• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KONSEP Faktor yang mempengaruhi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERTAS KONSEP Faktor yang mempengaruhi"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

GGGB6012

PENULISAN AKADEMIK 1

PENYEDIAAN KERTAS KONSEP :

PELAKSANAAN DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. JAMALUDIN BIN HJ. BADUSAH

DISEDIAKAN OLEH:

Muhd Nawawi Kandar (P71488)

Muhd Rafaie Kusnin (P71489)

Nur Safarah binti Abdul Rahim (P71494) Siti Wahidah binti Mubin ( P73676) Imna Syasheila binti Mohamad Kasim (P69059)

(2)

KANDUNGAN

ABSTRAK

1.0 Pengenalan

2.0 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah.

2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 2.2 Penilaian

3.0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah. 3.1 Lughatul Fasli

3.2 Kemahiran berbahasa

3.3 Tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3.4 Kaedah terjemahan langsung

3.5 Kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih. 3.6 Pengajaran berpusat kepada guru

3.7 Penggunaan kamus yang kurang. 3.8 Pengajaran berteraskan terjemahan teks

4.0 Cadangan Bagi Masalah-Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah.

(3)

PELAKSANAAN DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Muhd Nawawi Kandar, Muhd Rafaie Kusnin, Nur Safarah Abdul Rahim, Siti Wahidah Mubin, dan Imna Syasheila Mohamad Kasim,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ABSTRAK

Pendidikan bahasa Arab semakin mendapat sambutan daripada orang ramai dan institusi kerajaan sehinggakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab telah diwajibkan di peringkat sekolah rendah melalui program j-QAF. Umumnya, mempelajari bahasa Arab bukanlah satu perkara yang mudah bagi sesetengah pelajar. Pelaksanaan PdP bahasa Arab masih tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Ini kerana, masih terdapat lagi isu-isu dan permasalahan yang berlaku dalam PdP bahasa Arab dan ini menyebabkan pencapaian pelajar dalam subjek bahasa Arab masih di tahap yang lemah dan rendah. Antara isu-isunya yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan ialah kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih, pengajaran hanya berpusatkan guru, tahap kandungan buku teks yang tinggi dan tidak sesuai dengan kemampuan murid dan pengajaran masih berteraskan terjemahan teks. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk mendapat pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab. Antara faktor yang terlibat ialah faktor guru dan faktor pelajar itu sendiri. Ini kerana masih terdapat kekangan-kekangan dari semua pihak. Jika diperhatikan, masih terdapat masalah-masalah yang timbul yang menyebabkan tahap pencapaian murid dalam subjek bahasa Arab masih di tahap yang tidak memberangsangkan. Antaranya, guru tidak menggunakan lughatul fasli dengan baik, tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) masih di tahap rendah lebih-lebih lagi bagi BBM yang bersifat elektronik dan guru masih menggunakan kaedah tradisional dengan menterjemahkan bahasa Arab terus ke bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Masalah-masalah ini perlu diatasi dengan sebaiknya. Justeru, kertas konsep ini akan mengutarakan beberapa cadangan dan saranan bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab untuk membuat satu perubahan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

(4)

1.0 Pengenalan

Hadirnya Islam melalui kedatangan saudagar-saudagar dan pendakwah dari tanah Arab, maka bermulalah sejarah dan perkembangan bahasa Arab rantau ini. Melaluinya, penduduk Tanah Melayu memahami Islam dan bahasa Arab. Dengannya, mereka mula mengenal huruf dan bunyi Arab yang berkait rapat dengan agama Islam. Oleh itu, bahasa Arab dan Islam mempunyai hubungan yang sangat erat dan tidak boleh dipisahkan antara duanya. Akan tetapi, bahasa Arab pada waktu itu belum dipelajari secara khusus kerana tumpuan diutamakan kepada pengajaran al-Quran dan Fardhu Ain (Khoo Kay Kim, 1980 & Mohd Salleh, 1992). Walau bagaimanpun, bahasa Arab tetap dikuasai melalui proses pengajaran dan pembelajaran agama yang diajar secara tidak langsung. Dalam proses tersebut, pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap bahasa Arab adalah melalui kitab-kitab agama yang ditulis menggunakan bahasa Arab.

