NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 8
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Rambutan
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 8 Isi Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat
1 Pendahuluan 3 - 4 2 Penanaman 4 2.1 Bahan Tanaman 4 2.2 Sistem Penanaman 4 2.3 Penanaman di Ladang 4 3 Penyelenggaraan 4 3.1 Pengurusan Air 4 3.2 Pembajaan 4 - 5 3.3 Kawalan Rumpai 5 3.4 Pemangkasan 5 - 6
3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak 6 - 7
4 Kemantangan Dan Mengutip Hasil 7
5 Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan 8
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 8 1. PENDAHULUAN
Nama biasa : Rambutan
Nama saintifik : Nephelium lappaceum Keluarga : Sapindacaceae i. Asal Usul
Rambutan adalah buah-buahan asli yang berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu. Ia ditanam meluas di semenanjung. Ia berasal dari rantau ini, mungkin dari Malaysia sendiri dan telah lama ditanam di Tenggara Asia. Tanaman ini terhad pada kawasan tropik sahaja kerana ia tidak tahan cuaca sejuk. Pokoknya biasa berbuah dua kali setahun dengan musim utama diantara bulan Jun hingga Ogos dan Oktober hingga Februari.
ii. Sifat Botani tanaman
Buahnya berbentuk bulat kadangkala berbentuk bujur dan mempunyai rambut. Biasanya bila putik ia berwarna hijau tua dan apabila masak bertukar warna menjadi kuning atau merah tua mengikut jenis. Isinya putih berkaca, tebal isinya bergantung kepada jenis. Ia mempunyai biji yang bujur dan kecil.
iii. Keperluan Agroklimatik a) Iklim
Di Semenanjung Malaysia, rambutan banyak ditanam dikawasan tanah rendah di mana taburan hujan purata tahunan ialah 2000 mm – 2500 mm dan suhunya iaitu 17
oC hingga 32 oC. Cahaya juga mempengaruhi mutu buah dan pokok-pokok yang
terdedah kepada cahaya matahari akan mengeluarkan buah yang lebih manis dan isinya yang lebih pejal.
b) Tanah
Tanah yang berasal dari batuan igneous dan batuan mendak dan tanah yang berasal dari timbunan aluvial adalah yang paling sesuai untuk tanaman rambutan. Siri tanah yang berasal dari batuan igneous yang paling sesuai ialah Siri Rengam. Di antara tanah yang berasal dari batuan mendak pula ialah siri Serdang, Munchong dan Bungor. Tanah yang berasal dari timbunan aluvial mempunyai tekstur yang berlainan, yang paling biasa didapati ialah liat berpasir hingga liat peroi.Tanah gambut dan bris adalah tidak sesuai untuk tanaman pokok rambutan.
iv. Jenis Klon Varieti
Kualiti buah dan hasil adalah di antara faktor yang penting ditekankan dalam pemilihan jenis klon yang baik dan faktor buah masak serentak supaya memudahkan memungut hasil.
Klon Berat/buah (g)
% Jumlah
Pepejal Larut Ciri-Ciri
R134 41 24 Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, sederhana pejal, lekang dan berjus.
R156 39 19
Kulit berwarna kuning. Isinya tebal, sederhana manis dan pejal, berair dan lekang. Bentuk buah bulat.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 8
R162 42 20
Kulit berwarna merah kekuningan. Isi tebal, sederhana manis, tidak begitu berair dan lekang. Bentuk buah bujur.
R167 44 -
Kulit berwarna merah kekuningan. Isinya sederhana tebal, manis, pejal dan lekang. Bentuk buah bujur.
R170 37 23 Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, pejal dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
R191 35 15
Kulit berwarna merah. Isinya lembut, sederhana tebal, manis, kurang berair dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
R193 40 23
Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal dan pejal, serta berair dan lekang. Bentuk buah bujur.
2. PENANAMAN 2.1 Bahan tanaman:
Biasanya rambutan ditanam dengan menggunakan anak cantuman.
2.2 Sistem Penanaman:
Sistem penanaman empat segi sama adalah disyorkan. Sistem penanman yang lain seperti tiga segi sama dan quincunx juga boleh digunakan. Jarak tanaman ialah 9.0m X 9.0m yang boleh menghasilkan 123 pok/hektar untuk sistem segi empat sama, 142 pok/ha untuk segi tiga dan 246 pok/ha untuk sistem quincunx.
