• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)"

Copied!
184
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

PRAKATA

Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik beratkan aspek perpaduan yang merupakan elemen penting dalam memastikan kejayaan sesebuah negara yang populasinya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama. Justeru Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru menerusi gagasan 1Malaysia, Program

Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi mendukung hasrat dan wawasan negara. Walau bagaimanapun demi mencapai objektif Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan di luar bandar tidak harus dipinggirkan. Ini kerana setiap rakyat termasuk penduduk di luar bandar mempunyai peranan penting untuk bersama-sama Kerajaan membina masa depan yang lebih baik.

Ironinya pembangunan luar bandar telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak sekian lama iaitu semasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan pada tahun 1959. Pembangunan luar bandar yang melepasi usia emas ini telah melalui pelbagai evolusi dan transformasi. Ini termasuklah pelancaran Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994 yang menyaksikan anjakan paradigma dalam inisiatif pembangunan luar bandar.

Kini, Kerajaan bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan wujudnya Pelan Induk

Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) sebagai satu dasar utama pembangunan luar bandar yang menyokong dasar dan program nasional. PIPLB menggariskan strategi-strategi pembangunan yang komprehensif untuk kawasan luar bandar sehingga tahun 2020. Pelan ini dirangka secara holistik sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa yang semakin mencabar dan bertunjangkan kepada FSBPLB. Ianya akan menjadi panduan umum kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor pembangunan luar bandar termasuk agensi-agensi Kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.

Menyedari bahawa dunia pada era globalisasi ini sentiasa pantas berubah, perancangan dan strategi pembangunan luar bandar seharusnya turut bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini kerana setiap isu global yang berlaku seperti harga makanan dunia, krisis kewangan dan krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada perancangan pembangunan negara. Oleh sebab itu, PIPLB ini dirangka dengan

mengambil kira semua aspek berkaitan luar bandar serta memberi fokus terhadap pembangunan sosial, ekonomi dan modal insan disamping tidak mengenepikan aspek

pembangunan fizikal.Ini adalah selaras dengan visi PIPLB iaitu menjadikan luar bandar

sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Misi PIPLB pula untuk memperkasakan modal insan,

meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup luar bandar dan mengurus luar bandar secara cekap dan mapan.

Pada masa yang sama tujuh (7) teras yang digarap bersama tiga puluh sembilan (39) strategi dalam PIPLB seharusnya boleh meningkatkan prestasi pembangunan luar dengan penekanan kepada aspek pembangunan modal insan. Kita mengambil iktibar daripada pendekatan negara maju yang memberi fokus kepada kualiti sumber manusianya. Ini kerana hanya mocal insan yang berkualiti sahaja berupaya

memanfaatkan sepenuhnya faktor-faktor ekonomi dan fizikal di sekeliling meraka.

Selain itu dalam konteks pembangunan negara, kawasan luar bandar begitu penting dari

(4)

sektor luar bandar berperanan sebagai kawasan sokongan, penstabil kualiti alam sekitar, sumber modal insan, sumber ekonomi dan sebagai ‘showcase’ budaya dan jati diri tempatan.

Seterusnya pendekatan holistik dan bersepadu dalam PIPLB sudah pasti boleh memberi manfaat kepada golongan sasar di luar bandar sama ada golongan miskin dan miskin tegar, golongan belia, pekebun-pekebun kecil, penduduk Orang Asli dan golongan usahawan.Untuk itu kita mesti bijak dan bersedia untuk lebih dinamik serta mampu menjadi agen perubahan dan jentera penggerak pertumbuhan ekonomi luar bandar. Bagi usahawan luar bandar, mereka mesti berani meneroka frontier baru dan meluaskan lagi pasaran, mengeluarkan produk bertaraf dunia serta berusaha gigih dan agresif untuk menjadi lebih kompetitif.

Anjakan dalam pendekatan dasar yang diperkenalkan Kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan seterusnya sasaran untuk meningkatkan pendapatan penduduk mampu dicapai dalam tempoh sederhana dan jangka panjang. Justeru adalah penting agar semua pihak mengambil peranan dalam memastikan kawasan luar bandar di negara ini, berpandukan acuan dan formula kita sendiri, berkembang pantas setanding dengan luar bandar di negara maju yang lain. Kerajaan,

akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam bagi memastikan kawasan luar bandar

berdaya maju dan berdaya saing. Manakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain khususnya penduduk luar bandar, saya menyeru supaya sentiasa bersama-sama Kerajaan dalam membangunkan sektor luar bandar dan menjadikan PIPLB ini sebagai medium untuk mencapai cita-cita negara ekonomi berdaya maju, masyarakat yang sejahtera dan persekitaran lestari menjelang tahun 2020.

Apapun langkah strategi yang kita ambil, kepentingan negara perlu mengatasi

segala-galanya. Prinsip ini hendaklah menjadi pegangan dalam merealisasikan aspirasi 1Malaysia. Dalam pada itu, marilah kita bersama-sama memastikan agar PIPLB ini dapat dijayakan dengan jayanya dan menjadi pemangkin trasformasi kemajuan di luar bandar.

Saya yakin dengan sokongan padu dari semua pihak, sektor luar bandar Malaysia akan muncul sebagai pencetus dan jentera penggerak ekonomi negara dengan masyarakat desa terutamanya, dapat menikmati pembangunan yang akhirnya membawa

masyarakat desa ke mercu kemakmuran yang lebih gemilang.

1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK Perdana Menteri, Malaysia

(5)

KATA PENDAHULUAN

Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

meletakkan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai aspirasi pentadbirannya. Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat di bandar atau di luar bandar, merentasi etnik dan pegangan hidup, terus maju ke hadapan bersama. Bagi mencapai hasrat ini, Program Transformasi Kerajaan telah dilancarkan. Ini merupakan satu langkah berani dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan perpaduan yang utuh. Transformasi ini merupakan satu komitmen Kerajaan yang turut melibatkan pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memacu luar bandar agar seiring dengan dasar dan kemajuan yang dinikmati negara.

Sejajar dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) bertanggungjawab menggalas cabaran untuk membawa rakyat luar bandar maju ke hadapan. Dalam merealisasikan hala tuju pembangunan luar bandar yang lestari, KKLW telah merangka Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) dengan berteraskan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi melalui Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMKe-10). Menerusi PIPLB, agenda pembangunan negara khususnya untuk kawasan luar bandar akan lebih tersusun. Saya percaya bahawa kawasan luar bandar perlu diberi wajah tersendiri dengan mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan bersifat mesra alam supaya selesa untuk didiami. Ini juga akan dapat menarik kehadiran pelancong dalam usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan komersial bagi menjana pendapatan penduduknya. Justeru itu, saya yakin melalui tujuh (7) teras dan tiga puluh sembilan (39) strategi yang telah dikenal pasti dalam PIPLB, program pembangunan luar bandar terutama pengupayaan modal insan dan pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada masa ini pelbagai kemajuan telah berjaya dilaksanakan di luar bandar. Sebagai contoh untuk pembangunan modal insan sahaja, KKLW dan agensi-agensinya telah berjaya melahirkan 205,081 usahawan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Manakala dalam bidang pendidikan pula bagi tempoh 2001 - 2009, MARA iaitu agensi KKLW, telah menaja seramai 10,392 pelajar ke luar negara dan seramai hampir 200,000 pelajar di 184 Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan sumber ekonomi di luar bandar, bidang-bidang ekonomi baru telah diterokai seperti pelancongan tani/agro-tourism. Bidang ini mampu mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pada tahun 2009,

statistik menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar terlibat dalam aktiviti perhotelan dan restoran, berbanding penglibatan di dalam perikanan iaitu seramai 74,000 orang atau 2.2% sahaja. Justeru itu, eksploitasi terhadap bidang ekonomi ini perlu diperhebatkan demi untuk menggalakkan pertumbuhan, kepelbagaian dan kemapanan sektor ekonomi luar bandar.

