• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah sains Latar belakang sejarah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah sains Latar belakang sejarah"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah sains

Latar belakang Teori/sosiologi Historiografi Pseudosains

Mengikut zaman Dalam budaya awal

Dalam Zaman Kuno Klasik Pada Zaman Pertengahan Pada Zaman Pembaharuan Revolusi Saintifik

Mengikut topik

Sains semulajadi

Astronomi Biologi Kimia Ekologi Geografi Geologi Paleontologi Fizik

Sains masyarakat

Ekonomi Linguistik Sains politik Psikologi Sosiologi

Teknologi

Sains pertanian Sains komputer Sains bahan

Perubatan

Laman pengemudian Garis masa

Portal Kategori

Sains Islam pada Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini mengenai sejarah sains dalam tamadun Islam di antara abad ke­8 dan ke­16. Untuk maklumat pada sains dalam konteks Islam, sila lihat Islam dan sains.

Dalam sejarah sains, sains Islam merujuk kepada sains yang dikembangkan dalam lingkungan tamadun Islam di antara abad ke­8 dan ke­16, sewaktu apa yang disebut sebagai Zaman Kegemilangan Islam.[1] Ia juga dikenali sebagai "sains Arab" kerana kebanyakan teks pada zaman itu ditulis dalam bahasa Arab, bahasa yang menjadi lingua franca tamadun Islam. Namun, bukan semua ahli sains pada zaman itu Muslim atau Arab. Sebilangan ahli sains terkemuka yang menyumbang kepada sains dalam tamadun Islam bukan berketurunan Arab (yang paling terkemuka ialah orang Parsi), dan ada juga ahli sains yang bukan Muslim.[2]

Ada beberapa pandangan berlainan di kalangan sejarawan sains berkaitan sains Islam . Pandangan traditional, contohnya pandangan yang dipegang Bertrand Russell,[3] memegang bahawa sains Islam, sementara

mengkagumkan dalam banyak cara, berkurangan tenaga intelek yang diperlukan untuk membuat inovasi, dan nilai utamanya ialah sebagai penyimpan ilmu kuno dan pengirim kepada Eropah Zaman Pertengahan. Para pengulang kaji seperti Abdus Salam[4] dan George Saliba,[5] pula berpegang bahawa suatu Revolusi saintifik Islam muncul sewaktu Zaman Pertengahan,[6][7] satu ungkapan yang digunakan para sarjana seperti

Donald Routledge Hill dan Ahmad Y Hassan untuk menyatakan pandangan bahawa Islam merupakan daya pendorong pencapaian orang Islam.[8] Robert Briffault, seorang sezaman dengan Russell, pula melihat sains Islam sebagai pengasas sains moden.[9] Pandangan pengajian terkini seperti ditonjolkan Toby E. Huff,[10][11] Will Durant,[12] Fielding H. Garrison,[13] Muhammad Iqbal[14] Hossein Nasr dan Bernard Lewis,[15] ialah para ahli sains Islam menyumbang kepada pengasasan sains bereksperimen melalui sumbangan mereka kepada kaedah saintifik serta pendekatan empirik, bereksperimen dan kuantitatif yang dibawa kepada penyelidikan, mahupun usaha mereka tidak boleh dikatakan suatu revolusi sains,[10] seperti yang telah berlaku pada zaman awal Eropah moden yang membawa kepada kemunculan sains moden,[16][17] melainkan Kitab Optik karya Ibn Al­ Haitham yang dianggap ramai sebagai satu revolusi dalam bidang optik dan persepsi penglihatan.[18][19][20][21][22][23]

Isi kandungan

(2)

1.2 Institusi saintifik 1.3 Kemerosotan

1.4 Pengaruh pada sains Eropah 2 Kaedah saintifik

2.1 Semakan setara 3 Sains gunaan

3.1 Sains pertanian 4 Perubatan

5 Sains Formal

5.1 Ilmu mantik 5.2 Matematik 6 Sains Semula jadi

6.1 Astrologi 6.2 Ilmu falak 6.3 Kimia 6.4 Sains Bumi 6.5 Fizik 6.6 Zoologi 7 Sains masyarakat

7.1 Sosiologi dan Antropologi 7.2 Psikologi

8 Pensejarahan Sains Islam 9 Lihat pula

10 Nota 11 Rujukan 12 Bacaan lanjut 13 Pautan luar

Gambaran keseluruhan

Kebangkitan

Maklumat lanjut: Zaman Kegemilangan Islam

Sewaktu penaklukan awal Islam, tentera Arab Muslim, yang pada asasnya dipimpin oleh Khalid ibn al­ Walid, menakluki Empayar Parsi Sassanid dan lebih dari setengah Empayar Byzantine (ataupun "Rom"), dan mendirikan Empayar Arab sepanjang Timur Tengah, Asia Tengah, dan Afrika Utara, diikuti

pengembangan selanjutnya di sepanjang Pakistan, Itali selatan dan Semenanjung Iberia. Oleh sebab itu, kerajaan­kerajaan Islam mewarisi ilmu dan kemahiran Timur Tengah silam, Greece, Parsi dan India [24]

Seni pembuatan kertas diperoleh daripada banduan China dalam Pertempuran Talas (751 M), dan ini membawa kepada pembinaan kincir kertas di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik­teknik China dengan menggunakan kain buruk linen yang diperbuat daripada kulit kayu kertau (mulberi).

Ahli Sains Arab dan ahli sains Iran tinggal dan mengamalkan ilmu masing­masing di tanah jajahan Islam sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, walaupun bukan semua ahli sains dalam tamadun Islam berbangsa Arab atau beragama Islam. Sesetengah sarjana membantah penggunaan istilah "Arab­Islam" kerana dirasakan istilah itu tidak menggambarkan kepelbagaian para sarjana Timur yang telah

(3)

Sarjana Islam pada Zaman Pertengahan

Sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, para sarjana Islam membuat pengembangan penting kepada sains, matematik, perubatan, ilmu falak, kejuruteraan, dan bidang­bidang lain. Sewaktu ini, falsafah Islam awal berkembang dan sering memainkan peranan pangsi dalam perdebatan saintifik — tokoh­tokoh utama, biasanya ahli sains dan ahli falsafah.

Bilangan karya penting dan asli Arab yang ditulis dalam bidang sains matematik adalah lebih besar daripada jumlah gabungan karya Bahasa Latin dan Bahasa Yunani dalam bidang yang sama.[26]

Institusi saintifik

Lihat: Madrasah, Bimaristan dan Ilmu falak Islam

Terdapat beberapa institusi penting yang tidak wujud pada zaman kuno diasaskan dalam dunia Islam Zaman Pertengahan: contoh­contoh utama termasuklah hospital awam (yang menggantikan kuil penyembuhan dan kuil tidur)[27] dan hospital psikiatri,[28] Perpustakaan awam dan perpustakaan pinjaman, universiti yang mengurniakan ijazah, dan balai cerap ilmu falak yang berfungsi sebagai institut penyelidikan[27] (berlainan dengan pos pemerhatian

peribadi yang terdapat dalam zaman kuno),[29] dan Waqaf.[30][31]

Universiti­universiti pertama yang mengeluarkan diploma ialah hospital­universiti Bimaristan dunia Islam dalam Zaman

Pertengahan. Institusi­institusi ini mengurniakan diploma

perubatan kepada penuntut­penuntut perubatan Islam yang layak menjadi pengamal perubatan dalam kurun ke­9.

Sir John Bagot Glubb menulis:[32]

"Sekolah­sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad setibanya zaman Ma'mun. Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al­Rashid. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan. Hospital pertama di Mesir dibuka pada tahun 872 M dan selepas itu hospital­hospital awam dibuka di seluruh empayar Islam, dari Al­Andalus dan Maghreb hinggalah ke wilayah Parsi."

Universiti Al­Karaouine di Fez, Maghribi, yang ditubuhkan pada tahun 859 M diiktiraf Buku Rekod Dunia Guinness sebagai universiti tertua di dunia.[33] Universiti Al­Azhar yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada abad ke­10, menawarkan beberapa ijazah akademik termasuklah ijazah pascasiswazah, dan dianggap universiti penuh yang pertama.

(4)

Satu ciri yang sering terdapat pada Zaman Keemasan Islam ialah jumlah besar orang Islam yang pakar dalam pelbagai bidang (polymath) ataupun "orang bergeliga" yang menyumbang dalam pelbagai bidang. Mereka ini dikenali sebagai Hakim dan mereka memiliki ilmu meluas dalam beberapa bidang agama dan sekular, setanding dengan tokoh­tokoh Zaman Pembaharuan seperti Leonardo da Vinci. Sarjana pelbagai bidang sering ditemui semasa Zaman Keemasan Islam sehinggakan sukar mencari seorang sarjana yang pakar hanya dalam satu bidang kajian. [35] Tokoh­tokoh genius atau polymath ini termasuklah, antara lain, Al­Biruni, Al­Jahiz, Al­Kindi, Abu Bakr Muhammad Al­Razi, Ibnu Sina, Al­Idrisi, Ibnu Bajjah (Avempace), Ibnu Zuhr, Ibnu Tufayl, Ibnu Rushd, Al­Suyuti[36] Abu Musa Jabir bin Hayyan (Geber), Al­Khawarizmi, Banu Musa, Abbas Ibn Firnas, Al­Farabi, Al­Masudi, Al­Muqaddasi, Ibnu Al­Haytham (Alhazen), Omar Khayyam, Al­Ghazali, Al­Khazini, Al­Jazari, Al­Nafis, Al­Tusi, Ibn al­Shatir, Ibnu Khaldun, dan Taqi Al­Din.[35]

