MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD HEDZIR
*P85248
___________________________________________________________
ABSTRAK
NGO-NGO Islam di Malaysia bergerak di tengah-tengah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. Mereka menyebarkan agama Islam berdasarkan ideologi, pendekatan dan strategi yang berbeza, menyebabkan berlakunya konflik dan salah faham dalam kalangan masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap NGO-NGO Islam di Malaysia dan adakah mereka merasakan bahawa pergerakan NGO-NGO Islam ini mengancam keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia. Metode yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan kaedah temubual bagi meninjau tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia. Pengkhususan responden yang ditemubual ialah pimpinan-pimpinan daripada persatuan-persatuan bukan Islam di UKM. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tanggapan positif dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia. Terdapat juga responden yang tidak mengetahui langsung berkenaan NGO Islam di Malaysia. Tanggapan-tanggapan tersebut lahir berdasarkan pemerhatian mereka terhadap pendekatan dan pergerakan NGO-NGO Islam di Malaysia.
Kata Kunci: NGO Islam di Malaysia ,Tanggapan pimpinan persatuan bukan Islam
PENGENALAN
Di tengah suasana masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang bangsa dan berbilang agama, wujudnya gerakan-gerakan atau NGO-NGO Islam yang bergerak menyebarkan dakwah untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Islam serta berdakwah kepada golongan bukan Islam untuk memperkenalkan agama Islam kepada mereka.
Adapun namanya sebuah gerakan, apabila bergerak sudah menjadi sunnatullah untuk sentiasa berlaku pergeselan atau perselisihan. Dengan kewujudan NGO-NGO Islam yang pelbagai, dengan cara pendekatan yang berbeza, dengan ideologi yang berlainan dan strategi dakwah yang tersendiri, menyebabkan wujudnya kekeliruan dan perselisihan dalam kalangan masyakarat Islam dan tidak terkecuali juga masyarakat bukan Islam yang terkena tempiasnya. Jadi, dengan cara pembawaan NGO-NGO Islam yang pelbagai, satu kajian telah dibuat untuk meninjau dan melihat pandangan masyarakat bukan Islam terhadap pergerakan NGO-NGO Islam di
Malaysia.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan merungkai tanggapan golongan
masyarakat bukan Islam yang mengetahui dan menyedari akan wujudnya NGO-NGO Islam di Malaysia, adakah mereka berasa selesa dengan kehadiran NGO-NGO Islam dan adakah mereka merasakan bahawa dengan kehadiran NGO-NGO Islam ini dapat mengganggu gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Hal ini kerana wujud banyak isu yang hangat diperkatakan di Malaysia berkenaan pendekatan atau cara dakwah NGO-NGO Islam yang boleh dikatakan tegas dengan golongan bukan Islam, dan ada yang bersikap lebih lembut dan rahmah kepada golongan bukan Islam. Dengan adanya kajian ini, segala persoalan dan kemusykilan akan terungkai dengan jelas, tidak lagi hanya bersangka-sangka dan meneka-neka semata-mata.
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian lapangan. Melalui kajian lapangan yang buat, pengkaji menggunakan kaedah
temubual bagi memperolehi jawapan daripada responden-responden berkaitan dengan kajian ini. Sebanyak 5 buah soalan yang telah dikemukakan kepada
responden-responden bagi tujuan kajian ini yang diletakkan di bahagian lampiran. Responden-responden yang dipilih untuk ditemubual ialah pimpinan-pimpinan dalam kalangan persatuan bukan Islam di UKM.
SEJARAH KEMUNCULAN NGO-NGO ISLAM
DI MALAYSIA
Bermula 1970-an, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan di Malaysia. Ramai pelajar-pelajar Malaysia telah dihantar ke luar negara bagi menyambung pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Hal ini kerana pada waktu tersebut institusi pendidikan di Malaysia masih lagi dalam proses perkembangan dan pengukuhan. Secara purata Malaysia menghantar sekitar 5,000 pelajar ke luar negara setiap tahun sejak 1970 hingga 1980-an. (Melati Mohd Ariff: 2012 ) Kebanyakan pelajar yang dihantar adalah ke negara-negara eropah dan timur tengah.
Dalam pada masa yang sama, kebangkitan dakwah era 1970-an telah
menyonsong kesedaran kebangkitan Islam di negara ini sehingga ia dianggap menjadi pemangkin proses islamisasi pada period seterusnya (Badlihisham Mohd Nasir: 2010). Islam yang sebelum itu dilihat berkembang dalam kerangka tradisional dan
kenservatif, telah memasuki era baru yang didokong oleh kesedaran dakwah dalam seluruh aspek kehidupan seperti yang dibawa oleh gerakan Islam (Ibid).