(6)

pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran tinggi, inovasi dan kreativiti serta peningkatan kompetensi. Strategi pertumbuhan ekonomi luar bandar akan terus ditambah baik dan disusun semula bagi menghadapi peralihan lanskap ekonomi. Untuk berubah dan berjaya, kita perlu berani mengambil risiko, berani melalui “road less travel” demi mencapai impian. Saya amat yakin, melalui usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh, sektor luar bandar keseluruhannya akan berubah wajah. PIPLB umpama sebuah kompas yang memandu pengembara ke laluan yang betul agar

kepentingan masyarakat luar bandar tidak tersasar. Pada masa yang sama PIPLB harus menjadi asas kepada agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan negara. Sehubungan itu, saya menyeru tanpa mengira siapa kita, di bandar atau di desa, sahutlah cabaran dan bersama-sama menjayakan PIPLB ini. Dengan visi yang telah ditetapkan, melalui misi yang telah digubal, strategi yang disusun rapi dan pastinya melalui komitmen kita bersama, PIPLB pasti boleh diterjemahkan untuk menjadi kenyataan bagi merealisasikan wawasan 2020 negara. Insya Allah.

Komuniti Berdaya Desa Berjaya’

DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(7)

KATA-KATA ALUAN

Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar merupakan satu anjakan

kearah mempertingkatkan pembangunan luar bandar di Malaysia. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi sektor luar bandar bersama-sama merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pelan induk ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mementingkan

pembangunan modal insan, kualiti, dayasaing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi masyarakat luar bandar yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara.

Pelan induk ini telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan luar bandar. Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digemblengkan secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang digariskan dalam pelan tersebut. Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua pihak, bukan sahaja oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sahaja, malah Agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung memainkan

peranan dalam pembangunan luar bandar.

Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini terutama kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang telah menyumbangkan pandangan dan idea-idea mereka.

DATUK ABD JABAR BIN CHE NAI Ketua Setiausaha

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(8)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

viii

KANDUNGAN

PRAKATA

BAB 1 MENGIMBAU KENANGAN, MELAKAR IMPIAN.

LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN :

SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU. 2

TUJUH TUNGGAK UTAMA

1. PEMERKASAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 6

2. MELONJAKKAN PENDAPATAN MASYARAKAT 7

3. MENGGERAKKAN KEGIATAN EKONOMI

DAN INDUSTRI SECARA BERSEPADU. 8

4. PELUASAN AKSES PRASARANA 10

5. PEMBANGUNAN SEIMBANG DAN BERTERUSAN 11

6. PERLUASAN PENEMBUSAN INTERNET

DAN LIPUTAN JALUR LEBAR 13

7. TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

BAB 2 MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD.

EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD. 16

ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 26

POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR 30

MELANGKAH KE HADAPAN 35

BAB 3 DASAR DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR (PIPLB).

DEFINISI LUAR BANDAR 41

PERNYATAAN DASAR 42

VISI DAN MISI 43

(9)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

ix

TERAS 45

TERAS 1 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN

DAN PENGUPAYAAN MASYARAKAT. 46

TERAS 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI

YANG BERDAYA MAJU, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN. 63

TERAS 3 : PENGINTEGRASIAN PERANCANGAN FIZIKAL DENGAN PROGRAM

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. 87

TERAS 4 : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

YANG MENYELURUH. 113

TERAS 5 : PENINGKATAN KUALITI HIDUP

DAN PENDAPATAN GOLONGAN ISI RUMAH KUMPULAN 40% TERENDAH. 125

TERAS 6 : PENGURUSAN PEMBANGUNAN

SECARA BERSEPADU. 143

TERAS 7 : PENGURUSAN SUMBER ALAM

SECARA MAPAN. 157

KESIMPULAN 168

(10)
(11)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

BAB 1

LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN:

SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU

Semenjak Negara mencapai kemerdekaan, pelbagai strategi dan usaha telah dilakukan oleh Kerajaan yang membawa kepada kejayaan dan perubahan kepada

pembangunan luar bandar.Usaha ini akan diteruskan dalam rancangan pembangunan negara memandangkan masih terdapat banyak ruang dan potensi yang perlu diterokai demi pembangunan masyarakat luar bandar.

KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN

1.1 Pembangunan pesat ekonomi negara khususnya di bandar menyebabkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar menjadi lebih meluas. Keadaan ini menuntut kepada komitmen berterusan pelbagai pihak supaya luar bandar dapat dimajukan dengan lebih pesat lagi.

1.2 Nisbah ketidaksamaan pendapatan antara bandar dan luar bandar menguncup daripada 1:2.14 pada tahun 1970 kepada 1:1.7 pada tahun 1990, namun melebar semula pada akhir tahun 1990-an dan awal abad ke-21 kepada 1:2.11 dan pada tahun 2007 kembali menguncup kepada 1:1.91. Manakala pada tahun 2009, nisbah berada pada kadar 1:1.85.

1.3 Pada masa yang sama kadar kemiskinan di luar bandar telah menurun daripada 55.3% (1973) kepada 7.1% (2007). Seiring dengan perkembangan ini juga, pekali Gini luar bandar meningkat semula daripada 0.397 (2004) kepada 0.388 (2007).

02

(12)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.4 Penting juga dinyatakan bahawa Pekali Gini bagi Bumiputera di seluruh Negara kekal tertinggi pada tahun 2004 dan tahun 2009 berbanding dengan lain-lain kaum seperti jadual di bawah:

Keadaan ketidakseimbangan sesama kaum ini wujud di kalangan pelbagai kelompok

penduduk dan kaum di bandar dan luar bandar.

DEMOGRAFI PENDUDUK

1.5 Proses perbandaran dan pembangunan perindustrian yang pesat serta penghijrahan penduduk ke bandar telah menyebabkan kadar penduduk luar bandar semakin berkurangan. Pada tahun 1980, peratus penduduk luar bandar berada pada tahap 68.5% (8.65 juta) daripada jumlah penduduk (13.14 juta) dan semakin menurun kepada 36.7% (10.24 juta) berbanding 27.89 juta pada tahun 2009. Penurunan peratusan penduduk luar bandar ini sebaliknya

mencatatkan peningkatan peratusan penduduk yang terdiri daripada warga tua. Keadaan ini membawa kepada dimensi baru cabaran pembangunan ekonomi dan peningkatan produktiviti guna tenaga di luar bandar.

Jadual 1.1 Pekali Gini mengikut Kumpulan Etnik 2004 dan 2009

Etnik

2004 2009

Bumiputera 0.452 0.440

Cina 0.446 0.425

India 0.425 0.424

(13)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

KUALITI HIDUP

1.6 Secara umumnya, kualiti hidup penduduk Malaysia telah meningkat seperti yang dicerminkan melalui peningkatan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan asas dan lain-lain indikator yang terkandung dalam Laporan Kualiti Hidup Malaysia, 2008. Pada masa yang sama, kualiti hidup penduduk luar bandar Malaysia turut meningkat melalui program dan projek yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Namun secara relatifnya, liputan dan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan ini adalah rendah di luar bandar berbanding bandar. Secara amnya, kualiti hidup penduduk di semua negeri telah bertambah baik,

walaubagaimana pun terdapat perbezaan yang

nyata serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Sabah dan Sarawak.

(14)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Sebagai contoh, akses kemudahan

bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak 76.51% dan 66.48% adalah lebih rendah berbanding dengan Semenanjung.Begitu juga akses kemudahan bekalan air 58.5% dan 58.8% berbanding 89.6%. Kadar celik huruf di Sabah dan Sarawak agak jauh lebih rendah

berbanding kadar celik huruf seluruh Negara. Kadar kematian bayi 3% dan 5.9% bagi setiap 1,000 kelahiran di Sabah dan Sarawak pula, jauh lebih tinggi berbanding dengan

Semenanjung iaitu

1.7 Malaysia kini berada dalam fasa yang terpenting di mana hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Justeru itu, seluruh tenaga dan kepakaran perlu digembleng ke arah itu. Masyarakat luar bandar juga perlu digerakkan secara efektif ke arah perubahan.Bagi

mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, telah dikenalpasti 7 tonggak utama yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

05

Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan

Melonjakkan Pendapatan Masyarakat

Menggerakkan Kegiatan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu

Perluasan Akses Prasarana

Pembangunan Seimbang Dan Berterusan

Tadbir Urus Desa Yang Baik

(15)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.8 Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan

Modal insan merupakan aspek terpenting dalam pembangunan dan menjadi pra-syarat utama kepada kejayaan sesebuah Negara. Oleh itu, usaha memperkasakan

modal insan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan. Pada masa ini, masih ramai penduduk di luar bandar yang mempunyai tahap pendidikan rendah. Mengikut statistik daripada kalangan tenaga kerja di luar bandar, hanya 14.3% sahaja yang mempunyai

pendidikan di peringkat tertiari.

Di samping itu, kemahiran tenaga pengajar di institusi luar bandar perlu dipertingkatkan lagi bagi melahirkan tenaga kerja luar bandar yang lebih berkesan. Jenis kursus dan kurikulum perlu sentiasa ditambah baik bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Kursus-kursus dan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar akan lebih menekankan kepada kaedah ’hands-on’

bagi memberi manfaat yang lebih.

(16)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.9 Melonjakkan Pendapatan Masyarakat

Ketika mencapai kemerdekaan, hampir 90% penduduk Malaysia dalam keadaan

kemiskinan. Kebanyakan penduduk

berpendapatan rendah, bergantung kepada getah dan bijih timah. Melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan contohnya, pembangunan tanah secara perladangan yang dilaksanakan oleh FELDA, pendapatan penduduk di luar bandar telah berjaya ditingkatkan. Pada tahun 2009, purata pendapatan isi rumah penduduk luar bandar telah berjaya ditingkatkan kepada RM2,545 dan kadar kemiskinan juga dapat dikurangkan kepada 8.4%. Namun begitu, usaha perlu dilipatgandakan bagi

meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar.

Pembangunan ekonomi luar bandar masih tertumpu kepada pertanian komoditi, terutamanya getah dan kelapa sawit. Harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit masih menghadapi ketidakstabilan harga dan ini telah mempengaruhi pendapatan pekebun kecil. Walaupun terdapat usaha bagi

meningkatkan produktiviti, namun dengan saiz

keluasan tanah yang kecil dan tidak ekonomik usaha ini tidak akan dapat melonjakkan pendapatan pekebun kecil.

Penstrukturan semula ekonomi perlu

dilakukan bagi mempelbagaikan pendapatan penduduk. Sektor perkhidmatan, industri desa serta aktiviti non farm akan dimajukan dengan lebih giat. Laporan World Wildlife Foundation (WWF) Malaysia pada tahun 2002 telah menganggarkan sejumlah RM655 juta setahun diperolehi daripada aktiviti eko-pelancongan. Potensi ini merupakan peluang yang perlu diterokai dengan lebih giat bagi

mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk luar bandar.

(17)

08

1.10 Menggerakkan Ekonomi Dan Industri

Secara Bersepadu

Sektor Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) dilihat mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi sektor luar bandar di Malaysia. Secara keseluruhan, pada tahun 2008, sektor ini menyumbang hampir 32% kepada KDNK. Namun, sektor EKS negara masih berhadapan dengan cabaran yang besar terutamanya dari segi keterbukaan pasaran domestik kepada persaingan

global. Dalam menghadapi cabaran liberalisasi pasaran ini, sektor EKS luar bandar mesti meningkatkan kualiti produk keluaran mereka supaya berdaya maju dan berdaya saing. Oleh itu, sektor ini perlu dibangunkan secara lebih holistik, seimbang dan tersusun supaya transformasi EKS menjadi sektor yang ekonominya berkembang sejajar dengan ekonomi global dan sektor ekonomi moden lain dapat dicapai.

Kerajaan komited dalam usaha meneroka potensi pertumbuhan dan inovasi EKS termasuk di luar bandar bagi melahirkan juara di peringkat nasional, serantau dan global. Di antara strategi yang dicadangkan, termasuk membangunkan EKS sebagai jentera

pertumbuhan dan inovasi dengan mengurangkan kos kawal selia yang ditanggung oleh EKS, membina keupayaan EKS, menyokong pembentukan budaya keusahawanan, memperkukuh infrastruktur sokongan dan mempertingkat akses kepada pembiayaan.

Usaha-usaha akan diambil untuk

menggalakkan dan menarik minat golongan belia berkecimpung dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan di luar bandar. Di samping itu, hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi perlu

(18)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

keluaran mereka di kawasan bandar. Ini akan mendorong usahawan meningkatkan

produktiviti dan pada masa yang sama memperbanyakkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

(19)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.11 Peluasan Akses Prasarana

Kerajaan komited untuk memastikan kualiti hidup yang tinggi wujud di luar bandar. Hasrat ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, di mana luar bandar akan menjadi kawasan yang menarik untuk didiami, mempunyai

perumahan dan perkhidmatan berkualiti serta pelbagai kemudahan bertaraf bandar. Kawasan luar bandar mengekalkan cirinya tersendiri di samping memanfaatkan perkhidmatan asas yang disediakan. Pengangkutan awam dirancang untuk memenuhi keperluan rakyat, akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti turut disediakan disamping persekitaran yang dipelihara untuk generasi akan datang.

Strategi dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan selama ini telah menghasilkan kejayaan. Pada tahun 2009 liputan bekalan elektrik telah mencapai 99.5% di

Semenanjung Malaysia,76.5% di Sabah dan 66.5% di Sarawak. Manakala liputan

bekalan air bersih pula telah mencapai 89.6% di Semenanjung, 58.5% di Sabah dan 58.8% di Sarawak. Rangkaian kemudahan jalan

berturap telah dinikmati oleh sebahagian besar rakyat di Semenanjung Malaysia dan langkah-langkah sedang diambil bagi meningkatkan kemudahan ini di Sabah dan Sarawak. Program bantuan perumahan yang dilaksanakan pula telah membantu usaha menangani kemiskinan tegar.

Di samping memperluas liputan perkhidmatan, kualiti perkhidmatan juga ditingkatkan. Langkah-langkah seperti mengggunakan teknologi moden yang lebih berkesan sedang diambil. Bajet berhemah bagi memastikan nilai yang lebih besar untuk setiap ringgit yang dibelanjakan turut diberi penekanan oleh Kerajaan. Kerajaan akan terus memastikan kemudahan akses prasarana akan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan di mana mereka berada.

(20)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.12 Pembangunan Seimbang Dan Berterusan

Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah

negara tidak dapat dinafikan lagi. Alam sekitar

merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dan rakyat untuk memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara mapan supaya

pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Jumlah keluasan kawasan hutan di Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan melebihi separuh daripada keluasan tanah negara. Di Semenanjung Malaysia jumlah keluasan hutan ialah 5.85 juta hektar, di Sabah 4.3 juta hektar dan di Sarawak 8.06 juta hektar. Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan taman negara atau lain-lain kawasan perlindungan hutan. Usaha ini diambil bagi memelihara pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang.Oleh itu,

pertimbangan alam sekitar perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu projek pembangunan dalam bandar.

Usaha-usaha bagi memelihara dan

menghargai alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya. Antaranya seperti pembukaan hutan secara meluas oleh penduduk luar bandar termasuk Orang Asli perlu diminimakan, di samping mengelakkan penggunaan

racun rumpai secara berlebihan yang juga akan memusnahkan alam sekitar. Sebaliknya, pertanian secara organik diberi galakan yang tinggi supaya kesan negatif bahan kimia ke atas kualiti tanah dan air dapat dikurangkan. Pembenihan semula sumber alam perlu dipertingkatkan supaya sumber yang hilang, khususnya sumber yang boleh diperbaharui dapat diganti. Amalan pertanian yang baik

(Good Agronomic Pratice) perlu dilaksanakan oleh semua masyarakat dan Agensi Kerajaan. Amalan pematuhan (compliance practice)

dan ISO 14000 perlu diberi penekanan dalam pelaksanaan projek di luar bandar.

