• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi Teknologi Dron Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (The Application of Drone Technology in Teaching and Learning)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Aplikasi Teknologi Dron Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (The Application of Drone Technology in Teaching and Learning)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Aplikasi Teknologi Dron Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (The Application of Drone Technology in Teaching and Learning)

Aidei Ramli1*, Yuslan Ismail2

1 Fakuti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

2 Fakuti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 June 2022 | Published: 30 June 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.13

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dron atau dikenali sebagai teknologi pesawat tanpa pemandu telah menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia mudah dikendalikan. Ini disebabkan oleh teknologi dron yang menjadi semakin canggih dan telah dapat digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang fotografi, perfileman pertanian, ketenteraan, pengawasan sempadan negara, operasi mencari dan menyelamat. Dalam bidang pendidikan, teknologi dron juga telah digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dari peringkat pengajian sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Oleh itu, penggunaan dron sebagai alat bantu mengajar telah banyak membantu para pendidik di institut pendidikan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Terdapat pelbagai jenis dron yang boleh digunakan untuk pendidikan dijual di pasaran kini dengan harga yang mampu milik. Artikel ini akan menganilisis dapatan kajian lepas tentang keberkesanan aplikasi dron dalam pembelajaran teknologi kejuruteraan, matematik, fizik dan geografi.

Kata kunci: dron, pendidikan, teknologi, pengajaran dan pembelajaran

Abstract: Drone or is known as unmanned aircraft technology has become popular in the community because it easy to handle. This is due to technology drone is becoming increasingly sophisticated and has been able to be used in various fields especially in photography, film making, military, national border surveillance, search and rescue operation. In education field, drone technology has also been used in teaching and learning from the primary school until university level. Therefore, the use of drone as a teaching aids material has greatly helped educators in educational institute to provide a fun learning environment by using interesting teaching method and easy to understand by students. There are many different types of drones that can be used for education sold in the market now at affordable prices. This article will analyse the finding of previous studies on effectiveness of drone application in the learning of engineering technology, mathematic, physic and geography.

Keywords: drone, education, technology, teaching and learning

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pesawat tanpa pemandu atau lebih dikenali sebagai dron direka bentuk dengan menggunakan sistem mekatronik yang membolehkan dron dikawal melalui alat kawalan jauh atau komputer.

Sistem mekatronik yang terdapat pada dron ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen

(2)

mekanikal, elektrik, elektronik, sistem kawalan dan perisian komputer. Komponen utama yang terdapat dalam dron adalah motor elektrik, kipas, litar pengagihan kuasa, pengawal kelajuan kipas, pengawal penerbangan, kamera dan bateri (Micheal Smith, 2018).

Rajah 1: Bahagian utama dron (The Basics of Quadcopter Anatomy,2018)

Teknologi dron telah mendapat perhatian masyarakat pada awal abad ke-21. Pada tahun 2013, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon iaitu Jeff Bezos telah memperkenalkan pelan mengkomersialkan dron kepada masyarakat untuk digunakan dalam aktiviti seharian (Saiful, 2022). Hasilnya, teknologi dron telah berkembang dengan lebih maju dan dicipta dalam pelbagai bentuk dan fungsi yang sesuai untuk kegunaan masyaraka contohnya dron yang memiliki kamera berkualiti tinggi sesuai digunakan dalam penggambaran filem. Kelebihan dron yang dapat dikawal secara kawalan jauh telah menjadikan teknologi ini semakin meluas penggunaannya dalam pelbagai aspek, misalnya untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat, pengawasan sempadan negara, pemantauan trafik dan cuaca, bantuan memadamkan kebakaran dan pertanian (Mohd Jasmy, 2018).

Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam mengadaptasikan penggunaan teknologi dron dalam pengajaran dan pembelajaran. Fungsi yang semakin canggih dan pelbagai guna yang terdapat dalam teknologi dron telah dapat membantu pelajar dalam mempelajari bidang sains, geografi, matematik, pengaturcaraan komputer dan teknologi kejuruteraan (Gerald Hoxha, 2021).

Institusi pendidikan di negara-negara Eropah, Jepun, China dan Amerika telah menggunakan dron sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan STEM. Di sana, para pelajar seawal usia 12 tahun telah mula didedahkan dengan kemahiran menggunakan dron.

Tujuannya adalah untuk menyediakan para pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi dengan baik.

Para guru di Sekolah Rendah Bandar Kashiwazaki, Jepun telah menggunakan dron dalam kelas pengaturcaraan komputer dengan melibatkan seramai 26 orang pelajar . Penggunaan dron di dalam kelas

Bateri

(3)

untuk para pelajar berdasarkan dapatan kajian soal selidik (Taro Saki, 2021). Di Malaysia, dron hanya digunakan di institusi pengajian tinggi untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (Nadhira Ahmad, 2018). Penggunaan dron dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah, merupakan salah satu elemen yang agak baru di negara ini. Ini kerana para guru belum didedahkan lagi dengan kelebihan penggunaaan dron sebagai alat bantu mengajar (Fatinah Manap, 2018).

3. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Airbit telah diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2020 di negara Norway Airbit adalah sejenis dron yang menggunakan microbit sebagai mikropengawal. Kini Airbit telah diperkenalkan dengan meluas untuk pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi (Schuchter, 2021).

Rajah 2: Dron Airbit (Co-creational Education, 2021)

Penggunaan Airbit di dalam pembelajaran teknologi kejuruteraan ini akan membolehkan para pelajar mempelajari cara pemasangan komponen elektronik seperti mikropengawal dan litar kawalan penerbangan untuk menghasilkan sebuah dron. Bahasa pengaturcaraan komputer seperti Scratch, Java dan Phyton digunakan bagi membolehkan Airbit berfungsi dengan mengikut aturcara yang telah dibangunkan oleh pelajar. Oleh itu, para pelajar akan dapat berfikir secara kreatif dalam mempelajari pengaturcaraan komputer (Maria Klawe, 2015).

Kesimpulannya, penggunaan Airbit dalam pembelajaran dapat memberikan motivasi dan merangsang minat murid untuk mempelajari bidang teknologi kejuruteraan (A. Schuchter, 2021). Aktiviti membina dan memasang dron di dalam kelas merupakan idea yang amat menarik kerana para pelajar dapat mempelajari ilmu kemahiran teknikal dalam bidang elektrik, elektronik, teknologi mekatronik dan pengaturcaraan komputer menerusi aktiviti pembelajaran yang praktikal (Levy, 2015).

4. Aplikasi Dron Dalam Pembelajaran Matematik

Penggunaan dron dapat membantu para pelajar mempelajari dan memahami secara mendalam topik matematik yang sukar difahami. Topik matematik yang sesuai dipelajari dengan menggunakan dron ini adalah trigonometri, statistik dan liner algebra. Dalam pembelajaran topik ini jenis dron yang telah digunakan ialah Parrot AR 2.0. Dron ini sesuai dan mudah digunakan sebagai pembelajaran di dalam dan di luar kelas (Gerald Hoxha, 2021).

(4)

Rajah 3: Parrot AR 2.0 (Adopting Drone Technology in Mathematical Education, 2021)

5. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Geografi

Phantom DJI amat sesuai digunakan dalam pembelajaran matapelajaran Geografi di sekolah menengah. Ini kerana ia mempunyai kamera yang berkeupayaan mengambil gambar dengan jelas dari jarak yang jauh. Selain itu ia mempunyai masa penerbangan selama 30 minit (Alif Othman, 2018). Dron ini mempunyai kestabilan yang tinggi ketika terbang tinggi di udara.

Rajah 4: Phantom DJI (Pemanfaatan Teknologi Drone untuk Pembelajaran Geografi, 2018)

Penggunaan dron telah dipraktikkan sebagai alat bantu mengajar di luar kelas oleh seorang guru yang bernama Alif Othman di Maktab Rendah Sains Mara Tun Muhammad Fuad Stephen, Sabah. Melalui penggunaan dron ini, para pelajar telah melibatkan diri secara lebih aktif semasa pembelajaran Geografi. Aktiviti pembelajaran ini merupakan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan akan menerbangkan dron selama 1 hingga 3 minit untuk memerhatikan dan mengambil data bergambar persekitaran fizikal dan budaya di sekitar kawasan sekolah.

Para pelajar dapat memanfaatkan penggunaan dron dengan membuat perbandingan ciri fizikal dan budaya yang terdapat di dalam peta (Peta topografi & Google maps) dengan data yang diperolehi daripada dron. Hal ini bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam persekitaran menerusi peta secara masa nyata kerana peta yang kita lihat pada paparan Google Maps hanya akan dikemaskini pada setiap 1 hingga 3 tahun. Perkara ini bertujuan untuk melihat hubung kait antara ciri fizikal dengan ciri budaya yang terdapat di sesuatu kawasan.

6. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Fizik

Dron yang amat sesuai digunakan untuk pembelajaran fizik ini adalah parrot mini. Kelebihan dron ini adalah ia mudah untuk dikendalikan oleh para pelajar. Penggunaan dron dalam

(5)

Rajah 5: Parrot mini dron (Drones for the Science Classroom,2018)

Penggunaan dron telah menyebabkan pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari matapelajaran Fizik. Ini dibuktikan melalui kajian soal selidik yang dilakukan ke atas pelajar, yang telah melaporkan bahawa mereka berasa amat seronok belajar memahami konsep Fizik dengan menggunakan dron. Kaedah rekabentuk kajian yang telah dijalankan ini telah melibatkan dua kumpulan pelajar iatu kumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan kawalan belajar secara konvesional iatu melalui kaedah penerangan guru. Pelajar dalam kumpulan rawatan dapat menggunakan dron dalam pembelajaran fizik secara lebih praktikal. Aktiviti eksperimen telah dilakukan oleh pelajar dalam kumpulan rawatan dengan mengira pecutan dan halaju dron. Pelajar akan mencatat masa yang diambil oleh dron untuk terbang dari titik permulaan hingga titik mendarat berdasarkan jarak yang telah ditentukan (Emanuel, 2017).

