• Tidak ada hasil yang ditemukan

Abstrak - Portal Ewarga UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Abstrak - Portal Ewarga UKM"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Abstrak

Persoalan tentang kecerdasan telah lama dikemukakan oleh ahli falsafah dan saintis. Dengan kemunculan komputer, persoalan ini dikaji semula daripada perspektif kecerdasan buatan. Adakah komputer boleh mempunyai kecerdasan? Soalan ini telah membawa kepada isu bahasa, pemikiran, kreativiti, nilai dan budaya. Pelbagai teori, hipotesis dan model disentuh untuk memahami tentang hakikat kecerdasan, pengetahuan dan kreativiti yang dimiliki manusia. Teori dan hipotesis seperti Ujian Turing, Bilik Cina, Bilik Korea, Bilik Melayu, hipotesis Sapir-Whorf, teori gambaran makna Wittgentein, teori padanan kebenaran Karl Popper dan hipotesis refleksiviti Soros dikupas untuk memahami ciri dan isu berkaitan. Model tiga-dunia dualisme otak-minda dan model pemikiran berstruktur aras-n dibincang untuk memahami proses pemikiran kreativiti manusia dan implikasinya kepada komputer. Selepas mengkaji di peringkat falsafah, kita perlu pijak ke bumi nyata membina sesuatu yang konkrit yang boleh membantu dalam meneruskan kehidupan harian sebagai insan yang mempunyai roh dan juga jasad. Isu yang ditumpukan berikutnya ialah bagaimanakah bahasa dan kecerdasan dapat dilaksanakan dalam bidang capaian maklumat. Model Boolean dan model ruang vektor yang merupakan model konvensional dalam sistem capaian maklumat dilawati semula dengan mengutarakan kelemahan masing-masing. Model logik-linguistik dibincang dan dilihat daripada perspektif bagaimana kelemahan model konvensional diatasi. Reka bentuk algoritma cantasan dan pengkodan juga disentuh sebagai teknik untuk meningkatkan keberkesanan capaian. Algoritma ini dibangunkan untuk menilai prestasi beberapa pendekatan. Seluruh perbincangan dilakukan berdasarkan Kerangka Holistik Pengetahuan dalam teknologi maklumat.

Bahasa, Kecerdasan 5 7/20/07, 10:27 AM

(2)

Abstract

The question of intelligence has been asked by philosophers and scientists since time immomerial. With the advancement of computer, this question has been revisited in the light of artificial intelligence. Does computer capable of possessing intelligence?

In the quest for the answer, the question has led us to the issues of language, thinking, creativity, values, dan culture. Various theories, hypotheses, and models have been delved with in order to understand the nature of intelligence in human being. The theories and hypotheses such as Turing Test, Chinese Room, Korean Room, Malay Room, hypothesis Sapir-Whorf, Wittgentein’s picture theory of meaning, Karl Popper’s correspondence theory of truth, and Reflexivity Hypothesis of Soros have been articulated to understand the characteristics and issues at hands. The three world model of body-mind dualism and n-level structured mind model are discussed to understand human intelligence and its implication to computers. After dwelling in the discourse of philosophical dicussion, we have to decent to the ground level of reality in building something concrete that can help us to continue our lives as human being with the soul as well as the body. The issue discussed there on is how language and intelligence can be applied in the field of information retrieval. Boolean model and vector space model are revisited and their short comings reiterated. Logic-linguistik model is discussed and viewed in the perspective how it overcomes the short comings of the conventional model. Coding, stemming and meaning extraction algorithms are illustrated as techniques which are used to enhance the effectiveness of retrieval. These algorithms are developed to evaluate the performance of several approaches. The whole discussion is done in accordance to an Holistic Framework of Knowledge in information technology.

Bahasa, Kecerdasan 6 7/20/07, 10:27 AM

(3)

Biodata

Tengku Mohd dilahirkan pada 11 Jun 1953 di Kampong Masjid, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi MARA dalam bidang sains komputer. Pada 1974, beliau ke Brighton Politechnic di United Kingdom untuk mengikuti program Bachelor (Hons) Computer Science di Department of Computer Science and Cybernetics. Pada September 1975, beliau ke bandar Runcorn menjalani latihan industri secara sandwic di Daresbury Nuclear Physic Laboratory dan berpeluang menulis atur cara untuk mengawal reaktor nuklear.

Tengku Mohd kembali ke tanah air dan memulakan alam perkerjaan sebagai Juru Analisis Sistem di Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri pada 1977. Pada Disember 1978, beliau berpindah ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tutor di Unit Statistik dan Sains Komputer. Beliau kemudian dihantar ke Iowa University, Amerika Syarikat dan pulang dengan ijazah Master of Science dalam Sains Komputer pada Mei 1981.

