• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Te

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Te"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z

Jamiah Manap1*, Mohd Rezal Hamzah2, Aizan Sofia Amin1, Nurul Nabila Mohd Izani1, Fazilah Idris3, Salasiah Hanin Hamjah4, Noordeyana Tambi1, Arena Che Kasim1, Norul Huda

Sarnon1, Salina Nen1, Nor Jana Saim1

1Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

jamiah@ukm.edu.my

2Pusat Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Kangar 01000, Perlis.

rezal@unimap.edu.my

3Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia fazilah@ukm.edu.my

(2)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

orang remaja generasi Z di Malaysia. Dalam pada itu, kajian kes turut dilaksanakan terhadap 20 orang remaja generasi Z yang sedang menuntut di Universiti Awam. Hasil kajian mendapati, media sosial digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Selain itu, penggunaan media sosial didapati bukan hanya membawa implikasi yang positif (seperti pengukuhan hubungan, bakat dan kemahiran) tetapi juga negatif kepada remaja (seperti . Oleh itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan strategi khusus untuk membangunkan remaja secara holistik dalam konteks penggunaan media sosial dengan mengambil kira implikasinya terhadap generasi Z di Malaysia.

Keywords: Psikologi Pendidikan, Keibubapaan, Media Sosial, Remaja, Generasi Z

PENDAHULUAN

(3)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Ia melibatkan dua fasa pengumpulan data. Fasa pengumpulan data pertama melibatkan pengumpulan data terhadap 750 orang remaja yang berusia di antara 13 hingga 21 tahun menggunakan borang soal selidik Profil Generasi Z. Fasa pengumpulan data kedua pula melibatkan temu ramah dalam talian terhadap 20 orang mahasiswa di Universiti Awam yang berusia di antara 19-21 tahun.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian terbahagi kepada dua iaitu tahap penggunaan media sosial dan implikasi media sosial terhadap remaja generasi Z yang dikaji. Rentetan itu, kertas kerja turut membincangkan strategi pemerkasaan remaja dalam konteks media sosial yang boleh dijadikan sebagai input awal kepada pembangunan belia positif.

Penggunaan Media Sosial Remaja Generasi Z

Kajian mendapati, secara purata remaja generasi Z yang dikaji menggunakan media sosial selama 11.6 jam sehari. Data ini belum ditambah dengan penggunaan internet bagi tujuan lain seperti pencarian maklumat dan bermain game secara dalam talian. Penggunaan media sosial mencapai tahap yang kritikal apabila sebilangan remaja akhir memperakui bahawa mereka menggunakan internet selama 24 jam.

(4)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

WeChat, Telegram dan Instagram (Rujuk Jadual 1). Secara purata, tempoh masa penggunaan media sosial yang paling lama dalam sehari oleh remaja ialah Whatsapp (4.2 jam). Ini diikuti oleh WeChat (2.6 jam), Facebook (1.8 jam) dan Instagram (1.8 jam).

Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Penggunaan Media Sosial (n = 673)

Jam

Bilangan

Rakan/Pengikut

Facebook 1.7 666

You

Tube 1.6 11

Tweeter .9 122

Blog .3 33

Wassup 4.0 58

WeChat 2.6 150

Telegram .4 5

Instagram 1.8 1330

13.75 2375

(5)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

Jadual 1 juga menunjukkan taburan responden dari segi jumlah pengikut dan rakan-rakan dalam media sosial. Secara purata, responden mengakui bahawa bilangan pengikut/rakan dalam Instagram (1279) adalah lebih tinggi berbanding media sosial yang lain. Ini diikuti oleh Facebook (667), WeChat (144) dan Twitter (122). Ini mungkin disebabkan oleh ciri-ciri Instagram yang lebih menarik daripada segi paparannya yang berbentuk gambar dan video pendek. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa bilangan rakan dalam Whatsapp dan Wechat adalah kecil. Namun responden lebih banyak menghabiskan masa dengan menggunakan Whatsapp dan WeChat. Kemungkinan ini disebabkan oleh individu yang terlibat dengan Whatsapp dan WeChat boleh dianggap sebagai individu yang rapat dan signifikan dengan responden seperti ahli keluarga, rakan-rakan yang boleh dipercayai dan guru.

