• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN TERHADAP APLIKASI PENGAJARAN YANG BERKESAN DALAM KALANGAN GURU-GURU

SEJARAH

Muhamad Hafizan Bin Mohd Suhairi1 Anuar Bin Ahmad2

Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

This study aim to identify the relationship between the inluences of contextual knowledge with effective history learning among history teachers. Data were collected using questionnaire that includes demografy information, contextual knowledge among history teachers and the application of effective history learning. This survey study involving 200 teachers that were randomly selected from 20 schools in Johor Bahru, Johor. The information of data were process and analyse using “Stastistical Packages For The Social Sciences” (SPSS) version 22 software and were describes based on mean and percentage. The results of the study shows that the level of contextual subject knowledge is at moderate level. Besides that, results also shows that there is a significant relationship between contextual subject knowledge with effective history learning. The implication of the study were to gain the awareness about the importance of contextual subject knowledge among teachers meanwhile to improve the quality of effective history learning.

Keywords : contextual knowledge, application of effective history learning, history subject.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah. Pengumpulan data menggunakan satu set soal selidik yang melibatkan maklumat demografi, pengetahuan isi kandungan guru sejarah serta aplikasi pengajaran sejarah berkesan Kajian ini melibatkan 200 orang guru sejarah yang diambil daripada 20 sekolah menengah secara rawak di sekitar Johor Bahru, Johor. Data maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Sciences” (SPSS) versi 22 dan penghuraian berdasarkan peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan subjek adalah berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan isi kandungan subjek dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Implikasi dapatan kajian ini adalah untuk menyedarkan guru akan pentingnya penguasaan terhadap pengetahuan isi kandungan subjek demi meningkatkan kualiti pengajaran sejarah. Kata kunci : pengetahuan isi kandungan, aplikasi pengajaran sejarah berkesan, mata

(2)

PENGENALAN

Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) merupakan suatu pengetahuan yang penting bagi seseorang yang bergelar guru. PIK juga merupakan perkara yang melibatkan pengetahuan seseorang guru dalam menterjemahkan pengetahuan tersebut di dalam bilik darjah serta kemahiran dalam mengajar topik-topik khusus berkenaan perkara yang ingin diajarkan (Zaidah Yazid, 2005).Pengetahuan isi kandungan juga merupakan suatu konstruk yang digunakan dalam menjelaskan bidang kefahaman seseorang guru terhadap mata pelajaran yang diajarkan sebelum diterjemahkan dalam bentuk pengajaran di dalam bilik darjah. Kefahaman ini turut merangkumi strategi yang digunakan oleh seseorang guru tersebut terutamanya pengajaran mata pelajaran khusus. PIK yang baik bagi guru juga akan mencerminan penguasaan kemahiran pedagogi yang baik bagi seorang guru. Hal ini kerana seseorang guru perlu melibatkan cara mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimilikinya dengan pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar) kepada muridnya. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut akan menghasilkan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang baik (Shulman, 1987).

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Shulman (1987) telah menyenaraikan tujuh domain pengetahuan asas guru, iaitu: Pengetahuan Isi Kandungan, Pengetahuan Pedagogi am, Pengetahuan Kurikulum, Pengetahuan Pedagogi dan Isi kandungan, Pengetahuan tentang Pelajar dan ciri-ciri pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Oleh yang demikian, seseorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran, seharusnya mempunyai ketujuh- tujuh domain di atas. Namun, begitu, PIK yang ada dalam salah satu domain di atas sangat memainkan peranan penting dalam bidang perguruan termasuklah peranannya terhadap pengajaran yang berkesan.

Bertitik tolak daripada kenyataan Shulman (1987), banyak kajian berkaitan PIK telah dijalankan terhadap pelbagai mata pelajaran. Antaranya, kajian Tengku Zawawi, Ramlee Mustapha dan AbdulRazak Habib (2009) berkaitan PIK Matematik Sekolah Rendah, Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010) berkaitan PIK dalam Pendidikan Islam, Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011) berkaitan PIK dalam Fizik, Rozaiman M. ZamriMahmod, dan Noor Izam et al (2011) berkaitan PIK dalam Kesusasteraan Melayu, ZalipahZakaria (2011) berkaitan PIK dalam Biologi, ZamriMahmod (2012) berkaitan PIK dalam Bahasa Iban, Nik

(3)

MohdRahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan dan MahatAfifi (2012) berkaitan PIK dalam Bahasa Arab. Namun, PIK bagi mata pelajaran Sejarah masih kurang dikaji. Oleh itu, pengkaji akan memfokuskan kajian PIK ini dalam mata pelajaran Sejarah terhadap guru Sejarah.

Menurut Anuar (2009), keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Guru Sejarah yang baik seharusnya menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional di hadapan muridnya. Oleh yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya Sejarah seharusnya menguasai Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) agar penyampaian yang disampaikan kepada murid adalah tepat, jelas dan mencapai objektif pembelajaran pada masa itu.

