Demokrasi di Pinggiran
Demokrasi di Pinggiran
NEILSON ILAN MERSAT SPENCER EMPADING SANGGIN
t
Cetakan Pertama 201I
O UNIMAS NEII.SOII ILAX Ef,TTSPETICER ETIPADING SANGGIN
Hak cipta terpelihara S€iiap b*ra*n daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untrJr pengfuaran atau dipindahkan .kepada bentuk lain, sarna ada dengan cara eteloonfq metanilq gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bernrlis dad@a Fenertit UNIMAS.
Diterbitkan di Mahfiia olett U N IVERSM MALAYSIA SARAWAI(
94300 Kota Samarahan, Saril*, mablf*r Dicetak di Malaysia
Perpustakaan Negara Malapia Cataloguing-in-Pu bl ication Data Neilson llan Mersat
Demokrasidi pinggiran / Neilson llan Mersat, spencer Empading sanggin.
Mengandungi indeks Bibliografi: ms. 121 lsBN 978-9 67 -s527 -20-3
1 . Democra cy. 2. Political participation-Malaysia. 3. populism--Malaysia.
4. Malaysia--Politics and government. l. spencer Empading sanggin.
l l . J u d u l . 323.04259s
Penghargaan
Buku ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan dan pertolongan oleh banyak pihak. Ucapan penghargaan dan terima kasih pertama kali k'ami ucapkan kepada Universiti Malaysia Sarawak kerana telah memberikan peluang dan ruang untuk kami menjalankan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan hasil kajian ini dalam bentuk buku.
Kepada mereka yang bersetuju dan telah meluangkan waktu untuk ditemuramah bagi meninjau pandangan mereka kami ingin nyatakan bahawa pandangan dan maklum balas anda, sesungguhnya telah memperkuatkan lagi buku ini. Berbanyak terima kasih kepada semua.
Tidak lupa j.,ga kami ingin merakamkan jutahn terima kasih kepada semua ahli keluarga serta rakan-rakan yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan buku ini. Kepada teman-teman yang turut meneliti draf manuskrip buku ini dan mengemukakan cadangan untuk memperbaiki buku ini kami ucapkan terima kasih.
Setiap keringat yang dicurahkan dan pandangan serta maklumat yang diberikan seumpama permata yang tidak ternilai harganya. Bagaimanapun, segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam buku ini adalah tanggungjawab kami sepenuhnya.
Neilson Ilan Mersat
Spencer Empading Sanggin
Kandungon
Prakata
B a b 1 : P e n g e n a l a n . . . .
Bab 2: Demokrasi dan Kepimpinnn Afer Umbi: Kajian Kes di Kawasan Kelinglary
Bab 3: Demokrasi di Pinggiran: Ikiian l(eo
Pilihan Raya Kecil Batang Air ---"--- 79 Bab 4: Rumusan ...
vii 1
43
Rujukan
Indeks
r25
1 3 3
Prahata
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, penyertaan rakyat di dalam.politik adalah penting. Mereka memilih dan memberi mandat kepada pemerintah untuk mentadbir dan memerintah negara mereka. Ringkasnya, kuasa pemerintah kerajaan demokrasi adalah datang dari akar umbi. Ini bermakna penglibatan mereka dalam politik turut mempengaruhi perkembangan demokrasi di negara tersebut. Misalnya, soalan Lazrm berhubung dengan demokrasi di peringkat akar umbi ialah apakah rakyat di sesebuah negara itu mempunyai peluang dan ruang untuk terus berpartisipasi dalam politik dan proses demokrasi? Di peringkat akar umbi persoalan seterusnya ialah sejauhmanakah pemimpin-pemimpin akar umbi' memberi ruang untuk benih demokrasi tumbuh dengan subur. Perkembangan demokrasi yang sihat di peringkat akar umbi akan melahirkan masyarakat sivil yang aktif dan akhirnya membawa kepada pembentukan demokrasi yang robust sifatnya.