Pelajar-pelajar Malaysia yang dihantar ke luar negara merupakan aset yang sangat penting dalam membawa pulang ke Malaysia pengaruh gelombang
kebangkitan Islam oleh gerakan Islam di luar negara seperti Ikhwanul Muslimin pimpinan Iman Hassan Al-Banna dan juga Jama’at Islami yang dipimpin oleh Abu A’la Al-Maududi. Mereka mendapat pendedahan dakwah dan tarbiah semasa belajar di luar negara dan usaha-usaha tersebut telah mereka lanjutkan ke dalam negara sesudah pulang bekerja dan berkeluarga.
Antara NGO Islam yang terawal bertapak di Malaysia dan berperanan dalam menggerakkan dakwah di Malaysia ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kemudian, muncul pelbagai lagi NGO Islam seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan sehingga kini, terdapat banyak lagi gerakan dan NGO Islam seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), HALUAN, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan banyak lagi.
NGO-NGO Islam seperti yang disenaraikan di atas mempunyai dasar perjuangannya dan cara pendekatan yang tersendiri. Akan tetapi mereka masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan agama Islam. Setelah berlaku beberapa perkembangan, kebanyakan NGO-NGO Islam di Malaysia kini sudah mempunyai sayap mahasiswa untuk mereka bertapak dan menjalankan aktiviti serta dakwah dalam kalangan mahasiswa di IPTA dan IPTS. Contohnya, ABIM mempunyai sayap mahasiswa di IPTA dan IPTS seperti PKPIM. Selain itu, IKRAM juga diwakili oleh IKRAMSiswa, ISMA yang diwakili oleh PEMBINA serta HALUAN yang diwakili oleh HALUANSiswa dan terdapat banyak lagi. NGO-NGO Islam yang bertapak di dalam IPT menerusi wadah-wadah yang diterbitkan ini berperanan penting dalam menyampaikan dakwah serta kefahaman Islam dalam kalangan mahasiswa di IPT, tidak kira mahasiswa Islam mahupun yang bukan Islam.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan keseluruhan temubual yang telah dijalankan, tanggapan responden dapat dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu golongan yang tidak mengetahui tentang kewujudan NGO Islam di Malaysia dan golongan yang tahu dan cakna dengan kewujudan NGO Islam di Malaysia. Kedua-dua bahagian jawapan yang telah dikategorikan ini mempunyai huraian dan sebab tersendiri yang telah
dikemukakan oleh responden kepada pengkaji.
Daripada 5 orang responden yang telah ditemubual, seramai 3 orang responden yang tidak mengetahui tentang kewujudan NGO Islam di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian pengkaji melalui respons yang diberikan oleh 3 orang responden ini, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat masyarakat bukan Islam yang belum terdedah dengan kewujudan NGO Islam di Malaysia. Hal ini besar kemungkinannya adalah disebabkan mereka daripada golongan pelajar yang masih belum terdedah dengan isu-isu berkaitan dengan NGO-NGO Islam di Malaysia.
Antara faktor utama lainnya ialah kurangnya publisiti yang dilakukan oleh NGO Islam di Malaysia khusunya di kampus dan kurangnya aktiviti-aktiviti yang melibatkan percampuran mahasiswa yang berlainan agama yang dinjurkan oleh NGO Islam. Selain itu, terdapat responden yang memberi ulasan di antara punca mereka tidak mengetahui kehadiran NGO Islam adalah disebabkan kurang tersebar aktiviti-aktiviti dakwah umum yang melibatkan masyarakat ataupun mahasiswa bukan Islam (Kogulan Ehambaram: 2016)
Manakala bagi 2 orang responden yang memberikan tindak balas bahawa mereka mengetahui dan cakna akan kewujudan NGO Islam di Malaysia, tanggapan mereka direkodkan dan dibuat pemerhatian berdasarkan soalan-soalan yang diberikan. Untuk soalan pertama, mereka mengetahui wujudnya NGO-NGO Islam di Malaysia dan memberikan contoh NGO yang diketahuinya seperti IKRAM, ISMA, PEKIDA, PERKASA dan lain-lain. Apabila ditanya mengenai fungsi NGO Islam terhadap masyarakat Islam, Presiden Perwakilan Katholik UKM berpendapat bahawa NGO Islam berfungsi untuk berdakwah dan menjaga kepentingan serta menjaga kebajikan orang Islam (Daniel David: 2016). Selain itu, berdasarkan pendapat Presiden
Petrus: 2016). Berdasarkan pemerhatian pengkaji, mereka mempunyai tanggapan yang positif mengenai peranan NGO-NGO Islam terhadap masyarakat Islam sendiri.
