• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bangkit semula dengan platform digital - AC Mizal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Bangkit semula dengan platform digital - AC Mizal"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Bangkit semula dengan platform digital - AC Mizal

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 mengubah landskap industri media dan hiburan tempatan sehingga perlu menukar perspektif serta mengkaji medium penyampaian lain yang lebih terarah kepada platform digital dalam operasinya.

Pengacara, pelakon dan usahawan, Datuk AC Mizal, berkata walaupun cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang pandemik bukan mudah, dengan menukar medium media kepada

penggunaan platform digital membantu industri tempatan bangkit semula.

AC Mizal berkata, sejak pandemik melanda negara lebih setahun lalu, penyampaian media dan hiburan kepada masyarakat memerlukan pendekatan berbeza.

"Jumlah penonton dan penggunaan digital di negara ini semakin memperlihatkan peningkatan sejak dilanda wabak COVID-19.

"Jadi, kita memerlukan pendekatan berbeza dalam penyampaian kandungan program hiburan.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Kita juga perlu memastikan platform dipilih adalah selamat dan senang untuk diakses pada musim pandemik seperti ini.

"Kami melakukan eksperimentasi dengan platform digital melalui pelbagai medium berbeza sama ada free-to-air (FTA), over-the-top (OTT) dan video on demand (VOD) demi memberi pelbagai pilihan digital untuk penonton.

"Pemain industri seperti WarnerMedia, Disney dan Astro antara penyedia kandungan yang tidak ketinggalan memanfaatkan platform digital.

"Tambahan pula, ia menjadi pilihan utama penonton sepanjang menjalani tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

Selain itu, platform e-dagang iaitu membeli belah di televisyen (TV) juga menjadi pilihan popular masa kini. Pembelian yang menyatukan media dan hiburan itu menjadi pilihan kerana

keselesaan dirasai pengguna.

Dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu, AC Mizal berkata, banyak industri terutama media dan hiburan mula mengambil strategi dwilangkah di mana industri hiburan dan digital digabungkan lebih awal daripada dijangka.

(3)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Strategi itu membolehkan penggunaan aliran tradisional dan platform penstriman bergerak serentak.

"Contohnya, filem Addams Family 2, Bell Bottom dan Black Widow yang disiarkan serentak di platform penstriman dan pawagam.

"Penyiaran serentak itu membolehkan penonton dan peminat membuat pilihan berdasarkan faktor keselamatan dan keutamaan masing-masing," katanya.

Sementara itu, filem anugerah seperti Sepet, Paskal dan Garden of Evening Mists yang kaya dengan kualiti serta sejarah dan isu rakyat terus menjadi bualan sehingga hari ini.

AC Mizal berkata, biarpun ditayangkan sebelum pandemik, sehingga kini filem terbabit masih mendapat tempat di hati penonton melalui siaran di platform penstriman.

"Sokongan dan pendapat masyarakat amat penting untuk langkah seterusnya demi kelangsungan industri kita.

"Penghasilan karya yang asli amat kritikal pada masa kini, terutama dengan peningkatan kandungan percuma.

"Pandemik sebenarnya adalah tempoh membimbangkan untuk mengeluarkan hasil dan karya baharu kerana kita tidak tahu bagaimana penerimaan penonton.

"Walaupun keadaan itu sukar bagi kami, terutama bagi projek dan produksi yang sedang berlangsung, namun sokongan berterusan diterima daripada penonton menjadi sumber kekuatan," katanya.

AC Mizal berkata, penghargaan ditunjukkan masyarakat lebih bermakna daripada pendapatan yang diraih dan jumlah penonton dalam situasi pandemik.

Tambahnya, sokongan masyarakat terhadap hasil pengkarya tempatan menunjukkan semangat patriotisme lebih-lebih lagi pada Bulan Kemerdekaan.

"Saya berharap langkah ini terus berkembang kerana ia menjadi sumber kekuatan kami dalam situasi begini.

(4)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Industri media dan seni adalah komuniti yang tabah, kuat berdaya saing dan positif. Kami sentiasa dicabar untuk menghasilkan hiburan yang terbaik untuk penonton kami.

"Walaupun pelbagai halangan terpaksa kami tempuh, kami berjaya mengharungi segala gelombang itu dan terus bertahan sehingga hari ini," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Page 1 of 5 11 May 2016 PRESS STATEMENT: FINAL DECISIONS BY MINISTER ON APPEALS LODGED IN THE TRADITIONAL LINE FISHERY The Minister of Agriculture, Forestry and Fisheries, Mr

Therefore, in order to investigate the factor that influencing Malaysian overseas employment preference, this research is conducted to study the salaries and benefits, job security, and