(21)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

(22)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.13 Perluasan Penembusan Internet Dan Liputan Jalur Lebar

Pada masa ini, proses transformasi ekonomi Malaysia dari sebuah ekonomi yang

berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasas pengetahuan didorong kuat oleh dasar Kerajaan yang proaktif dan agresif kepada perkembangan teknologi maklumat. Bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, jurang digital masyarakat luar bandar perlu diatasi

segera. Tidak dapat dinafikan ICT merupakan

satu alat untuk mengupayakan kumpulan yang terpinggir. Tanpa kemudahan ini,

ketidaksamaan sosio ekonomi pasti wujud. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1997 telah menyatakan bahawa kemiskinan maklumat adalah merupakan satu lagi bentuk kemiskinan yang perlu ditangani secara serius oleh Kerajaan.

“We are profoundly concerned at the deepening mal-distribution of access,

resources and opportunities in the information

and communication field. The information

technology gap and related inequities between industrialized and developing nations are widening: a new type of poverty - information

poverty - looms. Most developing countries,

especially the Least Developed Countries (LDCs) are not sharing in the communication revolution, since they lack:

affordable access to core information resources, cutting-edge technology and to sophisticated telecommunication systems and infrastructure; the capacity to build, operate, manage, and service the technologies involved; policies that promote equitable public

participation in the information society as both producers and consumers of information and knowledge; and a work force trained to

develop, maintain and provide the value-added products and services required by the

information economy“.

The UN’s Administrative Committee on Coordination statement on Universal Access to

Basic Communication and Information Services

in April 1997.

(23)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Semenjak tahun 2000, Kerajaan telah

melaksanakan program-program ICT termasuk di kawasan luar bandar. Namun begitu, masih lagi terdapat kawasan-kawasan di luar bandar yang belum mendapat akses kepada teknologi maklumat terutamanya teknologi jalur lebar. Kadar penembusan internet dan jalur lebar di bandar ialah 85% dan di luar bandar 14%. Tahap celik IT yang rendah di kalangan penduduk luar bandar akan menyebabkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar semakin melebar, ini membantutkan usaha ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

1.14 Tadbir Urus Desa Yang Baik

Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap tadbir urus dan integriti sektor awam dan swasta. Dengan tahap integriti yang tinggi, usaha pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan baik dan ini mampu meningkatkan kepercayaan serta rasa hormat di kalangan masyarakat.

Tadbir urus yang baik merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Ia boleh ditakrifkan sebagai proses membuat keputusan dan cara pelaksanaan. Salah satu daripada cabaran utama Kerajaan adalah untuk memenuhi hasrat dan harapan serta aspirasi rakyatnya. Tabdir urus yang terbaik adalah penting bagi menghadapi cabaran dengan berkesan. Amalan pelaksanaan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab, dengan berteraskan prinsip kesaksamaan,

keberkesanan, integriti serta akauntabiliti akan membuahkan kejayaan.

(24)
(25)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA DEKAD

2.1 Sejak mencapai kemerdekaan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan bertujuan

meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Tumpuan telah diberikan kepada penyediaan kemudahan prasarana asas termasuk jalan, kemudahan elektrik dan air, kemudahan sosial, serta pendidikan dan kesihatan. Di samping itu, program dan projek pembangunan pertanian juga telah dimulakan di mana kesemua usaha ini dirangka bagi meningkatkan pendapatan penduduk dan membasmi kemiskinan. Secara ringkas, evolusi pembangunan luar bandar dalam tempoh lima dekad yang lalu adalah seperti berikut:

Era Pasca Kemerdekaan (1957-1970)

• Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan, diikuti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Kedua-duanya menjadi pemangkin kepada pembangunan tanah dan pembangunan luar bandar yang lebih pesat. Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar

bandar dan merapatkan jurang perbezaan

taraf hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

• Kerajaan juga telah membina

sekolah-sekolah berasrama penuh yang turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar luar bandar yang berpotensi untuk meningkat maju di samping membina lebih banyak

sekolah-16

BAB 2

(26)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

17

sekolah di kawasan luar bandar.

• Menggubal Pelan Pembangunan Desa

Kebangsaan bertujuan untuk menyusun dan menggerakkan institusi ke arah pemodenan dan pembangunan desa.

• Majlis Kebangsaan Pembangunan

Desa (MKPD) juga telah ditubuhkan supaya dapat menyelaras Pelan Buku Merah yang terdapat di Bilik Operasi setiap pejabat daerah. Langkah yang dipelopori oleh Y.B. Allayarham

Tun Abdul Razak ini boleh dianggap sebagai

permulaan perancangan dan pembangunan luar bandar secara tersusun.

• MKPD ini dipengerusikan oleh Perdana

Menteri di peringkat persekutuan, manakala di peringkat negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar. Di peringkat daerah pula, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang juga merancang kemajuan masyarakat di peringkat akar umbi.

• Prinsip perancangan pembangunan di

ketiga-tiga peringkat ini telah menjadi asas kepada perancangan pembangunan luar bandar yang masih diguna pakai sehingga hari ini.

• Pada umumnya, Pelan tersebut

tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, pembangunan tanah ala FELDA dan

peningkatan pengeluaran padi dan beras melalui perluasan kawasan tanaman dua kali setahun dibantu dengan program saliran dan perparitan.

• FAMA (Federal Agricultural Marketing

Authority) telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi membantu petani memasarkan produk supaya mendapat harga yang berpatutan. Pada tahun ini juga, Bank Bumiputra ditubuhkan sebagai sebuah bank

(27)

18

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar • RIDA telah disusun semula pada

tahun 1966 dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada ketika itu, RIDA

bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman dan bantuan teknikal kepada usahawan Bumiputera di luar bandar.

• Bagi menangani masalah tanah terbiar,

Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi membantu penduduknya menyertai aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup.

Era Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Usaha membasmi kemiskinan yang lebih bersepadu, terselaras dan terancang telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini yang meliputi tempoh masa 20 tahun (1970-1990) telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kemiskinan dikatakan sebagai punca utama berlakunya rusuhan kaum. Dua objektif utama digariskan iaitu:

. pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

. penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan akhirnya

menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

Pelbagai strategi, langkah dan tindakan telah diambil seperti berikut:

• Kerajaan telah menubuhkan Pihak

Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah (RISDA) pada tahun 1973 bertujuan antara lain untuk memajukan sektor pekebun kecil dengan melaksanakan

penanaman semula getah serta merancang dan melaksanakan inovasi di dalam sektor pekebun kecil.

• Jabatan Kemajuan Masyarakat

(KEMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pemaju Masyarakat KEMAS dan JKKK bekerjasama menggerakkan

(28)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

19

• Pendekatan pembangunan desa

bersepadu iaitu Integrated Rural

Development Plan (IRDP) telah diperkenalkan. Bagi menghasilkan impak yang lebih nyata, konsep “pembangunan kawasan” di bawah IRDP menjadi asas kepada pendekatan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Kesemua IADP adalah berteraskan pemban-gunan setempat (in-situ) dengan memberi penekanan kepada pembasmian kemiskinan, peningkatan pengeluaran pertanian/bahan makanan dan pembangunan desa.

• Pendekatan pembangunan wilayah

yang menggunakan konsep pembangunan kawasan telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana Lembaga Kemajuan Wilayah (contohnya KEDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR) telah ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan di kawasan baru dan berskala besar.

• Dasar Halacara Baru telah

diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan dan pembasmian kemiskinan di kawasan luar Bandar.

• “Revolusi Pertanian” telah

diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian pada tahun 1986 bagi menyokong dasar pembasmian kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang tidak menyertai program di bawah dasar Halacara Baru.

