• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN

PERTANDINGAN SILAT SENI

Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni dalam beberapa aspek persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah kepada aspek beladiri.

Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana persembahan adalah dilakukan di kalangan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.

1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

1.1.Gelanggang Pertandingan

a. Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan tidak kurang dari 81 meter persegi (9x9).

b. Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai atau pentas yang rata pada pendapat pengadil ia tidak membahayakan peserta.

1.2.Kelengkapan Gelanggang

a. Kelengkapan gelanggang adalah terdiri dari :

i. Jam pertandingan

ii. Gong atau alat yang berfungsi sama

iii. Alat perakam kaset atau alat-alat muzik silat

iv. Kerusi, meja, ruang rehat peserta dan gelanggang pertandingan

v. Alat tulis

1.3.Kelengkapan Peserta

Pakaian pesilat yang terdiri daripada:

a. Pakaian kepala (tengkolok)

b. Pakaian badan (baju, kain samping, bengkung, seluar dan baju layang) Warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikut kreativiti dan tradisi Melayu yang berasaskan nilai-nilai murni.

c. Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan

d. Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara Kategori II (Seni Tempur Silat)

e. Bersamping bagi pesilat perempuan adalah wajib

f. Pakaian yang menonjolkan lambang mana-mana perguruan atau negeri (atau MRSM) adalah dilarang dan tidak dibenarkan

g. Pesilat perempuan Islam diwajibkan memakai kain tudung dan digalakkan bagi pesilat perempuan bukan Islam.

2. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN

(2)

2.1.Masa persembahan bagi semua kategori ialah 3 minit.

2.2.Wisel akan dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan. Pada 10 saat

sebelum masa persembahan berakhir, wisel dibunyikan sekali lagi. Kemudian wisel akan dibunyikan dua kali sebagai tanda akhir persembahan sesuatu kategori. Markah akan dipotong sekiranya persembahan itu kurang dari masa yang ditetapkan.

2.3.Persembahan bagi semua kategori menggunakan hanya Muzik Gendang Kedah sahaja yang akan disediakan oleh penganjur.

3. ATURAN PERTANDINGAN

1.1.Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada pasukan-pasukan yang membuat persembahan di kalangan pesertanya sahaja.

1.2.Larangan-larangan dalam persembahan ialah:

a. Persembahan-persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai.

b. Kelakuan yang biadab dan tidak sopan seperti mengejek, meludah dan sebagainya.

c. Kelakuan yang mencabar.

d. Memakai pakaian yang tidak menunjukkan sifat murni kependekaran Melayu.

e. Solekan kepada para pelajar adalah tidak dibenarkan pada kejohanan kali ini.

f. Pendedahan aurat bagi peserta perempuan seperti baju berlengan pendek, potongan leher yang luas dan pakaian ketat.

2. PENILAIAN MARKAH

1.1.Nilai Markah

Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan sepertii berikut:

a. Kategori Seni Silat Tari

Wiraga 50

Wirama 20

Wirasa 30

JUMLAH 100

b. Kategori Seni Silat Tempur

Teknik Serang Bela 40 Kekayaan Teknik 20 Ketangkaran dan Kecekapan 20 Daya Tahan dan Pernafasan 10 Kemantapan Sikap 10

(3)

c. Kategori Seni Silat Jurus Wiraga 50 Wirama 20 Wirasa 30 JUMLAH 100 1.2.Perincian Pemarkahan

Bagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang lebih maksimum bagi unsur-unsur yang diperhatikan adalah:

4.2.1. Unsur Penilaian Kategori I dan III

a. Wiraga

i.Kekayaan gerak 10

ii.Kemantapan gerak 10

iii.Keterampilan dan keseragaman 10

iv.Kaedah pencak silat 10

v.Keserasian pakaian dan kelengkapan 10

JUMLAH KECIL 50

b. Wirama

i.Ketepatan gerak dengan irama 10

ii.Keserasian gerak dengan muzik 10

JUMLAH KECIL 20

c. Wirasa

i.Penghayatan gerak 10

ii.Kemantapan ekspresi 10

iii.Tertib dan sopan santun 10

JUMLAH KECIL 30

.2.2. Unsur Penilaian Kategori II

a. Teknik Serang dan Bela

i. Serangan/belaan yang logic 10

ii. Sikap awal, lintasan serangan dan kekuatan 10

iii. Kaedah pencak silat 10

iv. Keberkesanan serangan/belaan 10

JUMLAH KECIL 40

. Kekayaan Teknik

i. Keanikaragam teknik 10

ii. Jumlah teknik serang/bela 10

JUMLAH KECIL 20

c. Ketangkasan dan Kecepatan

i.Ketepatan waktu serang/bela 10

ii.Kecepatan dan ketepatan serangan 5

iii.Kemurnian dan daya tarik 5

(4)

. Daya Tahan dan Pernafasan

i. Daya tahan tubuh 4

ii. Permanfaatan tenaga 2

iii. Pernafasan 4

JUMLAH KECIL 10

. Kemantapan Sikap

i. Sikap sopan santun 5

ii. Sikap tegas dan berani 5

JUMLAH KECIL 10

4.2.Perincian Penolakan Markah – Bagi semua kategori

a. Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 15-29 saat dari waktu yang ditentukan.

b. Nilai 10 (sepuluh) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 30-45 saat dari waktu yang ditentukan.

c. Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang

ditentukan.

d. Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan terakhir dari persembahannya. Persembahan akan dihentikan oleh Ketua Pertandingan jika peserta tidak

memberhentikan persembahan pada akhir tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan diberi penilaian oleh para pengadil.

