• Tidak ada hasil yang ditemukan

(1)Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "(1)Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan 645 Usahawan Platinum dengan nilai jualan tahunan mencecah RM3.5 bilion.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kejayaan usahawan terbabit secara tidak langsung mencipta sebanyak 21,457 peluang pekerjaan.

"MARA juga bertindak sebagai penggerak utama memimpin usahawan Bumiputera daripada hanya menjadi 'Regional Champion' kepada 'Global Champion'.

"MARA sentiasa mencari peluang dan kerjasama dengan agensi kerajaan, kementerian, pihak swasta, pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan kompeten dan berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan.

Mahdzir berkata, sejak COVID-19 melanda negara, MARA melaksanakan pelbagai program bagi membantu memastikan kelangsungan perniagaan usahawan dinaungi agensi itu.

Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanakan ialah pengecualian bayaran sewa dan kadar bayaran sewaan premis MARA sebanyak 30 peratus membabitkan 5,971 penyewa.

"Tahun lalu, impak COVID-19 hanya membabitkan tiga peratus usahawan terpaksa menutup operasi perniagaan. Proses kebangkitan semula usahawan ini turut disokong dengan penyaluran peruntukan 2022 berjumlah RM398.5 juta.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Setakat bulan lalu, seramai 12,812 usahawan menerima manfaat kemudahan yang disediakan, dengan jumlah kelulusan permohonan sebanyak RM464 juta," katanya.

Selain itu, beliau berkata, program keusahawanan MARA dilengkapi ekosistem sewaan lot perniagaan kepada usahawan.

Setakat ini, sejumlah 6,680 daripada keseluruhan 7,317 lot perniagaan MARA diisi oleh usahawan dengan janaan sewaan tahunan lebih RM1 bilion.

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted