• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT. pdf"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT

ISLAM DI LEMBAH KLANG: TINJAUAN AWAL

PENGARUH DAN FAKTOR PENULARAN

Mohd Hambali Rashid1, Siti Suhaila Ihwani2, Nik Mohd Zaim Ab Rahim3, Zaharah Mustaffa4, Aminuddin Hehsan5, Zulkifli Tukiman6

1

Mohd Hambali Rashid mhambali.kl@utm.my

2Siti Suhaila Ihwani

sitisuhaila@utm.my

3

Nik Mohd Zaim Ab Rahim nmzaim.kl@utm.my

4Zaharah Mustaffa

zaharah.kl@utm.my

5

Aminuddin Hehsan aehsan@utm.my

6Zulkifli Tukiman

zulkiflitukiman82@gmail.com

ABSTRACT

Perkembangan semangat liberalism di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Jika tidak ditangani dengan segera, tidak mustahil fahaman liberal ini akan terus berkembang, terutama kepada generasi muda yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap pegangan agama yang berteraskan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar akidah umat Islam di Malaysia. Mutakhir ini gerakan Libelarisma begitu hebat dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu yang kelihatan pengaruhnya semakin berleluasa mencengkam pemikiran umat Islam. Kajian ini merupakan tinjauan awal terhadap pengaruh fahaman Liberal dalam kalangan masyarakat Islam Di Lembah Kelang dan faktor-faktor yang menyebabkan terpengaruhnya masyarakat Islam terhadap gerakan Liberalisme.

(2)

PENDAHULUAN

Pengaruh fahaman liberal lebih merbahaya dari diayah musuh Islam yang nyata kerana diayah mereka datang dari kalangan umat Islam sendiri. Golongan Islam liberal ini tidak menzahirkan diri sebagai orang yang menolak agama, namun berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fiqh Islam. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas syarak secara qat’ie.

PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM MASYARAKAT

Sebagai langkah bagi menyebarkan fahaman liberal di Malaysia, pelbagai usaha dilakukan melalui penulisan di akhbar, penerbitan buku-buku dan laman sesawang yang menyokong aliran fahaman Islam liberal (Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014).

Di antara pengaruh yang cuba diserapkan dalam pemikiran masyarakat ialah:

i. Sistem politik demokrasi mutlak dan menegakkan sebuah negara sekular. Mereka berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam, malah tidak ada ayat al-Quran yang jelas menyeru umat Islam supaya membentuk satu bentuk sistem politik tertentu, oleh itu memilih sistem demokrasi mutlak adalah yang terbaik untuk umat Islam.

(3)

iii. Kesamaan hak antara lelaki dan wanita. Fahaman liberal mendiayahkan bahawa Islam telah mendiskriminasi wanita, maka wanita perlu dibebaskan dari cengkaman lelaki.

iv. Batasan aurat yang ditentukan oleh Islam perlu dibuat penilaian semula. Mereka memperjuangkan wanita tanpa hijab dengan mengemukan pelbagai dalil rasional.

v. Menolak autoriti ulama kerana fahaman ini memperjuangkan kebebasan pendapat dan berijtihad secara mutlak.

Penyelewengan Akidah dan Syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006

telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya

Kepada Islam di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang

didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah

a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme

b. Akal Manusia Adalah Wahyu

c. Meragui Ketulinan Al-Quran

Aspek Syariah

a. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith

b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

c. Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian

d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

e. Sikap Terhadap Hukum Fiqh

(4)

Beberapa isu yang dianggap agak mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat terutama di kalangan mereka yang kurang memahami agama cuba diutarakan oleh golongan ini, antaranya:

i. Persamaan Gender

Persamaan gender adalah antara perjuangan utama golongan berfahaman liberal. Terdapat beberapa NGO yang berlandaskan pemikiran Islam Liberal telah berusaha keras menuntut persamaan antara lelaki dan wanita sebagai agenda perjuangan mereka. Perubahan hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan perempuan disuarakan oleh kelompok Sister in Islam (SIS). Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS bersama kumpulan NGO wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi perempuan. Sebelum itu mereka juga menentang kuat Rang Undang-undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya undang-undang itu akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka (Riduan Mohd Noor, 2009). Agenda ini mendapat tempat dan sokongan dari ramai kalangan orang Islam yang terpengaruh dengan hujah-hujah logik akal dan mendapat tempat dan ruang dalam media arus perdana.

