MAC 2 0 16
Printed in Japan.
KANDUNGAN
3
2-8 MEI Kaum Muda—Adakah Anda Sedia untuk Dibaptis?
8
9-15 MEI Kaum Muda—Bagaimanakah Anda Dapat Bersedia untuk Pembaptisan?
Penyembah Yehuwa gembira kerana kira-kira 250,000 orang dibaptis setiap tahun. Ramai daripada mereka ialah orang muda dan bahkan ada di antara mereka yang belum menjadi remaja. Mengapakah mereka yakin bahawa mereka bersedia untuk dibaptis? Bagaimanakah mereka bersiap sedia? Dua rencana ini akan menjawab soalan tersebut.
13
16-22 MEIAnda Dapat Menguatkan Perpaduan Sidang—Bagaimana?
Yehuwa memberkati kita apabila kita bekerjasama untuk melakukan kehendak-Nya. Rencana ini memberikan cadangan tentang cara untuk bekerjasama dalam kerja penyebaran, sidang, dan keluarga.
18
23-29 MEIYehuwa Membimbing Umat-Nya ke Jalan Kehidupan
Yehuwa senantiasa membimbing umat-Nya. Rencana ini akan membincangkan cara Tuhan memberi umat-Nya arahan dan bimbingan baru apabila situasi mereka berubah. Kita juga akan melihat cara kita mendapat bimbingan Tuhan.
23
Dapatkah Anda Membantu Sidang Anda?
26
Tirulah Semangat Para Nabi
29
PERTANYAAN PEMBACA MUKA DEPAN:BELGIUM
Dewan Perjumpaan di Wijnegem terletak di salah satu jalan raya yang sibuk di Antwerp. Orang yang lalu di jalan itu dapat melihat papan tanda JW.ORG yang dipaparkan di situ sejak permulaan pembinaan
BILANGAN PENDUDUK
11,132,269
PENYIAR25,839
HADIRIN PERINGATAN ( 2014)44,635
Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible daripada Kitab Ibrani dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Melayu (ABB), Hakcipta5 The Bible Society of Malaysia 2001, dan ayat Bible daripada Kitab Yunani dipetik daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures, Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.
“SAYA mengenali kamu sejak kamu dilahirkan,” kata seorang pe-natua kepada Christopher yang berumur 12 tahun. “Saya gembi-ra apabila mendengar bahawa kamu ingin dibaptis. Boleh saya tanya, ‘Mengapakah kamu mengambil langkah ini?’ ” Soalan pe-natua itu memang bagus. Kita gembira apabila ribuan kaum muda dibaptis setiap tahun. (Pkh. 12:1) Namun, ibu bapa dan para penatua di sidang ingin memastikan agar kaum muda mem-buat keputusan itu sendiri dan memahami maksudnya untuk di-baptis.
2 Melalui Bible, kita telah belajar bahawa pembaktian dan
1, 2. (a) Apakah yang menggembirakan umat Tuhan? (b) Bagaimanakah ibu bapa Kristian dan para penatua membantu kaum muda memahami maksud pembaptisan?
Kaum Muda
Adakah Anda Sedia untuk Dibaptis?
“Siapakah antara kamu yang ingin membina sebuah menara, tetapi tidak duduk dan mengira perbelanjaannya terlebih dahulu untuk melihat sama ada wangnya cukup untuk menyiapkan
pembinaan itu atau tidak?”—LUK. 14:28.
LAGU:120, 64
APAKAH YANG ANDA PELAJARI?
Apakah itu kematangan? Bagaimanakah Daniel menunjukkannya?
Bagaimanakah anda tahu bahawa pembaptisan ialah keinginan hati anda?
Apakah maksud pembaktian, dan apakah kaitannya dengan pembaptisan?
Kedua-dua rencana ini ditujukan kepada kaum muda
yang ingin dibaptis
4
pembaptisan membuka lembaran baru da-lam kehidupan. Hal ini membawa banyak berkat daripada Yehuwa, tetapi juga tenta-ngan daripada Syaitan. (Ams. 10:22; 1 Ptr. 5:8) Itulah sebabnya ibu bapa Kristian ha-rus mengambil masa untuk mengajar anak tentang apa yang terlibat apabila seseorang menjadi pengikut Kristus. Bagi kaum muda yang tidak mempunyai ibu bapa dalam ke-benaran, para penatua akan membantu me-reka untuk memahami maksud pembaktian dan pembaptisan. (Baca Lukas 14:27-30.) Sepertimana persiapan diperlukan untuk membina sebuah bangunan, kaum muda juga harus membuat persiapan sebelum di-baptis agar dapat menyembah Yehuwa de-ngan setia “sehingga akhir.” (Mat. 24:13) Apakah yang dapat membantu kaum muda untuk memiliki tekad menyembah Yehuwa buat selama-lamanya? Mari kita lihat.
3 Kaum muda, adakah anda ingin
dibap-3. (a) Apakah yang dapat kita pelajari melalui kata-kata Yesus dan Petrus tentang kepenti-ngan pembaptisan? (Mat. 28:19, 20; 1 Ptr. 3:21) (b) Apakah soalan-soalan yang akan dibincang-kan, dan mengapa?
tis? Jika ya, matlamat itu sangat bagus! Menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa meru-pakan penghormatan yang besar. Pembap-tisan juga merupakan syarat bagi orang Kristian. Hal ini sangat penting jika sese-orang ingin diselamatkan semasa kesengsa-raan besar. (Mat. 28:19, 20; 1 Ptr. 3:21) Apabila dibaptis, anda menunjukkan baha-wa anda berjanji untuk menyembah Yehubaha-wa buat selama-lamanya. Anda pasti ingin me-nepati janji itu. Maka, soalan berikut akan membantu anda untuk melihat sama ada anda bersedia untuk dibaptis atau tidak: (1) Adakah saya cukup matang untuk mem-buat keputusan ini? (2) Adakah pembapti-san keinginan hati saya? (3) Adakah saya memahami maksud membaktikan diri kepa-da Yehuwa? Mari kita bincangkan soalan-soalan ini.
APABILA ANDA CUKUP MATANG 4 Bible tidak menyatakan bahawa hanya orang dewasa atau yang mencapai umur
4, 5. (a) Mengapakah pembaptisan bukan hanya untuk orang dewasa? (b) Bagi orang Kristian, apa-kah maksud menjadi matang?
Orang muda yang matang tidak berpura-pura
menjadi sahabat Tuhan di Dewan Perjumpaan, dan sahabat dunia di sekolah
tertentu boleh dibaptis. Amsal 20:11 berka-ta, “Perbuatan seorang anak dapat me-nunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.” Maka, orang muda juga dapat memahami maksud mela-kukan apa yang betul dan membaktikan diri kepada Pencipta. Pembaptisan meru-pakan langkah penting bagi kaum muda yang telah membuktikan kematangan me-reka dan telah membaktikan diri kepada Yehuwa.—Ams. 20:7.
5 Apakah maksud menjadi matang? Ke-matangan bukan hanya merujuk kepa-da umur atau perkembangan fizikal se-seorang. Bible menyatakan bahawa “daya penilaian” orang matang dapat membeza-kan apa yang betul dan salah. (Ibr. 5:14) Orang yang matang tahu apa yang betul dan bertekad untuk melakukannya. Jadi, dia tidak mudah dipengaruhi untuk melakukan apa yang salah. Orang lain juga tidak perlu selalu memberitahunya untuk melakukan apa yang betul. Sudah tentu kaum muda yang dibaptis patut melakukan apa yang betul walaupun ibu bapa atau orang dewa-sa lain tidak berada di dewa- sampingnya.—Ban-dingkan Filipi 2:12.
6 Dapatkah kaum muda menunjukkan ke-matangan seperti itu? Fikirkan contoh da-ripada Bible, iaitu Daniel. Kemungkinan sewaktu remaja, dia diambil daripada ibu bapanya dan dibawa ke Babilon. Di sana, Daniel hidup dalam kalangan orang yang ti-dak mentaati perintah Tuhan. Mari kita li-hat situasi Daniel dengan teliti. Dia menda-pat layanan yang istimewa di Babilon. Dia juga merupakan salah seorang yang dipi-lih untuk berkhidmat bagi raja. (Dan. 1: 3-5, 13) Nampaknya, Daniel mempunyai
6, 7. (a) Ceritakan cabaran yang dihadapi Daniel sewaktu berada di Babilon. (b) Bagaimanakah Da-niel membuktikan kematangannya?
kedudukan yang lebih baik di Babilon ber-banding di Israel.
7 Apakah reaksi Daniel? Adakah dia membiarkan orang Babilon mengubah atau melemahkan imannya? Tidak! Bible berka-ta bahawa sewaktu di Babilon, “Daniel
ber-tekad untuk tidak menajiskan dirinya”dengan penyembahan palsu. (Dan. 1:8) Itulah ke-matangan yang sebenar!
8 Apakah yang dapat anda pelajari dari-pada teladan Daniel? Walaupun menghada-pi cabaran, orang muda yang matang akan tetap teguh dalam kepercayaannya. Dia ti-dak seperti seekor kameleon, sejenis bina-tang seperti cicak yang kulitnya bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Dia ti-dak berpura-pura menjadi sahabat Tuhan di Dewan Perjumpaan, dan sahabat dunia di sekolah. Sebaliknya, dia akan tetap se-tia walaupun menghadapi cabaran.—Baca
Efesus 4:14, 15.
9 Sudah tentu, tiada seorang pun yang sempurna. Seperti orang dewasa, kaum muda juga berbuat silap. (Pkh. 7:20) Na-mun, jika anda ingin dibaptis, anda per-lu memeriksa betapa kuat tekad anda untuk mentaati Yehuwa. Tanyalah diri: “Adakah saya selalu berusaha untuk men-taati Yehuwa?” Fikirkan reaksi anda sema-sa iman anda diuji pada masema-sa lampau. Adakah anda memilih untuk melakukan apa yang betul? Seperti Daniel, bagaimana pula jika anda digalakkan untuk mengguna-kan bakat anda demi dunia Syaitan? Jika anda mengalami godaan seperti ini, dapat-kah anda memahami apa kehendak Yehu-wa?—Ef. 5:17.
8. Apakah yang anda pelajari daripada teladan Daniel?
9, 10. (a) Apakah manfaatnya apabila orang muda merenung tentang reaksinya sewaktu digo-da? (b) Apakah maksud pembaptisan?
6
10 Mengapakah penting bagi anda un-tuk mengetahui jawapan kepada soalan tersebut? Kerana hal itu akan membantu anda untuk sedar betapa seriusnya pem-baptisan. Pembaptisan menunjukkan kepa-da orang lain bahawa ankepa-da telah mengu-capkan janji yang penting kepada Yehuwa. Anda berjanji untuk mengasihi dan me-nyembah-Nya dengan sepenuh hati buat selama-lamanya. (Mrk. 12:30) Setiap orang yang dibaptis harus bertekad untuk me-nunaikan janjinya kepada Yehuwa.—Baca
Pengkhutbah 5:3, 4.
ADAKAH PEMBAPTISAN KEINGINAN HATI ANDA?
11 Bible memberitahu bahawa umat Tu-han, termasuk kaum muda, akan berkhid-mat kepada-Nya dengan “sukarela.” (Mzm. 110:3) Oleh itu, orang yang ingin dibaptis harus memastikan bahawa itulah keinginan
hatinya.Jadi anda mungkin perlu memerik-sa keinginan hati anda dengan teliti, teruta-manya jika anda dibesarkan dalam kebena-ran.
12 Semasa membesar, anda mungkin nampak ramai orang dibaptis. Mungkin kawan dan adik-beradik anda juga sudah dibaptis. Namun, anda perlu berhati-hati agar tidak berasa bahawa anda harus di-baptis hanya kerana sudah mencapai umur tertentu atau kerana orang lain dibap-tis. Bagaimanakah anda boleh mempunyai pandangan Yehuwa terhadap pembaptisan? Luangkanlah masa untuk memikirkan
me-ngapapembaptisan sangat penting. Renca-na ini dan rencaRenca-na seterusnya akan mem-bincangkan hal ini.
11, 12. (a) Orang yang ingin dibaptis harus bera-sa pasti tentang apa? (b) Bagaimanakah anda bo-leh mempunyai pandangan yang betul mengenai pembaptisan?
13 Salah satu cara anda dapat mengetahui jika pembaptisan memang merupakan ke-inginan hati anda adalah dengan meneliti doa anda. Adakah anda sering berdoa ke-pada Yehuwa? Adakah anda berdoa secara spesifik? Jawapan kepada soalan ini dapat membantu anda untuk menilai hubungan anda dengan Yehuwa. (Mzm. 25:4) Yehuwa dapat menjawab doa menerusi Bible. De-ngan mempelajari Bible secara teliti, anda menunjukkan bahawa anda berusaha men-dekati Yehuwa dan ingin menyembah-Nya dengan sepenuh hati. (Yos. 1:8) Tanya-lah diri: “Adakah saya belajar Bible de-ngan tetap? Adakah saya mengambil ba-hagian semasa penyembahan keluarga?” Jawapan kepada soalan ini dapat membuk-tikan sama ada anda benar-benar ingin di-baptis atau tidak.
PEMBAKTIAN—APAKAH MAKSUDNYA? 14 Sesetengah kaum muda mungkin ti-dak memahami sepenuhnya perbezaan an-tara pembaktian dan pembaptisan. Ada yang berkata bahawa mereka telah mem-baktikan diri kepada Yehuwa, tetapi belum bersedia untuk dibaptis. Adakah hal itu masuk akal? Pembaktian merupakan jan-ji kepada Yehuwa bahawa anda akan me-nyembah-Nya buat selama-lamanya. Apa-bila dibaptis, anda menunjukkan kepada orang lain bahawa anda telah membaktikan diri kepada Yehuwa. Jadi sebelum dibaptis, anda perlu memahami maksud membakti-kan diri kepada Tuhan.
15 Apabila anda membaktikan diri kepada Yehuwa, anda memberitahu-Nya bahawa anda kini milik-Nya. Anda berjanji
baha-13. Bagaimanakah anda dapat mengetahui jika pembaptisan merupakan keinginan hati anda? 14. Jelaskan perbezaan antara pembaktian dan pembaptisan.
wa anda akan mengutamakan kehendak-Nya dalam kehidupan anda. (Baca
Ma-tius 16:24.) Kita mesti menunaikan janji
yang dibuat, apatah lagi janji kepada Tuhan Yehuwa! (Mat. 5:33) Jadi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda ti-dak lagi hidup bagi diri sendiri, tetapi hi-dup bagi Yehuwa?—Rm. 14:8.
16 Marilah kita fikirkan perumpamaan ini. Bayangkan seorang sahabat membe-ri anda sebuah kereta sebagai hadiah. Dia memberi anda dokumen rasmi bagi kereta itu dan berkata, “Kereta ini mi-lik kamu.” Kemudian dia berkata, “Tetapi saya akan menyimpan kunci kereta. Saya akan memandu kereta ini, bukan kamu.” Apakah perasaan anda mengenai “hadiah” ini? Apakah perasaan anda terhadap saha-bat yang memberikan kereta itu kepada anda?
17 Apabila seseorang membaktikan diri kepada Yehuwa, dia memberitahu-Nya: “Saya menyerahkan kehidupan saya ke-pada Engkau. Saya milik Engkau.” Yehu-wa tentu mengharapkan orang itu untuk menepati janjinya. Tetapi, bagaimana jika orang itu berdating secara sembunyi de-ngan seseorang yang bukan penyembah Tuhan? Bagaimana pula jika orang itu me-nerima tawaran kerja yang mengehadkan masanya untuk aktiviti penyebaran atau perjumpaan? Jika hal ini berlaku, orang itu tidak menepati janjinya kepada Yehu-wa. Perbuatan itu adalah seperti sahabat yang menyimpan kunci kereta itu. Apabila kita membaktikan diri kepada Yehuwa, kita memberitahu-Nya: “Kehidupan saya milik
Engkau,bukan milik saya.” Maka kita akan
16, 17. (a) Berikan perumpamaan tentang cara kita menolak kepentingan sendiri. (b) Apabila se-seorang membaktikan diri, apakah yang sebenar-nya dikatakansebenar-nya?
sentiasa melakukan kehendak Yehuwa wa-laupun itu bukanlah kehendak kita. Tirulah Yesus yang berkata, “Aku turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendakku, te-tapi kehendak Dia yang mengutus aku.” —Yoh. 6:38.
18 Jelaslah bahawa pembaptisan merupa-kan keputusan yang serius. Membaktimerupa-kan diri kepada Yehuwa dan dibaptis merupa-kan suatu penghormatan yang besar. Kaum muda yang mengasihi Yehuwa dan mema-hami maksud pembaktian, tidak akan tera-gak-agak untuk membaktikan diri kepada Tuhan dan dibaptis. Mereka tidak akan me-nyesali keputusan mereka. Rose, seorang remaja yang sudah dibaptis, berkata, “Saya mengasihi Yehuwa. Tiada yang lebih meng-gembirakan selain daripada menyembah Yehuwa. Ada banyak perkara yang saya ti-dak pasti dalam kehidupan, tetapi saya be-rasa pasti dengan keputusan saya untuk di-baptis.”
19 Bagaimana pula dengan Christopher yang disebutkan pada permulaan rencana ini? Apakah perasaannya mengenai kepu-tusannya untuk dibaptis semasa dia beru-mur 12 tahun? Dia berkata bahawa dia sa-ngat gembira dengan keputusan itu. Dia mula merintis semasa dia berumur 17 ta-hun, menjadi seorang pembantu sidang pada umur 18 tahun, dan kini berkhid-mat di Bethel. Dia berkata, “Pembapti-san merupakan keputu“Pembapti-san yang betul. Ber-khidmat untuk Yehuwa dan organisasi-Nya membawa kepuasan.” Jika anda ingin di-baptis, bagaimanakah anda dapat mem-buat persiapan? Rencana yang seterusnya akan membincangkan soalan tersebut.
18, 19. (a) Bagaimanakah kata-kata Rose dan Christopher menggambarkan pembaptisan seba-gai suatu penghormatan yang membawa berkat? (b) Apakah perasaan anda terhadap penghorma-tan untuk dibaptis?
ADAKAH anda orang muda yang ingin dibaptis? Jika ya, anda akan memiliki penghormatan yang terbesar. Seperti yang dibin-cangkan dalam rencana lepas, keputusan untuk dibaptis adalah sangat serius. Pembaptisan menunjukkan kepada orang lain ba-hawa anda sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Anda ber-janji untuk menyembah Tuhan selama-lamanya dan mengutama-kan kehendak-Nya dalam hidup. Memandangmengutama-kan janji ini serius, anda harus dibaptis hanya apabila anda cukup matang, mempu-nyai keinginan untuk dibaptis, dan memahami maksud pembak-tian.
2 Namun, anda mungkin berasa belum bersedia untuk dibap-tis. Ibu bapa juga mungkin menyuruh anda untuk menunggu hingga lebih dewasa dan lebih berpengalaman. Apakah yang pa-tut anda lakukan? Janganlah putus asa. Luangkan masa untuk
1, 2. (a) Jelaskan mengapa pembaptisan ialah langkah yang serius. (b) Sebelum dibaptis, apakah yang harus dipastikan oleh seseorang ten-tang dirinya?
Kaum Muda
Bagaimanakah Anda
Dapat Bersedia untuk
Pembaptisan?
‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku!’—MZM. 40:9.
LAGU:51, 58
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah maksudnya ‘percaya selepas diyakinkan’?
Bagaimanakah perbuatan kita menunjukkan bahawa kita “berkelakuan suci” dan “mengabdikan diri kepada Tuhan”? Mengapakah merenungkan tebusan akan memperdalamkan penghargaan terhadap Yehuwa? 8
membuat kemajuan supaya layak dibaptis. Tetapkanlah matlamat dalam aspek beri-kut: (1) kepercayaan, (2) perbuatan, dan (3) penghargaan anda.
KEPERCAYAAN ANDA
3 Tanyalah diri: Mengapakah saya perca-ya bahawa Tuhan wujud? Mengapakah saperca-ya yakin bahawa Bible berasal daripada Tu-han? Mengapakah saya mentaati perintah Tuhan dan bukannya mengikut piawaian moral dunia ini? Soalan sedemikian mem-bantu anda untuk mengikut nasihat Paulus,
‘Buktikan kepada diri sendiri kehendak Tu-han yang baik, yang menyenangkan hati-Nya, dan yang sempurna.’ (Rm. 12:2, nota kaki) Mengapakah anda harus berbuat de-mikian?
4 Fikirkan teladan Timotius. Dia menge-nali Ayat-Ayat Suci dengan baik kerana ibu dan neneknya telah mengajarnya. Na-mun, Paulus memberitahu Timotius: “Te-rus berpegang pada apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu percayai
selepas diyakinkan.”(2 Tim. 3:14, 15) Perka-taan “diyakinkan” bermaksud “percaya dan pasti mengenai kebenaran suatu perkara.” Timotius yakin bahawa kebenaran boleh di-jumpai dalam Ayat-Ayat Suci. Dia meneri-ma kebenaran bukan kerana disuruh oleh ibu dan neneknya. Tetapi kerana dia berfi-kir dengan mendalam tentang apa yang di-pelajarinya. Maka dia yakin dengan kebena-ran.—Baca Roma 12:1.
5 Bagaimana pula dengan anda? Anda mungkin sudah lama mengenal kebenaran. Jika ya, fikirkanlah sebab anda memperca-yainya. Hal ini dapat mengukuhkan pendi-rian anda supaya tidak dipengaruhi oleh
te-3, 4. Apakah yang dapat dipelajari oleh kaum muda daripada teladan Timotius?
5, 6. Mengapakah penting untuk menggunakan “daya pemikiran” sejak muda?
kanan rakan sebaya, pandangan dunia, atau perasaan sendiri.
6 Jika anda menggunakan “daya pemiki-ran” sejak muda, anda dapat menjawab soa-lan yang dikemukakan oleh rakan anda se-perti: “Mengapakah kamu yakin bahawa Tuhan wujud? Jika Tuhan mengasihi kita, mengapakah Dia membenarkan perkara bu-ruk berlaku? Bagaimana mungkin Tuhan sentiasa wujud?” Jika anda sudah bersedia, soalan sebegini tidak menimbulkan kera-guan, sebaliknya mendorong anda untuk mempelajari Bible dengan teliti.
7 Pembelajaran peribadi yang teliti dapat membantu anda menjawab soalan sebegini, menyingkirkan keraguan, dan mengukuh-kan kepercayaan anda. (Kis. 17:11) Terda-pat bahan bacaan yang daTerda-pat memban-tu anda unmemban-tuk melakukan hal ini. Banyak orang mendapati brosur Asal Mula
Kehidu-pan—Lima Pertanyaan yang Patut Direnung-kan dan buku Apakah Ada Pencipta yang
Mempedulikan Anda? sangat berguna.[1] Ba-nyak kaum muda juga meraih manfaat dari-pada siri “Apa yang Sebenarnya Alkitab
Ajar-kan?”di jw.org/id pada bahagian AJARAN ALKITAB. Siri ini akan menguatkan keper-cayaan anda terhadap ajaran Bible.
8 Anda seorang pelajar Bible, maka anda mungkin tahu jawapan kepada beberapa soalan yang terdapat dalam siri ini. Na-mun, adakah anda pasti dengan jawapan anda? Siri ini akan membantu anda berfi-kir dengan mendalam tentang ayat-ayat Bi-ble. Anda juga digalakkan untuk menu-lis sebab anda mempercayai ajaran Bible. Hal ini dapat membantu anda untuk men-jelaskan kepercayaan anda kepada orang lain. Jika anda dapat melayari Internet, gunakanlah siri ini semasa pembelajaran
7-9. Jelaskan bagaimana siri “Apa yang
Sebenar-nya Alkitab Ajarkan?” boleh membantu
10
peribadi supaya kepercayaan anda diku-kuhkan.
9 Anda harus membuktikan kepada diri bahawa inilah kebenaran. Hal ini dapat mempersiapkan anda untuk pembaptisan. Seorang remaja berkata, “Sebelum memu-tuskan untuk dibaptis, saya belajar Bible dan sedar bahawa inilah agama benar. Se-tiap hari, kepercayaan saya semakin kuat.”
PERBUATAN ANDA
10 Bible berkata, “Iman yang tidak diser-tai perbuatan ialah iman yang mati.” (Yak. 2:17) Jika anda memiliki kepercayaan yang teguh, anda akan menunjukkannya melalui perbuatan. Bible berkata bahawa kita harus ‘berkelakuan suci dan melakukan hal-hal yang menunjukkan bahawa kita mengabdi-kan diri kepada Tuhan.’—Baca 2 Petrus
3:11.
11 Apakah maksud “berkelakuan suci”? Hal itu bermaksud anda bersih secara mo-ral. Contohnya, fikirkan enam bulan yang lalu. Semasa digoda untuk melakukan dosa, adakah anda menggunakan daya penilaian untuk membezakan apa yang betul da-ripada apa yang salah? (Ibr. 5:14) Ada-kah anda mengingat masa tertentu apa-bila anda tidak menyerah kepada godaan atau tekanan rakan sebaya? Di sekolah, ada-kah anda menetapkan teladan baik? Adaada-kah anda setia kepada Yehuwa, atau anda cuba menjadi seperti rakan sekelas supaya tidak diejek? (1 Ptr. 4:3, 4) Sudah tentu tiada seorang pun yang sempurna. Kadangkala, orang yang telah lama menyembah Yehuwa juga berasa malu dan susah untuk mengin-jil. Namun, orang yang telah membaktikan diri kepada Tuhan akan berasa bangga un-tuk dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa.
10. Mengapakah orang Kristian yang sudah dibap-tis seharusnya menunjukkan iman melalui perbua-tannya?
11. Jelaskan maksud “berkelakuan suci.”
Dia akan menunjukkannya melalui kelakuan yang bersih.
12 Apakah maksud ‘melakukan hal-hal yang menunjukkan pengabdian kepada Tu-han’? Hal itu merangkumi aktiviti yang dila-kukan di sidang, seperti menghadiri per-jumpaan dan menginjil. Tetapi, hal itu juga merangkumi aktiviti yang tidak dilihat oleh orang lain, seperti doa dan pembelajaran peribadi. Orang yang telah membaktikan diri kepada Yehuwa tidak akan menganggap aktiviti tersebut membebankan. Dia akan berasa seperti Raja Daud yang berkata, ‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam ha-tiku.’—Mzm. 40:9.
13 Untuk menetapkan matlamat, anda bo-leh menggunakan lembaran kerja pada muka surat 308 dan 309 dalam buku
Perta-nyaan Kaum Muda—Jawaban yang Praktis, Ji-lid 2, dalam bahasa Indonesia. Dalam lem-baran kerja itu, anda boleh menulis jawapan bagi soalan seperti, “Adakah doa anda spe-sifik, dan bagaimanakah hal itu menying-kapkan kasih kepada Yehuwa? Apakah yang terangkum semasa pembelajaran peribadi? Adakah anda menyertai aktiviti penyebaran walaupun ibu bapa tidak menyertainya?” Gunakan ruang pada lembaran kerja itu untuk menulis apa sahaja matlamat yang ingin ditetapkan berkenaan doa, pembelaja-ran peribadi, dan aktiviti penyebapembelaja-ran.
14 Banyak kaum muda yang ingin dibaptis berasa bahawa lembaran kerja tersebut sa-ngat berguna. Seorang saudari muda ber-nama Tilda berkata, “Saya menggunakan
12. Apakah maksud ‘melakukan hal-hal yang me-nunjukkan pengabdian kepada Tuhan’? Apakah se-harusnya perasaan anda mengenai hal itu? 13, 14. Apakah persediaan yang membantu anda untuk ‘melakukan hal-hal yang menunjukkan ba-hawa anda mengabdikan diri kepada Tuhan’? Ba-gaimanakah sesetengah kaum muda mendapat manfaat daripada persediaan tersebut?
lembaran kerja itu untuk menetapkan mat-lamat. Saya mencapai matlamat itu satu demi satu. Setahun kemudian, saya berse-dia untuk dibaptis.” Seorang saudara muda bernama Patrick juga berkata, “Saya tahu apa matlamat saya. Tetapi saya lebih beru-saha untuk mencapai matlamat itu setelah saya menulisnya.”
15 Salah satu soalan dalam lembaran ker-ja itu adalah: “Jika ibu bapa dan sahabat anda berhenti menyembah Yehuwa, ada-kah anda akan tetap menyembah Yehuwa?” Apabila membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis, anda memiliki hubungan peri-badi dengan-Nya. Maka, apa yang anda lakukan untuk Yehuwa tidak bergantung pada ibu bapa atau orang lain. Kelakuan yang suci dan yang menunjukkan pengab-dian kepada Tuhan membuktikan bahawa anda yakin inilah kebenaran dan anda ingin mengikut piawaian Tuhan. Tidak lama ke-mudian, anda akan layak untuk dibaptis.
PENGHARGAAN ANDA
16 Seorang lelaki menanya Yesus: “Hukum
15. Jelaskan mengapa pembaktian merupakan keputusan peribadi.
16, 17. (a) Apakah yang sepatutnya mendorong seseorang untuk menjadi orang Kristian? (b) Beri-kan contoh tentang sebab kita menghargai tebu-san.
manakah yang paling penting?” Yesus men-jawab, “Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tu-hanmu, dengan segenap hati, dengan sege-nap jiwa, dan dengan segesege-nap akal.” (Mat. 22:35-37) Yesus menjelaskan bahawa ka-sih kepada Yehuwa patut mendorong sese-orang untuk dibaptis dan menjadi sese-orang Kristian. Satu cara untuk menguatkan kasih kepada Yehuwa ialah dengan merenungkan pemberian Yehuwa yang paling berharga, iaitu korban tebusan. (Baca 2 Korintus 5:
14, 15; 1 Yohanes 4:9, 19.) Dengan
demi-kian, anda akan tergerak untuk menunjuk-kan penghargaan.
17 Bayangkan seseorang menyelamatkan anda daripada mati lemas. Adakah anda akan balik ke rumah, tukar pakaian, dan melupakan peristiwa itu? Tidak! Anda akan menunjukkan penghargaan kepada orang itu! Begitu juga, kita patut menunjukkan penghargaan kepada Yehuwa dan Yesus atas korban tebusan. Kita berhutang nyawa ke-pada mereka! Mereka menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian. Oleh sebab kasih mereka, kita mempunyai harapan un-tuk hidup selama-lamanya di Firdaus!
18 Adakah anda menghargai apa yang
18, 19. (a) Mengapakah kita tidak patut berasa takut untuk membaktikan diri kepada Yehuwa? (b) Mengapakah menyembah Yehuwa akan mem-buat kehidupan anda lebih baik?
Adakah anda akan tetap menyembah Yehuwa walaupun ibu bapa anda berhenti menyembah-Nya?
dilakukan Yehuwa? Jika ya, pembaktian dan pembaptisan ialah langkah yang be-tul. Semasa membaktikan diri, anda ber-janji untuk menyembah-Nya selama-lama-nya. Patutkah anda berasa takut untuk membuat janji ini? Tidak! Yehuwa mengi-nginkan yang terbaik bagi anda, dan Dia memberikan ganjaran kepada orang yang melakukan kehendak-Nya. (Ibr. 11:6) Jika anda membaktikan diri dan dibaptis, kehi-dupan anda tidak akan menjadi teruk. Se-baliknya, kehidupan anda akan menjadi le-bih baik! Seorang saudara yang berusia 24 tahun telah dibaptis sebelum menjadi re-maja. Dia berkata, “Jika saya lebih dewa-sa, saya mungkin mempunyai pemahaman yang lebih dalam. Namun, dengan membak-tikan diri kepada Yehuwa, saya dilindungi daripada godaan di dunia.”
19 Yehuwa menginginkan yang terbaik bagi anda. Namun Syaitan mementingkan diri dan tidak mempedulikan anda. Dia ti-dak dapat memberikan ganjaran kepada orang yang berpihak kepadanya. Syaitan ti-dak mempunyai berita baik mahupun masa
depan yang cerah. Bagaimana mungkin dia memberikan sesuatu yang tidak dimiliki-nya? Dia hanya dapat memberi anda masa depan yang kelam, kerana itulah masa de-pannya!—Why. 20:10.
20 Membaktikan diri kepada Yehuwa ialah keputusan yang terbaik. Adakah anda ber-sedia? Jika ya, janganlah takut untuk mem-buat janji tersebut. Jika anda belum berse-dia, gunakanlah cadangan dalam rencana ini untuk terus membuat kemajuan. Paulus memberitahu saudara saudari di Filipi un-tuk “terus maju.” (Flp. 3:16) Dengan demi-kian, anda pasti ingin membaktikan diri dan dibaptis tidak lama lagi.
20. Bagaimanakah kaum muda boleh membuat kemajuan supaya dapat membaktikan diri dan di-baptis? (Lihat kotak “Untuk Membantu Anda Ber-tumbuh Secara Rohani.”)
NOTA KAKI:
[1] (perenggan 7) Bahan bacaan ini boleh didapati da-lam bahasa Indonesia.
UNTUK MEMBANTU ANDA BERTUMBUH SECARA ROHANI
Daripada siri “Kaum Muda Bertanya” dalam majalah Sedarlah!
(bahasa Indonesia)
ˇ “Bagaimana Aku Bisa Meningkatkan Mutu Doaku?”—November 2008
ˇ “Bagaimana Aku Bisa Menikmati Pembacaan Alkitab?”—April 2009 ˇ “Siapa Diriku?”—Oktober 2011 ˇ “Bagaimana Supaya Aku Bisa Senang
Belajar Alkitab?”—Februari 2012
ˇ “Mengapa Harus Berhimpun?”—April 2012
Daripada buku Pertanyaan Kaum Muda
—Jawaban yang Praktis (bahasa Indonesia) JILID 1
ˇ ‘Bagaimana Beribadat kepada Tuhan Bisa Menyenangkan?’
—pasal 38
ˇ “Kenapa Aku Takut Cerita Soal Agamaku?”—pasal 17
JILID 2
ˇ “Mengapa Hidup Menurut Standar Alkitab?”—pasal 34
ˇ ‘Bagaimana Aku Bisa
Menjadi Sahabat Tuhan?’—pasal 35
ˇ “Apakah Aku Mesti Dibaptis?”—pasal 37
YEHUWA dan Yesus sentiasa bersatu padu sejak permulaan penciptaan. Yehuwa menciptakan Yesus sebelum segala sesua-tu diciptakan. Kemudian, Yesus bekerja “di sisi-Nya seperti se-orang jurubina.” (Ams. 8:30) Umat Yehuwa juga bekerjasama dalam kerja yang harus dilakukan. Contohnya, Nuh dan keluar-ganya membina bahtera bersama-sama. Kemudian, orang Is-rael bekerjasama untuk membina khemah suci, membukanya, dan memindahkannya dari satu tempat ke tempat lain. Di Ru-mah Tuhan, mereka bernyanyi sambil bermain alat muzik. Me-reka bersama-sama memuji Yehuwa dengan menggunakan mu-zik yang indah. Umat Yehuwa dapat melakukan semua perkara itu kerana mereka bekerjasama.—Kej. 6:14-16, 22; Bil. 4:4-32; 1 Taw. 25:1-8.
2 Orang Kristian pada abad pertama juga bekerjasama. Rasul Paulus menjelaskan bahawa mereka bersatu padu walaupun mempunyai keupayaan dan tugas yang berbeza. Mereka semua
1. Sejak permulaan, apakah sikap yang diperlihatkan dalam kerja Tuhan? 2. (a) Apakah yang menonjol tentang sidang Kristian pada masa awal? (b) Apakah soalan yang akan dibincangkan?
Anda Dapat Menguatkan
Perpaduan Sidang—Bagaimana?
“Melaluinya, semua bahagian tubuh tersusun rapidan bekerjasama.”—EF. 4:16.
LAGU:53, 107
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Mengapakah aktiviti penyebaran dapat menyatupadukan kita?
Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu sidang kita bersatu padu?
Bagaimanakah suami dan isteri dapat tetap bersatu padu?
14
mengikut Pemimpin mereka, iaitu Yesus Kristus. Paulus menyamakan mereka de-ngan tubuh badan yang terdiri daripada banyak anggota yang bekerjasama. (Baca
1 Korintus 12:4-6, 12.) Bagaimana pula
dengan kita? Bagaimanakah kita dapat bekerjasama dalam kerja penyebaran, si-dang, dan keluarga?
BEKERJASAMA DALAM KERJA PENYEBARAN 3 Pada abad pertama, rasul Yohanes mendapat penglihatan mengenai tujuh malaikat yang meniup trompet. Apabila malaikat kelima meniup trompetnya, Yo-hanes nampak “sebuah bintang yang su-dah jatuh dari langit ke bumi.” “Bintang” itu menggunakan kunci untuk membuka lubang yang dalam. Lalu asap mula keluar dari lubang tersebut dan belalang-belalang keluar dari asap itu. Kawanan belalang itu tidak merosakkan pokok atau tumbu-han, sebaliknya belalang itu mencedera-kan “orang yang tidak mempunyai meterai Tuhan pada dahi mereka.” (Why. 9:1-4) Yohanes tahu bahawa belalang-belalang dapat menyebabkan kerosakan yang be-sar, itulah yang berlaku pada zaman Musa di Mesir. (Kel. 10:12-15) Belalang-bela-lang yang dilihat Yohanes melambangkan orang Kristian terurap yang menyebarkan mesej penghakiman terhadap agama pal-su. Jutaan orang yang menantikan kehi-dupan di bumi juga menyertai mereka. Mereka semua bersatu padu dalam kerja penyebaran. Kerja ini telah membantu ba-nyak orang untuk membebaskan diri dari-pada agama palsu dan cengkaman Syaitan. 4 Kita memiliki tanggungjawab untuk
3. Apakah penglihatan yang diberikan kepada Yo-hanes?
4. Apakah kerja yang harus dilakukan umat Tu-han? Bagaimanakah mereka dapat berjaya?
menyebarkan “berita baik” kepada orang di seluruh dunia sebelum akhir tiba. Hal ini bermaksud ada banyak kerja untuk di-lakukan! (Mat. 24:14; 28:19, 20) Kita per-lu menjemput semua orang yang “dahaga” untuk minum “air kehidupan.” Maka, kita perlu mengajarkan kebenaran Bible kepa-da orang yang ingin memahaminya. (Why. 22:17) Apabila kita “bekerjasama” dengan sidang, kita akan berjaya melakukan tugas ini.—Ef. 4:16.
5 Untuk mencapai sebanyak orang yang mungkin, kita perlu teratur dalam ker-ja penyebaran. Arahan yang kita terima daripada sidang dapat membantu kita. Apabila perjumpaan sebelum kerja penye-baran selesai, kita keluar untuk menyebar-kan berita baik Kerajaan Tuhan. Kita juga menawarkan bahan bacaan Bible. Sebe-narnya, jutaan bahan bacaan ini telah di-edarkan di seluas dunia. Kadangkala kita juga diminta untuk menyertai kempen is-timewa. Dengan melakukan kerja ini, kita bekerjasama dengan jutaan orang di selu-ruh bumi untuk menyebarkan berita yang sama! Kita juga bekerjasama dengan para malaikat yang membantu umat Tuhan me-nyebarkan berita baik.—Why. 14:6.
6 Kita sangat teruja apabila membaca
Buku Tahunanmengenai hasil kerja penye-baran di seluruh bumi. Bayangkan, kita bersatu padu di seluas dunia untuk men-jemput orang menghadiri konvensyen. Semasa konvensyen, kita menikmati ce-ramah, drama, dan demonstrasi yang menggalakkan kita untuk memberikan yang terbaik kepada Yehuwa. Kita juga bekerjasama dengan saudara saudari di seluas dunia apabila kita menghadiri
Peri-5, 6. Bagaimanakah kita bersatu padu semasa menyebarkan berita baik?
ngatan setiap tahun. (1 Kor. 11:23-26) Kita berkumpul pada masa yang sama, iaitu se-lepas matahari terbenam pada 14 Nisan, untuk menunjukkan penghargaan kepada Yehuwa dan mentaati perintah Yesus. Be-berapa minggu sebelum Peringatan, kita juga bekerjasama untuk menjemput orang menghadiri acara yang penting ini.
7 Seekor belalang tidak dapat menyebab-kan banyak kerosamenyebab-kan. Begitu juga, kita ti-dak dapat menyebar kepada semua orang dengan usaha sendiri. Namun kerana kita bekerjasama, kita dapat memberitahu ju-taan orang tentang Yehuwa dan memban-tu mereka memuliakan-Nya.
BEKERJASAMA DALAM SIDANG 8 Paulus menjelaskan kepada orang Kris-tian di Efesus tentang cara sidang diatur-kan. Dia berkata bahawa mereka harus “matang dalam segala hal.” (Baca Efesus
4:15, 16.) Paulus menggunakan contoh
tu-buh badan untuk menjelaskan cara setiap orang Kristian boleh menyumbang kepada perpaduan sidang dan mengikut Yesus, Kepala sidang. Dia berkata bahawa semua bahagian tubuh bekerjasama “melalui se-tiap sendi yang memberikan sokongan.” Bagaimanakah kita semua, tidak kira tua atau muda, sihat atau sakit, dapat me-nyumbang kepada perpaduan dan keroha-nian sidang?
9 Yesus melantik penatua untuk memim-pin sidang, dan dia mahu kita menghorma-ti dan mentaamenghorma-ti arahan mereka. (Ibr. 13: 7, 17) Namun hal ini mungkin tidak se-nang. Maka kita boleh memohon bantuan
7. Apakah yang dapat kita capai apabila kita be-kerjasama?
8, 9. (a) Apakah perumpamaan yang digunakan Paulus untuk mengajar orang Kristian supaya ber-satu padu? (b) Bagaimanakah kita boleh bekerja-sama dalam sidang?
Yehuwa. Daya aktif Yehuwa dapat mem-bantu kita untuk mentaati arahan pena-tua. Fikirkan juga manfaat kepada sidang jika kita bersikap rendah hati dan bekerja-sama dengan penatua. Sidang kita akan bersatu padu, dan kasih antara saudara saudari akan bertambah erat.
10 Pembantu sidang juga menyumbang kepada perpaduan sidang. Kita menghar-gai usaha mereka kerana mereka beker-ja keras untuk membantu para penatua. Contohnya, pembantu sidang memastikan bahawa terdapat bahan bacaan yang men-cukupi untuk digunakan dalam aktiviti nyebaran. Mereka juga menyambut pe-lawat yang hadir di perjumpaan. Selain itu, pembantu sidang membaiki Dewan Perjumpaan dan menjaga kebersihannya. Jika kita bekerjasama dengan mereka, kita dapat menyembah Yehuwa dengan te-ratur dan bersatu padu.—Bandingkan Ki-sah 6:3-6.
11 Sesetengah penatua sudah bekerja ke-ras selama bertahun-tahun. Namun, usia mereka meningkat dan mereka mungkin tidak dapat melakukan banyak tugas se-perti dahulu. Oleh itu, saudara yang lebih muda dapat memberikan bantuan. Jika saudara muda dilatih, mereka dapat me-mikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. Apabila pembantu sidang bekerja keras, dia mungkin layak menjadi seorang penatua. (1 Tim. 3:1, 10) Terdapat penatua muda yang membuat kemajuan sehingga layak menjadi penyelia litar dan memban-tu saudara saudari di sidang lain. Kita sa-ngat menghargai orang muda yang rela
10. Bagaimanakah pembantu sidang menyum-bang kepada perpaduan sidang? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
11. Bagaimanakah orang muda dapat menyum-bang kepada perpaduan sidang?
16
berkhidmat bagi rakan seiman mereka. —Baca Mazmur 110:3; Pengkhutbah
12:1.
BEKERJASAMA DALAM KELUARGA 12 Bagaimanakah kita dapat memban-tu ahli keluarga unmemban-tuk bekerjasama? Pe-nyembahan keluarga setiap minggu da-pat membantu kita. Apabila ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama un-tuk belajar tentang Yehuwa, kasih mere-ka terhadap satu sama lain amere-kan bertam-bah kuat. Semasa penyembertam-bahan keluarga, mereka dapat bersiap sedia bagi aktiviti penyebaran dengan melatih penyampaian mereka. Apabila ahli keluarga meluahkan perasaan mereka mengenai Firman Tuhan, hubungan mereka akan bertambah erat. Hal ini adalah kerana mereka dapat meli-hat bahawa ahli keluarga mengasihi Yehu-wa dan ingin melakukan kehendak-Nya.
13 Bagaimanakah suami isteri dapat be-kerjasama untuk memuji Yehuwa? Apabila mereka mengasihi Yehuwa dan menyem-bah-Nya bersama, mereka akan menjadi bahagia dan bersatu padu dalam perkah-winan mereka. Mereka juga harus menun-jukkan kasih kepada satu sama lain seper-ti yang dilakukan oleh Abraham dan Sara, Ishak dan Ribka, serta Elkana dan Hana. (Kej. 26:8; 1 Sam. 1:5, 8; 1 Ptr. 3:5, 6) Apa-bila suami isteri melakukan hal ini, mere-ka amere-kan bersatu padu dan mendemere-kat kepa-da Yehuwa.—Baca Pengkhutbah 4:12.
14 Bible dengan jelas mengatakan ba-hawa kita tidak patut mengahwini sese-orang yang bukan penyembah Yehuwa.
12, 13. Apakah yang dapat membantu ahli keluar-ga untuk bekerjasama?
14. Jika suami atau isteri anda tidak menyembah Yehuwa, apakah yang dapat anda lakukan untuk memastikan perkahwinan anda tetap kuat?
(2 Kor. 6:14) Namun, sesetengah saudara saudari mempunyai pasangan yang bukan Saksi-Saksi Yehuwa. Sesetengah orang mendapat kebenaran selepas berkahwin, dan pasangan mereka tidak menjadi orang Saksi. Yang lain pula mengahwini se-orang hamba Yehuwa, tetapi kemudiannya suami atau isteri mereka meninggalkan kebenaran. Dalam situasi sedemikian, orang Kristian harus berusaha untuk me-ngikut nasihat Bible supaya perkahwinan mereka tetap kuat. Hal ini tidak selalu mudah. Contohnya, Mary dan suaminya, David, menyembah Yehuwa bersama. Ke-mudian, David berhenti menghadiri per-jumpaan. Namun, Mary tetap menjadi seorang isteri yang baik dan menunjuk-kan sifat-sifat Kristian. Dia juga menga-jar enam orang anaknya tentang Yehu-wa dan membaYehu-wa mereka ke perjumpaan dan konvensyen. Bertahun-tahun kemu-dian, anak-anak mereka menjadi dewasa dan meninggalkan rumah. Walaupun si-tuasi ini mencabar bagi Mary, dia tetap menyembah Yehuwa. Tetapi, David mula membaca majalah yang ditinggalkan oleh Mary baginya. Tidak lama kemudian, dia mula pergi ke perjumpaan. Cucunya yang berumur enam tahun sentiasa menyedia-kan tempat duduk baginya. Jika David ti-dak hadir, cucunya akan berkata, “Saya tunggu Datuk datang ke perjumpaan hari ini.” David kembali kepada Yehuwa sele-pas 25 tahun. Sekarang, dia dan isteri-nya gembira menyembah Yehuwa bersa-ma-sama.
15 Syaitan menyerang keluarga hari ini. Itulah sebabnya suami isteri yang me-nyembah Yehuwa perlu bekerjasama. Ti-dak kira berapa lama anda sudah
berkah-15. Bagaimanakah pasangan yang lebih tua mem-bantu pasangan yang muda?
win, fikirkan apa yang anda boleh lakukan dan katakan untuk menguatkan perkahwi-nan anda. Jika anda sudah lama berkah-win, anda boleh menjadi teladan yang baik bagi pasangan yang muda. Anda mungkin boleh menjemput pasangan muda untuk menyertai penyembahan keluarga anda. Mereka akan sedar bahawa pasangan yang telah lama berkahwin juga harus menun-jukkan kasih kepada satu sama lain dan bersatu padu.—Tit. 2:3-7.
‘MARILAH KITA PERGI KE BUKIT YEHUWA’ 16 Semasa orang Israel pergi menghadiri perayaan di Yerusalem, mereka bekerjasa-ma antara satu sabekerjasa-ma lain. Mereka menye-diakan segala yang diperlukan bagi per-jalanan itu. Kemudian mereka membuat perjalanan itu bersama-sama dan saling membantu. Di Rumah Tuhan, mereka
se-16, 17. Apakah yang akan dinantikan oleh umat Tuhan yang bersatu padu?
mua memuji dan menyembah Yehuwa ber-sama-sama. (Luk. 2:41-44) Hari ini, kita sedang bersiap sedia untuk memasuki du-nia baru. Maka kita perlu bersatu padu dan bekerjasama dengan sedaya upaya. Dapatkah anda memikirkan cara untuk menyumbang kepada perpaduan ini?
17 Dunia ini berpecah belah dan orang suka bertengkar tentang banyak perkara. Tetapi kita sangat bersyukur kerana Yehu-wa membantu kita menikmati kedamaian dan memahami kebenaran! Umat Yehuwa di serata dunia menyembah-Nya dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Sema-sa hari-hari terakhir ini, umat Yehuwa Sema- sa-ngat bersatu padu. Seperti yang dinubuat-kan oleh Yesaya dan Mikha, kita sedang ‘pergi ke bukit Yehuwa’ bersama-sama. (Yes. 2:2-4; baca Mikha 4:2-4.) Betapa gembiranya kita apabila semua orang di bumi saling “bekerjasama” dan menyem-bah Yehuwa dengan bersatu padu!
Tidak kira kita tua atau muda, penyembahan keluarga mengeratkan hubungan kita
“BERHENTI, LIHAT, DENGAR.” Kata-kata ini muncul pada tan-da isyarat di persimpangan lantan-dasan kereta api di Amerika Uta-ra lebih daripada 100 tahun yang lalu. Mengapa? Hal ini adalah supaya kereta tidak dilanggar oleh kereta api yang melintasi landasan tersebut. Banyak nyawa terselamat kerana orang memberikan perhatian kepada amaran itu.
2 Yehuwa memberikan sesuatu yang lebih baik. Dia membim-bing umat-Nya supaya menghindari bahaya dan menerima ke-hidupan kekal. Yehuwa bagaikan seorang gembala pengasih yang membimbing biri-biri-Nya agar mereka dapat mengelak-kan bahaya.—Baca Yesaya 30:21.
YEHUWA SELALU MEMBIMBING UMAT-NYA
3 Sejak permulaan sejarah manusia, Yehuwa telah
memberi-1, 2. (a) Apakah amaran yang telah menyelamatkan nyawa banyak orang? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah bimbingan yang dapat menyelamatkan nyawa umat Tuhan?
3. Mengapakah umat manusia terjerumus ke haluan maut?
Yehuwa Membimbing
Umat-Nya ke Jalan
Kehidupan
“Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!”—YES. 30:21.
LAGU:65, 48
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah bimbingan yang diberikan Yehuwa pada zaman Nuh dan Musa?
Apakah bimbingan baru yang diberikan Yehuwa kepada orang Kristian?
Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mencari bimbingan Tuhan?
kan arahan atau bimbingan yang terpe-rinci. Contohnya, Yehuwa memberikan bimbingan di Taman Eden supaya ma-nusia dapat memperoleh kehidupan ke-kal dan kebahagiaan. (Kej. 2:15-17) Tetapi Adam dan Hawa menolak bimbingan terse-but. Hawa telah mendengar nasihat seekor ular, dan Adam pula mendengar kata-kata Hawa. Apakah kesudahannya? Mereka ber-dua merana dan akhirnya mati tanpa me-miliki harapan. Memandangkan mereka ti-dak patuh kepada Tuhan, seluruh umat manusia terjerumus ke haluan maut.
4 Pada zaman Nuh, Tuhan telah membe-rikan arahan yang dapat menyelamatkan nyawa. Selepas Banjir, Yehuwa melarang manusia untuk makan atau minum darah. Mengapa? Kerana situasi telah berubah. Yehuwa ingin membenarkan manusia ma-kan daging. Oleh itu, Yehuwa memberima-kan perintah yang baru: “Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam da-rah.” (Kej. 9:1-4) Perintah ini membantu kita untuk memahami pandangan Tuhan mengenai nyawa. Semua nyawa ialah milik-Nya. Dia merupakan Pencipta yang mem-beri kita hidup, jadi Dia berhak membuat peraturan mengenai kehidupan. Contoh-nya, Dia memberikan perintah supaya ma-nusia tidak membunuh orang lain. Tuhan memandang nyawa dan darah sesuatu yang suci, dan Dia akan menghukum sesiapa yang tidak menghormatinya.—Kej. 9:5, 6.
5 Selepas zaman Nuh, Tuhan terus bimbing umat-Nya. Rencana ini akan mem-berikan beberapa contoh tentang cara
Tu-4. (a) Mengapakah perintah baru perlu diberikan selepas Banjir? (b) Bagaimanakah situasi yang baru membantu kita memahami pandangan Tu-han?
5. Apakah yang akan kita bincangkan, dan me-ngapa?
han membimbing mereka. Hal ini akan me-nguatkan tekad kita untuk mengikut bim-bingan Yehuwa sehingga ke dunia baru.
BANGSA BARU, BIMBINGAN BARU 6 Pada zaman Musa, Yehuwa memberi umat-Nya bimbingan yang jelas mengenai kelakuan dan ibadat mereka. Mengapa? Kerana keadaan berubah lagi. Selama lebih daripada 200 tahun, orang Israel hidup se-bagai hamba di Mesir. Di sana, mereka dikelilingi dengan orang yang menyem-bah arwah, berhala, dan melakukan perka-ra yang tidak menyenangkan hati Tuhan. Apabila mereka dibebaskan dari Mesir, me-reka memerlukan bimbingan baru. Me-reka akan menjadi sebuah bangsa yang hanya mengikut Hukum Yehuwa. Sesete-ngah rujukan menyatakan bahawa perka-taan Ibrani bagi “hukum” bermaksud “me-ngarah, membimbing, mengajar.” Hukum Musa melindungi umat Israel daripada per-buatan yang tidak bermoral dan penyem-bahan palsu. Apabila orang Israel men-taati Tuhan, mereka meraih berkat-Nya. Namun, apabila mereka mengingkari-Nya, mereka mengalami akibat buruk.—Baca
Ulangan 28:1, 2, 15.
7 Ada sebab lain mengapa bimbingan baru diperlukan. Hukum Musa menye-diakan umat Israel untuk suatu peristiwa yang penting, iaitu kedatangan Mesias, Ye-sus Kristus. Hukum Musa mengingatkan umat Israel bahawa mereka tidak sem-purna. Hukum itu juga membantu me-reka untuk memahami bahawa meme-reka
6. Mengapakah umat Tuhan memerlukan hukum yang diberikan melalui Musa? Apakah sikap yang harus ditunjukkan oleh orang Israel?
7. (a) Mengapakah Yehuwa memberikan bimbi-ngan kepada umat-Nya? (b) Mengapakah Hukum Musa disamakan seperti penjaga bagi orang Is-rael?
20
memerlukan tebusan, iaitu korban sem-purna yang dapat menyingkirkan dosa me-reka dengan sepenuhnya. (Gal. 3:19; Ibr. 10:1-10) Tambahan lagi, Hukum Musa me-lindungi salasilah Mesias dan membantu orang Israel untuk mengenal pasti Mesias apabila dia tiba. Ya, Hukum Musa adalah seperti “penjaga” atau pembimbing se-mentara yang memimpin mereka kepada Kristus.—Gal. 3:23, 24.
8 Sebagai orang Kristian, kita juga boleh mendapat manfaat daripada bimbingan yang terdapat dalam Hukum Musa. Ba-gaimana? Kita boleh berhenti dan melihat prinsip di sebalik Hukum itu. Walaupun kita tidak lagi perlu mengikut Hukum itu, kita masih boleh menggunakannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian dan ibadat kita. Yehuwa memastikan hukum-Nya itu dicatatkan dalam Bible supaya kita dapat belajar daripadanya, dibimbing oleh prinsipnya, dan menghargai ajaran Yesus yang mencerminkan piawaian moral yang lebih tinggi. Dengarlah apa yang dikatakan Yesus: “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’ Tetapi aku berkata kepa-da kamu bahawa sesiapa yang terus me-mandang seorang wanita dengan perasa-an berahi sudah berzina dengperasa-annya dalam hati.” Maka, kita bukan hanya mengelak-kan perzinaan tetapi juga menolak fikiran dan keinginan yang tidak bermoral.—Mat. 5:27, 28.
9 Selepas Yesus datang sebagai Mesias, Yehuwa harus memberikan arahan baru dan lebih banyak maklumat tentang tu-juan-Nya. Mengapa? Pada tahun 33 M, Ye-huwa telah menolak bangsa Israel dan
me-8. Mengapakah kita perlu mendapat bimbingan daripada prinsip di sebalik Hukum Musa?
9. Apakah keadaan baru yang menyebabkan umat Tuhan memerlukan arahan baru?
milih sidang Kristian sebagai umat-Nya. Maka keadaan umat Tuhan berubah lagi.
BIMBINGAN UNTUK ISRAEL ROHANI 10 Yehuwa telah memberikan Hukum Musa kepada orang Israel untuk mengajar mereka tentang kelakuan dan ibadat mere-ka. Bermula pada abad pertama, umat Tu-han tidak lagi terdiri daripada satu bangsa, melainkan datang daripada pelbagai bang-sa dan latar belakang. Mereka dikenali sebagai Israel rohani. Mereka memben-tuk sidang Kristian dan terikat dengan perjanjian baru. Yehuwa memberi mereka bimbingan baru atau bimbingan tamba-han tentang kelakuan dan cara untuk me-nyembah-Nya. Sememangnya, “Tuhan ti-dak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan ber-buat benar diperkenankan-Nya.” (Kis. 10: 34, 35) Mereka mengikut “hukum Kristus” yang berdasarkan prinsip yang ditulis pada hati, bukan pada batu. Hukum ini akan membimbing dan memberikan manfaat ke-pada orang Kristian tidak kira di mana me-reka berada.—Gal. 6:2.
11 Israel rohani mendapat banyak man-faat daripada bimbingan yang diberikan Yehuwa melalui Yesus. Sebelum memper-kenalkan perjanjian baru, Yesus membe-rikan dua perintah yang penting. Salah satu mengenai aktiviti penyebaran. Perin-tah yang satu lagi mengenai kelakuan dan cara orang Kristian patut memperlakukan satu sama lain. Perintah ini ditujukan ke-pada semua orang Kristian. Maka, kita juga patut mentaati perintah ini tidak kira kita
10. Mengapakah hukum baru diberikan kepada si-dang Kristian? Mengapakah hukum tersebut ber-beza daripada hukum yang diberikan kepada orang Israel?
11. Apakah dua aspek kehidupan orang Kristian yang dipengaruhi oleh “hukum Kristus”?
berharap untuk hidup selama-lamanya di syurga atau di bumi.
12 Pada masa lalu, orang daripada pelba-gai bangsa harus datang ke Israel untuk me-nyembah Yehuwa. (1 Raj. 8:41-43) Tetapi, Yesus memberikan perintah yang terdapat di Matius 28:19, 20. (Baca.) Yesus mem-beritahu para pengikutnya untuk ‘pergi
ke-pada semuabangsa.’ Pada Pentakosta 33 M, Yehuwa menunjukkan bahawa Dia ingin be-rita baik dikhabarkan ke seluruh bumi. Kira-kira 120 orang dalam sidang baru itu dipenuhi daya aktif dan mula bercakap da-lam pelbagai bahasa kepada orang Yahudi dan pemeluk agama Yahudi. (Kis. 2:4-11) Kemudian, mereka juga perlu menyebar ke-pada orang Samaria. Pada tahun 36 M, kawasan penyebaran mereka merangkumi orang bukan Yahudi. Maka, orang Kristian perlu menyebar kepada orang di serata du-nia!
13 Yesus juga memperkenalkan “satu pe-rintah baru” mengenai cara untuk mem-perlakukan saudara saudari kita. (Baca
Yohanes 13:34, 35.) Kita harus sentiasa
menunjukkan kasih kepada mereka. Kita juga mesti rela mengorbankan nyawa demi mereka. Hal itu tidak dituntut dalam Hu-kum Musa.—Mat. 22:39; 1 Yoh. 3:16.
14 Yesus memberikan teladan yang agung tentang cara menunjukkan kasih yang ti-dak mementingkan diri. Dia sangat menga-sihi para pengikutnya sehingga dia sang-gup mati demi mereka. Dia berharap agar semua pengikutnya melakukan hal yang sama. Maka, kita harus rela menghadapi kesusahan bahkan mati demi saudara sau-dari.—1 Tes. 2:8.
12. Apakah perintah baru mengenai aktiviti pe-nyebaran?
13, 14. (a) Apakah yang terangkum dalam “perin-tah baru” yang diberikan Yesus? (b) Apakah yang kita pelajari daripada teladan Yesus?
BIMBINGAN BAGI MASA KINI DAN MASA DEPAN
15 Yesus telah melantik “hamba yang se-tia dan bijaksana” untuk memberi pengi-kutnya “makanan pada masa yang sesuai.” (Mat. 24:45-47) Makanan ini juga merang-kumi bimbingan bagi umat Tuhan yang menghadapi keadaan yang berubah. Bagai-manakah situasi kita berubah?
16 Kita sedang hidup pada “hari-hari ter-akhir” dan kesengsaraan yang tidak per-nah berlaku akan melanda tidak lama lagi. (2 Tim. 3:1; Mrk. 13:19) Syaitan dan roh-roh jahat juga telah dibuang dari syurga ke bumi, dan menyebabkan banyak penderi-taan. (Why. 12:9, 12) Selain itu, kita dipe-rintahkan untuk menyebarkan berita baik kepada semua orang di serata dunia dalam pelbagai bahasa!
17 Organisasi Tuhan menyediakan pelba-gai alat yang boleh digunakan semasa me-nginjil. Adakah anda menggunakannya? Semasa perjumpaan, kita dibimbing ten-tang cara terbaik untuk menggunakan alat-alat ini. Adakah anda menganggap bahawa bimbingan ini datang daripada Tuhan?
18 Untuk menerima berkat daripada Ye-huwa, kita harus memberikan perhatian kepada segala arahan yang diberikan me-lalui sidang Kristian. Jika kita mentaa-ti arahan sekarang, kita akan berasa le-bih mudah untuk mengikut arahan semasa “kesengsaraan besar.” Pada masa itu, selu-ruh dunia Syaitan akan dibinasakan. (Mat. 24:21) Selepas itu, kita akan memerlukan bimbingan baru tentang kehidupan kita di dunia yang bebas daripada pengaruh Syai-tan.
15, 16. Apakah situasi baru yang kita alami seka-rang, dan bagaimanakah Tuhan membimbing kita? 17, 18. Apakah sepatutnya reaksi kita apabila di-berikan arahan?
22
19 Pada zaman Musa, orang Israel me-merlukan bimbingan, jadi Tuhan memberi mereka Hukum Musa. Kemudian, sidang Kristian mentaati “hukum Kristus.” Di du-nia baru pula, Bible memberitahu bahawa kita akan diberikan kitab-kitab yang me-ngandungi bimbingan baru. (Baca Wahyu
20:12.) Kemungkinan besar, kitab-kitab
ini menjelaskan apa yang dikehendaki Ye-huwa daripada manusia pada masa itu. De-ngan mempelajari kitab itu, semua orang, termasuk mereka yang dibangkitkan, akan mengetahui kehendak Tuhan. Kitab-kitab itu akan membantu kita untuk lebih me-mahami pemikiran Yehuwa. Kita juga akan memahami Bible dengan lebih mendalam.
19, 20. Apakah kitab-kitab yang akan dibuka? Apakah hasilnya?
Maka, kita akan mengasihi dan menghor-mati satu sama lain di Firdaus. (Yes. 26:9) Bayangkan kerja pendidikan sedunia yang dijalankan di bawah bimbingan Raja Yesus! 20 Jika kita mengikut arahan yang “ter-tulis dalam kitab-kitab” dan tetap setia ke-pada Yehuwa semasa ujian terakhir, Dia akan menulis nama kita dalam “kitab kehi-dupan.” Kita akan menerima kehidupan kekal! Maka, kita perlu BERHENTI untuk membaca Bible, MELIHAT untuk mema-hami maksudnya, dan MENDENGAR de-ngan mentaati bimbide-ngan Tuhan. Dede-ngan demikian, kita akan selamat melewati ke-sengsaraan besar dan terus belajar tentang Tuhan yang bijaksana dan pengasih, Yehu-wa, buat selama-lamanya.—Pkh. 3:11; Rm. 11:33.
Di dunia baru, kita akan diberikan kitab-kitab yang mengandungi bimbingan baru bagi kehidupan di Firdaus
SEBELUM Yesus naik ke syurga, dia memberitahu para pengikutnya: ‘Kamu akan menjadi saksi-sak-siku sampai ke hujung bumi.’ (Kis. 1:8) Bagaima-nakah para pengikutnya dapat menginjil di selu-ruh bumi?
Martin Goodman, seorang profesor di Univer-siti Oxford, menyatakan bahawa “orang Kristian mempunyai tugas khas. Tugas itu membuat mere-ka berbeza daripada orang yang memeluk aga-ma lain, teraga-masuk orang Yahudi di empayar Ro-ma.” Yesus pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menginjil. Orang Kristian sejati me-ngikut teladannya dengan menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” di mana-mana sa-haja. Mereka harus mencari orang yang mengi-nginkan kebenaran. (Luk. 4:43) Itulah sebabnya pada abad pertama, terdapat “rasul-rasul.”
Per-kataan ini bermaksud mereka yang diutus untuk melakukan sesuatu. (Mrk. 3:14) Yesus memberi-kan perintah kepada para pengikutnya: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pe-ngikutku.”—Mat. 28:18-20.
Dua belas orang rasul Yesus tidak lagi berada di bumi. Namun ramai penyembah Yehuwa me-ngikut teladan baik mereka. Apabila dijemput un-tuk menginjil di tempat yang memerlukan ban-tuan, mereka berkata, “Inilah aku. Utuslah aku!” (Yes. 6:8) Beberapa orang telah berpindah ke ne-gara yang jauh, seperti ribuan saudara saudari yang menghadiri Sekolah Gilead. Ada pula yang berpindah ke kawasan lain di negara sendiri. Ra-mai saudara saudari belajar bahasa baru untuk membantu dalam sidang atau kumpulan terten-tu. Walaupun hal ini tidak senang, mereka rela
Dapatkah Anda Membantu
Sidang Anda?
Cubalah mengetahui keperluan fizikal, emosi, dan rohani rakan seiman anda
membuat pengorbanan kerana mereka mengasi-hi Yehuwa dan orang lain. Maka mereka membuat rancangan yang teliti supaya dapat mengguna-kan masa, tenaga, dan wang untuk menginjil di tempat yang memerlukan bantuan. (Luk. 14:28-30) Kita sangat menghargai usaha saudara sau-dari ini.
Bukan semua orang dapat berpindah ke tem-pat lain atau belajar bahasa baru. Namun, kita semua boleh menjadi seperti mubaligh dalam si-dang sendiri.
JADILAH MUBALIGH DALAM SIDANGANDA
Pada abad pertama, kebanyakan orang Kris-tian tinggal di kampung halaman dan mereka bu-kannya mubaligh. Namun mereka bersemangat dalam kerja penyebaran. Paulus memberitahu Ti-motius: ‘Lakukan kerja seorang penginjil, dan lak-sanakan tugas kamu dengan sepenuhnya.’ (2 Tim. 4:5) Nasihat ini juga boleh diterapkan oleh orang Kristian hari ini. Semua orang Kristian harus mentaati perintah untuk menyebarkan be-rita Kerajaan Tuhan dan menjadikan orang murid Yesus. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk
menjadi seperti seorang mubaligh dalam sidang sendiri.
Contohnya, apabila mubaligh berpindah ke ne-gara lain, situasi mereka berubah. Mereka harus menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Walaupun kita tidak dapat berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan, dapatkah kita mencari cara baru untuk menginjil kepada orang lain? Pada tahun 1940, saudara saudari kita di-galakkan untuk memberikan kesaksian di tem-pat awam sekali setiap minggu. Pernahkah anda mencuba cara ini? Pernahkah anda mengguna-kan rak mudah alih? Yang penting ialah: Adakah anda rela menggunakan cara baru untuk menye-barkan berita baik?
Jika anda mempunyai sikap yang positif, anda tentu akan bersemangat dalam kerja penyeba-ran. Biasanya para penyiar yang berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan atau yang be-lajar bahasa baru memberikan banyak bantuan kepada sidang. Contohnya, mereka mengambil pimpinan dalam aktiviti penyebaran. Mubaligh juga sering mengambil pimpinan dalam sidang sehingga saudara tempatan layak untuk
melaku-Bantulah rakan seiman di
kawasan tempatan dengan . . . ˇ menggalakkan mereka“melakukan kerja seorang penginjil”
kannya. Jika anda seorang saudara yang dibap-tis, adakah anda “sedang berusaha” untuk ber-khidmat sebagai pembantu sidang atau penatua dalam sidang anda?—1 Tim. 3:1.
JADILAH “SUMBER KELEGAAN HATI”
Kita juga boleh membantu sidang dalam cara yang lain. Tidak kira tua atau muda, saudara atau saudari, kita boleh “menjadi sumber kelegaan hati” kepada rakan seiman.—Kol. 4:11.
Untuk membantu rakan seiman, kita harus le-bih mengenali mereka. Bible menggalakkan kita untuk “memperhatikan satu sama lain,” atau me-ngetahui keperluan rakan seiman. (Ibr. 10:24) Hal ini tidak bermaksud bahawa kita menjaga tepi kain orang. Sebaliknya, kita harus berusaha un-tuk memahami saudara saudari serta keperluan mereka. Mereka mungkin memerlukan bantuan praktikal, sokongan moral, atau galakan daripada Bible. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya hanya penatua atau pembantu sidang dapat memban-tu mereka. (Gal. 6:1) Namun, kita semua boleh membantu saudara saudari yang lebih tua, atau keluarga yang menghadapi masalah.
Contohnya, Salvatore menghadapi masalah ke-wangan yang serius. Dia terpaksa menjual per-niagaan, rumah, dan barang milik keluarganya. Dia sangat risau tentang keluarganya. Namun, sebuah keluarga di sidang mereka telah mena-warkan bantuan. Mereka memberi Salvatore se-dikit wang serta membantu dia dan isteri men-cari kerja. Mereka juga meluangkan masa untuk mendengar dan menggalakkan keluarga Salvato-re. Akhirnya mereka menjadi kawan rapat. Kedua-dua keluarga ini mempunyai kenangan manis tentang masa yang diluangkan bersama semasa menghadapi kesusahan.
Orang Kristian sejati tidak teragak-agak untuk mengongsi kepercayaan mereka dengan orang lain. Kita harus meniru teladan Yesus dan mem-beritahu semua orang tentang janji-janji Tuhan yang menakjubkan. Sama ada kita dapat berpin-dah atau tidak, kita semua boleh berusaha un-tuk membantu rakan seiman dalam sidang sendi-ri. (Gal. 6:10) Apabila kita membantu orang lain, kita akan menjadi lebih gembira dan “membuah-kan hasil dalam setiap kerja baik.”—Kol. 1:10; Kis. 20:35.
ˇ memberikan bantuan praktikal ˇ memberikan sokongan moral kepada mereka yang khuatir
26
ADAKAH anda mempunyai apa-apa persamaan dengan para nabi pada masa kuno? Menurut New
World TranslationEdisi 2013 dalam bahagian daftar
kata, nabi ialah “seseorang yang memberitahu tu-juan Tuhan. Para nabi merupakan jurucakap bagi Tuhan. Mereka bukan hanya memberitahu rama-lan, tetapi juga menyampaikan ajaran, perintah, dan penghakiman Yehuwa.” Walaupun anda tidak menyampaikan ramalan, anda mewakili Tuhan dan menyampaikan mesej yang terkandung dalam Fir-man-Nya.—Mat. 24:14.
Kita mendapat penghormatan istimewa kerana dapat memberitahu orang lain tentang Yehuwa dan tujuan-Nya bagi manusia! Kita bekerjasama dengan para “malaikat yang terbang di tengah la-ngit.” (Why. 14:6) Namun, kita mungkin mengha-dapi cabaran sehingga kita lupa akan penghorma-tan istimewa ini. Apakah beberapa cabaran yang dihadapi? Kita mungkin berasa penat, kecewa,
atau berasa usaha kita sia-sia. Para nabi juga menghadapi cabaran tersebut, tetapi mereka tidak putus asa. Yehuwa membantu mereka untuk me-laksanakan tugas mereka. Mari kita lihat beberapa contoh.
MEREKA MENGERAHKAN USAHA
Kadangkala kita mungkin berasa penat dise-babkan aktiviti seharian dan berasa tidak larat menyertai kerja penyebaran. Sememangnya, se-perti Yesus dan para rasul, kita juga memerlu-kan rehat. (Mrk. 6:31) Namun, fikirmemerlu-kan sewaktu
Yehezkiel berkhidmat sebagai nabi bagi orang
Israel yang ditawan di Babilon. Tuhan menyu-ruh Yehezkiel untuk mengambil sebuah batu bata lalu mengukir kota Yerusalem di atasnya. Sele-pas itu, Yehezkiel harus menggambarkan pengepu-ngan kota itu depengepu-ngan berbaring di sebelah kirinya selama 390 hari, dan kemudian di sebelah
ka-Tirulah Semangat Para Nabi
nannya selama 40 hari. Ye-huwa berkata kepadanya: “Aku akan mengikat eng-kau supaya engeng-kau tidak dapat membalikkan badan ke kanan ataupun ke kiri sehingga pengepungan itu berakhir.” (Yeh. 4:1-8) Sudah tentu hal itu mena-rik perhatian orang Israel. Selama lebih daripada setahun, Yehezkiel harus menghadapi rutin fizikal yang memenatkan itu. Bagaimanakah nabi itu me-laksanakan tugasnya?
Yehezkiel faham mengapa dia diutus sebagai nabi. Sewaktu mengutus Yehezkiel, Tuhan berkata, “Sama ada pemberontak itu [orang Israel] mende-ngar engkau atau tidak, mereka akan tahu bahawa ada nabi di kalangan mereka.” (Yeh. 2:5) Yehezkiel ingat akan peranannya sebagai nabi. Itulah sebab-nya dia rela melakonkan pengepungan Yerusalem. Dia memang merupakan nabi yang sejati. Kemu-dian, dia dan orang Israel yang ditawan mendengar laporan bahawa “kota itu telah jatuh.” Akhirnya, orang Israel sedar bahawa seorang nabi berada da-lam kalangan mereka.—Yeh. 33:21, 33.
Hari ini, kita memberikan amaran tentang pem-binasaan dunia Syaitan. Walaupun penat, kita menggunakan tenaga untuk menginjil, membuat kunjungan kembali, dan mengadakan pembelaja-ran Bible. Nubuat-nubuat tentang akhir sistem dunia ini sedang menjadi kenyataan. Maka, kita berasa puas kerana menjadi “seseorang yang mem-beritahu tujuan Tuhan.”
MEREKA MENANGANI KEKECEWAAN
Kita mengerahkan usaha dengan bantuan daya aktif. Namun, ada kalanya kita berasa kecewa dise-babkan reaksi orang terhadap mesej yang kita sam-paikan. Marilah kita meniru contoh Yeremia. Dia diejek dan dihina kerana mengumumkan mesej Tu-han kepada orang Israel. Pada suatu ketika, Yere-mia berkata, ‘Biarlah aku melupakan Yehuwa, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi.’ Yeremia juga mempunyai perasaan seperti kita. Namun, dia tetap mengumumkan mesej Tuhan. Mengapa?
Dia berkata, “Perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba me-nahannya, tetapi aku tidak berdaya.”—Yer. 20:7-9. Apakah yang boleh kita lakukan apabila berasa kecewa dengan reaksi orang terhadap mesej kita? Kita boleh merenungkan mesej yang kita sampai-kan. Mesej itu boleh menjadi seperti “api yang membara dalam hati sanubari.” Maka, kita harus membaca Bible setiap hari supaya api itu tetap bernyala di dalam hati kita.
