• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 16C Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia membuat peraturan berikut;

Nama 1. Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan UKM 1998.

Pemakaian 2. a) Peraturan-peraturan ini dikeluarkan dengan tujuan menjaga keselamatan lalulintas jalan di dalam kawasan kampus.

b) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua kakitangan, pelajar, pekerja-pekerja luar dan pelawat.

Tafsiran 3. Dalam peraturan-peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain.

“Arahan Lalulintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberi oleh seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Universiti kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan dalam kampus.

“Kawasan Kampus” ertinya di kawasan kampus UKM termasuk tanah, bangunan dan komplek siswa yang ada di dalam kampus-kampus berikut:-

i) Kampus Induk Bangi ii) Kampus Fakulti Perubatan iii) Hospital HUKM;

“Kakitangan UKM” ertinya semua pegawai dan guru termasuk semua kakitangan lain yang dilantik oleh pihak berkuasa UKM secara tetap, kontrak, sambilan dan sementara;

“Kesalahan Lalulintas” ertinya kesalahan yang dinyatakan di dalam Peraturan 4 dan 5;

(2)

“Kenderaan” ertinya sesuatu binaan yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang menjijak bumi apabila bergerak;

“Pelawat” ertinya seseorang yang datang melawat ke kampus UKM;

“Pelajar” termasuklah mana-mana pelajar yang sedang belajar di universiti ini.

“Pekerja Luar” ertinya seseorang bukan kakitangan UKM yang menjalankan sesuatu kerja tetap atau sementara di kampus UKM;

“Pengawal Keselamatan” ertinya semua peringkat anggota keselamatan yang dilantik oleh pihak berkuasa UKM dan ditugaskan mengawal keselamatan dalam kampus;

“Pelekat Kenderaan” ertinya pelekat kenderaan atau motosikal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa UKM di bawah Peraturan Keselamatan UKM;

“Tanda Lalulintas” termasuklah apa-apa isyarat, tiang tanda amaran, tiang arahan, tanda atau alat yang didirikan atau diadakan di atas atau berhampiran dengan jalan untuk makluman, panduan atau arahan orang-orang yang menggunakan jalan.

Akta/Kaedah 4. Peraturan ini hendaklah dipakai bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Lalulintas Jalan iaitu:-

a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia.

b) Peruntukan-peruntukan Kaedah-kaedah 27, Kaedah-kaedah UKM (Tatatertib Kakitangan) 1998 hendaklah dipakai bagi kakitangan dan Kaedah 32, Kaedah-kaedah UKM (Tatertib Pelajar) 1998 hendaklah dipakai bagi pelajar di dalam kampus-

(3)

c) Tiada apa-apa juga dalam perenggan (a) dan (b) boleh mengurangkan tanggungan mana-mana kakitangan, pekerja luar, pelawat atau orang lain dalam kampus kerana apa-apa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkenaan atau apa-apa perundangan kecil yang dibuat dibawahnya.

5. Sebagai tambahan kepada kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-kaedah UKM (Tatertib Kakitangan) 1998 dan Kaedah-kaedah UKM (Tatatertib Pelajar) 1998, seseorang kakitangan, pelajar, pekerja-pekerja luar dan pelawat adalah juga dilarang melakukan perkara-perkara berikut:-

Kesalahan- Kesalahan Lalulintas di Kampus

a) Had Laju

Tiada seseorang pun boleh memandu sesebuah kenderaan bermotor dalam kampus selaju lebih daripada laju yang ditunjukkan oleh tanda lalulintas.

b) Kenderaan hendaklah dipandu hanya atas jalan lalu bagi kenderaan bermotor

Tiada seseorang pun boleh memandu sesebuah kenderaan bermotor di mana-mana tempat melainkan di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan lalu kenderaan bermotor. Khususnya tiada sesebuah kenderaan bermotor boleh dipandu oleh seseorang kakitangan di atas siarkaki

“berturap” dan “bahu” jalan, tepi rumput, lorong jalan kaki atau lain-lain tempat sama ada di sisi jalan lalu bagi kenderaan bermotor selainnya yang biasa tidak dimaksudkan atau tidak disediakan khas untuk jalan lalu bagi kenderaan bermotor.

c) Memandu Kenderaan Di atas Lorong dan Sebagainya Dilarang

Tiada seseorang pun boleh memandu sesebuah kenderaan di atas koridor beranda, kakilima, halangan berkepung atau di mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan.

(4)

d) Meletak Kenderaan Secara Menghalang

Tiada seseorang pun boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat dengan apa-apa cara yang menyebabkan “bahaya” dan “halangan”

atau kesusahan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain.

e) Menggunakan Ruang Letak Kenderaan Yang Diuntukkan

Jika sesuatu ruang letak kenderaan diuntukkan bagi sesebuah kenderaan bermotor tertentu tiada seseorang pun boleh meletakkan kenderaan bermotor yang lain dalam ruang letak kenderaan itu.

f) Membonceng

i) Seseorang yang memandu motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada seorang di atas motosikal itu.

ii) Tiada seseorang pun boleh membawa seseorang di atas motosikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk di belakang pemandu itu atas suatu tempat duduk yang direkabentuk dengan sempurna yang dipasang kepada motosikal itu dengan kukuh.

iii) Sesiapa pun tidak boleh membenarkan dirinya di bawa di atas motosikal beroda dua yang dipandu oleh seseorang samada seorang kakitangan atau bukan, bersalahan dengan perenggan (a) atau (b).

g) Arahan dan Tanda Lalulintas Hendaklah Dipatuhi

Setiap pemandu Kenderaan/penumpang motosikal hendaklah mematuhi semua arahan lalulintas dan semua tanda lalulintas.