(5)

Pengajian bahasa Arab diperkembangkan lagi secara rasmi pada tahun 1996 melalui Akta Pendidikan 1996. Ia dimasukkan dalam kurikulum pendidikan Malaysia sebagai bahasa asing dan perlu diajar di sekolah sebagai salah satu mata pelajaran elektif. Rentetan daripada itu, hari ini, bahasa Arab bukan sahaja berada di sekolah-sekolah aliran Arab sahaja tetapi juga diajar sebagai mata pelajaran wajib di Sekolah Berasrama Penuh dan Institusi Pengajian Tinggi (Jassem Ali, 1999).

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dari dulu hinggalah sekarang untuk memastikan ilmu bahasa Arab dapat pelajari oleh pelajar. Bukan sahaja dipelajari bahkan juga dapat dikuasai mereka. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan program jQAF yang menerapkan dan menitikberatkan pembangunan akademik dah sahsiah merangkumi empat elemen asas iaitu Jawi, AlQuran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Melali asas yang diketengahkan, bahasa Arab merupakan salah satu elemen penting yang perlu dilaksanakan dalam kurikulum jQAF. Tujuannya ialah melahirkan generasi muslim yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan jitu di samping mereka dapat berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab dengan baik.

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapannya di dalam Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur kepada para ulama dan pegawai-pegawai agama, beliau telah menyebut tentang khatam al Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Selain itu, hasratnya itu juga diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Bahkan, beliau telah mencadangkan supaya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.

(6)

Projek Rintis jQAF bermaksud pelaksanaan model-model jQAF yang dipilih sebagai uji kaji bagi suatu jangka masa pendek. Tujuan projek rintis ini adalah untuk menentukan kesesuaian pelaksanaan program jQAF secara lebih menyeluruh mulai 2005. Ia juga bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara mengatasinya serta cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis telah dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.

Dapat dikatakan bahawa kerajaan khususnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia begitu mementingkan pencapaian akademik pelajar seiring dengan pembangunan akidah dan sahsiah mereka melalui program jQAF ini. Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan program jQAF ini ialah pelajar dapat mengkhatamkan al-Quran pada usia 12 tahun, malah lebih awal daripada itu sekiranya semua pihak berganding bahu dan bekerja keras dalam merealisasikannya. Harapan yang tinggi juga diletakkan terhadap penguasaan bahasa Arab yang mantap di kalangan murid-murid supaya mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut terutamanya menggunakan aspek komunikasi yang mudah dalam kehidupan seharian mereka.

(7)

Sementara itu, beberapa program tambahan seperti Kem Literasi al-Quran (KLAQ) dilaksanakan bagi membasmi dan mengurangkan kadar murid yang lemah dalam penguasaan terhadap pembacaan al-Quran. Manakala, kempen kesedaran tambahan seperti Kempen Smart Salam juga dirancang bagi menyuntik semangat cintakan kepada adab Islam sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari yang mementingkan aspek pembangunan akhlak dan moral. Walau bagaimanapun, pada masa kini, status program jQAF terutamanya bahasa Arab Sekolah Rendah masih lagi tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Bahasa Arab diajar hanya sebagai mata pelajaran bahasa elektif. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad sahaja. Subjek bahasa Arab ini hanya diwajibkan kepada semua murid beragama Islam tetapi tidak pada murid moral.

2.0 Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak dari tahun 2010 sebagai inisiatif baru dalam pendidikan negara yang mana usaha ini adalah hasil pemurnian daripada kurikulum yang sebelumnya dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Di peringkat sekolah rendah kurikulum pembelajaran murid dibahagikan kepada dua iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahun 1 hingga 4 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi tahun 5 dan 6. KSSR ini dijalankan secara berperingkat sehinggalah ke tahun 6 menjelang tahun 2016.

(8)

Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru Bahasa Arab juga penting untuk mendapatkan gambaran awal tentang apakah kemahiran yang sesuai bagi tajuk yang hendak diajar. Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) akan membantu murid untuk memahami tajuk yang diajar oleh guru mereka dengan cepat. Penilaian haruslah dilaksanakan menggunakan instrumen yang berkaitan untuk mengukur sejauh mana tahap penguasaan murid. Hasil penilaian yang dijalankan hendaklah direkod untuk tujuan rujukan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah dan Ibubapa.

Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran adalah pendekatan baru dalam pelaksanaan KSSR. Standard kandungan membawa maksud

pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid. Manakala Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Dua elemen ini menjadi garis panduan dalam melaksanakan Kurikulum KSSR. Murid juga dinilai mengikut band yang telah digariskan dan ditetapkan di dalam dokumen tersebut.

