DERIARASA
Lim Nyuk Thin
Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus)
2004
DERIARASA
LIM NYUK THIN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
2004
L
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
lUDUL: DERIA RASA
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya LIM NYUK THIN
mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan 0
D
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauD
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMII972)TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
D
TIDAK TERHADDisahkan
=::i~~-
Tandatangan Penulis 'Tlldatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh: e1 .,A-pP..I L- >-004
Alamat Tetap:
Chop Syn Min Batu 45,
lalan KuchingiSri Aman, 94700 Serian,
Sarawak.
Catatan: *TesisJLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazab Doktor Falsafllb, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika TesislLaporan ini SULIT atau TERHAD, sila Jampirkan surat daripada pibak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempob tesisllaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
11
Projek bertajuk 'Deria Rasa' telah disediakan oleh Lim Nyuk Thin dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.
Diterima untuk diperiksa oleh:
c~.~Y!;'
Tarikh:
III
PENGHARGAAN
Sukacita saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ilmiah ini. Khas buat ibu bapa dan adik-adik tersayang yang telah mengorbankan banyak masa serta memberi dorongan, dan semangat untuk menghasilkan penulisan ilmiah selama Illl. Terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan. Jasa anda semua akan dikenang buat selama-Iamanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah fakulti dan pensyarah-pensyarah seni halus khasnya En. Anuar Ayob selaku penasihat, Prof. Madya Fauzan Omar, En. Wan Jamarul, En. Zulkalnain, En. Shamsu, En. Awangko dan Cik Modiana yang bertungkus-Iumus memberi bimbingan dan tunjuk ajar di sepanjang proses penulisan ilmiah dan kerja studio. Segala nasihat dan teguran yang diberikan akan dijadikan pengajaran serta iktibar.
Saya amat terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan dan teman-teman yang dikasihi kerana sudi membantu serta memberi teguran dalam penulisan ilmiah ini.
Terima kasih saya ucapkan. Kenangan pahit dan manis bersama kalian tetap dalam ingatan.
""' ,
Ucapan terima kasih juga kepada para petani, penjual sayur dan peniaga-peniaga lain yang sanggup memberi kerjasama dalam usaha untuk menjayakan penulisan ilmiah ini. Segala kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai dan disanjung tinggi.
Lim Nyuk Thin
lV
".
KANDUNGAN
Halaman Tajuk
Borang Pengesahan Status Dokumentasi Tandatangan Penyelia
Penghargaan Jadual Kandungan Abstrak
Abstract
lsi Kandungan 1. Pengenalan
1.1 Latar Belakang 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Skop Kajian
1.8 Kaedah Penyelidikan
2. Perbandingan Karya Artis Terpilih Dalam Menghasilkan Karya 2.1 Pengaruh Artis Terpilih di dalam Karya
2.2 Pengolahan Teknik dan Penggunaan Bahan dalam Karya
v
Muka Surat
11
111
IV
V
VII
VI11
1 1 2 3 3 4 4 5 5 6 6 20
j
3. Kesimpulan 26
4. Rujukan 27
5. Lampiran 30
VI
Abstrak
Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting kepada manUSla.
Kepelbagaian rasa seperti pahit, manis, masam, dan pedas sebenarnya mempunyai kaitan
yang rapat dengan perasaan manusia untuk merasai makanan. Manusia menggunakan deria rasa yang disalurkan melalui naluri sebagai alat untuk membezakan rasa.
Perkaitan yang amat rapat antara rasa dan deria rasa ini mendorong kepada penghasilan karya yang diterjemahkan dalam bentuk seni pemasangan yang terdiri daripada kotak cahaya, cetakan digital, dan buah-buahan asli beserta aromanya. Imejan yang digunakan seperti tembikai, cili, asam paya Ckelubi), dan peria merupakan un sur perlambangan yang boleh memberi kesan kepada orang ramai menghayati maksud yang tersirat tentang naluri yang tersurat.
VB
Abstract
Foods such as fruits and vegetables are important for us in our life. Various tastes such as bitter, sweet, sour and hot have a close relationship to human's feeling. Human use tasting
sense to taste a food which come from instinct and feeling. An installation art piece was created comprising of light box, digital print and real fruits with aroma as the answer to the
close relationship between taste and sense. Images of watermelon, chili, bitter gourd and 'salacca conferta griff have been used as a symbolic representation of inner feeling in creating an impact for the audience to feel.
viii
DERIARASA 1. Pengenalan
1.1 Latar Belakang
Sayur-sayuran dan buah-buahan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia untuk mendapatkan gizi yang seimbang setiap hari. Berbagai-bagai
jenis buah dan sayur diwujudkan oleh pencipta alam di muka bumi ini supaya manusia dapat merasai pelbagai jenis rasa seperti pahit, pedas, masam, dan manis. Rasanya adalah sungguh asli, rupa dan bentuknya kelihatan segar, dan warnanya cukup menarik
perhatian. Dengan adanya kriteria seperti ini, setiap orang sudah tentu terasa hendak makan bagi memenuhi citarasa mereka.