Proses yang penting dalam sesebuah negara demokrasi ialah pilihan raya. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam politik. Mereka berkempen untuk calon-calon yang bertanding, membincangkan isu-isu semasa yang bersifat tempatan dan juga nasional. Pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi akan terlibat secara langsung dengan proses pilihan raya. Adakah mereka melibatkan diri sebagai satu bentuk komitmen terhadap demokrasi? Di Malaysia, pilihan raya untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun Ahli Parlimen (AP) diadakan dalam tempoh tidak lebih dari lima tahun sekali. Badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pilihan raya adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lebih menarik bagi negeri Sarawak kerana pilihan raya
*u>1 .--5r-
umum dan pilihan raya Dewan Undengpn NegBri tidak diadakan serentak seperti negeri-negpri lain di Pereekuhan Malaysia' Jarak kedua-dua pilihan raye id'h ture1S lebih dua tahun' Ini bermakna rakyat di Sarellel terpehuns unhrk keluar mengund.i sekali dalam tempoh &11 trhm- Sudah tentunya pilihan taya yang "lebih kerap' ini ncdrrftrn banyak peluang kep ada pen gund.i - p en gundi untut neodryd b.nyel pengalaman khasnya mengenai pilihan raya afunfndrn dengan rakyat di negeri-negeri lain.
Buku ini ialah tentang politik di peinftC rh unbt I\rmpuan diberi kepada konsolidasi demohrrei di piryLet bawahan' Buku ini adalah hasil daripada due \ln yrry berteza dari segi tempat dan masa di sekittr trb tflf,I'Z009. Kajian kes yang pertama ialah melibrt FU leodemokrasian"
yang berlaku di peringkat rumah-ru11f FFng di kawasan luar bandar. Persoalan seperti eD.trt ;6g rempengaruhi
"eueryd.ay politics" mereka? gagaiprn ntlr meoggpnakan peluang untuk terlibat dalam p1mes Dffi ahniugp pandangan mereka terhadap berbagai bentul trrrhn pdi6t yang dapat dirasakan oleh mereka. Oleh iAr' sebqrt dua puluh empat buah rumah panjang telah dikaii-
Kajian kes yang kedua pula melihat pfl*rn Erasyarakat di peringkat akar umbi dalam p1r1rcs Dilfrm raJ7a- Ada kalatrYa, bagr masyarakat di peringkat alg udi' satu-satu pilihan
rayaitu ibarat satu pesta. Ini kerane' brryIL mailis keramaian yang diadakan pada tempoh tersebd. IEibh maRsurya mereka berpeluang membincangkan ism sre torbu}a dan meluahkan perasaan mereka secara beb88. fu&h tmtgnya penglibatan yang aktif di peringkat akar r'-bi rlrn mbuatkan demokrasi terus berkembang. Namun, penytrtaan m€rcka juga diwarnai oleh berbagai bentuk kawalarr politit yang terdapat di negara
kita. Ini juga bermakna mereka perlu beroperasi dalam ruang yang dihadkan. Persoalan utama bagi pilihan raya tersebut ielah adakah satu anjakan daripada politik lama ke politik baru dapat disaksikan?
Kedua-dua kajian kes dalam buku ini mempunyai beberapa kesimpulan dalam konteks politik di peringkat akar umbi. Bagr responden-responden di Kelingkang, kepimpinan di peringkat akar umbi seperti Tuai Rumah dan juga Councillor sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam demokrasi. Sebagai pemimpin yang berada di barisan paling hadapan kumpulan ini mampu mempengaruhi penglibatan dan juga persepi mereka yang berada di bawah pimpinan mereka terhadap demokrasi.
Responden-responden di Batang Air menganggap bahawa tidak ada pilihan lain kepada demokrasi. Mereika menganggap demokrasi sebagai'the only gqnxe in town'. Mereka mengambil bahagian dalam proses politik sebagai satu komitmen terhadap demokrasi. Apa yang jelas ialah walaupun politik mereka masih dipacu oleh politik lama yang berpaksikan politik etnik dan penaungan tetapi ini bukan bermakna demokrasi tidak mempunyai ruang untuk berkembang. Sebaliknya, pendemokrasian terus berkembang seiring dengan politik lama.
