• Tidak ada hasil yang ditemukan

Biografi Ibn al Arabi Dan Sumbangannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Biografi Ibn al Arabi Dan Sumbangannya "

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BIOGRAFI IBN AL-‘ARABI DAN SUMBANGAN DALAM BIDANG

SEJARAH ISLAM

AZMUL FAHIMI KAMARUZAMAN ROSLAN ABDUL RAHMAN

ABSTRAK

Ibn al-’Arabi (468-543H/1076-1148M) merupakan seorang ilmuan Andalus (Sepanyol) yang muncul pada abad ke-5 hijrah. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh ulama’ yang banyak meninggalkan sumbangan dalam bidang keilmuan Islam. Pada hari ini, nama beliau selalu dipetik dalam perbahasan ilmiah terutama perbahasan bidang fiqh, hadith dan tafsir. Kitab-kitab beliau dalam bidang-bidang tersebut telah dijadikan rujukan oleh generasi masa kini. Selain terkenal dalam bidang fiqh, hadith dan tafsir, ramai yang tidak mengetahui bahawa Ibn al-’Arabi juga memiliki sumbangan dalam bidang sejarah Islam. Ini dibuktikan melalui kemunculan kitab

al-’Awasim Min al-Qawasim, iaitu antara karya beliau yang terakhir dihasilkan sebelum kewafatan. Walaupun kitab al-’Awasim Min al-Qawasim bukanlah sebuah karya sejarah seperti karya al-Tabari dan al-Mas’udi, namun di dalamnya, terdapat perbahasan mengenai isu-isu kontroversi melibatkan para sahabat Nabi Muhammad SAW. Ini secara tidak langsung, membuktikan wujudnya sumbangan Ibn al-’Arabi dalam bidang sejarah Islam. Justeru itu, tujuan penulisan artikel ini ialah untuk meninjau penglibatan Ibn al-’Arabi dalam bidang sejarah melalui penghasilan kitab al-’Awasim Min al-Qawasim. Bagi mencapai tujuan itu, data dan maklumat berkaitan biografi Ibn al-’Arabi dan sumbangan beliau dalam bidang keilmuan diperolehi melalui kajian kepustakaan iaitu rujukan ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa, Ibn al-‘Arabi mempunyai sumbangan dalam bidang sejarah menerusi penghasilan karyanya, al-’Awasim Min al-Qawasim dan ulasan beliau terhadap isu-isu kontroversi para sahabat Nabi Muhammad SAW yang dimuatkan dalam kitab tersebut.

Kata Kunci; biografi Ibn al-’Arabi, al-’Awasim Min al-Qawasim, sejarah Islam.

PENGENALAN

(2)

Islam, melalui penghasilan karya beliau al-‘Awasim Min al-Qawasim1. Ironinya, al-‘Awasim

bukan sebuah karya yang memaparkan sejarah Islam secara keseluruhan. Perbahasan al-‘Awasim

menjurus kepada permasalahan akidah dan syariah. Di atas landasan inilah, perbahasan mengenai isu-isu kontroversi para sahabat Nabi Muhammad SAW telah dikemukakan oleh Ibn al-‘Arabi dalam al-‘Awasim, kerana persoalan isu-isu kontroversi para sahabat Nabi Muhammad SAW melibatkan pegangan akidah seorang Muslim. Jawapan dan pandangan beliau terhadap isu-isu tersebut telah mendapat perhatian kebanyakkan para ilmuan pada hari ini. Dalam konteks inilah, para sarjana mengklasifikasikan Ibn al-‘Arabi sebagai seorang ulama’ yang mempunyai sumbangan dalam bidang sejarah Islam. Namun, memandangkan tidak banyak penulisan yang membincangkan tentang sumbangan Ibn al-‘Arabi dalam bidang sejarah Islam, justeru itu, artikel ini akan memberikan gambaran mengenai aspek-aspek yang melatari kehidupan Ibn al-‘Arabi seperti latar belakang diri, pendidikan dan bidang kerjaya yang mengjustifikasikan penglibatan beliau dalam bidang sejarah Islam.

LATAR BELAKANG IBN AL-‘ARABI

Nama sebenar Ibn al-‘Arabi ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin al-‘Arabi al-Mua’firi. Dinisbahkan kepada Ma’afir bin Ya’fur bin Malik (al-Khatib, 1952: 9, al-Dhahabi, 2001: 198). Beliau dilahirkan di Isybiliah (Sevilla), Andalus (Sepanyol)2

pada malam khamis, 22 Sya’ban tahun 468H/1075M (al-Khatib, 1952: 9).

Beliau dikenali dengan kuniyah Ibn al-’Arabi dengan bacaan ma’rifat. Ini membezakan beliau dengan Ibnu ’Arabi3 dengan bacaan nakirah, iaitu ulama Tawasuf terkenal (al-Badwi,

2012: 8). Jika disebut Ibn al-’Arabi, maka ianya merujuk kepada al-Faqih al-Maliki, manakala Ibn ’Arabi, merujuk kepada al-Sufi. Penulis berpendapat, perbezaan ini penting untuk diketahui, bagi mengelak berlakunya kekeliruan dalam menukilkan pandangan serta menyandarkan fakta yang berkaitan.

Diriwayatkan bahawa nasab keturunan Ibn al-‘Arabi berasal dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu dari Yaman. Menurut cacatan Raghib, keturunan Ibn al-‘Arabi berasal dari kabilah Mua’fir yang menetap di Yaman dan berhijrah ke Syam seterusnya memasuki Andalus serta mendiami bahagian timur Andalus (Raghib, 2010: 323). Menurut Sa’id A’rab, kabilah Mua’fir berasal dari keturunan Ma’afir bin Ya’fur bin Malik bin al-Harith bin Murrah yang bersambung nasab keturunan dengan Bani Qahtan (Sa’id, 1987: 9). Manakala Mubarafuri dalam ulasannya tentang asal usul bangsa Arab, menyatakan bahawa Bani Qahtan adalah kabilah Arab yang mendiami Yaman. Menurutnya lagi, Bani Qahtan terdiri daripada dua kabilah utama, iaitu kabilah Himyar dan kabilah Kahlan. Kabilah Kahlan terdiri daripada suku-suku kecil iaitu Hamdan, Lakhm, Juzam dan Ma’afir. Mereka telah meninggalkan Yaman dan berhijrah ke kawasan-kawasan di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab selepas berlakunya peristiwa banjir besar yang memusnahkan harta benda mereka (Mubarakpuri, 2010: 22).

1 Selepas ini, disebut al-‘Awasim

2 Negara Sepanyol moden pada hari ini terletak di Semenanjung Iberia bersempadan dengan Portugal di timur dan Perancis di utara (Maruwiah, 2003: ix).

(3)

Kesan daripada banjir besar yang melanda bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab, menyebabkan kabilah Ma’afir, berhijrah ke serata tempat, termasuk Andalus. Menurut al-Sam’ani, kabilah Ma’afir kebanyakkan mereka, menetap di Mesir, dan berhijrah ke Andalus setelah umat Islam berjaya menguasai wilayah tersebut (al-Sam’ani, 1999: 322). Hasil penghijrahan tersebut, lahirnya Ibn al-’Arabi, tokoh ulama’ yang terkenal. Daripada rantaian nasab keturunan Ibn al-’Arabi, dapat difahami, bahawa beliau sebenarnya berketurunan Arab Yaman.

Ayahnya bernama Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin al-’Arabi. Beliau dikenali dengan kuniyah, Abu Muhammad (al-Zahabi, 2001: 198). Dilahirkan pada tahun 435H dan meninggal dunia pada tahun 493H (Sa’id, 1987: 10). Ayahnya merupakan seorang ulama’ yang berkhidmat di bawah kerajaan Banu ’Abbad yang memerintah Isybiliah pada era

Muluk al-Tawa’if (403H/1012M).

Menurut al-Zahabi, Abu Muhammad merupakan seorang yang kuat berpegang kepada mahzab Zahiri, setelah berguru dengan Ibn Hazm (w. 456H/1064M), iaitu seorang ulama’ yang terkenal di Cordova (al-Dhahabi, 2001:198). Ibn Hazm atau nama penuhnya ialah al-Hafiz Abu Muhammad, Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm, dilahirkan di Cordova pada tahun 384H/994M. Kehebatan Ibn al-Hazm dalam bidang ilmu sangat terserlah, terutama dalam bidang fiqh. Beliau sangat kuat berpegang kepada mazhab Zahiri. Ibn al-Hazm meninggal dunia pada malam Isnin, 15 Julai 1064M/28 Sha’ban 456H ketika berusia 72 tahun (al-Amin, 1975:349).

Menurut M. Sulaymani, Abu Muhammad telah berguru dengan Ibn Hazm selama tujuh tahun, sehingga beliau dikenali sebagai seorang yang kuat berpegang kepada mazhab Zahiri (M. Sulaymani, 1986: 85). Manakala menurut Abd. al-Hamid pula, Abu Muhammad adalah seorang ulama’ fiqh yang mempunyai kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Banu ’Abbad (Abd. al-Hamid, 1926:215). Demikian juga, ulasan al-Khatib yang menyebut bahawa Abu Muhammad sebagai seorang ulama’ al-Daulah, yang bermaksud, ulama’ yang terlibat dalam pertadbiran kerajaan (al-Khatib, 1952: 9). Abu Muhammad adalah seorang ilmuan yang mendapat kedudukan dalam pemerintahan kerajaan Banu ’Abbad, iaitu pada era pemerintahan al-Mu’tamid

(w.488H) dan dilantik oleh sebagai wazir di Isybiliah. Hubungan al-Mu’tamid dengan Abu Muhammad disifatkan oleh al-Muqqari, seperti hubungan Khalifah al-Ma’mun dengan Ibn Abi Duat di Baghdad (al-Muqqari, 1982: 56).

Keluarga Ibn al-’Arabi dari sebelah ibu pula, terdiri daripada datuknya yang bernama Abu Hafs, ’Umar bin al-Hassan al-Huzani (w.460H). Beliau adalah seorang ulama’ yang menetap di Isybiliah dan seorang yang lantang menentang dasar pemerintahan kerajaan Banu ’Abbad, lantaran tidak bersetuju dengan dasar pemerintahan kerajaan tersebut (Muhammad, 1992: 20). Dasar yang tidak dipersetujuinya ialah dasar luar kerajaan-kerajaan pada era Muluk al-Tawa’if, termasuk kerajaan Banu ’Abbad yang memerintah Isybiliah. Sikap mementingkan diri sendiri tanpa menumpukan kepada proses penyatuan dan pendamaian dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus merupakan dasar yang diamalkan oleh setiap kerajaan Islam dalam mentadbir wilayah-wilayah di Andalus. Kelantangan beliau, telah menyebabkan beliau dibunuh oleh al-Mu’tadid (w.461H), pemerintah kerajaan Banu ’Abbad yang ketiga.

(4)

al-Huzani (w.512H) bertindak mengundang kerajaan Murabitun iaitu sebuah kerajaan Islam yang memerintah utara Afrika, pimpinan Yusuf Tashifin (w.500H) untuk mengulingkan dan seterusnya menamatkan pemerintahan kerajaan Banu ’Abbad di Isybiliah dan kerajaan-kerajaan lain pada era Muluk al-Tawa’if (Sa’id, 1987: 11 & Muhammad, 1992: 20).

Kerajaan Banu ’Abbad berasal dari kabilah Lakhm yang memerintah Isybiliah dari tahun 414H/1023M sehingga tahun 484H/1091M. Kabilah Lakhm berasal dari Yaman (Mubarakpuri, 2010: 22). Menurut Raghib, kerajaan Banu ’Abbad diasaskan oleh Ismail bin ’Abbad (w.414H), pada akhir kurun ke-4 hijrah dan awal kurun ke-5 hijrah, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol (Raghib, 2010: 329).

Menurut sejarah, pemerintahan dan penguasaan kerajaan Banu ’Abbad ke atas wilayah Isybiliah, bermula pada tahun 414H, setelah berakhirnya pemerintahan ’Amir di Andalus (Abu Nida’, 2006: 5). Kerajaan Banu ’Abbad dibarisi oleh empat orang pemerintah, iaitu Ismail bin Abbad (w.414H), Muhammad bin Ismail bin Abbad (w.433H), Abbad bin Muhammad bin Ismail yang memakai gelaran al-Mu’tadid (w.461H) dan Abu al-Qasim, Muhammad bin Abbad yang memakai gelaran al-Mu’tamid (w.488H). Selepas berakhirnya pemerintahan al-Mu’tamid pada tahun 484H, berakhirlah pemerintahan Banu ’Abbad di Isybiliah. Secara keseluruhannya, Banu ’Abbad menguasai Isybiliah selama 70 tahun (Raghib, 2010: 343-356). kejatuhan kerajaan Banu ’Abbad di Isybiliah pada tahun 484H, ekoran penguasaan kerajaan Murabitun terhadap wilayah-wilayah Islam di Andalus, sekaligus menamatkan era pemerintahan Muluk al-Tawa’if

(Maruwiah Ahmat, 2003:81).