Mata Pelajaran Bahasa Arab dilaksanakan di sekolah rendah adalah di bawah Program j-QAF iaitu jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain. Subjek ini adalah subjek pilihan bagi sekolah. Waktu pengajaran subjek Bahasa Arab ini di sekolah rendah adalah sebanyak satu jam setengah dalam seminggu iaitu bersamaan dengan 180 minit bagi murid tahun 1, 2,3 dan 4. Manakala tahun 5 dan 6 peruntukan masa hanya satu jam sahaja dalam seminggu. Dengan masa yang sebegini singkat, guru mempunyai masa yang terhad untuk mengajar dan

(9)

2.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu, pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah rendah kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dan ianya bersifat dua hala iaitu hubungan komunikasi antara guru dan murid.

Semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan, antara kaedah yang sesuai digunakan untuk mempermudah dan menjadikan pembelajaran seronok adalah :

i. . Kaedah Tematik (ةيعوضوملا ةقيرطلا)

Setelah selesai proses pengajaran berlangsung, guru akan membuat penilaian formatif bagi sub-topik yang telah diajar. Penilaian ini ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan secara berterusan setiap kali selesai sesi pembelajaran. Bagi murid tahun 1 hingga 3 yang menjalani kurikulum KSSR, guru akan memberi penilaian berupa instrumen penilaian sebagai eviden untuk menentukan tahap ataupun band yang telah dicapai oleh murid. Murid tahun 1 hingga 3 ini akan melalui penilaian formatif berformat KSSR.

Manakala bagi murid tahun 4 hingga 6 pula, mereka akan menghadapi penilaian Bahasa Arab di peringkat sekolah mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)yang mempunyai prinsip-prinsip berikut :

a. Bersifat formatif.

(10)

c. Sistematik dan berterusan.

d. Menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan). e. Berasaskan kriteria.

f. Dikendalikan oleh guru. g. Membolehkan tindakan susula

3.0 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah

Untuk melalui proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, masih terdapat isu-isu dan masalah-masalah yang timbul. Masalah-masalah ini timbul disebabkan masih terdapat kekangan-kekangan yang masih belum diatasi. Berikut ialah masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di peringkat sekolah rendah.

3.1 Lughatul Fasli

Lughatul fasli ialah bahasa kelas yang digunakan oleh guru di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Lughatul fasli merupakan salah satu elemen terpenting bagi guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid dalam menguasai empat kemahiran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertulis, bertutur dan membaca. Ini juga turut dinyatakan dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP) bahasa Arab yang mana objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah adalah untuk menanam minat murid dan menguasai kemahiran berbahasa di samping mampu berkomunikasi menggunakan ayat mudah.

Antara masalah yang timbul dalam menggunakan lughatul fasli apabila guru bahasa Arab itu sendiri yang tidak mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dengan baik. Hal ini tidak dapat dinafikan apabila masih terdapat ramai graduan yang tidak menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan juga kurang kemahiran berkomunikasi. Kemahiran bertutur adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Bagaimana seseorang murid dapat menguasai kemahiran bertutur sedangkan guru bahasa Arab itu sendiri melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

(11)

menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan lughatul fasli dengan baik. Hal ini terjadi apabila mereka bertutur terlalu laju dalam bahasa Arab dan tidak menggunakan ميغنتلا و ربنلا iaitu getaran dan nada apabila bertutur dalam bahasa Arab ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Bukan itu sahaja, dari segi pergerakan badan, memek muka dan penghargaan juga memainkan peranan dalam menyampaikan lughatul fasli di dalam kelas. Ini kerana, pergerakan badan dan memek muka seseorang guru dalam menerangkan sesuatu topik di dalam kelas sangat menarik minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ramai guru yang masih malu-malu dalam menyampaikan pengajaran sedangkan guru itu sendiri yang perlu timbulkan minat murid-murid dalam mempelajari bahasa Arab ini.

Oleh itu, guru-guru perlu bertutur bahasa Arab dengan menggunakan lughatul fasli dengan baik. Hal ini kerana murid-murid yang mendengar bahasa Arab setiap hari akan menguasai bahasa Arab (Rosni, 2012). Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Apabila guru tidak menggunakan bahasa Arab di dalam kelas, bagaimana para pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Jadi, komunikasi dua hala sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

3.2 Kemahiran Berbahasa

Zawawi dan Muhammad (2005) menyatakan terdapat empat kemahiran bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis. Selari dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggariskan matlamat kurikulum bahasa Arab untuk memupuk minat murid dan murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa.