Buku ini dibahagikan kepada empat bab. Bab 1 membincangkan persoalan kajian serta membuat tinjauan literatur terhadap kajian awal berhubung kajian tentang isu yang sama. Bab 2 membincangkan kajian kes yang telah dijalankan di kawasan Kelingkang di kawasan Sri Aman dan kajian tersebut melibatkan 24 orang Tuai Rumah dan mewakili dua puluh empat buah rumah panjang. Kajian kes ini fokus kepada faktor kepimpinan di barisan hadapan seperti Tuai Rumah dalam
-t
mempengaruhi perkembangan demokrasi di peringkat akar umbi. Bab 3 membincangkan kajian kes yang telah dibuat semasa pilihan raya kecil f}ewan Undangan Negeri Batang Air pada bulan April 2009. Fokus perbincangan ialah tentang penglibatan masyarakat di peringtat bawahan dalam pilihan raya. Perbincangan juga diletaf d'lam konteks perbahasan politik lama dan politik baru di Mtlaysia. Bab 4 merumuskan hasil kedua-dua kajian dan @ dapatan kedua-dua kajian dalam konteks pendemlrasian-
1
Pertgenalan
Demokrasi disifatkan sebagai kerajaan yang dikuasai oleh rakyat di mana kuasa yang tertinggi terletak pada rakyat. Kuasa rakyat tersebut boleh digunakan oleh rakyat ataupun agen-agen mereka yang telah dipilih melalui proses pilihan raya yang adil dan bebas. Memetik kata dari Abraham Linco1n, demokrasi ialah kerajaar, "of the people, by the people and for the people". Di antara ciri-ciri penting sesebuah negara
demokrasi ialah; rakyat diperkasakan, kerajaan dibentuk oleh rakyat, penguasaan majoriti dan hak minoriti turut dilindungi, hak asasi manusia terjamin, pilihan raya yang bebas dan adil, sama rata di sisi undang-undang, proses undang-undang yang adil, kerajaan berperlembagaan, kepelbagaian (pluralisrn) dalam politik, sosial dan ekonomi, menekankan nilai toleransi, kerjasama dan kompromi.l
Satu aspek yang ditekankan oleh demokrasi ialah kebebasan. Lantaran itu demokrasi sering sinonim dengan kebebasan. Rakyat bebas untuk bersuara tanpa sekatan ataupun kawalan daripada pihak kerajaan. Malah, dalam sesebuah negara demokrasi, kerajaan hanyalah
I What is Democracy? (USINFO.STAIE.GOV., http://usinfo.state.gov/
products/pubs/whatsdem/whatdm2.htm, 1 4 Mei 2008).
* t " - . -
Demolvasi di Pinggiran
salah satu dari socirlll fabrics di samping institusi- institusi lain seperti parti-parti politik, organisasi dan persatuan. Organisasi-organisasi yang banyak ini tidak memerlukan kerajaan untuk mengiktiraf kewujudan mereka. Walau bagaimanapun, &P& yang menarik dari segr teori, tidak semestinya mampu diterjemahkan di alam nyata. Ini membawa kepada persoalan yang berkaitan dengan kawalan dan pendemokrasian dalam kehidupan seharian seseorang itu.
Demokrasi juga mengntut penyertaan daripada rakyat. Misalnya definiei demokrasi yang diutarakan oleh Abraham Lincoln bahawa demokrasi ialah
"kerajaan dari rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat"
d.engan jelas menyatakan hakikat ini. Penyertaan rakyat amat penting kerana merekalah yang akan membrikan mandat kepada kerajaan yang memerintah melalui sesuat1r pilihan raya yang bebas dan adil. Sudah tenhrnya rakyat memerlukan banyak kebebasan unhrk mengAmbil bahagian sepenuhnya dalam pemerintahan demokrasi. Kawalan dan campur tangan keraj aan yang keterlaluan terhadap kehidup an harian masyarakat sudah tentunya tidak berapa digemari oleh rakyat di sesebuah negara demokrasi.
Tinjauan Literatur L. Demokrasi
Kajian yang bersifat "local politicsl' ini diletakkan
dalam konteks pendemokrasian, penyertaan rakyat,
Demokrasi di Pinggiran
kepimpinan barisan hadapan peringkat akar umbi, politik etnik dan penaungan serta perbahasan mengenai politik lama dan politik baru. Sehubungan itu, kajian awal dalam ketiga-tiga bidang pengetahuan tersebut akan dijadikan rujukan asas dalam kajian ini.