Dari sudut geografi, wilayah Isybiliah terletak berhampiran dengan wilayah Cordova di tengah bahagian selatan Andalus. Manakala dari sudut pencapaian dalam bidang keilmuan, Isybiliah muncul sebagai sebuah tempat paling maju di Eropah dari segi pencapaian bidang ilmu pengetahuan, terutama pada abad ke-8 hingga 11M. Selain Isybiliah, antara bandar yang paling maju di Andalus pada waktu itu ialah Cordova dan Granada. Bandar ini telah menyaksikan berlakunya perkembangan pesat dari segi ilmu pengetahuan ketika Eropah berada dalam Zaman Gelap (Dark Ages),setelah selatan Sepanyol didominasi oleh peradaban Islam (Kamal, 2009: 7).

Pada era Muluk al-Tawa’if, setiap kerajaan yang memerintah wilayah-wilayah di Sepanyol mengamalkan dasar memperluaskan kuasa masing-masing dengan melakukan pelbagai cara, tanpa mempedulikan cara apa sekalipun yang dilakukan agar hasrat mereka tercapai. Ini dilakukan, sama ada dengan tipu helah mahupun terpaksa menggunakan pedang, walaupun cara tersebut tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Dalam konteks kerajaan Banu ’Abbad, pendekatan al-Mu’tadid (w.488H), di Isybiliah, ketika menewaskan kuasa puak Barbar di selatan dan barat Andalus, cukup membuktikan pendekatan yang digunakan pakai oleh kuasa Muluk al-Tawa’if dalam perluasan kuasa kerajaan masing-masing (Raghib, 2010:56).

(5)

Rajah 1. Kelahiran Ibn al-’Arabi pada era pemerintahan al-Mu’tamid

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN IBN AL-’ARABI

Latar belakang pendidikan Ibn al-’Arabi, sudah dapat digambarkan secara umum, berdasarkan latar belakang keluarga beliau. Oleh itu, Sa’id ’A’rab dalam ulasannya berkenaan latar belakang pendidikan Ibn al-’Arabi telah menyatakan dengan jelas, bahawa Ibn al-’Arabi dibesarkan dalam suasana mencintai ilmu pengetahuan. Menurut Sa’id lagi, Ibn al-’Arabi telah didedahkan dengan tiga bidang ilmu pada usia kecilnya, iaitu ilmu al-Qur’an, ilmu bahasa Arab dan ilmu mengenai pengetahuan am, seperti kaedah pengiraan, pembinaan dan ilmu-ilmu yang bersifat semasa (Sa’id, 1987: 11).

Ulasan yang sama turut dinyatakan oleh al-Khatib dalam mukadimmah tahqiq kitab

al-’Awasim, di mana beliau menyatakan bahawa, tiga bidang ilmu yang diberikan tumpuan oleh Ibn al-’Arabi pada peringkat awal, iaitu sebelum beliau memulakan pengembaraan ke timur tengah. Bidang ilmu tersebut, ialah al-Qur’an, bahasa dan ilmu semasa (al-Khatib, 1952: 11).

Huraian secara terperinci terhadap penglibatan Ibn al-’Arabi dalam ketiga-tiga bidang ilmu tersebut, dinyatakan oleh Sa’id ’A’rab. Menurutnya, bagi subjek al-Qur’an, Ibn al-’Arabi mempelajari kaedah bacaan daripada ayahnya sendiri. Hasilnya, beliau bukan sahaja mampu membaca bahkan menghafal keseluruhan al-Qur’an. Ini dapat dibuktikan melalui kenyataan Ibn al-’Arabi yang terakam dalam salah satu karyanya yang berjudul Qanun al-Takwil,

عساتلا ماعلا يف نارقلا تقذح ىتح هللا باتكل املعم يبأ يل بتر

Bermaksud; Ayahku telah mengajarkan kitab Allah kepadaku sehingga aku menghafalnya pada usia sembilan tahun (Ibn al-‘Arabi, 1986:76).

(6)

Manakala untuk subjek bahasa Arab, Ibn al-‘Arabi mempelajari ilmu Nahu dan Syair Arab. Kitab Nahu yang dipelajari oleh beliau ialah kitab al-Muqtadib, karangan Abu al-Abbas, al-Mubarrad (w.285H). Kitab al-Muqtadib, merupakan kitab Nahu yang dipelajari oleh kebanyakan masyarakat Andalus, terutama dalam mempelajari ilmu bahasa Arab. Selain itu, beliau juga mempelajari kitab al-Wadih, karangan Muhammad bin al-Hasan al-Zubaidi (w.379H) (Sa’id ‘A’rab, 1987: 11). Menurut Mohd Bakhit, al-Zubaidi merupakan ulama’ yang mempunyai kepakaran dalam ilmu Nahu di Andalus. Beliau menetap di Isybiliah dan merupakan salah seorang generasi pertama Andalus yang mengembangkan ilmu Nahu (Mohd Bakhit & Jailani Hamzah, 2011: 153).

Manakala pembelajaran Syair Arab oleh Ibn al-’Arabi, meliputi pembelajaran Syair Sittah, iaitu himpunan Syair daripada enam orang cendiakawan iaitu Imra’ al-Qais, al-Nabighah, ’Alqamah, ’Antarah, Zuhair dan Tarafah (Sa’id ‘A’rab, 1987: 11). Himpunan Syair tersebut telah dihuraikan maksudnya oleh al-’A’lam al-Shantamiriy (w.476H), iaitu seorang ulama’ Andalus yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa Arab (Mohd Bakhit & Jailani Hamzah, 2011: 153).

Selain daripada mendalami ilmu al-Qur’an dan bahasa Arab, tumpuan juga diberikan oleh Ibn al-’Arabi dalam pembelajaran ilmu-ilmu semasa, seperti ilmu Matematik yang melibatkan pengiraan harta pusaka dan ilmu mengenai pembinaan bangunan (Sa’id ‘A’rab, 1987: 11).

