1
Fahami Bid’ah Jauhi Perpecahan
Abdullah bin Din
Ahmad Husam bin Dato’ Muhamad Baderudin
Fahami Bid’ah Jauhi Perpecahan
Disusun oleh
Abdullah bin Din
Ahmad Husam bin Dato’ Muhamad Baderudin
Angkatan Belia Islam Malaysia Kedah Yayasan Ar-Riadah
Cetakan ketiga Februari 2016 Font : Times New Roman
Saiz: 11 Penerbit
Angkatan Belia Islam Malaysia Kedah/ Yayasan Ar-Riadah No ISBN: 978-967-11782-4-9
Hak Cipta Terpelihara
Dibenarkan menggunakan isi kandungan buku ini untuk tujuan kemaslahatan Islam dan bukan untuk tujuan komersil atau mendapat keuntungan setelah mendapat keizinan daripada penulis.
2
Daftar Kandungan
Mukadimah 7
Kisah buku ini 11
Kata aluan Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi 18
Kata Aluan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah 21
Kata Aluan YDP ABIM Kedah 24
Apa kata ulamak terhadap bid’ah? 26
Isu-isu yang sering diperdebatkan adakah ianya bid’ah atau tidak 29
Bab 1 32
Bid’ah pada bahasa 32
Bid’ah pada istilah, adakah hanya Imam Syatibi? 32
Definisi Imam Syatibi 35
Definisi Imam Syafie Rah. 38
Definisi Imam Nawawi 39
Definisi Iz bin Abd Salam 40
Definisi Ibnul Atsir 41
Definisi Hafiz Ibnu Hajar 41
Definisi Hafiz Badruddin Al Aini 42
Definisi Imam Ghazali 43
Definisi Ibnu Rajab Al Hambali 44
Definisi Ibnu Al Arabi Al Maliki 45
Ulamak Kontemporari 46
Definisi Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz 46
Definisi Muhammad bin Soleh al-Usaimin 48
Definisi Dr Yusuf Al Qaradawi 52
Definisi Ibrahim Al Kattani 56
Definisi Prof Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’di 57
Kesimpulan 59
Bab 2 60
Dalil-dalil untuk memahami bid’ah 60
Dalil pertama: اھوعدتبا ةينابھر Surah Al hadid: 27 62
Dalil kedua: Maksud هنم سيل ام 64
Dalil ketiga: Ijtihad dan pendapat ulamak bukan bid’ah 71
Dalil keempat: Hadis Irbad bin Sariyah 73
Dalil kelima: Perkara baharu (bid’ah) yang dilakukan oleh sahabat semasa hayat Rasulullah SAW.
77
Doa dengan menggunakan nama Allah SWT yang agung. 77
Solat sunat wuduk dan memperbaharui wuduk setiap kali batal. 78
Solat sunat sebelum dibunuh. 81
Doa iktidal. 82
Doa iftitah. 83
Membaca surah Al Ikhlas setiap rakaat. 84
Membaca surah Al Ikhlas setiap rakaat. 86
Ruqyah dengan surah Al Fatihah 87
Dalil ke enam: Perkara baharu yang ditegur oleh Rasulullah SAW. 90 Dalil ke tujuh: Perkara baharu yang ditegur oleh Rasulullah SAW. (2) 91
3
Dalil ke lapan: Perkara baharu yang ditegur oleh Rasulullah SAW. (3) 92 Dalil ke Sembilan: Perkara baharu yang dilakukan oleh sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.
93
1-Talbiah para sahabat 93
Dalil ke sepuluh: Perkara baharu yang dilakukan oleh sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.
96
2-Solat Terawih 96
Dalil ke sebelas: Perkara baharu yang dilakukan oleh sahabat selepas kewafatan
Rasulullah SAW. 98
3-Tambahan Azan 98
Dalil ke dua belas: Sunnah yang baik 99
Bab 3 103
Tip-tip penting untuk memahami bid’ah dan mengelakkan perbalahan dan perpecahan
1- Jangan taksub & fanatik terhadap pandangan ulamak 103
2- Kepentingan berpegang kepada amalan sahabat 109
3- Tidak semua perkara baharu bid’ah 111
4- Bid’ah bukan hukum 112
5- Keperluan mengetahui sumber dan kaedah penentuan hukum 115
6- Qiyas dalam Ibadat 118
7- Adakah apabila Nabi tidak pernah lakukan sesuatu perkara maka perkara itu bid’ah? 122 8- Ketahuilah kaedah عنملاو فقوتلا تادابعلا يف لصلأا tidak disepakati ulamak. 130
9- Hukum menambah lafaz zikir ma’tsur 134
10- Hukum menggunakan hadis dhaif 135
11- Jangan jadikan perkara yang diperselisihkan oleh ulamak sebagai hujah untuk menuduh orang lain sebagai pengamal bid’ah.
138
Siapa Ahli Bid’ah Sebenarnya? 142
Siapa Sandaran Mereka? 144
Adakah Mereka Sepakat Dalam Semua Perkara?
1- Hukum mengulang-ulang umrah dalam sekali ziarah 145
2- Hukum mengadakan majlis takziah di rumah si mati 145
3- Kenduri arwah arab نيدلاولا ءاشع 146
4- Hukum mencium mushaf 146
5- Hukum membuat garisan untuk menyamakan saf 147
6- Membaca doa khatan Al Quran semasa solat Terawih atau solat malam dalam solat. 147
7- Memulakan majlis dengan bacaan Al Quran. 147
8- Bergerak-gerak ketika membaca atau menghafaz Al Quran. 148
9- Mengerjakan solat Terawih melebihi lapan rakaat. 149
10- Menggunakan tasbih ketika berzikir. 149
11- Hukum mengadakan kenduri apabila khatam Al Quran. 149
Bab 4 152
Beberapa isu bid’ah 152
1- Zikir selepas solat. 152
2- Hukum menguatkan (menyaringkan) suara ketika berzikir selepas solat. 156
3- Mengadakan maulid. 163
4- Doa awal tahun dan akhir tahun. 165
5- Solat hajat berjemaah. 166
6- Hukum menghadiahkan pahala kepada Rasulullah SAW. 170
7- Adakah lafaz pelbagai selawat bid’ah? 172
8- Hukum melafazkan niat. 176
4
9- Berdoa selepas solat secara berjemaah. 182
10- Membaca doa dalam majlis maksiat. 190
11- Negara Islam tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam 195
Penutup 199
Rujukan 200
Mukadimah
رلا نمحرلا ﷲ مسب ميح
id’ah perlu dibezakan antara bahasa dan istilah. Bid’ah daripada sudut bahasa membawa maksud perkara baharu. Manakala bid’ah daripada sudut istilah ialah perkara baharu yang berkaitan dengan agama yang tidak pernah dilakukan atau berlaku pada zaman Nabi SAW.
Bid’ah terbahagi kepada dua bahagian terpenting iaitu bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah atau dhalalah. Bid’ah hasanah bererti segala perkara baharu yang dilakukan berkaitan dengan agama yang tidak pernah berlaku pada zaman Nabi SAW, tetapi ianya tidak bertentangan dengan usul dan kaedah syarak. Oleh yang demikian, bid’ah jenis ini diterima oleh para ulama dan mengamalkannya adalah harus. Manakala bid’ah dhalalah pula ialah satu perkara baharu yang berkaitan dengan agama, dan bertentangan pula dengan usul dan kaedah syarak. Apabila ia bertentangan dengan usul dan kaedah syarak bermakna sesuatu amalan yang dikategorikan sebegini perlu ditolak kerana bertentangan dengan asas syariat Islam. Justeru, masyarakat Islam perlu memahami kedua-dua perbezaan bid’ah ini agar mereka tidak mudah untuk mengatakan bid’ah dhalalah kepada warisan yang dilakukan oleh penduduk Islam di sini. Demikian juga mereka perlu mengelak daripada terjebak dengan amalan yang dikategorikan sebagai bid’ah dhalalah kerana bid’ah jenis ini membawa seseorang itu kepada kehancuran serta rosaknya agama.
Dalam membicarakan mengenai bid’ah daripada sudut ilmiah, terdapat golongan yang berbeza pendapat berpunca daripada kefahaman yang berlainan dalam membahaskan tentang bid’ah. Terdapat dua kelompok manusia yang bertentangan dalam membicarakan mengenai isu ini iaitu kelompok yang begitu keras untuk membid’ahkan amalan warisan masyarakat dan kelompok yang membezakan antara bid’ah yang diterima atau ditolak. Kelompok yang keras tidak mengiktiraf akan adanya bid’ah hasanah kerana bagi mereka jika dikatakan bid’ah maka istilah bid’ah itu sendiri membawa erti yang negatif serta perbuatan yang dilakukan adalah batil serta perlu dihindari. Manakala kelompok yang sederhana menerima bid’ah terbahagi kepada dua iaitu bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah. Oleh yang demikian dalam hal ini, untuk membawa masyarakat kepada kefahaman yang benar berkaitan bid’ah serta mengelak daripada berlakunya perpecahan, maka pemikiran yang sederhana berkaitan bid’ah perlu dikemukakan. Hal ini amat penting sebagai langkah awal agar mereka tidak mudah menuduh amalan warisan masyarakat yang diamalkan sejak dahulu lagi sebagai bid’ah dhalalah. Apabila pemikiran yang keras dibawa masuk ke Malaysia, maka dari sini akan bermulanya titik-titik
B
5
perpecahan kerana pandangan yang keras lambat laun akan menjadi virus yang cukup berbahaya dalam menyebarkan penyakit perbalahan berpanjangan dalam kalangan masyarakat. Justeru, buku ini menjelaskan perihal bid’ah bagi membezakan antara bid’ah hasanah dan dhalalah.
