• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perayaan Wesak Oleh Bhante Dr K Sri Dhammananda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perayaan Wesak Oleh Bhante Dr K Sri Dhammananda"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Perayaan Wesak Oleh

Bhante Dr K Sri Dhammananda Apakah Wesak ?

Di dalam takwim Buddhis, hari yang paling penting dan dikenali oleh ramai umat Buddhis dan juga yang bukan Buddhis ialah Hari Trisuci Wesak. Wesak ialah satu bulan di dalam takwim India dahulu kala yang biasanya jatuh pada bulan Mei. Akan tetapi, kadangkala bulan Wesak itu bermula pada hujung bulan April ataupun berlanjutan hingga awal bulan Jun. Wesak berasal daripada perkataan Pali “Wesakha” atau perkataan Sanskrit “Waishakha: Di beberapa negara, hari Wesak juga dikenali sebagai hari Buddha.

Ketetapan W.F.B.

Keputusan untuk merayakan Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat di dalam persidangan pertama Persaudaraan Buddhis Sedunia (World Fellowship of Buddhists - WFB) yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950. Ketetapan itu berbunyi seperti berikut:

“Persidangan W.F.B. ini merakamkan perhargaan kepada Duli Yang Teramat Mulia, Maharaja Nepal dalam mengistiharkan hari bulan purnama Wesak sebagai cuti umum di Nepal. Pada masa yang sama, persidangan ini dengan ikhlasnya meminta semua ketua kerajaan yang negaranya mempunyai penduduk beragama Buddha sama ada ramai atau sedikit, mengambil langkah untuk mengumumkan hari bulan purnama di dalam bulan Mei sebagai Hari Buddha dan meraikannya sebagai cuti awam. Perkara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha yang diakui umum sebagai salah seorang penyumbang bakti yang terbesar kepada manusia.”

Di dalam mesyuarat W.F.B. yang berikutnya, banyak usul berhubung dengan perayaan Wesak atau Hari Buddha juga telah diluluskan. Mesyuarat W.F.B. yang telah diadakan di Rangoon, Burma pada tahun 1954, telah meluluskan perkara berikut:

“Persidangan W.F.B. ini memohon kepada kerajaan India supaya mengumumkan Hari Purnama Buddha (hari bulan purnama dalam bulan Mei) sebagai cuti umum bagi seluruh negara India.”

Di dalam mesyuarat W.F.B. keempat yang diadakan di Nepal pada tahun 1956, satu usul yang serupa berbunyi seperti berikut telah diluluskan:

“Kerajaan Pakistan dipohon untuk mengumumkan Hari Trisuci Wesak Purnama (hari bulan purnama dalam Mei) sebagai cuti umum bagi setiap tahun yang akan datang.’

Di dalam Persidangan Dunia yang keenam di Phnom Pehn, Kampuchea, pada tahun 1961, persidangan telah memutuskan “Hari bulan purnama yang pertama di dalam bulan Mei diiktiraf sebagai Hari Buddha dan dirayakan seperti yang sewajarnya.”

Pada tahun 1976, persidangan W.F.B. yang ke sebelas diadakan di Bangkok, Negeri Thai. Keputusan untuk menentukan satu hari umum untuk meraikan Wesak telah dibangkitkan lagi dan keputusan yang berikut telah dibuat:

(2)

“Bahawa diputuskan Majlis berasa adalah perlu usul untuk menyambut hari Wesak pada hari yang sama dilaksanakan. Oleh itu, Jawatankuasa ini ingin menyarankan kepada sidang pleno sekali lagi untuk melaksanakan usul yang dibuat dan diluluskan oleh Persidangan Umum yang lalu."

Wesak Sebagai Cuti Umum di Malaysia

Selain daripada ketetapan yang diluluskan oleh Mesyuarat Dunia W.F.B., pada tahun 1961 umat Buddhis di Malaysia telah membuat satu rayuan kepada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan hari Wesak sebagai cuti umum di Malaysia. Hujah – hujah yang panjang telah dikemukakan dan di antaranya seperti berikut:

“Di dalam mengusulkan ketetapan yang dibuat, kami dengan penuh harapan membuat rayuan kepada Tuan untuk menimbangkan rayuan kami supaya hari purnama Wesak diumumkan sebagai cuti umum bagi Persekutuan Tanah Melayu pada setiap tahun. Di masa yang lalu, tidak terdapat kata sepakat sesama umat Buddhis di Malaysia tentang tarikh untuk memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha. Terdapat mereka yang merayakan Hari tersebut pada hari kelapan bulan keempat di dalam kalendar Cina dan yang lain pula merayakan hari kelimabelas bulan purnama di dalam bulan keempat. Ketiadaan kata sepakat ini telah menentang arus untuk bersama – sama memohon cuti umum tersebut sehingga sekarang. Selaras dengan ketetapan yang dibuat ini (yang baru), semua ramat beragama Buddhis di seluruh Persekutuan Tanah Melayu kini bersetuju untuk menyambut Hari Keputeraan Gautama Buddha pada bulan purnama Wesak (hari bulan purnama di dalam bulan Mei) dan juga dipersetujui bahawa upacara di semua Vihara Buddhis akan dijalankan pada hari tersebut.“ Hari Wesak merupakan hari yang paling suci di antara semua hari suci Buddhis yang lain. Wesak memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha, hari Beliau mencapai Pencerahan Sempurna dan hari Buddha mencapai “Parinibbana”, iaitu hari Buddha mangkat. Hari peringatan Trisuci ini umumnya diraikan oleh umat Buddhis dengan penuh penghormatan. Pengikut – pengikut akan mengkhaskan hari ini untuk menjalankan aktiviti – aktiviti yang berpahala seperti menderma kepada fakir miskin, memberi persembahan kepada Vihara, melafazkan sutta, bermeditasi, mendengar ceramah Dhamma serta mengikuti Sila.”

Walau bagaimanapun, sementara satu kempen di seluruh negara sedang dilancarkan untuk mendapat tandatangan daripada semua pemimpin Buddhis untuk menyokong ketetapan ini, kerajaan kita telah bermurah hati dan bersetuju untuk mengumumkan Hari Wesak sebagai hari cuti umum berkuatkuasa daripada tahun 1962.

Kelahiran Seorang Putera Yang Mulia

Wesak merupakan satu hari yang sungguh bermakna bagi jutaan umat Buddhis yang merupakan satu perlima daripada jumlah penduduk di dunia ini. Di beribu – ribu vihara seluruh dunia yang merentangi dari Tokyo di timur hingga San Francisco di barat, umat Buddhis akan memberi penghormatan kepada seorang putera yang telah meninggalkan kesenangan dunia ini di istana untuk membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia.

Buddha atau “Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi” dilahirkan, dalam tahun 623 Sebelum Masehi (S.M.) pada hari bulan purnama Wesak. Putera muda ini diberi nama Siddhattha atau “Yang Membawa Segala Kebaikan”. Ibu – bapanya, Raja Suddhodana dan Permaisuri Mahamaya memerintah sebuah kerajaan kecil yang dipanggil Kapilavattu di utara India.

(3)

Seorang Putera Yang Luarbiasa Kebijaksanaannya

Siddhattha Gautama telah disediakan dengan segala kenikmatan atau kepuasan duniawi yang boleh dibekalkan oleh sesebuah istana. Ibu bapanya melindunginya daripada hakikat dunia luar yang sebenar. Keunggulannya di dalam bidang sukan dan kepintarannya yang luar biasa itu tidak dapat memberinya kepuasan dengan keseronokan yang Beliau selalu bermeditasi. Pada suatu bersifat sementara sahaja.

Beliau ternampak seekor katak hampir – hampir ditelan oleh seekor ular. Pada ketika itu, seekor helang telah datang menyerang dengan mengejut dan terbang dengan ular dan katak di dalam mulutnya. Peristiwa ini telah menyebabkan nya memikir: Hidup manusia sama; mereka yang kuat sentiasa memusnahkan mereka yang lemah dan begitulah seterusnya. Hakikat ini telah menyedarkannya bahawa kebahagiaan hanya dapat dicapai apabila semua perjuangan untuk terus hidup (kemandiran diri) ditamatkan.

Pada suatu hari, semasa beliau berada di luar perkarangan istana, beliau terlihat seorang tua yang bongkok kerana usianya yang sudah lanjut, seorang yang menghadapi penyakit serta mayat yang diusung. Putera yang muda itu berasa ngeri apabila beliau memahami bahawa badan manusia yang telah dijaga dengan begitu baik semasa muda boleh juga mengalami kesengsaraan akibat usia yang lanjut, penyakit dan kematian. Dia pun mula merenung secara mendalam dan memutuskan untuk berusaha mencari penawar yang dapat mengubati kesengsaraan seumpama ini.

Putera Siddhartha juga terlihat seorang pendita yang berpakaian ringkas tetapi kelihatan berseri dan tenang. Ketenangannya itu ialah ketenangan yang dipunyai oleh seorang yang sanggup melepaskan segala kepuasan nafsu indera. Putera Siddhartha betul – betul kagum dengan kebahagiaan dan ketenangan yang diperlihatkan oleh pendita itu.

Sebaik sahaja beliau kembali ke istana, Prince Siddhattha yang pada ketika itu berumur 29 tahun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kesemua kekuasaan duniawi yang diwarisi olehnya dan mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapi olehnya. Apakah yang menyebabkan manusia menderita? Apakah jalan untuk menuju ke arah kebahagiaan mutlak ?

Beliau telah berguru kepada beberapa guru yang bijaksana tetapi kebijaksanaan mereka amat terhad. Mereka tidak dapat membantunya mencapai Pencerahan Sempurna yang dicari olehnya. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mencari jalan hidup yang benar melalui usaha beliau sendiri. Perjuangan untuk mendapatkan kesedaran tentang Kebenaran tersebut telah mengambil masa selama 6 tahun. Salah satu daripada aspek pertama yang disedari oleh Beliau adalah untuk mencari Jalan Tengah, iaitu tidak mengikuti jalan yang melampau. Beliau berpendapat bahawa tidak seharusnya beliau terlalu menikmati keseronokan duniawi atau menyiksa diri dengan melampau. Oleh itu untuk menenangkan minda kita demi mencapai penyucian, kita mesti bersederhana di dalam semua aspek hidup.

Pencerahan Sempurna Buddha

Akhirnya pada hari ulangtahun Beliau yang ke – 35, juga hari bulan purnama Wesak, semasa duduk di bawah pohon Bodhi di Buddha Gaya, Putera Siddhattha telah menjadi seorang Buddha iaitu Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna. Selama 45 tahun berikutnya, Buddha telah mengembara di utara India untuk menyampaikan Ajaran Beliau tentang kasih sejati terhadap semua makhluk hidup serta kesedaran tentang sifat sebenar kewujudan.

(4)

Kesedaran Tentang Kebenaran

Beliau sedar bahawa kejahilan manusia merupakan punca bagi semua kesengsaraan. Manusia berpegang kuat kepada khayalan peribadi. Akibatnya, timbul keinginan untuk memuaskan “diri”, sedangkan diri hanya suatu konsep sahaja bukannya realiti. Asas ajarannya adalah Empat Kebenaran Mulia. Pertamanya, ialah Kebenaran Mulia tentang penderitaan. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan yang merangkumi usia tua, kesakitan, kematian dan ketiadaan kebahagiaan. Manusia berebut – rebut untuk memperolehi kebahagiaan tetapi ini hanya diakhiri dengan lebih penderitaan, lebih kesakitan dan lebih ketidakpuasan. Kedua ialah Kebenaran Mulia tentang punca penderitaan. Ketamakan kita, ego dan kehendak kita yang tidak ada batasan merupakan punca penderitaan. Ketiga ialah Kebenaran Mulia tentang tamatnya penderitaan. Apabila kehendak dihapuskan, berakhirlah juga penderitaan. Kebenaran Mulia yang keempat ialah jalan untuk memimpin kita ke arah tamatnya penderitaan.

Beliau kemudian menjelaskan Jalan tersebut, iaitu Jalan Mulia Lapan Faktor seperti berikut:

1. Pemahaman benar 2. Pemikiran benar 3. Pertuturan benar 4. Tindak – tanduk benar 5. Cara sara – hidup benar 6. Usaha benar

7. Kesedaran benar

8. Samadhi (Konsentrasi) benar Kemangkatan Gautama Buddha

Seperti juga pengasas agama yang lain, Buddha turut menerima bangkangan terhadap ajarannya. Akan tetapi ramai yang telah menyedari ajarannya dan mengikutinya. Mereka mempelajari cara untuk menjalani satu hidup beragama yang sepatutnya demi melepaskan diri daripada kesengsaraan yang diakibatkan oleh kewujudan. Akhirnya, selepas 45 tahun berDhamma, ketika berbaring di bawah sepohon pokok sala, di depan satu perhimpunan besar para bhikkhu, Gautama Buddha mangkat di Kusinara. Kemangkatannya juga dikenali sebagai Mahaparinibbana atau pencapaian tertinggi di dalam kedamaian dan kebahagiaan. Peristiwa bersejarah ini juga berlaku pada hari purnama Wesak. Takwim Buddhis dikira bermula daripada Mahaparinibbana (Kemangkatan) Buddha.

Hari Trisuci

Justeru itu pada hari Wesak, umat Buddhis daripada setiap pelusuk dunia memperingati tiga peristiwa yang penting iaitu Kelahiran, Pencerahan Sempurna dan Kemangkatan Gautama Buddha. Agama Buddha berkembang dari India ke seluruh pelusuk dunia. Ajarannya telah diserap ke dalam kebudayaan penduduk tempatan yang menerima ajarannya. Lantas, kebudayaan dan kesenian Buddhis yang merangkumi berbagai aspek, kebaikan hati dan sifat lemah – lembut mula terbentuk kerana Buddha dengan jelasnya telah melarang penggunaan kekerasan.

Oleh yang demikian, Wesak dirayakan dengan berbagai cara di merata dunia. Akan tetapi pada hakikatnya, banyak amalan ini telah menjadi universal. Satu perkara penting yang harus diingati ialah hari yang suci ini merupakan satu hari untuk perayaan agama dan bukannya untuk perayaan berpesta, minum minuman keras dan menari. Pada hari Wesak, semua umat Buddhis diharap menegakkan keyakinan mereka di dalam agama Buddha dan menjalani hidup yang

(5)

berlandaskan agama. Wesak juga merupakan satu hari bagi mengamalkan meditasi dan memancarkan Metta – Kasih Sejati.

Bagaimana Menyambut Hari Wesak

Pada hari Wesak, umat Buddhis diharapkan berhimpun di Vihara sebelum terbitnya fajar untuk menaikkan bendera Buddhis dan menyanyi lagu agama demi memberi hormat kepada Tiratana – iaitu Buddha, Dhamma (Ajarannya) serta Sangha (para bhikkhunya).

Pengikut agama Buddha boleh membawa persembahan yang ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan mempersembahkannya kepada Guru mereka yang agung. Persembahan simbolik ini mengingatkan kita bahawa seperti juga bunga yang cantik akan layu di dalam masa yang pendek dan lilin dan colok akan habis membakar dengan cepatnya, hidup kita juga menghadapi pereputan dan disintegrasi. Umat Buddhis diajar menjauhkan diri daripada membunuh sebarang makhluk hidup. Mereka digalakkan menjamu makanan vegetarian pada hari tersebut. Di setengah negara, terutamanya di Sri Lanka, dua hari diperuntukkan untuk merayakan hari Wesak dan semua kedai minuman keras dan rumah sembelih ditutup atas warta kerajaan. Ribuan burung dan binatang juga dibebaskan sebagai tanda simbolik memberikan kebebasan kepada mereka yang di dalam tawanan.

Walau bagaimanapun, kita tidak digalakkan membebaskan burung di dalam bandar yang penuh sesak kerana melalui tindakan ini, kita akan menyebabkan kerumitan kepada burung yang sedang keliru itu dan ia tidak dapat terbang jauh setelah sekian lama berada di dalam tawanan. Peniaga burung yang tidak bertimbangrasa akan menangkap semula burung itu untuk dijual semula kepada pengikut agama Buddha yang baik hati. Sekiranya burung itu dibebaskan di kawasan luar bandar, burung itu akan mencapai kebebasan yang sebenarnya. Sesetengah Buddhis akan memakai pakaian putih yang ringkas dan berada sepanjang hari di vihara dengan membaharui keazaman mereka untuk mengikuti Sila. Wesak juga merupakan hari untuk bermeditasi dan mengikuti Lapan Peraturan Hidup.

Seseorang Buddhis yang taat akan berazam mengikuti Panca Sila (Lima Peraturan Hidup) untuk memahami cara menjalani hidup yang mulia yang berlandaskan Ajaran Buddha. Walau bagaimanapun pada hari-hari yang istimewa, terutamanya pada hari bulan baru dan hari bulan purnama, mereka mengikuti beberapa peraturan tambahan untuk melatih diri mereka mengamalkan kesusilaan, kesederhanaan dan sifat merendah diri.

Lapan Peraturan Hidup tesebut terdiri daripada: 1. Menghindari membunuh

2. Menghindari mencuri 3. Menghindari aktiviti seks

4. Menghindari ucapan yang tidak benar 5. Menghindari minuman keras dan dadah

6. Menghindari makanan pada masa yang tidak berpatutan

7. Menghindari daripada kepuasan nafsu indera seperti menari, menyanyi dan menghiaskan diri

8. Menghindari daripada menggunakan tempat yang tinggi dan mewah untuk mengamalkan nilai merendah diri

(6)

Membawa Kebahagiaan Kepada Orang Lain

Meraikan hari Wesak juga bermakna berusaha membawa kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik seperti orang tua serta mereka yang cacat dan sakit. Untuk maksud ini, umat Buddhis akan menderma wang dan barang – barang keperluan kepada berbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Wesak juga merupakan masa untuk berasa riang dan gembira. Akan tetapi, kegembiraan ini bukan dicapai dengan memuaskan keinginan diri sendiri sahaja tetapi juga dengan memberi tumpuan kepada aktiviti – aktiviti yang berguna seperti menghiasi dan menerangi vihara serta melukis dan menggubah lukisan yang menggambarkan riwayat hidup Buddha untuk disebarkan kepada orang ramai. Umat Buddhis juga berpusu – pusu membekalkan minuman dan makanan vegetarian kepada mereka yang melawat vihara untuk memberi hormat kepada Buddha. Perarakan Kereta Berhias

Sejak kebelakangan ini, banyak persatuan Buddhis telah mengadakan perarakan kereta berhias yang membawa imej Buddha bagi merayakan Hari Wesak. Sebenarnya, memang tidak ada tradisi mengadakan perarakan kereta berhias di negara – negara Buddhis. Namun demikian, tidak rugi kalau kita mengadakannya, jika perarakan seperti ini dapat meningkatkan keyakinan dan membantu memimpin seseorang itu ke arah hidup beragama. Malangnya, sesetengah usaha pembinaan kereta berhias ini terlalu dipentingkan sehingga mereka lupa pada erti Wesak yang sebenarnya. Mereka membazir sejumlah wang yang besar ke atas kereta – kereta berhias dan perhiasan sedangkan wang ini boleh digunakan untuk maksud yang lebih bermanfaat seperti menyebarkan Dhamma dan menderma bagi mengurangkan penderitaan orang lain. Lebih baik jika perarakan yang diadakan itu dapat dihadkan kepada skala yang berpatutan dengan satu kereta berhias dan vihara pula dihiasi dengan sederhana supaya menggalakkan orang ramai melawat vihara dan memberi perhatian kepada puja dan bukan hanya semata – mata untuk melihat perhiasan. Hari Wesak akan lebih bermakna jika orang ramai digalakkan untuk memahami agama Buddha dengan lebih mendalam, mempraktik sifat kedermawan, bermeditasi untuk melatih minda, menjauhkan diri daripada kekejaman dan berusaha meningkatkan tahap spritual mereka. Manusia mestilah mempraktikkan kasih sejati dan sanggup memahami sesama mereka.