Kemerosotan

Lihat juga: Zaman Kegemilangan Islam:Kemerosotan

Dipercayai sains Islam mula merosot pada abad ke­12 dan ke­13 ‐ walaupun tamadun Islam pada masa itu masih menghasilkan ahli sains, hakikat ini lebih pengecualian daripada kebiasaan. Namun, mahupun zaman ini disebut "zaman kemerosotan" sains Islam, dari segi ilmu falak, ia sebenarnya zaman yang amat berdaya keluarannya di mana teori­teori ilmu falak yang bermutu tinggi dihasilkan. Karya Ibn al­Shatir (1304–1375 M) di Damsyik menjadi contoh yang menarik.[37][38] Keadaan demikian juga terdapat dalam bidang­bidang lain seperti perubatan dengan karya­karya Ibn al­Nafis dan Serafeddin Sabuncuoglu, dan sains sosial dengan Ibnu Khaldun dan Muqaddimahnya (1370 M). Malah,

Muqaddimah sendiri mencatatkan keadaan ini, dengan menyatakan bahawa sains merosot di Iraq, Al­ Andalus dan Maghreb, tetapi berkembang di Parsi, Syria dan Mesir.[39]

Satu faktor yang diutarakan sebagai penyebab kemerosotan ini ialah cabaran terhadap teologi rasional Muktazilah oleh teologi ortodoks Ash'ari seperti yang ditonjolkan dalam kitab Tahafut al­falasifa ("Ketakpaduan Ahli Falsafah") hasil penulisan Imam Al­Ghazali. Tafsiran ini diutarakan Ignaz Goldziher, ahli Orientalis Yahudi dari Hungary yang mempercayai bahawa terdapat penentangan di antara teologi ortodoks dengan sains yang dipengaruhi adat serta pemikiran Yunani. [40] Namun, kesarjanaan baharu mencabar pandangan tradisional ini. Beberapa sarjana menunjukkan bahawa aliran teologi Ash'ari sebenarnya menyokong sains dan hanya membangkang falsafah spekulatif, dan beberapa ahli sains agung Islam seperti Ibn al­Haitham, al­Biruni, Ibn al­Nafis and Ibn Khaldun merupakan

penganut teologi Ash'ari.[36][39] Emilie Savage­Smith juga menyatakan bahawa pandangan positif Imam al­Ghazali terhadap bidang perubatan, khususnya anatomi, menggalakkan ahli perubatan Islam seperti Ibn Zuhr (Avenzoar) dan Ibn al­Nafis untuk melakukan diseksi pada abad­abad ke­12 dan ke­13.[41]

Penyebab­penyebab lain kemorosatan sains termasuk persengketaan antara orang Islam ahli Sunnah dengan Syiah, dan pencerobohan terhadap tanah air orang Islam oleh tentera Salib dan Mongol antara kurun ke­11 dan ke­13, khususnya pencerobohan Mongol dalam kurun ke­13. Pihak Mongol

memusnahkan perpustakaan, balai cerap, hospital dan universiti Islam, berpuncak dengan pemusnahan Baghdad pada tahun 1258 M. Baghdad merupakan ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah serta pusat intelek Islam dan kemusnahannya dianggap sebagai titik berakhirnya Zaman Kegemilangan Islam.[42]

(5)

telah mewujudkan keadaan yang membuat sains Islam kurang berdaya berbanding waktu terdahulu. Namun, Y Ziedan telah menunjukkan bahawa penjarahan Baghdad pada tahun 1258 M telah disusuli oleh usaha saintifik gigih di Damsyik dan Kaherah, kerana ramai para sarjana Islam menghasilkan ensiklopedia (termasuk ensiklopedia perubatan sebesar 80 jilid oleh Ibn al­Nafis) dalam usaha mereka memelihara khazanah ilmu saintifik Islam dan bagi meringankan kesan kehilangan Baghdad.[44]

Satu lagi faktor yang dikemukakan sebagai penyebab kemerosatan sains Islam ialah kitaran ekuiti (kitaran kesaksamaan) berdasarkan model masyhur Asabiyyah (kebangkitan dan kemerosotan tamadun) Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa kemerosotan itu ekoran kesan ekonomi dan politik dan bukan agama.[39]

Pengaruh pada sains Eropah

Maklumat terperinci: Terjemahan bahasa Latin pada abad ke­12

Menyumbang pada perkembangan sains Eropah adalah pencarian utama oleh sarjana Eropah tentang pembelajaran baru yang hanya dapat ditemui di kalangan orang Islam, khususnya di al­Andalus dan Sicily. Sarjana­sarjana ini menterjemahkan teks­teks saintifik dan falsafah yang baru dari bahasa Arab ke bahasa Latin.

Salah seorang penterjemah yang produktif di Sepanyol ialah Gerard dari Cremona, yang

menterjemahkan 87 buah buku dari bahasa Arab ke bahasa Latin,[45] termasuklah On Algebra and Almucabala oleh Muhammad ibn Mūsā al­Khwārizmī, Elementa astronomica oleh Jabir ibn Aflah,[46]

On Optics oleh al­Kindi, On Elements of Astronomy on the Celestial Motions oleh Ahmad ibn

Muhammad ibn Kathīr al­Farghānī, On the Classification of the Sciences oleh al­Farabi,[47] karya­karya al­Razi tentang alkemi dan perubatan,[48] karya­karya Thabit ibn Qurra dan Hunayn ibn Ishaq,[49] dan karya­karya al­Zarqali, Banū Mūsā, Abū Kāmil Shujā ibn Aslam, Abu al­Qasim, dan Ibn al­Haytham (termasuklah Book of Optics).[45]

Karya­karya berbahasa Arab lain yang diterjemahkan ke bahasa Latin pada kurun ke­12 termasuklah karya­karya Muhammad ibn Jābir al­Harrānī al­Battānī dan Muhammad ibn Mūsā al­Khwārizmī,[46] karya­karya al­Zahrawi (antaranya al­Tasrif),[50][45] Great Sindhind oleh Muhammad al­Fazari (yang berdasarkan Surya Siddhanta dan karya­karya Brahmagupta),[51] karya­karya al­Razi dan Ibnu Sina (termasuklah Kitab Penyembuhan dan Kanun Perubatan),[52] karya­karya Ibnu Rusyd,[50] karya­karya Thabit ibn Qurra, al­Farabi, Ahmad ibn Muhammad ibn Kathīr al­Farghānī, Hunayn ibn Ishaq, dan anak saudaranya Hubaysh ibn al­Hasan,[53] karya­karya al­Kindi, Liber embadorum oleh Abraham bar Hiyya,

De Simplicibus oleh Ibn Sarabi (Serapion Junior),[50] karya­karya Qusta ibn Luqa,[54] karya­karya Maslamah Ibn Ahmad al­Majriti, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al­Balkhi, dan al­Ghazali,[45] karya­karya al­Bitruji termasuklah On the Motions of the Heavens,[55][48] ensiklopedia perubatan Ali ibn Abbas al­Majusi, The Complete Book of the Medical Art,[48] Introduction to Astrology oleh Abu

(6)

Fibonacci mempersembahkan laporan Eropah lengkap yang pertama mengenai Sistem angka Hindu­ Arab dari sumber­sumber Arab di dalam Liber Abacinya (1202).[48] Zij as­Sanjari oleh Al­Khazini diterjemahkan ke bahasa Yunani oleh Gregory Choniades pada kurun ke­13 dan dikaji di dalam

Empayar Byzantium.[59] Pembetulan astronomi terhadap model Ptolemy dibuat oleh al­Battani dan Ibnu Rusyd dan model­model bukan Ptolemy yang dihasilkan oleh Mo'ayyeduddin Urdi (Urdi lemma), Nasīr al­Dīn al­Tūsī (Ganding Tusi) dan Ibn al­Shatir kemudiannya disadur ke dalam model heliosentrik Copernicus. Hukum graviti bumi al­Kindi mempengaruhi hukum graviti cakerawala, yang pula mengilhamkan Hukum kegravitian semesta Newton. Ta'rikh al­Hind dan Kitab al­qanun al­Mas’udi

oleh Abū al­Rayhān al­Bīrūnī diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Indica dan Canon

Mas’udicus. Commentary on Compound Drugs oleh Ibn al­Nafis diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Andrea Alpago (m. 1522), yang juga mungkin menterjemahkan Commentary on Anatomy in the Canon of Avicenna tulisan Ibn al­Nafis, yang pertama kali menggambarkan peredaran paru­paru dan peredaran koronari, dan mungkin mempengaruhi Michael Servetus, Realdo Colombo dan William Harvey.[60] Terjemahan karya­karya algebra dan geometri Ibn al­Haytham, Omar Khayyám dan Nasīr al­Dīn al­Tūsī kemudiannya mempengaruhi perkembangan geometri bukan Euclid di Eropah dari kurun ke­17.[61][62]

Hayy ibn Yaqdhan tulisan Ibn Tufail diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Edward Pococke pada tahun 1671 dan ke bahasa Inggeris oleh Simon Ockley pada tahun 1708 dan menjadi "salah sebuah buku paling penting yang menandakan Revolusi Saintifik."[63] Kitab al­Jami fi al­Adwiyah al­Mufradah

tulisan Ibn al­Baitar juga mempengaruhi botani Eropah setelah ia diterjemahkan ke bahasa Latin pada tahun 1758.[64]

Kaedah saintifik

Para ahli sains Islam lebih menitikberatkan ujikaji daripada para pengkaji tamadun purba sebelum mereka (misalnya, ahli falsafah Yunani lebih cenderung kepada kerasionalan berbanding empirisisme).