Beliau sekali lagi ke United Kingdom untuk menyambung pengajian peringakat Ph.D dalam Sains Komputer di Glasgow University, dengan pengkhususan Capaian Maklumat.

Dalam hal pentadbiran di UKM, Tengku Mohd pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains Komputer, Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Beliau mengetuai pasukan penubuhan FTSM pada 1995 dan mencorak kurikulum pertama program pengajian Teknologi Maklumat. Pada 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan. Selepas lebih 30 tahun dalam bidang sains komputer. Bidang pengkhususan beliau merentasi pelbagai pengkhususan termasuk pangkalan data, kepintaran buatan, capaian maklumat, multimedia, kajian strategi teknologi maklumat, serta falsafahnya.

Sepanjang kerjaya akademik, beliau telah menerbitkan lebih seratus kertas ilmiah; memenangi medal reka cipta di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa (empat dari Saloon New Inventions and Innovations, Geneva, dan dua dari British Invention Show, London); menyelia lebih 12 pelajar peringkat doktor

Bahasa, Kecerdasan 63 7/20/07, 10:27 AM

(4)

64 / Bahasa, Kecerdasan dan Makna Sekitar Capaian Maklumat

falsafah; memegang jawatan dalam persatuan akademik (Timbalan Presiden Persatuan Kecerdasan Buatan Malaysia, Pengerusi Persatuan Capaian Maklumat dan Pengurusan Pengetahuan, dan Pengerusi Protem Institut Teknologi Maklumat Malaysia);

membentang kertas jemputan dalam persidangan di peringkat kebangsan dan antarabangsa; serta mengetuai dan melaksana penyelidikan dibiayai oleh pelbagai geran termasuk British Council, UNESCO, MIMOS, IRPA, FRGS, Science Fund, Techno Fund, dan Multimedia Grant Scheme.

Sebagai khidmat beliau kepada masyarakat, beliau telah menyumbang kepakaran sebagai Pengerusi Penggubalan Kurikulum Pekomputeran STPM, Pengerusi Penggubalan Kurikulum Program Sains Komputer Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Panel Panasihat Akademik UNITEN, UiTM, UUM, dan beberapa buah IPTS, Panel Penilai LAN, dan Panel Penilai Kenaikan Pangkat Jawatan Profesor beberapa buah IPTA dan IPTS. Beliau juga aktitif dalam pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan ICT diperingkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa seperti Ketua Bidang Tuhajan ICT UKM, Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Jawatankuasa Penilai Sektor Perkhidmatan IRPA, Ahli Panel Penilai Geran Science Fund, dan Ahli Mesyuarat Etika Sains & Teknologi Asia Pasifik UNESCO. Beliau dianugerahkan sebagai Guru ICT Cemerlang oleh Kementeri Tenaga, Air dan Komunikasi, MAXIS dan Malaysian Computer Confederation pada tahun 2004. Kini beliau dipinjamkan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan).

Bahasa, Kecerdasan 64 7/20/07, 10:27 AM

Referensi

Dokumen terkait

Borang Penilaian – Maklumat Pegawai Dinilai Sila klik Penilaian LNP – Penilai 1 untuk ke senarai pegawai dinilai Paparan status

KADRI PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F44 PEJ DEK FAK TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT [email protected] Tel : 26 K006112 HAFIZHAH SUZANA BT HUSSIEN

Chang Peng kee Ketua Program Komunikasi Maklumat Pusat Pengajian media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 1 Mei 2011 hingga 30 April 2014 42.. Zarina Shukur

Shahrul Azman Mohd Noah, Lily Nurliyana Abdullah, Tengku Mohd Tengku Sembok, Khairuddin Omar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Multimedia VASD-Video Action Scene Dectector PERAK

Perakuan Pencapaian SKT & Proses Kepada Penilai 1 Klik butang perakuan untuk memperakukan maklumat pencapaian yang telah selesai dan pos kepada penilai

Fakulti / Pusat / Institut dikehendaki mengemukakan maklumat calon-calon yang lengkap kepada pihak pentadbiran Jabatan Pendaftar untuk temuduga/pertimbangan yang meliputi: a Borang

IC / Fakulti Peringkat / Bidang Pengajian Universiti / Negara Keputusan 1 Nor Haslina binti Ja’far 761029-04-5058 Fakulti: Kejuruteraan Doktor Falsafah – Kejuruteraan Kimia

YUSOFF PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN LESTARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA UKM PENGENALAN Zamalah Datin Miriam Mohd.. Yusoff diwujudkan untuk