PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENDUDUK: KAJIAN KES PENEMPATAN SEMULA TELIPOK, SABAH
PENDAHULUAN.
Penghasilan Sisa pepejal secara puratanya bagi penduduk di Malaysia secara harian dianggarkan sebanyak 0.8kg (Azrina, www.ikim.gov.my). Jumlah ini juga adalah berubah mengikut spesifikasi tempat tinggal yakni, dikatakan bahawa penghuni bandar menghasilkan Sisa pepejal yang lebih banyak berbanding penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu juga, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan juga adalah berdasarkan kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan juga aktiviti yang dijalankan di sesebuah kawasan tersebut. Tambahan pula, jenis sisa pepejal yang dihasilkan di kawasan bandar adalah lebih kompleks dari sisa
pepejal yang dihasilkan di kawasan luar bandar seperti kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayan sisa binaan, bahan plastic dan juga sisa-sisa makanan. Dalam usul cadangan ini ianya melihat kepada pengurusan sisa pepejal yakni sisa pepejal . Dalam Akta Perlindungan Alam Sekitar 1993 U.S.A (Environment Protection Act 1993) menyatakan bahawa;
Any discarded, rejected, abandoned, unwanted or surplus matter, whether or not intended for sale or for recycling, reprocessing, recovery or purification by a separate operation from that which produced the matter;
oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, namun tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].
Dalam maksud pengurusan sisa pepejal pula lebih bertumpu kepada pengasingan, penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan pengitaran semula, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal. Yang mana ingin melihat kepada satu kaedah pengurusan yang membolehkan sisa pepejal diuruskan tanpa memberikan kesan yang memudaratkan di kawasan sekitar. Maka dengan itu, pengurusan sisa pepejal merupakan satu pengurusan yang haruslah bersifat efisien dan menyeluruh. Hal ini kerana, sisa pepejal yang tidak terurus akan mengakibatkan kesan yang negatif. Mengambil kira di kawasan Penempatan
Telipok, pengurusan sisa pepejal di kawasan tersebut boleh dilihat dengan melihat fizikal kawasan tersebut. Ianya memberikan impak yang negatif serta positif. Kampung Penempatan Telipok ini merupakan salah satu program kerajaan yang mengambil kira perpindahan penduduk dari Pulau Gaya ke Telipok. Jumlah rumah yang terdapat di kawasan ini secara sah adalah dalam lingkungan 504 buah rumah. Dalam sebuah rumah bagi kebanyakan rumah yang ada di kawasan
kajian bukan sahaja melibatkan 5 orang, malah lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ditambah dengan penambahan jumlah rumah serta struktur fizikal seperti kedai runcit meningkatkan kadar pembuangan sisa pepejal di kawasan kajian.
Tambahan pula, dalam kajian ini juga akan melihat kawasan pembuangan sisa pepejal yang sedia ada, yakni sama ada tong sisa pepejal yang disediakan itu masih berfungsi atau tidak. Hal ini kerana, tong sisa pepejal akan menjadi satu alternatif yang umum namun selalu dilaksanakan dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal di mana-mana kawasan (PPSPPA, KPKT; Mac 2013). Namun begitu, sejauhmana keberkesanan kemudahan yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada mulanya? Hal ini kerana masalah pengurusan sisa pepejal ini mula menular pada masa kawasan pembuangan sisa pepejal yang asal berubah fungsinya. Ianya sudah tentu akan menyebabkan perubahan fungsi kawasan tempat pembuangan sisa pepejal.
Dalam melihat kepada kaedah pengurusan dan juga cara pengurusan sisa pepejal dilaksanakan di kawasan kajian, ianya juga akan tentu ingin melihat sama ada keberkesanan pengurusan Sisa pepejal yang dilakukan di kawasan kajian tersebut adalah efektif atau sebaliknya. Tambahan pula, cara pengurusan yang bagaimana ingin dilihat dalam pengurusan yang terlibat. Hal ini kerana terdapat cara yang berbeza mengikut kawasan dan juga mengikut
masalah yang diatasi termasuklah menulis surat aduan, melalui lisan dan juga melalui penyebaran dan juga notis-notis untuk orang awam (Lei Shi, 2000s). namun dalam kajian ini, langkah yang drastik harus diambil kerana dengan penggunaan notis atau amaran secara lisan adalah kurang efektif kerana masalah ini masih berlanjutan sehingga sekarang.
Objektif kajian utama bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan sisa pepejal di kawasan Penempatan Telipok ini. Terdapat beberapa objektif yang mana;
1. Mengkaji corak pembuangan sisa pepejal, taburan tempat pembuangan sisa pepejal serta impak yang terhasil akibat dari corak dan taburan pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian.
2. Menganalisis garis panduan pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian bersandarkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak JKKK serta menganalisis peranan pihak JKKK dalam menangani isu ini.
3. Mengenalpasti langkah yang bersesuaian bagi bertujuan untuk meminimumkan impak
METODOLOGI
Jenis data yang akan diperolehi
Jenis data yang akan diperolehi adalah data primer dan data sekunder. Data primer akan diperolehi melalui kaedah temu bual bersama pihak DBKK dan juga JKKK di kawasan kajian. Selain itu, data primer juga akan diperolehi melalui pengambilan gambar bagi tujuuan pembuktian secara visualisasi mengenai kawasan kajian yang dikaji. Manakala data sekunder pula akan memperlihatkan sorotan literatur melalui pembacaan jurnal seperti Science Direct, Akademika dan sumber jurnal yang lain, serta melalui buku-buku ilmiah dan juga keratan akhbar seperti Harian Metro, New Sabah Times dan seumpamanya.
Prosedur
1. Lawatan ke kawasan kajian.
2. Pengambilan gambar bagi tujuan pembuktian secara visualisasi. 3. Temu bual bersama DBKK dan JKKK.
4. Mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk di kawasan kajian untuk melihat corak dan pola taburan pembuangan sisa pepejal.
5. Menganalisis data yang diperolehi
Instrumen kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah menggunakan pen, kertas, ArcGIS, Kamera, Microsoft Picture Manager, Microsoft Words dan Komputer Riba.
Analisis data
RUJUKAN
Van Herreveld A. 2000s. Odor Regulation and the History of Odor Measurement in Europe. Spain; OdourNet
Lei Shi. 2000s. Odor Pollution Control Regulation and Measurement in China. China; China State Key Laboratory of Odor Pollution Control.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian Perumahan dan Kementerian Tempatan. Mac 2013. Garis Pandua n Pengurusan Sisa pepejal Pembinaan