Berdasarkan soalan seterusnya, salah seorang dari responden beranggapan bahawa NGO Islam yang diketahui dan dikenali adalah sangat terbuka dan bersifat inclusive. Selain itu, NGO Islam juga merupakan satu badan yang sangat mesra dengan bukan Islam (Daniel David: 2016). Manakala wujud juga satu lagi tanggapan terhadap NGO Islam bahawa mereka sangat-sangat exclusive kerana hanya
menjalankan aktiviti-aktiviti sesama muslim sahaja (Alakasia Petrus: 2016) sehingga menyebabkan responden tersebut tiada peluang untuk mempunyai pengalaman bekerja bersama NGO-NGO Islam. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat dua maklum balas yang berbeza iaitu dari sudut positif dan dari sudut negatif. Wujudnya dua maklum balas yang berbeza adalah disebabkan oleh cara pendekatan dan cara pembawaan yang berbeza dalam kalangan NGO Islam. Terdapat NGO Islam yang mana sangat mengalu-alukan hubungan baik dan beraktiviti bersama dengan golongan bukan Islam. Selain itu terdapat juga NGO Islam yang menghadkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dakwahnya kepada golongan Islam sahaja. Jadi, dua pendekatan dan pembawaan yang berbeza ini menghasilkan tanggapan yang berbeza dalam kalangan bukan Islam.
Bagi soalan yang seterusnya, kedua-dua responden mengemukakan pendapat yang sama, iaitu NGO Islam akan mengancam keharmonian masyarakat majmuk dan berbilang agama di Malaysia jika NGO Islam tersebut melakukankan perkara yang berikut. Yang pertama ialah jika NGO Islam bertindak secara radikal dan bergerak dengan ekstrim. Selain itu, NGO Islam juga boleh membawa ancaman jika mereka melaksanakan agenda tersendiri hanya untuk sesuatu agama atau kaum yang di dalam agenda tersebut membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kaum-kaum lain di Malaysia (Alakasia Petrus: 2016).
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana NGO Islam yang tidak mesra dengan bukan Islam seolah-olah hidup di dalam dunianya yang tersendiri tanpa melihat kepada kepelbagaian yang wujud di sekeliling mereka. Keharmonian dan kedamaian hanya akan dapat dicapai jika berlakunya persefahaman dan toleransi antara
masyarakat terutamanya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia. Yang terakhir berdasarkan tanggapan responden ialah, NGO Islam yang mengancam keharmonian masyarakat majmuk ialah NGO Islam yang exclusive. Kenyataan salah seorang responden ialah jika NGO Islam tersilap langkah, tidak mustahil berlakunya semula peristiwa hitam 13 mei 1969 (Alakasia Petrus: 2016).
Untuk soalan yang terakhir iaitu berkaitan dengan saranan yang ingin diberikan kepada NGO Islam, secara keseluruhannya responden-responden
menyatakan bahawa tiada masalah untuk NGO Islam ini berdakwah, namun mestilah bersama mereka cara dan niat yang betul. Mereka berpendapat amatlah tidak patut bagi sesebuah NGO Islam berdakwah dengan sentuhan pertama sahaja kemudian ditinggalkan tanpa diikuti perkembangannya terutamanya yang berlaku di Sabah. Kebanyakan kes berlaku di Sabah ialah NGO Islam mengislamkan penduduk Sabah, tetapi setelah itu, mereka ditinggalkan begitu sahaja tanpa diikuti perkembangannya dalam mempelajari ilmu agama dan ilmu al-Quran.
Selain itu, Saranan mereka terhadap NGO Islam mestilah menggunakan cara dan pembawaan yang harmoni serta tidak bermain dengan sentimen perkauman dan agama (Daniel David: 2016). NGO Islam perlu memperbanyakkan aktiviti dialog dengan agama lain secara adil dan saksama. Hal ini sebagai langkah pencegahan jika tidak tahu tentang sesuatu perkara dalam agama lain, tidak menggunakan langkah andaian semata-mata tanpa mengetahui jawapan sebenar daripada agama tersebut. Oleh kerana itu, dialog di antara agama sangat penting untuk diadakan secara ilmiah.
Seterusnya, NGO Islam disarankan untuk bertindak secara adil dalam
syariah adalah fleksibel , tidak membebankan , bersifat universal dan tidak memaksa penganut lain menganut agama Islam (Alakasia Petrus: 2016).