Dalam membincangkan mengenai bid’ah, pengarang buku ini membawa pelbagai aliran pemikiran dalam agama sama ada daripada kelompok salaf atau khalaf bagi mendapatkan perbezaan pandangan antara kedua-duanya. Pengarang berusaha membawa dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis bagi menyokong kenyataan bahawa terdapat bid’ah hasanah dalam Islam serta menolak segala pendapat yang menidakkan adanya bid’ah hasanah kerana penolakan kepada bid’ah dalam kategori ini akan membawa kepada bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, ayat-ayat suci al- Quran dan teks-teks Hadis yang berkaitan dihuraikan dengan tahap yang memuaskan bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai kedudukan sebenar perkara yang dikatakan bid’ah itu.
Walaupun di dalam buku ini ada dibawa juga pandangan daripada golongan salafi seperti Abdul Aziz bin Baz, Muhammad Soleh al-Uthaimin, Yusuf al-Qaradhawi dan seumpama mereka, tetapi pandangan mereka hanyalah sebagai nukilan dan perbincangan sahaja bukannya untuk dijadikan sumber atau hujah utama. Sebagaimana dimaklumi, pandangan yang dikemukakan oleh golongan salafi tidak sesuai dibawa ke Malaysia kerana manhaj salafi dalam membahaskan agama adalah berbeza dengan manhaj yang dipegang dalam kalangan masyarakat Islam di sini. Masyarakat Islam di sini berpegang kepada manhaj aliran Ashairah wal Maturidiyyah daripada aspek akidah, manakala daripada sudut fiqh pula adalah berdasarkan kepada mazhab Shafie.
Kesimpulannya, buku ini membawa masyarakat kepada kefahaman asas mengenai bid’ah serta perlunya menerima akan adanya bid’ah hasanah dalam Islam. Golongan yang keras membid’ahkan amalan masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun perlu ditolak. Tindakan membid’ahkan amalan warisan masyarakat akan menyebabkan perbalahan yang berpanjangan dan tiada kesudahan.
Walaupun permasalahan bid’ah adalah dalam perkara cabang agama menurut sebahagian ulama, tetapi disebabkan tindakan golongan yang membid’ahkan amalan warisan masyarakat mengaitkannya dengan kesesatan serta masuk neraka, maka ia berkait juga secara langsung dengan perkara usul dan akidah. Justeru, perlunya umat Islam di Malaysia bersatu di bawah panji yang sama iaitu di bawah payungan Ahli Sunah wal Jemaah yang dikenali sebagai golongan Ashairah wal Maturidiyyah dalam akidah kerana mereka merupakan golongan yang selamat serta dianuti dan diamalkan oleh majoriti umat Islam sedunia.
Ahmad Husam bin Dato’ Muhamad Baderudin Yayasan Ar Riadah 2015
6
Kisah Buku Ini ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ
ﺪﻤﺤﻣ يﺪﻫ يﺪﻬﻟا ﺮﻴﺧ نإ .ﻦﻴﻌﻤﺟأ ﻪﺑﺎﺤﺻأو ﻪﻟآ ﻰﻠﻋو ﷲا لﻮﺳر ﺎﻧﺪﻴﺳ ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﷲﺪﻤﺤﻟا رﺎﻨﻟا ﻲﻓ ﺔﻟﻼﺿ ﻞﻛو ﺔﻟﻼﺿ ﺔﻋﺪﺑ ﻞﻛو ﺔﻋﺪﺑ ﺔﺛﺪﺤﻣ ﻞﻛو ﺎﻬﺗﺎﺛﺪﺤﻣ رﻮﻣﻷا ﺮﺷو ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ
ada bulan Ramadan 1435H yang lalu, seorang ayah telah menghubungi saya mengadu satu kejadian dan meminta bantuan saya untuk menyelesaikannya. Salah seorang anaknya yang sedang belajar di sebuah universiti telah menimbulkan persoalan bid’ah di surau kampung mereka. Perkara ini timbul apabila beliau meminta anaknya untuk menjadi imam terawih di surau tersebut. Sebelum menjadi imam, anaknya memberi tazkirah pendek kepada jemaah surau. Dalam tazkirahnya beliau menggesa jemaah supaya memahami bid’ah yang sebenarnya. Bid’ah menurutnya ialah semua perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA. Syariat yang telah disampaikan oleh Nabi SAW telah sempurna dengan turunnya ayat:
ﺎًﻨﻳِد َمﻼْﺳ ْﻹا ُﻢُﻜَﻟ ُﺖﻴِﺿَرَو ﻲِﺘَﻤْﻌِﻧ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ُﺖْﻤَﻤْﺗَأَو ْﻢُﻜَﻨﻳِد ْﻢُﻜَﻟ ُﺖْﻠَﻤْﻛَأ َمْﻮَـﻴْﻟا
Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Al Maidah: 3
Jika kita beranggapan bahawa syariat yang disampaikan oleh baginda Nabi SAW telah sempurna maka tidak sepatutnya kita memandai-mandai menambah ajaran yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Katanya lagi, “Adakah Nabi SAW dan para sahabat berselawat beramai-ramai seperti yang kita lakukan setiap kali kita bersolat Terawih?”. Beliau menghurai panjang lebar tentang hadis :
ُﻦَﺴْﺣَأَو َﺿ ﻞُﻛَو ٌﺔَﻟ َﻼَﺿ ٍﺔَﻋْﺪِﺑ ﻞُﻛَو ٌﺔَﻋْﺪِﺑ ٍﺔَﺛَﺪْﺤُﻣ ﻞُﻛَو ﺎَﻬُـﺗﺎَﺛَﺪْﺤُﻣ ِرﻮُﻣُْﻷا ﺮَﺷَو ٍﺪﻤَﺤُﻣ ُيْﺪَﻫ ِيْﺪَﻬْﻟا ِرﺎﻨﻟا ﻲِﻓ ٍﺔَﻟ َﻼ
Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk itu ialah petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara itu ialah perkara baharu yang diada-adakan, setiap perkara baharu itu bid’ah, setiap bid’ah itu sesat, setiap yang sesat tempatnya neraka.
(Muslim, Abu Daud, Tirmizi)
Jika Nabi SAW menetapkan bahawa “semua” perkara bid’ah itu sesat maka apa yang kita lakukan dengan berselawat setiap kali selesai dua rakaat terawih ini adalah amalan yang sesat dan tidak ada pahala di sisi Allah SWT kerana ia adalah amalan baharu yang tidak pernah dan tidak mungkin dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA. Jika amalan ini baik tentulah Nabi atau para sahabatlah yang mula-mula akan melakukannya kerana mereka adalah generasi terbaik seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),
P
7
tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”1
(Ketika ayat ini diturunkan ia ditujukan kepada para sahabat)
Kesan daripada tazkirah pendek tersebut, maka pada malam itu solat terawih dikerjakan tanpa dendangan selawat, tasbih dan doa secara beramai-ramai. Sebahagian jemaah pulang awal dan yang lain menyelesaikan juga terawih tanpa selawat buat kali pertama di surau tersebut. Apabila pulang si ayah cuba memperbetulkan anaknya dengan mengatakan bahawa amalan tradisi ini dilakukan oleh para ulamak di Malaysia sejak sekian lama tanpa ada bantahan, tidak mungkin ianya salah hanya semata-mata tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bukankah ulamak pewaris nabi? Si anak menjawab, benar ianya amalan yang dibuat oleh ulamak tetapi ulamak tidak maksum, mereka juga boleh tersalah dan tersilap. Kita diminta mengikut nabi bukan mengikut ulamak bahkan jaminan yang diberikan oleh Rasulullah SAW ialah mengikut Al Quran dan Sunnah bukannya mengikut ulamak.
Jika sesuatu amalan yang dibuat walaupun dimulakan oleh ulamak tetapi ianya tidak ada dalil dan nas yang jelas maka ianya tetap tidak terjamin dan kemungkinan besar termasuk dalam erti bid’ah yang terlarang. Pendeknya si ayah gagal meyakinkan anak tentang persoalan bid’ah yang ditimbulkan oleh anaknya.
Kisah seumpama ini sebenarnya bukanlah kisah pertama yang berlaku. Saya percaya suara-suara seumpama ini kedengaran di sana-sini. Amalan tahlil, bacaan talqin selepas pengkebumian, bacaan Yasin setiap malam jumaat, solat hajat berjemaah dan banyak lagi adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan dan apabila ditimbulkan pasti akan berlaku ketegangan dan perbalahan.
Seorang ustaz yang agak terkenal juga dilaporkan memberi komen tentang sighah istighfar yang digunakan oleh imam-imam masjid iaitu:
ﻪﻴﻟإ بﻮﺗأو مﻮﻴﻘﻟا ﻲﺤﻟا ﻮﻫ ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ يﺬﻟا ﻢﻴﻈﻌﻟا ﷲا ﺮﻔﻐﺘﺳأ
Katanya: “kenapa kita nak tambah-tambah sighah istighfar. Rasulullah SAW hanya mengajarkan kita untuk berkata “ ﷲ رفغتسأ ” kenapa kita pandai-pandai tambah dengan sighah yang lebih panjang?