Seterusnya, konsep mengenai penguasaan pengetahuan isi kandungan merupakan suatu konsep yang penting di dalam menghasilkan aplikasi pengajaran berkesan. Menurut Salehudi & Mahadi (2005), dua elemen yang penting dalam menghasilkan proses pengajaran yang berkesan adalah cara penyampaian isi kandungan serta penguasaan isi kandungan. Oleh hal yang demikian, sebarang permasalahan yang berkaitan dengan dua elemen yang dinyatakan akan merencatkan proses aplikasi pengajaran berkesan mengikut Salehudin & Mahadi.

Pengkaji mengambil petikan daripada kajian Driel, Verloop dan Vos (1998) untuk menyokong pernyataan di atas iaitu kajian Driel, Verloop dan Vos menyatakan pelajar jurusan pendidikan biasanya mempunyai tahap kefahaman dan pengetahuan yang rendah dalam ilmu pengetahuan isi kandungan itu sendiri. Penguasaan pengetahuan isi kandungan yang rendah akan memberi kesan terhadap aplikasi pengajaran serta proses pembelajaran berkesan ke atas murid-murid. Oleh itu, dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amatlah memerlukan seseorang guru yang mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi seterusnya menyokong aplikasi pengajaran sejarah berkesan itu sendiri.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah.

(4)

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti tahap Pengetahuan Isi Kandungan Guru Sejarah Sekolah Menengah. 2. Mengenalpasti hubungan antara tahap Isi Kandungan Guru Sejarah dengan

pengajaran sejarah yang berkesan.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut 1. Apakah tahap pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah?

2. Apakah terdapat hubungan antara tahap Isi Kandungan Guru Sejarah dengan pengajaran sejarah yang berkesan.

HIPOTESIS KAJIAN

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah.

TINJAUAN LITERATUR Pengetahuan Isi Kandungan

Guru merupakan seseorang yang bertanggungjawab membentuk pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, sesuatu objektif daripada pengajaran dan pembelajaran itu akan tercapai atau tidak adalah sangat bergantung kepada peranan guru itu sendiri. Untuk mencapai tujuan dan juga matlamat pendidikan Malaysia, Olivia (1989) menyebutkan bahawa guru mesti menjalankan peranannya dengan baik sebagai pembimbing, penyelidik, kaunselor, agen pembaharuan, penyelidik, memiliki pengetahuan yang luas, berkarakter baik dan berbudi pekerti.

Penguasaan kandungan ‘content knowledge’ boleh dimaksudkan sebagai pengetahuan kandungan mata pelajaran ‘subject matter content knowledge’ seharusnya dimiliki oleh guru dalam bidang masing-masing (Zahara Nik, 2003). Berbekalkan dengan penguasaan berkenaan, guru tersebut dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih lancar dan berkesan dalam penyampaian pengajaran, pengurusan kelas dan pemahaman mengenai pelajar mereka. Pengetahuan guru dalam kandungan mata pelajaran sangat mempengaruhi amalan di bilik darjah. Dalam menyampaikan

(5)

pengajaran yang berkesan, bukan sahaja pengetahuan kandungan guru yang mencukupi, penyampaian atau pun kaedah guru dalam penyampaian ilmu juga memberi kesan (Abdul Said, MohdYusof Abdullah, BaharomMohamad dan ShukriZain, 2011). Seseorang guru juga harus mempunyai struktur pengetahuan kandungan yang berkembang dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang optimum.

Fokus utama kandungan Kurikulum pendidikan Sejarah adalah pengetahuan dan pemahaman akan Sejarah Negara Malaysia. Guru-guru Sejarah telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kandungan Kurikulum ini dengan sebaiknya. Selain kandungan Kurikulum Sejarah, guru-guru harus mengetahui struktur disiplin Sejarah yang meliputi inkuiri dalam sejarah, pengumpulan sumber, kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan sejarah, pemahaman sejarah dan empati (Huraian Sukatan pelajaran, 2002). Pengetahuan terhadap struktur ini akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat disampaikan dengan lebih dinamik. Oleh itu, sebagai seorang guru sejarah, seharusnya menguasai kandungan kurikulum dan struktur disiplin sejarah ini sepenuhnya dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah tidak menguasai Sukatan Pelajaran dan Kurikulum Sejarah (RosnanainiSulaiman, 2003; Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail, 2007; JanimahSuhaimi, 2011). Pengetahuan yang terbatas mengenai mata pelajaran yang diajar akan menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah sekaligus menyukarkan pemahaman pelajar. Perkara ini meliputi semua guru Sejarah sama ada yang berpengalaman atau guru baru lepasan Institut Perguruan (Tengku Zawawi Tengku Zainal, RamleeMustpha dan Abdul Razak Habib, 2009). Hal ini kerana terdapat guru-guru yang berpengalaman tidak mempunyai tahap PPIK yang sepadan dengan jumlah tahun pengalamannya. Justeru, pengetahuan Isi Kandungan harus dikuasai oleh semua guru termasuklah guru Sejarah bagi menghasilkan tenaga kerja guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) juga lebih menekankan kepada bagaimana guru dapat menerangkan kepada pelajar tentang isi kandungan pembelajaran dan juga isi kandungan mata pelajaran yang diajarnya (Norasliza Hassan &Zaleha Ismail, 2008). Oleh itu, dapat difahami bahawa perbezaan antara keduanya ialah pengetahuan pedagogi yang bersifat lebih luas dan umum berbanding dengan pengetahuan isi