Kajian mengenai pendemokrasian dan isu yang berkaitan seperti pembentukan masyarakat sivil sememangnya menarik serta kerap kali dibincangkan.
Tiga aspek utama demokrasi yang sering mendapat penekanan ialah perlu "kurangnya campur tangan kerajaart", electoral democracy dan deuelopmentalist state (Sorensen, 1998). Maksud kurangnya campur tangan kerajaan ialah rakyat mempunyai tahap kebebasan yang tinggi tanpa campur tangan kerajaan yang keterlaluan dalam kehidupan mereka. Rakyat diberi kebebasan sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang negara tersebut. "Electoral democre,cy" pula lebih menekankan penyertaan rakyat dalam proses politik negara tersebut seperti penglibatan mereka dalam sesuatu pilihan raya.
Fokus yang ketiga ialah berhubung deuelopmentalist state. Pendekatan deuelopmentalist state melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan itu bergantung kepada kemampuan pemimpin menjalankan pembangunan ekonomi negara tersebut. Walaupun deuelopmen talist state sering dikaitkan dengan kerajaan otoritarian tetapi ini bukan bermakna ia tidak responsif kepada rakyat. Deuelopmentalist state yang responsif dikenali seba gar democratic deuelopmentalist
* - 4 . -
Demokrasi di Pinggiran
state. Secara umurrlnya,- proses pendemokrasian di negara-negara membangun tidak sehebat yang diharapkan tetapi ini bukan bermokna negara-negara tersebut kembali ke zrtmnn pemerintahan yang bercirikan otoritarianisme (Sorensen, 1 gg8).
Demokrasi secara rin*asnya bermaksud
"pemerintahan oleh rakyaf, sudah tentunya tidak mempunyai banyak pakna tanpa penyertaan rakyat.
Malah dalam maksud demohasi hrlen di Athen rakyat terlibat secara langsung, 1.. in uhbh all citizens who so desired met peridiaay to elut state officials personally enact laws'(Rmki4 lgfrr: G4). Penyertaan rakyat dalam demokrasi nlon lebih bermakna sekiranya mereka diberikan tebebesan untuk berbuat demikian. Ruang yang mencutupi perlu disediakan dan ini juga bermakna segala bcntuk kawalan politik yang boleh menjadi penyeLat tepada kebebasan harus diketepikan. Misalnya rakyat memerlukan ruang untuk persaingan politiL Kebebasan juga perlu untuk membentuk masyaratat siyil yang merupakan tunjang kepada pertumbuhan demolrasi di negara tersebut. Demokrasi juga membenarkan seseorang in divi du u ntuk m e mberikan pendapat atau pandan gan yang berbeza dari pemerintah. Menumt Roskin (1997:
67), "... If gouernment erists to wrve the people, the people must haue tlrc risht to rcsist the comrnands of gouerrument if those nmmonds nn longer serue the public will."
Demokrasi juga disilatkan *probably the most
emotionally prouocatiue word in the world's political
Demokrasi di Pinggiran
uocabulary" (Rodee,Lg67: 93). Perkataan demokrasi yang begitu lunak didengar menyebabkan negara- negara yang diperintah menggunakan kuku besi turut menamakan kerajaan mereka sebagai demokratik.
Demokrasi bukan dianggap semata-mata sebagai sistem pemerintahan tetapi ia juga dianggap sebagai cara hidup (tuay of life). Demokrasi akan menjadi lebih subur bila terdapatnya semangat toleransi yang membolehkan berbagai pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara dapat diluahkan. Sekatan yang terlalu banyak akan menghambat kebebasan seseorang individu yang diberi keutamaan dalam pemerintahan demokrasi. Penyertaan rakyat juga sangat penting dalam sistem demokrasi. Rakyat yang hilang minat untuk melibatkan diri dalam politik akhirnya boleh menyebabkan pemerintah cuai dan penyalahgunaan kuasa lebih cenderung untuk berlaku. Turut dipentingkan ialah kewujudan institusi demokrasi di mana aspirasi demokrasi rakyat dapat direalisasikan.
2. Kawalan, "Negara Keras" dan kekebalan pernerintah
Dalam sesebuah negara yang mempunyai ciri-ciri negara keras ataupun apa yang disifatkan oleh Migdal (1998) sebagai hard state, suara rakyat sememangnya kurang meridapat perhatian pihak pemerintah.
