• Tidak ada hasil yang ditemukan

Acanthamoeba Terhadap Sista Acanthamoeba Isolat Klinikal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Acanthamoeba Terhadap Sista Acanthamoeba Isolat Klinikal"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/bsk

Copyright © 2021 Faculty of Health Science UKM. All right reserved Artikel Asli/Original Article

Keberkesananan Larutan Disinfektan Kanta Sentuh Sebagai Agen Anti- Acanthamoeba Terhadap Sista Acanthamoeba Isolat Klinikal

The Effectiveness of Contact Lens Disinfecting Solutions as Anti-Acanthamoeba Agents Against Clinical Acanthamoeba Cyst Isolates

MAZLAN, M., MOHAMED KAMEL, A. G., SHAHIRAH, S., NUR HAZIQAH, O., NUR EMILIA, O., NUR ATHIKAH, J., ANISAH, N. & NORAINA, A. R.

ABSTRAK

Insiden keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pemakai kanta sentuh semakin meningkat di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Penggunaan kanta sentuh telah dikenalpasti sebagai faktor risiko utama bagi keratitis Acanthamoeba.

Larutan disinfektan kanta sentuh yang mempunyai kesan anti-Acanthamoeba seharusnya dapat memberi perlindungan daripada jangkitan tersebut. Bagaimanapun, keberkesanan larutan disinfektan kanta sentuh dalam pasaran terhadap Acanthamoeba adalah diragui. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan dua jenis larutan disinfektan kanta sentuh terhadap sista Acanthamoeba yang diisolasi daripada sampel klinikal. Ujian keberkesanan disinfektan kanta sentuh dijalankan dengan mengambil kira masa rendaman yang disyorkan oleh pengeluar iaitu 4 jam, 6 jam dan 8 jam. Larutan disinfektan kanta sentuh jenama AOSEPT® Plus dan Boston ADVANCE™ telah diuji ke atas 2 isolat klinikal Acanthamoeba iaitu HS72 dan HUKM 74. Suspensi sista disedia dan ditumbuhkan di atas agar bukan nutrien (NNA) selama 10 hari. Sista bagi setiap isolat direndam dalam larutan disinfektan kanta sentuh dan kemudiannya ditumbuhkan di atas NNA yang dilapisi dengan bakteria E. coli matian haba dan diinkubasi pada suhu 30°C (± 2°C). Plat agar diperhatikan di bawah mikroskop songsang setiap hari sehingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit. Kajian menunjukkan bahawa jenama AOSEPT® Plus berkesan membunuh sista kedua–

dua isolat klinikal Acanthamoeba manakala jenama Boston ADVANCE™ pula tidak berkesan dalam membunuh sista Acanthamoeba. Ini menunjukkan bahawa terdapat larutan disinfektan kanta sentuh di pasaran yang tidak berkesan dalam membunuh sista Acanthamoeba dan ini akan meningkatkan lagi risiko jangkitan keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pemakai kanta sentuh.

Kata kunci: Acanthamoeba, isolat klinikal, keberkesanan, disinfektan kanta sentuh, Malaysia

ABSTRACT

The incidence of Acanthamoeba keratitis among contact lens wearers is increasing worldwide including Malaysia.

Contact lens wear has been identified as a main risk factor for contrating Acanthamoeba keratitis. Contact lens disinfecting solutions with anti-Acanthamoeba activity should be able to protect wearers from the infection.