Berdasarkan kepada perkembangan ini, jelas menunjukkan bahawa, Ibn al-‘Arabi adalah seorang yang meminati bidang ilmu dan mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam menuntut ilmu pengetahuan. Kesungguhan Ibn al-’Arabi telah dinyatakan oleh beliau sendiri, berdasarkan kenyataan yang terakum dalam kitab Qanun al-Takwil;

رصعلا ناذأ ىلإ حبصلا اةلص نم نوملعملا اءلؤه ي

ي لع بقاعتي

Bermaksud; Dalam proses pengajian, guru-guruku bersilih ganti dari waktu subuh hingga masuk waktu solat Asar (Ibn al-‘Arabi, 1986:190).

Kenyataan Ibn al-’Arabi itu jelas mengambarkan komitmen beliau dalam menuntut ilmu pada usia remaja. Hasil daripada usaha beliau yang bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu pengetahuan, menjadi asas yang kukuh bagi dirinya untuk menerima dan memahami cabang-cabang ilmu pengetahuan dengan mudah. Semua ini, dikukuhkan lagi dengan kenyataan Abd. Hamid, bahawa Ibn al-‘Arabi sudah pun mantap dalam bidang ilmu sebelum beliau mengembara ke timur tengah (Abd. Hamid, 1926: 216).

Pengembaraan ke timur tengah

Menurut al-Khatib, pengembaraan Ibn al-‘Arabi bermula pada bulan Rabi’ al-Awwal tahun 485H (al-Khatib, 1952: 16), iaitu setahun selepas kejatuhan kerajaan Banu ’Abbad pada tahun 484H, ekoran penguasaan kerajaan Murabitun terhadap wilayah-wilayah Islam di Andalus, sekaligus menamatkan era pemerintahan Muluk al-Tawa’if (Maruwiah, 2003:81).

(7)

penyatuan, setelah Andalus berada dalam kancah politik yang begitu lama, ekoran perpecahan dalam kalangan umat Islam. Dalam suasana ini, Ibn al-’Arabi bersama ayahnya meninggalkan Andalus dan memulakan pengembaraan ke timur tengah

Menurut Abd. Hamid bin Badis, tujuan Ibn al-’Arabi bersama ayahnya ke timur tengah, ialah untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah (Abd. Hamid, 1926:234). Manakala Raghib pula menyatakan pengembaraan Ibn al-’Arabi bersama ayahnya adalah atas arahan Yusuf Tashifin iaitu pemimpin kerajaan Murabitun yang baru sahaja menguasai Andalus, supaya bertemu dengan Khalifah Daulah ’Abbasiyyah di Baghdad untuk melaporkan perkembangan politik di Andalus, selain itu juga, pertemuan dengan para ulama’ di timur tengah atas tujuan meminta fatwa dan pandangan terhadap usaha Yusuf Tashifin menamatkan konflik politik di Andalus (Raghib, 2010:513).

Berdasarkan cacatan Raghib dan Abd. al-Hamid di atas jelas menunjukkan bahawa pengembaraan Ibn al-’Arabi dan ayahnya ke timur tengah bertujuan politik dan ibadat. Meskipun demikian, Sa’id ’A’rab, dalam ulasannya berhubung dengan tujuan pengembaraan Ibn al-’Arabi ke timur tengah, telah menyatakan bahawa meskipun Ibn al-’Arabi mengikuti ayahnya atas tujuan politik dan ibadat, namun, niat beliau dalam pengembaraan tersebut adalah untuk menuntut ilmu. Sa’id berhujah demikian, berdasarkan kepada usia Ibn al-’Arabi ketika pengembaraan bermula iaitu tujuh belas tahun (Sa’id, 1987: 29).

Pengembaraan Ibn al-‘Arabi bermula pada hari Ahad, bulan Rabi’ al-Awwal tahun 485H. Beliau pada ketika itu, berusia tujuh belas tahun, telah keluar meninggalkan Isybiliah bersama ayahnya menuju ke wilayah Malaga dan seterusnya ke wilayah Granada.

Di Malaqa, Ibn ’Arabi sempat menemui seorang ulama’ iaitu Abu Mutarrif, Abd. al-Rahman bin Qassim al-Sya’bi (w.497H). Kemudian beliau menuju ke Granada, selang beberapa hari, beliau menuju pula ke al-Mariah (Almeria) dan tinggal beberapa hari di situ. Beliau sempat menghadiri majlis ilmu Abu al-Hassan, Abd. al-Aziz bin Abd. al-Malik (w.514H) yang merupakan Qadhi di al-Mariah (Sa’id, 1987: 14). Al-Mariah merupakan lokasi terakhir pengembaraan Ibn al-’Arabi bersama ayahnya di Andalus, sebelum beliau menyeberangi lautan meninggalkan Andalus dan menuju ke utara Afrika.

Pengembaraan Ibn al-’Arabi memasuki wilayah Afrika utara, beliau tiba di Bijayah. Berdasarkan cacatan Yaqut Humawi, Bijayah merupakan sebuah bandar pinggir laut yang terletak di benua Afrika iaitu di Maghribi (Yaqut, 1995: 339). Ibn al-’Arabi menduduki bandar Bijayah dalam tempoh beberapa hari, sebelum bergerak menuju ke Tunisia, iaitu di Mahdiah dan Qairawan, beliau telah bertemu dengan fuqaha’ Qairawan, antaranya ialah Abu Abdullah al-Maziri (w.536H). Ibn al-’Arabi telah menyatakan bahawa Abu Abdullah al-al-Maziri merupakan seorang ulama’ mazhab Maliki yang sampai ke tahap Mujtahid (Ibn al-’Arabi, 1986:190). Pada ketika itu, beliau telah mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu Sastera, Qiraat dan ilmu Kalam, semasa berada di Tunisia (Sa’id, 1987: 197).

(8)

perkampungan Bani Kaab bin Sulaim. Bani Kaab bin Sulaim yang memberikan makanan, minuman dan pakaian kepada Ibn al-’Arabi dan ayahnya (al-Khatib, 1952: 12).

Seterusnya, pengembaraan diteruskan, iaitu menuju ke Mesir, setibanya di Mesir, Ibn al-’Arabi mengambil kesempatan untuk menemui ulama’ Mesir pada ketika itu, iaitu al-Qadhi Abu Hassan, Ali bin al-Hassan (w.492H). Menurut al-Subki, al-Qadhi Abu Hassan merupakan seorang ulama yang bermazhab Shafie, dilahirkan di Mesir pada tahun 405H. Beliau dikenali sebagai seorang Musnid iaitu penghafal sanad hadith (al-Subki, 1967:253). Ibn al-’Arabi menemui al-Qadhi Abu Hassan di makam Imam Shafie (al-Khatib, 1952:13). Menurut cacatan Sa’id ’A’rab, semasa berada di Mesir, Ibn al-’Arabi telah berpeluang melihat kepelbagaian mazhab yang terdapat di Mesir (Sa’id, 1987: 19).