[9][12] Sikap ini berpunca daripada pemerhatian empirik yang terkandung di dalam Al­Qur'an dan

Sunnah [65][66][67][68] dan kaedah ketat sejarah yang diasaskan dalam kajian hadith.[65] Justeru, para saintis Islam menggabungkan pemerhatian persis, ujikaji terkawal dan catatan yang terperinci.[12] dengan pendekatan baru terhadap siasatan saintifik, yang membawa kepada perkembangan [9] kaedah saintifk.[69] Khususnya, pemerhatian empirik Ibn Al­Haitham (Alhazen) yang tercatat di dalam bukunya berjudul Kitab Optik (1021 M) dilihat sebagai permulaan kaedah saintifik moden,[70] yang mula­mula diperkenalkan beliau kepada optik dan psikologi. Rosanna Gorini menulis:

"Mengikut kebanyakkan ahli sejarah, Al­Haitham ialah peneroka kaedah saintifik moden melalui bukunya. Dia menukar makna istilah optik dan mengasaskan ujikaji ataupun eksperimen sebagai norma pembuktian dalam bidang itu. Ujikajinya tidak berlandaskan teori­teori mujarad, tetapi berdiri di atas bukti­bukti ujikaji, dan ujikajinya teratur dan dapat diulangi."[69]

(7)

Ibn Al­Haitham, peneroka optik moden,[75] menggunakan kaedah saintifik untuk memperoleh hasil yang tercatat di dalam bukunya, Kitab Optik. Khususnya beliau menggabungkan pemerhatian, ujikaji dan hujah­hujah rasional bagi menunjukkan yang teori moden intromisinya (penyusupan) berkaitan

penglihatan, di mana pancaran cahaya dikeluarkan oleh objek dan bukannya mata, ialah betul dari segi sains, dan teori kuno yakni teori pancaran cahaya yang didokong Ptolemy dan Euclid (di mana mata memancarkan cahaya), dan teori kuno intromisi yang didokong Aristotle (di mana objek memancarkan zarah fizikal kepada mata) adalah salah kedua­duanya. [76] Diketahui umum bahawa Roger Bacon maklum akan usaha kerja Ibnu Al­Haytham.

Ibn Al­Haitham membangunkan kaedah ketat ujikaji yang menggunakan ujian saintifik terkawal bagi memastikan hipotesis teori dan mengesahkan terkaan (konjektur) induktif.[77]

Kaedah saintifik Ibn Al­Haitham sama dengan kaedah saintifik moden dengan erti kata kedua­dua mengandungi prosedur­prosedur berikut:[78]

1.  Pemerhatian

2.  Pernyataan masalah 3.  Perumusan hipotesis

4.  Pengujian hipotesis dengan ujikaji 5.  Kajian hasil ujikaji

6.  Tafsiran data dan perumusan kesimpulan 7.  Penerbitan hasil kajian

Pembangunan kaedah saintifik dianggap sangat dasar dan penting bagi sains moden dan ada beberapa pihak — ahli falsafah sains dan ahli sains — menganggap kajian­kajian alam awal sebagai "pra­

saintifik." Oleh sebab itu Ibn Al­Haitham dianggap ahli sains "pertama."[79] Di dalam bukunya berjudul

Model Pergerakan, Ibn Al­Haitham juga menggambarkan versi awal Occam's razor, di mana beliau menggunakan hipotesis minimal berkaitan sifat­sifat pergerakan cakerawala, dalam usaha beliau mengeluarkan hipotesis kosmologi yang tidak didokong oleh pemerhatian dari bumi daripada model planet beliau.[80]

Robert Briffault menulis di dalam bukunya, Pembuatan Kemanusiaan:[9]

"Hutang sains kita dengan sains Arab bukan dalam bentuk penemuan yang mengejutkan atau teori­teori revolusioner; sains berhutang lebih banyak daripada itu dengan budaya Arab, ia berhutang kewujudannya. Dunia purba, seperti yang dapat kita lihat, ialah pra­ saintifik. Ilmu falak dan matematik Yunani merupakan import asing yang tidak pernah betul­betul menyerapi kebudayaan Yunani. Orang Yunani membuat sistem,

memperumumkan dan membuat teori, akan tetapi cara penyelidikan yang sabar,

pengumpulan ilmu, kaedah rapi sains, pemerhatian terperinci dan yang memakan masa lama, penyelidikan ujikaji, kesemuanya asing kepada perangai ataupun temperamen Yunani. [...] Apa yang kita dipanggil sains timbul di Eropah hasil daripada semangat baru, cara­cara penyelidikan baharu, kaedah membuat ujikaji, pemerhatian, pengukuran, pembangunan matematik dalam bentuk yang asing kepada Yunani. Semangat dan kaedah­kaedah itu diperkenalkan kepada Eropah oleh orang Arab."

(8)

George Sarton pula menulis di dalam Pengenalan kepada Sejarah Sains:

"Kejayaan utama, dan yang paling tidak ketara, Zaman Pertengahan ialah pembetukan semangat ujikaji dan ini pada sebahagian besarnya disebabkan orang Islam hingga ke abad ke­12."[82]

Oliver Joseph Lodge menulis di dalam Peneroka­peneroka Sains:

"Hubungan efektif tunggal antara sains lama dan baharu diberikan orang Arab. Zaman Gelap (Zaman Pertengahan) merupakan lompang dalam sejarah sains di Eropah, dan selama seribu tahun tidak wujud seorang ahli sains yang ternama melainkan di dalam empayar Arab."[83]

Semakan setara

Gambaran pertama proses semakan setara yang didokumentasi dapat diketemu di dalam Etika Doktor

karya Ishaq bin Ali Al­Rahwi 854–931 M) dari Al­Raha Syria, yang menggambarkan proses pertama semakan setara perubatan. Karya beliau, serta manual perubatan Arab terkemudian, menyatakan bahawa seseorang doktor pelawat mesti membuat nota pendua tentang keadaan pesakit pada setiap lawatan. Apabila pesakit sembuh atau meninggal dunia, nota­nota doktor akan disemak oleh satu majlis terdiri daripada para doktor bagi memastikan rawatan bersesuaian telah diberikan oleh doktor dan sama ada prestasinya menepati piawai bagi penjagaan pesakit. Sekiranya semakan mereka negatif, maka doktor tersebut mungkin menghadapi tindakan undang­undang daripada pesakit yang tidak mendapat rawatan bersesuaian.[84]

Sains gunaan

Maklumat lanjut: Rekacipta di Dunia Islam Revolusi Pertanian Islam Garis masa saintis dan jurutera Muslim

Fielding H. Garrison menulis di dalam History of Medicine:

"Saracen mereka sendiri merupakan orang yang memulakan bukan sahaja algebra, kimia dan geologi, tetapi juga banyak apa yang dipanggil perbaikan peradaban, seperti lampu jalan, tingkap kaca, bunga api, alat muzik bertali, penanaman buah­buahan, minyak wangi, rempah­ratus, dll..."[13]

Dalam sains gunaan, sebilangan ketara ciptaan dan teknologi dihasilkan oleh saintis dan jurutera Muslim Zaman Pertengahan, seperti Abbas Ibn Firnas, Taqi al­Din, dan terutama sekali al­Jazari, yang dianggap sebagai seorang perintis dalam kejuruteraan moden.[85] Sebahagian ciptaan itu dipercayai berasal dari dunia Islam Zaman Pertengahan termasuklah automaton boleh atur cara,[86] kopi, sabun, syampu,

penyulingan tulen, pencecairan, penghabluran, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, penurasan, alkohol suling, asid urik, asid nitrik, alembik, aci engkol, injap, pam omboh sedut salingan, jam mekanikal yang digerakkan air dan pemberat, kunci gabungan, gebaran, gerbang runcing, skalpel, gergaji tulang, forseps, katgut pembedahan, kincir angin, inokulasi, pena, pemecahan tulisan rahsia, analisis kekerapan,

hidangan tiga peringkat, kaca berwarna dan kaca kuarza, permaidani Parsi, cek moden, glob cakerawala, roket peledak dan bom pembakar, torpedo, dan taman ria buatan.[87]

(9)

Pam sedut enjin salingan beromboh Al­Jazari.

Maklumat lanjut:Revolusi Pertanian Islam dan Geografi Islam

Pada waktu Revolusi Pertanian Islam para ahli sains Islam membuat kemajuan besar dalam bidang botani dan meletakkan asas sains

pertanian. Ahli botani dan pertanian Islam mempamerkan pengetahuan agronomi, teknik pertanian dan ekonomi termaju dalam bidang­bidang seperti meteorologi, kaji iklim, hidrologi, penggunaan tanah, dan ekonomi serta pengurusan pengusahaan pertanian. Mereka

menunjukkan pengetahuan pertanian dalam bidang­bidang seperti pedologi tanah (kajian saintifik tentang pembentukan, ciri dan penggunaan tanah), ekologi pertanian, pengairan, persiapan tanah, penanaman, pembajaan, pencantuman, pemangkasan, fitoterapi, penjagaan dan pemeliharaan kultur dan tumbuhan, dan penuaian serta pengstoran tanaman.[88]

Al­Dinawari (828­896 M) dianggap pengasas botani Arab kerana di dalam bukunya Kitab Tumbuhan, beliau menggambarkan sekurang­kurangnya 637 jenis tumbuhan dan membincangkan evolusi tumbuhan dari lahir sehingga kematian, menggambarkan fasa ketumbuhan tanaman dan fasa bunga serta buah.[89]

Pada kurun ke­13, ahli biologi Al­Andalus Abu Al­Abbas Al­Nabati memabangunkan kaedah saintifik awal bagi botani, dengan memperkenalkan teknik empirik dan bereksperimen dalam pengujian,

penggambaran dan pengenalan pelbagai materia medika, serta mengasingkan laporan yang tidak ditentusahkan daripada laporan yang disokong ujian dan pemerhatian.[90] Muridnya Ibn Al­Baitar menerbitkan Kitab al­Jami fi al­Adwiya al­Mufrada, yang dianggap himpunan botani terhebat dalam sejarah, dan merupakan bahan rujukan botani untuk waktu berkurun­kurun lamanya. Ia mengandungi butiran berkenaan sekurang­kurangnya 1,400 jenis tumbuhan, makanan, dan ubat. 300 daripada bahan yang terkandung di dalam kitab itu merupakan penemuan nya sendiri. Karya Ibn Al­Baitar berpengaruh di Eropah selepas terjemahnya ke dalam Latin dalam tahun 1758 M.[91][64]

