• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTIS DEBAT PERDANA 2006

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOTIS DEBAT PERDANA 2006"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

NOTIS

DEBAT PERDANA 2006

Sukacita dimaklumkan bahawa seperti tahun-tahun lepas Jawatankuasa Bahasa Melayu, Majlis Peguam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad akan mengadakan Pertandingan Debat Perdana sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2006. Butir-butir debat tersebut adalah seperti yang berikut:-

Pusingan Suku & Separuh Akhir Pusingan Akhir Tarikh - 25 Ogos 2006 - Sabtu 26 Ogos 2006

Masa - 8.30 pagi - 10.00 pagi

Tempat - Dewan Banquet

Dewan Bahasa dan Pustaka

- Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tajuk - Penyelesaian pertikaian sivil melalui mahkamah lebih baik

daripada penyelesaian pertikaian sivil melalui sistem

pertikaian alternatif / Keadilan perbicaraan jenayah lebih terpelihara melalui sistem juri.

- Johan

- Tatalaku moral harus

dikuatkuasakan melalui undang-undang. Hadiah - Naib Johan - Pemenang Ketiga - RM2000/= - RM1000/= - RM500/=

Dan piala pusingan, piala persendirian, cenderamata serta sijil penyertaan.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Pertandingan Debat Perdana ini sila lengkapkan borang penyertaan yang boleh didapatkan di kaunter Sekretariat Majlis Peguam di No. 13, 15 & 17 Leboh Pasar Besar,50050 Kuala Lumpur atau dengan menghubungi En Hafsyam di talian 20313003 samb. 171 atau Faks No. 03-20261313 atau e-mel: hafsyam@malaysianbar.org.my

Tarikh tutup penerimaan borang penyertaan ialah 30 Jun 2006.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

1. TUAN HJ. HAMID SULTAN ABU BACKER

PENGERUSI

JAWATANKUASA BAHASA MELAYU

2. EN MURAD ALI BIN ABDULLAH

PENGERUSI BERSAMA JAW. BAHASA MELAYU

(2)

SYARAT DAN PERATURAN DEBAT PERDANA 2006

A. SYARAT-SYARAT AM

1. Para peserta debat hendaklah terdiri daripada Peguam/Pelatih Dalam Kamar, Pegawai Perundangan atau Penuntut Undang-Undang.

2. Para peserta debat hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit lebih awal daripada masa pertandingan untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan bertanding.

3. Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan. 4. Perdebatan akan dijalankan dalam bahasa Melayu.

5. Hanya dua pasukan yang akan bertanding dalam satu-satu pertandingan, iaitu satu pihak pencadang dan satu pihak pembangkang.

6. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang pendebat yang mewakili pelbagai keturunan serta seorang (1) pendebat simpanan.

7. Masa dikira sebaik sahaja pendebat mula berdebat.

8. Pendebat dikehendaki menamatkan hujahnya yang terakhir dan berhenti berdebat apabila loceng penamat telah dibunyikan. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas waktu tersebut.

9. Pendebat tidak dibenarkan membaca nota yang bertulis. Markah akan ditolak sebanyak tidak lebih dari sepuluh (10) markah [atau 16 markah untuk Pertandingan Akhir] untuk kesalahan ini (bagi pendebat pertama, kedua dan ketiga) manakala sesi perdebatan terbuka dan penggulungan pula akan didenda tidak lebih daripada lima (5) markah [atau 7 markah untuk Pertandingan Akhir]. Walau bagaimanapun, pendebat dibenarkan membaca petikan ("quotation") dan melihat nota sekali-sekala.

10. Pendebat tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengetuk meja dan sebagainya atau mengucapkan perkataan yang kasar dan kurang manis.

11. Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah.

12. Pendebat tidak dibenarkan menyentuh peribadi seseorang atau isu perkauman, keagamaan, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara. Bagi kesalahan tersebut, denda maksimum sebanyak dua puluh (20) markah [atau 30 markah untuk Pertandingan Akhir] akan ditolak daripada pendebat pertama, kedua dan ketiga. Manakala bagi sesi pendebatan terbuka dan penggulungan pula, denda maksimum sebanyak sepuluh (10) markah [atau 16 markah untuk Pertandingan Akhirl akan dikenakan pada pasukan berkenaan.