• Dasar Pertanian Negara (DPN 1)

diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk mencergaskan semula peranan dan sumbangan sektor pertanian dalam

(29)

20

Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

• Dasar Pembangunan Nasional

telah digubal bertujuan meneruskan dasar “pertumbuhan dengan pengagihan” dengan penumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan di samping meneruskan penstrukturan semula masyarakat melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

• Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Dato’

Seri Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Wawasan 2020 dengan matlamat supaya Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

• Selari dengan Wawasan 2020 ini,

di bawah RMKe-6 (1990-1995), anjakan paradigma bagi luar bandar telah diusahakan dengan memperkenalkan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994.

• FSBPLB menggariskan perubahan

dasar daripada penekanan kepada ekonomi

(ecocentric) kepada pembangunan manusia

(homocentric) bertujuan mewujudkan

masyarakat yang berfikiran terbuka dan

mempunyai perspektif global serta mempunyai nilai-nilai murni.

• Bagi mencapai matlamat ini, FSBPLB

ini menggariskan tujuh inisiatif utama iaitu:

i) pembangunan manusia yang cemerlang;

ii) pembangunan keluarga yang sejahtera;

iii) pembangunan masyarakat yang beridentiti dan berdaya tahan; iv) penyediaan infrastruktur yang

berkualiti;

v) pembangunan ekonomi yang mapan; vi) sistem penyampaian yang berkesan;

dan

vii) pewujudan rangka kerja insititusi yang responsif kepada perubahan.

(30)
(31)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

22

• Bagi mencapai hasrat mewujudkan

masyarakat moden dan mempunyai nilai-nilai positif, beberapa prasyarat perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu:

i) pendidikan minima yang tinggi serta apresiasi pendidikan sebagai satu proses berterusan;

ii) asas teknologi yang moden;

iii) penggunaan teknologi maklumat yang meluas;

iv) perubahan pergantungan asas ekonomi;

v) penyediaan kemudahan prasarana yang berkualiti;

vi) minda yang moden, terbuka dan global; dan

vii) responsif kepada pasaran.

• Gerakan Desa Wawasan (GDW) telah

diperkenalkan dalam tahun 1996 sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan manusia, di samping merupakan satu Gerakan di peringkat nasional bertujuan untuk

(32)
(33)

24

Era Pembangunan Berasaskan Pengetahuan

• Peralihan kepada era millenium baru,

srategi pertumbuhan turut berubah daripada strategi yang didorong oleh input kepada berasaskan pengetahuan. Peralihan strategi ini adalah penting dalam usaha meningkatkan pertumbuhan potensi pengeluaran,

mempercepatkan perubahan struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggiatkan sektor pertanian dan

memperkukuhkan kestabilan sosio ekonomi melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang saksama.

• Strategi di atas memberikan tumpuan

yang lebih kepada inisiatif sektor swasta, sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti.

• Usaha membudayakan teknologi

maklumat di kalangan masyarakat luar bandar telah dilancarkan dengan penubuhan pusat komuniti ICT di luar bandar yang dikenali sebagai Medan Infodesa (MID). MID ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ICT dengan menyediakan kemudahan latihan asas ICT kepada masyarakat luar bandar.

Era Transformasi Kerajaan

Negara memerlukan model ekonomi yang baru untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan paradigma dan langkah berani diperlukan. Transformasi ekonomi yang menyeluruh hanya dapat dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak. Malaysia boleh berjaya menjadi negara maju sekiranya seluruh tenaga dan kepakaran digembleng ke arah itu. Beberapa perubahan radikal telah diperkenalkan untuk tempoh 10 tahun akan datang (RMKe-10 dan RMKe-11). Proses transformasi negara menuntut kepada transformasi jentera

Kerajaan bagi menyokong peralihan ekonomi.

(34)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

25

Kerajaan telah mula mengambil langkah

transformational, pada masa yang sama mempertahankan agenda keadilan sosial. Bagi maksud ini, Kerajaan akan berpegang kepada empat tiang utama terdiri daripada Pertama: Falsafah induk 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Kedua: Program Transformasi Kerajaan atau GTP; Ketiga: Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan Keempat: Dua rancangan pembangunan lima tahun yakni RMKe-10 dan RMKe-11. Empat tiang utama ini pula didokong oleh empat nilai asas pelengkap. Pertama:

Membudayakan kreativiti dan inovasi; Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; Ketiga: Nilai untuk wang atau value for money dan Keempat: Nilai integriti.

Selanjutnya, langkah transformasi Kerajaan yang sedang dibuat bermula dengan pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dengan NKRA tersebut, Kerajaan mensasarkan untuk

mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar,

(35)

26

ISU DAN CABARAN

2.2 Kajian Pelan Induk yang telah

dijalankan pada awal 2010 telah merumuskan beberapa isu dan cabaran pembangunan luar bandar seperti berikut:

Perubahan Minda

Masyarakat luar bandar masih terikat dengan

cara berfikir dan bertindak mengikut amalan

lama. Mereka masih mengharapkan subsidi atau bantuan Kerajaan dan menganggap melaksanakan pembangunan adalah merupakan sepenuhnya tanggung jawab Kerajaan. Oleh itu, usaha-usaha ke arah melakukan perubahan sikap dan minda penduduk di luar bandar perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun.

Nilai Masyarakat Desa

Nilai masyarakat di kawasan luar bandar sentiasa berubah mengikut perkembangan dan peredaran masa. Mereka kini semakin dipengaruhi oleh nilai kebendaan dan bersikap individualistik. Nilai-nilai murni seperti amalan gotong-royong, saling bantu-membantu dan bermuafakat sudah mula terhakis. Perubahan nilai juga dapat dilihat dari segi kesepaduan sosial. Mereka tidak lagi mendokong

kesepaduan erat seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat tradisional.

Kepimpinan Desa

Kepimpinan desa menjadi isu kerana anak-anak muda yang mempunyai pendidikan tinggi tidak lagi tinggal dan bekerja di kampung. Akibatnya pemimpin pelapis yang berpo-tensi dan berkaliber telah tiada atau semakin berkurangan di kawasan luar bandar bagi menerajui aktiviti ekonomi di kalangan penduduk desa.

Sikap kebergantungan yang tinggi kepada

bantuan, zon selesa dan cepat berpuas hati

serta kurang daya usaha.

(36)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

27

Penduduk luar bandar didapati masih mengharap bantuan Kerajaan. Hasil kajian Pelan Induk menunjukkan 30.3% responden yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar masih sangat berharap kepada Kerajaan. Selain dari itu, sikap enggan berusaha, keengganan untuk berubah, sikap kebergantungan kepada orang lain dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada masih wujud. Justeru itu, langkah strategik perlu diambil bagi membolehkan penduduk luar bandar berdikari dan dapat bersaing dalam dunia hari ini yang semakin mencabar.

Peluang Pekerjaan Yang Kurang Menarik

Berbeza dengan kawasan bandar, peluang

pekerjaan di luar bandar dilihat kurang menarik dari sudut pendapatan dan peluang

perkembangan kerjaya. Masalah ini terus menjadi penghambat utama kepada golongan pekerja, khususnya belia untuk memilih kerjaya di kawasan luar bandar.

Peluang Aktiviti Keusahawanan Yang Terhad

Kawasan luar bandar mempunyai bilangan penduduk setempat yang terhad dengan pendapatan yang rendah. Justeru itu, untuk mengembangkan aktiviti ekonomi, usahawan luar bandar perlu meneroka pasaran di luar daripada kawasan mereka. Kekurangan prasarana menyempitkan lagi ruang dan peluang bagi aktiviti keusahawanan. Hasil kajian Pelan Induk juga menunjukkan mereka menghadapi masalah modal dan kemahiran. Bagi meningkatkan aktiviti pemasaran, usahawan luar bandar boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini seperti kemudahan facebook dan on-line marketing

bagi memasarkan produk mereka.