Perubatan

Maklumat lanjut: Perubatan Islam dan Bimaristan

Para pakar perubatan Islam membuat banyak kemajuan serta sumbangan dalam bidang­bidang perubatan, termasuk anatomi, patologi, oftalmologi, sains­sains farmaseutik termasuk farmasi dan farmakologi, fisiologi dan pembedahan. Doktor­doktor Islam menubuhkan hospital khusus yang terawal sewaktu terjadinya Perang Salib, yang mengilhamkan pembinaan hospital yang sama di Eropah.[92]

Al­Kindi menulis De Gradibus, di mana beliau buat pertama kalinya menunjukkan penggunaan pengkuantitian dan matematik dalam perubatan, khususnya dalam bidang farmakologi. Ini termasuk pembangunan skala matematik bagi pengkuantitian kekuatan ubat, serta satu aturcara yang dapat

membolehkan para doktor menentukan hari­hari kritikal sesuatu penyakit dari awal.[93] al­Razi (Rhazes) (865­925 M), seorang pelopor pediatrik,[94] mencatatkan kes­kes klinikal yang ditemukan dan

memberikan catatan yang amat berguna tentang pelbagai penyakit. Bukunya Kitab Menyeluruh

berkaitan Perubatan (al­Hawi ﻱﻭﺎﺤﻟﺍ) yang memperkenalkan campak dan cacar, sangat berpengaruh di Eropah. Dalam kitab Syak terhadap Galen (Shukuk 'ala alinusor), al­Razi juga yang pertama

(10)

al­Zahrawi (Abulcasis), seorang perintis pembedahan moden.

al­Zahrawi (Abulcasis), yang dianggap pelopor pembedahan moden,[97] menulis Al­Tasrif (Kaedah Perubatan) (c. 1000 M), ensiklopedia sebesar 30 jilid yang diajarkan di sekolah­sekolah perubatan Islam dan Eropah sehingga kurun ke­17. Beliau mencipta pelbagai peralatan pembedahan, termasuk alat pertama yang khusus bagi wanita,[98] disamping kegunaan catgut dan forceps dalam pembedahan, ligatur, jarum bedah, skalpel, kuret, retraktor, sudu bedah, sound, cangkuk bedah, rod bedah, dan spekula,[99] gergaji tulang,[87] dan plaster.[100]

Pada tahun 1021 M, Ibn al­Haitham (Alhazen) membuat kemajuan penting dalam pembedahan mata, semasa beliau mengkaji dan dengan tepatnya menjelaskan jujukan penglihatan dan persepsi penglihatan buat kali pertamanya dalam buku beliau, Kitab Optik (c. 1021 M).[98]

Ibn Zuhr (Avenzoar) dianggap pelopor pembedahan bereksperimen,

[101] oleh sebab memperkenalkan kaedah ujikaji ke dalam

pemebedahan pada kurun ke­12 – beliau yang pertama menggunakan ujian terhadap binatang bagi menguji tatacara pembedahan sebelum melakukannya ke atas manusia.[73] He also performed the first dissections and postmortem autopsies on both humans as well as animals.[102]

Pada tahun 1242, Ibn al­Nafis, yang dianggap pelopor fisiologi kardiovaskular [103] merupakan yang pertama menggambarkan sistem edaran pulmonari dan edaran koronari,[104] yang menjadi asas sistem peredaran (sistem darah, pembuluh darah, limfa, dan jantung yang berkaitan dengan peredaran darah dan limfa); kerana itu beliau dianggap seorang daripada ahli fisiologi terunggul dalam sejarah.[105] Beliau juga menggambarkan konsep terawal berkaitan metabolisme,[106] dan membangunkan aturcara fisiologi dan psikologi baharu mbagi menggantikan sistem Ibnu Sina dan Galen, disamping menyangkal teori mereka tentang [[humor], Denyutan,[107] tulang, otot, usus, organ deria, hempedu kanal, esofagus, perut, dan lain­lain.[108]

Ibn al­Lubudi (1210­1267 M) menolak teori Empat Humor yang disokong Galen dan Hippocrates, menemukan hakikat bahawa tubuh dan pemeliharaannya bergantung secara ekslusif pada darah, menolak idea Galen bahawa wanita dapat mengeluarkan sperma, dan menemukan bahawa pergerakan arteri tidak bergantung pada pergerakan jantung, bahawa jantung ialah oragn pertama yang terbentuk di dalam tubuh janin (dan bukannya otak seperti dikatakan Hippocrates), dan tulang yang membentuk tengkorak dapat menjadi tumor.[109]

Tashrih al­badan (Anatomi tubuh badan) karya Mansur ibn Ilyas (c. 1390 M) mengandungi rajah­rajah lengkap berkaitan sistem struktur tubuh, saraf dan peredaran darah.[110] Semasa berlakunya plag

bubonik (Black Death) di Al­Andalus dalam kurun ke­14, Ibn Khatima and Ibn al­Khatib memberi hipotesis bahawa penyakit berjangkit disebabkan "entiti yang menular" yang memasuki tubuh badan manusia.[111]

(11)

(perubatan) oleh Ammar ibn Ali al­Mawsili di [[Iraq} dalam abad kesembilan, farmasi di Baghdad (754 M), perbezaan antara perubatan dengan farmasi pada kurun ke­12, dan penemuan sekurang­kurangnya 2,000 bahan perubatan dan kimia.[112]

Ibnu Sina yang merupakan perintis perubatan ujikaji dan juga merupakan seorang pemikir dan cendiakawan perubatan yang berpengaruh,[92] menulis Kanun Perubatan (1025) dan Kitab

Penyembuhan (1027) yang kekal sebagai buku teks standard di universiti­universiti Islam dan Eropah sehingga kurun ke­17. Sumbangan­sumbangan Ibnu Sina termasuklah pengenalan pengujikajian dan pengkuantitian yang sistematik ke dalam kajian fisiologi,[113] penemuan tabiat berjangkit penyakit berjangkit, pengenalan kuarantin untuk mengekang penyebaran penyakit berjangkit, pengenalan perubatan ujikaji,[114] perubatan berasaskan bukti, percubaan klinikal,[115] percubaan terkawal

rawak,[116][117] ujian­ujian kemujaraban,[118][119] dan farmakologi klinikal,[120] kepentingan dietetik dan pengaruh iklim dan persekitaran terhadap kesihatan,[121] pembezaan mediastinitis daripada pleurisi, tabiat berjangkit ftisis dan batuk kering, penyebaran penyakit menerusi air dan tanah, dan gambaran teliti pertama masalah­masalah kulit, penyakit bawaan seks, sumbaleweng, dan penyakit saraf,[92] dan juga penggunaan ais untuk merawat demam, dan pemisahan perubatan daripada farmakologi yang penting bagi perkembangan sains farmatikal.[98]

Sains Formal

Ilmu mantik

Syariat Islam terawal mementingkan piawai merumuskan hujah, yang membangkitkan pendekatan baru kepada ilmu mantik dalam ilmu kalam, tetapi pendekatan ini kemudiannya dipengaruhi oleh idea­idea daripada falsafah Yunani dan falsafah Hellenistik dengan kebangkitan ahli­ahli agama Muktazilah yang memandang tinggi Organon Aristotle. Karya­karya ahli­ahli falsafah Islam yang dipegaruhi Hellenistik menjadi penentu dalam penerimaan ilmu mantik Aristotle di Eropah pada Zaman Pertengahan, bersekali dengan ulasan­ulasan Ibnu Rusyd terhadap Organon. Karya­karya al­Farabi, Ibnu Sina, al­Ghazali dan ahli­ahli ilmu mantik Muslim lain yang sering mengkritik dan membetulkan ilmu mantik Aristotle dan memperkenalkan bentuk ilmu mantik mereka sendiri, juga memainkan peranan utama dalam

perkembangan berikutnya ilmu mantik Eropah pada Zaman Pertengahan.

Ilmu mantik Islam bukan sahaja melibatkan kajian corak rasmi kesimpulan dan kesahannya tetapi juga unsur­unsur falsafah bahasa dan unsur­unsur epistemologi dan metafizik. Disebabkan pertikaian dengan ahli tatabahasa bahasa Arab, ahli falsafah Islam sangat berminat mencari hubungan antara ilmu mantik dan bahasa, dan mereka menumpukan banyak perbahasan tentang persoalan isi dan matlamat ilmu mantik yang berkaitan dengan taakulan dan ucapan. Dalam bidang analisis mantik formal, mereka menghuraikan teori istilah, dalil dan silogisme. Mereka menganggap silogisme menjadi bentuk yang semua penghujahan rasional dapat dikurangkan, dan mereka memandang teori silogistik sebagai titik fokus ilmu mantik. Sehinggakan puitika dianggap sebagai seni silogistik pada sebahagian gaya oleh ramai ahli mantik Islam utama.

Perkembangan penting yang dilakukan oleh ahli­ahli ilmu mantik Muslim termasuklah perkembangan "ilmu mantik Ibnu Sina" sebagai pengganti ilmu mantik Aristotle. Sistem mantik Ibnu Sina

(12)

Al­Khawarizmi, seorang perintis algebra dan algoritma.

jenis persoalan. Dari kurun ke­12, di sebalik kecanggihan mantik al­Ghazali, kebangkitan mazhab Ash'ari pada lewat Zaman Pertengahan secara perlahan­lahan membataskan karya asal mengenai ilmu mantik di dunia Islam, meskipun ia berterusan hingga kurun ke­15.