13. Pendebat tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang boleh mengganggu kelancaran perdebatan ketika pihak lawan sedang berhujah.

14. Pendebat tidak dibenarkan meninggalkan meja debat sebelum keputusan diumumkan kecuali dengan persetujuan pengerusi majlis.

(3)

16. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pendebat semasa pertandingan berlangsung seperti pitam, pengerusi boleh menangguhkan perdebatan sehingga lima belas (15) minit. Jika selepas tempoh tersebut pertandingan tidak dapat diteruskan, maka pasukan tersebut diisytiharkan kalah.

17. Pasukan yang tiba lewat melebihi 15 minit daripada masa yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaan mereka dan dikira kalah dan pasukan lawan akan diisytiharkan sebagai pemenang. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu (misalnya disebabkan sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan) panel hakim boleh mempertimbangkan penyertaan mereka.

B. PERATURAN DEBAT

1. Pertandingan debat akan diadakan dalam dua (2) peringkat iaitu pertandingan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.

2. Susunan giliran dan masa berdebat adalah seperti yang berikut: (a) Sesi Perdebatan Biasa Masa (rain)

(i) Pencadang pertama 7

(ii) Pembangkang pertama 7

(iii) Pencadang kedua 6

(iv) Pembangkang kedua 6

(v) Pencadang ketiga 6

(vi) Pembangkang ketiga 6

(b) Sesi Penggulungan (i) Pembangkang 5

(ii) Pencadang 5 52

3. Sesi Perdebatan Biasa

(a) Masa yang diperuntukkan kepada pendebat pertama ialah tujuh (7) minit. Manakala pendebat kedua dan ketiga diperuntukkan masa selama enam (6) minit setiap orang.

(b) Loceng pertama akan dibunyikan (satu deringan) satu minit sebelum masa tamat manakala loceng kedua (dua deringan) pula akan dibunyikan sebaik sahaja masa tamat.

(c) Pendebat diminta untuk menamatkan hujahnya yang terakhir dan berhenti berdebat apabila loceng penamat dibunyikan.

(4)

4. Sesi Penggulungan

1. Masa yang diperuntukkan kepada penggulung adalah sebanyak lima (5) minit setiap orang.

2. Penggulungan boleh dilakukan oleh sama ada pendebat pertama, kedua atau ketiga dari setiap pasukan yang bertanding.

C. PENGHAKIMAN

1. Penghakiman akan dibuat mengikut sistem pemarkahan. Pemenang akan dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi oleh setiap pasukan.

2. Pendebat terbaik juga dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi oleh setiap pendebat.

3. Pendebat akan diadili dari segi isi hujah serta susunan idea yang logik, kematangan berdebat dan keupayaan mematahkan hujah pihak lawan, bukannya dari segi sokongan dan tepukan penonton.

4. Kebolehan pendebat mengutarakan isu-isu dan fakta semasa yang berkaitan akan mendapat perhatian khas daripada panel hakim.

D. PANEL HAKIM

1. Seramai empat (4) orang hakim akan mengadili pertandingan Debat separuh akhir dan peringkat akhir. 2. Aspek bahasa akan diadili oleh pegawai daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (20 markah).

3. Isi hujah, gaya dan kelancaran berucap/berdebat akan diadili oleh pegawai-pegawai yang mewakili bidang perundangan (80 markah).

4. Ciri-ciri istimewa akan diadili oleh semua panel hakim dan keputusan adalah muktamad.

E. PEMBAHAGIAN MARKAH

Markah akan diberi berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Sesi Perdebatan Biasa (100 markah) bagi Kedua-dua Peringkat (a) lsi (60 markah)

(i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data bagi hujah yang dibentangkan itu. (ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk

debat.

(iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada

(5)

dengan merangkumkan bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya.

(b) Bahasa (20 markah)

(i) Pemilihan kata dan istilah yang tepat, jelas dan baku.

(ii) Struktur ayat yang betul dan sebutan yang jelas. Keupayaan menggunakan sebutan baku akan diambil kira.

(iii) Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat pada maksud/mesej yang hendak disampaikan.

(iv) Gaya bahasa yang mudah digalakkan, tetapi penggunaan bunyi bahasa yang berlebihan seperi pantun, seloka, gurindam dan puisi yang tidak membantu pengembangan dan penghuraian hujah tidak akan diberi markah.