Yang mana lebih baik, yang dilakukan dan diajar oleh Rasulullah SAW atau yang kita reka dan tambah?” “Nabi SAW telah bersabda:
: ﻢﻠَﺳو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰّﻠَﺻ ِﻪﻠﻟا ُلﻮُﺳَر نﺎﻛ : لﺎﻗ ُﻪْﻨﻋ ﻪﻠﻟا ﻲﺿر َنﺎﺑﻮﺛ ْﻦﻋ ًﺎﺛﻼَﺛ ﺮَﻔﻐَﺘْﺳا ِﻪِﺗﻼﺻ ْﻦِﻣ فَﺮَﺼْﻧا اذإ
: لﺎﻗو ،
ماﺮﻛﻹاو ِلﻼﺠﻟا اذﺎَﻳ َﺖْﻛرﺎﺒﺗ ، ُمﻼﺴﻟا َﻚﻨِﻣو ، ُمﻼﺴﻟا َﺖْﻧَأ ﻢُﻬﻠﻟا َﻒﻴﻛ : ﺚﻳﺪﺤﻟا ِةاوُر ﺪَﺣَأ َﻮُﻫو ﻲﻋازْوَﻸﻟ ﻞﻴِﻗ
ﻢﻠﺴﻣ ُﻩاور . ﻪﻠﻟا ُﺮِﻔْﻐَـﺘْﺳَأ ، ﻪﻠﻟا ُﺮﻔْﻐَـﺘْﺳَأ : لﻮﻘﺗ : لﺎﻗ ؟ ُرﺎَﻔﻐِﺘﺳﻻا .
Maksudnya: Daripada Tsauban RA, beliau berkata: Apabila selesai solat Rasulullah SAW akan beristighfar sebanyak tiga kali seterusnya berkata:
ماﺮﻛﻹاو ِلﻼﺠﻟا اذﺎَﻳ َﺖْﻛرﺎﺒﺗ ، ُمﻼﺴﻟا َﻚﻨِﻣو ، ُمﻼﺴﻟا َﺖْﻧَأ ﻢُﻬﻠﻟا
Dikatakan kepada Imam Auza’ie yang merupakan salah seorang perawi hadis ini, “bagaimana istighfar tersebut? Dia berkata:
1 Ali Imran : 110
8
ﻪﻠﻟا ُﺮِﻔْﻐَـﺘْﺳَأ ، ﻪﻠﻟا ُﺮﻔْﻐَـﺘْﺳَأ
Riwayat Muslim Banyak lagi isu lain seperti:
i. Talqin sabit dengan hadis dhaif
ii. Kenduri arwah difatwakan bid’ah oleh ulamak Syafie sendiri.
iii. Maulid tak pernah dilakukan oleh para sahabat.
iv. Solat hajat tak pernah dibuat berjemaah dll.
Sahabat saya yang bertugas di Jabatan Agama Islam Perlis pernah memberitahu saya bahawa isu bid’ah membid’ah ini sudah biasa di sana. Extremenya golongan ini sehingga lahir ucapan seumpama
“ daripada makan kenduri arwah lebih baik makan daging babi”, “daripada berzikir dan berdoa secara jamai’e dalam masjid lebih baik berzina” dan macam-macam lagi. Berdesing telinga saya mendengar cerita tersebut.
Terbaru, seorang penceramah terkenal mengeluarkan kenyataan keras melalui Whats App yang menjadi viral di kalangan umat Islam di Malaysia. Beliau menyatakan ilmu tasauf adalah satu ilmu yang sangat kotor, bahkan lebih kotor dari “air acaq”2. Dalam siri ceramahnya beliau menyerang semua amalan tradisi umat Islam di Malaysia sebagai bid’ah.
Di satu pihak yang lain, jika ada mana-mana ustaz yang mula memperkatakan isu bid’ah akan dilabel sebagai WAHABI atau puak MUJASSIMAH, bahkan ada yang sampai ke tahap mengkafirkan mereka.
Ada pihak yang telah pun mengeluarkan senarai ustaz-ustaz WAHABI di Malaysia. Kesannya, dakwah dan ilmu terhalang.
Senario ini amat mendukacitakan. Banyak juga buku yang sempat saya rujuk yang membincangkan persoalan bid’ah. Akhirnya saya terbaca dua tulisan berkenaan bid’ah bertajuk هرثأو ةعدبلا موھفمل ليصأتلا ةملأا ديحوت يف yang bermaksud “Asas-asas memahami bid’ah dan kesannya dalam penyatuan umat”
tulisan Dr Muhammad Said Hawwa, pensyarah di Kuliah Syariah Qism Usuluddin, Mu’tah University, Jordan dan buku “"ةرصاعملا ىواتفلا بارطضا يف هرثأو ةعدبلا موھفم” tulisan Dr Abdul Ilah bin Husain Al Arfaj. Pada hemat saya, manhaj wasati yang cuba diterapkan oleh kedua-dua penulis ini amat menarik perhatian dan perlu diperhalusi oleh semua umat Islam di Malaysia khususnya para asatizah dan penceramah. Bid’ah bukan isu yang memecah belahkan perpaduan masyarakat Islam, bahkan jika ia difahami dengan baik ia akan menyatukan mereka walau pun wujud perselisihan pendapat dalam menentukan sesuatu amalan itu bid’ah atau tidak. Jika umat Islam memahami bid’ah menurut kaedah dan disiplin ilmu seperti yang digariskan oleh penulis bid’ah bukan penyebab berlakunya tuduh menuduh, gelar menggelar, fitnah memfitnah dan label melabel sesama umat Islam.
Melalui buku kecil ini, saya dan Al Fadzil Ustaz Ahmad Husam bin Dato’ Muhamad Baderudin cuba menyampaikan sebahagian kandungan risalah tulisan Dr Muhammad bin Said Hawwa dan Dr Abdul Ilah bin Husain Al Arfaj agar ianya dapat dimanfaatkan oleh umat Islam demi perpaduan Islam yang amat dituntut oleh agama.
Abdullah bin Din 11 Disember 2014
2 Air longkang yang keluar dari bahagian dapur.
9
No 13 Batu 11 Jalan Sungai Petani 06800 Kota Sarang Semut, Kedah Darulaman.
[email protected] No hp: 019-8813100
10 Kata Aluan
Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi
ُﷲا ﺎَﻧاَﺪَﻫ ْنأ ﻻْﻮَﻟ َيِﺪَﺘْﻬَـﻨِﻟ ﺎﻨُﻛﺎَﻣَو اﺬﻬِﻟ ﺎَﻧاَﺪَﻫ يﺬﻟا ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟا
ﻩاَﺪُﻬِﺑ ىَﺪَﺘْﻫا ْﻦَﻣَو ِﻪِﺒْﺤَﺻَو ِﻪِﻟآ ﻰَﻠَﻋَو ..ِﷲا ِﻖْﻠَﺧ ِﺮْﻴَﺧ ٍﺪﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧِﺪﻴَﺳ ﻰﻠَﻋ ﺎًﻣﻼَﺳَو ًةﻼَﺻَو
yukur ke hadrat Allah SWT atas usaha yang dilakukan oleh Al Fadzil Ustaz Abdullah Din dan Ustaz Ahmad Husam bin Dato’ Baderudin menerbitkan buku kecil bertajuk “Fahami Bid’ah Jauhi Perpecahan” ini.
Benar kata Nabi SAW 1400 tahun yang lalu:
ﺮﻴِﺜَﻛ ًﺎﻓ َﻼِﺘْﺧا ىَﺮَـﻴَﺴَﻓ يِﺪْﻌَـﺑ ْﻢُﻜْﻨِﻣ ْﺶِﻌَﻳ ْﻦَﻣ ُﻪﻧﺈَﻓ ًا
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepas (kewafatan) aku dia akan melihat banyak perselisihan. (Riwayat Tirmizi)
Sekadar berbeza pandangan dalam sesuatu persoalan bukan perkara yang tercela pada pandangan syarak. Para ulamak sejak dari zaman sahabat telah berbeza pendapat dalam pelbagai persoalan hukum. Bermula dari persoalan menentukan sumber hukum hinggalah kepada perkara-perkara juz’iyyat yang kecil dalam hukum fekah. Sesiapa yang berkesempatan mempelajari ilmu usul fiqh akan mendapati sebahagian ulamak menerima sumber hukum tertentu dan sebahagiannya menolak seperti Istihsan, masalih mursalah, a’mal ahli madinah, hadis dhaif, mursal dan sebagainya. Dalam perbahasan ilmu fiqh, perbezaan pendapat bukan hanya berlaku antara mazhab yang berlainan bahkan perkara ini juga didapati dalam mazhab yang sama. Meraikan kepelbagaian pandangan adalah sikap yang seharusnya dipupuk dalam masyarakat selaras dengan kehendak Islam. Para ulamak memberikan garis panduan yang jelas dalam perkara ini. Tidak semua perbezaan pandangan perlu dibantah.
ﻪﻴِﻓ ُﻒَﻠَـﺘْﺨُﻤْﻟا ُﺮَﻜْﻨُـﻳ َﻻَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻊَﻤْﺠُﻤْﻟا ُﺮَﻜْﻨُـﻳ ﺎَﻤﻧإو
Maksudnya: Yang perlu dibantah ialah perkara yang disepakati dan jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha’. (Al Asybah Wan Naza’ir – As Suyuti)
Berbalah sesama sendiri dan memperbesar-besarkan perkara khilafiah dan furuk perlu dijauhi oleh umat Islam. Lebih-lebih lagi sehingga ke peringkat menuduh orang lain fasiq, ahli bid’ah, khurafat akan membawa kepada kehancuran tamadun Islam. Apa yang penting ialah umat Islam perlu berganding bahu menegakkan syariat Allah SWT yang semakin jauh dari kehidupan umat. Maksiat, kemungkaran dan bid’ah yang jelas di hadapan mata seperti menolak perlaksanaan syariat Islam,
S
11
membataskan Islam hanya di bahagian-bahagian tertentu sahaja, Islam liberal, Pluralisme agama dll perlu ditentang oleh seluruh umat Islam.
Saya doakan semoga usaha dan murni penulis melalui buku kecil ini akan menjadi amal soleh yang berkekalan dan dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.