Matematik

John J. O'Connor and Edmund F. Robertson menulis di dalam

MacTutor History of Mathematics archive:

"Kajian terkini melakarkan gambaran baru hutang kita terhadap matematik Islam. Tidak syak lagi banyak idea yang sebelumnya dianggap menjadi tanggapan baru yang bijak disebabkan oleh ahli­ahli matematik Eropah kurun ke­16, 17 dan 18 kini diketahui dikembangkan oleh ahli­ ahli matematik Arab/Islam kira­kira empat kurun lebih awal."[127]

Al­Khawarizmi (780­850), yang terbit daripada namanya perkataan algoritma, banyak menyumbang pada algebra, yang dinamakan menurut bukunya, Kitab al­Jabr, buku pertama mengenai algebra permulaan.[128] Beliau juga memperkenalkan apa yang kini dikenali sebagai angka Arab, yang pada asalnya datang dari India, meskipun ahli­ahli matematik Muslim membuat beberapa perbaikan bagi sistem nombor itu, seperti pengenalan notasi titik perpuluhan. Al­Kindi (801­873)

merupakan seorang perintis dalam pemecahan tulisan rahsia dan

kriptologi. Beliau memberi penjelasan bercatatan yang pertama diketahui mengenai pemecahan tulisan rahsia dan analisis kekerapan di dalam A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages.[129][130]

Pembuktian oleh aruhan bermatematikaan yang pertama diketahui muncul di dalam sebuah buku yang ditulis Al­Karaji sekitar tahun 1000 M, yang menggunakannya membuktikan teorem binomial, segitiga Pascal dan hasil tambah kubus kamiran.[131] Sejarawan matematik, F. Woepcke,[132] memuji al­Karaji sebagai "orang pertama memperkenalkan teori kalkulus algebra." Ibn al­Haitham merupakan ahli

matematik pertama yang menerbitkan formula bagi hasil tambah kuasa empat, dan menggunakan kaedah aruhan, beliau mengembangkan kaedah untuk menentukan formula am bagi hasil tambah sebarang kuasa kamiran, yang merupakan asas kepada perkembangan kalkulus kamiran.[133] Ahli matematik dan

penyair kurun ke­11 Omar Khayyám merupakan orang pertama yang mencari penyelesaian geometri am bagi persamaan kuasatiga dan meletakkan batu asas bagi perkembangan geometri analisaan, geometri aljabar dan geometri bukan Euclid. Sharaf al­Din al­Tusi (1135­1213) menemui penyelesaian aljabar dan berangka bagi persamaan kuasatiga dan merupakan orang pertama yang menjumpai terbitan polinomial kubus, satu hasil penting dalam kalkulus pembezaan.[134]

(13)

Nasir al­Din Tusi adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang yang menyelesaikan masalah penting pada sistem Ptolemy dengan Ganding Tusi, yang memainkan suatu peranan penting pada Heliosentrisme Copernicus.

Sains Semula jadi

Astrologi

Astrologi Islam, dalam bahasa Arab ilm al­nujum ialah kajian tentang langit oleh Muslim terawal. Di dalam sumber­sumber berbahasa Arab terawal, ilm al­nujum digunakan untuk merujuk kepada

astronomi dan astrologi. Bagaimana pun, di dalam sumber­sumber Zaman Pertengahan, perbezaan yang jelas diletakkan antara ilm al­nujum (ilmu bintang) atau ilm al­falak (ilmu bebola cakerawala) yang merujuk pada astrologi, dan ilm al­haya (ilmu lembaga cakerawala) yang merujuk pada astronomi. Kedua­dua bidang itu berakar umbi pada tradisi­tradisi Yunani, Parsi dan India. Di sebalik kritikan berterusan terhadap astrologi oleh ahli sains dan ulama, ramalan astrologi memerlukan pengetahuan saintifik tepat yang agak banyak dan oleh itu memberikan galakan separa bagi kajian dan perkembangan astronomi.

Perbezaan semantik pertama antara astronomi dan astrologi diberi oleh al­Biruni pada kurun ke­11, meskipun beliau sendiri menyangkal kajian astrologi.[137] Kajian astrologi juga disangkal oleh ahli astronomi Muslim lain pada masa itu termasuklah al­Farabi, Ibn al­Haitham, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Sebab mereka menyangkal astrologi adalah disebabkan kaedah yang digunakan ahli astrologi lebih kepada tekaan berbanding empirik dan juga disebabkan pandangan ahli astrologi bercanggah dengan ajaran Islam yang ortodoks.[138]

Ilmu falak

Lihat juga: Balai cerap Maragheh, Balai cerap Istanbul al­Din, Senarai ahli falak Islam, dan Senarai nama bintang Arab

Dalam astronomi, karya­karya ahli astronomi Yunani­Mesir Ptolemy, terutamanya Almagest, dan karya India Brahmagupta, diperhalusi bertahun­ tahun oleh ahli­ahli astronomi Muslim. Jadual­jadual astronomi Al­

Khawarizmi dan Maslamah Ibn Ahmad al­Majriti menjadi sumber

maklumat yang penting bagi pemikir­pemikir Eropah yang diLatinkan untuk menemui kembali karya­karya astronomi, yang tidak menggalakkan minat meluas terhadap astrologi.

Pada kurun ke­11, ahli­ahli astronomi Muslim mula mempersoalkan sistem Ptolemy, bermula dengan Ibn al­Haytham, dan mereka adalah orang

pertama yang menjalankan ujikaji lanjut berkaitan dengan fenomena astronomi, bermula dengan pengenalan kaedah secara ujikaji kepada astronomi oleh al­Biruni.[139] Ramai daripada mereka membuat perubahan dan pembetulan dalam model Ptolemy dan mencadangkan model­model alternatif bukan Ptolemy dalam rangka geosentrisme. Khususnya,

pembetulan dan kritikan al­Battani, Ibn al­Haitham, dan Ibnu Rusyd, dan model­model bukan Ptolemy ahli­ahli astronomi Maragheh, Nasir al­Din al­ Tusi (Ganding Tusi), Mo'ayyeduddin Urdi (Urdi lemma), dan Ibn al­Shatir, yang kemudiannya disesuaikan ke dalam model heliosentrisme

(14)

Jabir ibn Hayyan (Geber) adalah seorang polymath yang dianggap seorang peneroka kimia dan minyak wangi.

Sumbangan lain daripada ahli astronomi Muslim termasuklah al­Biruni yang mengagak bahawa galaksi Bima Sakti adalah satu kumpulan banyak bintang Nebula[139], perkembangan model planet tanpa sebarang epikitar oleh Ibn Bajjah,[143] penulisan optik Ibnu al­Haitsam yang meletakkan batu asas bagi perkembangan astronomi teleskop di Eropah kemudiannya,[144] perkembangan astrolab sejagat,[145] ciptaan banyak peralatan astronomi yang lain, sambungan siasatan terhadap pergerakan planet, penemuan Ja'far Muhammad ibn Mūsā ibn Shākir bahawa jasad samawi dan sfera cakerawala adalah terikat pada hukum fizik yang sama dengan bumi,[146] ujikaji lanjut yang pertama berkaitan fenomena astronomi dan perbezaan semantik yang pertama antara astronomi dan astrologi oleh al­Biruni,[137] penggunaan pencerapan empirik yang tepat dan teknik­teknik ujikaji,[147] penemuan Ibn al­Haitsam bahawa sfera cakerawala adalah tidak bersifat pepejal dan bahawa langit adalah kurang tumpat berbanding udara,[148] pemisahan falsafah tabi'i daripada astronomi oleh Ibn al­Haitsam[149] dan al­ Qushji,[142] penolakan terhadap model Ptolemy berdasarkan empirik berbanding falsafah oleh Ibn al­ Shatir,[5] dan bukti cerapan empirik yang pertama mengenai putaran bumi oleh al­Tusi and al­

Qushji.[142] Beberapa ahli astronomi Muslim juga membincangkan kemungkinan model heliosentrisme dengan orbit elipsis,[150] seperti Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al­Balkhi, Ibn al­Haitham, al­ Biruni, al­Sijzi, 'Umar al­Katibi al­Qazwini, dan Qutb al­Din al­Shirazi.[151]

Kimia

Maklumat terperinci: Reka cipta dalam dunia Islam

Ahli kimia kurun ke­9, Jabir ibn Hayyan dianggap sebagai perintis kimia,[152][153][87] kerana memperkenalkan kaedah ujikaji terawal bagi kimia, dan juga alembik, radas penyulingan, retort, penyulingan tulen, pencecairan, penghabluran, penulenan, pengoksidaan, pemeluwapan, dan penurasan.[87]

Al­Kindi merupakan orang pertama yang menyangkal kajian alkimia tradisional dan teori transmutasi logam,[154] followed by Abū Rayhān al­Bīrūnī, diikuti oleh al­Biruni,[155] Ibnu Sina,[156] dan Ibn Khaldun. Ibnu Sina juga mencipta penyulingan stim dan menghasilkan minyak pati yang pertama, yang membawa pada perkembangan terapi aroma. Al­Razi merupakan orang pertama menyuling petroleum, mencipta kerosin dan lampu gasolin, buku sabun dan resipi moden bagi pembuatan sabun, dan antiseptik. Di dalam bukunya al­shukuk ala jalinius, al­Razi juga merupakan orang pertama yang membuktikan bahawa teori unsur klasik Aristotle dan teori humorisme Galen adalah salah menerusi kaedah ujikaji.[95] Pada kurun ke­13, Nasīr al­Dīn al­Tūsī menyatakan versi terawal hukum pengabadian jisim, yang

menyebutkan bahawa sesuatu jasad jirim mampu berubah, tetapi tidak mampu menghilang.[157]

Will Durant menulis di dalam The Story of Civilization IV: The Age of Faith:

(15)

teliti. Mereka mencipta dan menamakan alembik (al­anbiq), bahan yang dianalis secara kimia yang tidak terkira banyaknya, jauhari tenang, alkali dan asid yang unggul, menyiasat kesamaannya, mengkaji dan menghasilkan ratusan dadah. Alkimia, yang diwarisi daripada Mesir, menyumbang pada kimia dengan ribuan penemuan sampingan, dan dengan

kaedahnya yang merupakan paling saintifik dalam semua operasi pada Zaman Pertengahan."[12]

George Sarton menulis di dalam Introduction to the History of Science:

"Kita dapati di dalam penulisannya (Jabir ibn Hayyan) pandangan­pandangan kukuh yang luar biasa mengenai kaedah­kaedah kajian kimia, teori tentang pembentukan geologi logam (enam logam berbeza secara asasnya disebabkan nisbah sulfur dan merkuri yang berbeza di dalamnya); penyediaan pelbagai bahan (misalnya serusit asas, arsenik dan antimoni

daripada sulfidanya)."[139]

Sains Bumi

Maklumat terperinci: Revolusi Pertanian Islam

Saintis Muslim membuat sejumlah sumbangan pada sains bumi. Al­Kindi merupakan orang pertama yang memperkenalkan pengujikajian kepada sains bumi.[71] Al­Biruni dianggap sebagai perintis geodesi kerana sumbangan pentingnya kepada lapangan itu,[158][159] bersama­sama sumbangan signifikannya kepada geografi dan geologi.