(5)

h) Mengemukakan Lesen Memandu Apabila Diminta

Mana-mana orang yang memandu atau menjaga atau mengawal sesebuah kenderaan hendaklah membawa bersamanya lesen memandu yang masih sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang berkenaan dan hendaklah mengemukakan untuk diperiksa oleh seseorang Pengawal Keselamatan apabila jua dikehendaki berbuat demikian.

i) Halangan Kepada Aliran Lalulintas

Sesiapa pun tidak boleh berkelakuan dengan apa- apa cara atau melakukan apa-apa perbuatan menghalang atau menganggu perjalanan lalulintas yang licin dan teratur di dalam kampus.

Kuasa-Kuasa 6. Pengawal Keselamatan adalah berkuasa mengambil Pengawal tindakan-tindakan berikut:

Keselamatan

a) Melarang kenderaan bermotor yang tidak ada atau tidak menampalkan pelekat kenderaan dari memasuki kawasan kampus.

b) Menahan kenderaan bermotor dan menahan seseorang yang melakukan kesalahan lalulintas dalam kawasan kampus bagi tujuan mengambil sebarang maklumat mengenainya yang difikirkan perlu.

c) Melaporkan kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan untuk tindakan tatertib jika difikirkan perlu di atas kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh kakitangan UKM.

d) Mengambil apa-apa jua tindakan lain yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan bagi menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan ini.

(6)

7. a) Pendaftar, di atas nasihat Pengarah Keselamatan boleh membatalkan atau menggantungkan bagi satu tempoh masa yang tidak melebihi 6 bulan keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang kakitangan UKM yang telah melakukan kesalahan-keselahan lalulintas di dalam kawasan kampus.

Pembatalan Pelekat Kenderaan

b) Pengarah Keselamatan boleh membatalkan atau menggantungkan bagi satu tempoh masa yang tidak melebihi 6 bulan keistimewaan pelekat kenderaannya yang dikeluarkan kepada seseorang pekerja luar.

c) Seseorang kakitangan UKM atau pekerja luar yang dibatalkan atau digantungkan keistimewaan pelekat kenderaannya tidak berhak membawa kenderaan bermotor ke dalam kampus bagi tempoh masa keistimewaan tersebut dibatalkan atau digantungkan.

8. a) Seseorang kakitangan UKM yang melakukan kesalahan lalulintas di dalam kawasan kampus dikenakan salah satu atau kedua-dua hukuman seperti berikut:-

i) Keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepadanya boleh dibatalkan atau digantung mengikut Kaedah 7(a) dan;

Hukuman Atau Tindakan Di atas Kesalahan Lalulintas

ii) Tindakan tatatertib boleh dikenakan di bawah kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Kakitangan) 1998.

b) Seseorang pelajar UKM yang melakukan kesalahan lalulintas di dalam kawasan kampus dikenakan salah satu atau kedua-dua hukuman seperti berikut:-

i) Keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepadanya boleh dibatalkan atau digantung mengikut Kaedah 7(a) dan;

(7)

ii) Tindakan tatatertib oleh dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar) 1998.

c) Seseorang pekerja luar atau pelawat yang melakukan kesalahan lalulintas boleh dikenakan hukuman seperti berikut:-

i) Keistimewaan pelekat kenderaan bermotor yang dikeluarkan kepada seseorang pekerja luar boleh dibatalkan atau digantung mengikut Kaedah 7(b).

ii) Keistimewaan yang diberikan kepada seseorang pelawat membawa kenderaan bermotornya ke dalam kawasan kampus tidak akan diberikan lagi di masa hadapan.

Referensi

Dokumen terkait

PENTINGNYA INFORMASI DALAM PEMBUATAN KEBIJAKAN: • UNTUK MEMECAHKAN PERMASALAHAN DIPERLUKAN INFORMASI.. • DALAM PERUMUSAN/ PEMBUATAN KEBIJAKAN DIPERLUKAN

Pelaku usaha kecil menengah sudah memiliki pemahaman mengenai literasi digital dengan memanfaatkan media sosial yaitu Facebook dalam pemasaran penjualan yang

Jasa event organizer atau yang disebut juga EO ini merupakan sebuah bidang usaha yang memberikan peluang penciptaan lapangan kerja efektif bagi masyarakat khususnya bagi

Keputusan Bapak Abdul Khodir untuk membuat grup tersendiri m Grup Kenthongan Dalan Laras adalah salah satu grup kesenian kenthongan yang ada di desa Kaesugihan,

Peneliti menetapkan 16 orang sebagai informan kunci, 2 orang diantaranya adalah Kepala Jorong dan Kader Kesehatan yang banyak mengetahui permasalahan penelitian dan 14

bentuk tindakan atau perilaku. Motivasi timbul karena adanya suatu kebutuhan atau keinginan yang hams dipenuhi dan keinginan itu akan mendorong individu untuk

Sebagai contoh adalah penggunaan single ID kartu mahasiswa untuk kartu anggota perpustakaan dengan memanfaatkan data Sistem Informasi Akademik (SIA) yang mulai

Sehubungan dengan adanya kerja sama antara Briton English Education – Cambridge Assesment English dengan Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi (LLDIKTI) Wilayah III,