Prof Madya Dr Abdul Aziz bin Hanafi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darulaman
19 Disember 2014
12
Kata Aluan
Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
ﻪﺗﺎﻛﺮﺑو ﷲا ﺔﻤﺣرو ﻢﻜﻴﻠﻋ مﻼﺴﻟا
ﻦﻴﻌﻤﺟأ ﻪﺒﺤﺻو ﻪﻟآ ﻰﻠﻋو ﷲا لﻮﺳر ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﺤﻟا
ahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Abdullah Din dan Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderuddin kerana berjaya menerbitkan buku ini. Sekilas pandang terhadap tajuk buku ini, “Fahami Bid'ah Jauhi Perpecahan” menggambarkan hasrat murni penulis tentang keperluan umat Islam mengelakkan sebarang anasir yang boleh menggugat teras kekuatan umat Islam.
Segala usaha perlu dilakukan untuk menyatu padukan wehdatul fikr dan amal yang kian tergugat dan tersasar hari demi hari.
Menyentuh soal bid'ah yang merupakan tajuk perbincangan buku ini, umat Islam amat perlu memahami pengertiannya yang sebenar. Jika tidak, mereka mungkin terjebak melakukan dosa besar yang amat disukai iblis seperti kata Sufyan At Tsauri rah.
ﺎَﻬْـﻨِﻣ ُبﺎَﺘُـﻳ َﻻ ُﺔَﻋْﺪِﺒْﻟاَو ،ﺎَﻬْـﻨِﻣ ُبﺎَﺘُـﻳ ُﺔَﻴِﺼْﻌَﻤﻟا ، ِﺔَﻴِﺼْﻌَﻤْﻟا َﻦِﻣ َﺲْﻴِﻠْﺑإ ﻰَﻟإ ﺐَﺣَأ ُﺔَﻋْﺪِﺒﻟا
Maksudnya: Perbuatan bid’ah lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan, orang yang melakukan perbuatan maksiat akan bertaubat daripadanya sedangkan orang yang melakukan perbuatan bid’ah tidak akan bertaubat daripadanya.
Tetapi awas, tersalah memahaminya juga amat besar implikasinya. Isu mentabdi’ dan mentafsiq umat Islam yang kononnya mengamalkan bid'ah merupakan bukti bahaya persoalan ini. Kesannya umat Islam akan membuang masa dan tenaga seterusnya bertelagah sesama sendiri dalam isu remeh temeh.
Nikmat masa yang sepatutnya diarahkan kepada pembinaan negara bangsa dan ketamadunan ummah lebur begitu sahaja. Usaha dan tenaga yang sewajarnya ditumpukan kepada perkara-perkara yang lebih utama dan penting tidak dapat dimanfaatkan. Kesannya ramai di kalangan anak bangsa buta agama, sains dan teknologi bahkan mungkin tanah air dikuasai musuh Islam.
Kepada guru-guru pendidikan Islam (GPI), anda adalah harapan umat Islam khususnya generasi pelajar di seluruh tanah air. Jika GPI mengusai topik ini dengan baik serta mampu memberi penerangan yang jelas dan terang kepada warga pelajar dan masyarakat awam, insyaAllah bibit-bibit perbalahan dan perpecahan dapat dipadamkan. Bahkan isu apa pun yang timbul ia akan dapat diatasi dengan berkesan jika GPI berjaya memainkan peranan mereka masing-masing dengan berkesan.
Besar harapan saya buku kecil ini dapat membantu para GPI di seluruh negara memahami persoalan bid'ah berdasarkan neraca dan disiplin ilmu yang telah digariskan oleh para ulamak seterusnya menjadi agen perubah kepada masyarakat Islam di negara kita yang tercinta.
Kepada semua pembaca, renungilah firman Allah SWT:
T
13
َﺄَﻓ ًءاَﺪْﻋَأ ْﻢُﺘْﻨُﻛ ْذِإ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ِﻪﻠﻟا َﺖَﻤْﻌِﻧ اوُﺮُﻛْذاَو اﻮُﻗﺮَﻔَـﺗ َﻻَو ﺎًﻌﻴِﻤَﺟ ِﻪﻠﻟا ِﻞْﺒَﺤِﺑ اﻮُﻤِﺼَﺘْﻋاَو ِﻪِﺘَﻤْﻌِﻨِﺑ ْﻢُﺘْﺤَﺒْﺻَﺄَﻓ ْﻢُﻜِﺑﻮُﻠُـﻗ َﻦْﻴَـﺑ َﻒﻟ
ِﻣ ٍةَﺮْﻔُﺣ ﺎَﻔَﺷ ٰﻰَﻠَﻋ ْﻢُﺘْﻨُﻛَو ﺎًﻧاَﻮْﺧِإ َنوُﺪَﺘْﻬَـﺗ ْﻢُﻜﻠَﻌَﻟ ِﻪِﺗﺎَﻳآ ْﻢُﻜَﻟ ُﻪﻠﻟا ُﻦﻴَـﺒُـﻳ َﻚِﻟَٰﺬَﻛ ﺎَﻬْـﻨِﻣ ْﻢُﻛَﺬَﻘْـﻧَﺄَﻓ ِرﺎﻨﻟا َﻦ
Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh- musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali Imran:103)
Tuan Hj Mohamad Zaki bin Husin Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Negeri Kedah
23 hb Disember 2014
14
Kata Aluan
Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia Kedah
ﻪﺗﺎﻛﺮﺑو ﷲا ﺔﲪرو ﻢﻜﻴﻠﻋ مﻼﺴﻟا
ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﺤﻟا ﻦﻴﻌﻤﺟأ ﻪﺒﺤﺻو ﻪﻟآ ﻰﻠﻋو ﷲا لﻮﺳر
opik bid’ah telah menjadi polemik berpanjangan dan seakan tiada titik noktahnya yang melatari kehidupan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya masyarakat awam di Malaysia.
Polemik ini amat mengganggu kehidupan beragama masyarakat dengan persoalan yang belum pasti kebenaran jawapannya. Ditambah pula terdapat usaha-usaha yang agresif dan aktif dengan pendekatan yang agak keras memerangi perkara bid’ah ini. Disamping itu wujud juga usaha-usaha melalui gerakan tertentu menentang kumpulan yang pertama di atas.
Maka situasi ini memberi natijah yang negatif terhadap masyarakat dengan ketidak harmonian dalam pengamalan agama, perbalahan yang tidak berkesudahan, mewujudkan jarak persaudaraan sesama komuniti muslim dan lebih malang lagi apabila sebahagian masyarakat semakin hilang selera menjalani kehidupan beragama lalu memilih ajaran-ajaran sesat yang lebih mudah, senang dan menyeronokkan. Situasi ini juga mewujudkan kebimbangan masyarakat terhadap golongan yang sering mendampingi mereka daripada agamawan, para ustaz, para pensyarah, para pendakwah dan seumpamanya akan hilang watak sebenar mereka sebagai pendidik dan pembimbing masyarakat sebagaimana Rasulullah SAW malah watak ketara yang kelihatan lebih cenderung kepada watak penghukum. Apa yang berlaku ini mengajak kita mencari penyelesaian terbaik dalam menangani topik bid’ah ini yang mampu menjadi panduan kepada masyarakat akan pengertian bid'ah seterusnya bagaimana berintraksi dengan perkara atau amalan yang dikatakan bid'ah.
Maka ABIM Kedah amat berkeyakinan bahawa penerbitan buku kecil “Fahami Bid’ah Jauhi Perpecahan” ini mampu memberi panduan terbaik dalam merungkai persoalan bid’ah.Semoga usaha murni ini dapat memberi pencerahan yang terbaik tentang bid’ah dan memberi impak yang positif ke arah mewujudkan komuniti muslim yang harmoni, bertoleransi, hormat menghormati dan berkasih sayang. Doa dan harapan daripada kami agar usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
ﺔﻣﺎﻴﻘﻟا مﻮﻳ ﻰﻟإ ﻩﺮﺟأ ﻪﻟ نﺎﻛ ىﺪﻫ ﻰﻟإ ﺎﻋد ﻦﻣ
Zul Azri bin Mohd Sani 18 Disember 2014
T
15
Apa Kata Ulamak Tentang Bid’ah?
Bahaya Amalan Bid’ah Bahaya Amalan Bid’ah Bahaya Amalan Bid’ah Bahaya Amalan Bid’ah
l Hafiz Jalaluddin As Suyuti menukilkan melalui kitabnya Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu An Al Ibtida’3 sejumlah kata-kata salafussoleh tentang bahaya bid’ah. Antaranya:
Abdullah bin Abbas ra berkata:
ْـﺑأ َﻐ ّنإ َﺾ ُﻣﻷا ِرﻮ ِﷲا ﻰﻟإ ِﺒﻟا ُع َﺪ
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah amalan-amalan bid’ah.
Sufian At Tsauri berkata:
َﺲْﻴِﻠْﺑإ ﻰَﻟإ ﺐَﺣَأ ُﺔَﻋْﺪِﺒﻟا ْﺪِﺒْﻟاَو ،ﺎَﻬْـﻨِﻣ ُبﺎَﺘُـﻳ ُﺔَﻴِﺼْﻌَﻤﻟا ، ِﺔَﻴِﺼْﻌَﻤْﻟا َﻦِﻣ
ﺎَﻬْـﻨِﻣ ُبﺎَﺘُـﻳ َﻻ ُﺔَﻋ
Maksudnya: Perbuatan bid’ah lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan, orang yang melakukan perbuatan maksiat akan bertaubat daripadanya sedangkan orang yang melakukan perbuatan bid’ah tidak akan bertaubat daripadanya.
Sufian berkata lagi:
َﻣ ْﻦ َﺳ َﻊ ِﻤ ْﻦ ِﻣ ُﻣ ْﺒ َﺘ ٍع ِﺪ ْﻢ َﻟ َـﻳ ْـﻨ َﻔ ْﻌ ُﷲا ُﻪ َﻤ ِﺑ َﺳ ﺎ َﻊ ِﻤ َو َﻣ ْﻦ َﺻ َﺤ َﻓﺎ ُﻪ َـﻓ َﻘ َـﻧ َﻘ ْﺪ َﺾ ْﺳﻹا َم َﻼ ُﻋ ْﺮ َو ًة ْﺮ َو ُﻋ ًة
Maksudnya: Sesiapa yang mendengar ucapan pelaku bid’ah, Allah SWT tidak memberikan kepadanya sebarang manfaat, sesiapa yang berjabat tangan dengannya maka dia telah merungkaikan ikatan Islam satu demi satu.
