• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Emcee Khatam Al-Quran

N/A
N/A
Sakinah Ramlee

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Emcee Khatam Al-Quran"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KATA-KATA ALUAN

Bismillahhirrahmannirrahim……

1. Yang Berusaha Puan Hajah Surati binti Hj Md Aji, guru besar SK Landung Ayang

2. Encik Md Asmara bin Md Hairi, Penolong Kanan 1 SK Landung Ayang 3. Puan Juna Annie Jilan, Penolong Kanan HEM SK Landung Ayang 4. Encik Ismail bin Julsali, Penolong Ko-kurikulum SK Landung Ayang 5. Encik Tamonong bin Jalilul, Guru Bimbingan dan Kaunseling

6. Rakan-rakan guru, murid-murid serta warga SK Landung Ayang yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani.

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis khatam Al-Quran dan penutupan Ihya’ Ramadan peringkat SK Landung Ayang tahun 2023.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Rahmatul Ashak untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PENYELARAS Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penyelaras program yang akan disampaikan oleh Cik Aina Mardhiah. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Aina atas ucapan itu tadi.

(2)

UCAPAN GURU BESAR

Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam;

Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Puan Hajah Surati binti Hj Md Aji, guru besar SK Landung Ayang untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadan peringkat SK Landung Ayang tahun 2023.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih Puan Hajah Surati atas ucapan itu tadi.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

__________________________________________________________ bagi mengetuai bacaan khatam Al-Quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan bacaan khatam Al-Quran

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ______________________________________ atas penyempurnaan majlis khatam Al- Quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

PEMBERIAN CENDERAHATI (PESERTA KHATAM AL-QURAN) Seterusnya,

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati kepada peserta khatam Al- Quran

Untuk itu, majlis menjemput Puan Hajah Surati binti Hj Md Aji, guru besar SK Landung Ayang, diiringi Encik Md Asmara, Penolong Kanan 1 SK Landung Ayang bagi menyampaikan cenderahati kepada para peserta.

(3)

Ikut senarai murid

PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN ASNAF

Seterusnya merupakan sesi pemberian duit raya kepada anak yatim dan asnaf.

Dipersilakan, (untuk menerima sumbangan) Ikut senarai murid

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Surati atas kesudian menyampaikan cenderahati dan sumbangan duit raya sebentar tadi.

PENUTUP

hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka berakhir sudah majlis kita pada hari ini.

Harum baunya Si bunga cengkih Dibawa orang dari ambon

Buang yang keruh ambil yang jernih Jari disusun maaf dipohon.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Referensi

Dokumen terkait

karena atas rahmat dan hidayah-Nya, tesis yang berjudul “Satuan Lingual Yang Mengandung Pronomina Persona Pertama Pada Teks Terjemahan Al Quran” akhirnya dapat diselesaikan

keselamatan di akhirat. Al-quran memotivasi manusia untuk mengisi hidup dengan dinamis dan menjalaninya dengan penuh optimistis. Juga Al-quran mendorong manusia untuk

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN.. Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan 150 orang murid dan guru-guru SKK. Acara

Objek dalam penelitian ini adalah kalimat penegasan pada teks terjemahan Al Quran surat Al Ahzab yaitu, penanda kalimat penegasan, topik-topik yang ditegaskan serta hubungan

Setiap pelajar perlu membaca surah al-Fatihah sebelum memulakan bacaan al-Quran sempena Majlis Khatam Quran Islam telah menetapkan bahawa setiap perbuatan dalam kehidupan

Adapun tujuan dari penelitian ini sebagai berikut: Untuk mengembangkan sebuah aplikasi mobiIe Al-Quran Tikrar yang bertujuan membantu pengguna daIam menghafal Al- Quran

Tempoh pelaksanaan bagi program ini adalah di mana murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga

• HADITH 30 HADITH 30 Ganjaran untuk orang yang membaca dan mendengar Ganjaran untuk orang yang membaca dan mendengar bacaan al-Quran bacaan al-Quran •.. • HADITH 31 HADITH