(6)

kandungan yang bersifat lebih kecil dan khusus. Manakala, Abdul Said Ambotang, et al (2011) menyebutkan bahawa Pengetahuan Isi Kandungan (content knowledge) boleh dimaksudkan sebagai pengetahuan kandungan mata pelajaran (subject matter content knowledge) dan pengetahuan pedagogi kandungan (pedagogical content knowledge). Definisi pengetahuan ini memiliki perbezaan maksud dan konteks dengan pendapat Shulman (1987) yang memasukkan pengetahuan kandungan pedagogi ke dalam pengetahuan isi kandungan.

PIK juga merupakan pemahaman guru mengenai cara membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan berkesan. Pengetahuan isi kandungan ini akan membantu guru dalam menyusun teknik-teknik yang berlainan dalam mengajar sesuatu tajuk yang tertentu dalam sesebuah mata pelajaran (Rahimi, 2012). Selain itu, susunan tajuk serta pengetahuan untuk mempersembahkan sesuatu isi kandungan tersebut adalah bertujuan dalam menyesuaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar untuk memahami sesuatu proses pembelajaran. Penguasaan terhadap isi kandungan oleh seseorang guru akan memberi kelebihan kepada mereka dalam menguasai tajuk-tajuk yang tertentu contohnya salah satu bab dalam mata pelajaran sejarah yang bakal diajarkan (Zaleha Ismail, 2008).

Hal ini demikian kerana, teknik yang akan digunakan adalah berbeza mengikut sesuatu bab kerana faktor kandungan fakta yang berlainan di dalam kandungan bab tersebut. Dengan itu, penguasaan isi kandungan yang kukuh oleh seseorang guru akan membantu mereka dalam aplikasi pengajaran sejarah yang berkesan kerana isi kandungan tersebut perlulah disusun terlebih dahulu, dipersembahkan dan disesuaikan dengan persekitaran pelajar yang berbeza (Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib, 2009)

Shulman (1987) juga turut menyebutkan bahawa terdapat beberapa asas dalam memahami tahap pengetahuan guru. Ia juga mengatakan bahawa pengetahuan memiliki tujuh asas yang perlu dimiliki oleh seorang guru iaitu merangkumi pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, pengetahuan pedagogi isi kandungan, pengetahuan tentang konteks pendidikan yang meliputi pengetahuan tentang jabatan pendidikan dan sekolah dan pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan yang meliputi falsafah pendidikan, tujuan pendidikan, objektif pendidikan dan tujuan-tujuan pendidikan.

(7)

Tambahan lagi, Shulman (1987) juga turut menyebutkan bahawa pengetahuan isi kandungan memiliki potensi dan peranan yang penting untuk tujuan pengajaran. Shulman menekankan bahawa setiap guru mesti memiliki pengetahuan isi kandungan pada setiap mata pelajaran yang mereka ajarkan. Penguasaan terhadap isi kandungan menjadi hal utama yang mesti diperhatikan dan dimiliki oleh seorang guru. Namun begitu, meskipun seorang guru menggunakan kaedah dan strategi yang baik, tapi dia tidak faham tentang isi kandungan yang diajarkan maka itu tidak bermakna. Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) merupakan sebuah pedoman untuk mendukung pengetahuan isi kandungan dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Dalam memberikan kefahaman terhadap isi kandungan yang akan diajarkan, maka guru hendaklah memahami terlebih dahulu latar belakang pelajar. Selain itu, guru juga mesti memahami cara pelajar dalam memahami isi kandungan dan pembelajaran, mengidentifikasikan perbezaan kemampuan pelajar dan juga mampu melakukan penilaian terhadap kaedah apa yang sesuai dipilih dalam pembelajaran (Coe, R., Aloisi, C., Higgins, S., Major, L.E., 2014). Hal ini bermaksud untuk membentuk pembelajaran yang efektif dan sistematik.

Hampir keseluruhan guru efektif telah memiliki pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran yang mereka ajarkan. Jika guru memiliki pengetahuan yang rendah, maka itu akan mengganggu terhadap pengajaran (Coe, R., Aloisi, C., Higgins, S., Major, L.E., 2014). Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang pengetahuan isi kandungan yang diajarkan dan juga memahami pelajar akan sejauh mana mereka telah memahami pelajaran yang diajarkan oleh guru. Pemahaman seorang guru terhadap pengetahuan isi kandungan merupakan sebuah cara untuk memahami pengetahuan dan ilmu pedagogi secara keseluruhan, Shulman (1987). Seorang guru yang telah memiliki pengetahuan isi kandungan akan terdorong untuk mempelajari bagaimana cara mengatur isi kandungan tersebut seterusnya lalu menyampaikannya di dalam kelas.