(12)

dikuasai oleh para pelajar. Jadi, guru perlu memberi penekanan lebih kepada kemahiran lain kerana untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu menguasai kesemua kemahiran dan sub-sub kemahiran bahasa tersebut (Oxford, 1990).

3.3 Tahap penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. BBM boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu BBM bukan elektronik, BBM elektronik dan bahan-bahan pengalaman dan bahan sebenar.

BBM sangat membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cuma, guru-guru bahasa Arab itu sendiri tidak mempelbagaikan dan jarang menggunakan BBM ini ketika proses P&P berlangsung. Menurut Rosni (2012), para guru lebih menggunakan buku teks berbanding dengan bahan-bahan yang lain. Ini kerana, murid-murid mempunyai buku teks, dan di dalam buku teks tersebut terdapat silibus yang perlu diajar. Bukan itu sahaja, masa yang tidak mencukupi untuk menggunakan bahan lain dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Mengikut peredaran zaman semasa, negara sekarang sudah berkembang dengan teknologi-teknologi yang semakin maju. Penggunaan BBM berasaskan teknologi tidak dapat dinafikan untuk mencapai pendidikan yang berkualiti. Tetapi malangnya, para guru bahasa Arab masih tidak mengusai teknologi-teknologi yang ada sekarang ini dan tidak digunakan ketika proses P&P sedang dijalankan. Selari dengan kajian Mustafa (2008) & Azhar Ahmad et al.,(2008) yang menyatakan guru bahasa Arab masih tidak menguasai penggunaan BBM berasaskan teknologi seperti internet, komputer, slaid, grafik, video, kaset dan sebagainya. Tambahan lagi, kelemahan dalam penggunaan BBM berasaskan teknologi ini akan mengurangkan penguasaan kemahiran bahasa lebih-lebih lagi dalam kemahiran mendengar dan bertutur (Azhar Ahmad et al., 2008).

(13)

pengajaran mereka. Selain itu, di dalam kelas terdapat OHP dan LCD tetapi alatan-alatan ini tidak berfungsi dengan baik. Masalah-masalah ini yang menyebabkan para guru tidak dapat menggunakan BBM elektronik dan hanya menggunakan buku teks ketika proses P&P bahasa Arab dijalankan.

3.4 Kaedah terjemahan langsung

Kaedah terjemahan ini adalah kaedah yang sering dilakukan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Para guru mengambil jalan mudah dengan menterjemah perkataan bahasa Arab itu kepada bahasa ibunda bagi memudahkan kefahaman para pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Permasalahannya, apabila murid-murid sekolah rendah menterjemahkan secara langsung perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa ibunda, hal ini akan membuatkan murid-murid akan lebih mengingati bahasa ibunda itu sendiri berbanding mengingatinya dalam bahasa Arab.

Kaedah terjemahan ini akan menyebabkan murid-murid menjadi pasif dalam pembelajaran ( Rosni Samah, 2012). Hal ini kerana, guru-guru hanya menterjemahkan sahaja perkataan atau ayat-ayat bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu tanpa membiarkan murid-murid itu sendiri mencari sendiri makna tersebut atau meneka perkataan itu dengan lakonan yang dibuat oleh guru. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dalam memahamkan sesuatu perkataan atau ayat kepada murid-murid supaya murid tidak terus mengetahuinya dalam bahasa Melayu.

3.5 Kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih.

(14)

3.6 Pengajaran berpusat kepada guru

Pengajaran berpusat kepada guru ini membawa maksud guru merupakan penggerak dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang dijalankan. Pelajar hanya bersifat pasif dan menerima sahaja maklumat yang telah disampaikan oleh guru. Pengajaran bahasa Arab pada hari ini masih terpengaruh dengan cara pembelajaran di sekolah-sekolah pondok. Menurut Rosni (2012), gaya pengajaran berpusat pada guru ini adalah disebabkan guru-guru tersebut masih terpengaruh dengan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru mereka terdahulu. Kebanyakan sekolah-sekolah mahupun di universiti masih mengekalkan gaya pengajaran berpusat kepada guru. Antara yang berlaku dalam proses pengajaran Bahasa Arab yang sedang dijalankan ialah pelajar hanya mencatat perkara yang penting bagi mereka dan hanya mendengar serta tidak memberi pandangan ketika proses pengajaran sedang berlangsung. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar yang hanya mendiamkan diri apabila disoal dan tidak menyuarakan pendapat dan kesimpulan apa yang telah dipelajarinya (Rosni, 2007; Rosni, 2012).