Kerajaan adalah lebih kebal (insulatuA dan tidak responsif terhadap kehendak dan kemahuan rakyat.
Negara yang mempunyai ciri-ciri hard state juga mengenakan banyak kawalan dan juga sekatan
- > " - J -
Demolcras i di Pinggiran
terhadap rakyat mereka. Lantaran itu rakyat dapat merasakun baha*a segala aspek kehidupan mereka dibentuk oleh pihak yang berkuasa. Akhirnya, menyebabkan mereka merasakan bahawa hak kebebasan yang dijamin oleh demokrasi itu telah dinafikan.
Kajian mengenai d.emcikrasi dan juga masyarakat sivil di Malaysia sememangpya telah banyak dibuat. Malah isu masyarakat sivil mengambil tempat yang istimewa apabila wujudnya badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan masyarakat sivil kerana ia dianggap penting.rttltk demokrasi (Weiss, 2002)' Begitu i.rgu dlngan kajian yang khusus mengenai bentuk
"p*""intahan
nn"r"v"ta yang dibuat oleh pengkaji irru, dan dalam negara seperti Jomo & Gomez (L992)
Case (1993), Crouch (1996), Zakarta (1989). Kajian.
kajian tersebut banyak mengulas tentang bentuk pemerintahan Maraysia. Misalnya, crouch (1996)
*"rrg.rralisis isu di sebalik bentuk-bentuk kawalan politik yang ada di Malaysia. Menurut beliau kawalan potitik hampir terdapat di setiap lapisan masyarakat, iaitu, dari peringkal atas sehinggalah ke peringkat kampung.Undang.undangatauperaturan-peraturan itu dikatakan menyekat kebebasan rakyat.
Ramai pengkaji politik Malaysia bersependapat bahawa ,"*Lrrrangnya banyak bentuk kawalan yang
dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat' Sekatan- sekatan ini dikatakan mengongkong masyarakat.
Lantaran itu, ada pihak yang mempertikaikan
nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di Malaysia'
Demokrasi di Pinggiran
llalah ada yang berpendapat bahawa Malaysia mengamalkan "pseudo-democr acy" dan sebuah negara kuku besi (otoritarian state). Misalnya, Crouch (1996) menganalisis berbagai bentuk kawalan di Malaysia.
Menurut Crouch, bentuk-bentuk kawalan yang terd.apat di Malaysia ialah seperti undang-undang d an juga peraturan-peraturan tertentu. Beliau mengggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai contoh di mana undang-undang tersebut mengawal aktiviti - aktiviti p elaj ar di institusi p en gaj ian tinggi. Di kawasan luar bandar pula, kakitangan- kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) seolah-olah memantau masyarakat di kawasan Iuar bandar. Akta Keselamatan Dalam Negeri pula dianggap boleh mengancam kebebasan individu daripada memberikan pandangan mereka. Media jnga telah dikawal dengan akta seperti Akta Mesin cetak dan Akta Rahsia Rasmi. Ringkasnya, rakyat di Malaysia berhadapan dengan berbagai bentuk kawalan dalam kehidupan seharian mereka.
Hasil kajian yang dibuat oleh Crouch itu tidak terlalu berbeza dengan kajian-kajian lain. Misalnya, Shamsul (1983) juga membuat pengamatan yang sama tentang sebuah organisasi politik yang mempunyai pengaruh
!-ang kuat di kalangan penduduk di peringkat kampung. Menurut beliau, ahli-ahti organisasi tersebut merupakan golongan yang mendapat banyak manfaat daripada dasar kerajaan. Begitu juga dengan hasil kajian Rogers (1993) yang memperlihatkan pengaruh dan campur tangan pihak pemerintah di peringkat akar umbi. Beliau mengambil Kampung sungai Raya
*-'--.- Demokrasi di Pinggiran
sebagai contoh. Walaupun kajian beliau menunjukkan rakyat di kampung itu mengalami banyak perubahan tetapi pada masa yang sama mereka juga dapat merasakan kawalan pemerintah semakin meningkat.