However, the effectiveness of the contact lens disinfecting solutions in the market against Acanthamoeba is doubtful. This study was conducted to determine the effectiveness of two types of contact lens disinfecting solutions against Acanthamoeba cysts of clinical isolates. The evaluation of the contact lens disinfecting effectiveness is carried out based on the manufacturer’s recommended immersion time of 4 hours and with immersion times of 6 and 8 hours. The AOSEPT® Plus and Boston ADVANCE™ brand contact lens disinfecting solutions were tested on 2 Acanthamoeba clinical isolates, HS 72 and HUKM 74. Cyst suspension is prepared using cyst isolates grown on non-nutrient agar (NNA) for 10 days. Each cyst isolate was exposed to the contact lens disinfecting solution and then grown on NNA seeded with heat killed E. coli and incubated at 30 ° C (± 2 ° C). The plates were examined under an inverted microscope every day until the 14th day to observe the presence of trophozoites. This study showed that AOSEPT® Plus was effective in killing both clinical isolates of Acanthamoeba cysts while Boston ADVANCE ™ brand was ineffective. This indicates the existence of contact lens disinfecting solution in the market that does not have anti-Acanthamoeba activity to prevent Acanthamoeba infection among contact lens users.

Keywords: Acanthamoeba, clinical isolate, effectiveness, contact lens disinfectant, Malaysia

(2)

PENGENALAN

Acanthamoeba merupakan organisma parasitik yang hidup bebas dan boleh ditemui di persekitaran terutamanya di dalam air, tanah dan udara (De Jonckheere, 1991; Cope et al. 2016). Selain itu, ia juga boleh ditemui daripada spesimen pesakit seperti kikisan kornea, tisu paru-paru dan cecair serebrospina (Marciano-Cabral & Cabral 2003).

Acanthamoeba boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan utama melalui ciri-ciri morfologi sista iaitu kumpulan Astronyxid, Polyphagid dan juga Culbertsonid (Pussard & Pons, 1977). Acanthamoeba mempunyai dua fasa kitar hidup iaitu peringkat trofozoit dan sista. Trofozoit adalah peringkat aktif dan infektif manakala sista pula adalah dorman dan lebih rintang terhadap persekitaran luar.

Disebabkan Acanthamoeba adalah organisma yang hidup bebas di persekitaran, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang disebabkan oleh parasit ini adalah keratitis Acanthamoeba (AK), ensefalitis amebik bergranuloma (GAE) dan acanthamoebiasis kulit (Da Rocha-Azevedo et al. 2006; Johnston et al. 2009).

Antara ketiga-tiga penyakit yang disebutkan di atas, keratitis Acanthamoeba adalah penyakit yang lebih kerap berlaku dan sering dikaitkan dengan individu yang memakai kanta sentuh.

Keratitis Acanthamoeba merupakan jangkitan pada kornea dan jika tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan kekal (Kilvington & White 1994). Pemakai kanta sentuh merupakan individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan ini (Dart et al. 1991). Di Malaysia, kes pertama jangkitan AK dilaporkan oleh Kamel dan Norazah pada tahun 1995. Kes ini menjadi titik permulaan jangkitan AK di Malaysia dan secara tidak langsung memberi kesedaran dalam kalangan pakar mata berkenaan dengan jangkitan AK (Kamel &

Norazah 1995).

Antara faktor jangkitan AK adalah berkaitan dengan cara penjagaan kanta sentuh yang tidak betul, kurang menjaga kebersihan dan cara penyimpanan kanta sentuh yang salah. Selain itu, kecederaan pada mata secara mekanikal dan penggunaan bahan kimia juga menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan AK (Stehr-Green et al. 1987).

Larutan disinfektan dihasilkan bagi tujuan penghapusan dan pemusnahan bakteria, kulat dan virus. Keupayaan ini diperlukan bagi mengelakkan jangkitan okular yang teruk seperti keratitis Acanthamoeba (Cano-Parra et al. 1999). Larutan disinfektan kanta sentuh yang baik perlu mempunyai aktiviti anti-mikrob (Zhu et al. 2007) dan dengan itu kami menilai 2 jenama larutan disinfektan kanta sentuh yang ada di pasaran.

BAHAN DAN KAEDAH

ISOLAT Acanthamoeba

Isolat Acanthamoeba diperolehi daripada Makmal Kultur Acanthamoeba, Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Subkultur adalah daripada isolat kes klinikal iaitu HS 72 dan HUKM 74. Sista yang digunakan adalah daripada kumpulan II iaitu daripada kumpulan polyphagid.

Acanthamoeba disubkultur di atas agar bukan nutrien dan dibiarkan selama 14 hari supaya kesemua trofozoit bertukar menjadi sista yang matang bagi tujuan kajian ini.

LARUTAN DISINFEKTAN KANTA SENTUH Jenama Boston ADVANCE™ dan AOSEPT® Plus telah digunakan sebagai disinfektan kanta sentuh pada kajian kali ini. Bagi memastikan kajian yang dijalankan memperolehi keputusan yang dikehendaki, kedua dua jenama ini telah dipastikan belum luput tarikh. Larutan disinfektan tersebut disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 4°C dan dielakkan daripada terdedah kepada cahaya secara terus.

KAEDAH PEMPROSESAN SAMPEL

Kajian keberkesanan disinfektan kanta sentuh dijalankan di dalam plat mikrotiter 24 perigi. Suspensi sista divorteks selama satu minit sebelum digunakan supaya sista berterabur rata dalam salin page. Sebanyak 100µl larutan disinfektan dipipetkan ke dalam telaga mikrotiter bersama 10µl suspensi sista Acanthamoeba.

Campuran dibiarkan selama 4 jam iaitu masa yang disyorkan oleh pengeluar larutan disinfektan 6 jam dan 8 jam sebagai ‘overnight soaking’. Kawalan positif dan negatif dilakukan serentak bersama sampel ujian.

Selepas masa rendaman, sebanyak 100µl setiap sampel dipipetkan ke atas agar bukan nutrien yang mengandungi E. coli matian haba. Plat dimeterai dengan parafilem untuk mengelakkan pengeringan dan kontaminasi berlaku. Seterusnya, plat diinkubasi pada suhu 30°C selama tiga hari. Kehadiran trofozoit Acanthamoeba ditentukan dengan pemerhatian plat agar dibawah mikroskop songsang setiap hari selama 14 hari.

HASIL KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis kumpulan Acanthamoeba isolat klinikal yang diperolehi daripada Makmal Kultur Acanthamoeba, Hospital Canselor Tuanku Muhriz berdasarkan morfologinya telah ditentukan. Pemerhatian di bawah mikroskop songsang

(3)

mendapati kedua –dua isolat klinikal HS 72 dan HUKM 74 adalah daripada kumpulan II iaitu polyphagid.

Larutan disinfektan kanta sentuh jenama AOSEPT® Plus dan Boston ADVANCE™ telah digunakan dalam kajian ini. Keberkesanan kedua–dua larutan disinfektan ini juga telah diuji terhadap kedua- dua isolat Acanthamoeba yang berbeza sumbernya.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, keputusan ujian mendapati bahawa kedua dua larutan iaitu AOSEPT® Plus dan Boston ADVANCE™ mempunyai keputusan yang berbeza terhadap kedua-dua isolat sista Acanthamoeba sampel klinikal setelah direndamkan dalam masa rendaman yang disyorkan oleh pengeluar iaitu 4 jam, 6 jam dan 8 jam.

Mengikut jadual 1, jenama AOSEPT® Plus berkesan dalam membunuh kedua-dua isolat sista Acanthamoeba apabila ujian menunjukkan tiada kehadiran trofozoit Acanthamoeba selepas diinkubasi selama 14 hari pada suhu 30°C dan ia direkodkan sebagai negatif. Manakala jadual 2 menunjukkan keputusan positif menggunakan larutan disinfektan jenama Boston ADVANCE™ apabila terdapat kehadiran trofozoit pada plat agar selepas dieramkan selama 14 hari. Bagi mengelakkan keputusan ujian adalah bias, pemerhatian mikroskopik telah dilakukan oleh dua orang pemerhati bagi mengesahkan keputusan yang diperolehi daripada ujian yang telah dijalankan.

Bagi memastikan keputusan yang diperolehi adalah mengikut piawaian, kawalan positif dan kawalan negatif telah ditentukan keberkesanannya seperti di jadual 3 dan 4. Bagi kawalan positif, terdapat dua kawalan yang telah ditentukan yang terdiri daripada larutan Page Amebic Saline (PAS) yang dicampur dengan sista Acanthamoeba daripada kedua-dua isolat di mana sista yang digunakan dalam semua ujian adalah sista yang hidup (viable). Ini dibuktikan apabila terdapat kehadiran sista dan trofozoit selepas diinkubasi selama 46 jam.

Manakala kawalan positif kedua pula adalah 3 % hidrogen peroksida (H2O2) di mana larutan ini dapat membunuh sista Acanthamoeba daripada ke dua-dua isolasi klinikal tersebut.

Bagi kawalan negatif, juga mempunyai dua kawalan iaitu yang pertama adalah larutan Page Amebic Saline (PAS) sahaja dan kawalan negatif kedua pula terdiri daripada larutan disinfektan kanta sentuh sahaja. Kedua-dua kawalan negatif tidak menunjukkan sebarang kehadiran sista dan trofozoit Acanthamoeba serta kehadiran mikrob lain seperti fungus dan sebagainya yang boleh mengganggu ujian yang telah dijalankan. Ini juga menunjukkan bahawa semua media yang digunakan sepanjang ujian seperti larutan PAS dan larutan disinfektan tiada kontaminasi berlaku.

JADUAL 1 Keberkesanan larutan disinfektan AOSEPT®

PluS terhadap isolat Acanthamoeba Isolat Tarikh Masa rendaman/jam

4* 6 8

HS 72 13/01/2020 - - -

HUKM 74 13/01/2020 - - - Petunjuk:

+ Kehadiran sista dan trofozoit Acanthamoeba (disinfektan tidak berkesan) - Tiada trofozoit Acanthamoeba (disinfektan berkesan)

* Masa rendaman disyorkan pengeluar

JADUAL 2 Keberkesanan larutan disinfektan Boston ADVANCE™ terhadap isolat Acanthamoeba Isolat Tarikh Masa rendaman/jam

4* 6 8

HS 72 13/01/2020 + + +

HUKM 74 13/01/2020 + + + Petunjuk:

+ Kehadiran sista dan trofozoit Acanthamoeba (disinfektan tidak berkesan) - Tiada trofozoit Acanthamoeba (disinfektan berkesan)

* Masa rendaman disyorkan pengeluar

(4)

JADUAL3 Keputusan kawalan positif

Isolat Tarikh Suspensi sista + PAS Suspensi sista + 3% H2O2

HS 72 13/01/2020 + -

HUKM 74 13/01/2020 + -

Petunjuk:

+ Kehadiran trofozoit Acanthamoeba (sista viabel) - Tiada trofozoit Acanthamoeba

JADUAL 4 Keputusan kawalan negatif Disinfektan/Media Tarikh Inkubasi Keputusan AOSEPT® Plus 13-26/01/2020 -

Boston ADVANCE ™ 13-26/01/2020 - Page Amebic saline

(PAS)

13-26/01/2020 - Petunjuk:

+ Kehadiran trofozoit Acanthamoeba

- Tiada trofozoit Acanthamoeba (tiada kontaminasi)

PERBINCANGAN

Pengguna kanta sentuh secara umumnya meningkat dan ia semakin membimbangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan kes penyakit keratitis Acanthamoeba (Kamel & Norazah 1995). Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan larutan disinfektan kanta sentuh merupakan salah satu langkah dalam menangani penyakit ini.

Larutan disinfektan yang baik adalah larutan disinfektan yang mampu membunuh trofozoit dan sista Acanthamoeba.