Maka, berdasarkan saranan-saranan yang diberikan oleh responden kepada NGO-NGO Islam di Malaysia, pengkaji dapat simpulkan bahawa masyarakat bukan Islam boleh menerima sentuhan dan kerjasama daripada NGO Islam jika NGO Islam tersebut boleh memberikan kerjasama dan lebih bersifat rahmah serta berlembut dengan masyarakat bukan Islam tanpa merendahkan dan menggadaikan prinsip-prinsip sebagai umat Islam.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian dan temubual yang telah dibuat oleh pengkaji, dapatlah
dikonklusikan ke dalam beberapa perkara. Setiap NGO Islam perlu melihat dakwah dari sudut yang lebih luas, bukan terhad kepada golongan Islam dan melayu sahaja. Hal ini disebabkan kita tidak hidup hanya dalam kalangan orang Islam dan melayu sahaja, bahkan kita hidup di dalam suasana yang penuh kepelbagaian dan mempunyai latarbelakang dan agama yang berbeza. Jadi semuanya perlu diraikan dalam konteks menyampaikan dakwah Islamiyah. Selain itu, setiap NGO Islam perlu merasakan pentingnya peranan mereka dalam menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam. Jika bukan NGO Islam yang berperanan untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat bukan Islam, mahu diharapkan kepada siapa lagi?
Malaysia, dan NGO Islam perlu sentiasa bersikap rahmah, harmoni dan adil serta berlemah lembut terhadap masyarakat bukan Islam, supaya hati mereka menjadi lebih lembut untuk menerima seruan dakwah yang diberikan.
Isu-isu di UKM khususnya serta di Malaysia amnya masih tidak banyak melibatkan dialog antara agama yang menyebabkan kewujudan NGO ni tidak diketahui. Jadi, penekanan bahawa pentingnya dialog antara agama untuk membuka lebih besar ruang perbincangan secara ilmiah & perkongsian secara harmoni dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Hal ini juga boleh membuka kesempatan kepada NGO Islam untuk memperkenalkan keindahan agama Islam kepada
masyarakat bukan Islam seterusnya menunjukkan qudwah atau contoh tauladan yang baik kepada mereka supaya mereka akan lebih tertarik dengan Islam itu sendiri. Akhir sekali, NGO Islam perlu memperbanyakkan lagi publisiti ataupun hebahan kepada golongan bukan Islam dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penglibatan
masyarakat bukan Islam terutamanya daripada golongan mahasiswa.
RUJUKAN
Alakasia Petrus. 2016. Tanggapan pimpinan persatuan bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia, Bangi. Temu bual, 11 Mei.
Daniel David. 2016. Tanggapan pimpinan persatuan bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia, Bangi. Temu bual, 11 Mei.
Kogulan a/l Ehambaram. 2016. Tanggapan pimpinan persatuan bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia, Bangi. Temu bual, 10 Mei.
Phoo Kho Jing. 2016. Tanggapan pimpinan persatuan bukan Islam terhadap NGO Islam di Malaysia, Bangi. Temu bual, 10 Mei.
Melati Mohd Arif. 2012. http://www.sinarharian.com.my/rencana/ptptn-talian-hayat-untuk-menimba-ilmu-1.61317?localLinksEnabled=false. (10/5/2016).
Asyraf. 2014. http://sbu342institusiislamdimalaysia.blogspot.my/2014/05/persatuan-persatuan-islam.html (24/5/2016).
LAMPIRAN 1
Soalan Temu Bual
S1. Adakah anda tahu tentang kewujudan NGO Islam di Malaysia?
S2. Adakah anda tahu apa fungsi dan peranan NGO-NGO ini terhadap masyarakat Islam?
S3. Adakah anda merasakan mereka ini mesra dengan Non Muslim? boleh anda menjelaskan dengan lebih lanjut? (pengalaman berhadapan / berurusan dengan mereka)
S4. Adakah anda merasakan bahawa kewujudan NGO-NGO Islam ini mengancam kesejahteraaan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia?
LAMPIRAN 2
Senarai Responden
1)
Nama: Daniel David
Jawatan: Presiden Perwakilan Katholik UKM
Waktu temubual: 11 Mei 2016 pada 9.00 am
2)
Nama: Alakasia Petrus
Jawatan: Presiden Persaudaraan Kristian UKM
Waktu temubual: 11 Mei 2016 pada 9.30 am
3)
Nama: Kogulan a/l Ehambaram
Jawatan: Timb. Presiden Perwakilan Hindu UKM
Waktu temubual: 10 Mei 2016 pada 3.50pm
4)
Nama: Phoo Kho Jing
Jawatan: Naib Setiausaha Persatuan Angpow UKM (2014/2015)
5)
Nama: Yong Chee
Jawatan: Ketua Pengarah Sekretariat Tanglung UKM
Waktu temubual: 24 Mei 2016