3.7 Kurang menggunakan kamus

Kamus merupakan satu wasilah untuk mempelajari Bahasa Arab. Pelbagai kamus Bahasa Arab sudah berada di pasaran. Menurut Ali Muda (2012) tidak dinafikan, dari segi kuantiti, terdapat banyak kamus Bahasa Arab tetapi dari segi kualiti masih tiada kamus di pasaran Malaysia yang boleh diguna dan berkesan kepada para pelajar peringkat sekolah. Kamus-kamus yang berada di pasaran boleh di manfaatkan oleh pelajar yang sudah menguasai nahu dan sarf berbanding dengan pelajar yang masih tiada asas dalam pembelajaran bahasa Arab. Hal ini menyukarkan para pelajar yang masih tiada asas untuk mempelajari bahasa Arab secara individu. Walaupun begitu, kamus sangat diperlukan untuk mempelajari bahasa Arab. Ini kerana, pembelajaran menggunakan kamus dapat membantu pelajar untuk menambah perkataan bahasa Arab di samping menguasai kosa kata Bahasa Arab (Rosni, 2006). Melalui kamus juga, para pelajar boleh mencari makna sendiri tanpa bantuan guru semata-mata. 3.8 Pengajaran berteraskan terjemahan teks

(15)

dengan kajian Rosni (2012) yang menyatakan kebanyakan sekolah agama yang berpegang dengan kaedah terjemahan ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sedangkan proses pembelajaran yang menggunakan kaedah ini mengambil masa yang lama. Hal ini disebabkan, pembelajaran bahasa Arab masih berpusat kepada guru ( Ghazali et al., 2012; Rosni, 2007; Ali Muda, 2012).

4.0 Cadangan Bagi Masalah-Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah

Sesuatu proses pelaksanaan tidak lari daripada masalah. Oleh itu, pelbagai cadangan dan saranan dapat diutarakan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah mencapai pendidikan berkualiti seiring dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Terdapat beberapa cadangan dan saranan bagi membaik pulih proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah. Melihat kepada isu penggunaan lughatul fasli di dalam kelas, para guru perlu kerap menggunakan lughatul fasli di dalam kelas. Hal ini kerana, suasana yang telah diwujudkan oleh guru itu sendiri yang akan membuatkan para murid untuk bertutur dalam bahasa Arab. Selari dengan Rosni (2012) yang menyatakan untuk menguasai kemahiran bahasa Arab, para guru mestilah mewujudkan persekitaran berkomunikasi menggunakan bahasa Arab. Selain itu, para guru perlu menggunakan ربنلا ميغنتلاو iaitu tekanan suara dan nada yang betul ketika bertutur dalam bahasa Arab. Murid-murid susah untuk memahami guru mereka sekiranya para guru bertutur dengan laju dan tidak menggunakan nada dan tekanan suara dengan baik.

Selain itu, bagi peringkat murid-murid sekolah rendah, para guru tidak digalakkan memberi arahan yang pelbagai untuk satu arahan. Apabila guru menyebut arahan dan diulang secara kerap, para pelajar akan memahami apa yang diperkatakan oleh guru tanpa perlu di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Menurut Rapidah (2004), antara teori Bruner dalam model pedagogi adalah seperti berikut

:-I. Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi II. Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik III. Kanak-kanak sebagai pemikir

(16)

Bagi masalah penggunaan BBM, isu ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan. Cuma, mengikut peredaran masa dan zaman berteknologi ini, para guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang sesuai selari dengan penggunaan BBM. BBM berasaskan teknologi multimedia ini sangat membantu para guru menjimatkan masa dalam menyediakan bahan pengajaran, murid-murid mudah untuk memahami apa yang disampaikan dan menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab.

Para guru perlu melakukan perubahan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan bukan hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ ketika menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Kaedah ini akan membosankan para murid dan secara tidak langsung akan menurunkan motivasi para pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Para guru perlu menguasai teknologi terkini sesuai dengan cabaran pendidikan dalam mencapai pendidikan yang berkualiti dan membantu para murid untuk memahami dan mempelajari bahasa Arab dengan mudah.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan bajet yang mencukupi untuk menyediakan prasarana ICT dalam pembelajaran. Para guru juga sepatutnya didedahkan dengan teknologi terkini dan menguasai aplikasi-aplikasi terkini yang boleh memudahkan para guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan murid-murid juga mudah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab.

