• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebolehcapaian. Versi: Panduan Pengguna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kebolehcapaian. Versi: Panduan Pengguna"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Kebolehcapaian

Versi: 10.3.3

Panduan P

(2)
(3)

Kebolehcapaian...4

Apa yang baru dalam kebolehcapaian... 4

BlackBerry Screen Reader ... 5

Sesuaikan tetapan kebolehcapaian anda... 21

Hidupkan mod Besarkan...21

Hidupkan ciri Terbalikkan Kontras...22

Menghidupkan tetapan Kapsyen Tertutup... 22

Menghidupkan mod Alat Bantu Dengar...23

(4)

Kebolehcapaian

Peranti BlackBerry 10 anda menggunakan beberapa alat bantuan kebolehcapaian yang mantap untuk orang kurang upaya. Alat bantuan ini menyertakan mod pembesaran, mod bantuan pendengaran, sokongan TTY, kapsyen tertutup, pelarasan saiz teks dan BlackBerry Screen Reader.

Apa yang baru dalam kebolehcapaian

Peranti BlackBerry anda direka untuk membantu anda kekal produktif dengan teknologi bantuan untuk orang kurang upaya dan keperluan khas. BlackBerry terus meningkatkan ciri kebolehcapaian di peranti BlackBerry anda dengan mengemas kini ciri sedia ada dan gerak isyarat diperluaskan untuk digunakan dengan BlackBerry Screen Reader.

Gerak isyarat

• Gerak isyarat "Di mana saya" menjadikan BlackBerry Screen Reader menerangkan aplikasi dan pada masa ini mengaktifkan titik berkaitan. Untuk menggunakan gerak isyarat "Di mana saya", ketik skrin dengan dua jari. Apabila anda di skrin utama, gerak isyarat "Di mana saya" membaca maklumat mengenai ikon di bahagian atas sebelah kiri skrin.

Aplikasi menyokong BlackBerry Screen Reader

BlackBerry Screen Reader kini menyokong aplikasi berikut: • BlackBerry Remember

• Muzik • Tag Pintar

Tetapan

• Kini anda boleh menetapkan paparan menggunakan ciri Terbalikkan Kontras.. • Kini terdapat anak tetingkap pratonton untuk tetapan Kapsyen Tertutup.

BlackBerry Screen Reader

(5)

BlackBerry Screen Reader

BlackBerry Screen Reader adalah teknologi bantuan yang membantu pengguna cacat penglihatan untuk berinteraksi dengan peranti BlackBerry 10 mereka menggunakan output pertuturan. BlackBerry Screen Reader menggunakan teks kepada pertuturan (TTS) untuk membaca kandungan skrin, seperti dokumen, mesej e-mel, mesej teks (SMS atau MMS), tajuk dan sifat fail media dan lain-lain maklumat berasaskan teks. BlackBerry Screen Reader juga memberikan isyarat navigasi dengan membaca maklumat reka letak skrin, seperti tajuk menu, nombor halaman dan pautan.

Menghidupkan BlackBerry Screen Reader

BlackBerry Screen Reader adalah ciri teks kepada pertuturan (TTS) di peranti BlackBerry anda. Pada kali pertama anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, aplikasi Bantuan secara automatik dibuka untuk membantu anda untuk mengetahui tentang gerak isyarat yang anda boleh gunakan.

1. Untuk menghidupkan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci. 2. Untuk mematikan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.

Petua: Anda boleh menetapkan peranti anda agar hanya menghidupkan BlackBerry Screen Reader daripada tetapan peranti. Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan ciri ini, anda boleh mematikan pilihan Dayakan menggunakan tiga kali ketik selepas anda melengkapkan persediaan awal peranti dalam Tetapan > Kebolehcapaian > Pembaca Skrin.

Hidupkan BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan peranti.

Pada kali pertama anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, aplikasi Bantuan secara automatik dibuka untuk membantu anda untuk mengetahui tentang gerak isyarat yang anda boleh gunakan.

Petua:

Jika anda tidak mahu melihat mesej pengesahan setiap kali anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader daripada tetapan peranti, matikan pilihan Pengesahan Mesej di bahagian BlackBerry Screen Reader tetapan peranti.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. 2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian > Pembaca Skrin. 3. Menghidupkan suis Pembaca Skrin.

4. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Dwiketik di mana sahaja di atas skrin dengan dua jari untuk teruskan.