Program Musawah atau Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family yang antara tujuannya adalah untuk memperjuangkan kesaksamaan wanita telah berjaya mengumpul tokoh-tokoh liberal dari seluruh dunia untuk bersama-sama memikirkan kaedah untuk memperjuangkan hak wanita dan membebaskan mereka dari penindasan atas nama agama dan atas nama hukum syarak. Mereka menganggap bahawa undang-undang keluarga Islam yang ada tidak adil kepada wanita. Lebih parah, ada yang menganggap Islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011).

(5)

Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita Islam dari belenggu kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang universal. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari pakaian yang menutup aurat tersebut (Mohd Roslan, 2011).

Baru-baru ini seorang wanita Islam yang bernama Maryam Lee telah

menggemparkan masyarakat Islam dengan menimbulkan perdebatan di twitter

apabila mendakwa dalam Al-Quran tidak pernah menyatakan bahawa rambut

perlu ditutup, kononnya dalam ayat tersebut hanya dinyatakan bahawa kain

kerudung kepala perlu dilabuhkan bagi menutup dada. Beliau menyatakan “There is no word in the Quran that says cover your hair. Quran says your cloth to yr chest. Covering hair is encouraged, not wajib” (Mrym@mrymler, 25 May 2017).

iii. Mempertahankan Hak-hak Asasi LGBT

Islam Liberal mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan gay. Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang mengamalkan interseksual. Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau ketetapan yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya hidup seseorang (Jabatan Agama Islam Selangor, 2011).

iv. Berkongsi Nilai Sejagat Melalui Pluralisme Agama

(6)

Pluralisme agama dikesan mula berkembang di Barat pada abad ke-20, berpunca dari andaian bahawa pertumpahan darah yang banyak berlaku di dunia adalah akibat daripada sikap eksklusif dalam mendakwa kebenaran (truth claim). Sememangnya didapati bahawa penganut agama Yahudi dan Nasrani telah bersikap eksklusif dan dogmatik dalam mendakwa kebenaran tanpa berhasil memberikan bukti yang kukuh atas dakwaannya itu, dan hal ini menimbulkan ketegangan di antara penganut agama yang berbeza. Bertitik tolak daripada andaian di atas, ramai pemikir dan ahli teologi Barat melihat bahawa faham pluralisme agama ini adalah satu-satunya jalan keluar bagi menangani sikap saling memusuhi dan tidak toleran masyarakat beragama (religious intolerance) yang mengakibatkan peperangan yang panjang, baik sesama penganut Kristian-Katholik, Protestan, Mormon dan lain-lain, mahupun antara penganut Kristian dengan penganut Yahudi atau terhadap penganut agama lain atau ideologi lainnya. Ia juga dilihat dapat mengurangkan ketegangan antara dunia Barat dengan dunia Islam. Di pihak dunia Islam pula, pluralisme semakin mendapat tempat dan rancak dibicarakan setelah peristiwa 11 September sebagai jalan penyelesaian dalam menangani ekstrimisme dan terorisme yang dilakukan oleh sebahagian kecil orang Islam. Dengan kata lain, peristiwa ini telah dijadikan satu kesempatan dan peluang yang tepat bagi penyebaran faham pluralism agama di kalangan orang Islam (Khalif Muammar, 2013).

Ancaman Pengaruh Pluralisme Dalam Masyarakat Islam

(7)

Terdapat sebahagian golongan pluralis di kalangan umat Islam yang samada secara sedar atau sebaliknya menyamakan konsep pluralism agama dengan keterbukaan terhadap kepelbagaian agama dan sikap toleransi beragama (Khalif Muammar, 2013). Sebagai contoh, Husin Mutalib (2007) melalui tulisannya “Religious Diversity and Pluralism in South East Asian Islam” mengertikan pluralisme agama sebagai penerimaan kepelbagaian agama yang baginya telah dianjurkan oleh Islam. Begitu juga dengan Chandra Muzaffar (2006) yang mengatakan bahawa pluralisme agama adalah kehidupan penganut agama yang berbagai dalam sebuah masyarakat.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (2011), dalam tulisannya yang bertajuk Pluralisme Agama: Politik, Fanatik dan Realistik” bertarikh 25 Februari 2011, mengatakan bahawa fahaman pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Pengenalannya kepada dua kategori pluralisme iaitu pluralisme kufur dan sebaliknya jelas membayangkan bahawa agenda pluralisme telah berjaya bertapak dalam masyarakat Islam di Malaysia khususnya malahan lebih dari itu dikalangan tokoh-tokoh masyarakat Islam itu sendiri.

Terdapat juga pendokong fahaman pluralisme yang cuba berhujah menggunakan kata-kata ulama yang disalahertikan. Dalam sebuah temubual dengan al-Jazeera, M. Hashim Kamali memetik ucapan Yusuf al-Qaradawi yang menunjukkan seolah-olah tokoh ulama tersebut turut mendokong pluralisme agama. Namun setelah diselidiki ternyata ia tidak benar. Malahan dapat ditegaskan bahawa kesalahfahaman tersebut berpunca dari salah pngertian istilah yang beliau gunakan iaitu “ta’addudiyyat al-adyan” atau “ta’addudiyyah al-diniyyah” yang bermaksud kepelbagaian agama dan bukannya pluralisme agama (M. Hashim Kamali, 2009).

(8)

apabila perayaan-perayaan tersebut kebetulan jatuh pada tarikh yang sama atau berdekatan antara satu sama lain. Perkara ini telah mendapat reaksi dari Jabatan Mufti Negeri Perak pada 22 Oktober 2004 dengan mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram (Jabatan Mufti Negeri Perak, 2005).

Gejala murtad turut mengejutkan umat Islam di Malaysia. Kes-kes murtad walaupun pernah berlaku dalam negara ini, namun sejak kebelakangan ini ia berlaku secara terang-terangan dan disokong oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Sisters in Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka. Antara yang menjadi agenda utama pertubuhan ini adalah menyokong kebebasan beragama. Dalam sebuah forum SIS, mereka menyatakan bahawa “Islam bermaksud penyerahan diri kepada ketentuan Tuhan dan bukannya atas ketentuan manusia. Mereka seterusnya mendakwa bahawa kebebasan beragama bermaksud kebebasan menukar agama berdasarkan kenyataan mereka “Bagaimana mungkin umat Islam mempertahankan konsep kebebasan beragama untuk sesiapa yang ingin menganuti Islam sedangkan pada masa yang sama menidakkan kebebasan untuk meninggalkan Islam? Keimanan secara paksaan boleh menimbulkan sifat atau suasana hipokrit” (SIS Forum (Malaysia), 2012).

(9)

dan banyak lagi. Menurut laman sesawang rasmi mereka, G25 komited untuk memperjuangkan negara Malaysia yang adil, demokratik, aman, toleran, harmoni, sederhana dan berkepelbagaian kaum, budaya, serta agama yang progresif melalui prinsip-prinsip Islam Wassatiyah dan Maqasid Syariah (SIS Forum, 2012).

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual and Trans-sexual) turut dilihat sebagai kesan daripada fahaman pluralisme agama di Malaysia. Sungguhpun Malaysia tidak mempunyai sebuah organisasi yang komited terhadap hak-hak LGBT, telah wujud satu ikatan kerjasama antara organisasi-organisasi bukan kerajaan, artis-artis tempatan dan individu-individu tertentu yang menganjurkan acara tahunan “Seksualiti Merdeka”. Pertama kali diadakan dari 29 ke 31 Ogos 2008 bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia, ia dipenuhi dengan perbincangan, persembahan, pemeriksaan kesihatan, bengkel dan forum untuk mempromosikan hak-hak seksualiti sebagai sebahagian hak manusia. Penganjur acara ini juga memperjuangkan hak-hak LGBT contohnya melalui Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Sejagat, Majlis Peguam, SUARAM, PT Foundation.