Berdasarkan pendapat beberapa pakar pendidikan di atas tentang pengetahuan isi kandungan maka dalam konteks kajian ini pengetahuan guru yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pengetahuan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar serta pengetahuan matlamat pendidikan. Pemahaman terhadap pengetahuan isi kandungan

(8)

oleh guru dapat memberikan kesan positif terhadap amalan pengajaran sehingga dapat mencapai matlamat pendidikan yang ingin dicapai. Kajian yang dilakukan oleh Brophy, (2001) menunjukkan bahawa pengetahuan terhadap isi kandungan mata pelajaran memiliki pengaruh terhadap amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) juga merupakan elemen penting dalam proses pengajaran bagi setiap guru meskipun berbeza mata pelajaran (RosnidaMansor, Lilia Halim, Kamisah Osman, 2010; Zaharah Aziz, HamzanSaffarina Mohammad ,2012; Anuar Ahmad, Nelson Jinggan, 2015). Seharusnya, semua guru perlu bijak mengintegrasikan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi termasuklah guru bukan opsyen. Hal ini dibuktikan dalam kajian Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail (2007), wujudnya perbezaaan tahap kesediaan guru novis dan guru pakar sejarah dalam pengetahuan prosedural dan pedagogi guru sejarah.

Di samping itu, kelemahan dan kepincangan yang sering berlaku dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan PIK yang lemah dalam kalangan guru ( Howey 1999; Wang, Guo, Chiang &Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakkan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Terdapat juga perbezaan yang ketara antara guru baru dan guru berpengalaman dari segi tahap PIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990).Kelemahan ini perlu diatasi oleh semua guru dalam memantapkan profesion perguruan. Meskipun kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah disebabkan oleh guru semata-mata (Nik MohdRahimi Nik Yusof, Nurul Huda Hasan, MahatAfifi, 2012; dan Zaharah Aziz, HamzanSaffarina, 2012), guru-guru perlu mengambil positif dalam memantapkan prestasi diri untuk menambahbaik lagi penguasaan PIK guru meskipun sudah mempunyai pengalaman yang cukup banyak.

Pengajaran Sejarah Berkesan

Seseorang guru yang efektif adalah guru yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap mata pelajaran yang diajari mereka, Abd Rahim, (2006). Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan menjadi aspek yang sangat penting dalam mengaplikasikan pembelajaran. Kajian yang dilakukan oleh NurahimahMohdYusoff&Rafisah Osman (2010) mengatakan bahawa tahap efikasi dan juga kemahiran guru memiliki hubungan yang signifikan terhadap keberkesanan pengajaran dan juga pembelajaran. Hal ini

(9)

menunjukkan bahawa guru hendaknya dapat mengaplikasikan pembelajaran dengan baik demi mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.

Dalam konteks penyelidikan ini, aplikasi pengajaran sejarah berkesan ialah terhad kepada aplikasi pengajaran sejarah bagi aspek pengetahuan isi kandungan yang dimiliki oleh seseorang guru. Pembelajaran berkesan adalah sangat berkait rapat dengan kaedah pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana, strategi pengajaran guru merupakan medium utama yang menyumbang kepada keberkesanan skil pengajaran yang dimiliki oleh guru (Rafisah Osman, 2010). Pengetahuan serta kepercayaan seseorang guru terhadap proses pengajaran yang disampaikan olehnya akan turut mempengaruhi corak pembelajaran murid-muridnya. (Solis, 2009). Oleh itu, aspek pengetahuan isi kandungan merupakan salah satu komponen yang penting dalam meningkatkan aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Hal ini demikian kerana, konsep mengenai penguasaan isi kandungan serta ilmu pedagogi iaitu turut disebut Pengetahuan Pedagogi Kandungan atau Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan merupakan salah satu konsep yang penting dalam menghasilkan proses pengjaran yang berkesan.

Proses pengajaran yang dilaksanakan di dalam mahu pun di luar kelas merupakan inti daripada proses pendidikan secara keseluruhan dengan guru sebagai pemegang peranan utama untuk membentuk pengajajaran yang berkesan tersebut (Uzer Usman, 2009). Keberhasilan murid serta kegagalan murid sentiasa ditujukan ke arah seseorang guru. Tanggungjawab yang dipertanggungajawabkan adalah berat ke atas bahu seseorang guru yang merupakan individu yang dianggap melahirkan seseorang yang digelar kemenjadian pelajar. Oleh itu, seseorang guru adalah memerlukan pengetahuan yang secukupnya dalam menjalankan tanggungjawab yang dinyatakan. Penyelidikan tentang pengetahuan pedagogi isi kandungan ini merupakan kajian yang masih sangat sedikit dijumpai. Penyelidikan itu mencakupi penyelidikan di peringkat sekolah rendah, mahupun di peringkat sekolah menengah (Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib, 2009). Oleh itu, hal ini menjadi latar belakang pengkaji untuk melakukan penelitian dengan melihat aspek pengetahuan isi kandungan daripada guru itu sendiri.

