• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sosiologi Pembangunan di Malaysia Dari P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sosiologi Pembangunan di Malaysia Dari P"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pendahuluan

Malaysia terletak di bahagian tenggara benua Asia yang juga merupakan antara 10 anggota negara Asean. Pada tarikh 31 Ogos 1957, Tanah Melayu (nama sebelum penubuhan Malaysia) telah mendapat kemerdekaan dari penjajah British. Dengan keterlibatan sebelas buah negeri pada masa itu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum yang didasari oleh kontrak sosial (Adam 2004). Selepas beberapa tahun dari kemerdekaan tanah, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pada masa itu) telah menggagaskan penubuhan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah Sarawak, Singapura, dan Brunei. Namun hanya Brunei sahaja yang menolak gagasan tersbut dengan alasan penubuhan negara Malaysia merupakan satu bentuk jajahan baru.

Pada tanggal 16 September 1963, terbentuklah negara Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun akibat daripada pelbagai konlflik yang berlaku, Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari negara Malaysia pada tahun 1965. Dalam mewujudkan negara bangsa yang sejahtera, sekali lagi pimpinan Malaysia dijuji dengan peristiwa dalam hubungan etnik (Adam 2004). Pertembungan antara kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu dan Cina telah mencoret satu sejarah hitam dalam negara. Kejadian itu berlaku pada 13 Mei 1969.

Dasar Ekonomi Baru

(2)

juga membasmi kemiskinan (Asnarulhadi & Jawan, 1997). Pembangunan di Malaysia mula berkembang dari hari ke hari dengan pengenalan DEB yang mengambil masa 20 tahun bermula dari 1971- 1990.

Dasar Pembangunan Nasional

Selepas berakhirnya DEB, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menjadi kesinambungan dalam memastikan Malaysia memacu terus kehadapan. DPN telah diperkenalkan dalam memastikan Wawasan 2020 tercapai sebagai negara maju. DPN telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991. Dengan objektifnya ialah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi (Pejabat Perdana Menteri, n.d). DPN dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1991 sehingga 2000.

Teori Modernisasi

Melalui teori modernisasi menyatakan bahawa masyarakat adalah miskin dan tidak membangun kerana adanya kekurangan ciri-ciri struktur dalaman yang sesuai untuk permulaan kepada sistem industri (Graham, 1989). Dalam kerangka Malaysia, pada tahun 1971 bermulannya DEB yang menjadikannya sebagai satu hala tuju Malaysia dalam pembangunan negara. Dengan program yang dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat serta mengurangkan jurang kemiskinan. Hal ini membawa kepada penahaman kepada hujah Rostow(1960) di dalam karyanya The Stages of Economic Growth: Non-Communistic Manifesto yang mengeluarkan lima peringkat kepada sesebuah pembangunan negara.

(3)

Dalam pembentukan masyarakat seperti ini mustahil Malaysia mampu membangun dengan pembangunan yang mampan. Sedari itu fungsi DEB adalah untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum serta menghapuskan pengenalan fungsi ekonomi setiap kaum.

Peringkat kedua ialah The preconditions for take-off yang melihatkan keadaan sesebuah negara berkembang dengan peningkatan populasi seiring dengan kemajuan dalam sektor pertanian yang membolehkan ramai pekerja terbabit dalam pembangunan. Peningkatan populasi dalam negara telah membolehkan pertambahan tenaga kerja yang membolehkan negara bergerak kearah keperluan pembangunan yang lestari. Pada 1960, pertumbuhan populasi di Malaysia semakin berkembang kepada pertumbuhan yang positif dengan peningkatan 3 peratus secara purata (Lee Hwok Aun, 2004).

(4)

Jadual 1: Pemilikan Syarikat di Malaysia pada Tahun 1971 (sumber: Jabatan Perdana Menteri)

Peringkat keempat ialah The drive to maturity merupakan pertumbuhan kepada kekayaan negara yang yang hadir dari pembangunan sistem industri yang dapat membangun kepada penambahbaikan kepada kemudahan seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. Dalam jangka masa dua puluh tahun DEB dijalankan pertumbuhan ekonomi negara semakin membuahkan hasil meskipun masih terdapat kekurangan. Kemelesetan pada pertengahan 1980 telah memaksa Malaysia untuk menigkatkan kadar pelabur luar dan sektor swasta bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi dengan memperkenalkan Akta Pelaburan 1986 (Lee Hwok Aun, 2004). Hal ini menunjukkan Malaysia tidak mampu untuk membangun dengan sendiri tanpa bantuan dari negara maju yang mempunyai modal yang besar. Malaysia terpaksa bergantung kepada negara lain dalam membangun ekonomi sedangkan negara diekploitasi. Perkara telah membuatkan Malaysia mundur dalam pembangunan meskipun dilihat pembangunan fizikal itu wujud.

Peringkat yang kelima pula ialah The stage of mass high consumption yang menunjukkan kepada sesebuah negara berubah kepada penghasilan komoditi asas seperti keluli dan tekstil kepada kepada penghasilan produk kepada pengguna seperti mesin basuh, television dan sebagainya. Pada tahun 1985, kereta keluaran pertama Malaysia iaitu Proton Saga yang menunjukkan bermulanya industri automotif di Malaysia. Dengan itu Malaysia mula menyediakan barangan pengguna terutamanya kepada rakyat.

Teori Kebergantungan

(5)

Sepertimana pengeluaran Proton Saga teknologi pembuatan bukanlah sepenuhnya melalui teknologi yang dihasilkan negara sendiri akan tetapi bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun. Kebergantungan tersebut telah mengakibatkan berlakunya sistem kapitalis yang dicorak oleh negara industri dan negara bukan industri. Melalui rantaian ini telah mengakibatkan penindasan kepada negara kurang membangun. Malaysia juga mengalami situasi sama terhadap pergantungan ini. Kebergantungan ini membolehkan syarikat multinasional mengeluarkan modal di negara kurang membangun dengan tujuan membantu negara yang kurang membangun akan tetapi adalah untuk mengekalkan keterikatan dalam sistem kapitalis. Franks (1969) menyatakan negara satelit menyediakan komoditi primer seperti bahan mentah dengan harga yang murah kepada negara-negara yang kaya. Kemudian negara yang kaya menggunakan bahan mentah itu semula dengan menghasilkan barangan keperluan dan dijual semula kepada negara satelit dengan harga yang mahal. Frank (1969) menegaskan perkara ini adalah sebagai sebuah pencurian hak terhadap negara satelit.

Dalam kebergantungan Malaysia kepada negara membangun dalam memastikan ekonomi berkembang pesat terdapat pihak yang tertindas terutama rakyat yang masih belum betul-betul membangun dari segi intelektual dan kemahiran. Meskipun terdapat penyertaan syarikat multinasional dalam membangun ekonomi Malaysia namun hasil yang diperolehi kebanyakkannya diperolehi oleh syarikat multinasional.

Dengan pengenalan Akta Pelaburan 1986 menunjukkan kerajaan terpaksa menggalakkan lagi pelabur luar dan syarikat swasta untuk memasuki Malaysia. Perkara ini kerana Malaysia masih lagi terikat dengan kebergantungan dengan negara membangun.

Perbandingan teori modenisasi dan teori kebergantungan

(6)

Manakala teori kebergantungan pula menilai dari aspek pembangunan melalui ekonomi yang tidak sekata ataupun seimbang dengan semua negara yang ada. Dengan bergantungnya negara yang kurang membangun kepada negara membangun membolehkan eksploitasi berlaku. Meskipun pergantungan ini nampak bagus dalam pemabangunan sesebuah negara dengan sikap tolong-menolong, namun sudah tentunya negara membangun memerlukan sumber untuk terus kekal di atas. Jelas kebergantungan ini membawa pemabangunan negara kepada kemunduran.

Konklusi

(7)

=

Rujukan

Adam. R (2004) Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Asnarulhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (ed.) (1997). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Cosma, S. (2010) Annals of the University of Oradea, Economic Science Series. 19 (2) 220-224 Frank, A. G. (1969) Latin America: Underdevelopment or Revolution, London: Monthly Review

Press

Harris, G. (1989) Sociology in Focus: The Sociology of Development, New York: Longman Inc. Ismail, L (1980). Sejarah Malaysia 14001963, Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors.

Lee Hwok Aun (2004). Development in Malaysia: Economics and Politics of an Idea, Akademika 64, 65-81

Snodgrass, D. R. (1995). Successful economic development in a multi-ethnic society: the Malaysian case (No. 503). Harvard Institute for International Development, Harvard

University.

Pejabat Perdana Menteri (n.d) Dasar Pembangunan Nasional, Putrajaya: Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri (n.d) Dasar Ekonomi Baru, Putrajaya: Pejabat Perdana Menteri

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Menyatakan bahwa “SKRIPSI’’ yang saya buat untuk memenuhi persyaratan kelulusan pada jurusan Manajemen Fakultas Ekonomi Universitas Islam Negeri (UIN) Maluna Malik

Tujuan desain alat pengering ini adalah perangkat keras dan lunak berbasis mikrokontroler yang akan digunakan untuk kontrol temperatur dan kelembaban pengeringan produk

Ar- Rum: “ Maka had apkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada

dikarenakan titik didih fluida organik yang rendah. Kelebihan dari siklus ORC adalah mampu bekerja pada temperatur rendah. Pemanfaatan limbah panas ini mampu

Sabun berbahan dasar minyak biji nyamplung memiliki aktivitas antibakteri terhadap Staphylococus aureus dengan diameter zona bening dalam pelarut akuades

Berdasarkan hasil penelitian ini ditemukan 22 spesies tumbuhan penghasil getah yang dimanfaatkan getahnya oleh SAD sebagai sumber penghasilan, bahan pengobatan, bahan

Tujuan penelitian ini adalah untuk menguji bagaimana pengaruh kinerja keuangan ( current ratio, total asset turn over, debt to equity ratio dan return on asset ),

Pelajar yang menuntut ilmu di kota ini bukan hanya penduduk asli Pematang Siantar melainkan juga banyak yang berasal dari daerah-daerah tetangga seperti Dairi, Simalungun,