Latheefa Koya, yang kini menjawat Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan pendapat peribadinya

dalam artikel yang dipapar dalam lawan sesawang Majlis Peguam Malaysia (Rethinking Malaysia’s sodomy Law, Sunday 26 July 2009). Beliau mengatakan bahawa Akta 377 sepatutnya dimansuhkan kerana ia mengganggu

hak atau tindakan peribadi seseorang individu yang rela.

FAKTOR PENULARAN IDEOLOGI LIBERAL DALAM

MASYARAKAT ISLAM

(10)

berkaitan liberalisme dari luar negara, serta dipelopori oleh individu dan kumpulan tertentu yang berfahaman liberal.

Kekurangan ilmu akidah yang mantap di kalangan sebahagian masyarakat memudahkan fahaman ini menular kerana fahaman liberal menggunakan hujah logik akal. Idea kebebasan mutlak boleh menjadikan mereka menentang al-Quran dan Hadis, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan dakwaan bahawa al-Quran dan Hadis tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman kini dan memerlukan penafsiran semula yang lebih moderat (liberal). Propaganda ini bertujuan untuk merosakkan keutuhan ajaran Islam yang telah meletakkan kebenaran dan autoriti ilmu sebagai asas utama kepada akidah, syariah dan akhlak.

Perkembangan semasa Liberalisme di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Ini disebabkan pengaruh media sosial di mana siapa sahaja dengan cara yang mudah dapat menerima maklumat sebagai pendidikan tidak formal masyarakat. Generasi muda terutamanya secara bebas boleh melayari maklumat yang disampaikan oleh golongan liberal yang mungkin kerana faktor kurang kemantapan akidah menyebabkan mereka menerima idea-idea baru yang dianggap up to date.

(11)

Golongan liberal melancarkan diayah mereka dengan penyusunan strategi yang rapi. Mereka mempunyai kumpulan penulis yang terlatih yang mendokong faham pluralism dan inklusivisme yang menyediakan bahan-bahan ilmiah, wawancara dan artikel yang boleh mempengaruhi minda masyarakat (Bharuddin Che Pa, 2008).

Kebebasan memberi pendapat atau berijtihad yang dilaung-laungkan oleh golongan liberal juga menarik perhatian masyarakat. Golongan ini memperlihatkan kepada masyarakat awam bahawa apa yang dilakukan oleh meraka mampu menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi masyarakat bukan Islam, selain selari dengan perkembangan kontemporari.

BEBERAPA CADANGAN MENGAWAL DAN MENCEGAH

PENULARAN PENGARUH LIBERAL DALAM MASYARAKAT

Beberapa tindakan segera perlu di ambil oleh pelbagai pihak,

antaranya;

1. Menimbulkan Kesedaran di Kalangan Masyarakat Mengenai Ancaman

Liberalisme Secara Menyeluruh dan Meluas

Kesedaran yang meluas perlu diusahakan agar pengaruh pluralism

agama dapat dibendung. Pendakwah-pendakwah perlu menekankan bahaya

liberalisme kepada masyarakat. Silibus yang khusus boleh dirangka sebagai

bahan penyampaian dakwah kepada masyarakat. Pendakwah tidak hanya

terfokus pada isu-isu biasa seperti kekeluargaan, kesihatan, pembangunan

sosial dan politik semata-mata (Riduan Mohamad Nor, 2009).

2. Peranan Pihak Berkuasa Agama

Penguatkuasaan mestilah dilakukan dengan tegas terhadap fahaman

(12)

kawasan-kawasan berisiko tinggi dengan gejala ini. Pencegahan akan lebih

berkesan jika dilakukan secara serentak antara penyampaian ilmu agama dan

penguatkuasaan undang-undang ke atas pesalah laku akidah.

3. Peranan Institut Wasatiyah Malaysia

Institut Wasatiyah Malaysia juga boleh berperanan untuk meluruskan

kefahaman agama dan pegangan akidah umat Islam melalui pelbagai aktiviti

seperti seminar, bengkel, wacana dan sebagainya selaras dengan objektif

penubuhan Institut.

4. Memberi Galakan Kepada Pelajar dan Masyarakat Untuk Menyertai

Seminar, Ceramah Berkaitan Dengan Penyelewengan Fahaman

Liberal.