Kemudian, beliau bersama ayahnya menuju ke Baitulmaqdis. Di sana, beliau bertemu dengan Abu Bakar, Muhammad bin al-Walid al-Tartushi al-Fihri (w.520H) iaitu seorang ulama’ bermazhab Maliki, yang berasal dari Andalus. Ibn al-’Arabi telah mengambil manafaat daripada ilmunya (al-Khatib, 1952:14). Menurut al-Muqqari, al-Tartushi adalah ulama’ Andalus yang berasal dari Turtushi iaitu sebuah perkampungan di Andalus. Beliau dilahirkan pada tahun 451H/1059M, iaitu dalam tempoh pemerintahan Muluk al-Tawa’if. Beliau menuntut ilmu di Andalus dengan kebanyakkan guru termasuk Ibn Hazm, kemudian berhijrah ke timur tengah untuk meneruskan pengajiannya pada tahun 476H. Berdasarkan sumber al-Muqqari, beliau pergi Baghdad, Basrah dan Syam. Pada akhirnya, beliau menetap di Baitulmaqdis. Al-Turtushi meninggal dunia, di Iskandariah pada bulan Sha’ban tahun 520H dan dikebumikan di sana (al-Muqqari, 1968:85).

Pengembaraan diteruskan lagi menuju ke Damsyik. Ibn al-’Arabi menetap di Damsyik dan mengambil peluang mempelajari ilmu. Beliau telah menemui Nasir bin Ibrahim al-Maqdisi (w.490H). Nasir bin Ibrahim, adalah seorang ulama’ bermazhab Shafie. Berdasarkan cacatan al-Subki, Nasir bin Ibrahim al-Maqdisi, terkenal dengan kuniyah Abu al-Fath. Beliau seorang yang memiliki kehebatan dalam ilmu fiqh dan ilmu kalam (al-Subki, 1967: 351).

Dari Damsyik, Ibn al-’Arabi bergerak menuju ke Baghdad, sebuah kota besar yang menjadi pusat pemerintahan bagi Daulah Abbasiyyah. Pemerintah Daulah Abbasiyyah pada ketika itu ialah Khalifah al-Mustazhir (487-512H/1094-1118H). Menurut Isa al-Hassan, pemerintahan al-Mustazhir berlangsung selama dua puluh empat tahun. Dari sudut politik, pemerintahan al-Mustazhir, mengalami pelbagai cabaran, di mana kekuasaan Daulah Abbasiyyah semakin menurun selepas kewujudan kerajaan Islam yang lain yang memberi tekanan kepada Daulah Abbasiyyah. Kerajaan tersebut seperti kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir pada tahun 495H, kerajaan Murabitun yang memerintah Andalus dan kawasan barat Afrika pada tahun 484H (Isa, 2009:379).

(9)

wara’. Beliau mempelajari mazhab al-Zahiri daripada Abu Amir, Muhammad bin Sa’dun (w.524), iaitu seorang fuqaha’ mazhab al-Zahiri (Al-Khatib, 1952: 18).

Di kota Baghdad, Ibn al-’Arabi banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh besar dalam pelbagai bidang. Beliau juga berkesempatan menemui tokoh ulama’ besar, iaitu al-Imam al-Ghazali (w.505H). Nama penuh al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi. Dilahirkan pada tahun 450H bersamaan 1058/1059M di sebuah kampung bernama Ghazalah di bandar Tus, Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 505H bersamaan tahun 1111M di bandar Tus (al-Zahabi, 2001:187). Pertemuan beliau dengan Ghazali berlaku ketika beliau sampai ke Baghdad, di mana al-Ghazali berkhidmat sebagai guru di Institut Nizamiyah di Baghdad. Institut Nizamiyah merupakan sebuah pusat pengajian yang diasaskan oleh al-Hasan bin Ali bin Ishaq (w.485H) atau lebih dikenali dengan gelaran Nizam al-Muluk, pada tahun 457H dan dibuka secara rasmi pada tahun 459H/1067M (Ismail, 1999:167). Ibn al-’Arabi mengambil kesempatan menghadiri kuliah al-Ghazali dan mendengar bicara ilmu yang sampaikan oleh al-Ghazali di Institut tersebut (Sa’id, 1987: 54).

Kemudian, pada tahun 489H, Ibn al-’Arabi dan ayahnya meninggalkan kota Baghdad untuk seketika dan menuju ke kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadat haji. Setelah selesai, Ibn ’Arabi bersama ayahnya kembali ke Baghdad atas tujuan menemui Khalifah al-Mustazhir sebelum mereka pulang semula ke Isbiliyyah. Menurut Sa’id ’A’rab, Ibn al-’Arabi dan ayahnya telah mengadakan pertemuan dengan Khalifah al-Mustazhir dan memaklumkan tentang perkembangan pemerintahan Murabitun di Andalus. Khalifah kemudiannya mengutuskan surat kepada pemerintah kerajaan Murabitun melalui pengantaraan Ibn al-’Arabi dan ayahnya. Begitu juga juga tindakan yang dilakukan oleh al-Ghazali yang turut mengutuskan surat kepada Yusuf Tashifin, iaitu pemerintah kerajaan Murabitun dengan memberi nasihat supaya dijalankan prinsip keadilan dalam pemerintahan (Sa’id, 1987: 63).

Setelah segala urusan selesai, Ibn al-’Arabi bersama ayahnya memulakan perjalanan pulang ke tanah air iaitu di Isybiliah. Mereka keluar dari kota Baghdad menuju ke Syam dan seterusnya ke Palestin dan ke Iskandariah. Semasa berada di Iskandariah, iaitu pada tahun 492H, ayahnya meninggal dunia dan dikebumikan di Iskandariah. Keadaan itu menyebabkan, Ibn ’Arabi mengambil keputusan untuk pulang ke Isybiliah untuk menyerahkan surat Khalifah al-Mustazhir dan al-Ghazali kepada pemerintah kerajaan Murabitun (al-Khatib, 1952: 22).