Masalah Tanah

Pertambahan penduduk yang begitu pesat dan permintaan tanah untuk aktiviti bukan ekonomi seperti tapak perumahan telah menambah

buruk isu tanah di luar bandar. Saiz

(37)

28

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Sebagai contoh berdasarkan kajian, 59.1% daripada responden yang terdiri daripada pesawah padi memiliki keluasan sawah padi sekitar 0.5 hingga 1.0 ekar. Selain itu, sekumpulan tertentu penduduk (termasuk Orang Asli) tidak memiliki tanah secara sah atau langsung tidak memiliki tanah. Bagi penduduk yang mempunyai tanah pula, tidak mengusahakan tanah mereka atas pelbagai sebab dan alasan.

Nilai Tambah Yang Rendah

Kebanyakan aktiviti ekonomi masih terhad kepada pengeluaran barangan mentah. Kesannya, produk luar bandar tidak dapat menjana pulangan tinggi berikutan kurang nilai tambah dalam aktiviti pengeluarannya.

Kebergantungan Kepada Buruh Asing

Kekurangan buruh tempatan mula merebak ke sektor pertanian menjelang dekad 1990-an. Masalah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ladang, tetapi turut dihadapi oleh sektor

pekebun kecil, penternakan dan perikanan. Kini, sektor luar bandar juga terpaksa

bergantung kepada pekerja asing untuk terus beroperasi.

Produktiviti Yang Rendah

Tahap pengetahuan dan kemahiran penduduk luar bandar yang rendah serta amalan ekonomi dan teknologi mereka yang bersifat tradisional menyebabkan produktiviti buruh, modal dan tanah di luar bandar berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.

Saiz Penempatan Luar Bandar Yang Bertaburan Dan Kecil

Penempatan luar bandar terdiri daripada kampung tradisi, petempatan FELDA dan FELCRA, kampung baru, penempatan ladang, kampung Orang Asli dan pusat-pusat

(38)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

29

Saiz penempatannya yang kecil pula

menghadkan bilangan penyertaan penduduk yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu projek.

Kurang Kemahiran Dan Tahap Pendidikan Yang Rendah

Berdasarkan kajian Pelan Induk, sikap negatif dan enggan berusaha, sikap sentiasa berharap kepada subsidi dan bantuan, masalah

kemiskinan sangat jelas di kalangan

masyarakat Orang Asli dan kelompok miskin tegar yang lain. Kadar keciciran pelajar di kalangan orang Asli adalah tinggi, misalnya pada tahun 2008 sebanyak 36.1% daripada pelajar orang asli yang tamat Darjah 6 tetapi tidak meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan 1.

Pertindihan Agensi Dan Fungsi –

Ketidakcekapan Dan Pembaziran Sumber

Pelbagai agensi terlibat dalam usaha pembangunan luar bandar seperti Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEMAS di bawah KKLW, Jabatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Program-program kementerian/agensi ini semuanya memberi tumpuan kepada golongan sasaran yang sama. Tanpa penyelarasan yang berkesan, keadaan ini boleh mewujudkan pertindihan fungsi dan

pembaziran peruntukan serta kekeliruan di

(39)

30

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR

2.3 Pembangunan luar bandar telah menyaksikan perubahan yang ketara hasil transformasi dan pendekatan yang komprehensif. Proses pembangunan luar bandar telah menyaksikan pembangunan

fizikal, peningkatan kebolehcapaian,

kemudahan sosial moden termasuk kemajuan ICT dan jalur lebar. Namun pembangunan luar bandar masih boleh dipertingkatkan melalui usaha dan strategi berikut:

Modal Insan dan Pendidikan :

Pembangunan Berterusan Merealisasikan Transformasi

Usaha dan strategi pembangunan modal insan sentiasa diperkukuhkan meskipun

pembangunan fizikal luar bandar masih diberi

keutamaan. Ini jelas apabila sebanyak 20.3% peruntukan RMKe-9 Kementerian diagihkan untuk mempergiatkan pembangunan modal insan. Hasilnya, penambahbaikan

pengetahuan yang berterusan dan

pengupayaan kapasiti bagi membantu komuniti luar bandar terus maju melalui kemahiran dan latihan kepimpinan kepada JKKK/JKKP. Komitmen ini membolehkan sumber dan modal insan dimobilisasikan mengikut komuniti kampung masing-masing.

Masyarakat setempat adalah asas kepada pembangunan komuniti luar bandar itu sendiri dan Kementerian sentiasa menyedari masih banyak potensi dan kapasiti modal insan di kawasan luar bandar yang perlu diterokai. Untuk itu, pembangunan modal insan dan pendidikan akan terus menjadi teras agenda pembangunan luar bandar.

Pembangunan Ekonomi :

Kepelbagaian Sumber dan Kemapanan Aktiviti Bukan Pertanian

(40)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

31

penjana pertumbuhan ekonomi dan

pendapatan. Ini dapat dilihat melalui program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang dilancarkan pada tahun 2001 dengan nilai kelulusan sebanyak RM12 juta. Angka ini terus meningkat dari tahun ke tahun dan melonjak kepada RM35 juta pada tahun 2009. Keseluruhan pembiayaan berjumlah RM234 juta telah membiayai aktiviti ekonomi hampir 2,200 pengusaha luar bandar dalam tempoh tersebut.

Sektor ekonomi luar bandar juga didapati beralih kepada aktiviti bukan pertanian seperti pelancongan dan agrotourism untuk

menjana kegiatan ekonomi baru di kawasan luar bandar. Proses ini secara tidak langsung telah membandarkan kawasan luar bandar melalui pembangunan infrastruktur dan kemudahan sokongan sosial yang lain. Kegiatan ini turut mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar di mana

perangkaan tahun 2009 menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar yang bekerja terlibat dalam aktiviti perhotelan dan restoran jika dibandingkan dengan aktiviti perikanan yang mencatatkan

penglibatan tenaga kerja di paras 2.2% atau 74,000 orang. Eksploitasi pelancongan dan

agrotourism dilihat membantu dalam pertumbuhan, kemapanan dan

kepelbagaian ekonomi luar bandar dan dijangka akan mampu mengurangkan pengaliran keluar guna tenaga luar bandar.

Di Malaysia khususnya, sektor pertanian diyakini akan terus membawa pengaruh penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial luar bandar bagi tempoh dekad akan datang. Justeru itu. struktur berfragmentasi dalam rantaian nilai pertanian, aplikasi teknologi pengeluaran dan kemahiran yang rendah di kalangan pengusaha atau pengeluar pertanian akan diberi tumpuan. Cabaran yang paling besar adalah bagi mempertingkatkan produktiviti untuk melengkapkan rantaian nilai menyeluruh ke arah persaingan dan

kebolehpasaran global sebagai langkah mengharungi pertumbuhan lemah 3.0% dalam sektor pertanian negara bagi tempoh

(41)
(42)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

33

Peningkatan Pendapatan Dan Kualiti Hidup

Kementerian sentiasa meletakkan prioriti untuk mengintegrasikan strategi pembangunan luar bandar dengan program-program peningkatan pendapatan dan kualiti hidup. Hasilnya

terdapat penurunan yang signifikan dalam

insiden kemiskinan luar bandar kepada 3.8% pada tahun 2009. Jika diukur secara relatif, usaha-usaha Kementerian jelas ditunjukkan melalui pelbagai program peningkatan pendapatan dengan sejumlah RM5.3 billion telah diperuntukkan bagi melaksanakan 933 projek dalam RMKe-9. Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif seumpama ini

dianggarkan telah memberi manfaat kepada 10.34 juta penduduk luar bandar atau 36.6% dari keseluruhan penduduk bagi tempoh tersebut yang menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan indeks kualiti hidup Malaysia.

Usaha masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar bukan sahaja berkurangan tetapi mampu mencapai tahap pendapatan yang disasarkan oleh Kerajaan pada tahun 2020. Oleh itu, Model Baru Ekonomi Luar Bandar turut dirangka pelaksanaannya bagi memastikan keterangkuman masyarakat luar bandar dalam agenda ekonomi nasional seterusnya akan bersaing setara dengan masyarakat bandar bagi mencapai pendapatan RM48,000 pada tahun 2020.

