Cara-cara menggembirakan hati ibu bapa
bu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kta. Tulis karangan cara-cara kamu menggembirakan hati ibu bapa.
bu bapa merupakan insan terpenting. Tanpa mereka, kita tak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih saying yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhiak mulia. Akhiak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama,
menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya.
Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabia mendapati anakanak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rojin belojar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemeriang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestliah rojin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kta juga harusiah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerio-kerja yang sesuai seperti menjoga adik, mengemas rumah dn sebagainya. Dengan itu, kita kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggemb irakan hati mereka.
Selain itu, ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercokap dengan sopan, bersalam dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira.Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.