2.3 Penanaman di Ladang:
Lubang berukuran 60 cm X 60 cm digali sebulan sebelum menanam dan 200 g CIRP ditabur ke dalam lubang, 5-10 kg/lubang baja organan digaul bersama tanah atas dan dimasukkan semula ke dalam lubang. Buatkan lubang kecil di tengah lubang untuk ditanam dengan pokok rambutan. Letakkan anak pokok rambutan di lubang tersebut. Timbus tanah pada pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak berbusut di pangkal. Berikan sokongan kayu dan siram pokok tersebut.
3. PENYELENGGARAAN 3.1 Pengurusan air
Pokok rambutan perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan dan pada musim kemarau. 3.2 Pembajaan
Amalan pembajaan yang teratur dan seimbang adalah penting untuk mengalakkan tumbesaran pokok. Jenis baja dan kadar baja yang diberikan bergantung kepada jenis tanah dan kesuburannya, umur dan keadaan pokok.
a. Peringkat awal pertumbuhan pokok
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 8 b. Peringkat pokok berbuah
Umur pokok 4 tahun keatas - NPK Blue 12:12:17:2. Kadar Pembajaan
Umur
pokok Jenis baja
Kadar
(kg/pokok/tahun) Kekerapan baja 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10-15 15 keatas NPK 15:15:15 NPK 15:15:15 NPK 15:15:15 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 13:13:21 0.5 1.0 2.5 4.0 5.5 7.0 9.0 10.0 12 13 15 2 - 4 bulan sekali terutama pada awal musim hujan. 3 3 3 3 3 3 2 2
Pembajaan perlu dibahagikan kepada 3 kali: - 1/3 selepas kutip hasil
- 1/3 selepas daun muda keras - 1/3 selepas satu bulan buah lekat. 3.3 Kawalan rumpai
Rumpai ditakrifkan sebagai tumbuhan yang tidak diperlukan didalam sesebuah ladang dan perlu dihapuskan.Kesan-kesan rumpai terhadap tanaman ialah:
1. Mengurangkan pengeluaran hasil rambutan. 2. Menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan 3. Mengalakkan pembiakan habitat serangga. 4. Persaingan untuk mendapatkan makanan.
Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah : Kawalan Kimia - racun serap dan sentuh
- Penggunaan racun yang bersesuaian adalah perlu untuk memastikan keberkesanan rumpai yang disembur.
- Kadar bancuhan perlu mengikut label yang disyorkan oleh pengeluar racun. - Keselamatan sebelum, semasa dan selepas penggunaan racun perlu diambil
perhatian serius demi mengelakkan sebarang kemudaratan dan risiko. Antara jenis racun yang digunakan ialah Basta dan Roundup
3.4 Pemangkasan
Pemangkasan adalah amalan pertanian yang penting. Kerja pemangkasan dilakukan untuk mendapatkan pokok yang rendah dan mengekalkan bentuk pokok.
Terdapat 4 jenis pemangkasan yang digunakan untuk pokok rambutan:
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 8 2. Pemangkasan bentuk terbuka tengah – mendapatkan bentuk pokok yang
rendang dan dahan pembuahan yang kuat dan tahan.
3. Pemangkasan Hujung terbuka – semasa kutip hasil, pemangkasan dilakukan dengan menggunakan kacip pemotong, tunas-tunas baru akan dipotong keluar dibawah cantasan dan akan mengeluarkan pucuk, bunga dan buah pada musim akan datang.
4. Pemangkasan Pembentukan semula – pokok yang besar perlu dibentuk semula untuk mendapatkan bentuk yang rendah dan pengeluaran hasil yang baik.
Pokok rambutan yang muda dibentuk untuk mendapatkan pokok yang rendah dan mengeluarkan hasil yang banyak.Pembentukkan yang sesuai digunakan ialah bentuk
terbuka tengah. Terdapat 3 – 5 dahan tepi dibiarkan dan dahan tengah dipotong
dalam tahun pertama.
Pemangkasan semasa kutip hasil ialah menggunakan pemangkasan hujung terbuka. Hujung –hujung ranting yang mempunyai buah akan dipotong dibahagian tangkai dan akan mengelaurkan tunas yang baru.