Hasan Al Basri berkata:
َـﻳ ﻻ ْﻘ َﺒ ُﻞ ُﷲا َﺼ ِﻟ ِﺣﺎ ِﺐ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ َﺻ ْﻮ َو ًﺎﻣ َﺻ ﻻ َو ًةﻼ َﺣ ﻻ َو ﺎﺠ ُﻋ ﻻ ْﻤ َﺮ َﺣ ًة َﻳ ﻰﺘ َﻋ َﻬ َﺪ ﺎ
Maksudnya: Allah SWT tidak menerima bagi pengamal-pengamal bid’ah puasanya, solatnya, hajinya dan umrahnya sehinggalah dia meninggalkannya (amalan bid’ah yang dilakukannya).
Umar bin Abd Aziz berkata:
ْوأ ْﻴ ُﻜ ِﺻ ْﻢ ِﺑ َـﺘ ْﻘ َﻮ ِﷲا ى َو ْﻗﻻا َﺼ ِﺘ ِدﺎ ْﻣأ ﻲ ِﻓ ِﺮ ِﻩ َو ِعﺎﺒ ﺗا ْﻣأ َر ُﺳ ِﺮ َو ﷲا ِلﻮ َـﺗ ْﺮ َﻣﺎ ِك ْﺣأ َﺪ ُﻤﻟا َث ْﺤ ِﺪ ُﺛ َـﺑ ْﻌ َنﻮ َﺪﻩ
Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah, mematuhi perintahNya, mengikut perintah rasulullah SAW dan meninggalkan apa yang diada-adakan oleh pereka selepasnya.
3 Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu An Al Ibtida’, As Suyuti 57-76
A
16 Ibnu Umar berkata:
ﻞ ُﻛ ِﺑ ْﺪ َﻋ ٍﺔ َﺿ ٌﺔ َﻟﻼ َو َر ْنإ ﻨﻟا ﺎﻫآ ُسﺎ ًﺔﻨﺴَﺣ
Maksudnya: Setiap bid’ah adalah sesat sekalipun dilihat baik oleh orang ramai.
Muhammad bin Aslam berkata:
َﻣ ْﻦ َو َﺮ ـﻗ َﺻ َﺐ ِﺣﺎ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ َـﻓ َﻘ ْﺪ َﻋأ َﻋ َنﺎ َﻫ ﻰﻠ ْﺪ ِم ْﺳﻹا ِمﻼ
Maksudnya: Sesiapa yang menghormati pembuat bid’ah dia telah membantu memusnahkan Islam.
Fudail bin Iyad berkata:
َﻣ ْﻦ َﺟ َﻠ َﺲ َﻟإ َﺻ ﻰ ِﺣﺎ ِﺐ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ ْﺣأ َﺒ ُﷲا َﻂ َﻤ َﻠ َﻋ َو ُﻪ َﺮ ْﺧأ َج ُـﻧ ْﻮ َر ْﻳﻹا َﻤ ِنﺎ ْوأ – َﻗ ْﺳﻹا َلﺎ ِمﻼ – ْﻦ ِﻣ َـﻗ ْﻠ ِﺒ ِﻪ
Maksudnya: Sesiapa yang duduk di sisi pembuat bid’ah Allah SWT menggugurkan amalannya dan mengeluarkan nur iman dari hatinya (atau Islamnya).
Fudail berkata lagi:
َر ا َذإ ْﻳأ ُﻣ ْﺒ َﺖ َﺘ ِﺪ ًﺎﻋ َﻃ ﻲ ِﻓ ِﺮ ْﻳ َﻓ ٍﻖ ُﺨ ْﺬ َﻃ ﻲ ِﻓ ِﺮ َﺧآ ٍﻖﻳ َﺮ َو ُـﻳ ﻻ ْﺮ َﻓ ُﻊ َﺼ ِﻟ ِﺣﺎ ِﺐ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ ِﷲا ﻰﻟإ َﻤ َﻋ ٌﻞ َو َﻣ ْﻦ َﻋأ َﺻ َنﺎ َﺐ ِﺣﺎ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ َـﻓ َﻘ ْﺪ َنﺎَﻋأ
ْﺪَﻫ ﻰﻠَﻋ ِمﻼْﺳﻹا ِم
Maksudnya: Apabila kamu melihat seorang pembuat bid’ah melalui satu jalan maka ambillah jalan lain, amalan yang dilakukan oleh pembuat bid’ah tidak diangkat kepada Allah SWT, sesiapa yang membantu pembuat bid’ah maka dia sebenarnya membantu memusnahkan Islam.
Imam Malik berkata:
َﻣ ْﻦ ْـﺑا َﺘ َع َﺪ ِﻓ ِمﻼﺳﻹا ﻲ ْﺪ ِﺑ
َﻋ ًﺔ َﻳ َﺣ ﺎﻫاﺮ َﺴ َﻨ ًﺔ َـﻓ ًﻘ َز َﻋ ْﺪ َﻢ ُﻣ نأ ًاﺪﻤﺤ َﺧ َنﺎ ﺮﻟا َﺳ َﺔ َﻟﺎ ْﺳاو . َﺘ َﺪ َﻋ ل َذ ﻰ َﻠ َﻚ ِﻟ َﻘ ْﻮ ِﺑ
ِﻟ ِﻪ َﺗ ﻰﻟﺎﻌ َمْﻮَـﻴْﻟا :
ﻲِﺘَﻤْﻌِﻧ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ُﺖْﻤَﻤْﺗَأَو ْﻢُﻜَﻨﻳِد ْﻢُﻜَﻟ ُﺖْﻠَﻤْﻛَأ َو َﻗ
َلﺎ َﻓ َﻤ : َﻟ ﺎ ْﻢ َﻳ ُﻜ ْﻦ َـﻳ ْﻮ َﻣ ِﺌ ٍﺬ َـﻓ ًﺎﻨﻳ ِد ْﻦ َﻠ َﻳ ُﻜ ْﻮ َن َـﻴﻟا ْﻮ َم ْﻳ ًﺎﻨ ِد .
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengadakan perkara bid’ah dan dia merasakannya baik maka sesungguhnya dia telah menyangka Nabi Muhammad SAW telah mengkhianati risalah. Lalu beliau berdalilkan dengan ayat yang mermaksud: Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan aku sempurnakan kepada kamu nikmatku (Al Maidah: 3) Imam Malik berkata lagi: Apa-apa yang pada hari itu bukan ajaran agama maka pada hari ini ia bukan agama.
Isu-Isu Yang Sering Diperdebatkan Adakah Bid’ah Atau Tidak
i negara kita terdapat banyak amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam dianggap bid’ah oleh sebahagian para alim ulamak. Golongan ini selalunya digelar dengan WAHABI atau SALAFI. Pandangan seumpama ini ditentang oleh sebahagian para ulamak yang lain.
Antaranya ialah:
i. Amalan membaca tahlil arwah sama ada pada hari-hari awal kematian atau pada masa yang lain.
D
17 ii. Mengadakan kenduri arwah.
iii. Bacaan talqin selepas jenazah dikebumikan.
iv. Amalan membaca yasin pada setiap malam jumaat di surau dan masjid.
v. Solat hajat berjemaah setiap kali tiba musim peperiksaan.
vi. Kaifiat solat Terawih yang diselang seli dengan selawat, zikir dan doa.
vii. Membaca doa awal tahun dan akhir tahun setiap kali tiba tahun hijrah.
viii. Amalan membaca yasin 3 kali pada malam Nisfu Syaaban.
ix. Amalan berzikir berjemaah selepas setiap kali solat fardu.
x. Doa selepas solat fardu sama ada sendirian atau berjemaah.
xi. Mengadakan sambutan maulid nabi setiap kali tiba 12hb Rabiul Awal.
xii. Membuat bubur Asyura pada 10 hb Muharram.
xiii. Melafazkan niat ketika memulakan solat.
xiv. Penambahan lafaz SAIDINA pada nama Nabi Muhammad SAW.
xv. Menambah lafaz zikir-zikir yang ma’tsur.
xvi. Kepelbagaian lafaz selawat (tafrijiah, nariah, syifa’ dll) xvii. Bacaan zikir khusus selepas solat jumaat.
xviii. Membaca Al Quran di kubur.
xix. Bersalaman selepas solat khususnya solat asar dan subuh.
xx. Qunut solat subuh
xxi. Solat Terawih melebihi 8 rakaat.
xxii. Puasa tiga bulan berturut-turut pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
xxiii. Amalan Marhaban dan Berzanji
xxiv. Adakah penetapan waktu IMSAK bid’ah?
Fatwa-fatwa ulamak tentang bid’ah i. Menyapu muka selepas salam.
ii. Menggunakan tasbih untuk berzikir.
iii. Mengerjakan umrah berulang kali dalam satu ziarah.
iv. Membuat garisan saf dengan menggunakan tali bertujuan menyamakan saf solat jamaah.
v. Membaca fatihah beramai-ramai setiap kali perhimpunan.
vi. Berdoa selepas solat dengan mengangkat tangan.
vii. Muazzin menguatkan suara ketika membaca selawat selepas azan.
viii. Doa khatam Al Quran dalam solat Terawih pada bulan Ramadan.
ix. Mencium mushaf Al Quran selepas membacanya.
x. Mengadakan qiamullail secara berjemaah pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
18
Bab 1 Definisi Bid’ah Definisi Bid’ah Definisi Bid’ah Definisi Bid’ah
Bid’ah pada bahasa
erkataan bid’ah (ةعدب) pada bahasa arab bermaksud sesuatu yang baharu.