Oleh itu, pengkaji menggunakan faktor ini untuk menjalankan kajian. Merujuk perkara di atas, menurut Tengku Zawawi et. al (2005) Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) adalah merujuk kepada cara seseorang guru menterjemahkan isi kandungan dalam bentuk yang mudah difahami disamping meningkatkan kefahaman konseptual pelajar.

(10)

Penerangan berkenaan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan menurut Tengku Zawawi merangkumi analogi, penerangan, contoh serta demonstrasi yang bersifat efektif dengan menitikberatkan latar belakang pelajar yang berbeza. Selain itu, kajian yang dilakukan Abdul ShatarChe Abdul Rahman (2007) pula menyatakan bahawa PIK adalah pemindahan pengetahuan isi kandungan ke dalam bentuk aplikasi pengajaran. Tambahannya lagi, seseorang guru yang mempunyai pengetahuan isi kandungan ini akan lebih menunjukkan keberkesanan di dalam proses pengajarannya.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk melihat Tahap Pengetahuan Isi Kandungan Guru Sejarah di peringkat sekolah menengah. Kajian ini juga turut menganalisis hubungan antara pengetahuan isi kandungan guru sejarah dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan.

5.0 METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah reka bentuk kajian expost facto. Robson (2011) menyebutkan bahawa reka bentuk kajian berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen tujuan, teori, metod, konstruk dan strategi persampelan. Melalui reka bentuk kajian maka seorang penyelidik dapat menggunakannya sebagai panduan atau pedoman dalam melaksanakan penyelidikan sesuai dengan konteks reka bentuk kajian yang telah disediakan di awal perbahasan.

Reka bentuk Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”.Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun tidak dapat memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

Reka bentuk kajian ini juga tidak melakukan manipulasi terhadap suatu perkara yang diteliti. Penyelidik meneroka sesuatu perkara dan gejala sesuai dengan apa yang sesungguhnya terjadi, Dantes (2007). Gejala yang diselidiki dalam penyelidikan ini ialah tentang pengetahuan isi kandungan serta aplikasi pengajaran sejarah berkesan.

(11)

Reka bentuk kajian expost facto dalam kajian ini ialah dengan mengumpulkan data tentang pengetahuan isi kandungan dan aplikasi pengajaran sejarah berkesan.

Sampel yang digunakan dalam kajian ini melibatkan seramai 200 orang guru sejarah. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Lokasi pengambilan sampel ialah daripada 25 buah sekolah yang berada di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah berupa soal selidik dan juga analisis dokumen. Soal selidik yang diedarkan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian ‘A’ tentang demografi, bahagian ‘B’ tentang penilaian terhadap pengetahuan isi kandungan dan bahagian ‘C’ tentang penilaian terhadap aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Manakala, analisis dokumen didapati daripada kajian literatur dan juga kajian lepas lain tentang kontruk-konstruk yang mempunyai kaitan dengan kajian ini.

Kajian rintis telah dilakukan demi menemukan kebolehpercayaan instrumen sebelum dilakukan kajian yang sebenar. Kajian rintis telah dilakukan terhadap 15 orang guru sejarah dan mendapati bahawa nilai cronbach alpha bagi item pengetahuan isi kandungan ialah 0.89. Manakala, instrumen untuk pengajaran sejarah berkesan ialah 0.87. Hal ini menunjukkan bahawa instrumen ini memiliki keboleh percayaan yang tinggi.

Bagi tatacara proses penganalisisan, data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Analisis data menggunakan Analisis data menggunakan statistik deskriptif dan juga inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan isi kandungan guru sejarah dan juga tahap aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Seterusnya, analisis inferensi menggunakan korelasi pearson dilakukan untuk menilai hubungan antara pengetahuan guru sejarah dengan aplikasi pengajaran guru sejarah berkesan.

6.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam menentukan tahap pengetahuan guru, penyelidik menggunakan analisis statistik deskriptif dengan melihat jumlah min dan sisihan piawai. Berikut merupakan huraian dapatan kajian tentang pengetahuan isi kandungan subjek mata pelajaran sejarah dalam jadual 6.1 di bawah ini.