Menurut Kamus Dewan (1997), deria didefinisikan sebagai "alat perasa (pencium, pendengaran, penglihatan, dan lain-lain)", semen tara rasa pula membawa maksud,
"perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit
dan lain-lain apabila kena sesuatu); tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa".
Manakala Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) pula, merujuk rasa adalah "rasa hempedu seperti pahit, berperasa atau b'\i1lerisa."
Deria manusia terdiri daripada lidah untuk merasa, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, dan kulit untuk mengesan dan merasa sesuatu benda. Secara tidak langsung deria rasa yang berkait dengan deria lain pada tubuh manusia dapat menimbulkan perasaan dan reaksi yang berlainan apabila seseorang itu melihat, menyentuh, menghidu, dan merasai sesuatu jenis makanan yang pahit, masam, pedas, dan manis.
1.2 Permasalahan Kajian
Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan adalah baik dan sihat kerana
telah terbukti dari sudut kesihatan yang diamalkan oleh nenek-moyang kita dahulu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan zat vitamin dan garam galian yang sangat baik untuk kesihatan manusia bagi mencegah penyakit kulit, sembelit, dan lain-lain.
Dalam kehidupan seharian, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber makanan asas kepada manusia. Manusia seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta alam kerana diberi makanan yang sedap dengan berbagai-bagai jenis rasa seperti manis, masam, pahit, dan pedas. Dalam proses mencuba rasa makanan tersebut berbagai emosi dan perasaan seseorang akan timbul melalui tindak balas pada riak wajah seseorang. Dengan itu, konsep makan itu bukan hanya di mulut sahaja, tetapi juga menerusi fikiran dan jiwa seseorang. Ini adalah kerana dalam pengalaman hidup setiap manusia, pelbagai jenis rasa kehidupan seperti pedas, masam, pahit, dan manis juga perlu dilalui dari semasa ke semasa. Apabila seseorang berada dalam kesusahan, ia akan terasa hidup ini adalah pahit. Sebaliknya, dia akan terasa manis kalau kehidupannya penuh dengan kegembiraan. Tatkala seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan terasa pedas hatinya. Merujuk kepada pepataj..Melayu "siapa yang makan cili, dia yang rasa pedas". "Cili padi" merujuk kepada manusia yang suka menyakiti hati orang lain melalui percakapannya.
Menurut Kamus Perdana: Bahasa Melayu- Bahasa Cina- Bahasa Inggeris (1997)
dan KamUB Oxford Fajar Advanced Learner's English-Malay (2000), maksud bagi:
(a). Pedas ialah "rasa seperti rasa cHi atau menghasilkan rasa terbakar pada lidah."
(b). Pahit ialah "getir, rasa seperti rasa hempedu, mempunyai rasa yang menusuk
2
l.
seperti aspirin atau kopi yang tidak diberi gula; kata lawannya ialah manis."
(e). Masam ialah "mempunyai rasa menyusuk seperti rasa euka, limau, dan asam."
(d). Manis ialah "rasa seperti gula atau madu; tidak masam, pahit atau masin."
1.3 Kepentingan Kajian
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan peneuei mulut dan pembuka selera yang sangat baik kepada orang ramai sebelum ataupun selepas menjamah makanan.
Selain itu, ia juga berwarna-warni bagi menarik perhatian orang ramai untuk menikmati rasanya sarna ada sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut mempunyai rasa pedas seperti eill, pahit seperti peria, masam seperti asam paya (kelubi), dan manis seperti tembikai. Ini seeara tidak langsung merujuk kepada pengalaman hidup manusia yang mempunyai pahit danmanisnya. Pelbagaijenis perasaan akan timbul semasa manusia menghadapi sesuatu perkara sarna ada perkara tersebut membawa perasaan pedas, pahit, masam, dan manis kepada orang tersebut.
1.4 Tujuan Kajian
(a). Menunjukkan bahawa makanan s;p:rti sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai warna, bentuk, dan rasa yang berlainan.
(b). Menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai penyampai mesej kepada orang ramai dalam bentuk seni.
