• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Kaunseling di dunia dan di

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perkembangan Kaunseling di dunia dan di"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ASSIGNMENT

Perkembagan kaunseling di dunia bermula dengan perkihidmatan kaunseling vakasional sementara di Malaysia bermula dengan sekitar 1980an. Jelaskan secara terperinci perkembangan kaunseling di dunia dan di Malaysia

Perkembangan kaunseling di Malaysia

Pada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah menawarkan kursus persijilan kaunseling secara sepenuh masa untuk guru yang akan bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebelum ini, kursus itu hanya ditawarkan semasa percutian atau di hari minggu. Pada tahun yang sama juga, Universiti Putra Malaysia telah menawarkan kursus Bachelor Pendidikan pengkhususan dalam Kaunseling.Selain itu, Persatuan kaunseling Malaysia atau lebih dikenali sebagai PERKAMA telah ditubuhkan. Tambahan lagi, dua pakar dari Bereau of International Narcotic Matters, USA telah melatih seramai 168 orang pegawai penjara dalam kaunseling pemulihan. Bagi menjalankan perkhidmatan pemulihan penagihan dadah, Penguasa Rundingcara telah ditugaskan di Maktab Penjara Malaysia, Penjara Seremban dan Penjara Kajang.

Pada 1982, Kursus Diploma Psikologi (kaunseling) ditawarkan di Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk guru ijazah yang bakal menjadi kaunselor di sekolah. Ketika itu juga,Guru Panduan dan Bimbingan dilantik di sekolah untuk bertugas separuh masa manakala Maktab Rendah Sains Mara melantik kaunselor sepenuh masa.Sejak itu juga, Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjan Muda Pendidikan selama 4 tahun. Namun, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

(2)

Pada tahun 1983, Skim perkhidmatan Bimbingan dan Nasihat di ITM menggunakan Skim Gaji A22 digunakan untuk tujuan pengredan gaji. Skim gaji dinaikkan kepada A20 setaraf dengan skim gaji pensyarah universiti pada tahun 1985. Pada tahun 1987, Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah. Ketika itu juga, Unit Kaunseling ditubuhkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Setahun selepas itu, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOR) juga telah menubuhkan Unit Kaunseling pada 12 Disember.

a) Pematapan Perkhidmatan Kaunseling

Pada tahun 1992, Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan dan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kakitangan kerajaan secara sukarela atau dirujuk. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di Hospital Besar Ulu Kinta pada tahun 1993. Seterusnya, unit kaunseling telah ditubuhkan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hal ini, berdasarkan rujukan KPN(PR)33/1 bertarikh 8hb April 1996. Pada tahun 1998, Akta Kaunselor 580 telah diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kaunselor diwujudkan dibawah naungan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

b) Profesionalisme Kaunseling.

(3)

c) WHAT IS COUNSELING?

Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan dunia hari ini, didapati masyarakat di malaysia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam kalangan remaja. Antara gejala serius yang hangat diperkatakan ialah masalah buli, ponteng, gengsterism, merokok, rempit, seks luar nikah, dan pembuangan bayi.Masalah ini semakin hari kian meruncing seiring kemajuan dalam bidang teknologi. Keadaan ini sudah pasti mendapat perhatian umum tidak mengira lapisan masyarakat. Pelbagai spekulasi positif dan negative telah dikeluarkan oleh berbagai pihak. Namun, yang pasti strategi dan inisiatif yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Golongan dewasa juga turut tidak ketinggalan. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada keratan akhbar, majalah dan berita, sesetengah dari golongan ini terbabit dalam masalah penceraian, kewangan, penderaan fizikal dan mental, gangguan seksual, dan dan juga kes jenayah. Bagi memastikan kestabilan dari aspek ekonomi, politik dan social pada masa hadapan lebih kukuh dan mantap, tindakan proaktif dan segera perlu dilaksanakan.

Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu langkah yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Walaupun terdapat juga sesetengah kes yang tidak dapat diselesaikan, namun pendedahan perkhidmatan ini secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan mampu mengurangkan masalah-masalah ini sedikit demi sedikit. Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat hari. Di Negara Barat misalnya, perkhidmatan kaunseling telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat di sana. Namun, keadaan ini berbeza di Negara kita kerana persepsi serong mereka terhadap perkhidmatan ini.

(4)

kenalpasti dari definisi ini seperti kaunseling adalah profesion, ia berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, dan patologi. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah, berasaskan teori, proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi dan mempunyai pelbagai kepakaran. Berdasarkan Akta Kaunselor, 1998, Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Ramai tokoh yang terlibat dalam memberikan makna bagi perkhidmatan ini. Salah seorang tokoh tersebut ialah Rogers (1951). Beliau menjelaskan bahawa di dalam suatu proses kaunseling , seseorang klien akan menceritakan hal-halnya dari kejadian yang lepas dan beransur kepada hal yang lebih meruncing sehingga menceritakan ‘saya’, ‘disini’dan ‘pada masa ini’. Ia merujuk kepada keadaan semasa tentang dirinya sahaja. Menurut Corey (2004) pula, merujuk kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah kepadanya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharapkan dapat menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat serta kebolehan agar dapat hidup dengan lebih sempurna.