7. Kesimpulan

Pakar-pakar pendidikan telah mencadangkan supaya penggunaan dron dapat diketengahkan dan menjadi sebahagian daripada kurikulum di institut pendidikan kerana aplikasi dron dalam pembelajaran dapat membantu para pelajar mencipta serta membina pengetahuan dengan cara yang lebih menyeronokkan. Oleh yang demikian, para pendidik boleh menggunakan dron sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam membantu pelajar dalam membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pembelajaran dengan menggunakan dron juga dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bekerjasama dalam satu kumpulan.

Para pendidik perlulah lebih bersedia untuk mengintegrasikan dron dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan dron dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan suatu pendekatan kreatif, menarik dan terkini dan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Pendekatan pengajaran yang menggunakan teknologi ini akan menyebabkan para pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran dan dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari sesuatu topik.

Kesimpulannya, para pelajar pada masa kini perlu diberikan pendedahan di dalam institusi pendidikan tentang penggunaan teknologi dron dalam pembelajaran supaya para pelajar kini akan akan lebih bersedia dengan masa hadapan yang lebih mencabar.

Permintaan industri dalam Revolusi Industri 4.0 kini tidak lagi tertumpu kepada pekerja yang mempunyai penguasaan teori dan juga kemahiran praktikal sahaja, tetapi pekerja yang memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara inovatif dan kreatif. Dalam menuju era Revolusi Industri 4.0, dron akan banyak digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan. Pengintegrasian dron dalam pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan kesedaran pada para pelajar tentang perkembangan teknologi di era Revolusi Industri 4.0.

(6)

Rujukan

Bai, O., Chu, H., Liu, H., & Hui, G. (2021). Turkish Journal of Computer and Mathematics Education Vol.12 No.11 (2021), 1722- 1727 Research Article Drones in Education: A Critical Review.

Schuchter, A. (2021). Co-creational Education: A Project-based Flipped Classroom Workshop Series for Online Education using Drone Building to Teach Engineering Subjects.

1(Csedu), 447–457.

Yepes, I., Augusto, D., & Barone, C. (2022). Use of Drones as Pedagogical Technology in STEM Disciplines. 21(1), 201–233.

Bolick, M. M., Mikhailova, E. A., & Post, C. J. (2022). Education sciences Teaching Innovation in STEM Education Using an Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

Alif Othman. (2018). Pemanfaatan Teknologi Drone untuk Pembelajaran Geografi di Pendidikan Menengah. 2(2), 80–88.

Duraj, S., Pepkolaj, L., & Hoxha, G. (2021). Adopting Drone Technology in Mathematical Education. HORA 2021 - 3rd International Congress on Human-Computer Interaction, Optimization and Robotic Applications, Proceedings, July.

Chou, P. N. (2018). Smart technology for sustainable curriculum: Using drone to support young students’ learning. Sustainability (Switzerland), 10(10).

Ryu, J., Kirsten, S., & Riveraine, L. (2020). Idaho Drone League (iDrone) to Stimulate STEM workforce. 21(2), 35–41.

Taro Saiki. (2021.). Effective Use of Drone in Elementary School Programming Classes.

Education Technology, 21.

Farr, V., & Light, G. (2019). Integrated STEM Helps Drone Education Fly. 2019 9th IEEE Integrated STEM Education Conference, ISEC 2019, 398–401.

Tezza, D., Garcia, S., & Andujar, M. (2020). Let’ s Learn! An Initial Guide on Using Drones to Teach STEM for

Yamamori, K. (2019). Classroom practices of low-cost STEM education using scratch. 4(6), 192–198.

Mohamad, W. S. N. (2022). Perkembangan dan potensi Teknologi Dron. In Dewan Kosmik (p.

5).

Bolick, M. M., Mikhailova, E. A., & Post, C. J. (2022). Education sciences Teaching Innovation in STEM Education Using an Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

Fatin, Aidah, M. J. (2018). Penerimaan Teknologi Dron Dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam. Dron Dalam Pendidikan:Himpunan Kajian Empirikal, 1(2), 34.

Referensi

Dokumen terkait

The The results of this study indicate that: (1) the availability of ICT in SMA Batik 2 Surakarta is adequate and in good condition, (2) the categories of ICT literacy of students