Di kalangan tulisan beliau tentang geologi, al­Biruni menulis yang berikut tentang geologi India:

"Tetapi jika kamu lihat tanah di India dengan mata kamu sendiri dan memikirkan tabiatnya, jika kamu fikirkan batu­batu bulat yang ditemui di bumi sedalam mana pun kamu gali, batu­ batu yang besar berdekatan gunung dan tempat sungai mempunyai aliran kuat: batu­batu bersaiz lebih kecil berada pada jarak yang lebih jauh daripada gunung dan tempat arus mengalir dengan lebih perlahan: batu­batu yang kelihatan berdebu pasir di tempat arus mula menguncup berhampiran mulutnya dan berhampiran laut ­ jika kamu fikirkan semua ini, kamu cuma dapat memikirkan bahawa India pada suatu ketika dahulu adalah sebuah laut, yang sedikit demi sedikit dipenuhi dengan lanar arus."[160]

John J. O'Connor and Edmund F. Robertson menulis di dalam MacTutor History of Mathematics archive:

"Beliau memperkenalkan teknik mengukur bumi dan di atasnya menggunakan penyegitigaan. Beliau mendapati jejari bumi adalah 6339.6 km, satu nilai yang tidak

diperolehi di dunia Barat sehinggalah kurun ke­16. Kanun Mas'udinya mengandungi sebuah jadual yang memberikan koordinat 600 buah tempat, hampir kesemuanya yang beliau miliki pengetahuan terus."[72]

Fielding H. Garrison menulis di dalam History of Medicine:

"Orang Islam mereka sendiri adalah orang yang memulakan bukan sahaja algebra, kimia dan geologi, tetapi juga banyak apa yang dipanggil pembaikan atau penghalusan

peradaban..."

(16)

Sehelai halaman manuskrip Ibn Sahl yang memaparkan penemuannya dalam hukum pembiasan (Hukum Snell).

"Kita dapati di dalam penulisannya (Jabir ibn Hayyan) pandangan­pandangan kukuh yang luar biasa mengenai kaedah­kaedah kajian kimia, teori tentang pembentukan geologi logam (enam logam berbeza secara asasnya disebabkan nisbah sulfur dan merkuri yang berbeza di dalamnya)..."[139]

Dalam geologi, Ibnu Sina membuat hipotesis mengenai dua sebab gunung di dalam Kitab Penyembuhan

(1027) dan mengembangkan hukum tindanan dan konsep Uniformitarianisme.[161][162] Dalam kartografi, peta Piri Reis yang dilukis oleh ahli kartografi Uthmaniyyah Piri Reis pada tahun 1513, merupakan salah satu peta dunia terawal yang memasukkan Amerika, dan mungkin yang pertama memasukkan Antartika. Peta dunia beliau dianggap paling tepat pada kurun ke­16.

Karya­karya terawal yang diketahui membicarakan environmentalisme dan sains alam sekitar,

terutamanya pencemaran, adalah karya­karya berbahasa Arab yang ditulis oleh al­Kindi, al­Razi, Ibn Al­ Jazzar, al­Tamimi, al­Masihi, Ibnu Sina, Ali ibn Ridwan, Abdul latif, dan Ibn al­Nafis. Karya­karya mereka mencakupi sebilangan subjek berkaitan pencemaran seperti pencemaran udara, pencemaran air, pemalaan tanah, salah pengendalian sisa pepejal bandaran, dan penilaian kesan alam sekitar bagi

kawasan­kawasan tertentu.[163] Cordoba di al­Andalus juga mempunyai kemudahan bekas sisa dan pelupusan sisa yang pertama bagi kutipan sampah.[164]

Fizik

Maklumat terperinci: Kitab Optik

Dalam bidang optik bagi fizik, Ibn Sahl (c. 940­1000), seorang ahli matematik dan ahli fizik yang berhubungan dengan istana di Baghdad, menulis sebuah karya yang berjudul Tentang Cermin dan Kanta yang Membakar pada tahun 984 yang di dalamnya beliau menjelaskan pemahamannya tentang bagaimana cermin melengkung dan kanta membiaskan dan menumpukan cahaya. Ibn Sahl kini dianggap orang pertama yang menemui hukum pembiasan, yang biasanya dipanggil Hukum Snell.[165][166] Beliau menggunakan hukum ini untuk mencipta bentuk­bentuk kanta yang memfokuskan cahaya tanpa penyimpangan geometri, yang dikenali sebagai kanta asfera.

Ibn al­Haitham (965­1039), yang dianggap perintis optik dan kaedah saintifik, telah mengembangkan teori umum tentang cahaya dan optik di dalam Kitab Optiknya yang menjelaskan mengenai penglihatan, dengan menggunakan geometri dan anatomi, dan menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang diterangi pada objek memancarkan sinar cahaya pada setiap arah, tetapi hanya satu sinar dari setiap titik, yang mengenai mata secara serenjang, dapat dilihat. Sinar­sinar lain mengenai pada

(17)

moden. Kitab Optiknya kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Latin, dan dibariskan bersama

Philosophiae Naturalis Principia Mathematica tulisan Isaac Newton sebagai salah satu buku yang paling berpengaruh dalam sejarah fizik,[167] kerana memulakan revolusi dalam optik[18] dan tanggapan penglihatan.[19]

Ibnu Sina (980­1037) bersetuju bahawa kelajuan cahaya adalah terbatas, kerana beliau "memerhatikan bahawa jika tanggapan cahaya adalah disebabkan pemancaran sebahagian partikel oleh sumber yang berkilau, kelajuan cahaya pastinya terbatas."[168] Al­Biruni (973­1048) juga bersetuju bahawa cahaya berkelajuan terbatas, dan beliau merupakan orang pertama menemui bahawa kelajuan cahaya adalah lebih pantas daripada kelajuan bunyi.[72] Qutb al­Din al­Shirazi (1236­1311) dan Kamāl al­Dīn al­Fārisī (1260­1320) memberikan penjelasan betul yang pertama tentang fenomena pelangi.[169]

Dalam ilmu mekanik, Ja'far Muhammad ibn Mūsā ibn Shākir (800­873) dari Banū Mūsā membuat hipotesis bahawa jasad samawi dan sfera cakerawala addalh terikat pada hukum fizik yang sama dengan bumi,[146] dan dalam Pergerakan Bintang dan Daya Tarikan, beliau juga membuat hipotesis bahawa terdapat daya tarikan antara jasad samawi.[170] Al­Biruni, dan kemudiannya al­Khazini,

mengembangkan kaedah saintifik bersifat ujikaji bagi ilmu mekanik, khususnya bidang­bidang statik dan dinamik, terutamanya untuk menentukan berat bandingan, seperti yang berasaskan teori

keseimbangan dan penimbangan. Ahli fizik Muslim menyatukan statik dan dinamik menjadi sains mekanik, dan mereka menggabungkan bidang­bidang hidrostatik dengan dinamik untuk melahirkan hidrodinamik. Mereka menggunapakai teori­teori teknik nisbah dan sangat kecil matematik, dan memperkenalkan teknik algebra dan pengiraan yang sangat baik kepada bidang statik. Mereka juga membuat teori pusat graviti dan menggunapakainya kepada jasad tiga dimensi. Mereka juga

mengasaskan teori tuil ponderable dan mencipta "sains graviti" yang kemudiannya dikembangkan dengan lebih lanjut di Eropah pada Zaman Pertengahan.[171] Al­Biruni juga membuat teori bahawa pecutan berkait dengan pergerakan tak seragam.[72]

Dalam ilmu mekanik, Ibn al­Haitham membincangkan teori tarikan antara jisim, dan kelihatannya bahawa beliau sedar akan magnitud pecutan adalah disebabkan graviti, dan beliau menyatakan bahawa jasad samawi "adalah tertakluk pada hukum fizik".[172] Ibn al­Haitham juga jelas menyatakan bahawa hukum inersia apabila beliau menyatakan bahawa suatu jasad sentiasa bergerak melainkan satu daya luar menghentikan atau mengubah arah pergerakannya.[77] Beliau juga mengembangkan konsep

momentum,[173] meskipun beliau tidak menyatakan kuantiti konsep ini secara matematik. Ibnu Sina (980­1037) mengembangkan konsep momentum, dengan merujuk daya pendorong sebagai berkadaran dengan berat kali halaju.[174] Teori beliau mengenai pergerakan juga selari dengan konsep inersia dalam mekanik klasik.[174]

Pada tahun 1121, al­Khazini, di dalam Buku Timbangan Pintar, mencadangkan bahawa graviti dan tenaga keupayaan graviti sesuatu jasad berbeza bergantung pada jaraknya dari pusat bumi,[175] dan dalam statik, beliau dengan jelas membezakan antara daya, jisim dan berat.[176] Ibn Bajjah (m. 1138) berhujah bahawa terdapat daya tindak balas bagi setiap daya yang digunakan,[177] meskipun beliau tidak merujuk daya tindak balas itu setara dengan daya yang digunakan.[178] Teori beliau tentang pergerakan memberi pengaruh penting kepada saintis terkemudian seperti Galileo Galilei.[179] Hibat Allah Abu'l­ Barakat al­Baghdadi (1080­1165) menulis satu kritikan terhadap fizik Aristotle yang berjudul al­