Cara Yang Betul Untuk Memberi Penghormatan Kepada Buddha

Gautama Buddha sendiri telah memberi nasihat yang bernilai tentang cara memberi penghormatan kepadanya sebelum kemangkatan Beliau. Sebelum mangkat, Beliau nampak bhikkhunyanya yang setia dan telah banyak berbakti kepadanya, iaitu Ananda meratapi pemergiannya. Gautama Buddha menasihatinya supaya jangan menangis tetapi memahami hukum universal (alam) iaitu semua benda yang terjadi (termasuk jasad Gautama Buddha) mestilah mengalami disintegrasi. Buddha menasihati semua yang hadir supaya jangan menangis setelah pereputan jasad fizikal Beliau tetapi menghormati Ajarannya (Dhamma) sebagai guru mereka, sebab hanya DHAMMA (KEBENARAN) sahaja yang akan kekal abadi dan tidak tertakluk kepada hukum ketidak kekalan. Beliau juga menekankan bahawa cara memberi hormat kepada Buddha bukan hanya semata – mata dengan persembahan bunga, kemenyan dan cahaya tetapi dengan benar – benar dan ikhlasnya mengikuti ajarannya.

Beginilah caranya kita harus menyambut perayaan Wesak:

Gunakan peluang ini bagi menguatkan azam kita untuk menjalani hidup yang mulia, mengembangkan minda kita, mempraktikkan kasih sejati dan membawa kedamaian dan keharmonian kepada seluruh umat manusia.

(7)

Diterjemahkan oleh Rakan-rakan SeDhamma, Universiti Sains Malaysia Penyelaras : Hong Tai Fook

Penterjemah : Ooi Lea Hun

Hong Tai Fook

Penyunting : Tan Hock Ming

Sim Miw Ing

K. Don Premaseri

SEMOGA HARI TRISUCI WESAK MEMBAWA KEDAMAIAN DAN KEBAHAGIAAN KEPADA SEMUA

ASPIRASI PENTERJEMAH Imina punna kammena, Mame bala samagamo, Satam samgamo hotu,

Yava nibbana patiya.

Semoga melalui pahala (kerana dana Dhamma) ini, Saya tidak mengikuti mereka yang jahil, Tetapi hanya mengikuti mereka yang arif,

Sehingga tercapainya Nibbana. Teks asal : Celebration of Wesak

Penerbit : Buddhist Missionary Society, Vihara Buddhis Brickfields, 123, Jalan Berhala,

50470 KUALA LUMPUR.

Referensi

Dokumen terkait

Dokumen HTML mempunyai kemampuan untuk memberikan link dari satu teks dan / atau gambar menuju ke dokumen atau bagian lain dalam suatu dokumen.. Browser web

Berdasarkan hasil penelitian dan analisis yang telah dilakukan dan penelitian yang diuraikan pada bab sebelumnya tentang pengawasan infrastruktur jalan di Kota Pekanbaru,

2 Analisis numerik menggunakan software Matlab dilakukan hanya dengan membandingkan dua kasus yaitu saat serat dalam keadaan lurus dan saat bending dengan hanya menggunakan

Dengan adanya program Sarjana Membangun Desa (SMD) 2010 dari Departemen Pertanian melalui Direktorat Jenderal Peternakan, dimana sarjana peternakan

Dalam pemenuhan kebutuhan pangan tingkat lanjut, kelompok orang masa itu hidup dari satu tempat ke tempat lain tentunya merupakan suatu indikasi bahwa berpindahnya kelompok orang

Dengan metode bermain peran anak diberi kesempatan untuk mengembangkan imajinasinya dalam penghayatan memerankan tokoh di skenario Hasil penelitian ini didukung

Tema dan sub tema pembelajaran di PAUD dikembangkan untuk mendukung ketercapaian Kompetensi Inti (KI) dan Kompetensi Dasar (KD) yang ditetapkan dalam kerangka dasar

Peningkatan yang terjadi tidak hanya dari segi kuantitas saja, tetapi dari segi kualitas produk yang diluncurkan dari Agen Tunggal Pemegang Merek (ATPM) yang