Kepulangan beliau ke Isybiliah berlaku pada tahun 493H iaitu setahun selepas kewafatan ayahnya di Iskandariah. Wilayah Isybiliah semasa kepulangan Ibn al-’Arabi masih berada di bawah pemerintahan Yusuf Tashifin iaitu pemerintah kerajaan Murabitun. Pemerintahan Yusuf Tashifin berakhir pada tahun 500H setelah beliau meninggal dunia (al-Khatib, 1952: 23).

(10)

Rajah 2 menunjukkan peta lokasi perjalanan pengembaraan Ibn al-’Arabi ke Timur Tengah

Kerjaya Dan Kewafatan

Setelah pulang ke Isybiliah, Ibn al-’Arabi telah mendapat perhatian para pencinta ilmu di sekitar wilayah Isybiliah untuk mengambil manafaat keilmuan Ibn ’Arabi. Berdasarkan cacatan al-Khatib, munculnya halaqah ilmu di Isybiliah yang dikelolai oleh Ibn al-’Arabi (al-Khatib, 1952: 23).

Selain berkhidmat menyebarkan ilmu pengetahuan di Isybiliah, Ibn al-’Arabi turut terlibat dalam mempertahankan tanah air dari diceroboh oleh pihak Kristian. Ini dibuktikan melalui cacatan Sa’id ’A’rab, yang menyatakan bahawa Ibn al-’Arabi terlibat menyeru umat Islam mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh pihak Kristian (Sa’id, 1987:81).

Oleh kerana Ibn al-’Arabi dilihat sebagai seorang ulama’ yang tegas, beliau telah dilantik menjawat jawatan Qadhi di Isybiliah. Menurut Sa’id, perlantikan secara rasmi berlaku pada bulan rejab tahun 528H (Sa’id, 1987:81). Perlantikan ini sekaligus memperlihatkan penerimaan masyarakat dan pemerintah terhadap ilmu dan pendirian Ibn al-’Arabi. Syarat kelayakan bagi jawatan Qadhi, terlalu ketat, iaitu menghafal sebanyak 12,000 hadith. Walaubagaimana pun Ibn al-‘Arabi telah melepasi syarat tersebut (al-Khatib 1952: 17).

(11)

Lantaran ketegasan beliau, menyebabkan beliau tidak disukai oleh beberapa pihak, terutama dalam isu melibatkan fatwa beliau yang mewajibkan umat Islam Isybiliah menjadikan kulit binatang korban sebagai benteng untuk mempertahankan wilayah Isybiliah daripada sebarang pencerobohan. Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan umat Islam di Isybiliah (Abd. Hamid, 1926: 567), (al-Muqqari, 1968:85).

Ekoran daripada kebencian sebahagian masyarakat Islam Isybiliah, menyebabkan Ibn al-’Arabi dipecat daripada jawatan Qadhi. Beliau dikatakan menjawat jawatan tersebut dalam tempoh satu tahun. Selepas dipecat, Ibn al-’Arabi membawa diri berpindah ke Cordova. Di Cordova, beliau terus menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat umum.

Menurut Sa’id, Ibn al-’Arabi mendiami Cordova dalam tempoh yang singkat, kemudian beliau pulang semula ke Isybiliah. Kepulangannya ke Isybiliah dengan pembawaan yang baharu, di mana tumpuan beliau hanya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Atas tujuan ini, beliau telah membina Masjid di Isybiliah dan membuka halaqah-halaqah ilmu. Beliau mula menumpukan pengajaran dalam bidang tafsir, hadith, fiqh, bahasa Arab, sastera dan sejarah (Sa’id, 1986: 90).

Konflik politik Andalus sekali lagi bergolak, menyaksikan kerajaan Murabitun diguling oleh kerajaan Muwahidun. Pada ketika itu, Ibn al-‘Arabi bersama ulama yang lain, menuju ke utara Afrika untuk menemui pemimpin Muwahiddun bagi menyatakan baiah kepada mereka, dalam perjalanan tersebut, beliau telah meninggal dunia semasa berada di utara Afrika, iaitu di bandar Fez pada bulan Rabi’ al-Awwal tahun 543H dan dikebumikan jenazahnya di sana (Sa’id 1987: 67).

Ibn al-‘Arabi telah meninggalkan karya-karya yang banyak yang sampai kepada kita pada hari ini selain kitab al-‘Awasim Min al-Qawasim, antara karyanya yang lain ialah (al-Khatib, 1952: 28-29).

1. ‘Aridhah al-Ahwazi fi Sharh al-Tarmizi. 2. Anwar al-Fajr fi Tafsir al-Qur’an. 3. Qanun al-Takwil fi Tafsir al-Qur’an. 4. Ahkam al-Qur’an.

5. al-Nasikh Wa al-Mansukh fi al-Qur’an.

6. al-Qabs: Fi Sharh al-Muwatta’ Malik bin Anas. 7. al-Mahsul fi ‘Ilm al-Usul.

8. Tartib al-Rihlah lil Tarqib fil Millah.

9. al-Masalik fi Sharh Muwatta Malik dan banyak lagi.

PENGLIBATAN IBN AL-’ARABI DALAM BIDANG SEJARAH

Penglibatan Ibn al-’Arabi dalam bidang sejarah boleh dilihat melalui penghasilan kitab

(12)

Faktor-faktor yang mendorong Ibn al-’Arabi terlibat dalam bidang sejarah, sebagaimana ulasan Muhammad Sulaymani, di mana Andalus pada akhir kurun ke 5H dan awal kurun ke 6H, munculnya pelbagai aliran, iaitu aliran akidah dan tasawuf. Fenomena ini telah menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam berhubung kefahaman agama (M. Sulaymani, 1986: 48).

Sebagai contoh, kemunculan individu bernama Ibn al-Musarrah al-Jabali, atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah (w.319H) di Andalus pada kurun ke 4H, dengan membawa beberapa pandangan yang dilihat pro-muktazilah. Pemikiran dan Ideologi Ibn al-Musarrah mula tersebar setelah kematian beliau (M.Sulaymani, 1986: 51).

Selain itu, kemunculan kitab-kitab yang ditulis oleh generasi sebelumnya, seperti kitab

Muruj al-Zahab oleh al-Mas’udi dan kitab al-Imamah Wa al-Siasah oleh Ibn Qutaybah, di mana terdapat beberapa ulasan dalam kitab tersebut yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap pemerintahan Uthman bin ’Affan, menjadi satu faktor yang mendorong Ibn al-’Arabi bangkit menjawab tuduhan yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui penyataan Ibn al-’Arabi di akhir kitab al-’Awasim, di mana beliau dengan jelas menolak kitab-kitab tersebut dan menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada sumber yang sahih dalam isu melibatkan para sahabat Rasulullah SAW.

Dalam suasana inilah, Ibn al-’Arabi mula bertindak dengan membetulkan keadaan, melalui penghasilan kitab al-’Awasim. Kitab al-‘Awasim bukan sebuah kitab sejarah seperti kitab

Tarikh al-Tabari tetapi ianya adalah sebuah kitab yang meliputi perbincangan mengenai bidang falsafah, teologi, fiqh dan qiraat, hanya satu pertiga daripada keseluruhan kandungan kitab ini membicarakan tentang sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai nilai sejarah.

Perbahasan mengenai isu-isu kontoversi melibatkan para sahabat Rasulullah SAW telah mendapat perhatian para pengkaji sejarah Islam, justeru itu, usaha mentahqiq perbahasan ini, telah dijalankan oleh beberapa tokoh antaranya ialah Muhib Din Khatib, Muhammad al-Sayyid al-Shanawi dan Mustafa Abu al-Ma’ati. Mereka telah mengasingkan perbahasan ini dengan menerbitkan kitab khusus yang berjudul al-‘Awasim Min al-Qawasim: Fi Tahqiq Mawaqif al-Sahabat Ba’ad Wafat al-Nabi.

Karya Ibn al-‘Arabi ini, merupakan karya yang telah memperkenalkan nama beliau. Ini kerana penulisan beliau mempunyai nilai yang tersendiri. Ia ditulis berkenaan satu topik yang kontroversi yang sudah tentu menarik minat ramai pembaca. Kemunculan kitab ini, boleh dikatakan sebagai perintis kepada karya-karya lain yang membicarakan isu konflik dan kontroversi dalam sejarah Islam. Selepas kemunculan kitab ini, muncul pula kitab Minhaj al-Sunnah oleh Ibn Taimiyyah yang membahaskan isu-isu akidah dan ilmu kalam. Kemudian disusuli oleh ramai penulis yang mengikuti cara ini dalam mengupas isu konflik dan kontroversi.

Skop perbahasan kitab al-’Awasim

(13)

Tajuk perbahasan yang disentuh oleh Ibn al-‘Arabi, adalah seperti berikut (Ibn al-‘Arabi 1998).

1. Peristiwa selepas kewafatan Nabi, iaitu mengenai tindakan Ali, Uthman, Umar, keluarga Abbas, kedudukan Ansar dan Muhajirin dan kedudukan tentera Usamah bin Zaid.

2. Perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah dan perlantikan Khalifah Abu Bakar serta perlantikan Khalifah Umar secara ringkas.

3. Khalifah Uthman bin Affan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

4. Khalifah Ali bin Abi Talib.

5. Konflik antara Ali dan Talhah, Zubair dan Aisyah sehingga terjadinya perang Jamal.

6. Konflik antara Ali dan Muawiah.

7. Perlantikan Hassan bin Ali dan pengundurannya.

8. Isu Tahkim dan dakwaan ar-Rafidhah tentang kedudukan Ali.

9. Khalifah Muawiah bin Abu Sufian.

10. Perlantikan Yazid bin Muawiah.

11. Isu pembunuhan Husin di Iraq.

12. Kepimpinan Bani Umayyah.

Huraian beliau bergantung kepada berapa banyak isu kontroversi yang berlaku di zaman tersebut. Ulasan Ibn al-‘Arabi mengenai Khalifah Uthman amat panjang kerana banyak isu dan konflik yang berlaku pada zamannya dan tidak banyak huraian dan ulasan mengenai kepimpinan Umar al-Khatab kerana tidak terdapat konflik dan kontroversi pada era pemerintah Umar al-Khattab.

Perbincangan mengenai Mu’awiyah, banyak diulas oleh Ibn al-‘Arabi kerana terdapat banyak isu-isu kontroversi yang berlaku. Huraian topik Mu’awiyah, turut meliputi isu penarikan diri Hasan bin Ali daripada jawatan khalifah, keistimewaan Mu’awiyah, tohmahan yang dilontarkan kepadanya, perlantikan anaknya Yazid sebagai penggantinya, beberapa sungutan mengenai Yazid, pemergian Husin bin Ali ke Kufah dan topik perlantikan atau perjawatan Bani Umayyah.

Namun, Ibn al-‘Arabi tidak menyentuh isu-isu ekonomi, futuhat, perluasan empayar, peperangan, pertahanan, sumbangan, ketenteraan, pembangunan, pendidikan atau isu-isu sejarah yang biasa disebut oleh ahli sejarawan lain. Selain itu, beliau tidak menyatakan beberapa topik kontroversi yang pada era kepimpinan Khalifah Harun ar-Rasyid atau lain-lainnya.

(14)

kontroversi dengan analisa dan kritikan ilmiah, adalah suatu revolusi dalam penghasilan karya sejarah Islam. Kemudian, muncul penulis-penulis lain yang cuba mengupas isu-isu kontroversi ini. Antara yang terkenal Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah Li al-Rad Ala ar-Rafidhah. Tetapi Ibn Taymiyah banyak membincangkan isu-isu akidah bukannya konflik politik.

Sumber Historiografi

Sumber adalah sesuatu perkara yang penting dalam pengkajian sejarah, dalam hal ini, menurut Sayyidah Ismail Khasif dalam bukunya Masadir al-Tarikh al-Islamiy menyatakan, bahawa sumber sebagai maklumat yang dipegangi atau dirujuk dalam menjelaskan persoalan mengenai sejarah yang ditulis (Sayyidah, 1976: 12). Berhubungan dengan sumber penulisan Ibn al-‘Arabi dalam kitab al-‘Awasim, didapati beliau banyak mengambil sumber-sumber hadith.

Pentahqiq kitab ini, seperti Muhammad Shanawi dalam tahqiqnya banyak menyandarkan hadith-hadith yang dikemukakan oleh Ibn al-‘Arabi kepada sahih al-Bukhari, sahih Muslim dan al-Darqutni (Shanawi, 1998: 43). Selain itu, Athar atau kata-kata sahabat yang dikemuka oleh Ibn al-‘Arabi juga turut dikemukakan Ibn al-Khatir dalam kitab Bidayah wa al-Nihayah (Shanawi 1998). Ini dibuktikan lagi dengan penjelasan Ibn al-‘Arabi sendiri pada akhir kitabnya, di mana, beliau telah menyarankan supaya jangan menerima mana-mana sumber dalam memahami isu kontroversi melainkan daripada ulama hadith yang thiqah (Ibn al-‘Arabi, 1998: 76).

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penelitian terhadap biografi Ibn al-’Arabi dan kitab al-’Awasim, menunjukkan bahawa Ibn al-’Arabi mempunyai sumbangan dalam bidang sejarah. Latar belakang keluarga dan pendidikan membuktikan kemantapan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh Ibn al-’Arabi sehingga membentuk keperibadian dirinya. Keterlibatan dalam sejarah Islam jelas menunjukkan tanggungjawab beliau sebagai seorang ulama’ yang berperanan sebagai benteng ummah dalam mempertahankan akidah mereka. Pendekatan dalam penulisan sejarah yang dikemukakan oleh Ibn al-’Arabi, berbeza dengan pendekatan yang dipratikkan oleh kebanyakkan para sejarawan yang lain. Oleh itu, kitab ini menjadi benteng bagi umat Islam dalam mempertahankan akidah mereka. Sesungguhnya musuh-musuh Islam mencari segenap ruang untuk memecah belahkan umat ini, setelah mereka gagal dalam memecah belahkan dalam perkara yang besar, mereka mencari pula jalan lain, sehingga sahabat Rasulullah dituduh sebagai pembunuhan, pengkhianat dan bahkan lebih teruk daripada itu, sedangkan Nabi SAW menyatakan bahawa para sahabat seperti bintang dilangit, jika kamu mengikuti mereka, nescaya kamu beroleh hidayah. Usaha Ibn al-‘Arabi mempertahankan sahabat, adalah suatu sumbangan besar beliau kepada umat Islam.

(15)

A’rab, ‘Sa‘id. 1987. Ma’a al-Qadi Abi Bakr al-‘Arabi. Bayrut: Dar al-Gharab al-Islami.

al-Dhahabi, Shamsuddin, Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman. 1990, Siyar A’lam al-Nubala’. Tahqiq Husayn al-Asad. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Imiyyah.

al-Muqqarri, Ahmad bin Muhammad. 1968. Nafh al-Tib Fil Gasn al-Andalus al-Ratib. Bayrut: Dar al-Sadir.

al-Subki, ’Abd. al-Wahhab bin ’Ali. 1967. Tabaqat al-Shafieyyah al-Kubra. Tahqiq Mahmud Muhammad & ’Abd. al-Fattah Muhammad. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah.

al-Humawi, Yaqut bin ’Abdullah. 1995. Mu’jam al-Buldan. Bayrut: Dar al-Sadir.

Ibn al-‘Arabi, Abu Bakar. 1952. al-Awasim Min al-Qawasim Fil Tahqiq Mawaqif al-Sahabat Ba’d Wafat al-Nabi. Tahqiq, Muhib al-Din al-Khatib. Bayrut, al-Maktabah al-’Ilmiyyah.

Ibn al-‘Arabi, Abu Bakar. 1998. al-Awasim Min al-Qawasim Fil Tahqiq Mawaqif al-Sahabat Ba’d Wafat al-Nabi. Tahqiq, Muhammad al-Sayyid al-Shanawi. Qaherah, Dar al-Qalam lil al-Turath.

Ibn al-‘Arabi, Abu Bakar. 2008. al-Awasim Min al-Qawasim Fi Tahqiq Mawaqif al-Sahabat Ba’d Wafat al-Nabi. Tahqiq, Mustafa Abu al-Ma’thi. al-Qahirah: Dar al-Gad al-Jadid.

Ibn al-‘Arabi, Abu Bakar. t.th. al-Nass al-Kamil Lil al-Kitab al-Awasim Min al-Qawasim. Tahqiq, Abd. al-Hamid Badis. al-Qahirah: Maktabah Dar al-Turath.

Khasif, Sayyidah Isma‘il. 1986. Masadir al-Tarikh al-Islami wa Manahij al-Bahth fih. al-Qahirah: Maktabah al-Khanaji.

M. Bakhit Hj. ’Ali & M. Jailani Hamzah. 2011. Perkembangan Ilmu Nahu di Andalus: Biografi Dan Sumbangan Pemikiran Tokoh Ulama. Jurnal al-Basirah, Vol. 1, No. 1. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mubarakfuri, Safiyurrahman. 2010, al-Rahiq al-Makhtum. Kaherah: Dar al-Wafa’.

Maruwiat Ahmat. 2003. Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

M. Sulaymani, 1986. Tahqiq Qanun al-Takwil Lil Ibn al-’Arabi. Jeddah: Dar al-Thaqafah.

Raghib al-Sirjani. 2010. Qissah al-Andalus Min al-Fath Ila al-Suqut. Kaherah. Muassasah Iqra’ lil Nasr wa al-Tauzi’ wa al-Turjumah.

SAQ Husaini. 1990. Prinsip Ketuhanan Ibn ‘Arabi. Tej: Abdul Majid bin Haji Khatib. Kota Bharu. Pustaka Aman Press. Sdn. Bhd.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Aptera berwarna kuning pucat atau kuning kehijauan, dengan bagian ujung sifunkuli berwarna hijau gelap, hijau kecokelatan atau berwarna cokelat gelap atau hitam (Gambar 1e).. Mata

Ketika kegiatan belajar mengajar, penulis sangat memperhatikan metode yang digunakan hal tersebut dilakukan karena dengan adanya metode proses pembelajaran bisa

Kepala Dinas Kesehatan Bangka Tengah (Bateng), menyatakan, daerah yang paling rawan terserang tiga penyakit DBD, Malaria dan Diare adalah pemukiman warga yang dekat

Berdasarkan uraian di atas telah dilaksanakan penelitian melalui suatu percobaan yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengaruh penggunaan tepung kulit kopi

Sementara itu menurut Kadin Indonesia stimulasi tersebut sebaiknya bukan hanya dari sisi insentif fiskal dan alokasi APBN untuk pembangunan infrastruktur, tetapi juga harus

(3) Dalam menjalankan kewenangannya sebagaimana dimaksud pada ayat (2) Ketua dibantu pengelola keuangan Sekolah Tinggi wajib menatausahakan dan mempertanggungjawabkan

Salah satu contoh kasus persekongkolan adalah pelaksanaan tender pengadaan alat kedokteran Polysomnograph di Rumah Sakit Duren Sawit Dinas Kesehatan Propinsi DKI