MEREKA MENGATASI PERASAAN NEGATIF
Sesetengah orang Kristian berasa bimbang apa-bila diberikan tugas baru. Nabi Hosea juga mung-kin berasa begitu. Yehuwa memberinya perintah: “Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka melacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi se-perti dia.” (Hos. 1:2) Bayangkan anda akan ber-kahwin tidak lama lagi, tetapi Tuhan menyuruh anda mengahwini seseorang yang akan menjadi pelacur! Namun, Hosea menerima tugas itu. Dia mengahwini Gomer yang kemudiannya kan seorang anak lelaki. Selepas itu, dia melahir-kan seorang anak perempuan dan seorang lagi anak lelaki. Nampaknya, kedua-dua anak ini ialah hasil daripada pelacurannya. Yehuwa memberita-hu Hosea bahawa bakal isterinya akan “mengejar kekasihnya.” Bible mengatakan bahawa dia men-cari “mereka.” Maksudnya, dia mempunyai ramai kekasih. Kemudian, dia ingin kembali kepada Ho-sea. Jika anda ialah Hosea, adakah anda akan me-nerimanya kembali? Nabi itu membeli semula iste-rinya dengan harga yang tinggi. Itulah apa yang diperintahkan oleh Yehuwa!—Hos. 2:6; 3:1-5.
Hosea mungkin tertanya-tanya apa yang akan dicapai dengan melakukan tugas itu. Namun, de-ngan menerima tugas itu, Hosea membantu kita memahami perasaan Tuhan apabila orang Israel mengkhianati-Nya. Usaha Hosea telah mendorong sesetengah orang Israel yang berhati jujur kemba-li kepada Tuhan.
Hari ini, Tuhan tidak menyuruh sesiapa pun un-tuk ‘mengahwini seorang perempuan yang suka melacur.’ Namun, kita boleh belajar daripada
Yehezkiel rela menggambarkan pengepungan kota Yerusalem
28
kerelaan hati Hosea untuk menerima tugas itu. Kita boleh memupuk kerelaan hati walaupun kita berasa susah untuk menginjil “di depan umum dan dari ru-mah ke ruru-mah.” (Kis. 20:20) Sesetengah kaedah menginjil mungkin susah bagi anda. Ramai pelajar Bible berkata bahawa mereka suka belajar Bible te-tapi enggan menginjil dari rumah ke rumah. Na-mun, kebanyakan daripada mereka akhirnya mela-kukan apa yang dianggap mustahil.
Kita boleh dapat satu lagi pengajaran daripada pengalaman Hosea. Hosea boleh memilih untuk dak mengahwini wanita itu. Lagipun, orang lain ti-dak akan tahu jika Hosea menolak tugas itu. Kita juga mungkin mendapat peluang untuk memberi-kan kesaksian dan barangkali tiada sesiapa pun akan tahu jika kita berdiam diri. Hal ini berlaku ke-pada Anna, seorang pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Gurunya menyuruh semua pela-jar untuk menulis sebuah karangan tentang sesua-tu yang dipercayai mereka dan kemudian
meyakin-kan seluruh kelas mengenai hal itu. Anna boleh memilih untuk tidak memberikan kesaksian. Na-mun, dia berasa bahawa peluang ini diberi oleh Tu-han. Walaupun dia tahu reaksi rakannya, dia ber-doa kepada Yehuwa. Keinginannya untuk menginjil semakin kuat. Maka dia menulis sebuah karangan yang bertajuk “Evolusi: Pertimbangkan Buktinya.” Apabila Anna menyampaikan karangannya di ke-las, seorang rakan yang percaya kepada evolusi menanya Anna banyak soalan untuk membuktikan bahawa kepercayaan Anna itu salah. Namun, Anna berjaya mempertahankan kepercayaannya. Guru berasa kagum dan memberinya hadiah kerana me-nulis karangan yang begitu meyakinkan. Sejak itu, Anna dapat membincangkan topik penciptaan de-ngan rakan yang mencabarnya. Oleh sebab Anna menerima tugas daripada Yehuwa, dia berkata, “Saya kini dapat menginjil dengan berani.”
Walaupun kita bukan nabi, kita boleh meniru se-mangat rela berkorban seperti Yehezkiel, Yeremia, dan Hosea. Dengan demikian, kita akan berjaya melaksanakan kehendak Yehuwa hari ini! Semasa penyembahan keluarga dan pembelajaran periba-di, bacalah kisah tentang para nabi dan renungkan-lah cara anda dapat meniru teladan mereka.
Kaum muda meniru semangat para nabi dengan mempertahankan Yehuwa sebagai Pencipta kita
ˇ Hal ini berlaku selepas tahun 100 M dan ber-akhir pada tahun 1919. Mengapakah pemahaman kita mengenai hal ini berubah?
Semua bukti menunjukkan bahawa pada ta-hun 1919, kaum terurap dibebaskan daripada Ba-bilon Besar dan dikumpulkan ke dalam sidang yang dimurnikan. Fikirkan hal ini: Sebaik sahaja Kerajaan Tuhan memerintah di syurga pada tahun 1914, umat Tuhan diuji dan secara beransur-ansur dimurnikan daripada agama palsu.1 (Mal. 3:1-4) Kemudian pada tahun 1919, Yesus melantik “ham-ba yang setia dan bijaksana” untuk memberikan “makanan pada masa yang sesuai” kepada umat Tuhan yang dimurnikan. (Mat. 24:45-47) Pada ta-hun yang sama, umat Tuhan secara kiasan dibe-baskan daripada tawanan Babilon Besar. (Why. 18:4) Namun, bilakah umat Tuhan ditawan?
Pada masa lalu, majalah ini menjelaskan baha-wa umat Tuhan ditabaha-wan oleh Babilon Besar untuk jangka masa yang pendek sejak tahun 1918. Maja-lah The Watchtower 15 Mac 1992 mengatakan
ba-1 Lihat majalah Menara Pengawal ba-15 Julai 20ba-13, muka surat 10-12, perenggan 5-8, 12.
hawa sepertimana orang Israel ditawan oleh Ba-bilon, umat Yehuwa ditawan oleh Babilon Besar pada tahun 1918. Namun, banyak kajian menun-jukkan bahawa umat Tuhan ditawan lama sebe-lum tahun 1918.
Yehezkiel 37:1-14 menubuatkan bahawa umat Tuhan akan ditawan dan kemudian dibebas-kan. Yehezkiel mendapat penglihatan tentang se-buah lembah yang penuh dengan tulang. Yehuwa berkata, “Umat Israel sama seperti tulang-tu-lang itu.” Hal ini merujuk kepada bangsa Israel dan kemudiannya kepada “Israel milik Tuhan” yang merupakan kaum terurap. (Gal. 6:16; Kis. 3:21) Dalam penglihatan itu, tulang-tulang itu hi-dup semula dan membentuk satu pasukan ten-tera yang besar. Hal ini menggambarkan cara umat Tuhan dibebaskan daripada Babilon Besar pada tahun 1919. Namun, bagaimanakah nubuat ini menunjukkan bahawa mereka ditawan untuk jangka masa yang lama?
Pertama, Yehezkiel nampak bahawa tulang-tu-lang itu “sangat kering.” (Yeh. 37:2, 11) Hal ini bererti bahawa mereka sudah lama mati. Kedua, Yehezkiel nampak bahawa orang mati itu hidup
PERTANYAAN PEMBACA
Bilakah umat Tuhan ditawan oleh Babilon Besar?
Banyak orang menjadi murtad walaupun Yesus, Paulus, dan Yohanes telah memberikan amaran
SELEPAS 100 M Sidang Kristian ditawan oleh Babilon Besar
BEBERAPA RATUS TAHUN SEBELUM 1914 “Bunyi berderak-derik” kedengaran apabila sesetengah orang menterjemahkan Bible dalam bahasa yang difahami ramai
D I TA W A N B A B I L O N B E S A R 100 SM 100 M 500 1000 1500
semula secara perlahan-lahan, bukannya tiba-tiba. Dia “mendengar bunyi berderak-derik, lalu tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain.” Kemudian, “tulang-tulang itu mula berurat dan berotot, lalu diliputi kulit.” Selepas itu, nafas dihembuskan “ke dalam tubuh-tubuh itu sehingga tubuh-tubuh itu hidup.” Akhirnya, selepas mereka hidup semula, Yehuwa memberi mereka tanah untuk didiami. Semua ini memerlu-kan masa.—Yeh. 37:7-10, 14.
Seperti yang dinubuatkan, orang Israel ditawan untuk jangka masa yang lama. Penawanan itu ber-mula pada tahun 740 SM apabila sepuluh suku bangsa Israel, iaitu kerajaan Israel di utara, di-paksa meninggalkan negeri mereka. Kemudian pada tahun 607 SM, Yerusalem dimusnahkan oleh orang Babilon, dan dua lagi suku, iaitu kerajaan Yehuda di selatan, juga dipaksa meninggalkan tempat mereka. Pada tahun 537 SM, penawanan itu berakhir apabila sisa daripada orang Yahudi kembali ke Yerusalem untuk membina semula Ru-mah Tuhan dan menyembah Yehuwa.
Maka, semua perincian ini menunjukkan ba-hawa kaum terurap ditawan oleh Babilon Be-sar untuk masa yang panjang, bukan hanya dari tahun 1918 hingga 1919. Hal ini juga berkait
de-ngan masanya apabila orang Kristian palsu, iai-tu lalang, akan iai-tumbuh bersama gandum, iaiiai-tu “anak-anak Kerajaan Tuhan.” (Mat. 13:36-43) Se-panjang masa itu, hanya terdapat sedikit orang Kristian sejati. Kebanyakan orang yang mengaku Kristian telah menerima ajaran palsu dan menja-di murtad. Jamenja-di kita boleh menyimpulkan bahawa sidang Kristian telah ditawan oleh Babilon Besar. Penawanan ini bermula selepas tahun 100 M dan berterusan hingga Rumah Rohani Tuhan dimur-nikan pada akhir zaman.—Kis. 20:29, 30; 2 Tes. 2: 3, 6; 1 Yoh. 2:18, 19.
Selama ratusan tahun itu, pemimpin gereja dan pemimpin politik ingin mengawal orang lain. Contohnya, orang tidak dibenarkan untuk memi-liki atau membaca Bible dalam bahasa mereka. Sesetengah orang yang membaca Bible telah di-bakar di tiang. Mereka yang menentang ajaran pemimpin gereja pula akan dihukum dengan te-ruk. Maka, sangat susah bagi orang untuk mem-pelajari kebenaran atau mengajarkannya kepada orang lain.
Kita juga belajar daripada penglihatan Yehez-kiel bahawa umat Tuhan hidup semula dan dibe-baskan daripada agama palsu secara beransur-an-sur. Bilakah hal ini terjadi dan bagaimana? Dalam
KIRA-KIRA 1870-AN Sekumpulan orang Kristian mula mendapat kebenaran Bible 1919-KINI Dibebaskan daripada penawanan: Umat Tuhan hidup semula dan dibebaskan daripada penawanan
DITAWAN BABILON BESAR
1850 M