(e). Mengajak orang rarnai untuk mengalami perasaan yang berbeza sesual dengan kepelbagaian rasa sayur-sayuran dan buah-buahan.
3
1.5 Objektif Kajian
(a). Supaya orang ramai dapat mengenali kepentingan makanan dalam kehidupan seharian.
(b). Menunjukkan bahawa deria rasa mempunyai hubungan langsung dengan emosi dan perasaan seseorang dalam kehidupan manusia.
(c). Menunjukkan bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai daya penarik dari segi warna, rupa bentuk, jalinan, imbangan, harmoni, dan sebagainya.
1.6 Hipotesis Kajian
Melalui kajian ini, pengkarya hendak menjelaskan tentang soal makan yang berhubung rapat dengan manusia untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Melalui makanan, manusia dapat merasai pelbagai jenis rasa seperti masam, pedas, pahit, dan manis. Dalam rintangan hidup manusia, pelbagai masalah akan timbul dan setiap manusia harus mencari jalan penyelesaian. Dalam soal cuba melaksanakan sesuatu kerja, kita perlu bersedia untuk menghadapi risikonya sebelum mencapai kejayaan. Dalam usaha-usaha yang dijalankan, sudah tentu kita akan menghadapi pelbagaijenis rintangan.
Kita akan rasa marah, kecewa, sedih, dan sebagainya semasa menjalankan sesuatu kerja.
Apabila sudah berjaya, baru kita berasa gembira dan manis rasanya selepas lama berusaha. Setiap manusia perlu melalui kehidupan seperti ini dan tidak ada orang yang akan hidup senang untuk selama-lamanya sekiranya dia tidak mencuba untuk berusahanya dengan daya sendiri. Oleh itu, setiap manusia perlu mencuba nasib untuk dirinya sendiri dari semasa ke semasa demi menghadapi masalah dalam kehidupan kerana jika kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu rasanya.
4
I
1.7 Skop IUQian
Sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dijadikan sebagai bahan kajian seperti cili, peria, a8am paya, dan tembikai yang mudah didapati di Pasar Tani Serian dan Pasar Minggu Satok, Kuching, dikenali sebagai 'Satok's Sunday Market'.
1.8 Kaedah Penyelidikan
Kaedah yang digunakan untuk membuat kajian ini ialah melalui internet, majalah,
surat khabar, buku rujukan daripada perpustakaan, buku rujukan yang dibeli dari kedai
kedai dan mengumpul foto sayur-sayuran dan buah-buahan seperti cili, peria, asam paya, dan tembikai. Imej-imej sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dirakam melalui kamera atau dikumpul melalui buku dan internet.
J
5
2. Perbandingan Karya Artis Terpilih Dalam Menghasilkan Karya
Pelbagai jenis rasa yang diperolehi daripada sayur-mayur dan buah mempunyai hubungan yang rapat dalam kehidupan manusia. Setiap jenis rasa dapat merangsangkan deria seseorang dan tindak balasnya dapat dilihat menerusi reaksi yang ditunjukkan pada individu itu sendiri. Dalam kajian ini, pengkarya ingin meluahkan perasaannya melalui pelbagai jenis rasa yang diperolehi dalam makanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang memberikan rasa pedas, pahit, masam, dan manis yang asli. Oleh itu, pengkarya mengaitkan kesemua jenis rasa ini dalam pengalaman hidupnya yang mempunyai kenangan masam, pahit, pedas, dan manis.
2.1 Pengaruh Artis Terpilih di dalam Karya
Pelukis-pelukis yang mempengaruhi pengkarya adalah pelukis pada zaman Seni Popular atau 'Seni Pop'. 'Seni Pop' berkembang pesat di Amerika Syarikat pada tahun 1957 hingga 1964. Pada masa itu, 'Seni Pop' mencerminkan keadaan sekeliling pengguna di samping mengambil semula imej bergambar dalam seni selepas zaman Abstrak Ekspresionisme. Seniman muda mula menggunakan imej-imej untuk promosi sesuatu produk melalui media massa yang be~it rapat dengan kehidupan manusia. Subjek
subjeknya adalah berasaskan objek-objek dan imej-imej harian yang diambil daripada media massa seperti majalah, iklan, televisyen dan surat khabar. Pelukis-pelukis yang terkenal padamasa itu terdiri daripada Andy Warhol, James Rosenquist, Roy Lichenstein, Tom Wesselman, Robert Rauschenberg, Jasper Johns, Jim Dine, dan Claes Oldenburg.