Kajian ini menunjukkan bahawa larutan disinfektan kanta sentuh jenama AOSEPT® Plus berkesan membunuh ke dua-dua isolat sista Acanthamoeba daripada sampel klinikal mengikut masa rendaman yang disyorkan oleh pengeluar iaitu 4 jam. Bahan aktif yang terkandung dalam larutan disinfektan kanta sentuh ini adalah hidrogen peroksida (H₂ O₂) 3%. Hidrogen peroksida dalam disinfektan ini terbukti bertindak sebagai anti-Acanthamoeba terhadap kedua-dua isolat Acanthamoeba dan nilai kepekatan 3% adalah piawai emas bagi menyekat eksistasi Acanthamoeba daripada sista kepada trofozoit dan sekaligus mampu menginaktivasikannya (Abd Ghani et al. 2019).

Sebilangan kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa disinfektan kanta sentuh yang mengandungi H₂ O₂ mempunyai kesan sistisidal separa kepada isolat A. Castellani. Ia juga tidak dapat mencapai jumlah pembunuhan mengikut jangka masa rendaman yang disyorkan. Ini adalah kerana aktiviti anti-mikrob dan peneutralan H₂O₂ berlaku secara

serentak dan dengan demikian tempoh masa yang ada untuk molekul aktif bertindak balas dan menembusi membran permukaan sel Acanthamoeba adalah terlalu singkat.

Larutan disinfektan kanta sentuh jenama Boston ADVANCETM didapati tidak menunjukkan keberkesanan terhadap kedua-dua isolat sista Acanthamoeba daripada sampel klinikal. Bahan aktif yang digunakan dalam larutan disinfektan ini adalah polyaminopropyl biguanide (PAPB) 0.0005%. PAPB terletak di bawah famili biguanida seperti polyhexamethylene biguanide (PHMB). PHMB biasanya digunakan secara meluas bagi merawat keratitis Acanthamoeba (Larkin et al. 1992).

Menurut laporan Larkin et al. 1992, kepekatan minimum sistisidal (MCC) untuk isolat klinikal Acanthamoeba adalah pada 0.0001% hingga 0.0004%.

Burger et al. 1994, melaporkan 99.9% sista Acanthamoeba berjaya dibunuh kurang daripada satu jam masa rendaman apabila didedahkan pada PAPB berkepekatan 0.0049% hingga 0.0090%. Namun dalam kajian ini, kepekatan peratus bahan aktif PAPB 0.0005

% adalah melebihi MCC untuk membunuh isolat sista Acanthamoeba. Keputusan ini juga selaras dengan kajian Mohamed Kamel et al. 2016, di mana tiada sebarang aktiviti anti-Acanthamoeba yang ditunjukkan dalam larutan disinfektan kanta sentuh jenama Boston SIMPLICITYTM terhadap strain sista Acanthamoeba castellani yang digunakan.

Menurut kajian sebelum ini oleh Connor et al.

1991, dan Niszl & Markus 1998, mendapati bahawa PAPB yang berkepekatan 0.0001% hingga 0.005%

(5)

berkesan membunuh sista dan trofozoit Acanthamoeba setelah direndamkan melebihi 12 jam hingga 2 hari.

Namun berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Cengiz et al. 2000 yang mendapati bahawa A. castellani resistan terhadap 0.00005% PAPB apabila direndamkan selama 6 hingga 24 jam (Cengiz et al. 2000) dan tiada sebarang aktiviti anti-Acanthamoeba ditunjukkan walaupun setelah direndam selama 8 jam hingga 7 hari (Niszl & Markus 1998).

Kajian terdahulu menyatakan bahawa PAPB berkepekatan tinggi lebih berkesan bertindak sebagai agen anti-Acanthamoeba apabila direndam pada tempoh masa melebihi 24 jam. Keputusan berbeza diperolehi dalam kajian ini kerana kepekatan PAPB di dalam Boston ADVANCETM adalah lebih rendah iaitu 0.0005% untuk memberikan kesan anti-Acanthamoeba.

