• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alumni UniMAP Sumbang Bantuan Aidilfitri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Alumni UniMAP Sumbang Bantuan Aidilfitri"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

Alumni UniMAP Sumbang Bantuan Aidilfitri

PAUH PUTRA, 23 Jun - Kemeriahan Aidilfitri semakin terasa, namun disebalik itu ada insan yang hanya menyambutnya ala kadar disebabkan kesempitan hidup yang dialami.

Terpanggil dengan keadaan itu, Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif membantu golongan asnaf yang terpilih di negeri Perlis dan Kedah.

Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, semua sumbangan terbabit adalah hasil kutipan dari jabatan-jabatan dan warga UniMAP.

“Pada tahun ini kita dapat mengagihkan sumbangan kepada tujuh keluarga di sekitar Perlis dan Kedah yang berupa keperluan harian dan duit raya berjumlah RM300 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya berharap agar sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga ini untuk membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Dekan Pembangunan Alumni UniMAP, Dr. Ummi Naiemah Saraih dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni UniMAP, Mohd Hafiz Arshad.

Sementara itu bagi salah seorang penerima, Ahmadi Hassan dari Kampung Lembah Keriang, Changloon, 37, amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan kepada keluarganya.

“Saya amat berterima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi sumbangan kepada keluarga kami selama ini.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam menyambut hari raya yang bakal tiba nanti,” katanya.

Ahmadi yang tinggal bersama 14 orang saudara termasuk ibunya dalam sebuah rumah yang didirikan atas Tanah Rezab Kerajaan berkata, keluarganya amat

(2)

Unit Media Page 2 berharap agar ada pihak yang bermurah hati untuk mendermakan sebuah rumah kepada mereka.

“Kakak saya yang lumpuh dan menghidap kanser payudara serta tiroid juga tinggal bersama kami,” katanya yang bekerja di sebuah kelab golf berdekatan dengan rumahnya.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP Tel : 04-9798522 / 017-4567151

Referensi

Dokumen terkait

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BPHEPA) telah diwujudkan semula berkuatkuasa 1 Ogos 2019 susulan daripada Penstrukturan Governan Universiti Malaysia Terengganu yang

Kg Wai 7 Oktober 2018 Program yang dianjurkan oleh PPKSE dengan kerjasama 3rd Force Perlis, 3rd Force UniMAP dan Jabatan HEPA UniMAP untuk membantu masyarakat setempat di Kampung Wai

Namun, Universiti Malaysia Perlis UniMAP turut menerapkan elemen memasyarakatkan universiti dalam kalangan PALAPES universiti itu dengan menganjurkan Majlis Libat Urus Komandan bersama

UniMAP Fokus Agenda Keusahawanan Pelajar Oleh : Suhana Abdul Mutalib Arau – Universiti Malaysia Perlis UniMAP komited untuk memperkasa agenda keusahawanan pelajar dengan fokus kepada

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA PROJEK BAS BALIK RAYA UniMAP HANTAR 263 PELAJAR PULANG BERAYA Pauh Putra, 13 Jun – Seramai 263 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP tidak

UniMAP Tubuh IAUN – CHAPTER MEDAN Perkasakan Alumni Antarabangsa MEDAN, 29 Januari – Bagi merealisasikan hasrat universiti mewujudkan jaringan kerjasama alumni antarabangsa,

Bank Islam Sumbang RM30,000 Kepada Tabung Zakat UniMAP Oleh : Aininulniza Binti Mohd Yusof PAUH PUTRA, 8 Ogos 2020 : Universiti Malaysia Perlis UniMAP hari ini menerima sumbangan