4.3.Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan

a. Perkara a, b dan c dalam para 4.3 seperti di atas.

b. Jatuh aksesori:

i. Tengkolok (kecuali semasa acara tempur) – nilai 2 ditolak.

ii. Pakaian / hiasan badan – nilai 1 ditolak.

c. Keluar gelanggang (samada satu atau dua belah kaki atau badan) – nilai 1 ditolak.

d. Perkara-perkara a dan b dalam para 4.2 tajuk 4 – nilai 1 ditolak seperti:

i. Meludah

ii. Syarat lucah

iii. Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan

iv. Perlakuan mencabar

(5)

5. SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN

1.1.Susunan pelaksanaan teknikal pertandingan adalah:

a. Pegawai Teknikal/Dewan Hakim

b. Ketua Pertandingan dengan dibantu:

i. Dewan Juri

ii. Lima orang juri

iii. Setiausaha Pertandingan dan Penolong

iv. Pengamat Waktu dan Penolong

v. Pengurus peserta

vi. Pembantu gelanggang

c. Pasukan perubatan

d. Juri rayuan

6. PENENTUAN KEMENANGAN

1.1.Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori yang dipertandingkan

1.1.Dalam keadaan di mana jumlah markah yang diperolehi adalah sama, maka usur-unsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut

keutamaan susunan ini bagi ketegori I, II dan II sahaja.

a. Nilai Wiraga atau kejayaan serang bela

b. Nilai Wirama atau kejayaan teknik

c. Nilai pengurangan markah terkecil

d. Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai keputusan cemerlang

1.1.Johan keseluruhan akan ditentukan:

a. Berdasarkan kepada pungutan pingat iaitu johan, naib johan dan ketiga iaitu pingat emas, perak dan gangsa.

b. Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah keseluruhan akan menjadi penentu kemenangan.

c. Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan kategori I, II dan III.

d. Jika didapti masih sama, undian akan dijalankan.

1.1.Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan.

7. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN

1.1.Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:

a. Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri dan penonton.

b. Peserta mengadap Ketua Pertandingan untuk menerima arahan memulakan pertandingan

c. Peserta bersedia memulakan persembahan.

(6)

saat.

e. Masa akan diambil apabila bunyi penanda permulaan dibunyikan dan peserta hendaklah memulakan persembahannya.

f. Bagi kategori I, II dan III setelah 2 minit 50 saat dijalankan, bunyi penanda 1 kali akan dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.

g. Tanda masa penamat bagi perkara 7.1 (e) di atas akan dibunyikan 3 minit setelah persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya.

h. Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang.

2. ENGKAR HUKUMAN

5.1. Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan:

a. Amaran

b. Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan

c. hukuman

5.2. Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati syarat:

a. Peringkat umur dan status persekolahan

b. Jantina dan

c. Kerakyatan

d. Kategori yang tersebut di atas akan tersingkir dari menyertai pertandingan.

5.3. Perlaksanaan hukuman engkar juga termaktub kepada pengurus, jurulatih dan pegawai pasukan.

1. RAYUAN/BANTAHAN

1.1.Bantahan keputusan pertandingan hanyalah boleh dibuat selepas

diumumkan keputusan pertandingan satu-satu kategori pertandingan ke meja urusetia.

1.2.Semua bantahan mestilah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM200.00. Wang bantahan akan dikira lupus (tidak dikembalikan) jika keputusan tidak kepada pembantah. Jika keputusan memihak kepada pembantah, wang bantahan akan dikembalikan.

1.3.Bantahan selepas majlis penutup Kejohanan Pencak Silat MRSM se-Malaysia 2013 tidak dilayan.

2. PEGAWAI TEKNIKAL

1.1.Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan

1.2.Boleh melantik daripada kalangan juri ataupun dilantik terus oleh pihak penganjur dari mana-mana juri yang difikirkan mempunyai kepakaran dan pengalaman.

(7)

3. HAL-HAL LAIN

1.1.Peraturan-peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah ditentukan dan dijelaskan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan semasa taklimat pertandingan.

(8)

SYARAT PERTANDINGAN

SILAT OLAHRAGA

1. PENYERTAAN

1.1.Terbuka kepada semua pelajar MRSM di seluruh Negara.

1.2.Hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan bertanding.

1.3.Penyertaan hanya disahkan apabila pihak penganjur menerima borang penyertaan rasmi berserta salinan kad pengenalan, borang pemeriksaan kesihatan dan borang kebenaran ibubapa.