Selain mengandungi polyaminopropyl biguanide (PAPB) 0.0005% sebagai bahan aktif, jenama Boston ADVANCE TM juga menggunakan Chlorhexidine gluconate 0.003% sebagai bahan aktifnya. Kajian ada menyatakan bahawa kesan sistisidal adalah pada masa rendaman 8 jam tetapi dalam kajian ini ia gagal menunjukkan keberkesanannya. Ujian mendapati bahawa semua masa rendaman iaitu 4 jam, 6 jam dan 8 jam gagal membunuh kedua-dua isolat Acanthamoeba.

Pemeriksaan di bawah mikroskop songsang bermula selepas diinkubasi selama 3 hari hingga 14 hari mendapati bahawa terdapat sista dan trofozoit Acanthamoeba sepanjang tempoh inkubasi tersebut. Ini menunjukkan bahawa jenama Boston ADVANCE TM tidak berkesan sebagai agen anti-Acanthamoeba.

Chlorhexidine digunakan sebagai ubat untuk merawat keratitis Acanthamoeba (Kosrirukvongs et al. 1999; Seal et al. 1996). Ia juga bertindak sebagai mencegah pengangkutan kation dan ATP dalam membran patogen (Cano-Parra et al. 1999). Walaubagaimanapun, keberkesanan Chlorhexidine bergantung kepada dos (Connor et al. 1991). Pada 0.09% Chlorhexidine menunjukkan kemampuan memusnahkan sista Acanthamoeba namun ia juga boleh memberikan kesan toksik kepada kornea (Ghani et al. 2016).

Berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan didapati larutan disinfektan kanta sentuh jenama Boston ADVANCETM dengan kepekatan polyaminopropyl biguanide (PAPB) 0.0005% dan Chlorhexidine gluconate 0.003% tidak berkesan membunuh kedua-dua isolat sista Acanthamoeba pada tempoh masa rendaman yang disyorkan oleh pengeluar iaitu 4 jam, 6 jam dan 8 jam.

Faktor yang mempengaruhi kelangsungan hidup sista Acanthamoeba apabila didedahkan kepada disinfektan adalah jenis isolat dan jenis larutan disinfektan kanta sentuh (Shoff et al. 2008). Ini dibuktikan dengan keputusan yang diperolehi daripada kajian ini yang mendapati bahawa, kedua-dua jenis larutan disinfektan ini memberikan keputusan yang

berbeza di mana jenama AOSEPT® Plus berkesan dalam membunuh kedua-dua isolat sista Acanthamoeba daripada isolat klinikal, manakala jenama Boston ADVANCETM pula adalah sebaliknya.

KESIMPULAN

AOSEPT® Plus didapati berkesan membunuh sista Acanthamoeba manakala Boston ADVANCE TM pula sebaliknya. Kedua dua jenama ini menggunakan tempoh masa rendaman yang sama iaitu 4 jam, 6 jam dan 8 jam.

Ini membuktikan bahawa terdapat larutan disinfektan kanta sentuh dalam pasaran yang tidak berkesan dalam membunuh mikrob khususnya ameba seperti Acanthamoeba. Oleh yang demikian, kajian lanjut terhadap keberkesanan larutan disinfektan kanta sentuh yang menggunakan bahan aktif yang tepat dan tidak memudaratkan pengguna perlu diteruskan. Ini bagi memastikan semua larutan disinfektan yang dijual di pasaran dapat membunuh mikrob patogen khususnya Acanthamoeba bagi mencegah penularan jangkitan keratitis Acanthamoeba kepada pemakai kanta sentuh.

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan diucapkan kepada kakitangan teknikal makmal Sains Bioperubatan yang telah membantu dalam aspek teknikal kajian ini.