ﻲﻓو ِﻟ ِنﺎﺴ َﻌﻟا َﺮ َﺪﺑ ": ِب َءﻲﺸﻟا َع ِﺑ ُﻪُﻋَﺪْﺒَـﻳ ْـﺑاو ﺎًﻋْﺪ َﺘ َﺪ َﻋ ُﻪ ْﻧأ : ُﻩﺄ َﺸ َو َﺑ ُﻩأ َﺪ
Maksudnya: هعدبي ءيشلا عدب Mencipta dan memulakan sesuatu
ْﺑأو َﺪ ْﻋ ُﺖ ﺸﻟا ْﻲ َء ْﺧا : َـﺘ َﺮ ْﻋ ُﺘ ُﻪ َﻋ َﻻ َﻠ ِﻣ ﻰ َﺜ ٍلﺎ
Maksudnya: ءيشلا تعدبأو maksudnya “saya menciptanya tanpa ada contoh”.4
Oleh yang demikian, apa sahaja perbuatan, perkataan atau amalan baharu yang dilakukan dinamakan bid’ah dari sudut bahasa Arab.
Bid’ah pada istilah.
Adakah hanya Imam Syatibi?
Para ulamak Islam sepakat bahawa bid’ah adalah perkara yang dilarang dalam syarak dan wajib dibanteras sekiranya berlaku dan diamalkan oleh mana-mana individu atau kumpulan umat Islam.
Oleh itu, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menentukan apakah yang dikatakan bid’ah berdasarkan dalil-dalil tertentu sama ada dari Al Quran, hadis dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak sepakat dalam mendefinisikan maksud bid’ah. Ada perkara yang disifatkan sebagai bid’ah oleh seorang ulamak, tetapi ianya dianggap harus oleh ulamak yang lain. Ini kerana persoalan ini termasuk dalam perkara ijtihad. Mujtahid yang ijtihadnya tepat akan diberikan dua pahala dan yang kurang tepat akan mendapat satu pahala sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
ْﻦ َﻋ َﻋ ْﻤ ْﺑ وﺮ َﻌﻟا ِﻦ صﺎ ﻧأ َﺳ ُﻪ َﻊ ِﻤ َر ُﺳ َلﻮ َﺻ ِﷲا َـﻳ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠ ُﻘ
َﺣ اذإ ُلﻮ َﻢ َﻜ ِﻛﺎﺤﻟا ُﻢ ْﺟﺎﻓ َـﺘ َﻬ َﺪ ُﺛ ﻢ َبﺎﺻأ ُﻪ َﻠﻓ ْﺟأ ِناﺮ اذإو
َﺣ َﻢ َﻜ َﺪﻬﺘﺟﺎﻓ ُﺛ ْﺧأ ﻢ َـﻓ َﺄﻄ َﻠ ُﻪ ٌﺮ ْﺟأ يرﺎﺨﺒﻟا ﻩاور
Maksudnya: Daripada Amru bin Al As, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang hakim memutuskan sesuatu hukum, dia berijtihad lalu ijtihadnya betul dia akan memperoleh dua pahala dan apabila dia memutuskan satu hukum, dia berijtihad lalu ijtihadnya salah dia memperoleh satu pahala.
Riwayat Bukhari5
Di negara kita wujud golongan yang mendakwa sebagai pengikut salaf. Mereka mendakwa amalan- amalan tradisi masyarakat Islam seperti sambutan maulid nabi, tahlil, talqin selepas pengkebumian,
4 Lisanul Lisan, 1/69
5 Sahih Bukhari No 6919
P
19
membaca Yasin pada malam jumaat, membaca Usalli dan sebagainya termasuk dalam kategori bid’ah yang terlarang kerana semua perkara baharu yang tidak diamalkan di zaman nabi adalah bid’ah, setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya adalah neraka Allah SWT. Bagi mereka, penentu sesuatu amalan itu bid’ah atau pun tidak ialah adakah ianya diamalkan oleh nabi SAW atau pun tidak?
Jika sesuatu amalan agama itu tidak terdapat bukti sahih ianya dilakukan oleh Rasulullah SAW maka ianya adalah bid’ah. Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda:
َﻦَﺴْﺣَأ نإ ْﻟا ﺮَﺷَو ٍﺪﻤَﺤُﻣ ُيْﺪَﻫ ِيْﺪَﻬ ﻞُﻛَو ٌﺔَﻟ َﻼَﺿ ٍﺔَﻋْﺪِﺑ ﻞُﻛَو ٌﺔَﻋْﺪِﺑ ٍﺔَﺛَﺪْﺤُﻣ ﻞُﻛَو ﺎَﻬُـﺗﺎَﺛَﺪْﺤُﻣ ِرﻮُﻣُْﻷ ا
ِرﺎﻨﻟا ﻲِﻓ ٍﺔَﻟ َﻼَﺿ
Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk itu ialah petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara itu ialah perkara baharu yang diada-adakan, setiap perkara baharu itu bid’ah, setiap bid’ah itu sesat, setiap yang sesat tempatnya di neraka.
(Muslim, Abu Daud, Tirmizi)
Sesuatu amalan itu dianggap bid’ah jika tidak diamalkan di zaman Nabi SAW
Bagi mereka, agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah sempurna dengan turunnya ayat 3 surah Al Maidah yang berbunyi:
ﺎًﻨﻳِد َمﻼْﺳ ْﻹا ُﻢُﻜَﻟ ُﺖﻴِﺿَرَو ﻲِﺘَﻤْﻌِﻧ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ُﺖْﻤَﻤْﺗَأَو ْﻢُﻜَﻨﻳِد ْﻢُﻜَﻟ ُﺖْﻠَﻤْﻛَأ َمْﻮَـﻴْﻟا
Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Al Maidah: 3
Antara definisi yang mereka rujuk ialah pandangan Imam Syatibi6 dalam perkara ini.
َﻓ ِﺒﻟﺎ َﻋ ُﺔ ْﺪ ْنذإ ٌةرﺎﺒ ِﻋ ْﻦ َﻋ
ِﺮ َﻃ َﻘﻳ ٍﺔ ِﻓ ﺪﻟا ﻲ ُﻣ ِﻦﻳ َـﺘ َﺮ ْﺨ َﻋ ٍﺔ ُﺗ ، َﻀ ِﻫﺎ ﺸﻟا ﻲ ْﺮ ِﻋ ّﻴ َﺔ ُـﻳ ْﻘ َﺼ ُﺪ ﺴﻟﺎ ِﺑ ُﻠ َﻋ ِكﻮ َﻠ ْـﻴ ُﻤﻟا ﺎ َﻬ َﺒ َﻟﺎ َﻐ ُﺔ ـﺘﻟا ﻲ ِﻓ َﻌ ﺒ ِﻟ ّﻠ ِﺪ ُﺳ ِﻪ َﻧﺎﺤﺒ ُﻪ.
Maksudnya: Bid’ah adalah suatu cara di dalam agama (akidah dan ibadat) yang direka menyerupai syariat dan tujuan dilakukannya ialah untuk berlebih-lebih dalam beribadah kepada Allah ta’ala.7
6Ibrahim bin Musa As Syatibi. Seorang ulamak besar Ahli Sunnah Wal Jamaah kelahiran Andalus. Antara karangan beliau yang terkenal ialah kitab Al Iktisam dan Al Muwafaqat. Meninggal pada tahun 790H. Menariknya beliau adalah ulamak Asyairah. Banyak pandangannya dalam perkara akidah menunjukkan beliau bermazhab Asyairah contohnya dalam persoalan takwil ayat-ayat sifat, rukyatullah dsbnya. Golongan yang melabel diri mereka sebagai salafi seterusnya menghukum Asyairah sebagai bukan Ahli Sunnah dan amalan-amalan tradisi umat Islam di Malaysia sebagai bid’ah terlupa tentang status akidah Imam Syatibi.
7 Al Iktisam, As Syatibi 1/48
20
Maksud perkataan “menyerupai syariat” ialah ianya menyerupai ajaran yang diajarkan oleh syariat.
Untuk menjelaskan lagi definisi yang diberikan oleh Imam Syatibi di atas, lihat contoh-contoh berikut:
1- Sambutan Maulid: Amalan ini dianggap bid’ah kerana tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
2- Menetapkan doa tertentu untuk pemimpin negara dalam khutbah solat jumaat. Imam Syatibi menganggap amalan ini sebagai bid’ah.
3- Zikir berjemaah selepas solat. Imam Syatibi menganggapnya sebagai bid’ah.
4- Selawat dan zikir antara rakaat solat Terawih: Selain ianya perkara baharu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, ianya tepat sekali seperti yang ditakrifkan oleh Imam Syatibi. Kaifiat yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia ketika menunaikan solat Terawih yang diselang seli dengan selawat, zikir dan doa adalah “satu cara”
yang direka seolah-olah ianya kaifiat yang diajar dan dipraktikkan di zaman Rasulullah SAW, sedangkan ianya adalah rekaan para ulamak di Malaysia. Begitulah juga amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun hijrah, amalan membaca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban, kaifiat tahlil arwah dll.
Ada benarnya juga pandangan golongan ini. Maka atas keyakinan terhadap pandangan Imam Syatibi dan disokong pula oleh ulamak-ulamak yang cenderung memilih pandangan ini khususnya ulamak dari Arab Saudi seperti Ibn Baz, Ibn Usaimain, Soleh Fauzan dan lain-lain, berlakukah fitnah tuduh menuduh dalam kalangan masyarakat Islam. Golongan ini menganggap semua umat Islam yang tidak menerima pandangan dan ijtihad Imam Syatibi dalam persoalan bid’ah ini sebagai عدتبم (Mubtadi’) iaitu pengamal bid’ah. Semua mubtadi’ dihukum sesat, orang yang sesat tempatnya di neraka Allah SWT.