(43)

34

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

2.4 Pembangunan luar bandar perlu disesuaikan dengan hasrat Kerajaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. Sesuai dengan hasrat itu, luar bandar perlu dibangunkan

berdasarkan kekuatan yang dimiliki daripada segi asas sumber, infrastruktur yang baik dan ketekunan tenaga kerja dalam memacu negara ke hadapan. Sehubungan itu, pembangunan luar bandar akan menggunakan rangka kerja dasar dan strategi yang telah dirangka bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020. Kejayaan projek-projek di bawah Bidang Petunjuk Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area) dalam menyediakan infrastruktur asas luar bandar akan menjadi faktor bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan akan memberikan tumpuan utama kepada pembangunan modal insan yang menjadi aset utama kearah mencapai negara

(44)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

MELANGKAH KE HADAPAN

2.5 Menyedari bahawa dunia terus bergerak pantas, sektor luar bandar harus sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Strategi dan perancangan pembangunan luar bandar perlu digubal secara lebih komprehensif, segala kekuatan perlu digembleng, samada di peringkat individu, masyarakat mahupun institusi. Ini adalah kerana pembangunan luar bandar adalah merupakan di antara faktor terpenting bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Selaras dengan hasrat itu, pembangunan luar bandar akan diperkasa dan dilipatgandakan melalui PIPLB,

bertunjangkan kekuatan yang dimiliki iaitu sumber asas dan modal insan. Kemudahan infrastruktur yang baik dan ketekunan tenaga kerja akan turut digembleng dalam memacu ekonomi luar bandar melonjak ke hadapan.

2.6 Konsep 1Malaysia akan dijadikan asas untuk mengukuhkan perpaduan negara, disamping mengekalkan kestabilan sosial dan politik. Di bawah konsep ini, semua rakyat samada di bandar mahupun di luar bandar akan diberi peluang untuk sama-sama membangun seiring dengan pembangunan pesat negara. Pendekatan inklusif akan memberi tumpuan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (kumpulan 40% terendah), yang sebahagian besarnya merupakan golongan Bumiputera yang berada di luar bandar.

2.7 Sehubungan dengan itu, pendekatan dari pelbagai dimensi yang berani dan

terkini serta berkesan, bagi mengatasi isu dan masalah di luar bandar akan diambil. Dalam tempoh 10 tahun akan datang tumpuan akan diberikan kepada tiga (3) bidang utama seperti berikut :

Pertama : Pembangunan Modal Insan

• Membangun dan mengukuhkan

modal insan di luar bandar yang akan dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni. Penekanan perlu diberikan kepada merubah kerangka minda

(45)

36

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

dan sikap penduduk luar bandar supaya mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin berdikari. Dimensi pembangunan modal insan juga meliputi pengukuhan keupayaan asas

(core competencies) dan pengekalan nilai murni yang diamalkan di luar bandar. Di samping itu, pembangunan keluarga yang sejahtera juga akan diberi tumpuan bagi membentuk institusi keluarga yang kukuh dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat dan pekerja yang beretika dan bermoral.

Kedua : Pemerkasaan Ekonomi dan Keusahawanan

• Menggunakan model baru secara lebih

efektif untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

• Mengenalpasti halangan dan bertindak

balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi.

• Mempelbagai dan memberi insentif

kepada industri strategik yang baru di mana luar bandar mempunyai kekuatan, kelebihan dan potensi untuk lebih berjaya bagi memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar.

• Memperluaskan aktiviti pertanian

berasaskan tanaman yang berpotensi, bernilai tinggi dan berorientasikan pasaran melalui perkongsian bijak dengan sektor swasta, koperasi dan rangkaian pusat jualan produk luar bandar.

• Menggalakkan penciptaan inovasi di

peringkat aktiviti ekonomi huluan dan hiliran untuk menghasilkan nilai tambah lebih tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran sedia ada dan baru. Penekanan akan diberikan bagi melibatkan masyarakat luar bandar.

• Menggalakkan peningkatan kualiti

(46)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

37

Ketiga : Meningkatkan Kualiti Hidup

• Menggalakkan pembangunan

seimbang secara berterusan.

• Menggerakkan transformasi ke arah

menggalakkan tadbir urus desa yang baik. Peranan institusi desa akan diperkukuhkan bagi menjamin sistem penyampaian perkhidmatan yang baik dan berkualiti.

• Merapatkan jurang pembangunan

antara wilayah, dan antara bandar dan luar bandar.

• Memastikan kemudahan prasarana

asas disedia secukupnya.

• Meningkatkan kesedaran kepada

kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

(47)
(48)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

HUBUNGAN DAN ALIRAN SISTEM PENYAMPAIAN DARIPADA PERINGKAT PERSEKUTUAN HINGGA KE AKAR UMBI

MAJLIS TINDAKAN NEGARA PENGERUSI : PERDANA MENTERI S/U : KETUA PENGARAH, ICU JPM

MAJLIS TINDAKAN NEGERI (MTNg) PENGERUSI : MENTERI BESAR/KETUA

MENTERI

S/USAHA : PENGARAH PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN/NEGERI

J/K KERJA TINDAKAN NEGARA (JKTN) PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA NEGARA URUSETIA : ICU, JPM

MAJLIS TINDAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MTWP) PENGERUSI : MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN URUSETIA : KEM. WILAYAH PERSEKUTUAN

J/K KERJA TINDAKAN NEGERI (JKTNGg) PENGERUSI : SETIAUSAHA KERAJAA

NEGERI

URUSETIA : PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN/NEGERI

J/K KERJA TINDAKAN DAERAH/BAHAGIAN (JKTD/JKTB)

PENGERUSI : PEGAWAI DAERAH/RESIDEN URUSETIA : PEJABAT DAERAH/

(BAHAGIAN PEMBANGUNAN)

UNIT PENYELARASAN PERLAKSANAAN

(ICU, JPM)

J/K TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA URUSETIA : PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN/KETUA UNIT PEMBANGUNAN

KKLW

SUMBER; ARAHAN NO.1, 2004 MAJLIS TINDAKAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI DAN KKLW

AGENSI KKLW:

MARA, KEMAS, FELCRA, RISDA,

KEDA, KEJORA , KESEDAR, KETENGAH,

(49)
(50)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

41

3.1 Dasar dan Pelan Induk

Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan, hala tuju dan strategi pembangunan luar bandar secara komprehensif bertunjangkan kepada Falsafah Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB). PIPLB yang digubal ini mempunyai perancangan yang holistik, sesuai dengan keadaan dan keperluan

semasa yang semakin mencabar. PIPLB yang disediakan ini juga mengambil kira dasar, polisi serta program-program yang telah digubal oleh pihak Kerajaan Di samping itu, PIPLB ini juga akan mengambil kira kesinambungan dan keselarasan dengan program dan dasar yang telah dirancang dalam 1Malaysia, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE), RMKe-10 dan lain-lain dasar yang berkaitan.

DEFINISI LUAR BANDAR

3.2 Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa

mendefinasikan kawasan luar bandar sebagai

kawasan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang dengan mempunyai ciri-ciri kawasan pertanian dan sumber alam semulajadi di mana penduduknya tinggal sama ada secara berkelompok, sejajar atau

bertaburan.

Pembangunan luar bandar akan terus diberi tumpuan agar kemajuan yang lebih seimbang dicapai supaya masyarakat luar bandar

dapat menikmati kemudahan prasarana mencukupi dan berkualiti.

Untuk ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Willayah akan merangka satu pelan induk pembangunan luar bandar

yang komprehensif.

Y.A.B Perdana Menteri, Ucapan Bajet 2010

BAB 3

DASAR DAN PELAN INDUK

PEMBANGUNAN LUAR

(51)

42

PENYATAAN DASAR

3.3 Pembangunan luar bandar

berhasrat melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan serta selamat untuk didiami. Secara umumnya, ianya bertujuan:

Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari dan mampu untuk menggunakan peluang dan sumber yang ada dengan optimum ke arah menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan

menguntungkan.

Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing.