RUJUKAN

Abd Ghani, M. K., Kannan, V., Nordin, A., Ab Rahim, N. & Radzi, S. A. M. 2019. Efficacy of Commercially Available Contact Lens Disinfecting Solutions Towards Clinically Isolated Acanthamoeba Cysts. Int. Med. J. 26(4): 293-296.

Burger, R. M., Franco, R. J. & Drlica, K. 1994. Killing Acanthamoebae with Polyaminopropyl Biguanide:

Quantitation and Kinetics. Antimicrob. Agents Chemother. 38(4): 886-888.

Cano-Parra, J., Bueno-Gimeno, I., Lainez, B., Córdoba, J. & Montés-Micó, R. 1999. Antibacterial and Antifungal Effects of Soft Contact Lens Disinfection Solutions. Cont. Lens Anterior Eye 22(3): 83-86.

Cengiz, A., Harmis, N. & Stapleton, F. 2000. Co- incubation of Acanthamoeba Castellanii with Strains of Pseudomonas Aeruginosa Alters the Survival of Amoeba. Clin. Exp. Ophthalmol. 28(3):

191-193.

Connor, C. G., Hopkins, S. L. & Salisbury, R. D. 1991.

Effectivity of Contact Lens Disinfection Systems

(6)

against Acanthamoeba culbertsoni. Optom. Vis. Sci.

68(2): 138-141.

Cope, J. R., Collier, S. A., Schein, O. D., Brown, A. C., Verani, J. R., Gallen, R., Beach, M. J. & Yoder, J.

S. 2016. Acanthamoeba Keratitis among Rigid Gas Permeable Contact Lens Wearers in the United States, 2005 through 2011. Ophthalmol. 123(7):

1435-1441.

Da Rocha-Azevedo, B., Menezes, G. C. & E Silva- Filho, F. C. 2006. The Interaction between Acanthamoeba Polyphaga and Human Osteoblastic Cells in Vitro. Microb. Pathog. 40(1): 8-14.

Dart, J., Stapleton, F. & Minassian, D. 1991. Contact Lenses and other Risk Factors in Microbial Keratitis. Lancet 338(8768): 650-653.

De Jonckheere, J. F. 1991. Ecology of Acanthamoeba.

Rev. Infect. Dis. 13(Suppl. 5): S385-S387.

Ghani, A., Kamel, M., Jamaludin, N. A., Nordin, A., Suboh, Y., Rahim, N. A. & Ahmad, N. 2016. The Effectiveness of Antimicrobial Agents against Acanthamoeba Cysts Isolated from Clinical Specimens. Int. Med. J. 23(6): 636-638.

Johnston, S. P., Sriram, R., Qvarnstrom, Y., Roy, S., Verani, J., Yoder, J., Lorick, S., Roberts, J., Beach, M. J. & Visvesvara, G. 2009. Resistance of Acanthamoeba Cysts to Disinfection in Multiple Contact Lens Solutions. J. Clin. Microbiol. 47(7):

2040-2045.

Kamel, A. M. & Norazah, A. 1995. First Case of Acanthamoeba Keratitis in Malaysia. Trans. R. Soc.

Trop. Med. Hyg. 89(6): 652-652.

Kilvington, S. & White, D. 1994. Acanthamoeba:

Biology, Ecology and Human Disease. Rev. Med.

Microbiol. 5(1): 12-26.

Kosrirukvongs, P., Wanachiwanawin, D. & Visvesvara, G. S. 1999. Treatment of Acanthamoeba Keratitis with Chlorhexidine. Ophthalmol. 106(4): 798-802.

Larkin, D., Kilvington, S. & Dart, J. 1992. Treatment of Acanthamoeba Keratitis with Polyhexamethylene Biguanide. Ophthalmol. 99(2): 185-191.

Marciano-Cabral, F. & Cabral, G. 2003. Acanthamoeba Spp. As Agents of Disease in Humans. Clin.