1.4.Sesi timbang, undian dan taklimat akan diadakan pada hari pertandingan bermula.

1.5.Peserta dikehendaki membawa kad pengenalan asal untuk pengesahan sewaktu sesi timbang dijalankan.

2. KELAYAKAN PASUKAN DAN PESERTA

2.1.Setiap pasukan hanya dibenarkn mendaftar satu pasukan sahaja.

2.2.Setiap pasukan bertanding hendaklah didaftarkan di dalam borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur.

2.3.Semua peserta haruslah disahkan sihat dan layak bertanding oleh pegawai kesihatan kerajaan. Surat akuan sihat hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kad pengenalan ketika sesi timbang. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan penyertaan peserta akan ditolak.

2.4.Penganjur dan pegawai teknikal kejohanan tidak akan menyediakan pegawai perubatan untuk tujuan akuan sihat tersebut.

3. KELAS YANG DIPERTANDINGKAN DAN BERAT

3.1.Setiap pasukan mempunyai empat peserta (2 putera, 2 puteri).

3.2.Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati individu.

3.3.Kelas pertandingan adalah seperti berikut:

a. KELAS A: 39-43 kg (puteri)

b. KELAS B: 44-48 kg (puteri)

c. KELAS C: 49-53 kg (putera)

d. KELAS D: 54-58 kg (putera)

4. PERATURAN PERTANDINGAN

4.1.Pertandingan adalah mengikut undang-undang PESAKA dan juga

PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Segala perkara yang tidak terkandung di dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan pihak penganjur.

(9)

4.2.Semua peserta dikehendaki melaporkan diri 15 minit sebelum acara dimulakan. Kegagalan menghadirkan diri selepas panggilan ketiga oleh Ketua Pertandingan peserta berkenaan dikira undur diri.

4.3.Pesilat dikehendaki memakai pakaian silat hitam potongan melayu dan pelepas berpakaian serupa dan berbengkung warna oren. Peserta lelaki pelepasnya perlulah pelepas lelaki manakala peserta perempuan wajib pelepasnya ialah seorang perempuan.

4.4.Pertandingan akan dijadualkan secara kalah mati individu berdasarkan kepada jadual undian.

4.5.Undian akan dijalankan sebanyak 3 babak. Satu babak memakan masa selama 2 minit.

4.6.Undian akan dijalankan untuk menentukan kelas mana yang akan bermain dahulu.

4.7.Setiap pesilat diwajibkan memakai baju silat berwarna hitam, groin/ball guard, arm guard, shin guard dan headgear yang dibenarkan.

4.8.Toleransi berat minima dan maksima setiap kelas ialah 0.5kg sahaja.

5. KETENTUAN PEMARKAHAN DAN KEMENANGAN

5.1.Juri akan menggunakan sistem angkat bendera (FORMAT PESAKA) untuk menentukan kemenangan.

6. BANTAHAN

6.1.Semua pasukan layak mengemukakan bantahan berhubung keputusan pengadilan. Hanya pengurus pasukan (guru pengiring) sahaja yang dibenarkan membuat bantahan.

6.2.Bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis menggunakan borang yang disediakan dalam masa 20 minit selepas pertandingan yang berkenaan dengan disertakan wang bantahan sebanyak RM200.00 tunai.

Referensi

Dokumen terkait

Keteladanan merupakan faktor yang penting karena sikap dan perilaku kepala sekolah, guru dan karyawan dijadikan sebagai panutan oleh siswa sedangkan penciptaan suasana sekolah

Gambar 10. Chart rekap nilai cocokan puzzle.. Perbandingan hasil mengerjakan soal ditampilkan dalam bentuk chart untuk mempermudah perbandingan ketika hasil online

Penelitian ini bertujuan untuk untuk mengetahui mengenai apakah Undang-Undang Nomor 8 Tahun 1999 tentang Perlindungan Konsumen telah melindungi kepentingan konsumen

Metode kulit tabung yang digunakan untuk menentukan volume benda putar dapat dianalogikan seperti menentukan volume roti pada gambar disamping.. Tentukan ukuran dan

Melalui pembelajaran Discovery Learning tentang perkembangan masyarakat pada masa kerajaan Sriwijaya maka siswa mampu Menganalisis kareteristik kehidupan masyarakat,

Berdasarkan latar belakang tersebut ada penurunan capaian kinerja pegawai di Dinas Pekerjaan Umum Dan Penataan Ruang Kabupaten Rembang dan Dinas Perumahan Dan Kawasan

Langkah praktis yang ditempuhnya untuk meminimalisir kesenjangan dualisme pendidikan tersebut adalah dengan equalisasi (upaya menselaraskan, menyeimbangkan) antara porsi pelajaran

Perlindungan tangan Sarung tangan kedap penentang bahan kimia, yang mematuhi piawaian yang diluluskan hendaklah dipakai pada setiap masa apabila mengendalikan produk kimia