Institusi-institusi Pengajian Islam di Malaysia berperanan dalam menganjurkan program-program membincangkan isu-isu semasa berkaitan fahaman liberal. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam bentuk in house training di mana pakar-pakar awam dan swasta yang berkenaan dijemput untuk memberikan maklumat tentang Islam Liberal dijangka lebih memberi impak kepada usaha ini.

PENUTUP

Pengaruh dan kesan liberalisme semakin membarah dalam masyarakat kita. Keadaan ini akan mengundang impak negatif kepada akidah dan

syakhsiah generasi muda kita yang sangat mudah dipengaruhi oleh

anasir-anasir baru, apalagi bila diwarnai wajah liberalisme itu dengan perbahasan

yang nampak semacam ilmiah dan kononnya sebagai formula penyelesaian

masalah ummah. Tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi menyekat virus

(13)

Rujukan

Adian Husaini. 2005. Islam Liberal, Pluralisme Agama dan Diabolisme Intelektual. Surabaya: Risalah Gusti.

Adian Husaini. 2010. Pluralisme Agama Musuh-Musuh Agama. Indonesia: Dewan Dakwah Indonesia.

Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin. 2014. Menja wab Islam Liberal Pendedahan Agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) & Sisters in Islam (SIS). Batu Caves, Selangor: PTS .

Arifin Suhaimi. 2013. Wabak Pluralisme, Bahaya Pluralisme Agama dan Pendirian Islam. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Bharuddin Che Pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong, Afriandi Sanusi. 2008. Gerakan Islam Liberal dan Pandangannya Terhadap Warisan Turath Islam Klasik. Seminar Pemikiran Islam 24 Ogos. Anjuran PUM dengan kerjasama YADIM

Haslina Ibrahim. 2014. Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah Perkembangan. Dalam Mohd Farid Mohd Shahran: Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Jabatan Agama Islam Selangor 2011. Sister in Islam: Wajah Gerakan Islam di Malaysia. Selangor: JAIS.

Kamali, Muhammad Hashim. 2009. Diversity and Pluralism: A Quranic Perspective. Islam and Civilisational Reward. IAIS.

Khalif Muammar. 2013. Islam dan Pluralisme Agama. UTM: Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS).

Mohd Farid Mohd Shahran. 2014. Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami. Kuala Lumpur: IKIM.

Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal al-Tamadun, 6, 107-108)

Muhammad Rashidi. 2017. Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Agama dan Ancamannya di Malaysia. Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke-9 di Auditorium Besar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seminar anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama JAKIM dan Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 17 Jan 2017.

(14)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006

Nur Farhana, Mohd Nasir dan Idris Zakariya (2010). Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiyah. Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan, anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Riduan Mohd Noor, Ahmad Adnan Fadhil 2009. Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Zainul Abidin, Asri, http://drmaza.com/home/?p=1366 (February 25, 2011)

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h

Mrym@mrymler, 25 May 2017

Penghargaan

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

1) Faktor-faktor kepuasan disebut satisfier adalah kemajuan, pengakuan, tanggung jawab, perkembangan karir dan pekerjaan itu sendiri. Apabila faktor-faktor tersebut

(b) Hasil positif uji kloranil (terbentuknya warna coklat dari asam amino bebas) terhadap resin yang menggandeng fragmen peptida F3 bergugus pelindung Fmoc pada

Halaman 23 dari 64 Putusan Nomor 345/PDT/2016/PT.MDN lelang, dimana dana hasil lelang tersebut digunakan sebagai pengganti pelunasan kewajiban PENGGUGAT III kepada TERGUGAT

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

Jenis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah data primer yaitu data yang didapatkan dari jawaban para responden terhadap pertanyaan yang diajukan oleh peneliti mengenai

melakukan kegiatan berwirausaha. Minat berwirausaha dapat pula dikatakan sebagai ketertarikan seseorang untuk menjalankan bisnis/ usaha. Minat berwirausaha dapat

dari pemegang hak cipta.. iii Universitas Indonesia.. iv Universitas Indonesia.. v Universitas Indonesia Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, karena