(18)

pecutan.[180] Beliau juga menggambarkan pecutan sebagai kadar perubahan halaju.[181] Ibn Rusyd (1126–1198) mentakrifkan dan mengukur daya sebagai "kadar pada kerja dilakukan untuk mengubah keadaan kinetik suatu jasad material"[182] dan dengan betul berhujah "bahawa kesan dan ukuran daya berubah pada keadaan kinetik suatu jisim rintangan secara material."[183] Pada awal kurun ke­16, al­ Birjandi mengembangkan hipotesis yang serupa dengan "inersia membulat."[142] Perkembangan dalam mekanik oleh orang Islam meletakkan batu asas bagi perkembangan mekanik klasik kemudiannya di Eropah awal moden.[184]

Zoologi

Maklumat terperinci: Perubatan Islam dan Falsafah Islam Terawal

Dalam bidang zoologi bagi biologi, ahli biologi Muslim mengembangkan teori mengenai evolusi yang diajarkan secara meluas di madrasah­madrasah Islam pada Zaman Pertengahan. John William Draper, yang sezaman dengan Charles Darwin, menganggap "teori evolusi pengikut Muhammad" dikembangkan "lebih jauh daripada yang kita terdorong untuk lakukan, yang hinggakan menjangkaui benda­benda bukan organik atau galian." Menurut al­Khazini, idea mengenai evolusi tersebar di kalangan "orang awam" di dunia Islam pada kurun ke­12.[185]

Ahli biologi Muslim pertama yang mengembangkan teori mengenai evolusi adalah al­Jahiz (781­869). Beliau menulis kesan­kesan alam sekitar ke atas kemungkinan haiwan untuk bertahan, dan beliau orang pertama yang menggambarkan perjuangan untuk kewujudan.[186][187] Al­Jahiz juga orang pertama yang membincangkan rantai makanan,[188] dan juga penyokong terawal fahaman penentuan alam sekitar, yang berhujah bahawa persekitaran dapat menentukan ciri­ciri fizikal penghuni komuniti tertentu dan bahawa asal warna kulit manusia yang berbeza­beza adalah hasil daripada persekitaran itu.[189]

Ibn al­Haitham menulis sebuah buku yang di dalamnya beliau berhujah tentang evolutionisme

(walaupun bukan pemilihan semulajadi), dan ramai cendekiawan dan saintis Muslim lain, seperti Ibn Miskawayh, Persaudaraan Suci, al­Khazini, Abū Rayhān al­Bīrūnī, Nasir al­Din Tusi, dan Ibn Khaldun, membincangkan dan mengembangkan ideaa­idea ini. Diterjemahkan ke bahasa Latin, karya­karya ini mula muncul di Barat selepas Renaissance dan kelihatannya memberi kesan pada sains Barat.

al­Fawz al­Asghar tulisan Ibn Miskawayh dan Surat­surat Persaudaraan Suci oleh Persaudaraan Suci mengungkapkan idea­idea evolusi mengenai bagaimana spesis berevolusi daripada jirim, kepada wap, dan kemudian air, kemudian galian, kemudian tumbuhan, kemudian binatang, kemudian beruk, dan kemudian manusia. Karya­karya ini dikenali di Eropah dan kemungkinan mempengaruhi

Darwinisme.[190]

Sains masyarakat

Maklumat terperinci: Ekonomi Islam sedunia dan Historiografi Islam awal

Sosiologi dan Antropologi

(19)

Ibn Khaldun, dianggap seorang pelopor beberapa sains masyarakat seperti demografi, ilmu ekonomi, sosiologi, historiografi, sejarah budaya dan falsafah sejarah.

Fail:Rhazes.jpg

Al­Razi, seorang perintis pediatrik, membuat kemajuan signifikan dalam psikiatri dan menulis teks terawal tentang psikoterapi, kesihatan mental dan gangguan mental.

dengan tradisi bangsa­bangsa lain.[191] Al­Biruni juga dipuji oleh beberapa orang cendekiawan kerana antroplogi Islamnya.[192] Al­Biruni juga dianggap sebagai perintis kaji India.[193] Al­Saghani (m. 990) menulis beberapa ulasan terawal tentang sejarah sains, yang memasukkan perbandingan antara

pendekatan yang lebih teori bagi "generasi kuno" (termasuklah Mesir Purba, Babylon, Yunani dan India) dengan pendekatan yang lebih bersifat ujikaji bagi "cendekiawan

kini" (ahli sains Muslim pada zaman beliau).[194] Al­Muqaddasi (l. 945) juga membuat sumbangan kepada sains sosial.

Ibn Khaldun (1332­1406) dianggap sebagai pelopor beberapa sains sosial[195] seperti demografi,[196] sejarah kebudayaan,[197] historiografi,[198] sejarah falsafah,[199] sosiologi,[196][199] dan ilmu ekonomi.[200][201] Beliau terkenal dengan Muqaddimahnya. Sebahagian idea yang diperkenalkan beliau di dalam

Muqaddimah termasuklah falsafah sosial, modal sosial, jaringan sosial, dialektik, keluk Laffer, kaedah sejarah, bias sistemik, jatuh bangun tamadun, gelung suap balik, teori sistem dan tanggungjawab sosial korporat. Beliau juga memperkenalkan kaedah saintifik ke dalam sains sosial.[74]

Franz Rosenthal menulis di dalam History of Muslim Historiography:

"Historiografi Muslim pada setiap masa disatukan oleh ikatan erat dengan perkembangan umum kesarjanaan dalam Islam, dan kedudukan pengetahuan sejarah dalam pendidikan Muslim telah memberikan pengaruh muktamad ke atas tahap intelektual penulisan sejarah.... Orang Islam mencapai kemajuan yang pasti melangkaui penulisan sejarah terdahulu dalam pemahaman sosiologi sejarah dan pensisteman historiografi. Perkembangan penulisan sejarah moden kelihatan diperoleh dengan sangat pantas dan berisi menerusi pengunaan kesusasteraan Muslim yang

membolehkan sejarawan barat, dari kurun ke­17 ke atas, melihat bahagian dunia yang luas melalui kacamata asing. Historiografi Muslim membantu secara tidak langsung dan sederhana membentuk pemikiran sejarah masa kini."[202]

Psikologi

"Psikologi Islam"[203] atau Ilm­al Nafsiat[204] refers to the study of the

Nafs ("self" or "psyche") merujuk pada kajian Nafs ("diri" atau

"psyche")[205] dalam dunia Islam dan merangkumi "aneka jenis topik termasuk qalb (hati), ruh (roh), aql (akal) dan iradah (kehendak)."[204] Al­Kindi merupakan orang pertama yang menjalankan ujikaji dengan terapi muzik,[206] dan Ali ibn Sahl Rabban al­Tabari merupakan orang pertama yang mengamalkan 'al­‘ilaj al­nafs ("psikoterapi").[207] Konsep al­tibb al­ruhani ("kesihatan spiritual") dan "kebersihan

(20)

gangguan neurotik, dan menunjukkan dengan terperinci bagaimana terapi kognitif rasional dan spiritual dapat digunakan untuk merawat setiap gangguan yang dikelaskannya."[207] Al­Razi membuat kemajuan signifikan dalam psikiatri di dalam teks penting beliau El­Mansuri dan Al­Hawi, yang menyampaikan takrifan, gejala dan rawatan bagi penyakit mental dan masalah berkaitan kesihatan mental. Beliau mengadakan wad psikiatri di hospita Baghdad. Institusi sebegitu tidak mungkin wujud di Eropah pada masa itu kerana ketakutan terhadap rasukan syaitan.[208]

Al­Farabi menulis karya pertama mengenai psikologi sosial dan mengendalikan kajian kesedaran.[207] Di al­Andalus, al­Zahrawi merintis pembedahan saraf, manakala Ibn Zuhr memberi gambaran tepat yang pertama tentang gangguan neurologi dan menyumbang pada neurofarmakologi, dan Ibn Rusyd

mencadangkan kewujudan penyakit Parkinson.[209] Ali ibn Abbas al­Majusi membincangkan "hubungan antara kejadian psikologi tertentu dengan perubahan fisiologi di dalam badan",[205] manakala Ibnu Sina meramalkan ujian asosiasi perkataan,[208] membincangkan neuropsikiatri di dalam Kanun

Perubatan,[210] dan menggambarkan ujikaji fikiran yang pertama tentang kesedaran diri dan sifat malu.[211]

Ibn al­Haitham dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pelopor psikologi ujikaji,[212] disebabkan hasil kerja ujikajinya tentang psikologi tanggapan penglihatan di dalam Kitab Optik,[213] yang beliau

merupakan ahli sains pertama yang berhujah bahawa penglihatan berlaku di dalam otak, berbanding di mata. Beliau menegaskan bahawa pengalaman perseorangan memberi kesan kepada apa yang orang lihat dan bagaimana mereka lihat, dan bahawa penglihatan dan tanggapan adalah subjektif.[213] He was also the first to combine physics and psychology to form psychophysics, and his investigations and

experiments on psychology and visual perception included sensation, variations in sensitivity, sensation of touch, perception of colours, perception of darkness, the psychological explanation of the moon illusion, and binocular vision. Beliau juga orang pertama yang menggabungkan fizik dan psikologi untuk membentuk psikofizik, dan penyiasatan dan ujikajinya tentang psikologi dan tanggapan

penglihatan termasuklah deria rasa, variasi kepekaan, deria rasa sentuhan, tanggapan warna, tanggapan kegelapan, penjelasan psikologi tentang ilusi bulan, dan penglihatan dwimata.[212] Al­Biruni juga merupakan perintis psikologi ujikaji, kerana beliau orang pertama yang menggambarkan konsep masa tindakbalas secara empirik.[214]

