• Tidak ada hasil yang ditemukan

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL

4.1 SISTEM TAKAFUL

4.1.1 KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL

Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding insurans konvensional yang hanya berobjektifkan keuntungan semata-mata. Antara

kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem takaful ialah:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan Berlandaskan Prinsip-prinsip Islam

Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem insurans konvensional yang telah diperakukan oleh sebahagian besar ulama’ dan

fuqaha’ Islam sebagai tidak memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, kelebihan utama sistem ini sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi jaminan perlindungan kewangan kepada peserta-peserta mengikut garis panduan yang telah ditetapkansyarak. Bagi memastikan dan menyakinkan bahawa kajian dan percubaan ini akan berjaya, panduan-panduan telah diambil daripada syarikat-syarikat mudharabah secara Islam sedia ada yang

menjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan peserta-peserta skim takaful.Konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful hanyalah di kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat pengendali takaful bukanlah sebagai pihak yang memberikan perlindungan sebaliknya para peserta takaful bertanggungjawab sebagai pihak yang memberi perlindungan selain menjadi pihak yang dilindungi.

2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Keluarga

(2)

pengendali takaful.Namun begitu, pencarum yang terlewat membayar wang caruman dalam sistem takaful tidak akan dikenakan sebarang bayaran faedah kerana unsur-unsur riba sangatdilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengan syarikat insurans yang mengenakan bayaran faedah kepada pencarum yang terlewat menjelaskan bayaran premium.

3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan Peserta-Peserta Takaful MelaluiKontrak Mudharabah

Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras dengan hokum syarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan mudharabah. Al-Takaful ialah saling menjamin manakala Al-Mudharabah ialah perjanjian berkongsi untung dalam perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta takaful) bagi suatu usahaniaga dengan penguasaha (pengendali takaful).Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysia boleh digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung dengan sekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu sama lain daripada kehilangan atau kemusnahan tertentu yang menimpa ke atas mana-mana peserta seperti kematian dan bencana.

Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malah diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali. Pengendali takaful hanya

bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada kumpulan wangtakaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung kekurangan berkenaan.Melalui kontrak

Mudharabah, peserta diberi hak untuk turut berkongsikeuntungan yang diperolehi melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful berdasarkannisbah yang telah dipersetujui. Manakala lebihan untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawa

(3)

olehpengendali takaful juga tidak diragui dari segi kehalalannya kerana pelaburan dilakukandalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah berdasarkan garis panduan yangdiberikan oleh Majlis Pengawasan Syariah. 4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meninggal dunia

Apabila seseorang peserta yang meninggaldunia sebelum tempoh skim perlindungan takaful keluarga yang disertainya matang,maka waris-warisnya akan menerima bayaran manfaat takaful seperti berikut :

a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebelum ia meninggal dunia sebagaimana yang telah terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.

b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jika dia tidak meninggal dunia dan terus mengekalkan penyertannya. Jumlah baki ini adalahdikira dari tarikh selepas kematiannya sehingga tarikh skim

perlindungan yangdisertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman ini akan dibuat daripada akaun khas semua peserta mengikut persetujuan seperti yang termaktub didalam perjanjian takaful.

c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebagaimana yangterkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yangdiperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.d) Lebihan daripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkankepadanya. Lebihan ini diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada waris-waris, rakan-rakan peserta yang meninggal dunia dan sebagainya.

5. Manfaat dari Segi Rohaniah.

Keuntungan biasanya menjadi matlamat utama dalam perniagaan. Tiada pengusaha mahupun penyumbang modal yang tidak mengharapkan

(4)

berpeluang memperoleh manfaat dari segi jaminan perlindungan kewangan sebaliknya peserta juga berpeluang memperoleh manfaat dari segi rohaniah sekiranya mereka turut meletakkan kebajikan sebagai matlamat utama menyertai takaful.

i. Saling Bertanggungjawab

Peserta-peserta takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satusama lain. Memikul tanggungjawab dengan baik adalah suatu ibadat dan hal ini dituntutdalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang

bermaksud:“

Setiap orang daripada kamu adalah memikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap orang-orang di bawah tannggungjawab kamu