Tulisan-tulisan awal yang dibuat oleh pengkaji- pengkaji di atas menunjukkan sememangnya banyak bentuk kawalan yang terdapat di Malaysia.
Persoalannya ialah adakah penduduk-penduduk di kawasan pinggiran juga dapat merasakan "sentuhan"
tersebut.
Di Sarawak, penskaji-pengkaji awal turut menggambarkan kawalan dalam bentuk politik pemberi&D penaungan. IGjian yang dibuat oleh Roff (L974), Leigh (1974), Searle (1988), Cooke 1gg8 turur memperlihatkan pengpruh pemerintah yang ketara di peringkat akar umbl Misalnya, menurut searle (1983) dan Aeria (1996) projek-projek pembangunan diedarkan semasa pilihan raya dan pemimpin- pemimpin masyarakat yang mempunyai pandangan politik yang berbeza tidak akan mendapat layanan yang baik. Lantaran ittu ada yang berpendapat bahawa pilihan raya mempakan tempat yang penting di mana penaungan diagih-agihkan untuk mempengaruhi dan mengawal pengundi.
3. Pilihan raya don Demohrrci
Pilihan raya adalah asas kepada demokrasi dan penting
dalam proses pendemokrasian. Ini kerana pilihan raya
memberi peluang dan ruang kepada rakyat sesebuah
negara untuk melibatkan diri secara langsung dalam
Demokrasi di Pinggiran
proses demokrasi. Tambahan pula dalam sistem demokrasi penyertaan rakyat adalah penting kerana kuasa untuk memilih pemerintah terletak di tangan mereka. Sememangnya pemerintah yang dipilih melalui pilihan raya akan'menjadikan mandat yang mereka perolehi itu sebagai asas kepada keabsahan (legitimocy) pemerintahan mereka (Alagappa 1995:
11-53). Pilihan rayaboleh dianggap medan bagi rakyat memberi keabsahan kepada sekelompok individu untuk memerintah negara berdasarkan bentuk pemerintahan yang telah dipersetujui. Pokoknya, kerajaan demokrasi mestilah lahir dari sesuatu pilihan raya yang bebas dan adil (Huntington, 1997). Namun demikian, bukan semua kerajaan yang dilahirkan oleh proses demokrasi memerintah secara demokratik.
Sering kedengaran dua pandangan yang agak berbeza tentang pilihan raya di Malaysia. Menurut satu pandangsh, pilihan raya yang diadakan di Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Namun menurut pandangan yang lain, pilihan raya di Malaysia adalah sekadar untuk mengesahkan sebuah kerajaan otoritarian yang sedia ada (Mavis Puthucheary, 2005:1).
Penulis-penulis yang begitu kritikal tentang sistem pemerintahan Malaysia menyifatkan negara ini sebagai tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar.
Lantaran itu, kedengaran pelbagai jolokan seperti pseudo-democrac!, repressiue-responsiue regime dan authoritarian state yang diberikan kepada Malaysia.
Kajian-kajian lepas mengenai pendemokrasian dan pilihan raya di beberapa buah negara di Asia Tenggara
**'''4-
Demolcras i di Pinggiran
menggambarkan yang proses pilihan raya sebagai sesuatu yang meriah, mahal dan adakalanya penuh dengan keganasan. Menurut Arg,iros (1996: 189-280) dan McVey (2000: 18), calon-calon pilihan raya di Thailand menggunakan juml ah wan g yan g b es ar untuk membeli sokongan. Adakalanya mereka mendap atkan sokongan daripada . kumpulan yang melakukan perniagaan secara haram (und'erworld). Misalnya, ahli perniagaan (dikenali sebagai chao pho), biasanya akan memberikan sokongan kewangan kepada calon- calon yang bertanding dan mengharapkan balasan daripada calon berkenaan bila dia menang kelak.
Terdapat juga di se*tengph kawasan mereka juga menggunakan taktik tasar untuk menakutkan dan mengawal penyokong-penyokong mereka- Taktik ini amat berkesan t€rutemr sekali apabila orang-orang politik tersebut menpmyai askarnya sendiri yang boleh digunakan untuk tutuan tersebut.