(12)

Jadual 6.1 Tahap Pengetahuan Isi Kandungan Subjek Guru Sejarah Jadual 5.1 Tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru sejarah bagi setiap item

No Item N Min Sisihan

Piawai Interpretasi 1 Pengetahuan falsafah pendidikan sejarah 200 3.11 0.94 Sederhana Tinggi 2 Pengetahuan sukatan pendidikan

sejarah setiap tingkatan

200 2.78 1.06 Sederhana

3 Pengetahuan sejarah negara Malaysia

200 2.99 0.98 Sederhana

Tinggi 4 Pengetahuan fakta sejarah yang

autentik

200 3.10 0.94 Sederhana

Tinggi 5 Pengetahuan kaitan sejarah

dengan isu-isu terkini

200 2.89 0.99 Sederhana

6 Pengetahuan sejarah tempatan 200 2.93 0.98 Sederhana 7 Pengetahuan pandangan pakar

falsafah sejarah

200 3.12 0.93 Sederhana

Tinggi 8 Pengetahuan tentang sejarah

dunia Keseluruhan 200 3.05 2.99 0.94 0.45 Sederhana Sederhana

Berdasarkan jadual 6.1 di atas, maka dapat dihuraikan bahawa jumlah responden yang memberikan respon terhadap instrumen yang disebarkan ialah berjumlah 200 orang guru. Selain itu, jadual di atas juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru sejarah secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana hingga tahap sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru sejarah masih berada pada tahap yang belum tinggi secara keseluruhan.

Analisis dapatan kajian berdasarkan jadual di atas juga menunjukkan pengetahuan isi kandungan guru secara keseluruhannya adalah berada pada tahap sederhana (min = 2.99, sisihan piawai 0.45). Manakala, item tertinggi ialah pada item nombor tujuh iaitu pengetahuan pandangan pakar falsafah sejarah dengan jumlah (min = 3.12, sisihan piawai = 0.92). Hal ini menunjukkan guru sejarah lebih mempunyai penguasaan yang tinggi melibatkan pengetahuan pandangan pakar falsafah sejarah kerana kerap digunakan di dalam kelas dalam memetik pandangan pakar bagi

(13)

memberikan definisi sesuatu istilah sejarah. Disamping itu, pendapat-pendapat yang diperkatakan oleh tokoh atau pakar sejarah mengenai sesuatu peristiwa sejarah turut menjadi aspek yang digunakan guru dalam memberikan penerangan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Manakala, item yang terendah adalah pada item nombor dua iaitu pengetahuan sukatan pelajaran sejarah setiap tingkatan dengan jumlah (min = 2.78, sisihan piawai = 1.06). Hal ini menunjukkan pengetahuan isi kandungan guru sejarah hanyalah terhad kepada sukatan pelajaran bagi tingkatan yang diajarnya sahaja. Pengetahuan bagi sukatan pelajaran sejarah bagi tingkatan lain adalah kurang.

Jadual 6.2 Hubungan Pengetahuan Isi Kandungan dengan Aplikasi Pengaharan Sejarah

Jadual 6.2 Hubungan antara pengetahuan isi kandungan subjek dengan aplikasi pembelajaran sejarah berkesan

Hubungan Aplikasi Pembelajaran

Sejarah Berkesan Interpretasi R Sig. Pengetahuan isi kandungan subjek 0.232 0.001 Rendah

Jadual 6.2 di atas menunjukkan analisis dapatan kajian menggunakan korelasi pearson.

Dapatan daripada analisis korelasi menunjukkan bahawa keseluruhan aspek pengetahuan guru adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan aplikasi pembelajaran sejarah berkesan. Pengetahuan isi kandungan subjek memiliki hubungan yang signifikan dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan dengan aras signifikan = 0.001 (p<0.005) dan nilai r = 0.232 Oleh itu, Ho1 yang berbunyi tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan isi kandungan subjek dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan adalah ditolak. Kekuatan hubungan di antara kedua pemboleh ubah ialah pada aras yang rendah. Selain itu, arah hubungan ialah positif. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru, maka akan meningkat pula tahap aplikasi pengajaran sejarah berkesan.

(14)

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru sejarah berada pada tahap yang sederhana. Hal ini menyatakan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan subjek guru sejarah masih berada di tahap yang belum tinggi dan masih perlu untuk dikembangkan lagi. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian daripada Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman (2010) yang dalam kajiannya menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru masih berada pada tahap yang sederhana. Hal ini perlu disedari bahawa isi kandungan subjek mata pelajaran sejarah ialah mengandungi peristiwa-peristiwa penting tentang masa lampau. Guru sejarah hendaklah mampu menguasai isi kandungan subjek mata pelajaran sejarah dengan baik. Menurut Khoiri (2010) penguasaan isi kandungan mata pelajaran secara mendalam merupakan salah satu bentuk kompetensi yang mesti dimiliki oleh seseorang guru. Penguasaan isi kandungan subjek yang dimaksudkan ialah mencakupi penguasaan kurikulum mata pelajaran itu sendiri dan juga penguasaan isi kandungannya.

Guru sejarah sangat dituntut agar memiliki pengetahuan terhadap isi kandungan subjek itu sendiri. Penguasaan terhadap pengetahuan isi kandungan subjek mata pelajaran hendaklah diimbangi dengan penguasaan terhadap kaedah pengajaran (Indriyani & Ariyani 2012). Hal ini kerana, isi kandungan mata pelajaran merupakan suatu objek dan juga perkara utama bagi seorang guru sejarah dalam mengaplikasikan pengajaran sejarah yang berkesan kepada pelajar. Pengetahuan terhadap isi kandungan mata pelajaran merupakan perkara asas bagi para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran sejarah di dalam kelas. Melalui proses pengajaran yang berkualiti dan berkesan, maka hal ini akan memberikan kesan terhadap peningkatan pencapaian akademik pelajar itu senditi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Brophy (2001) dalam Abdul Said Ambotang et al (2011) menunjukkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah.

