• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cebisan ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "Cebisan ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Cebisan

KEMSAINS

Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50662 Kuala Lumpur Telefon: 293 8955 Faks: 03-293 6006 Teleks: MOSTEC MA 281 54

Home-Page: http://www.mastic.gov.my/kstas/

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Jun/Bil 6/99

Cebisan 1

En. Zakaria Hj. Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam KSTAS mengetuai bacaan ikrar Perkhidmatan Awam.

YB Datuk Law Hieng Ding, YB Dato’ Abu Bakar Daud dan Y. Bhg. Dato’ Cheah Kong Wai turut bersama menyanyikan lagu Perkhimatan Awam.

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

P

ada 22 Jun 1999, majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah diadakan di Auditorium Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Turut hadir di majlis tersebut ialahYB Dato’ Abu Bakar Daud, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Y. Bhg. Dato’ Cheah Kong Wai, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, En. Mohd Salleh Haji Mohd Ali, TKSU 2, Ketua-ketua Jabatan dan Pengarah-pengarah Bahagian KSTAS.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini akan menerima hadiah dan insentif seperti Sijil Perkhidmatan Cemerlang, pergerakan gaji melintang ataupun menegak, cuti rehat tanpa rekod selama 7 hari dan keutamaan untuk menyertai kursus, seminar atau persidangan.

Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1998 bagi kategori melintang adalah Dr. K.

Thiruchelvam dari Bahagian Sains dan Teknologi, En. Ahmad Apandi b. Lakin dari Pusat Sains Negara, Puan Latifah Hanum bt. Mohd Yusuf dari MASTIC, Puan Rasimah bt. Mohamed dari Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan dan En. Lo Teck Seng dari Pejabat Menteri. Manakala bagi kategori menegak penerimanya adalah Puan Hiswani bt.

Harun dari Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar, En. Heng Jee Heng dari Bahagian Sains dan Teknologi, Puan Azlina bt. Mohd Yasin dari Bahagian Kajian Sains Angkasa, En. Md Yatim b. Md Saad dari Pusat Sains Negara, En. Ahmad Azizi b. Haji Nordin dari Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan, Puan Zaharah bt.

Ngah@Tengah dari Bahagian Sains dan Teknologi, Puan Rohani bt. Sani dari Jabatan Standard Malaysia dan Puan Normala bt. Sudin dari Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan. Tahniah!

(2)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

Cebisan 2

D

Dialog Y.B. Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dengan Ketua-Ketua Pengawai Eksekutif/Penyelaras

Program R&D Institusi Penyelidikan dan Universiti Tempatan

YB Datuk Law Hieng Ding ditunjukkan akan teknik terbaru dalam menoreh dan mengumpul susu getah.

YB Datuk Law Hieng Ding mempengerusikan program dialog yang berlangsung hampir 2 jam.

ialog Y.B. Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dengan Ketua-Ketua Pengawai Eksekutif/Penyelaras Program R&D Institusi Penyelidikan dan Universiti Tempatan telah diadakan di Dewan Raja Laut, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 27 Mei 1999.

Objektif program dialog ini adalah untuk membincangkan serta mendapatkan pandangan dan syor untuk meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara.

Tema Dialog dalam program ini ialah “How To Make R&D Work For The Nation”. Antara isu-isu yang turut dibincangkan ialah isu-isu dalam pelaksanaan R&D IRPA, perancangan dan pengurusan R&D, pemantauan projek- projek R&D IRPA, projek-projek “top-down” IRPA dan syor-syor bagi meningkatkan lagi keberkesanan R&D dalam menyokong pembangunan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran alaf baru.

Hmmm....Y. Bhg. Dato Cheah Kong Wai diberi penerangan mengenai teknik terbaru menahan hakisan ombak ‘Sine Slab’

Wakil-wakil dari pelbagai program R&D institusi penyelidikan dan universiti tempatan yang hadir.

(3)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

Cebisan 3

P

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan...’Sit Up’ merupakan salah satu ujian yang perlu dilakukan untuk melengkapkan ujian UKJK yang akan dinilai oleh pihak jurulatih.