Terdapat juga cahcah yang mendapatkansokongan dengan cara membe,ri iamuan dan makanan percuma untuk pengundi mer€ta- Di Macau, pengundi- pengundi akan dijamu dengan makanan percuma dan diberikan hadiah @ifls) $rpaya mereka mengundi calon tertentu. Pada waktu hari pengundian, pengundi-pengundi Rknn dibawa ke restoran di mana makanan sudah disediakan- Kemudian mereka akan dihantar ke tempat mengrrndi (Yee L997: 944-960).
Begitu juga di Filipina di msna calon-calon yang bertanding juga mendapatkan sokongan kewangan daripada kumpulan-kumpulan uunder world' (Sidel 1999; Bionat 1998). Mereka mengharapkan orang
\ _ _
1 0
Demolcrasi di Pinggiran
yang mereka sokong akan membayar balik pelaburan mereka dalam bentuk kontrak kerajaan dan juga lesen- lesen perniagaan. Ini sudah tentunya mewujudkan kronisme.
Sidel (1999), menggunakan istilah "bossism" untuk merujuk kepada orang-oran! politik yang kaya serta berpengaruh di wilayah-wilayah tertentu di Filipina.
Selalunya pada musim pilihan raya, mereka akan menggunakan kekayaan mereka untuk membeli sokongan. Mereka juga sering menggunakan taktik kasar terhadap lawan mereka. Sesetengah mereka amat berpengaruh dan mempunyai angkatan bersenjata tersendiri. Ini menyebabkan sering berlakunya keganasan di antara penyokong-penyokong mereka.
Selain daripada unsur keganasan, pilihan rayajuga ibarat pesta di mana undi menjadi komoditi yang akan diperdagangkan. Menurut McCargo (1997: I32'
148), undi bertukar menjadi satu komoditi yang boleh dijual dan dibeli. Huntington menyifatkan pembelian dan penjualan undi sebagai satu bentuk rasuah. "...
uote buying as bribery where one trades political power for money uthile the other trades nxoney for politica,l power. In both cases something public (a uote, or offi,ce or decision) is sold for priuate gain" (Huntington 1968:
61). Di sesetengah kawasan, aktiviti membeli dan menjual undi begitu hebat. Sebenarnya suasana yang meriah ini boleh menarik ramai orang untuk turut serta dalam sesuatu pilihan raya.Ini kerana, mereka tahu akan ganjaran yang lumayan menanti mereka.
\Iereka menganggap calon-calon yang bertanding
l 1
Demolcrasi di pinggiran
sebagai seorang 'funta
crause- yang muncul dan m e mb awa hadiah-hadi"n
""t tt p"nyokong-penyokon g
mereka (Aeria tgg7:24). be aifit, menggambarkan aspek ini sabagai *,r"p
rylq positif untuk proses
ffiffi Hf# ::Trl"rana ia bob;' i""*n ramai.trans
Pilihan tayayang-#
su&h tent'nya melibatkan perbelanjaal- yang be88r-- Kryang tinggr ini juga sering dikaitkan a"ogao_h.,hr6 indm di anrara politik drl perniaga"- H"uffi*t antara orang politik dan korporat bermernr dft banyak duit untuk m e mbiayai kos pilihan nayr (Acdr t gyf, Z O) .Hubun gan di antara
ntit:k dan p.*irA." A U"U.rapa buah negara di Asia Tenggara rfiL-tl-. Uorif.t simbiotik
(Gomez 2oo2: 4-ggj- ffirit membuka
peluang untuk- perniagun unrrara perniagaan memberikan pulangan (lnend h.Drd" orang politik.
Wang ini akan die;akan unnot i"nrr" mengekalkan dan menambahkan k"; po[tiL G j.rs, bermakna kedua-dua pihak -"-"a"r.oG sama lain dan akhirnya menyebabkan ncrutr tetagihan input daripada vu."g lain. Brd ;ffp"*t hubungan vans intim ini dapat ;"d"d ti"sran mereka serta memungkinkan t"m'ffitungan yang b akal diperolehi. LanG nr hrtun8an yang bersifat simbiotik ini akan berte.rsan (Gmez: fro2:4_B').
Gomez (1g91: v), mengaittaD potrt rang di Malaysia dengan penglib3p" o;;* p'bt d"I"- perniagaan.