Persoalannya, adakah hanya Imam Syatibi sahaja ulamak yang telah berijtihad dan memberikan definisi tentang bid’ah? Tidak! Ramai lagi ulamak Islam selain Imam Syatibi yang telah mendefinisikan bid’ah yang perlu dirujuk sebelum kita menghukum sesuatu amalan itu bid’ah atau sebaliknya. 8
Antara ulamak yang mendefinisikan bid’ah ialah:
Imam Syafie rah. (150H-204H)
َﻗ ُﺔﻋﺪﺒﻟا " ﻲﻌﻓﺎﺸﻟا َلﺎ ْﺪﺑ
ِنﺎﺘﻋ َﻣ : ُﻤ ْﺤ َدﻮ َو َﻣ ٌة ُﻣ ْﻮ ْﺬ َﻣ ٌﺔ َﻤﻓ ، َﻓاو ﺎ َﻖ ﺴﻟا َﺔﻨ َـﻓ ُﻬ َﻮ َﻣ ُﻤ ْﺤ ٌدﻮ َﻟﺎﺧ ﺎﻣو َﻔ َﻬ َﻣ ﻮﻬﻓ ﺎ ُﻣ ْﺬ ٌمﻮ ْﺧأ "
َﺮ َﺟ ُﻪ ُـﻧ ﻮﺑأ َﻌ ﻢﻴ
ِﺑ َﻤ ْﻌ ُﻩﺎﻨ ْﻦ ِﻣ
ِﺮ َﻃ ْﺑإ ِﻖﻳ َﻢﻴﻫاﺮ ُﺠﻟا ِﻦﺑ
َﻨ َﻋ ِﺪﻴ ِﻓﺎﺸﻟا ﻦ ِﻌ ﻲ
8 Dr Abdul Ilah bin Hussein Al Arfaj memalui bukunya “Mafhum al Bida’” mengulas pandangan Imam Syatibi dan berpendapat bahawa pandangan yang mengatakan Imam Syatibi menyokong pendapat golongan salafi yang menyempitkan makna bid’ah adalah tidak tepat. Sebaliknya Imam Syatibi sebenarnya bersama jumhur menyatakan bid’ah ialah perkara baharu yang bercanggah dengan asas-asas syarak. Rujuk buku beliau di ms 101-104.
21
Maksudnya: Bid’ah itu ada dua jenis: bid’ah yang terpuji dan bid’ah yang tercela. Apa-apa yang selari dengan sunnah maka ianya bid’ah yang terpuji dan apa-apa yang bercanggah dengan sunnah ianya tercela.9
َﻗ َلﺎ ُﻊﻴﺑﺮﻟا َـﻳ ُﻘ ُلﻮ ﺸﻟا ِﻓﺎ ِﻌ ُﻤﻟا " ﻲ ْﺤ َﺪ ُتﺎﺛ ْﺮ َﺿ ِنﺎﺑ ْﺣأ ﺎﻣ َث ِﺪ ُﻳ ِﻟﺎﺨ ُﻒ ًﺎﺑﺎﺘ ِﻛ ْوأ ُﺳ ﻨ ْوأ ًﺔ َﺛأ ًاﺮ ْوأ ْﺟإ ًﺎﻋﺎﻤ َـﻓ َﻬ ِﺬ ُﺔﻋﺪﺑ ﻩ ﻀﻟا ِلﻼ ،
ْﺣأ ﺎﻣو َث ِﺪ ِﻣ ِﺮﻴﺨﻟا ﻦ ُﻳ ﻻ َﺨ ُﻒ ِﻟﺎ ًﺎﺌﻴﺷ ْﻦ ِﻣ ُﻣ ﻩﺬﻬﻓ ﻚﻟذ َﺪﺤ
ٌﺔﺛ ْـﻴ ُﺮ َﻏ َﻣ ُﻣ ْﺬ َﻣﻮ ٍﺔ
"
Maksudnya: Ar Rabi’ berkata Imam Syafie berpendapat: “Perkara-perkara baharu terbahagi kepada dua bahagian. Perkara baharu yang bercanggah dengan kitab (Al Quran), sunnah, ijmak atau atsar, inilah yang dikatakan bid’ah yang sesat. Perkara yang diada-adakan yang baik yang tidak bercanggah dengan salah satu daripada perkara ini ianya adalah bid’ah yang tidak tercela.10
Perhatikan!
Imam Syafie rah. mensyaratkan sesuatu perkara itu hanya akan dianggap sebagai bid’ah yang sesat apabila memenuhi dua syarat:
1. Perkara baharu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat.
2. Perkara itu bercanggah dengan salah satu daripada empat perkara yang tersebut dalam definisi di atas.
Iz bin Abd Salam (577-660H)
ُﺔﻋﺪﺒﻟا ْﻌ ُﻞ ِﻓ َﻟ ﺎﻣ ْﻢ َـﻳ ْﻌ َﻬ ْﺪ َﻋ ﻲﻓ ْﺼ ِﺮ ِلﻮﺳر ِﻫو ,ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا َﻲ
ُﻣ ْـﻨ َﻘ َﻤ ٌﺔ ِﺴ ﻰﻟإ ٍﺔﻋﺪﺑ ِﺟاو ٍﺔﺒ ٍﺔﻋﺪﺑو ، ُﻣ َﺤ ﺮ َﻣ ٍﺔ ٍﺔﻋﺪﺑو ،
َﻣ ْﻨ َﺑوﺪ ٍﺔ ٍﺔﻋﺪﺑو ، َﻣ َﻫوﺮ ﻜ ٍﺔ ٍﺔﻋﺪﺑو ، ُﻣ ٍﺔﺣﺎﺒ َو ، ﻄﻟا ُﻖﻳ ِﺮ َﻣ ﻲﻓ ْﻌ ِﺮ ْنأ ﻚﻟذ ِﺔﻓ ُـﺗ ْﻌ َﺮ َض ُﺔﻋﺪﺒﻟا َﻋ َﻗ ﻰﻠ ِﻋاﻮ ِﺪ ﺸﻟا َﻌﻳﺮ ْنﺈﻓ : ِﺔ َد َﺧ َﻠ ْﺖ ﻲﻓ
ِﻋاﻮﻗ ِﺪ ِبﺎﺠﻳﻹا ِﺟاو ﻲﻬﻓ َﺒ ٌﺔ ْنإو ، َد َﺧ َﻠ ْﺖ ِﺪﻋاﻮﻗ ﻲﻓ ﺘﻟا
ْﺤ ِﺮ ُﻣ ﻲﻬﻓ ِﻢﻳ َﺤ ﺮ َﻣ ٌﺔ ْنإو ، َد َﺧ َﻠ ْﺖ َﻗ ﻲﻓ ِﻋاﻮ َﻤﻟا ِﺪ ْﻨ ُﺪ َﻣ ﻲﻬﻓ ِبو َﺑوﺪ ْﻨ ٌﺔ ،
ْنإو َد َﺧ َﻠ ْﺖ َﻗ ﻲﻓ ِﻋاﻮ َﻤﻟا ِﺪ ُﺮ ْﻜ َﻓ ِﻩو َﻲ ِﻬ َﻣ ْﻜ َﻫوﺮ ٌﺔ
Maksudnya: Bid’ah ialah sesuatu perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW dan ia terbahagi kepada bid’ah wajib, bid’ah haram, bid’ah sunat, bid’ah makruh dan bid’ah harus. Cara untuk menentukannya hendaklah dibandingkan dengan kaedah pengeluaran hukum syarak. Jika ianya termasuk dalam kaedah wajib maka hukum bid’ah itu wajib, jika ianya termasuk dalam kaedah haram maka hukumnya haram, jika sunat maka ianya sunat, jika ianya makruh maka ianya makruh dan jika harus maka hukumnya harus.11
Imam Nawawi rah. (631-676H)
ُﺔﻋﺪﺒﻟا ِﻓ ﺸﻟا ﻲ ْﺮ ِع ْﺣإ ُثاﺪ ْﻢﻟ ﺎ َﻣ َﻳ ْﻦ ُﻜ َﻋ ﻲﻓ ْﻬ ِﺪ ِلﻮﺳر َو (ص) ِﷲا
ُﻣ ﻲﻫ ْـﻨ َﻘ َﻤ ٌﺔ ِﺴ َﺣ ﻰﻟإ َﺴ َﻨ َو َﻗ ٍﺔ َﺤﻴﺒ ٍﺔ
9 Al Hilyah, Abu Nuaim 9/113, Jamik Ulum, Ibnu Rejab 2/131
10 Manaqib Syafie, Baihaqi 468/469, Jamik Ulum , Ibnu Rejab 2/131
11 Tahzib Asma’ Wal Lughat, Nawawi 3/22, Syarh Muslim 3/154-155
22
Maksudnya: Bid’ah pada syarak ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bid’ah hasanah dan bid’ah qabihah (bid’ah yang keji).
