132 Acara 400 M LARI BERPAGAR1. 7040 NUR

5.4.2 Bagi acara balapan, tambahan peserta baru dibenarkan sekiranya tambahan berkenaan tidak mengubah dan melibatkan susunan atur cara kejohanan yang