Microbiol. Rev. 16(2): 273-307.

Mohamed Kamel, A. G., Ee Chin Liew, Anisah Nordin, Yusof Suboh, Noraina, A. R., Norazah Ahmad &

Wan Omar, A. 2016. Viability of Acanthamoeba After Exposure to Multipurpose Contact Lens Disinfecting Solutions. Int. Med. J. 23(5): 509-511.

Niszl, I. A. & Markus, M. B. 1998. Anti-Acanthamoeba Activity of Contact Lens Solutions. Br. J.

Ophthalmol. 82(9): 1033-1038.

Pussard, M. & Pons, R. 1977. Morphologie De La Paroi Kystique Et Taxonomie Du Genre Acanthamoeba (Protozoa, Amoebida). Protistologica 13: 557-598.

Seal, D., Hay, J., Kirkness, C., Morrell, A., Booth, A., Tullo, A., Ridgway, A. & Armstrong, M. 1996.

Successful Medical Therapy of Acanthamoeba Keratitis with Topical Chlorhexidine and Propamidine. Eye 10(4): 413-421.

Shoff, M. E., Joslin, C. E., Tu, E. Y., Kubatko, L. &

Fuerst, P. A. 2008. Efficacy of Contact Lens Systems against Recent Clinical and Tap Water Acanthamoeba Isolates. Cornea 27(6): 713-719.

Stehr-Green, J. K., Bailey, T. M., Brandt, F. H., Carr, J.

H., Bond, W. W. & Visvesvara, G. S. 1987.

Acanthamoeba Keratitis in Soft Contact Lens Wearers: A Case-Control Study. Jama 258(1): 57- 60.

Zhu, H., Ding, A., Bandara, M., Willcox, M. D. &

Stapleton, F. 2007. Broad Spectrum of Antibacterial Activity of a New Multipurpose Disinfecting Solution. Eye Contact Lens 33(6):

278-283.

Mazlan, M.

Shahirah, S.

Nur Haziqah, O.

Nur Emilia, O.

Nur Athikah, J.

Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan

Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

Mohamed Kamel, A. G.

Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik & Penyiasatan Fakulti Sains Kesihatan

Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz

(7)

50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

Anisah, N.

Noraina, A. R.

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan Fakulti Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

Pengarang berutusan: Mohamed Kamel, A. G.

E-mel: [email protected], [email protected] Tel: 03-92897634

Faks: 03-26929032 Diterima: 16 Mei 2021 Diperbaiki: 23 Julai 2021

Diterima untuk diterbitkan: 10 Ogos 2021

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penerbitan majalah dakwah yang dikeluarkan oleh kedua- dua syarikat ini, jelas dapat dilihat bahawa ADEX yang diperolehi didominasi oleh dua kategori iaitu

Daripada jadual tersebut mendapati bahawa, kedua-dua tanah liat mempunyai potensi yang sama apabila kapasiti penjerapan ion cesium didapati mencapai nilai optimum pada jam

Pencapaian akademik bagi responden yang telah menamatkan pengajian menunjukkan bahawa kedua-dua jantina berjaya mencapai tahap cemerlang iaitu responden lelaki bagi tempoh

Selepas seminggu, rawatan akan dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan responden tersebut iaitu kit pengajaran akan digunakan dalam proses p&p bagi kumpulan

Di Malaysia, kajian-kajian mengenai tahap kepuasan pelajar telah dijalankan dalam pelbagai aspek antaranya ialah kepuasan pelajar daripada kedua-dua aspek iaitu akademik

Kajian rintis yang dilakukan mendapati bahawa peratus dan kekerapan mahasiswa bersetuju dan tidak bersetuju wanita berpolitik berada di tahap sederhana rendah iaitu 26.6

Penemuan kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi,

Daripada kedua-dua aspek tersebut, mendapati hipotesis HO1 diterima, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap persepsi penggunaan sistem autogasi terhadap pelajar