• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBELANJAAN NEGARA MENGIKUT MAQASID SYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBELANJAAN NEGARA MENGIKUT MAQASID SYA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Maqasid syariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. Sama seperti perkembangan ilmu-ilmu Islam yang lain, seperti ilmu fiqh dan usul fiqh. Istilah ini mengalami perkembangan dari semasa ke semasa di mana pada peringkat awalnya ia tidak menonjol sebagai satu bidang yang tersendiri sehinggalah ke zaman kemuncaknya di zaman Shatibi, ilmu ini masih juga belum dikonsepsikan dengan satu huraian yang lengkap. Namun, ulama mutakhir memberanikan diri untuk memberikan konsep maqasid syariah serta huraiannya dengan panjang lebar di samping menjadikannya sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun.

Dari segi pengertian syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa maqasid al-syariah adalah merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia.

Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai makna-makna dan tujuan yang dititikberatkan dalam semua hukum atau sebahagian besarnya atau ialah matlamat dari syariat dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syari’ dalam setiap hukum.

Secara ringkasnya, maqasid syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya

juga Maqasid boleh didefinisikan sebagai, “mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan.”

Manakala siyasah syar’iyyah pula dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi melalui

penulisan para ulamak silam. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para ulamak, ianya boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu, yang pertama, siyasah

syar’iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam. Definisi yang kedua pula ialah, siyasah syar’iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di

bawah bidang kuasa kerajaan Islam.

Antara definisi siyasah syar’iyyah yang dikemukakan oleh para ulama silam ialah,

(2)

2

menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara

tersebut. Ibn ‘Abidin pula menegaskan, siyasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai

dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.

Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama terdahulu. Antara ulama yang bersetuju ialah, Rizq Muhammad al-Zalbani, di mana

beliau menjelaskan, siyasah syar’iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama

berdasarkan nikmat yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.1Syeikh ‘Abd al-Rahman Taj

pula mendefinisikan siyasah syar’iyyah sebagai hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

Secara umum, siyasah syar’iyyah adalah ilmu yang membincangkan tentang kaedah

pemerintahan Islam yang merangkumi segala tindakan kerajaan dalam membentuk dasar, peraturan dan polisi negara. Ia meliputi seluruh institusi kerajaan seperti kementerian, agensi-agensi kerajaan, jabatan dan jentera kerajaan. Justeru cakupannya adalah lebih luas lagi yang membabitkan tentang perjalanan dan pentadbiran di bawah bidang kuasa kerajaan. Selain tu,

siyasah syar’iyyah membincangkan tentang Maslahah al-‘Ammah2 yang merupakan suatu neraca bagi menimbangkan polisi atau dasar pemerintah terhadap rakyat. Perbincangan yang terakhir sekali ialah tentang penggubalan polisi dan dasar kerajaan diperluaskan kepada keperluan semasa selagi tidak bertentangan secara hakiki dengan syariat Islam.

Apabila kita melihat dari aspek perbelanjaan kerajaan yang digubalkan pada setiap tahun, adakah nilai-nilai maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah turut diterap masuk ke dalam aspek tersebut? Melihat kepada beberapa program pentadbiran yang telah kerajaan

1Dalil juz’I atau tafsili adalah dalil yang menunjukkan kepada suatu persoalan dengan satu hukum tertentu.

Contohnya : Yang bermaksud:“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagai mana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Q.S. Al-Baqaroh :183). Ayat ini termasuk

kedalam dalil juz’I, karena hanya menunjukkan kepada perintah puasa saja.

2 Maslahah al-‘Ammah adalah kemaslahatan umum yang menyangkut kepentingan orang banyak. Misalnya,

para ulama membolehkan membunuh penyebar bid’ah yang dapat merusak aqidah umat, karena menyangkut

(3)

3

laksanakan seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Program Hub Halal, Tanggungjawab Sosial dan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2005 dari perspektif Islam, malah telah dikaji oleh Endot yang mendapati nilai-nilai Islam yang diamalkan dalam model kerajaan Malaysia, dapat disimpulkan bahawa program-program tersebut menepati kehendak siyasah syar’iyyah. Program hub halal merupakan projek yang agak baru di mana program ini dirangka untuk melonjakkan peranan Malaysia dalam arena halal tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, program tangungjawab sosial yang telah dilaksana memberikan manfaat yang besar kepada orang-orang Islam yang hidup dalam kesusahan. Disamping itu, penggubalan perlaksanaan Sistem Pengurusan kualiti Malaysian Standard (MS) 1900:2005 amatlah wajar kerana sistem ini dirangka untuk dijadikan garis panduan kepada mana-mana organisasi yang ingin melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati kehendak Islam. Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah ini dikaitkan dengan perbelanjaan negara? Sejauh manakah perbelanjaan negara Malaysia ini

mengikut serta seiring dengan maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah?

Melalui penulisan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang bertajuk “Menyantuni kehendak,

harapan rakyat” dalam berita harian yang bertarikh 29 Oktober 2013, “Semua ini adalah bukti betapa pendekatan afirmatif dalam konteks pengagihan kekayaan bukanlah sesuatu yang

asing bagi Islam, bahkan diperakui sebagai tindakan yang menjamin tegaknya keadilan

sosio-ekonomi dalam sesebuah negara dan masyarakat. Di sinilah juga yang

dimanifestasikan melalui Bajet 2014 yang hakikatnya masih memberikan penumpuan pada

program pemerkasaan Bumiputera seperti Dana Ekuiti Bumiputera sebanyak RM300 juta.

Bajet 2014 juga menyentuh keperluan hampir semua kelompok masyarakat daripada yang

berada di desa mahupun di bandar besar, daripada mereka yang baru melangkah ke alam

pendidikan hingga yang sudah bersara. Individu belia, pekerja kerajaan, swasta hinggalah

pengusaha kecil dan sederhana yang sememangnya terkesan dengan peningkatan kos sara

hidup yang agak ketara ekoran ekonomi global yang tidak menentu kini. Semuanya mendapat manfaat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.”

Ini menunjukkan bahawa falsafah kenegaraan dalam Islam atau disebut juga sebagai siyasah syar’iyyah mengutamakan prinsip maqasid al-syariah (matlamat syarak) dalam menguruskan harta dan khazanah rakyat berpandukan ayat 7 Surah Al-Hasyr yang

(4)

4

segelintir yang kaya di antara kamu.” Tetapi, adakah dengan keterangan ini mudah untuk kita

simpulkan bahawa elemen maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah seiring dalam proses

merancang perbelanjaan negara? Tidak sekali.

Apabila dirujuk pada sebuah artikel hasil nukilan Abdul Ghafar Ismail Fadhilah Mat

Nor yang bertajuk “Menilai Model Ekonomi Baru Dalam Konteks Maqasid Shariah”, dalam subtopik “Analisis Maqasid Syariah Terhadap Kemampanan”, beliau menyatakan, “Definisi

ini dilihat bertepatan dengan prinsip kemapanan yang dimaksudkan oleh Kerajaan seperti yang dibentangkan di dalam Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu adalah untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang. Keperluan yang dimaksudkan pula boleh dilihat dalam paradigma yang lebih luas. Antaranya ialah sistem sosial sekuriti melalui institusi-institusi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), zakat dan waqaf. Di dalam strategi yang digariskan dalam MEB peranan elemen-elemen ini tidak ditekankan. Senario ini mungkin boleh menjadi indikator yang menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan elemen zakat dan waqaf sebagai penjamin kemampanan generasi masa

depan tidak cukup kukuh.”

(5)

5

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, kita kecilkan skop perbelanjaan negara ini dengan merujuk kepada sektor kewangan dalam sektor pertanian sahaja.

Apabila menyebut tentang sektor kewangan, semestinya yang bermain dalam fikiran ialah sumber untuk memperoleh kewangan negara itu sendiri. Dan apabila menyebut tentang sumber tersebut, semestinya keluar dari buah fikiran kita ialah, hasil eksport dan import, hasil cukai dan sebagainya. Mungkin hanya sedikit fikiran rakyat yang memikirkan tentang sumber yang datangnya dari zakat dan waqaf.

Setelah itu, persoalan yang timbul dari benak fikiran masyarakat semestinya perjalanan hasil-hasil yang diperoleh oleh kerajaan, di manakah ia dilaburkan serta ke manakah ia dipergunakan. Kita akan rungkaikan satu persatu persoalan yang timbul dari pemikiran masyarakat yang juga akan dikaitkan dengan wujudnya elemen maqasid syariah serta siyasah syariah dalam sektor kewangan berdasarkan sektor pertanian tersebut.

Berdasarkan bajet 2013 yang lepas, hasil yang diperoleh oleh kerajaan melalui pendapatan pada tahun 2012, terdapat beberapa peruntukan telah diperuntukkan kepada perbelanjaan dalam sektor pertanian.

(6)

6

fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Peruntukan yang diberikan kepada peruntukan pembangunan juga ada disebut dalam bajet 2013 yang lepas, sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Oleh itu,

Bajet 2013 dirangka bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji

Ditepati” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama.

Pada fokus yang pertama iaitu merangsang aktiviti pelaburan, terdapat 1.5 bilion ringgit telah diperuntukkan untuk projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. Selain itu, bagi meningkat aktiviti pertanian yang terdapat di dalam negara ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 5.8 bilion ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu, kerajaan juga menyediakan sebanyak 30 juta ringgit bagi pembangunan program pertanian yang merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi. Kerajaan juga mempersiapkan sebanyak 75 juta ringgit bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.

Bagi membela nasib petani, kerajaan telah mengurangkan kos pengeluaran dengan meneruskan pemberian subsidi dan intensif pertanian yang sedia ada berjumlah 2.4 bilion ringgit. Selaras dengan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama pengusaha sawah, kerajaan telah memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi. Skim ini memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172 ribu pesawah. Selain itu, kerajaan telah meneruskan Projek Azam Tanu yang diperkenalkan pada tahun 2011. Program ini telah mengeluarkan seramai 1,234 keluarga daripada garis kemiskinan malah beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi 10 ribu ringgit sebulan. Sebanyak 41 juta ringgit telah diperuntukkan bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta.

(7)

7

Melalui fokus kelima dalam bajet 2013 pula, iaitu dalam skop pusat transformasi luar bandar, Kerajaan telah membuka pula Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga. Berdasarkan manfaat yang diterima, Kerajaan akan terus memperluaskan RTC ke Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Setelah menyelidik peruntukan yang diperuntukkan kepada sektor pertanian pada bajet 2013, pada 25 Oktober 2013 yang lepas, bajet 2014 telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Bajet 2014 digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya memakmur negara dan mensejahtera rakyat. Memenuhi maksud ini, Bajet 2014 dirangka bertemakan

“Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, dengan menggariskan lima teras utama.

Teras pertama yang disebutkan dalam bajet 2014 ini adalah berkaitan dengan merancak aktiviti ekonomi. Dalam teras pertama ini, ada disebutkan tentang peningkatan rantaian sektor pertanian. Dalam bajet 2014 ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak enam bilion ringgit untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

Antara inisiatif utama yang dijalankan ialah dengan menubuhkan Food and Agro Council for Export (FACE) yang akan bertindak sebagai pemudahcara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan.Selain itu, FAMA diperkukuhkan lagi untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. Kerajaan juga mempastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani3, serta memperluas 100 gerai buah-buahan segar di seluruh negara.

3Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta

(8)

8

Di samping itu, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 2.4 bilion ringgit bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak 243 juta ringgit bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan. Bagi meningkatkan produktiviti sert menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 634 juta ringgit di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek yang terlibat di bawah program ini adalah tanaman padi, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai tinggi, tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bagi pasaran eksport.

Kerajaan juga akan melaksanakan program Bioeconomy Community Development

bagi membangun tanah-tanah terbiar melalui aplikasi bioteknologi dan penanaman kontrak untuk menambah nilai industri pertanian dan pendapatan petani. Selain itu, Kerajaan menyedari peranan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin kepada pembangunan bioekonomi. Oleh itu,insentif R&D seperti potongan cukai, pengecualian duti import ke atas peralatan R&D dan insentif khas kepada syarikat akan diberi kepada projek yang berkelayakan yang akan dinilai oleh BiotechCorp. Bagi cukai barang dan perkhidmatan yang baru sahaja diperkenalkan dalam bajet 2014 ini, pembekalan dikecualikan ke atas tananh digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian atau kegunaan am.

