• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ANALISIS PENYATA KEWANGAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

5. KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN

PENGENALAN

Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira- kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai.

Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2.

Kepentingan analisis kewangan

1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat 2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang 3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor) 4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak

5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran pelajar dapat

1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj, keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont.

2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Nisbah Laveraj

Nisbah Keberuntungan

Nisbah nilai pasaran

Analisis Keratan Rentas

Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah Nisbah Kecairan

Analisis Du Pont Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah Keberuntungan

Analisis Arah Aliran

(2)

Jadual 5.1 Contoh Penyata Kunci Kira-kira

Kunci Kira-kira

Syarikat Nanimaju Bhd

Pada 31 Disember 2005

2004 (RM)

2005

(RM)

ASET

Aset Semasa 22,000 26,000

Tunai 60,000 66,000

Sekuriti boleh pasar 295,000 240,000

Akaun belum terima 265,000 200,000

Inventori

Jumlah Aset Semasa 642,000 532,000

Aset Tetap

Bangunan dan Peralatan 1,050,000 980,000

Tolak: Susut Nilai 337,000 327,000

Jumlah Aset Tetap 713,000 653,000

JUMLAH ASET 1,355,000 1,185,000

LIABILITI SEMASA DAN EKUITI

PEMILIK

Liabiliti Semasa

Nota Belum Bayar 150,000 120,000

Overdraft 50,000 50,000

Belanja Terakru 125,000 95,000

Jumlah Liabiliti Semasa 325,000 265,000

Hutang Jangka Panjang 380,000 330,000

Jumlah Liabiliti 705,000 595,000

Ekuiti Pemegang Saham

Saham Biasa RM2.00 par 50,000

setahun 100,000 100,000

Lebihan Dibayar 290,000 290,000

Pendapatan Tertahan 260,000 200,000

Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 650,000 590,000

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,355,000 1,185,000

(3)

Jadual 5.2 Contoh Penyata Untung Rugi

Penyata Untung Rugi

Syarikat Nanimaju Bhd

Pada 31 Disember 2005

2004 (RM)

2005

(RM)

Jualan 1,506,000 1,434,000

Tolak: Kos Barang Dijual 1,020,000 1,000,000

Untung Kasar 486,000 434,000

Tolak: Belanja Operasi 140,000 140,000 Belanja Pemasaran 60,000 60,000 Susut Nilai 10,000 10,000

Jumlah Belanja Operasi 210,000 210,000

Pendapatan Sebelum Faedah dan

Cukai 276,000 224,000

Tolak: Belanja Faedah 26,000 24,000

Pendapatan Sebelum Cukai 250,000 200,000

Tolak: Cukai 40% 100,000 80,000

Untung Bersih 150,000 120,000

Perolehan Per Saham (EPS)

(untung bersih/ jumlah saham) RM3.00 RM2.40

(4)

5.1. Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan mengukur keupayaan syarikat iaitu menjelaskan ‘liabiliti semasa’ apabila dituntut. Nisbah ini terdiri daripada nisbah semasa dan nisbah cepat. Jika syarikat tidak mempunyai wang mudah tunai yang mencukupi, syarikat mungkin tidak dapat membayar semua hutang mengikut masa yang ditentukan.

5.1.1. Nisbah semasa mengukur sejauh mana syarikat mampu membayar hutang- hutang jangka pendek sekiranya ‘aset-aset semasa’ ditunaikan.

Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabilit semasa.

Nisbah Semasa = Aset Semasa

Liabilit Semasa

Nisbah yang baik adalah lebih daripada 1.0 kali kerana ia menunjukkan syarikat mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek.

Contoh:

Tahun 2004: Aset Semasa(RM642,000)/ Liabiliti Semasa (RM325,000) = 1.98:1 Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,00)/ Liabiliti Semasa (RM265,000) = 2.00:1 Tahun 2004, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM1.98 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh.

Pada tahun 2005, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM2.00 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa iaitu jumlah aset semasa dua kali lebih besar daripada liabilit semasa.

Walau bagaimapun, kedudukan kewangan haruslah seimbang sekurang- kurangnya 2:1 bagi memastikan syarikat melabur dengan cekap.

(5)

5.1.2. Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendek dengan cepat.

Nisbah ini menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar (saham) dan boleh terima (penghutang) bersih dengan liabiliti semasa.

Nisbah Cepat = Aset semasa – Inventori

Labiliti Semasa

Atau = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Belum Terima (Bersih)

Liabiliti Semasa

Contoh: Nisbah cepat 1.37: 1 lebih baik daripada 1.00: 1 Contoh pengiraan:

Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,000) – Inventori (RM200,000) = 1.25:1

Liabiliti Semasa (RM265,000)

Tahun 2004: Aset Semasa (RM642,000) – Inventori (RM265,000) = 1.16:1

Liabiliti Semasa (RM325,000)

Dalam mengira nisbah cepat, inventori perlu ditolak sebab inventori tidak mudah ditunai. Oleh itu, selepas ditolak jumlah inventori didapati pada tahun 2005, nisbah cepat adalah sebanyak 1.25. Ini bermaksud, syarikat masih lagi mempunyai aset semasa yang cukup untuk membayar setiap RM1.00

liabilitinya.

Pada tahun 2004, nisbah cepat adalah 1.16 dan menunjukkan bahawa modal kerja syarikat masih lagi kukuh.

Jika nisbah kurang daripada 1:1, syarikat perlulah bergantung kepada nilai inventori dan jualan untuk membayar hutang bagi jangka pendek.

Jika nisbah cepat lebih besar daripada 1:1, tahap kedudukan kewangan dianggap kukuh.

5.2. Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah pengurusan aset adalah terdiri daripada pusing ganti aset tetap, pusing ganti jumlah aset, pusing ganti inventori dan mengira tempoh pungutan purata.

5.2.1. Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap syarikat untuk menjanakan jualan.

Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan

Aset tetap bersih

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,506,000/RM713,000 = 2.11kali Tahun 2005: RM1,434,000/RM653,000 = 2.20 kali

(6)

Oleh kerana pusing ganti aset tetap pada tahun 2005 lebih tinggi daripada tahun 2004, ini menunjukkan syarikat berjaya membuat jualan yang tinggi berbanding aset tetap yang ada dalam tahun 2005. Jika nisbah pusing ganti aset tetap adalah rendah, ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat banyak pelaburan untuk aset tetap berbanding jumlah jualan.

5.2.2. Pusing ganti jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan syarikat atau perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Syarikta biasanya akan menggunakan aset dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil jualan. Jika nisbah pusing ganti jumlah aset adalah tinggi, bermakna syarikat telah dapat meningkatkan jualan berbanding pelaburan. Jika nisbah pusing ganti aset rendah, ini menujukkan syarikat ada membuat banyak pelaburan aset berbanding jumlah jualan syarikat. Oleh itu jualan hendaklah

ditingkatkan dan mengurangkan aset yang dirasakan tidak produktif.

Pusing ganti aset = Jualan bersih atau Jualan Aset purata Jumlah Aset Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,506,000/RM1,355,000 =1.11:1 atau 1.11 kali Tahun 2005: 1,434,000/ RM 1,185,000 = 1.21:1 atau 1.21 kali

Pada tahun 2004, pusing ganti aset adalah 1.11 kali bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset perniagaan, manakala pada tahun 2005 pusing ganti aset telah meningkat kepada 1.21 kali. Ini menunjukkan syarikat berjaya menghasilkan sebanyak RM1.21 pada tahun 2005.

5.2.3. Pusing ganti inventori mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan inventori syarikat. Jika tinggi inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik.

Pusing ganti Inventori = Kos Barang Dijual atau Kos Jualan

Inventori Inventori

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM1,020,000/RM265,000 = 3.85 kali setahun Tahun 2005: RM1,000,000/200,000 = 5.00 kali setahun

Pada tahun 2004, nisbah pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 3.85 kali dalam setahun. Maknanya barang dalam stor akan diganti setiap 3.1 bulan (3.85 kali /12 bulan = 3.1 bulan)

Pada tahun 2005, nisbah pusing ganti inventori adalah dijalankan sebanyak 5 kali. Ini bermakna syarikat menggantikan stoknya setiap 2.4 bulan (5 kali/12 bulan = 2.4 bulan).

Oleh itu, jika syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual, stok

hendaklah kecil supaya syarikat tidak menanggung kos inventori yang tinggi.

(7)

Namun begitu, nisbah ini tidak dapat memberi gambaran bagi jualan yang baik terhadap barangan yang bermusim.

5.2.4. Tempoh pungutan purata (Nisbah Purata Masa Kutipan)

Nisbah ini adalah bertujuan memaklumkan kepada peniaga bilangan hari bagi syarikat mengutip semua akaun belum terima ataupun penghutangnya.

Lebih cepat kutipan dijalankan adalah lebih baik. Jika peniaga lewat mengutip hutangnya akan memyebabkan modal syarikat terikat dalam bentuk hutang yang belum dkutip. Oleh itu prestasi kutipan hutang boleh dilihat dengan menggunakan nisbah ourata masa kutipan ini.

Tempoh pungutan purata = Akaun Penghutang

Jualan Kredit Sehari

Atau

Nisbah Purata Masa Kutipan = Akaun Belum Terima

Jualan Sehari

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM295,000 = 70.5 hari RM1,506,000/360 hari

Tahun 2005: RM240,000 = 60.25 hari

RM1.434,000/360 hari

Pada tahun 2004, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 70 hari. Pada tahun 2005 pula, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 60 hari. Ini menunjukkan pada tahun 2004, terdapat kelewatan mengutip hutang berbanding pada tahun 2005.Berdasarkan nisbah ini syarikat perlu sentiasa memastikan bayaran hutang diterima lebih cepat untuk

mengelakkan risiko kekurangan modal pusingan dalam syarikat.

5.3. Nisbah Laveraj

Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh pemilik syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Dengan kata lain, ia menunjukkan penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan dan kemampuan syarikat melunaskan hutangnya. Terdiri daripada nisbah hutang, nisbah hutang kepada ekuiti dan nisbah perlindungan faedah.

5.3.1. Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada kreditor. Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh kreditor untuk menjana keuntungan.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

(8)

Contoh pengiraan:

Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)/ Jumlah Aset (1,185,000) = 0.502:1

= 50%

Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)/ Jumlah Aset (1,355,000) = 0.52:1

= 52%

5.3.2. Nisbah hutang-ekuiti

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut:

Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih

Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan

kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

Nisbah Hutang kepada ekuiti = Jumlah Hutang

Jumlah Ekuiti Pemilik

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)

Jumlah Ekuiti Pemilik(RM650.000) = 1.08:1 Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)

Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590,000) = 1.01:1 5.3.3. Nisbah perlindungan faedah

Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada

pendapatan. Nisbah dapat memberi gambaran dalam menentukan

pendapatan daripada perniagaan untuk digunakan dalam membayar faedah hutang syarikat.

Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah Belanja faedah

Oleh keranan nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi, lebih tinggi nisbah perlindungan faedah, maka lebih tinggi perlindungannya.

(9)

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM276,000/RM26,000 = 10.6:1 (10.6 kali) Tahun 2005: RM224,000/ RM24,000 = 9.3:1 (9.3 kali)

Pada tahun 2004, syarikat mempunyai nisbah 9.3:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM9.30 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9.3 kali.

Pada tahun2005, syarikat mempunyai nisbah 10.6:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM10.6 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10.6 kali.

Jika nisbah adalah negatif, bermakna syarikat tidak berupaya membayar faedah ke atas hutangnya.

Jika nisbah kurang daripada 1.0 kali, bermakna syarikat hanya mampu membayar sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya.

Jika nisbah adalah 1.0 kali, menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua faedah ke atas pinjamannya. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak

mempunyai rizab untk membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan kepada pelaburnya.

5.4. Nisbah Keberuntungan

Adalah untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.

5.4.1. Nisbah margin untung bersih mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu.

Margin untung bersih= Unting bersih x 100%

Jualan bersih

Contoh: margin untung 13% = bagi setiap RM1.00 jualan, syarikat berjaya memperoleh untung bersih sebanyak 13 sen pada tempoh berkenaan.

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM 150,000/ RM1,506,000 x 100% = 3.32%

Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,434,000 x 100% = 8.37%

Pada tahun 2004, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32%.

Ini bermakna, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2005, syarikat telah meningkatkan keuntungan bersih kepada 8.37%, bermakna bagi setiap RM1.00 jualan syarikat telah dapat meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 8.37% lebih baik

daripada tahun 2004.

Walau bagaimanapun, margin keuntungan tidak menggambarkan keuntungan syarikat secara keseluruhan kerana syarikat masih perlu mengambil kira nilai aset syarikat, nisbah inventori dan akaun belum terima.

(10)

5.4.2. Nisbah pulangan atas aset (ROA) mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika aset

bertambah, saiz syarikat juga bertambah tetapi untung tidak semestinya bertambah. Jika untung bertambah, tetapi saiz syarikat tidak bertambah, menggambarkan pulangan ats jumlah aset adalah berkurang.

Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama

Jumlah Aset

Atau

Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih

Jumlah Aset

Contoh: untung bersih RM3,500, Jumlah aset RM27,100.

Pulangan atas aset = 3500/27100

= 0.13

Bermakna, bagi setiap RM1.00 aset, syarikat berupaya mendapat pulangan sebanyak 13 sen.

Contoh pengiraan:

Tahun 2004: RM150,000/ RM1,355,000 = 11.1%

Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,185,000 = 10.1%

Pada tahun 2004, kadar pulangan adalah 11.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 11.1 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya.

Pada tahun 2005, kadar pulangan adalah 10.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 10.1% bagi setiap ringgit pelaburan iaitu menurun berbanding pada tahun 2004. Peratusan ini menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2005 adalah rendah dan pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap. Oleh itu , syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang tinggi.

5.4.3. Nisbah pulangan ekuiti mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringit yang dimilikinya dalam syarikat.

Dengan kata lain, nisbah ini mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan wang pelaburan yang dibuat oleh pemegang sahamnya.

Nisbah pulangan ekuiti = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama

Jumlah Ekuiti

Atau

Nisbah pulangan ekuiti = Untung bersih

Ekuiti Biasa

Referensi

Dokumen terkait

Jadi dari hasil yang diperoleh di lapangan banyak hal yang masih luput dari perhatian masyarakat diantaranya bayi tidak mendapatka ASI eksklusif dan pemberian

Berkat rahmat Allah SWT, serta atas petunjuk dan bimbingan-Nya penulis dapat menyelesaikan tugas akhir selama menempuh perkuliahan di Fakultas Hukum Universitas

Penelitian ini digunakan agar bermanfaat dalam membantu guru untuk memilih model pembelajaran yang tepat sehingga membangkitkan semangat siswa dalam pembelajaran

Dari beberapa indikasi masalah yang ditemukan, maka penelitian ini selanjutnya akan membahas mengenai pengaruh kualitas website terhadap kepercayaan konsumen serta

Instrumen atau alat ukur yang digunakan dalam penelitian ini adalah berupa skala, yang mana selalu mengacu pada alat ukur aspek atau atribut afektif (Azwar, 2010). Angket

Setelah terbentuk Analysis Services Project, lanjutkan dengan membuat Data Source, fungsi Data Source adalah sebagai sumber data yang akan digunakan untuk melakukan analisis

Berdasarkan hasil penelitian, maka dapat disimpulkan bahwa: a) credit risk, capital risk, dan bank size berpengaruh secara negatif terhadap profitabilitas; b) isolvency risk dan

Tujuan dari penelitian ini yaitu untuk mengetahui mekanisme hambatan kapang rhizosfer pada lahan pertanian organik terhadap penyakit layu fusarium pada tanaman tomat.. Hasil