”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ii. Saling Bekerjasama dan Bantu Membantu

Peserta-peserta takaful bersetuju bekerjasama dan bantu-membantu antara satusama lain. Dalam hal ini, Islam jelas menuntut umatnya agar bekerjasama dalamperkara-perkara yang makruf dan boleh menyuburkan perasaan takwa. Sebagaimana disebut dalam firman Allah s.w.t :

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya . “(Surah al-Maidah: ayat 2)

Selain dapat bekerjasama dan saling membantu, peserta juga dapat

melaksanakan fungsi harta dengan betul dan ini juga merupakan salah satu unsurkebajikan dan takwa yang boleh didapati dalam sistem takaful.

iii. Saling lindung-melindungi dalam sebarang kesusahan. Dalam konteks sistem takaful, peserta-peserta takaful telah

(5)
(6)

KELEMAHAN SISTEM TAKAFUL

Di sebalik kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, sistem takaful pada hari masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam aspek pemasaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai sistem takaful. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan takaful mendapat sambutan yang setanding dengan insurans konvensional yang telah bertapak lebih awal. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:

1. Kekurangan Pengendali Takaful Berdaftar

Pertambahan pengendali takaful adalah penting bagi mewujudkan

persainganyang sihat di kalangan pengendali-pengendali takaful. Ini kerana setiap pengendaliakan menawarkan produk yang terbaik dan berkualiti serta menambah produk-produk daripada yang sedia ada bagi menarik orang ramai selaku pelanggan menyertai skim takaful yang ditawarkan. Secara tidak

langsung, mereka mempunyai banyak pilihandalam memastikan skim takaful yang disertai benar-benar dapat memberi manfaat perlindungan yang

maksimum dan memuaskan hati.

Kekurangan Pendedahan Terhadap Sistem Takaful

Sistem takaful mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1985

melaluipenubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM). Sehingga kini, orangramai khususnya umat Islam masih kurang didedahkan dengan pelaksanaan sistem takaful walaupun sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah diharamkan oleh

sebahagian besar ulama’.Kelemahan juga dilihat apabila agen yang menjual produk takaful tidak dapat menjelaskan secara terperinci akan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada produk takaful berbanding insurans konvensional sekaligus tidak dapat menyakinkan orang ramai untuk sama-sama menyertai takaful. Oleh itu, pengendali-pengendali takaful perlulah

memastikan latihan diberi secukupnya kepada agen-agen takaful yangdilantik agar mereka mampu menarik lebih ramai orang untuk menyertai

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa pemberian pupuk trichokompos jerami padi dapat meningkatkan pertumbuhan tanaman kangkung terutama

Berdasarkan Perjanjian Perwaliamanatan dengan PT Bank Mandiri (Persero) Tbk, Perusahaan wajib memperoleh persetujuan dari Wali Amanat apabila akan melakukan transaksi-transaksi

Berdasarkan pada analisis korelasi antara karakter percaya diri dengan keberhasilan usaha, terlihat bahwa karakteristik wirausaha percaya diri dengan keberhasilan

Pada status pekerjaan formal- informal di kota dan desa, data menunjukkan bahwa semakin tinggi level jenis pekerjaan, semakin besar persentase pekerja wanita terhadap laki-laki

Berdasarkan hasil analisis uji t untuk variabel profitabilitas (ROA) menunjukkan nilai t-hitung sebesar -2,893 (karena daerah kritis tidak terpengaruhi oleh

Kemudian pada komponen selanjutnya yaitu dalam pembelian bahan baku, perusahaan menggunakan FOB shipping point sebagai syarat penyerahan barang yang dibeli, namun

Ideologi kapitalistik yang saat ini menjadi kekuatan dominan dalam industri media secara massif menjadi inti dari proses mobilisasi massa ke arah konstruksi sosial yang

Perancangan Pusat Edukasi Teknologi Ramah Lingkungan Di Kota Malang ini menerapkan pendekatan green architecture, karena pendekatan tersebut merupakan pendekatan perancangan