Selain itu dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan isi kandungan guru dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Dapatan kajian ini menyokong dapatan yang dijalankan Wisnewardhana 2009, Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman (2010) yang turut menunjukkan adanya hubungan yang signifikan antara dua pemboleh ubah di atas. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif, maka hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tingkat bagi satu pemboleh ubah bersandar maka akan semakin tinggi

(15)

pula tingkat bagi pemboleh ubah bebas. Pengetahuan isi kandungan subjek merupakan salah stau kompetensi yang mesti dimiliki oleh seseorang guru menurut Nana Sudjana (1989).

Nana Sudjana (1989) mengklasifikasikan kompetensi guru ke dalam tiga bahagian iaitu kompetensi bidang kognitif yang di dalamnya terdapat penguasaan terhadap isi kandungan dan pengetahuan terhadap karakteristik pelajar, bidang yang kedua iaitu kompetensi bidang sikap yang meliputi kesediaan guru dan juga sikap guru itu sendiri. Hal ini dapat dicontohkan dengan sikap menghargai terhadap pekerjaan dan perasaan senang mengajar mata pelajaran yang di ajarkannya. Kompetensi ini memiliki kesamaan konstruk pada kajian ini iaitu pada aspek pengetahuan pengahayatan nilai. Manakala, kompetensi yang terakhir iaitu kompetensi perilaku yang meliputi keterampilan menilai, keterampilan menggunakan alat bantu mengajar dll. Kompetensi ini memiliki kesamaan pada aspek pengetahuan pedagogi dalam konteks kajian ini.

Guru yang memiliki profesionalisme kerja tinggi maka akan memiliki kemampuan dan keahlian dan keterampilan sehingga mereka dapat melaksanakan tugas dan kewajipannya dengan maksimum (Kusnandar 2007). Pengetahuan menajadi salah satu elemen dan faktor bagi keberhasilan dan keberkesanan pengajaran. Keberhasilan pengajaran pada khususnya dan pendidikan pada am nya ialah bergantung kepada tingkat pengetahuan guru itu sendiri (De Jagler, Reeziqr dan Creemers 2002).

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Daripada kajian ini, dapat dilihat peranan guru dalam memiliki pengetahuan yang menyeluruh terhadap isi kandungan subjek adalah sangat dituntut dalam menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Guru seharusnya sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi mengubah persepsi negatif pelajar terutamanya terhadap matapelajaran sejarah yang dianggap membosankan.Guru juga haruslah mempunyai sikap yang positif dan sentiasa ingin terus belajar dan menambah ilmu bagi memantapkan skil pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, kajian ini juga mendapati peranan guru begitu besar dalam mendalami serta memahami isi kandungan Sejarah. Kepelbagaian pedagogi merupakan aspek penting dalam memastikan minat pelajar berterusan dalam mata pelajaran ini. Guru-guru sejarah juga perlu mempelbagaikan sumber maklumat agar tidak terus bergantung terhadap satu-satu sumber semata-mata seperti buku teks sahaja. Guru-guru sejarah juga

(16)

perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar Negara merangkumi semua aspek politik, ekonomi dan sosial. Di samping itu, implikasi daripada kajian ini merupakan refleksi kepada guru-guru terutamanya guru-guru Sejarah dalam usaha memantapkan pedagogi serta isi kandungan mereka. Guru-guru boleh memberikan tumpuan yang lebih dalam mengembangkan kandungan bahan pelajaran, cara meneroka maklumat serta mampu membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman belajar mereka. Tindakan-tindakan yang diketengahkan ini sekaligus dapat mewujudkan suasana penambahbaikan dalam diri guru-guru sejarah itu sendiri.

Penggunaan bahan bantu mengajar juga seharusnya dipelbagaikan. Dengan erti kata lain, penggunaan yang terlalu ekstrem terhadap penggunaan buku teks haruslah dikurangkan. Dalam konteks ini guru perlu bijak dalam menentukan, memilih dan mengadun bahan pengajaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran yang mampu memaksimumkan proses pembelajaran berkenaan. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka. Misalnya, pendekatan pembelajaran abad ke-21 boleh diterapkan seperti aktiviti Main peranan, Jigsaw dan gallery walk boleh dimasukkan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