Berdasarkan bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri bagi tahun 2013 dan 2014, dapat dilihat bahawa kerajaan telah banyak membantu masyarakat dari segi tanggungjawab sosial yang diberikan. Jaminan sosial bagi setiap lapisan masyarakat terjamin dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti meneruskan subsidi dan memberi intensif kepada golongan-golongan petani yang berpendapatan rendah.

(9)

9

Dengan tindakan yang di ambil oleh kerajaan ini, dapat kita simpulkan bahawa setiap cadangan yang telah dikemukan dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan menunjukkan

wujudnya maqasid syariah serta siasah syar’iyyah. Ini adalah disebabkan kerajaan lebih

cenderung kepada memberi kebaikan kepada negara, bukan sahaja untuk memperoleh hasil kepada negara, malah memikirkan tentang kehidupan masyarakat supaya berada dalam keadaan yang lebih selesa dibandingkan dengan sebelumnya.

Bidalan lama menyatakan, berbudi pada tanah, berbakti kepada bumi, nescaya kita dapat menuai hasilnya. Maka, setiap tahun kerajaan telah menyusun bidang pertanian dalam agenda bajet yang akan dibentangkan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada negara dan juga masyarakat negara itu sendiri.

Peranan kerajaan sangat penting dalam sektor ini, malah daripada sektor ini lah

kerajaan boleh mewujudkan maqasid syariah serta siyasah syar’iyyah seperti yang disarankan

kepada setiap negara Islam. Nilai ini bukan sahaja boleh diterapkan dalam diri individu pekerja itu sendiri, malah ia juga boleh diterapkan ke dalam sektor-sektor yang ada dalam negara ini.

(10)

10

RUJUKAN

Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir & Shukeri Mohamed. t.th. Perlaksanaan Siyasah

Syar’iyyah Dalam Pentadbiran Di Malaysia. t.tp.: t.pt.

Abdul Ghafar Ismail & Fadhilah Mat Nor. 2010. Menilai Model Ekonomi Baru Dalam Konteks Maqasid Shariah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 2013. Menyantuni kehendak, harapan rakyat. Berita Harian. 29 Oktober: 3.

Drs. F. Aminuddin Aziz, MM. 2008. Kuliah Fiqh Siyasah (Politik Islam). t.tp. : t.pt.

Dewan Rakyat Malaysia. 2012. Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2013). Bajet 2013.

Referensi

Dokumen terkait

tumbuh liar di hutan dan berbuah umumnya satu tahun sekali dengan masa musim yang cukup pendek. Umumnya buah eksotik tersebut berasa asam manis dan dikonsumsi

Lantaran it cah.. Mimisan ini san ras. Darah yan mam.. Ana sia dini. Biasanya ami mimisan. Ji bab di atas. Bisa risma). Bai an darah.. Pada an darah. Nam anan saja.. Leukemia

Sistem pengelolaan pendidikan, penelitian, pelayanan/ pengabdian kepada masyarakat, dan kerjasama harus terintegrasi dengan penjaminan mutu program studi untuk

Aplikasi dari ajaran wu chang terhadap perilaku dalam bekerja yang diterapkan oleh umat Khonghucu di Krian memiliki perbedaan secara signifikan antara yang dilakukan oleh orang tua

Setelah mengetahui beberapa pendapat dan permasalahan yang ada, tulisan ini meneliti tentang hubungan timbal balik antara variabel Investasi Asing Langsung, Ekspor dan PDB

PROSIDING disusun berdasarkan hasil SEMINAR NASIONAL kerjasama Program Studi Agribisnis Fakultas Pertanian UMY dengan Perhepi Komda DIY yang dilaksanakan pada

Maklumat ini hanya khusus untuk bahan tertentu dan boleh menjadi tidak sah untuk bahan tersebut apabila ia digunakan bersama dengan sebarang bahan lain atau dalam sebarang