Implikasi Penggunaan Media Sosial terhadap Remaja Generasi Z

Media sosial memberi implikasi yang besar terhadap remaja sama ada positif ataupun negatif. Kajian kes yang dijalankan terhadap 20 informan dari sebuah Universiti Awam mendapati penggunaan media sosial membolehkan mereka:

1. Berhubung secara langsung dan kerap dengan keluarga yang tinggal berjauhan 2. Berhubung dengan rakan

3. Mengetahui dan memantau perkembangan ahli keluarga 4. Mengetahui perkembangan terkini

5. Mempelajari pelbagai perkara baru 6. Membina dan mengukuhkan jaringan

7. Mendokumentasikan pemikiran, bakat dan minat 8. Menjimatkan kos untuk berhubung

(6)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

Bagaimanapun, kajian mendapati, media sosial turut memberi implikasi yang negatif kepada remaja. Antaranya:

1. Kurang kemahiran komunikasi secara bersemuka

2. Pembaziran masa di media sosial dan pengabaian tanggungjawab 3. Terdedah kepada maklumat/fakta yang salah

4. Kebocoran maklumat peribadi yang penting 5. Terdedah kepada fitnah, penipuan dan buli siber

Strategi Pembangunan Belia Melalui Media Sosial

Berasaskan dapatan kajian tersebut, 7 strategi dicadangkan untuk memperkasa generasi dalam konteks media sosial, iaitu:

1. Pendidikan

a. Pembinaan Kecerdasan Digital atau Digital Qoutient (DQ) remaja

b. Latihan dan bimbingan berterusan daripada ibu bapa, sekolah, institusi sosial dan universiti kepada remaja untuk membina rapport atau portfolio yang positif di media sosial

c. Mendidik remaja untuk mengurus masa dengan bijak

d. Mendidik remaja untuk memilih kandungan yang baik dan memelihara pandangan

e. Memberi panduan (adab, etika dan profesionalisma) kepada remaja untuk bersosialisasi dengan baik di media sosial

f. Mendidik remaja untuk memilih rakan yang positif dan membina di media sosial

(7)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

a. Menggiatkan pembangunan kandungan berorientasikan pendidikan dan pembangunan diri yang boleh diakses dengan mudah

b. Menggalakkan para ilmuan dan individu yang berpengalaman luas membangun kandungan di media sosial

c. Menyediakan platform/aplikasi untuk remaja saling berdiskusi secara berhemah dan mempelajari sesuatu secara sistematik seperti Open Learning d. Menggalakkan para karyawan untuk menerapkan nilai-nilai yang positif dalam

karya-karya mereka

e. Mengangkat/memviralkan isu-isu yang positif dan membina bagi membentuk budaya hidup yang positif untuk remaja

f. Menggalakkan remaja membina kandungan yang positif dan bermanfaat di media sosial

3. Penapisan

a. Penapisan maklumat dan bahan-bahan yang bertentangan dengan nilai mulia dalam masyarakat di internet melalui penyedia internet dan badan khas seperti Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi secara agresif

b. Penubuhan skuad pencegahan maksiat high-tech secara sukarela untuk membanteras paparan pornografi dan lencongan tingkah-laku negatif di ruang maya

c. Menyediakan badan khas yang memantau dan memberi penarafan kepada kandungan bahan di media sosial

4. Pemantauan

a. Membataskan masa penggunaan media sosial mengikut kesesuaian b. Menetapkan peraturan yang jelas

(8)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

d. Memantau kandungan bahan yang diakses oleh remaja e. Memantau aktiviti remaja di media sosial

f. Memantau komuniti maya remaja di media sosial

g. Menggalakkan remaja berkongsi aktiviti mereka di media sosial dengan ibu bapa

h. Menjadi rakan remaja di media sosial 5. Pembangunan belia positif

a. Menggalakkan remaja membina jenama dan membangunkan perniagaan mereka melalui media sosial

b. Mempromosikan gaya hidup sihat kepada remaja

c. Memberi bimbingan dan mentransformasikan remaja daripada pengguna tegar kepada penyedia aplikasi media sosial

d. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang membina di laman sosial e. Menggalakan remaja menyerlahkan bakat dan membangunkan potensi diri

melalui media sosial

f. Melindungi karya dan hak cipta remaja di media sosial

g. Membentuk kumpulan sokongan yang membina dan pasukan mentor di ruang maya yang berwibawa untuk memperkasa remaja