3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak a) Penyakit:
Penyakit-penyakit utama bagi tanaman rambutan adalah seperti berikut: -
Penyakit Tanda-tanda Pembasmian
Kulapuk berdebu (Oidium nephelii)
Sering berlaku pada buah muda yang belum berisi.
Maisilium kulat menyaluti buah. Jika tidak dikawal buah akan merekah dan gugur sebelum masak.
Mengawal rimbunan pokok melalui cantasan yang sempurna.
Periksa setiap minggu bunga dan buah terutamanya di musim hujan.
Jika perlu, sembur dengan racun kulat jenis sulfur pada kadar 0.1-0.2% bahan aktif. Kulapuk hitam
(Meliola nephelii)
Kulat menutupi permukaan kulit buah dan daun.
Ini menghalang fotosintesis dan seteusnya menghalang
pembesaran buah.
Kulat ini tumbuh bila ada manisan yang dihasilkan oleh koya.
Kawal koya pada pokok rambutan dengan menggunakan minyak putih pada kadar 1:50 bahagian air.
Cerana batang (Dolabra nepheliae)
Kulat menyerang batang dan ranting.
Tanda serangan kulat ialah ada keruping pada dahan dan ranting pokok.
Dapat dicegah sekiranya amalan kultur dibuat dengan sempurna.
Pastikan ada peredaran udara. Cantas ranting yang diserang.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 8 b) Perosak:
Perosak utama tanaman rambutan adalah seperti berikut: -
Perosak Tanda-tanda Pembasmian
Ulat lipat daun (Adoxophyes privatana)
- Larva memakan dan menggulung daun muda
Guna racun carbaryl 0.1% bahan
aktif Ulat buah rambutan
(Conopomorpha cramerella)
- Larva mengorek masuk melalui kulit berhampiran tangkai buah dan memakan di bawah kulit.
Tanam buah yang rosak dan gugur.
Sembur buah ketika muda dengan cyperrmethrin 0.1% a.i. Kumbang pemakan daun i. (Apogonia sp.) ii. (Adoretus sp.) iii. (Hypomeces squamosus)
- i. memakan daun - berlubang - ii. Memakan tisu dan urat daun sahaja
- iii. memakan daun - berlubang
Sembur racun carbaryl pada kadar 0.1% a.i.
4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
i. Kematangan:
Buah rambutan mengambil masa 100-130 hari untuk matang ( dari bunga kembang hingga buah masak).
ii. Hasil:
Pokok rambutan mula berbuah pada tahun ketiga selepas ditanam dengan anggaran hasil 2000 kg/ha. Penghasilan boleh meningkat sehingga 9000 kg/ha pada tahun kesembilan ke atas.
iii. Musim:
Pokok rambutan boleh berbuah 2 kali setahun jika terdapat 2 musim kemarau. Musim utama biasanya berlaku pada bulan Jun-Ogos dan musim kedua pada bulan Disember-Januari.
iv. Indeks Penuaian:
Buah rambutan boleh dipetik apabila mencapai indeks kematangan 4 bagi kebanyakan klon ( warna bertukar merah atau oren) dan bertukar kuning kehijauan bagi klon R156.
v. Pengutipan Hasil:
Buah rambutan dipetik secara manual dengan menggunakan gunting panjang atau kacip. Biasanya buah dipetik pada waktu pagi atau petang semasa cuaca redup.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 8 5. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN
i. Pengendalian Lepas Tuai:
Buah yang dikutip dikumpul dalam bakul rotan atau bakul plastik dan tidak didedah kepada cahaya matahari. Buah terus dihantar ke pusat pembungkusan dengan secepat mungkin untuk pemilihan. Buah yang rosak seperti busuk, muda atau terlalu masak diasingkan.
ii. Pembungkusan:
Buah rambutan boleh dibungkus untuk pasaran eksport di dalam kotak corrugated fibre board atau tray foam.
iii. Penyimpanan:
Tempoh simpanan bagi buah rambutan sangat pendek. Dari kajian yang dijalankan buah rambutan yang disimpan tanpa dibungkus pada suhu 10 oC dan R.H. 90-95% boleh bertahan sehingga sepuluh hari sahaja.
6. RUJUKAN
i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Rambutan. ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan rambutan.htm