Pensejarahan Sains Islam

Lihat juga: Islam dan sains, Pensejarahan Islam terawal, dan Sosiologi Muslim terawal

Sejarah sains di dunia Islam, seperti semua sejarah, dipenuhi dengan persoalan pentafsiran. Sejarawan sains secara umumnya menganggap kajian sains Islam, seperti semua sejarah, semestinya dilihat dalam keadaan masa dan tempat tertentu. A. I. Sabra membuka gambaran keseluruhan mutakhir mengenai sains Arab dengan menyatakan, "Saya percaya tiada seorang pun akan ingin mencabar kenyataan bahawa semua sejarah adalah sejarah tempatan ... dan sejarah sains tidak terkecuali."[215]

Sesetengah cendekiawan mengelak pendekatan sejarah tempatan sebegitu dan berusaha mengenalpasti hubungan asas antara Islam dan sains yang terpakai pada semua masa dan tempat. Ahli fizik Pakistan, Pervez Hoodbhoy, menggambarkan "kefanatikan keagamaan menjadi hubungan dominan agama dan sains dalam Islam". Ahli sosiologi Toby Huff mendakwa bahawa Islam kekurangan "pandangan

(21)

sejarawan sains Iran, Seyyed Hossein Nasr melihat hubungan yang lebih positif dalam "sains Islam yang bersifat spiritual dan antisekular" yang "menunjukkan jalan kepada 'sains Islam' yang baru yang

mengelakkan kesilapan sains Barat yang menyahmanusiakan dan menyahspiritual."[216][217]

Nasr mengenalpasti satu pendekatan yang jelas Muslim terhadap sains, yang mengalir dari ketauhidan Islam dan larangan agama yang berkaitan terhadap penggambaran imej terukir. Dalam sains, ini

terpantul dalam ketidak minatan falsafah dalam menggambarkan objek material tersendiri, sifat­sifat dan ciri­cirinya, dan sebaliknya urusan dengan ideal, bentuk Plato yang wujud di dalam jirim sebagai

ungkapan kehendak Maha Pencipta. Oleh itu, seseorang dapat "melihat mengapa matematik begitu kuat menarik hati orang Islam: sifat abstraknya melengkapi jambatan yang dicari orang Islam antara

kepelbagaian dan kesatuan."[218]

Bagaimana pun, sebahagian sejarawan sains mempersoalkan nilai sempadan yang terlukis yang melabelkan sains, dan ahli sains yang mengamalkannya, dengan istilah budaya, tamadun atau bahasa tertentu. Pertimbangkan kes Nasir al­Din Tusi (1201–1274), yang mencipta teorem matematiknya, Ganding Tusi, ketika beliau adalah pengarah balai cerap Maragheh. Penaung al­Tusi dan pengasas balai cerap itu ialah penakluk Baghdad berbangsa Mongol yang bukan Islam, Hulagu Khan. Ganding Tusi "pertama kali ditemui di dalam teks berbahasa Arab, yang ditulis oleh seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Parsi di rumah, dan menggunakan teorem itu, seperti ahli falak lain yang mengikuti beliau dan semuanya bekerja di dunia "Arab/Islam", untuk memperbaharui astronomi Yunani klasik, dan kemudian teoremnya diterjemahkan pula ke bahasa Yunani Bizantin menjelang permulaan kurun ke­14, hanya untuk digunakan kemudian oleh Copernicus dan lain­lain di dalam teks­teks Latin di Eropah pada masa Renaissance."[219]

Lihat pula

Garis masa sains dan teknologi Islam Senarai ahli sains Islam

Senarai ahli sains dan sarjana Arab Senarai ahli sains dan sarjana Iran

Senarai ahli falsafah dan ahli sains Turki Zaman Kegemilangan Islam

Falsafah Islam Awal

Reka cipta dalam dunia Islam Revolusi Pertanian Islam

Zaman Kegemilangan budaya Yahudi di Sepanyol Kajian Islam

Terjemahan bahasa Latin pada abad ke­12 Kesarjanaan

Al­Quran dan sains

(22)

1.  Sabra, A. I. (1996). "Situating Arabic Science: Locality versus Essence" (http://links.jstor.org/sici?sici=0021­ 1753%28199612%2987%3A4%3C654%3ASASLVE%3E2.0.CO%3B2­M). Isis 87 (4): 654–670.

doi:10.1086/357651 (http://dx.doi.org/10.1086%2F357651).

"Let us begin with a neutral and innocent definition of Arabic, or what also may be called Islamic, science in terms of time and space: the term Arabic (or Islamic) science the scientific activities of individuals who lived in a region that might extended chronologically from the eighth century A.D. to the beginning of the modern era, and geographically from the Iberian Peninsula and north Africa to the Indus valley and from the Southern Arabia to the Caspian Sea —that is, the region covered for most of that period by what we call Islamic Civilization, and in which the results of the activities referred to were for the most part expressed in the Arabic Language. We need not be concerned over the refinements that obviously need to be introduced over this seemingly neutral definition."

2.  Bernard Lewis, What Went Wrong? Western Impact and Middle Eastern Response:

"There have been many civilizations in human history, almost all of which were local, in the sense that they were defined by a region and an ethnic group. This applied to all the ancient civilizations of the Middle East—Egypt, Babylon, Persia; to the great civilizations of Asia —India, China; and to the civilizations of Pre­Columbian America. There are two exceptions: Christendom and Islam. These are two civilizations defined by religion, in which religion is the primary defining force, not, as in India or China, a secondary aspect among others of an

essentially regional and ethnically defined civilization. Here, again, another word of explanation is necessary."

"In English we use the word “Islam” with two distinct meanings, and the distinction is often blurred and lost and gives rise to considerable confusion. In the one sense, Islam is the

counterpart of Christianity; that is to say, a religion in the strict sense of the word: a system of belief and worship. In the other sense, Islam is the counterpart of Christendom; that is to say, a civilization shaped and defined by a religion, but containing many elements apart from and even hostile to that religion, yet arising within that civilization."

3.  Bertrand Russell (1945), History of Western Philosophy, book 2, part 2, chapter X

4.  Abdus Salam, H. R. Dalafi, Mohamed Hassan (1994). Renaissance of Sciences in Islamic Countries, p. 162. World Scientific, ISBN 9971­5­0713­7.

5.  (Saliba 1994, pp. 245, 250, 256­257)

6.  Abid Ullah Jan (2006), After Fascism: Muslims and the struggle for self­determination, "Islam, the West, and the Question of Dominance", Pragmatic Publishings, ISBN 978­0­9733687­5­8.

7.  Salah Zaimeche (2003), An Introduction to Muslim Science

(http://www.muslimheritage.com/uploads/Introduction_to_Muslim%20Science.pdf), FSTC.

8.  Ahmad Y Hassan and Donald Routledge Hill (1986), Islamic Technology: An Illustrated History, p. 282, Cambridge University Press

9.  Robert Briffault (1928). The Making of Humanity, p. 191. G. Allen & Unwin Ltd. 10.  (Huff 2003)

11.  Saliba, George (Autumn 1999), "Seeking the Origins of Modern Science? Review of Toby E. Huff, The Rise of Early Modern Science: Islam, China and the West"

(http://www.riifs.org/review_articles/review_v1no2_sliba.htm), Bulletin of the Royal Institute for Inter­Faith Studies 1 (2), diperoleh pada 2008­04­10

12.  Will Durant (1980). The Age of Faith (The Story of Civilization, Volume 4), p. 162­186. Simon & Schuster. ISBN 0­671­01200­2.

13.  Fielding H. Garrison, An Introduction to the History of Medicine: with Medical Chronology, Suggestions for Study and Biblographic Data, p. 86

14.  Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Iqbal tidak disediakan

15.  Edmund, Norman W. (2005), End the Biggest Educational and Intellectual Blunder in History: A $100,000 Challenge to Our Top Educational Leaders, Scientific Method Publishing, p. 447, ISBN 0963286668 16.  Thomas Kuhn, The Copernican Revolution, (Cambridge: Harvard Univ. Pr., 1957), p. 142.

17.  Herbert Butterfield, The Origins of Modern Science, 1300­1800.

Referensi

Dokumen terkait

lebih besar dari pada pemikiran-pemikiran lainnya. Adapun pemikiran warisan Yunani yang diterjemahkan ke dalam bahasa. Arab bukan hanya literatur-literatur dimasa Yunani

KHR Muhammad Adnan, salah seorang anak dari Raden Pengulu Tafsir Anom yang ditulis dalam bahasa Jawa dengan menggunakan huruf latin, dan ketiga adalah Terjemah Kuran

membaca teks bahasa Arab tidak semudah membaca teks berbahasa latin. Penyebab dari sulitnya mempelajari bahasa Arab dikarenakan adanya perbedaan dari

penerjemahan langsung ke dalam bahasa Arab. Pandangan luas dari ulama zaman itu membuat para filosof Islam seperti al- Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Miskawaih,

Persaudaraan Islam (aslinya berbahasa Arab, diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh istrinya, Mursyidah),  tampak jelas keinginan Mamak supaya kaum Muslimin di dunia ini bersatu

Nama-nama lain yang turut berperanan di dalam perkembangan ilmu botani ini termasuklah seperti Abu Nadr Ibn Shumayl, Abu Zayd al-Ansari dan Ibn Sikkit Abu Said

Pada tahun 574 H beliau pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji, sekaligus menimba ilmu dari syaikh Al-Mubarok Ali Ibnu al-Husain Ibnu Abdillah Ibn Muhammad

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui, menganalisis dan menghasilkan terjemahan dari buku „Aqîdah al-Tifli al-Muslim yang diterjemahkan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Indonesia