6. Perawatan

a. Menyediakan alat ukuran psikologi untuk mengenalpati tahap ketagihan yang berkaitan dengan media sosial dalam kalangan remaja dan jenis-jenis ketagihan mereka

b. Menyediakan terapi dan kemudahan rawatan untuk mengatasi ketagihan media sosial

(9)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

d. Menyediakan kemudahan rawatan perubatan moden dan alternatif untuk sebarang penyakit yang berpunca daripada media sosial

e. Menyediakan kumpulan sokongan untuk mangsa buli/penipuan siber

7. Hukuman

a. Mengenakan hukuman/dendaan kepada sebarang perlanggaran di media sosial b. Melakukan aktiviti amal yang melibatkan pergerakan fizikal

(10)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

RUMUSAN

Media sosial penting untuk remaja masakini terutamanya apabila mereka memasuki institusi pengajian tinggi dan tinggal berjauhan daripada keluarga. Ia menjadi medium utama pembelajaran dan perhubungan inter personal masakini. Bagaimanapun, penggunaan media sosial yang tinggi turut memberikan implikasi yang buruk kepada remaja sekiranya berlaku penyalahgunaan serta pengurusan media sosial yang lemah. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memastikan mereka mempunyai kecerdasan digital yang tinggi dan bersikap telus dengan ibu bapa sebelum memberikan mereka kebebasan untuk menggunakan media sosial. Pendidikan dan pemantauan yang ketat perlu diberikan sebaik sahaja ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada media sosial. Gejala ketagihan media sosial pula perlu dikenalpasti dan dirawat dengan segera untuk menghindari situasi yang lebih buruk berlaku. Kesimpulannya, media sosial ibarat stok makanan disebuah pasaraya. Setiap satunya perlu diteliti sebelum dibeli dan dibawa pulang oleh pengguna. Setelah itu, ia perlu diproses dengan baik agar dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Dalam pada itu, pengambilannya mestilah pada kadar yang seimbang dan tidak melebihi daripada keperluan agar tidak menjejaskan kesihatan.

(11)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL AND ECONOMIC DEVELOPMENT (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.

RUJUKAN

Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani, & Nor Jana Saim. (2015). The definition of Z Generation: A systematic review. (Dalam Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia). Hotel Everly, Putrajaya.

Mohammad Rezal Hamzah (2016). Faktor peramal tingkah laku kesihatan di media sosial dalam kalangan pelajar di Universiti Awam Malaysia. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada gerak-kerja bagi projek FRGS Pembangunan Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan Generasi Z (MKK-Z) yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan persyaratan biskuit SNI 01-7111.2-2005 dimana kadar abu maksimal yang dipersyaratkan adalah maksimum 3,5%, maka semua perlakuan biskuit yang terbuat

Sebuah sistem antrian adalah suatu himpunan pelanggan, pelayan dan suatu aturan yang mengatur kedatangan dan pemrosesan masalahnya ( Bronson,1996:308). Sebuah sistem antrian

Indonesia sebagai badan hukum dengan Jemaat Ahmadiyah Indonesia sebagai kumpulan orang-orang yang menganut suatu aliran dan paham keagamaan.. Penganut Ahmadiyah mengaku paham

Hasil yang peneliti peroleh bahwa penggunaan media sosial oleh remaja dapat mempengaruhi perilaku remaja dengan rincian waktu penggunaan media sosial berkisar antara

Oleh karena itu, pemerintah sebagai pengguna media sosial perlu memahami efektivitas penggunaan media sosial sebagai media dalam interaksi G2C agar dapat meningkatkan

1) Apabila peserta mendaftar pada gelombang 1 maka karya harus dikirim selambat.. Pengiriman karya lebih dari tanggal tersebut akan dikenakan uang registrasi tambahan

 Kaji pergerakan dinding dada : Simetris/tidak dengan cara letakkan kedua telapak tangan mendatar pada bagian dada dengan meletakkan kedua ibu jari berada pada garis

Langkah-langkah proses tindakan pembelajaran inkuiri pada siklus II adalah sebagai berikut: (1) Tahap Orientasi, (a) dosen memberikan penjelasan awal bervariasi dengan