Dari masalah terjemahan, para guru digalakkan untuk berlakon bagi menerangkan perkataan atau ayat yang tidak difahami oleh murid. Para guru tidak digalakkan untuk memberi penterjemahan secara langsung ke dalam bahasa ibunda. Guru-guru perlu menjadi kreatif dalam memahamkan murid-murid perkataan-perkataan bahasa Arab. Dalam proses terjemahan, guru-guru perlu menterjemahkan ke dalam bahasa Arab juga. Hal ini kerana, murid-murid akan berfikir dan secara tidak langsung, memperbanyakkan lagi perkataan-perkataan dalam bahasa Arab dalam diri murid-murid.

(17)

Bagi mencapai pendidikan yang berkualiti, para guru perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara teratur dan sistematik. Sesuatu pelaksanaan mestilah dirancang terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada murid agar pembelajaran bahasa Arab mudah difahami dan dapat menguasai kesemua kemahiran berbahasa itu.

Penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu seperti guru, pentadbiran dan kemudahan prasarana bagi mengatasi kekangan-kekangan yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran selari dengan BBM untuk menarik minat para pelajar dan mewujudkan persekitaran bahasa Arab dengan menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Jadi, kesemua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab agar murid-murid dapat menguasai empat kemahiran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertulis, bertutur dan membaca selari dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

(18)

Abdullah Jusuh. 1989. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Azhar Ahmad, Hossen Marip & Morsalin Pawi. 2008. Kajian tinjauan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sekolah menengah di Sarawak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6: Pendidikan Islam Teras Pembangunan Modal Insan.

Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab tahun 3, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia. Fakulti Pendidikan UKM.

Ishak Muhammad Rejab. 1992. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia, Dlm. Ismail Ab. Rahman (pnyt.). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi. Penerbit: UKM

Ismail Muhamad, Wan Maizatu Akmar Wan Ahmad & Azman Che Mat. 2013. Sikap dan realiti penguasaan kemahiran bahasa Arab pelajar program j-Qaf. Journal of Language Studies.

Jassem, Ali Jassem . 1999. An Error Analysis of the Verb Phrase: A Case Study of the Writing of Fourth Year Literary Stream Students at Kuala Lumpur Religious Secondary School. Tesis Phd. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ), 2012, Buku teks Bahasa Arab tahun 3 KSSR ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Khoo Kay Kim. 1980. Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Dlm. Awang Had Salleh (pnyt.). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah, hlm. 1-36. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(19)

Mustafa Che Omar. 2008. Guru bahasa Arab terlatih di sekolah: satu keperluan di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6

Nik Mohd Rahimi et al., 1999. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab (Modul PJJ). Bangi: Penerbit Oxford, R.L. 1990. Language Learning Strategies : What Every Teacher Should Knoe.

Boston : Heinle & Heinli

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Nilai, Penerbit USIM

Rosni Samah. 2012. Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Prosiding Seminar Kebangsaan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Referensi

Dokumen terkait

Perhimpunan INTI adalah Rumah Besar bagi seluruh Warga Negara Indonesia tanpa membedakan etnis, suku dan agama, yang penting bisa menerima AD / ART Perhimpunan INTI;

Tujuan penelitian adalah untuk mengetahui unjuk kerja ( performance ) layanan air bersih yang dikelola oleh PDAM (Perusahaan Daerah Air Minum) Kota Semarang khususnya di

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 140 dan Pasal 141 huruf c Undang-Undang Nomor 28 Tahun 2009 tentang Pajak Daerah dan Retribusi Daerah, Retribusi Izin Gangguan

Da- lam penelitian ini data primer diperoleh dari wawancara dengan Santoso (pengusaha batik lasem), pembatik, Kepala Desa dan masyarakat di sekitar industri batik

MYTT-aineiston kanatilojen kokonaistuotto, maatalouden kustannukset yhteensä ja maataloustulo euroa tila sekä kanamäärä kpl vuosina 1994 – 2000 Lähde: vuosien 1994 – 1996

diharapkan dari semua bentuk pendidikan adalah manusia yang humanis atau manusiawi yang tidak hanya menghargai diri mereka sendiri tetapi juga memiliki keinginan dan

 Peserta didik menyimpulkan hasil diskusi kelompoknya secara daring dengan bimbingan guru  Peserta didik mempresentasikan hasil kerjanya dengan mengunggah video presentasinya ke

Hasil penelitian menunjukan bahwa profil model mental siswa pada konsep pengaruh konsentrasi terhadap laju reaksi didominasi oleh model mental sebagian paham dengan