Pada zaman tersebut, peranan mempromosi imej fotografi menarik perhatian dan minat sen· an yang agresif. Seniman Pop memperbaharui pertanyaan mengenai potensi
6
industri teknik pembuatan yang bukan sahaja melaksanakan kerja tetapi pada keseluruhan estetika yang dilihat dari segi pandangan, gaya, dan makna.
Manakala pelukis-pelukis tempatan yang dijadikan contoh untuk menghasilkan karya yang berkaitan dengan tajuk kajian pengkarya adalah Ismail Zain, Din Omar, Jamil Mat Isa, Ahmad Shukri Mohamed, Zainon AbduHah, dan lain-lain. Seniman-seniman ini menggunakan berbagai jenis objek secara pengulangan dalam karya mereka bagi memaparkan masyarakat pada masa-masa tertentu.
Dalam kajian ini, pengkarya lebih menitikberatkan budaya pemakanan dalam kehidupan setiap manusia. Seniman-seniman yang mempersembahkan budaya pemakanan adalah terdiri daripada Andy Warhol, Claes Oldenberg, Din Omar, Choong Kam Kow, dan Hashim Hassan. Andy Warhol mempersembahkan botol coca-cola dan makanan dalam tin. Beliau banyak menggunakan imej seni reka komersial dan pengiklanan massa sebagai subjek karyanya.
Buku Seni Lukis dalam Peristiwa yang ditulis oleh Muliyadi Mahamood (995) menyatakan bahawa Claes Oldenberg menggunakan subjek seperti kun ais krim dan hamburger yang memaparkan konteks budaya dan masyarakat dalam karyanya. Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan jQjek budaya pemakanan seperti nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu, garpu, dan cawan. Karya beliau yang paling menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang bertajuk Kepelbagaian (1990). Menerusi karya ini, beliau mengungkap kesatuan hidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Imej nasi bungkus menjadi simbol penyatuan pelbagai bangsa dan warna kulit kerana nasi bungkus diterima dan digemari oleh rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia. Dalam karya Choong Kam K pula, beliau mempersembahkan budaya pemakanan serta pembungkusan kuih-muih
7
tradisi seperti pulut panggang dan kuih koei, sementara Hashim Hassan menampilkan imej ketupat yang berbentuk anyaman yang melambangkan kesatuan dan keharmonian.
Karya-karya artis terpilih:
Gambarajah 1
Nama Pelu . : Ismail Zain Tajuk Karya :Al Rumi
Tahun : 1986
Saiz : 24 em x 19 em
Medium : Cetakan komputer
8
Gambarajah 2 Nama Pelukis : Andy Warhol
Tajuk Karya : Green Coca-Cola Bottles
Tahun : 1962
Saiz : 209 em x 145 em
Medium : Catan minyak di atas kanvas
9
Gambarajah 3 Nama Pelukis : Andy Warhol
Tajuk Karya : 200 Campbell's Soup Cans
Tahun : 1962
Saiz : 183 em x 254 em
Medium ~Catan minyak di atas kanvas
Andy Warhol menggunakan banyak imej popular yang terdapat dalam media massa untuk menghasilkan karyanya. Karyanya jelas menunjukkan imej yang popular, iaitu minuman coca-cola dan makanan dalam tin yang biasa dilihat dan mudah terdapat di pasaran.
10
GlIIilbarajah 4 Nama Pelukis : Din Omar
Tajuk Karya : Antara Dua Hidangan
Tahun : 1992
Medium : Media campuran
11
Gambarajah 5
Nama Pelukis : Din Omar Tajuk Karya : Kepelbagaian
Tahun : 1990
Pengolahan yang diambil oleh III Omar boleh dikatakan berhubung kait dengan aliran seni popular yang mula berkembang pesat di England pada pertengahan tahun 1950-an dan di Amerika Syarikat pada dekad 1960-an. Seni Popular adalah berkisar pada
basil
kebudayaan popular yang bersifat komersial.12
Gambarajah 6 Nama Pelukis : Zainon Abdullah TajukKarya : Pasar Lambak
Tahun ' 1989
Saiz : 120 em x 240 em x 15 em Medium : Media eampuran
13
Gambarajah 7 Nama Pelukis : Ahmad Shukri Tajuk Karya : Target Series 19
Tahun : 1993
Saiz : 91cm x 104 em
Medium : Media eampuran di atas papan
14
Gambarajah 8
Nama Pelukis : Ahmad Shukri Tajuk KarJlb" : Diskette Series IV
Tahun : 1998
Saiz : 122 em x 130 em Medium : Media eampuran
15