Mengikut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan. Proses ini dijalankan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik. Mengikut Aziz (2002), kaunseling ialah proses seorang kaunselor menolong individu memberi secara bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat.

(5)

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkhidmatan kaunseling ini amat bersesuaian dan merupakan salah satu inisiatif yang dapat membantu mengengkang masalah yang berlaku sekarang. Hal ini kerana perkhidmatan ini mampu memenuhi keperluan masyarakat kini dalam menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, ia merupakan proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien ke arah lebih baik.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu profesion yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sejahtera, bahagia dan produktif dalam segala aspek kehidupan. Proses kaunseling berlaku apabila klien bertemu dengan kaunselor secara sukarela untuk mendapatkan bantuan dalam mengurangkan ketegangan yang dialami, memahami dirinya dan melakukan perubahan dalam dirinya. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, amat penting kepada kaunselor untuk memahami konsep bimbingan dan kaunseling secara terperinci dan tanggungjawab yang dilaksanakannya juga perlu berlandaskan etika kaunseling.

Hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang berbentuk dua hala iaitu interaksi antara kaunselor dank lien. Dalam melaksanakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip seperti yang tertakluk dalam kod etika kaunseling. Antara prinsip tersebut ialah empati, penerimaan tanpa syarat, ketulenan atau kongruen, kemesraan, kerahsiaan dan terapeutik.

(6)

Kemesraan ketika sesi dijalankan amat membantu kerana suasana kekok tidak wujud . Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor mendekati kliennya dan seterusnya membuatkan klien berada dalam situasi selesa sepanjang sesi kaunseling. Selain itu, aspek kerahsiaan merupakan komponen yang amat penting dalam sesi dan ia wajib dipatuhi. Bermakna kaunselor merahsiakan segala hal yang diceritakan semasa sesi, namun ia boleh dibocorkan sekirannya kaunselor mendapati hal itu mendatangkan kemudaratan kepada diri klien mahupun orang lain. Terapeutik merupakan suasana yang selesa diwujudkan ketika perbincangan dilakukan tanpa sebarang rasa tekanan. Suasana ini perlu diwujudkan sebelum sesi dijalankan supaya klien selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri.

Walau bagaimanapun, aspek komunikasi juga perlu diberi perhatian kerana ia amat penting ketika berinteraksi dengan klien. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan dapat mengekspresikan tingkah laku dan emosi yang menggalakan semasa sesi dijalankan. Seperti aspek ini, kemahiran melayan dan mendengar juga turut tidak ketinggalan, kerana ia amat diperlukan oleh kaunselor. Untuk menjadi pendengar yang baik kauselor perlu mendengar dengan aktif setiap percakapan klien agar respon yang bakal diberikan nanti tidak menyimpang dari fokus sebenar. Kemahiran melayan pula akan membuatkan klien merasa dirinya diberi perhatian dan dihargai. Jelaslah bahawa aspek-aspek ini juga diperlukan dalam sesi kaunseling.

Kesimpulan

(7)

Perkembangan kaunseling di dunia

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling.

Antara 1800:

Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa; pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956; Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang memerlukan pertolongan.

Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey, 1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000).

Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).

(8)

pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang psikologi.

Antara 1900:

Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat pada masa itu (Davis, 1914).

Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar menginstitusikan vokasional bimbingan.

Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica & Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan klinik kesihatan mental.

Antara 1910:

(9)

Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling.

Antara 1920:

Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah Stone.

Antara 1930:

Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900-1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling. Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling.

(10)

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).

Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

(11)

cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor.

Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.

Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II.

Antara 1960:

Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam kumpulan kecil.

(12)

Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja. Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.

Antara 1980:

Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987; Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.

(13)

pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).

Antara 1990:

Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan.

Antara 2000:

Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi, masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan membuat rawatan.

KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Hasil yang menunjukkan bahwa tingkat kesehatan masyarakat yang di proxy kan dengan indeks pembangunan manusia yang angkanya berasal dari program-program pemerintah

Membaca untuk kesenangan adalah semua aktivitas membaca yang menumbuhkan kesenangan dan kepuasan di dalam diri sehingga menyebabkan seorang pembaca “tenggelam” dalam bacaan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa hasil belajar siswa mengalami peningkatan setelah dilakukan pembelajaran dengan model pembelajaran kooperatif tipe snowball throwing

Oleh karena itu, penelitian ini dilakukan untuk menganalisis komposisi jenis, kelimpahan relatif, indeks keanekaragaman, indeks keseragaman, dan indeks dominansi, ikan yang

terdapat dua tujuan yang ingin di capai yakni tujuan pembangunan dan pegawai. Menganalisis Pekerjaan, mengrekrutmen, serta menyeleksi calon pegawai di MTs Negeri

Mahasswa dwajbkan mendaftarkan matakulah bdang mnat yang akan dambl pada semester berkutnya ke Bagan Akademk sesua jadwal yang telah dtetapkan dalam kalender akademk MM FEB

Permasalahan pendidikan merupakan permasalah yang terus berkembang dan merupakan permasalahan yang harus di-tanggulangi dengan cepat dan tepat di karenakan

Budaya tradisional yang dimana adanya kesamaan lahirnya budaya nasionalisme karena banyak negara-negara Asia yang merupakan bekas jajahan negara-negara