ُلﻮﻗ ﻨﻟا ﻲ ِﺒ َو" : ﻞ ُﻛ ْﺪ ِﺑ َﻋ ٍﺔ ٌﺔﻟﻼﺿ َﻫ "
َﻋ اﺬ َﻣ ٌمﺎ ُﺼ ْﺨ ُﻤﻟاو , ٌصﻮ ُداﺮ َﻏ ُﺐ ِﻟﺎ ِﺒﻟا َﺪ ِع َﻗ , ُﻌﻟا َلﺎ ُءﺎﻤﻠ ِﺒﻟا : َﻋ ُﺔ ْﺪ ْﻤ َﺧ َﺴ ُﺔ َﺴ ْﻗأ ٍمﺎ ِﺟاو : َﺒ ٌﺔ ,
َﻣو َﺑوﺪﻨ ُﻣو , ٌﺔ َﺤ ﺮ َﻣ َﻣو , ٌﺔ ٌﺔﻫوﺮ ْﻜ ُﻣو , َﺣﺎﺒ ٌﺔ
Maksudnya: Sabda Nabi SAW “Setiap bid’ah itu sesat” ianya adalah ungkapan umum yang dikhususkan, maksudnya ialah kebanyakan perkara bid’ah. Kata ulamak bid’ah itu terbahagi kepada lima bahagian : wajib, sunat, haram, makruh dan harus.12
Ibn al Atsir rah (555 -630H)
ُﺔﻋﺪﺒﻟا ِنﺎﺘﻋﺪﺑ ٌﺔﻋﺪﺑ ؛ ُﻫ َﺪ ٌﺔﻋﺪﺑو ى ٌﺔﻟﻼﺿ
َﻓ ، َﻤ َنﺎﻛ ﺎ ِﺧ ﻲﻓ َﻣ ِفﻼ َﻣأ ﺎ َﺮ َر ﻪ ِﺑ ُﺳ ُلﻮ َـﻓ ِﷲا ُﻬ َﻮ َﺣ ﻲ ِﻓ ﻴ ِﺰ ﺬﻟا َو م ْﻧﻹا َﻜ َو ، ِرﺎ َﻣ َﻛ ﺎ َنﺎ
َو ِﻗا َﺗ ًﺎﻌ ْﺤ ُﻋ َﺖ ِمﻮﻤ َﻣ َﻧ ﺎ َب َﺪ َو ﻪﻴﻟإ َﺣ َﻋ ﺾ َـﻓ ﻪﻴ َﻠ ُﻬ َﻮ َﺣ ﻲ ِﻓ ﻴ ِﺰ َﻤﻟا ْﺪ ِح
Maksudnya: Bid’ah itu terbahagi kepada dua bahagian: Bid’ah Huda dan Bid’ah Dhalalah. Sesuatu yang bercanggah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan rasulnya adalah termasuk dalam perkara yang dicela dan diingkari dan sesuatu yang termasuk di bawah dalil-dalil umum perkara yang disunatkan oleh Allah SWT dan digalakkan oleh Rasul SAW maka perkara itu termasuk dalam perkara yang dipuji.
Ibnu Al Atsir berkata lagi:
َو ُﺔﻋﺪﺒﻟا ُﺔﻨﺴﺤﻟا ِﺔﻘﻴﻘﺤﻟا ﻲﻓ ٌﺔ ﻨﺳ
َو ، َﻋ ﺘﻟا اﺬﻫ ﻰﻠ ِوﺄ
ُﻳ ِﻞﻳ َﻤ ْﺤ ُﻞ ُﺚﻳﺪﺣ ﻞﻛ"
ُﻣ ْﺤ َﺪ َﺛ ٌﺔﻋﺪﺑ ٍﺔ َﻋ "
َﻣ ﻰﻠ َﺧ ﺎ َﻒ َﻟﺎ ُﺻأ َلﻮ ﺸﻟا َﻌﻳﺮ َو َﻟ ِﺔ
ْﻢ ﻨ َﺔ ﺴﻟا ِﻖ ِﻓا ُـﻳ َﻮ
Maksudnya: Bid’ah hasanah pada hakikatnya ialah sunnah. Berdasarkan takwil inilah seharusnya difahami hadis “Setiap perkara baharu itu bid’ah” iaitu apa yang bercanggah dengan dalil-dalil syariat dan tidak menepati sunnah”.
Ibnu Hajar Al Asqalani (773-852H)
ُﺔَﻋْﺪِﺒْﻟاَو ﺸﻟا ﻲِﻓ ُﻖَﻠْﻄُﺗَو ، ٍﻖِﺑﺎَﺳ ٍلﺎَﺜِﻣ ِﺮْﻴَﻏ ﻰَﻠَﻋ َثِﺪْﺣُأ ﺎَﻣ ﺎَﻬُﻠْﺻَأ ْنِإ ﺎَﻬـﻧَأ ُﻖﻴِﻘْﺤﺘﻟاَو ، ًﺔَﻣﻮُﻣْﺬَﻣ ُنﻮُﻜَﺘَـﻓ ِﺔﻨﺴﻟا ِﻞِﺑﺎَﻘُﻣ ﻲِﻓ ِعْﺮ
ﻤِﻣ ْﺖَﻧﺎَﻛ َﺴْﺤَﺘْﺴُﻣ َﺖْﺤَﺗ ُجِرَﺪْﻨَـﺗ ﺎ ٌﺔَﺤَﺒْﻘَـﺘْﺴُﻣ َﻲِﻬَﻓ ِعْﺮﺸﻟا ﻲِﻓ ٍﺢَﺒْﻘَـﺘْﺴُﻣ َﺖْﺤَﺗ ُجِرَﺪْﻨَـﺗ ﺎﻤِﻣ َنﺎَﻛ ْنِإَو ، ٌﺔَﻨَﺴَﺣ َﻲِﻬَﻓ ِعْﺮﺸﻟا ﻲِﻓ ٍﻦ
ﻻِإَو ، ِﺔَﺴْﻤَﺨْﻟا ِمﺎَﻜْﺣَْﻷا ﻰَﻟِإ ُﻢِﺴَﻘْـﻨَـﺗ ْﺪَﻗَو ، ِحﺎَﺒُﻤْﻟا ِﻢْﺴِﻗ ْﻦِﻣ َﻲِﻬَﻓ
Maksudnya: Bid’ah itu asalnya ialah sesuatu perkara yang diada-adakan tanpa contoh terdahulu.
Pada syarak ia diungkapkan pada perkara yang berlawanan dengan sunnah lalu ia menjadi tercela.
Sebenarnya jika ia termasuk dalam perkara yang dianggap baik oleh syarak maka ia adalah bid’ah yang baik (Hasanah), jika ia termasuk dalam perkara yang dikeji pada syarak ia adalah bid’ah yang
12 Syarh Muslim, An Nawawi 3/ 247
23
dikeji (Mustaqbahah). Kalau tidak ia termasuk dalam perkara yang diharuskan. Kadang-kadang ia juga terbahagi kepada hukum yang lima (wajib, sunat, haram, makruh dan harus)13
Badruddin Al Aini Pengarang Umdatul Qari (762H-855H)
َلﺎﻗ َﻌﻟا ْﻴ ُﻋ ﻲﻓ ﻲﻨ ْﻤ َﺪ ِة يرﺎﻘﻟا :
"
ُﺔﻋﺪﺒﻟاو ْﺻﻷا ﻲ ِﻓ ْﺣإ ِﻞ
ُثاﺪ ْﻣأ َﻟ ْﻢ ٍﺮ َﻳ ْﻦ ُﻜ َز ﻲ ِﻓ َﻣ ِﻦ َر ُﺳ ِلﻮ ُﺛ ،ﻢّﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ، ِﷲا ﻢ
ُﺔﻋﺪﺒﻟا َﻋ َﻧ ﻰﻠ َﻋﻮ ْنإ : ِﻦﻴ َﻧﺎﻛ ْﺖ ﻤ ِﻣ ﺎ
َـﻳ ْﻨ َﺪ ِر ُج ْﺤ َﺗ ُﻣ َﺖ ْﺴ َﺘ َﺴ ْﺤ ٍﻦ ِﻓ ﺸﻟا ﻲ ْﺮ ِع َﻓ َﻲ ِﻬ ٌﺔﻋﺪﺑ َﺴ َﻨ َﺣ ٌﺔ ْنإو ، ْﺖ ﻧﺎﻛ ﻤ ِﻣ َـﻳ ﺎ ْﻨ َﺪ ُج ِر ْﺤ َﺗ ُﻣ َﺖ ْﺴ َـﺘ ْﻘ ٍﺢ َﺒ ِﻓ ﺸﻟا ﻲ ْﺮ ِع َﻓ َﻲ ِﻬ ٌﺔﻋﺪﺑ
ْﺴ ُﻣ َـﺘ ْﻘ َﺤ َﺒ ٌﺔ ـﻫا"
.
Maksudnya: Bid’ah pada asalnya ialah perkara yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW.
Bid’ah terbahagi kepada dua jenis: Sekiranya ia termasuk dalam perkara yang dipandang baik oleh syarak maka ianya adalah bid’ah hasanah dan sekiranya ia termasuk dalam perkara yang dipandang keji oleh syarak maka ia adalah bid’ah yang keji.14
Imam Al Ghazali (450H-505H)
َﻟ ْﻴ َﺲ ﻞ ُﻛ َﻣ ُأ ﺎ ْﺑ ِﺪ َﻣ ْﻨ َع َﻋ ًﺎّﻴ ِﻬ ْﻨ ُﻪ َﺑ ، ْﻞ َﻤﻟا ْﻨ ِﻬ ﻲ َﻋ ْﻨ ُﻪ ٌﺔﻋﺪﺑ ُﺗ دﺎﻀ ُﺳ ﻨ ًﺔ ِﺑﺎﺛ َﺘ ًﺔ َو َـﺗ ْ ُﻊ ﺮ َﻓ ِﻣ ًاﺮﻣأ ﺸﻟا ﻦ ْﺮ ِع
Maksudnya: Tidak semua perkara yang diadakan (baharu) dilarang, sebaliknya yang dilarang itu ialah perkara bid’ah yang bercanggah dengan sunnah yang pasti dan membatalkan sesuatu perkara syarak.15
Ibnu Rajab Al Hambali (736H-795H)
13 Fathul Bari, Ibnu Hajar hadis No 2010, 4/305, Kitab solat Terawih, bab kelebihan menghidupkan Ramadan.
14 Umdatul Qari, Al Aini 11/124
15 Ihya Ulum Ad Din , Al Ghazali 2/3