• Ketik Batal untuk menutup kotak dialog tanpa menghidupkan BlackBerry Screen Reader 5. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Jika BlackBerry Screen Reader dihidupkan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk

(6)

membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Jika BlackBerry Screen Reader di matikan, ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Jika BlackBerry Screen Reader dimatikan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Ketik untuk menutup aplikasi.

• Jika BlackBerry Screen Reader di matikan, ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin

Kebolehcapaian. Ketik sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Ketik untuk menutup aplikasi.

Gerak isyarat untuk BlackBerry Screen Reader

Jika peranti BlackBerry anda mempunyai trackpad, anda boleh menggunakan gerak isyarat BlackBerry Screen Reader pada trackpad dan juga pada skrin sentuh.

Nota: Apabila BlackBerry Screen Reader dihidupkan, anda hanya boleh menggunakan BlackBerry Screen Reader pada trackpad.

Gerak isyarat untuk mod Tugas Pantas

Dalam mod Tugas Pantas, anda boleh menukar tetapan dan mengakses ciri BlackBerry Screen Reader. Apabila anda mengakses mod Tugas Pantas, senarai tugas yang tersedia akan muncul, dan anda ada 3 saat untuk menyelesaikan tugas. Jika anda tidak menyelesaikan tugas, peranti BlackBerry akan menutup mod dan bergetar seketika untuk memberitahu anda.

Untuk mengakses mod Tugas Pantas, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari

Tugas Gerak isyarat

Menukar kelantangan pertuturan Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah

kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari untuk mengurangkan kelantangan.

Menukar kelajuan pertuturan Leret ke kiri dengan satu jari untuk mengurangkan kadar

pertuturan. Leret ke kanan dengan satu jari untuk menambah kadar pertuturan.

Memainkan semula item terakhir

Nota: Anda boleh gulung semula untuk mendengar 10 item terakhir yang disebut.

(7)

Tugas Gerak isyarat

Mengeja item terakhir huruf demi huruf Leret ke bawah dengan dua jari.

Mengeja item terakhir menggunakan abjad fonetik

(contohnya, Alpha, Bravo dan sebagainya) Leret ke bawah dan tahan dengan dua jari untuk mengejaitem terakhir secara fonetik. Menghidupkan atau mematikan Mod Skrin Gelap Ketik sekali dengan dua jari.

Gerak isyarat untuk menavigasi di peranti anda

Gerak isyarat yang bermula dari tepi skrin (seperti meleret ke bawah dari atas untuk mengakses Tetapan atau meleret ke atas dari bawah untuk meminimumkan aplikasi) adalah sama dalam BlackBerry Screen Reader seperti dalam semua aplikasi lain. Namun begitu, apabila BlackBerry Screen Reader dihidupkan, anda boleh menggunakan gerak isyarat tambahan untuk membantu anda menavigasi.

Tugas Gerak isyarat

Menetapkan dan membaca penerangan tentang titik berkaitan

Titik berkaitan adalah medan, butang, kawasan pemilihan, pautan, aplikasi, perenggan, ayat, perkataan, tajuk, imej atau sebarang unsur paparan lain.

Ketik titik berkaitan dengan satu jari.

Mengakses mod Penemuan

Mod Penemuan membenarkan anda berinteraksi dengan titik berkaitan seperti huruf, perkataan, butang, pautan, item menu dan gambar. Titik berkaitan ini diserlahkan.

Ketik dan tahan titik berkaitan dengan satu jari, kemudian gerakkan jari anda. Titik berkaitan ditetapkan pada objek di bawah jari anda.

Mengumumkan tempat titik berkaitan ditetapkan di peranti

anda. Ketik skrin sekali dengan dua jari.Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini sebagai pencari "Di mana saya" jika anda hilang di skrin. BlackBerry Screen Reader membaca penerangan, lokasi titik berkaitan dan nama aplikasi.

Mengaktifkan titik berkaitan

Apabila anda mengaktifkan titik berkaitan, anda menunjukkan bahawa anda ingin berinteraksi dengan bahagian paparan.

Dwiketik titik berkaitan dengan satu jari.

Tekan dan tahan Dwiketik dan tahan.

Beralih ke titik berkaitan seterusnya atau sebelumnya Leret ke kanan dengan satu jari untuk pergi ke titik berkaitan seterusnya. Leret ke kiri dengan satu jari untuk pergi ke titik berkaitan sebelumnya.

(8)

Tugas Gerak isyarat

Menyorot atau menatal senarai Leret ke atas dengan dua jari untuk menatal ke bahagian

atas. Leret ke bawah dengan dua jari untuk menatal ke bahagian bawah. Tindakan ini menetapkan titik berkaitan yang baru.

Petunjuk audio menunjukkan bahawa tindakan menatal selesai, dan BlackBerry Screen Reader mengemas kini titik berkaitan supaya anda boleh terus membaca dari lokasi baru.

Tetapkan medan pada pemilih

Nota: Pemilih adalah alat pilihan yang mempunyai lebih daripada satu pilihan. Sebagai salah satu contoh ialah pemilih tarikh dengan lajur untuk anda memilih pilihan hari, tarikh dan bulan.

Dwiketik untuk mengembangkan pemilih. Kuis ke atas atau ke bawah untuk mencari nilai yang betul dalam setiap lajur pemilih. Kuis ke kanan atau kuis ke kiri untuk memilih lajur yang berbeza.

Isyarat audio yang menunjukkan anda berada di lajur pertama atau terakhir dalam pemilih. BlackBerry Screen Reader mengemas kini titik berkaitan dan membaca pilihan lalai setiap lajur. Contohnya, dalam pemilih tarikh, tarikh lalai biasanya adalah hari semasa.

Pergi ke bahagian atas atau permulaan halaman, senarai,

bahagian, medan teks atau kawasan paparan Leret ke atas dan tahan dengan dua jari untuk pergi kebahagian atas halaman, senarai, atau bahagian, atau permulaan medan teks. Tindakan ini menetapkan titik berkaitan baru.

Pergi ke bahagian bawah atau penghujung halaman,

senarai, bahagian, medan teks atau kawasan paparan Leret ke bawah dan tahan dengan dua jari untuk pergi kebahagian bawah halaman, senarai, atau bahagian, atau penghujung medan teks. Tindakan ini menetapkan titik berkaitan yang baru.

Memasuki mod navigasi teks Ketik untuk menjadikan teks sebagai titik berkaitan.

Dwiketik dengan dua jari untuk memasuki mod navigasi teks. Kursor diletakkan pada permulaan medan teks.

Menukar nilai gelangsar Dengan titik berkaitan difokuskan pada gelangsar, kuis ke

atas dengan satu jari untuk menaikkan nilai gelangsar. Kuis ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai gelangsar.

Beralih ke bahagian teks atau kandungan web sebelumnya atau seterusnya

Bahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan, baris, ayat atau perenggan. Bahagian kandungan web boleh menjadi pengepala atau pautan.

Dalam mod navigasi teks, leret ke kiri dengan satu jari untuk pergi bahagian teks atau kandungan web

sebelumnya. Leret ke kanan dengan satu jari untuk pergi bahagian teks atau kandungan web seterusnya.

(9)

Tugas Gerak isyarat

Menetapkan saiz sebahagian teks

Sebahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan, baris, ayat, perenggan, atau pengepala atau pautan laman web. Saiz sebahagian teks digunakan untuk mengenal pasti sejauh mana untuk melangkau ke depan atau ke belakang dalam dokumen, kandungan web atau teks lain.

Leret ke atas dengan satu jari ketika dalam mod navigasi teks untuk menambah saiz. Kuis ke bawah dengan satu jari ketika dalam kandungan untuk mengurangkan saiz.

Bergerak ke kiri, kanan, atas atau bawah Leret ke kiri, kanan, atas atau bawah dengan tiga jari. Menghentikan BlackBerry Screen Reader daripada

membaca Leret ke bawah dan ke kiri dengan satu jari.Apabila BlackBerry Screen Reader membaca halaman teks, titik berkaitan kekal pada item terakhir dibaca supaya anda boleh menyambung semula pembacaan dari lokasi di mana anda berhenti.

Melaksanakan tindakan lalai aplikasi Dwiketik dengan dua jari.

Membaca masa dan tarikh

Nota: Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini pada mana-mana skrin, walaupun tiada bar status.

Leret ke bawah dan kemudian ke atas dengan cepat menggunakan satu jari.

Membaca maklumat bar status (termasuk bateri dan sambungan rangkaian)

Nota: Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini pada mana-mana skrin, walaupun tiada bar status.

Leret ke atas dan kemudian ke bawah dengan cepat menggunakan satu jari.

Gerak isyarat untuk Kalendar BlackBerry

Tugas Gerak isyarat

Beralih ke hari, minggu atau bulan seterusnya Leret ke kanan dengan tiga jari. Beralih ke hari, minggu atau bulan sebelumnya Leret ke kiri dengan tiga jari.

Gerak isyarat untuk skrin utama

Tugas Gerak isyarat

Meminimumkan aplikasi dan menunjukkan aplikasi anda

(10)

Tugas Gerak isyarat

Menutup aplikasi yang diminimumkan Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,

dwiketik dengan dua jari.

Memadam aplikasi Ketik dan tahan dengan satu jari, kemudian gerakkan jari

anda ke aplikasi. Titik berkaitan ditetapkan di bawah jari anda. Kemudian, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Gerak isyarat untuk entri teks dan pengeditan

Apabila anda memilih teks untuk memotong, menyalin atau memadam, saiz blok teks bergantung kepada saiz sebahagian teks yang anda tetapkan. Sebahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan, baris, ayat atau perenggan, atau pengepala atau pautan pada laman web.

Tugas Gerak isyarat

Menukar reka letak Papan Kekunci BlackBerry Dengan titik berkaitan pada Papan Kekunci BlackBerry, dwiketik dengan dua jari.

Menerima ramalan perkataan Leret ke atas dengan satu jari.

Memilih teks Dwiketik dan tahan dengan satu jari.

Gerak isyarat ini memilih sebahagian teks dan termasuk kedudukan kursor.

Mengosongkan pemilihan teks Apabila teks telah dipilih, dwiketik dan tahan dengan satu

jari.

Memanjangkan pemilihan teks Apabila teks telah dipilih, leret dari kiri ke kanan untuk

menambah pemilihan dengan satu bahagian teks.

Memendekkan pemilihan teks Apabila teks telah dipilih, leret dari kanan ke kiri untuk

memendekkan pemilihan dengan satu bahagian teks. Jika pemilihan teks menjadi kosong apabila anda meleret untuk memendekkan pemilihan, pemilihan memanjang ke arah yang bertentangan. Contohnya, jika anda pergi ke permulaan teks yang dipilih, pemilihan baru adalah sebahagian teks dikonfigurasikan yang memanjang ke kiri. Jika anda pergi ke penghujung teks yang dipilih, pemilihan baru adalah melebihi penghujung sebelumnya.

Menukar saiz sebahagian teks Kuis ke atas dengan satu jari ketika dalam kandungan

untuk menambah saiz. Kuis ke bawah dengan satu jari ketika dalam kandungan untuk mengecilkan saiz.

(11)

Tugas Gerak isyarat

Memadam blok teks (untuk bahasa yang dibaca dari kiri ke

kanan) Leret dari kanan ke kiri dengan dua jari.

Memadam blok teks (untuk bahasa yang dibaca dari kanan

ke kanan) Leret dari kiri ke kanan dengan dua jari.

Memotong blok teks Leret ke kiri, kemudian ke kanan dengan dua jari.

Menyalin blok teks Leret ke kanan, kemudian ke kiri dengan dua jari.

Menampal blok teks Selepas anda menyalin atau memotong teks, leret ke

bawah dan kemudian ke atas dengan dua jari.

Apabila anda berjaya menampal teks, BlackBerry Screen Reader membaca kandungan yang anda masukkan. Menyembunyikan papan kekunci skrin sentuh

Nota: Tindakan ini hanya tersedia untuk peranti semua sentuhan.

Apabila papan kekunci boleh dilihat, tetapkan titik berkaitan pada bar ruang, kemudian dwiketik dan tahan dengan satu jari.

Gerak isyarat untuk aplikasi Telefon

Tugas Gerak isyarat

Menjawab panggilan Dwiketik dengan dua jari pada skrin Panggilan Masuk.

Menolak panggilan Dwiketik dan tahan dengan dua jari pada skrin Panggilan

Masuk.

Menamatkan panggilan Dwiketik dan tahan dengan dua jari di mana sahaja di atas

skrin.

Gerak isyarat untuk BlackBerry Hub

Tugas Gerak isyarat

Membuka pemberitahuan atau mesej Dwiketik dengan satu jari.

Membuka BlackBerry Hub Tindakan Segera untuk

menyusun pemberitahuan masuk dengan cepat Dwiketik dengan dua jari.

Mengembangkan folder e-mel Ketik tiga kali dengan satu jari. Dalam mod Penemuan,

ketik dan tahan dengan satu jari dan dwiketik dengan jari kedua.

(12)

Tugas Gerak isyarat

Meruntuhkan folder e-mel Ketik tiga kali dengan satu jari. Dalam mod Penemuan,

ketik dan tahan dengan satu jari dan dwiketik dengan jari kedua.

Menggunakan BlackBerry Screen Reader dengan

papan kekunci luaran

Anda boleh menggunakan BlackBerry Screen Reader dengan papan kekunci luaran, seperti papan kekunci yang didayakan Bluetooth atau papan kekunci USB. Anda boleh mengawal BlackBerry Screen Reader menggunakan gerak isyarat berikut pada papan kekunci luaran anda.

Matlamat Tindakan

Meningkatkan sebahagian saiz teks atau nilai gelangsar Tekan kekunci Anak Panah Atas. Mengurangkan sebahagian saiz teks atau nilai gelangsar Tekan kekunci Anak Panah Bawah.

Beralih ke item sebelumnya Tekan kekunci Anak Panah Kiri.

Beralih ke item seterusnya Tekan kekunci Anak Panah Kanan.

Membaca dari bahagian atas halaman Tekan Ctrl+A

Membaca dari kedudukan semasa Tekan Ctrl+Shift+A

Menetapkan dan sebutkan titik berkaitan Tekan Ctrl+Enter atau Ctrl+Bar Ruang.

Akses mod Penemuan

Nota: Mod Penemuan membolehkan anda berinteraksi dengan titik berkaitan seperti huruf, perkataan, butang, pautan, item menu dan gambar. Titik berkaitan ini diserlahkan.

Tekan Ctrl+Shift+Enter atau Ctrl+Shift+Bar Ruang.

Menghentikan BlackBerry Screen Reader daripada

bercakap Tekan Ctrl+S.

Menghidupkan atau mematikan Mod Gelap Tekan Ctrl+Shift+S.

Mengumumkan tempat titik berkaitan ditetapkan di peranti

anda Tekan Ctrl+Noktah (.)Nota: Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini sebagai

pencari "Di mana saya" jika anda hilang di skrin. BlackBerry Screen Reader membaca penerangan, lokasi titik berkaitan dan nama aplikasi.

(13)

Menghidupkan mod Skrin Gelap menggunakan gerak

isyarat

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas. 1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan dua jari untuk menghidupkan atau mematikan Mod Skrin Gelap. Selepas 3 saat, peranti anda keluar daripada Mod Tugas Pantas.

Hidupkan mod Skrin Gelap menggunakan tetapan peranti

Jika anda menggunakan BlackBerry Screen Reader, anda boleh meningkatkan privasi dan menjimatkan hayat bateri dengan mematikan lampu latar skrin dan menggunakan mod Skrin Gelap.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Ketik Mod Skrin Gelap untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Mod Skrin Gelap.

6. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan

gerak isyarat

Anda mungkin ingin meningkatkan kelajuan BlackBerry Screen Reader semasa anda melayari Internet atau

(14)

atau mengurangkannya semasa anda berada di rumah atau di tempat yang agak senyap. Anda juga mungkin ingin melaraskan pic. BlackBerry Screen Reader membolehkan anda melaraskan kelantangan, kelajuan dan pic untuk memberikan pengalaman yang diperibadikan untuk sebarang situasi.

Apabila BlackBerry Screen Reader hidup, anda boleh menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.

1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, Ketik skrin dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

2. Ketik medan Pic dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan. Leret ke atas dengan satu jari untuk menaikkan nilai gelangsar Pic. Leret ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai gelangsar Pic.

3. Leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk mengakses mod Tugas Pantas. 4. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari untuk mengurangkan kelantangan.

• Leret ke kiri dengan satu jari untuk mengurangkan kadar pertuturan. Leret ke kanan dengan satu jari untuk menambah kadar pertuturan.

Selepas tiga saat, peranti anda menutup Mod Tugas Pantas.

Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan tetapan peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari untuk mengurangkan kelantangan.

• Dwiketik pada Pic untuk menetapkan titik berkaitan. Leret ke atas dengan satu jari untuk menaikkan nilai gelangsar Pic. Leret ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai gelangsar Pic.

• Dwiketik pada Kelajuan untuk menetapkan titik berkaitan. Kuis ke atas dengan satu jari untuk menaikkan kelajuan.

6. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik

(15)

berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Melaraskan bahasa berjela teks atau tanda baca

menggunakan gerak isyarat

Apabila anda mempelajari cara untuk menggunakan BlackBerry Screen Reader, anda boleh menetapkan bahasa berjela kepada tetapan yang lebih tinggi. Selepas anda lebih biasa dengan peranti BlackBerry, anda boleh menukar bahasa berjela untuk menyertakan maklumat yang kurang. Contohnya, apabila BlackBerry Screen Reader menjeda di hujung ayat, ia mungkin tidak perlu bagi pembaca skrin untuk menunjukkan bahawa terdapat noktah atau tanda seru.

Anda boleh melaraskan dua jenis bahasa berjela dalam BlackBerry Screen Reader. Bahasa berjela teks termasuklah perkataan bukan kandungan seperti label, item senarai semasa bagi jumlah item senarai dan petua navigasi. Bahasa berjela tanda baca termasuklah jumlah tanda baca yang dibaca.

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas. Petua: Jika peranti BlackBerry anda mempunyai trackpad, gerak isyarat leret yang disenaraikan dalam arahan ini boleh dilakukan menggunakan trackpad atau pada skrin.

1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader. 3. Untuk menetapkan bahasa berjela teks, lengkapkan langkah berikut:

a. Leret ke kanan dengan satu jari untuk bergerak melalui pilihan tetapan sehingga anda mencapai Bahasa Berjela.

b. Ketik Bahasa Berjela dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

c. Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela sebagai titik berkaitan dan membuka senarai juntai bawah pilihan.

d. Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan sama ada bahasa berjela tinggi atau bahasa berjela rendah.

e. Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.

4. Untuk menetapkan bahasa berjela tanda baca, lengkapkan langkah berikut:

a. Ketik Bahasa Berjela Tanda Baca dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

b. Dwiketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela Tanda Baca sebagai titik berkaitan. c. Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan bahasa berjela tanda baca.

d. Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda. Selepas 3 saat, peranti anda keluar daripada mod Tugas Pantas.

(16)

Melaraskan bahasa berjela teks atau tanda baca menggunakan tetapan

peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Untuk menetapkan bahasa berjela teks, lengkapkan langkah berikut: a. Ketik Bahasa Berjela dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

b. Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela sebagai titik berkaitan dan membuka senarai juntai bawah pilihan.

c. Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan sama ada bahasa berjela tinggi atau bahasa berjela rendah.

d. Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.

6. Untuk menetapkan bahasa berjela tanda baca, lengkapkan langkah berikut:

a. Ketik Bahasa Berjela Tanda Baca dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

b. Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela Tanda Baca sebagai titik berkaitan dan membuka senarai juntai bawah pilihan.

c. Daripada senarai juntai bawah, ketik Tiada jika anda tidak mahu sebarang tanda baca digantikan dengan pertuturan yang bersamaan.

d. Ketik Beberapa jika anda ingin simbol berikut digantikan dengan sebutan yang sama: # (nombor), $ (dolar), % (tanda peratus), & (ampersan), * (asterik), + (tambah), / (palang), = (sama dengan), @ (tanda di) dan ^ (karet). e. Ketik Paling jika anda ingin menyertakan senarai sebelum ini, ditambah dengan simbol yang berikut: "(tanda

petikan), ( (kurungan kiri), ) (kurungan kanan), - (sempang), _ (garis bawah), : (titik bertindih), ; (koma bertitik), < (kurungan sudut kiri), > (kurungan sudut kanan), [ (kurungan segi kiri), ] (kurungan segi kanan), \ (palang belakang), | (simbol paip), ` (aksen grava atau apostrof), ~ (tilde), { (kurungan panah kiri) dan } (kurungan panah kanan).

f. Ketik Semua jika anda ingin memasukkan semua senarai simbol sebelumnya, serta simbol berikut: ? (tanda soal) dan ! (tanda seru).

g. Selepas anda menetapkan titik berkaitan pada salah satu daripada pilihan dalam senarai juntai bawah, dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.

7. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

(17)

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Menggunakan isyarat audio dengan BlackBerry Screen

Reader

BlackBerry Screen Reader anda boleh memancarkan isyarat audio untuk acara pada peranti BlackBerry anda. Secara lalai, tetapan ini dihidupkan dan anda mendengar isyarat audio untuk perkara berikut:

• Ralat tugas

• Memulakan atau menamatkan tugas

• Halaman atau skrin disegarkan semula atau diubah • Anda menukar suis, kotak semak atau pilihan • Menu dibuka atau ditutup

• Papan kekunci boleh dilihat atau tersembunyi, jika anda mempunyai peranti semua sentuhan.

Menghidupkan isyarat audio untuk BlackBerry Screen Reader

menggunakan gerak isyarat

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas. 1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3. Ketik bunyi Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan bunyi Pembaca Skrin.

4. Hidupkan suis.

Menghidupkan isyarat audio untuk BlackBerry Screen Reader

menggunakan tetapan peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

(18)

5. Ketik bunyi Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan bunyi Pembaca Skrin.

6. Hidupkan suis.

7. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Hidupkan tetapan Senyap semasa Panggilan

menggunakan gerak isyarat

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas. 1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3. Ketik Senyap semasa Panggilan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk menghidupkan Senyap semasa Panggilan.

Hidupkan tetapan Senyap semasa Panggilan menggunakan tetapan

peranti

Tetapan Senyap semasa Panggilan menghalang BlackBerry Screen Reader daripada membaca maklumat skrin ketika anda sedang menjawab panggilan.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Ketik Senyap semasa Panggilan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk menghidupkan Senyap semasa Panggilan.

(19)

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Hidupkan tetapan Gema Papan Kekunci

menggunakan gerak isyarat

Pastikan anda menyebut apa yang anda fikir anda sebutkan. Ciri Gema Papan Kekunci membaca maklumat skrin apabila anda menaip dalam medan teks.

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda boleh menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.

1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3. Ketik Gema Papan Kekunci untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Gema Papan Kekunci.

4. Dalam senarai juntai bawah Gema Papan Kekunci, dwiketik Tiada, Aksara, Perkataan atau Aksara dan Perkataan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan anda.

Hidupkan tetapan Gema Papan Kekunci menggunakan tetapan peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Ketik Gema Papan Kekunci untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Gema Papan Kekunci.

6. Dalam senarai juntai bawah Gema Papan Kekunci, dwiketik Tiada, Aksara, Perkataan atau Aksara dan Perkataan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, ketik untuk mengaktifkan pilihan anda.

(20)

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader

menggunakan gerak isyarat

Jika anda bercakap lebih daripada satu bahasa, BlackBerry Screen Reader anda juga boleh. Anda boleh menukar dengan cepat bahasa teks kepada pertuturan (TTS) jika anda membaca kandungan web atau mesej e-mel dalam bahasa yang lain daripada bahasa pilihan yang anda tetapkan untuk peranti BlackBerry anda.

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas. 1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk

mengakses mod Tugas Pantas.

2. Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

3. Leret ke bawah dengan dua jari untuk menatal ke bahagian bawah tetapan BlackBerry Screen Reader.

4. Ketik Bahasa Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Bahasa Pembaca Skrin dan membuka senarai juntai bawah bahasa.

Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan

peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan. 3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca Skrin.

5. Leret ke bawah dengan dua jari untuk menatal ke bahagian bawah tetapan BlackBerry Screen Reader.

6. Ketik Bahasa Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Bahasa Pembaca Skrin dan membuka senarai juntai bawah bahasa.

7. Ketik pada bahasa untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk memilih bahasa. 8. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

(21)

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuh trackpad semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Menghentikan BlackBerry Screen Reader daripada

membaca kotak dialog, petua dan pemberitahuan

Apabila kotak dialog, petua atau pemberitahuan muncul pada skrin peranti BlackBerry anda, BlackBerry Screen Reader beralih dari titik berkaitan anda ke mesej di skrin. BlackBerry Screen Reader membaca mesej dari atas. Jika anda tidak mahu mendengar kandungan kotak dialog, petua atau pemberitahuan, anda boleh hentikan BlackBerry Screen Reader daripada membacanya.

Ketik pada skrin untuk berhenti membaca mesej.

Sesuaikan tetapan kebolehcapaian anda

Anda boleh menyesuaikan peranti BlackBerry anda supaya sepadan dengan kehendak anda. Contohnya, anda boleh membesarkan skrin, menggunakan alat bantu dengar dengan peranti anda dan menukar saiz fon.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. 2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian.

3. Tukar tetapan anda.

Hidupkan mod Besarkan

Anda boleh menggunakan mod Besarkan untuk membesarkan maklumat pada skrin peranti BlackBerry anda. Anda boleh mengezum ke dalam atau mengezum keluar dari skrin, walaupun anda menggunakan aplikasi yang biasanya tidak menyokong pengezuman.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. 2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian.

3. Hidupkan suis Mod Pembesaran.

(22)

4. Untuk bergerak di sekeliling skrin yang dibesarkan, gunakan dua jari untuk menggerakkan skrin ke mana-mana arah yang ingin anda pergi.

Suaikan tahap pembesaran

Apabila anda menggunakan mod Besarkan, anda boleh menyesuaikan tahap pembesaran pada skrin.

Untuk melaraskan pembesaran tanpa meninggalkan skrin semasa anda, dalam mod pembesaran, lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk meningkatkan pembesaran, zum ke dalam dengan meregangkan jari anda. • Untuk mengurangkan pembesaran, zum keluar dengan merapatkan jari anda. Jika anda mencapai pembesaran maksimum, peranti BlackBerry anda akan bergetar.