(c) Gaya (20 markah)

(i) Gaya penyampaian hendaklah dengan tujuan untuk menarik minat dan perhatian penonton sebagai proses pengembangan dan penghuraian hujah yang ingin disampaikan.

(ii) Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.

(iii) Penggunaan bahasa gerak-geri seperti penggunaan tangan, jari, mimik muka dan pandangan mata yang terkawal.

(iv) Gaya umum seseorang pendebat yang menawan dan menyakinkan.

2. Sesi Penggulungan (20 markah) Bagi Kedua-dua Peringkat

(a) Penggulung seharusnya menyatakan kembali serta mempertahankan pendirian pasukannya.

(b) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya.

(c) Penggulung juga seharusnya memberikan ulasan ringkas, tetapi menyeluruh tentang sebab-sebab mengapa pasukannya menolak pendirian dan hujah-hujah pasukan lawan.

(d) Penggulung juga dibenarkan membuat bidasan atas hujah-hujah yang khusus. (e) Penggulung tidak dibenarkan membentangkan "isi yang baru", iaitu hujah yang

tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan.

(f) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan, akan diambil kira dalam pemarkahan.

(6)

(g) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian pendebat terbaik.

3. Ciri-Ciri Istimewa (5 markah)

(a) Ciri-ciri istimewa pada sesebuah pasukan akan diambil kira oleh panel hakim dengan memberikan markah bonus tidak melebihi lima (5) markah. Ciri-ciri istimewa yang dimaksudkan adalah seperti kreativiti, teknik persembahan, semangat berpasukan dan kerjasama yang dimajukan oleh sesebuah pasukan berkenaan dan sebagainya.

(b) Markah bonus ini walau bagaimanapun, tidak perlu diberikan oleh panel hakim sekiranya mereka berpendapat bahawa pasukan berkenaan tidak memenuhi kriteria atau menunjukkan ciri-ciri istimewa seperti di atas.

F. KEPUTUSAN

1. Ketua hakim akan mengumumkan pasukan yang menang dan pendebat terbaik serta membentangkan ulasan dan alasan bagi keputusan tersebut.

2. Keputusan panel hakim muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urus Setia Pertandingan. Selamat Bertanding.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola

(7)

BORANG PENYERTAAN Urus Setia

Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia No. 13, 15 & 17

Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur

DEBAT PERDANA PERDANA 2006

Kami ingin menyertai Pertandingan Debat Perdana 2006 mewakili pasukan bernama/institusi :-

______________________________________________________________________________________

Pasukan kami terdiri daripada anggota berikut:-

1. _______________________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________________________ 4. _______________________________________________________________________________ Alamat : ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Telefon : ________________________ Faks : ____________________________

Kami berjanji akan menyertai debat ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan kami menerima bahawa keputusan pangadil adalah muktamad.

Tarikh : _______________________ Tandatangan : _____________________ (Ketua pasukan)

Referensi

Dokumen terkait

Metode kulit tabung yang digunakan untuk menentukan volume benda putar dapat dianalogikan seperti menentukan volume roti pada gambar disamping.. Tentukan ukuran dan

Berikan jawaban yang sejujur-jujurnya dengan cara memilih salah satu jawaban pada pilihan jawaban yang

Istiar and Kartika A.A.G., The Determination of Weighing factor and Deterioration index for rigid pavement by using AHP (Case study: Jl Mayjend Sungkono Surabaya), The 5 th

Hasil penelitian sejalan dengan teori yang dikemukakan oleh (Assael, 1998:93) yang menyatakan bahwa pelanggan yang puas dapat mendorong adanya pemakaian ulang atau

Pengelompokkan tersebut terdiri dari domba jantan bertanduk dan domba jantan tidak bertanduk, perbedaan tersebut mempengaruhi besar pendapatan karena harga jual

Penulisan kata dengan ejaan yang BENAR terdapat pada kalimat .... (A) Olah raga bertujuan untuk mencapai tingkat

Disini penderita menunjukkan gejala lemah, lesu, demam, diare, yang tidak dapat dijelaskan penyebabnya dan berlangsung lama, kadang-kadang lebih dari satu tahun,

Bidang Kapasitas dan Penaatan Hukum Lingkungan dipimpin oleh Kepala Bidang yang berada dibawah dan bertanggungjawab langsung kepada kepala Badan melalui