Dalam masa yang sama, pihak-pihak lain juga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru dalam menghasilkan keberkesanan pengajaran yang optimum. Pihak sekolah juga boleh mengadakan latihan dalaman seperti bengkel penandaan, bengkel kaedah pengajaran dan bengkel penilaian. Dari bengkel – bengkel dalaman yang dilaksanakan guru-guru dapat berkongsi tips dan skil dalam mempelbagaikan strategi pengajaran disamping berkongsi teknik dalam menguasai subjek yang diajar dengan cepat dan kreatif. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru sejarah malah dapat meningkatkan lagi keyakinan guru dalam mengahasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan mantap.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan isi kandungan guru sejarah dengan aplikasi pengajaran sejarah berkesan. Oleh itu, guru perlulah meningkatkan tingkat pengetahuan diri guru demi meningkatkan keberkesanan dalam mengaplikasikan pembelajaran yang lebih berkesan. Guru juga perlu memainkan peranan yang kreatif dalam mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran selain

(17)

mempunyai inovasi yang tinggi dalam menyediakan yang terbaik selaras dengan perkembangan generasi pelajar masa kini. Selain itu, guru juga hendaklah berkeupayaan membuat perancangan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan dengan baik dan terus menerus sehingga mampu memperbaiki sistem pendidikan negara (PIPP 2006). Guru juga dapat menggunakan hasil kajian ini sebagai bahan pertimbangan dan menjadi bahan motivasi tersendiri bagi guru tersebut untuk dapat mengembangkan potensi dirinya. Pelajar hendaklah memberikan kerjasama dan juga kesedaran bagi dirinya bersama-sama dengan guru untuk mencipta dan membina suasana pengajaran sejarah yang berkesan.

RUJUKAN

Abdul Said Ambotang et al. 2011. Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran Ekonomi.

Abdul Shatar Che Abd Rahman. 2007. Pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pendidikan moral tingkatan 4 di sebuah sekolah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 (1):53-66.

Brophy, J. E. (2001). Classroom organization and Management. Elementary School Journal, 83(4): 265-86.

Coe, R., Aloisi, C., Higgins, S., Major, L.E., 2014. What makes great teaching?. review of the underpinning research: Centre for evaluations & monitoring. Durham University, the Sutton trust.

Dantes, Nyoman. 2007. Metodologi penelitian untuk ilmu-ilmu sosial dan humaniora. Universitas Ganesha Singaraja.

De Jagler, B., Reeziqt, G.J. & Creemers, B. 2002. The effects of teacher training on new instructional behavior in reading comprehension. Journal of Teaching and Teacher Education. 18(7): 831-842.

Driel, J. H., Verloop, N., & Vos, W. 1998. Developing science teachers’s pedagogical content knowledge. Journal of Research in Science Teaching, 35, 673-695. Indriyani,W. & Ariyani, R.M. 2012. Pengaruh antara peran organisasi profesi Keguruan

(18)

kabupaten majalengka. Jurnal ekonomi issn: 2302-7169 VOL. 1 NO. 1 September-Desember 2012.

Norhasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Matematik sekolah menengah. Kertas kerja Seminar KebangsaanPendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia pada 11-12 Oktober.

Khoiri Ahmad. 2010. Konstruksi pengembangan pembelajaran: pengaruhnya terhadap mekanisme dan peraktik kurikulum. Jakarta: Prenada Media Group.

Nana Sudjana. 1989. Penilaian hasil proses belajar mengajar. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan, Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab.

Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman. 2010. Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 53–71, 2010.

Oliva, P. F., and Pawlas, G. E. (2004). Supervision for today's schools (7th ed.). Hoboken: John Wiley.

Robson, C. 2011. Real world research: a resourch for users of social research methods in applied settings. 3rd ed. Chichester: Wiley.

Rosnanaini Sulaiman, (2003). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Kes. Tesis PHD fakulti pendidikan UKM, Bangi.

Salehudin Hj.Sabar & Mahadi Hj. Khalid. 2005. Kertas konsep faktor-faktor graduan bekerjaya memilih kursus perguruan lepasan ijazah-pengkhususan sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan MPBL. 6. 35-52.

Shulman, L. 1987. Knowledge and teaching: foundation of new reform. Havard Educational Review, 57(1), 1-22.

Simin Rahimi. 2012. Divine command theory and theistic activism. The Heythrop Journal. Volume 53, Issue 4.

Solis, A. 2009. Pedagogical content knowledge: what matters most in the professional learning of content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural Development Research Association (IDRA) newsletter. (Atas talian) Muat turun 10 Julai 2010, dari http://www.idra.org

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 2005. Pengetahuan pedagogikal isi kandungan bagi tajuk pecahan di kalangan guru matematik sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

(19)

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Bagi Tajuk Pecahan Di Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1):131-153.

Wisnewardhana. 2009. Pengaruh pendidikan, pelatihan dan pengalaman terhadap profesionalisme guru. http://fkip..ac.id/index.php? option=com.content&task=view&id=25&Itemid=21.

Zaidah Yazid. 2005. Pengetahuan pedagogikal kandungan guru matematik tambahan berpengalaman: satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zalipah Zakaria (2011). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Biologi Permulaan Dan Berpengalaman: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti Sains Dan Matematik. University Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Zamri Mahamod dan Magdeline anak Nor (2012). Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Iban. Gema Online TM Journal of Language Studies 12(2): 593-608

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga