KERJA KURSUS SEJARAH STPM
NAMA: SITI NUR EMYLIA BINTI AZHAR TEMA: SEJARAH SUKAN
TAJUK: SEJARAH ASAL USUL PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN STADIUM 1.0 PENGENALAN
Stadium Nasional Bukit Jalil terletak di Kuala Lumpur. Stadium ini adalah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton. Memenangi anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan sukansea 2017. Kajian ini telah menarik minat saya untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk lebih mengetahui keunggulan Stadium yang menjadi salah satu mercu tanda pembangunan negara Malaysia.
Seterunya, stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjur Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pada tersebut. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400meter, lari jauh berhalangan dan lompot air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.
Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada tahun Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah
paras dasar di seterusnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang. 100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbang kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan. Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindasan tiga barisan. Bumbung membran ini menutupi 38,000meter persegi. Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan, sistem lampu sorot yang telah diprogramkan menggunakan lampu halide logam untuk menyumbangkan tahap percahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk lipatan TV.
2.0 Sejarah latar belakang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia, Stadium Nasional Bukit Jalil berdiri tegak sebagai lambang kemegahan negara terhadap sukan dan komitmennya untuk menganjurkan acara bertaraf dunia. Stadium ikonik ini telah menjadi simbol kecemerlangan sukan Malaysia dan venue di mana pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan telah terpahat dalam minda atlet dan penonton. Daripada menganjurkan acara sukan antarabangsa sehinggalah menjadi sebagai promosi kepelbagaian budaya negara, Stadium Nasional Bukit Jalil memegang tempat yang istimewa dalam sejarah dan identiti Malaysia.
3.0 Sejarah perkembangan yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 1994-2020.
Stadium Nasional Bukit Jalil telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan antarabangsa yang berprestij. Dari Sukan Komanwel pada tahun 1998 hingga Sukan Para ASEAN dan Sukan Asia Tenggara, stadium ini telah menyaksikan detik-detik kejayaan, semangat kesukanan, dan persahabatan yang tidak terkira banyaknya. Kemudahan
tercanggihnya, termasuk trek dan padang bertaraf dunia, telah menarik minat atlet dari seluruh dunia, menyumbang kepada pertumbuhan sukan di rantau ini.
Kekayaan sejarah stadium ini juga menjangkau ke alam bola sepak (bola sepak). Sebagai gelanggang tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan beberapa kelab bola sepak domestik, stadium ini telah menyaksikan perlawanan mendebarkan dan kemenangan yang bersejarah.
4.0 Sejarah pembangunan yang dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bandaraya Sukan Kuala Lumpur yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Projek berprestij ini setanding dengan KLIA dan KLCC.Bandaraya Sukan ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.
Kawasan utama Bandaraya Sukan terdiri dari lima bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 85,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional, Stadium Putra, Pusat Skuasy Nasional dan Stadium Hoki Nasional. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.
5.0 Sejarah reka bentuk dan kemudahan fasiliti yang disediakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Stadium Nasional Bukit Jalil adalah sebuah gabungan antara keajaiban seni bina dan kejuruteraan moden. Direka oleh firma terkenal di peringkat global (Populous), reka bentuk
stadium yang anggun dan inovatif digabungkan dengan landskap sekeliling yang cantik.
Kapasitinya yang mengagumkan iaitu lebih 87,000 tempat duduk menjadikannya salah satu stadium terbesar di Asia Tenggara, menyediakan ruang yang luas untuk peminat yang bersemangat untuk berkumpul dan menyokong pasukan dan atlet kegemaran mereka.
Menempatkan padang yang bersaiz 105m x 65m yang juga dilingkungi trek sintetik 9 lorong berukuran 400meter yang dibina mengikut spesifikasi badan-badan sukan antarabangsa.
Trek berukuran 6meter x 60meter turut terdapat di sini bagi tujuan atlet memanaskan badan.Rekabentuk keseluruhan bangunan ini memisahkan kedudukan kumpulan yang berbeza iaitu atlet, pegawai, penonton, VIP dan kakitangan media. Penonton memasuki stadium melalui dataran utama yang berada di aras sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium.Selain itu, terdapat juga tempat duduk DiRaja, korporat dan ruang istirehat. Kawasan media yang berasingan itu termasuklah pejaba-pejabat berita, bilik penyiaran dan bilik kelengkapan teknikal.
Diaras satu terdapat bilik persalinan, bilik sauna serta bilik untuk pengadil dan jurulatih.
Kemudahan-kemudahan pengurusan pertandingan, perkhidmatan keselamatan dan penyimpanan kelengkapan juga terdapat di sini.Sistem bunyi dinamik juga terdapat di sini.
Sistem lampu limpah yang diprogramkan terdahulu adalah dilengkapi dengan lampu halida berlogam yang sesuai untuk liputan TV. Dua papan mata matriks video berwarna (scoreboard) terletak di penghujung sebelah utara dan selatan stadium.Papan mata ini dilengkapi dengan sistem penilaian keputusan dan pengaturan masa SEIKO yang memberikan maklumat mengenai maklumat acara-acara dan para peserta. Papan mata ini turut dilengkapi dengan skrin CRT (tiub Sinar katod) berteknologi tinggi yang berupaya memberikan paparan video aksi pantas dari kamera tempatan, pita rakaman terdahulu dan isyarat-isyarat TV.