‘Warm Up’....para peserta amat digalakkan oleh pihak jurulatih agar melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan apa jua senaman.

ada 11 sehingga 13 Jun 1999, satu program kecergasan telah diadakan di Selesa HillHomes & Golf re- sort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Program ini dinamakan Seminar Kecergasan Eksekutif yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman akan peri pentingnya tahap kesihatan dan gaya hidup sihat dikalangan para pegawai dibawah Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar. Seramai 39 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang mewakili setiap bahagian dan jabatan di bawah KSTAS

Antara program yang telah diaturkan adalah beberapa siri ceramah kesihatan seperti Gaya Hidup & Kesihatan dan Mengapa dan Bagaimana Bersenam. Aktiviti-aktiviti lain ialah

‘River Tracking’, senamrobik, tunjuk ajar cara penggunaan Alat Gym dan Latihan Litar dengan Muzik di gym. Turut diadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang akan menggredkan tahap kecergasan yang dimiliki oleh setiap peserta. Ujian tersebut diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam menguji tahap kecergasan individu.

Para peserta yang hadir di Program Kecergasan Eksekutif bergambar beramai-ramai.

Satu lagi siri ujian dalam UKJK dimana para peserta diberi penerangan bagaimana melakukan ujian yang memerlukan peserta berlari ulang- alik sambil mengumpul bongkah kayu.

PROGRAM KECERGASAN

EKSEKUTIF

(4)

Cebisan 4 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

Pembaca Budiman! Apa jua karya atau artikel tuan/puan adalah sangat dialu-alukan untuk dikongsi bersama pembaca. Sebarang idea atau penulisan boleh di alamatkan kepada Pengarah Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) atau En. Mohamad Mokhaizal.

BERITA PENTADBIRAN

P P

PERTANDINGAN

KEBERSIHAN PEJABAT

ertandingan kebersihan untuk bulan Mei telah dimenangi oleh Puan Haliza Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri bagi kategori Bilik Pegawai Bersih.

Manakala untuk kategori Ruang Pejabat Terbuka Terbersih dimenangi oleh Puan Khadijah Abd. Rahman dari MASTIC. Ini adalah kemenangan kali kedua bagi Puan Haliza Abdullah manakala untuk Puan Khadijah untuk kali ketiga berturut-turut dalam kategori tersebut. Tahniah kepada kedua-dua pemenang.

RINGKASAN

1. Puan Hiswani Harun, Pengarah PPAS telah bertukar ke INTAN

**Tahniah dan semoga terus cemerlang.

2. Puan Saonah Shaari, Pustakawan dari MASTIC telah dinaikan pangkat dan bertukar ke Perpustakaan Negara.

**Tahniah kerana berjaya mendapat kenaikan pangkat dan semoga terus cemerlang.

3. Cik Fadzilah bt. Mohd Saaid PTD (M3) telah melapor diri pada16.05.99 dan bertugas di Bahagian S&T.

**Selamat datang dan selamat bertugas.

4. En. Ishak Shamsudin PTM (M1) telah melapor diri pada April 1999 dan bertugas di Bahagian S&T.

**Selamat datang dan selamat bertugas.

5. Cik Zaliani bt. Mohd Talib, Pembantu Tadbir Sementara di Bahagian Antarabangsa telah meletakkan jawatan untuk melanjutkan pelajaran pada 21 Jun 1999.

**Selamat berjaya.

Puan Khadijah Abd. Rahman, pemenang tiga kali berturut-turut bagi kategori Ruang Pejabat Terbuka.

T

Perasmian Pameran Lucent Technologies

ada 14 Jun 1999, satu upacara perasmian telah dilakukan oleh Y. Bhg. Dato’ Cheah Kong Wai, Ketua Setiausaha KSTAS mewakili YB Datuk Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Perasmian telah berlangsung di Galeri Petronas di Level 3, Menara Petronas. Pameran pada kali ini bertajuk Seni Tersembunyi pada Teknologi Tinggi ‘Microscapes’.

Perkahwinan En. Nagulendran

ahniah diucapkan atas perkahwinan En. Nagulendran a/l S. Kangayatkarasu, Penolong Pengarah di Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar dengan pasangannya Cik Vanitha a/p Paramu R. Markandu.

Perkahwinan mereka telah berlangsung pada hari Jumaat, 25 Jun, 1999. Tahniah!

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 28 APRIL 2016 OPERASI PEMBENIHAN AWAN OPA BERJAYA MENGHASILKAN HUJAN DI KAWASAN

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 24 APRIL 2016 OPERASI PEMBENIHAN AWAN OPA HASILKAN HUJAN DI EMPANGAN SEPRI,