(1)Cukai perkhidmatan atas talian import dilaksana berperingkat
Bebas
2
0
0
Teks penuh
(2) Terdahulu, Johan menghadiri Majlis Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Belanjawan 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang dirasmikan Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith. Johan berkata, buat permulaan, kerajaan akan mengadakan hubungan dengan syarikat besar perkhidmatan atas talian untuk berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan mereka di Malaysia. Beliau berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaan cukai itu termasuk pendaftaran syarikat yang menyediakan perkhidmatan atas talian yang diimport akan diumumkan oleh pihak Kastam. Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. –BERNAMA. Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research..
(3)
Dokumen terkait
Dari pengertian di atas dapat disimpulkan bahwa pelayanan publik merupakan salah satu output dari terciptanya good governance, dengan cara membentuk pemerintah yang transparan dan
Semua penyedia perkhidmatan kewangan dan rantaiannya yang diluluskan termasuk: • Institusi perbankan, insurans/takaful, kewangan pembangunan • Pengendali sistem pembayaran •