Parti-parti politik. -Jg,-"r"" syarikat_syarikar tertentu sebagai inuestilr (Drrrs mereka terribat
r 2
Demokrasi di Pinggiran
secara langsung dalam perniagaan. Misalnya, di peringkat kebangsaan ada yang berpendapat bahawa United Malays National Organisation (UMNO) adalah anak kunci kepada kekaya ant "the h,ey that opened the doors to fabulous wealth and riches" (Teh 2002: 338- 345). Cooke (1999: 88), pula menyifatkan kos pilihan raya yang tinggi dan politik wang sebagai akibat dan juga penyebab kepada hubungan intim di antara politik dengan perniagaan. Menurut Teh (2002 : 338- 345), senario di Malaysia juga mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara lain bila orang korporat sanggup berbelanja kerana percaya bahawa pulangan pelaburan mereka itu adalah lumayan,
"... the businesstnen or rich indiuiduals u:ith uested interest seldom hesitate to giue nxoney to politicians for their political career in return for securing fauours - especially busirLess fauours" (Teh 2002: 338-345).
Sarawak telah didedahkan kepada proses pilihan raya sejak awal tahun 1960an lagt. Pada peringkat awahYa, pilihan raya diadakan di peringkat kerajaan tempatan di mana rakyat mengundi wakil-wakil mereka untuk menjadi ahli majlis kerajaan tempatan. Pilihan raya yang diadakan adalah secara tidak langsung dan berdasarkan three-tier systenr. (Tilman, 1963: 508). Pada tahun 1969 sistem pilihan raya sebegini diubah dan rakyat di Sarawak buat pertama kalinya berpeluang untuk membuat pemilihan secara langsung. Kajian
!'ang dibuat oleh Milne dan Ratnam (I97 4), Roff (L97 4), dan Leigh (I97 4) mencerakinkan pengalaman rakyat di Sarawak yang terlibat buat kali yang pertama dalam pilihan raya secara langsung. Misalnya, calon-
t3
Demokrasi di Pinggiran
calon yang bertanding berhadapan dengan berbagai kerumitan serta halangan dalam usaha mereka untuk meraih sokongan daripada raky'at.
Sejak mencapai kemerdekaan Sarawak diperintah oleh kerajaan gabungan pelbagai parti. Kerajaan gabungan bermula dengan pembentukan Sarawak Alliance (1963) dan diikuti Sdrarvak Coalition Government pada tahun 1970.r Pada tahun 1974 gabungan ini dinamakan Barisan \asional (BN). Dewan Undangan Negeri pula terdiri daripada 62 ahli.rllanakala kerusi parlimen ialah sebanl'ak 27. Sejak merdeka pada tahun 1963. Saran'ak telah dipimpin oleh empat orang Ketua I\{enteri. Kalong \ ingkan ( 1963- 1966),Tawi S t i ( 1 9 6 6 - 1 9 7 0 ) . R a h m a n Y a a k u b ( 1 9 7 0 - 1 9 8 1 ) d a n Abdul Taib \'[ahmud (1981-sekarang). Pada masa kini kerajaan Barisan Nasional 1'ang memerintah negeri Sarawak adalah gabungan empat buah parti politik:
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples' Partl' tSUPPl. Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) and Parti Rakyat Sarawak (PRS).4 Pada tahun 2001. BN memenangr 61 daripada 62 kerusi di DUN. Pembangkang tunggal ialah dari Democratic Action Partv (DAP) (]Iersat 2001: 124-
2 Untuk perbincangan lanjut sila ru;uk ka.yian as al van-q dibuat oleh Leigh (1974), Milne & Ratnam ( 1974). dan RotT t l9--t) .
3 Jumlah ini menjadi 70 dengan penambahan lapan kerusi (Opar, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban. Bukit Danau. Pujut. Daro dan Bekenu) yang telah diluluskan oleh Deu'an Undangan Saras'ak pada bulan Jun 2005 (Su- ruhanjaya Pilihan Raya Malal'sia . http: \\'\r'\\'.spr.sor'.my/bharianl70105.
htm.24 Ogos 2005).
a Parti Rakyat Sarawak (PRS) ditubuhkan pada bulan Oktober 2004 set- elah pendaftaran Parti Bansa Dayak Saran'ak (PBDS) dibatalkan.
t 4