• Tidak ada hasil yang ditemukan

6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "6). k3 t5b7 Negara Persekutuan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

T5B7 : NEGARA PERSEKUTUAN

INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187

2. Tidak perlu buat rangka jawapan

3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah.

Bil

Tajuk

ms

SOALAN 1

Konsep / Maksud dan latar belakang NEGARA PERSEKUTUAN

( bt ms 177 )

2

SOALAN 2

Konsep Pengagihan kuasa dalam NEGARA PERSEKUTUAN

( bt ms 184 )

2

SOALAN 3

Terangkan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri dalam memajukan negara? ( Btms 184-185)

3

SOALAN 4

Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri ( Btms 184-185)

4

SOALAN 5

Kepentingan mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam sistem

pemerintahan negara.

4

SOALAN 6

Bagaimanakah pengagihan kuasa tersebut dapat menjamin

kesejahteraan hidup rakyat?

5

SOALAN 7

Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan

5

SOALAN 8

Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri

6

SOALAN 9

Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan

pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan

penyataan berikut.

6

SOALAN 10

Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan

hidup rakyat.

7

SOALAN 11

a) Cabaran malaysia menjadi sebuah negara maju dan langkah-langkah

b) Cabaran yang dihadapi oleh badan pemerintah dalam mengekalkan

kuasanya

7

SOALAN 12

a) Nilai-nilai murni yang patut dimiiliiki oleh setiap warganegara Malaysia

demi mempertahankan maruah negara dan bangsa.

b) Nyatakan nilai-nilai murni, nilai patriotisme dan iktibar daripada sistem

pemerintahan di Malaysia.

8

SOALAN 13

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

dan terbilang

8

(2)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2

RUJUK BUKU

TEKS Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Konsep / Maksud dan latar belakang NEGARA PERSEKUTUAN (5 markah)

( bt ms 184 )

Negara persekutuan bermaksud beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah

Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini

menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang

dahulunya wujud berasingan. Dalam hal ini, hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan

dengan Kerajaan Negeri haruslah dipelihara.

Sifat ini bukan sahaja dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan

berwibawa malah membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.

Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri perlu sentiasa

dipupuk untuk menjamin keharmonian. Pemimpin atau rakyat sentiasa mengamalkan

toleransi untuk kepentingan bersama.

============================================================================

Soalan 2 : Konsep pengagihan kuasa dalam Negara Persekutuan (5 markah)

( bt ms 184 )

Terdiri daripada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Senarai

Persekutuan memuatkan bidang kuasa persekutuan, iaitu hanya kerajaan Persekutuan

mempunyai kuasa terhadapnya.

Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu

Kerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.

Senarai bersama pula, menurunkan bidang kuasa Kerjaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

(3)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)

3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,

melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 3 : Terangkan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

dalam memajukan negara? ( Btms 184-185)

a) Kerajaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara. Pentadbiran negara meliputi semua

aspek

perkhidmatan

seperti

perkhidmatan

ekonomi,sosial,keselamatan

dan

pendidikan.

Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa

eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut

Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang

di-Pertuan Agong . Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa

eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh

seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya.Senarai

Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan

luar), Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan negara,

Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan

penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan

sosial, Orang asli dan hal-hal lain.

b) Kerajaan Negeri

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri.

Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua

Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri

daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan

majoriti ahli dewan tersebut.

Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang

diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri

(EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah

mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu

Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang

Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri.

Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri

iaitu Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan,

Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan Undang-undang negeri.

(4)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

Soalan 4 : Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

( Bt ms 184 - 185 )

Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan mempunyai sebuah

Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut

menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran

negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Badan Pelaksana

bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri

menjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai oleh

Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negeri

mengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau Yang

Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan

atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuai

oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan dalam

Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan Dalam

Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan.

Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam Perlembagaan

Malaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan Perhutanan, Kerajaan

Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan Undang-undang Negeri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama

dalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara,

Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan Kebersihan Awam,

Parit dan Tali air, Hiburan Awam dan Perhubungan

Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk kerajaan persekutuan yang

stabil dan membantu mengurangkan perbalahan etnik.

============================================================================

Soalan 5 : Kepentingan mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam sistem

pemerintahan negara. ( Bt ms 184 - 185 )

Kepentingan pengasingan kuasa dalam pentadbiran negara Malaysia ialah bagi

memastikan tidak berlakunya pertindihan kuasa antara tiga cabang kuasa pemerintahan.

Seterusnya pengasingan kuasa juga dapat menjelaskan bidang kuasa setiap badan

pentadbiran. Di samping itu dapat menjamin kelicinan pentadbiran di Malaysia dan dapat

menggelakkkan pembolotan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Pengasingan kuasa juga dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan

sosial negara. Selain itu juga dapat menggelakkan pemusatan kuasa terhadap institusi atau

individu tertentu dan dapat menggelakkan penyalahgunaan kuasa oleh badan pentadbiran

negara.

Pengasingan kuasa juga dapat menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran

antara tiga cabang kuasa pemerintahan dan membolehkan kerajaan pusat dan kerajaan

negeri menjalankan kuasa mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan seterusnya ialah dapat menjamin keadilan dari segi pengagihan tugas antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Seperti senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai

bersama.

(5)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5

Soalan 6 : Bagaimanakah pengagihan kuasa tersebut dapat menjamin kesejahteraan

hidup rakyat?

Pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran dapat menjamin kesejahteraan hidup

rakyat kerana dapat mengelakkan pemusatan kuasa. Selain itu, pengasingan kuasa tersebut

berperanan untuk tujuan perimbangan kuasa dan mengelakkan penindasan terhadap

rakyat serta dapat menjamin kebebasan rakyat.

Pengagihan kuasa tersebut juga penting untuk menjamin hak asasi rakyat dan

mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran. Pentadbiran negara menjadi lebih sistematik

dan berupaya mengurangkan beban tugas rakyat secara umum. Pengagihan kuasa

menjamin pembangunan negara yang pantas, selain menjamin keadilan dan keharmonian

sosial negara kita.

Pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran juga mengukuhkan perpaduan

antara kaum di samping mengelakkan salah guna kuasa oleh pihak-pihak tertentu.

Akhirnya, pengagihan kuasa dapat mengelakkan perbalahan yang mungkin timbul akibat

percanggahan pendapat dan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

========================================================================================

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang

dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 7 : Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan

Kejayaan Malaysia ialah dapat mengekalkan kestabilan sebagai sebuah negara persekutuan hamper 57 tahun merdeka. Kejayaan ini disebabkan wujud pembahagian tanggungjawab antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Wujud juga persefahaman dan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dalam melaksanakan program pembangunan negeri atau negara. Selain itu, wujud juga kesedaran bahawa

kepentingan negara melebihi segala-galanya apabila timbul pertelagahan antara kerajaan negeri dan

persekutuan.

Kejayaan seterusnya ialah banyak program pembangunan untuk rakyat dilaksanakan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia. Pembangunan bersepadu yang menekankan

pembangunan modal insan dilaksanakan bagi membentuk masyarakat yang bersifat dinamis,

progresif dan berdaya saing di peringkat global. Pembangunan tersebut juga telah dapat merapatkan

jurang antara penduduk Bandar dan luar Bandar dari segi pemilikan harta benda dan prasarana yang

mencukupi untuk kemudahan rakyat.

Kestabilan politik dan pembangunan ekonomi yang pesat membolehkan negara kita maju dan

mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan meletakkan negara kita seiring dengan negara maju

yang lain di dunia.

Akhirnya, Kemakmuran dan keamanan yang dikecapi negara kita adalah hasil kebijaksanaan

pemimpin negara merencanakan arah tuju bagi menjamin perpaduan dan kejituan masyarakat

berbilang kaum dapat dikekalkan. Toleransi dan kerjasama antara kaum merupakan kunci kepada kemakmuran dan perpaduan yang kita kecapi sekarang ini.

(6)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6

Soalan 8 : Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ialah dapat

menentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri telah dinyatakan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa dan pemusatan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut bidang kuasanya.

Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut

memelihara hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan Persekutuan

dengan Kerajaan Negeri menjadi lebih erat.

Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikan

pentadbiran menjadi lebih cekap dan sistematik.

Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang antara negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan lancar. Perkara itu terjadi kerana wujudnya

penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.

Dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat serta menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi

=========================================================================================

Andaian Soalan ARAS :

5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 9 : Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekap

dalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan penyataan berikut.

Konsep pengagihan kuasa pemerintah telah berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berparlimen apabila badan pelaksana dapat mengubal dasar dasar

pembangunan ekonomi Negara dengan lancer. Badan Pelaksana dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal oleh badan perundangan.

Selain itu, pengagihan kuasa pemerintah telah melahirkan para pemimpin yang dihormati dan berwibawa di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat contohnya, lahirnya tokoh-tokoh politik yang disegani seperti Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Nik Aziz Nik Mat, Najib Tun Razak dan lain-lain.

Konsep pengagihan kuasa juga dapat mensejahterakan kehidupan rakyat apabila banyak program-program kerajaan telah berjaya membenteras kadar kemiskinan rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) , Dasar Pembangunan Nasional. Selain itu, melalui badan Pelaksana pengagihan kuasa juga turut membantu meningkatkan kebajikan rakyat agar terpelihara. Misalnya, kerajaan telah meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai bantuan BRIM, Klinik 1 Malaysia,

Perumahan Rakyat mampu milik dan lain-lain. Selain itu, melalui kementerian pendidikan, perpaduan kaum dapat diwujudkan antara kaun seperti Dasar 1 Murid 1 Sukan, mewujudkan Sekolah

Wawasan, Sekolah Intergrasi, serta Dasar Kebudayaan.

Pengagihan kuasa dalam pemerintahan juga telah berjaya menwujudkan kehidupan

rakyat yang aman apabila kerajaan dapat menyusun pelbagai aktiviti seperti rakyat bebas

berpersatuan, bebas menyuarakan pendapat, bebas berhimpun secara aman. Selain itu, pengagihan kuasa juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat apabila agensi-agensi kerajaan seperti MARA, FAMA, Mardi Risda dapat membantu meningkatkan pendapat para petani/rakyat.

Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri juga dapat merapatkan

hubungan baik antara wilayah malah pembangunan wilayah dapat dimajukan. Selain itu, hak-hak asasi rakyat dapat dilindungi melalui undang-undang dan akta-akta yang telah digubal oleh badan

perundangan serta badan pelaksanaan.

Pengagihan kuasa pemerintah dapat menjadikan pentadbiran negara lebih bersistematik dengan lahirnya sistem e-filing, my eg, e-maklum, Hrmis dan dapat mewujudkan

keberkesanan pentadbiran apabila berjaya mengelakkan salah guna kuasa dengan adanya badan-badan penguatkuasaan seperti SPRM.

(7)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

Soalan 10 : Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat.

Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat kerana dapat memastikan kestabilan politik iaitu tidak berlakunya huru hara. Selain itu pentadbiran yang adil dan telus membolehkan rakyat mendapat hak yang sama alam semua bidang. Pentadbiran yang adil dan telus juga membolehkan rakyat dapat menikmati pembangunan negara yang sama rata tanpa mengira kaum mahupun tempat tinggal. Seterusnya, dapat menggelakkan berlakunya

diskriminasi terhadap rakyat dalam pemilikan harta dan membolehkan rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni sesuai dengan konsep Satu Malaysia.

Sistem pentadbiran yang adil dan telus membolehkan Malaysia yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Di samping itu

membolehkan rakyat dapat menikmati kemudahan prasarana yang lengkap dan moden seperti pembinaan leburaya Timur Barat dan mendapat peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang pertanian dan perindustrrian. Kerajaan juga dapat menarik pelabur asing melabur modal di Malaysia .Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat menyediakan pemerintahan yang cekap di mana rakyat dapat berurusan dengan mudah dan cepat dan dapat mengurangkan berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

==============================================================================

Andaian Soalan ARAS :

7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARAN- CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk

mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah Cadangan = 5m Langkah = 5m

Soalan 11 :

Cabaran dan usaha-usaha untuk perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat

Cabaran malaysia menjadi sebuah negara maju dan langkah-langkah

Cabaran

Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan kepada rakyat ialah terdapatnya segelintir kakitangan kerajaan yang terlibat dalam

gejala rasuah.

Selain itu, terdapat segelintir kakitangan perkhidmatan awam yang kurang berintergriti

dalam menjalankan tugas dan dasar kerajaan. Tambahan pula, di dalam jabatan kerajaan, berlaku ketirisan dalam pengagihan peruntukan kewangan dalam kementerian dan jabatan kerajaan untuk program pembangunan negara serta kurang kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaann negeri yang berlainan ideologi politik.

Di samping itu, terdapat juga kakitangan yang kurang berpengalaman dalam menjalankan

tugas yang diamanahkan. Akhir sekali berlaku pertindihan bidang kuasa sesetengah kementerian menyebabkan belaku ketidakcekapan dan pembaziran pengurusan. Langkah

Antara langkah-langkah untuk memastikan pentadbiran kerjaan yang cekap dan berkesan kepada rakyat ialah menguatkuasakan undang-undang rasuah dan memperkasakan bidang

kuasa SPRM.

Selain itu, kerajaan perlu memantapkan Integriti Pegawai Perkhidmatan Awam melalui

program agama, seminar, bengkel dan sebagainya. Tambahan pula pihak kerajaan perlu meningkatkan kecekapan pemantauan terhadap intergriti kakitangan awam dengan

mengadakan Audit berkala serta mewujudkan kesefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira ideologi politik.

Di samping itu, kakitangan yang baru dilantik perlu diberikan latihan yang secukupnya

dalam bidang yang berkaitan. Akhir sekali kerajaan perlu menyusun bidang tugas kementerian dan jabatan kerajaan agar pertindihan bidang kuasa tidak berlaku.

(8)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8 Andaian Soalan ARAS :

8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,

iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

IKTIBAR – mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 12 : a) Nilai-nilai murni yang patut dimiiliiki oleh setiap warganegara Malaysia demi

mempertahankan maruah negara dan bangsa.

b) Nyatakan nilai-nilai murni, nilai patriotisme dan iktibar daripada sistem pemerintahan di

Malaysia

Antara nilai-nilai patriotisme yang terdapat dalam tajuk ini ialah nilai taat setia kepada negara iaitu perlantikan senator mencermin kecemerlangan sumbangan mereka dalam perkhidmatan awam dan lain-lain. Selain itu, nilai tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pemerintah negara dapat dilihat atas perlantikan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan serta Perlantikan Lembaga Pengarah.

Iktibar yang diperolehi daripada sistem pemerintahan di Malaysia ialah pengasingan kuasa dapat menggelakkan daripada perebutan kuasa antara badan Perundangan, Pelaksanaan dan kehakiman. Seterusnya, Iktibar yan diperoleh ialah rakyat dapat hidup dengan aman, sejahtera dan

harmoni walaupun hidup berbilang kaum. Di samping itu, rakyat Malaysia perlunya bertoleransi dan kerjasama antara pemimpin demi kedaulatan negara. Iktibar seterusnya pemimpin mestilah rakyat

didahulukan , pencapian diutamakan dalam semua aspek pentadbiran. Selain itu,pemimpin juga hendaklah bermaufakat dalam melaksanakan semua dasar kerajaan bagi menjamin pembangunan sosioekonomi yang mapan. Sementara itu, rakyat Malaysia perlulah patuh kepada undang-undang dan menjunjung Perlembagaan negara sebagai peraturan tertinggi. Kita juga perlu menghormati

keputusan bidang kehakiman yang telah diputuskan, sebarang ketidak puashatian bolehlah dibuat

rajuan di mahkamah yang lebih tinggi. Seharusnya, semua Pegawai Kakitangan Awam mempunyai

Intergriti yang tinggi ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.

===========================================================================

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

. Pengetahuan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui fungsi dan peranan serta

tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan Pelaksanaan, Badan pelaksana dan badan kehakiman.

Antara iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah saya perlu mematuhi

perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi. Di samping itu, kita seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar bangsa Malaysia bersama-sama berkerjasama memakmurkan negara. Selain itu, kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang dizahirkan oleh para pemerintah agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.

Antara harapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah saya berharap

generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin terdahulu dan sekarang. di

samping itu, saya juga turut berharap agar saya dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama

mengembleng tenaga dan idea untuk memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.

Referensi

Dokumen terkait

EFEKTIFITAS FLASH CARD DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF PADA SISWA TUNARUNGU KELAS TK-A2 DI SLB NEGERI CICENDO KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia |

pertambangan. Mereka yang membiayai hal ini terdorong oleh keuntungan yang dat diperoleh dari tiap ons akstraksi logam mulia dan harga tinggi pasar emas selama ini

atas segala nikmat cahaya ilmu pengetahuan, kemudahan serta petunjuk yang telah diberikan sehingga dapat terselesaikan dengan baik penulisan tesis dengan Pengujian Keseragaman

EFEKTIFITAS FLASH CARD DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF PADA SISWA TUNARUNGU KELAS TK-A2 DI SLB NEGERI CICENDO KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia |

Laporan Tugas Akhir ini mengkaji tentang masalah potensi wisata yang terdapat di Pasar Jumat Karanganyar, strategi pengembangan Pasar Jumat Karanganyar, dan

Obat herbal Indonesia yang awalnya digunakan secara tradisional oleh masyarakat secara turun temurun telah berkembang pesat ditandainya dengan meningkatnya produk obat herbal dari

Citra diri (self image) pada subjek penelitian berada dalam kategori tinggi dengan mean empiric sebesar 72dengan prosentase sebesar 60 %.salah satu faktor yang

Bila dalam pengambilan keputusan secara aklamasi teijadi kemacetan (dead klock) yang berarti ada yang setuju dan tidak setuju, maka musyawarah diskors / ditunda untuk