Matikan mod Besarkan buat sementara waktu

Mungkin anda ingin mematikan pembesaran skrin anda untuk sementara waktu bagi melihat keseluruhan skrin sekali gus, kemudian menghidupkan mod Besarkan sekali lagi untuk meneruskan perkara yang sedang anda lakukan.

Menggunakan dua jari, ketik tiga kali di mana sahaja di atas skrin. Untuk menghidupkan mod Besarkan sekali lagi, ketik tiga kali sekali lagi.

Hidupkan ciri Terbalikkan Kontras.

Ciri Terbalikkan Kontras menyediakan pilihan untuk menukar paparan anda kepada latar gelap dengan teks bercahaya, dan terbalikkan kontras imej.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. 2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian.

3. Hidupkan suis Terbalikkan Kontras.

Menghidupkan tetapan Kapsyen Tertutup

Tetapan Kapsyen Tertutup memaparkan teks pada skrin peranti BlackBerry anda semasa anda memainkan fail video yang menyokong kapsyen tertutup. Kandungan dikapsyen menentukan tetapan lalai untuk Aksara dan Latar Kapsyen.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. 2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian.

(23)

3. Menghidupkan suis Kapsyen Tertutup.

4. Tukar sebarang tetapan Aksara bagi Warna Aksara, Kelegapan Aksara, Saiz Aksara atau Fon. 5. Tukar sebarang tetapan Latar Kapsyen bagi Warna Latar Kapsyen atau Kelegapan Latar Kapsyen.

Selepas anda menukar sebarang tetapan Aksara atau tetapan Latar Kapsyen, anda boleh melihat perubahan dalam tetingkap Pratonton.

Menghidupkan mod Alat Bantu Dengar

Ciri ini mungkin tidak disokong bergantung pada model peranti BlackBerry anda. Ciri ini hanya menyokong bantuan pendengaran yang dilengkapi dengan gegelung tele.

Mod Bantuan Pendengaran direka bentuk untuk meningkatkan keserasian peranti dengan alat bantuan pendengaran anda. Apabila mod Bantuan Pendengaran dihidupkan, muncul pada bar status.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian > Tetapan Alat Bantu Dengar. 3. Menghidupkan suis Mod Bantuan Pendengaran.

Hidupkan sokongan TTY

Peranti TTY yang hendak disambungkan ke peranti BlackBerry anda hendaklah beroperasi pada 45.45 bps. Sokongan TTY bertujuan untuk membenarkan peranti anda bersambung dengan peranti TTY luaran yang menukar panggilan yang diterima kepada teks.

Jika peranti TTY anda direka bentuk untuk digunakan dengan bicu set kepala 2.5 mm, anda mesti menggunakan aksesori penyesuai untuk menyambungkan peranti TTY ke peranti anda.

1. Sambungkan peranti TTY ke peranti anda menurut arahan yang datang dengan peranti TTY anda. 2. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

3. Ketik Tetapan > TTY. 4. Hidupkan suis TTY.

Petua: Anda juga boleh menghidupkan sokongan TTY dari skrin utama anda. Leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian > TTY.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil uji golongan flavonoid, dan spektrum UV- tampak memperlihatkan bahwa fraksi 2 dihipotesiskan adalah senyawa flavonoid golongan flavon dengan gugus hidroksil yang

Yang Mulia, kesimpulan kami dari Pihak Terkait adalah pertama Pemohon tidak memiliki kedudukan hukum atau legal standing untuk mengajukan permohonan keberatan terhadap

Sebagai dasar Negara 21 , Pancasila bukan saja sebagai sumber tertib negara dan dituangkan dalam sistem pemerintahan negara, tetapi juga sumber tertib hukum negara,

Berdasarkan hasil penelitiandan analisa data yang dilakukan, maka dapat disimpulkan bahwa dalam operasionalnya, PT Bank Danamon Simpan Pinjam (DSP) Tbk Unit Pasar Purbalingga

Tujuan dari penelitian ini adalah meng- estimasi tingkat efisiensi teknis, alokatif, dan ekonomi usahatani padi di Kabupaten Lampung Tengah serta mempelajari faktor- faktor

Jika dikaitkan dengan kinerja sebagai kata benda di mana salah satu entrinya adalah hasil dari sesuatu pekerjaan pengertian kinerja adalah hasil kerja yang dapat

alamat gereja virtual account nama kode va BRI kode va BCA.. NAMA &amp; NOMOR

Ketika ditanya apakah ada selama ini dari pihak penghulu KUA atau tokoh masyarakat mengadakan sejenis penyuluhan dan sosialisasi terhadap wali nasab untuk bisa