Menggalakkan pembangunan dan penempatan penduduk yang tersusun dengan dilengkapi infrastruktur asas serta

kemudahan-kemudahan berkualiti bertaraf bandar.

Mewujudkan persekitaran ekonomi yang sesuai untuk aktiviti keusahawanan dan menyokong segala aktiviti komersial.

Menjadikan masyarakat luar bandar sebagai pemangkin yang menyokong segala usaha menggerak dan menjayakan program-program pembangunan luar bandar.

Mewujudkan satu sinergi proaktif yang membabitkan usaha pihak-pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program pembangunan luar bandar yang berkesan dan mapan.

(52)

VISI DAN MISI PIPLB

3.4 Pembentukan PIPLB ini adalah berdasarkan rangka kerja seperti di bawah:

3.5 PIPLB ini menggariskan visi untuk menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah

mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Empat (4) misi utama yang digariskan bagi menyokong visi ini adalah seperti berikut:

Memperkasakan modal insan.

Meningkatkan peluang ekonomi.

Memperbaiki kualiti hidup luar bandar.

Mengurus tadbir luar bandar secara cekap dan mapan.

43

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1 MALAYSIA, PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP), MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10)

Pembangunan Kawasan Bandar Pembangunan Luar Bandar

(1) EKONOMI BERDAYA MAJU (2) MASYARAKAT SEJAHTERA (3) PERSEKITARAN LESTARI VISI

MISI

OBJEKTIF PIPLB

Tujuh (7) Teras Pembangunan

(4) Mengurus Luar Bandar Secara Cekap dan Mapan (1) Memperkasakan Modal Insan (2) Meningkatkan Peluang Ekonomi (3) Memperbaiki Kualiti Hidup Luar Bandar

1

2

3

4

6

7 5 Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan

Masyarakat

Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan

Pengintergrasian Perancangan Fizikal Dengan Program Pembangunan Luar Bandar

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Menyeluruh

Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah

Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu

Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan

(53)

44

OBJEKTIF PIPLB

3.6 Sebanyak tujuh (7) objektif telah dirumuskan untuk mencapai visi dan misi PIPLB seperti berikut:

PIPLB perlu digunakan sebagai panduan di dalam perancangan dan pelaksanaan oleh semua agensi yang terlibat dengan

pembangunan luar bandar sama ada di peringkat nasional, negeri dan tempatan.

Peningkatan pendapatan penduduk luar bandar kepada 80% daripada pendapatan penduduk bandar.

Penyediaan peluang pekerjaan supaya mencapai guna tenaga penuh.

Penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang holistik.

Pengukuhan sistem pengurusan dan penyampaian pembangunan luar bandar

supaya lebih efisien dan efektif.

Penggalakkan amalan pembangunan mapan.

Pengukuhan semula nilai-nilai positif dan jati diri masyarakat luar bandar.

(54)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

45

TERAS PIPLB

3.7 PIPLB ini dibentuk dengan menggariskan tujuh (7) teras pembangunan berdasarkan kepada isu dan cabaran serta peluang yang telah dikenalpasti. Teras-teras ini adalah merupakan tunjang kepada hala tuju pembangunan luar bandar di Malaysia. Sebanyak 39 strategi telah dirumuskan bagi mencapai visi dan misi PIPLB seperti berikut :

TERAS 1:

Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan Masyarakat

TERAS 2:

Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan

TERAS 3:

Pengintegrasian Perancangan Fizikal Dengan

Program Pembangunan Luar Bandar

TERAS 4:

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Menyeluruh

TERAS 5:

Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah

TERAS 6:

Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu

TERAS 7:

(55)

46

3.8 Pembangunan modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi teras kepada inovasi dan transformasi ke arah era kreatif serta ekonomi berpendapatan tinggi.Tiada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang dan

berpengetahuan tinggi serta pantas bertindak balas dan adaptif terhadap perubahan.Oleh itu, membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai wawasan negara.

3.9 Di bawah RMKe-10 telah disediakan rangka kerja Pembangunan Modal Insan Yang Bersepadu sebagai landasan kepada

kecemerlangan generasi masa hadapan, yang merupakan generasi yang akan merealisasikan kewujudan sebuah negara yang bangsanya maju, cemerlang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Pembangunan modal insan ini memerlukan kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta. Proses pembangunan modal insan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari iaitu proses

meningkatkan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran sehingga ke alam pekerjaan dan sepanjang hayat.

3.10 Dalam konteks luar bandar yang didiami oleh lebih 10 juta orang penduduk,

pembangunan modal insan dilihat sebagai keperluan terpenting bagi melahirkan

masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti. Ia perlu disesuaikan dengan kawasan luar bandar yang mempunyai sifat

dan bentuk interaksi sosial yang berbeza

dengan kawasan bandar. Interaksi sosial luar bandar adalah lebih bersepadu dan erat, yang dibentuk oleh sejarah pembangunan kampung sejak awal ia diterokai.

“Apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati

kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada

di bawah tapak kaki dan sekeliling kita. Rakyat kita merupakan sumber paling

utama”

Wawasan 2020

TERAS 1

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

DAN PENGUPAYAAN

(56)

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.11 Pada masa ini dilihat berlakunya transformasi negatif dalam masyarakat luar bandar di mana gejala sosial berleluasa dan nilai-nilai murni masyarakat luar bandar semakin luntur. Kemantapan institusi keluarga telah mula goyah oleh pengaruh budaya barat. Oleh itu, aspek pembangunan modal insan luar bandar harus meliputi penerapan semula nilai-nilai murni masyarakat desa, keunggulan tradisi dan semangat kejiranan, kekuatan jati diri dan perpaduan desa serta mengutamakan komuniti dan bukan kepentingan diri. Modal insan luar bandar perlu diperkasa untuk menjadi pemangkin dan tunjang kepada kejayaan program-program pembangunan luar bandar. Ini adalah kerana sumber

manusia yang berkualiti boleh mengatasi sebarang kekangan sumber lain.

3.12 Pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat boleh dicapai melalui empat strategi yang telah dikenalpasti iaitu :

Memperkasakan keupayaan dan harga diri.

Membangunkan potensi penduduk luar bandar melalui sektor pendidikan.

Memperluaskan latihan dan kemahiran dalam pelbagai peringkat, bidang dan peluang.

Menyediakan jurulatih yang kompeten dan latihan yang berkualiti.

Referensi

Dokumen terkait

Budući da je isparivač referentnog postrojenja relativno velik, a relativna zaliha radnog medija u odnosu na volumen isparivača i cijelog sustava nije prevelika, u ovom se

1. 13 Tahun 2003, tenaga kerja adalah setiap orang yang mampu melakukan pekerjaan guna menghasilkan barang dan jasa, baik untuk memenuhi kebutuhan sendiri maupun

Lokasi penelitian dilakukan di 20 Fasilitas Kesehatan dasar milik Pemerintah, yang terdiri dari sampel Puskesmas sebanyak 14 unit dan Klinik sebanyak 6 unit yang terdapat di

dengan keadaan saya sebagai anak yang lahir di luar nikah, saya tidak seberuntung teman-teman saya yang lain, yang memiliki orang.. Semua orang mungkin berpikir

bahwa berdasarkan Peraturan Daerah Kabupaten Bantul Nomor 16 Tahun 2007 tentang Pembentukan Organisasi Dinas Daerah di Lingkungan Pemerintah Kabupaten Bantul,

Dari seluruh hal di atas terlihat bahwa proses ini membentuk 3 pola, yaitu (1) Pola Datang, yaitu bagaimana melibatkan dan memobilisasi warga jemaat untuk terlibat; (2)

Dokumentasi yang dilakukan peneliti akan dijadikan pelengkap saat proses wawancara peneliti kepada subjek peneliti, yang berupa pengambilan gambar dan rekaman suara

Penggunaan yang tidak memadai dari sumber daya internal atau pelaksanaan yang hasilnya tidak efektif dari proses masalah, karena orang-orang gagal berkomunikasi