• Tidak ada hasil yang ditemukan

Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

No. 120

FRIM Reports

Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu

Y Alia Syahirah, M Asniza, ZS Nur Hajar, M Suhaida, TI Tuan Marina,

M Mohd Parid & Anwar UMK

(2)

FRIM Reports No. 120

EKSPLORASI SUMBER HUTAN SIMPAN GUNUNG TEBU

Y Alia Syahirah, M Asniza, ZS Nur Hajar, M Suhaida, TI Tuan Marina, M Mohd Parid & UMK Anwar

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

(3)

© Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2022 Editor Siri : WA Wan Mohd Shukri Editor Urusan : S Vimala

Pengatur Huruf : Y Rohayu Teks diset dalam Calibri 12

MS ISO 9001:2015

Dicetak oleh Cawangan Penerbitan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong

(4)

PENGENALAN

Satu program Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu dan sesi libat urus bersama komuniti setempat telah dilaksanakan pada 18 hingga 19 Mac 2022 bagi membantu meningkatkan nilai komersial sumber bahan mentah. Program ini diterajui oleh Program Perhutanan Sosial, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan turut disertai oleh Unit Buluh, Rotan dan Palma. Program ini juga melibatkan beberapa jabatan seperti Jabatan Pehutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Daerah Besut serta komuniti setempat iaitu Sahabat Cakna Gunung Tebu (SCGT).

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengkaji sumber hutan yang boleh diterjemahkan kepada keuntungan melalui modul berasaskan ekopelancongan untuk pembangunan koperasi. Bagi Unit Buluh, Rotan dan Palma, program ini penting untuk mengenal pasti spesies buluh dan rotan yang berpotensi untuk menjana ekonomi penduduk di sekitar Gunung Tebu. Disamping itu, spesies buluh dan rotan yang dijumpai akan direkodkan dan dijadikan sebagai bahan rujukan.

Buluh dan rotan merupakan antara bahan mentah untuk pembuatan produk yang boleh diperolehi di dalam hutan di Malaysia. Kedua-dua hasil hutan bukan kayu ini mempunyai nilai komersial dan telah menjadi sumber ekonomi para penduduk terutamanya di luar bandar. Di Malaysia, terdapat pelbagai spesies buluh dan rotan yang sememangnya telah digunakan bagi penghasilan pelbagai produk sejak dahulu lagi. Namun begitu, penggunaan buluh dan rotan di Malaysia masih belum diteroka sepenuhnya dan perlu ditransformasikan ke arah penghasilan produk bernilai tambah sesuai dengan keadaan semasa. Ia bukan sahaja berpotensi untuk pasaran domestik malah berpotensi kepada pasaran eksport. Ini boleh menjadikan buluh dan rotan sebagai satu komoditi dan bahan mentah alternatif yang boleh memangkin pertumbuhan ekonomi negara. Ia selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (2021) yang menggariskan keperluan sumber hutan bukan kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi menjamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan.

PENDEKATAN EKSPLORASI

Gunung Tebu terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut, Terengganu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam dengan jarak sejauh 7088 m dari jalan masuk melalui Hutan Lipur Lata Belatan untuk tiba ke puncak Gunung Tebu. Ketinggian gunung ini direkodkan adalah setinggi 1039 m (3408.79 kaki) dari aras laut. Rajah 1 menunjukkan peta lokasi Gunung Tebu yang terletak di dalam daerah Besut, Terengganu.

Eksplorasi Gunung Tebu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan penyelidik, antaranya kumpulan buluh dan rotan. Kumpulan ini ditugaskan untuk mengenal pasti spesies buluh dan rotan di sepanjang laluan pendakian ke puncak Gunung Tebu. Laluan sepanjang eksplorasi Hutan Simpan Gunung Tebu telah direkodkan seperti pada Rajah 2.

Aktiviti yang dilakukan sepanjang kajian adalah seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 1.

(5)

Rajah 1 Lokasi Gunung Tebu yang terletak dalam daerah Besut, Terengganu

Rajah 2 Laluan eksplorasi di Hutan Simpan Gunung Tebu

KAEDAH PENGECAMAN ROTAN

Spesies rotan dapat dikenal pasti melalui cara pertumbuhan pokok rotan sama ada tumbuh secara berumpun atau tunggal. Sebahagian besar tumbuhan rotan adalah menjalar dan ruas batangnya adalah seperti buluh. Ruas rotan mempunyai pelbagai bentuk, ukuran dan panjang bergantung pada spesies rotan tersebut. Secara umumnya, rotan mempunyai beberapa jenis susunan dan bentuk daun. Rotan juga mempunyai duri pada daun, okrea dan flagela serta mempunyai corak dan bentuk perbungaan yang berbeza.

(6)

Pengecaman setiap spesies adalah berdasarkan kepada ciri-ciri utama seperti daun, buah, bunga, duri dan sebagainya. Memandangkan ketidakdapatan buluh di kawasan ini, tumpuan diberikan kepada jenis rotan yang tumbuh di sepanjang perjalanan pendakian.

Ciri-ciri utama yang digunakan untuk mengenal pasti spesies rotan adalah seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 Ciri-ciri utama rotan

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi

1 Pokok

rotan Spesies rotan dapat dikenal pasti melalui jenis pertumbuhan pokok rotan sama ada:

a) berumpun atau tunggal, b) memanjat atau

tidak memanjat

(Sumber ilustrasi: Peters et al. 2014) 2 Lutut

(knee) Perbezaan spesies rotan dapat dilihat melalui bentuk lutut pada rotan seperti berkembang atau tidak berkembang.

Terdapat juga spesies rotan yang tidak mempunyai lutut.

(Sumber ilustrasi: Peters et al. 2014)

a) b)

Berumpun Tunggal

Tiada lutut Lutut

(7)

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi 3 Okrea

dan flagela

Bagi pengecaman rotan, okrea dan flegela anatara ciri penting untuk proses pengecamaan.

Okrea adalah struktur yang tumbuh dari bahagian atas upih daun dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a) tidak kembang b) membengkak

menyaluti batang Flagela pula terdapat pada rotan genus Calamus sahaja.

Kedudukan flagela sering ditemui pada bahagian atas upih daun (leaf sheath).

(Sumber ilustrasi: Dransfield 1979 & Peters et al. 2014) 4 Sirus Sirus terdapat pada

hampir semua rotan jenis memanjat dari genera Ceratolobus, Daemonorops, Plectocomia, Plectocomiopsis, Myrialepis, Korthalsia dan pada beberapa rotan dari spesies Calamus.

Panjang sirus adalah dicatatkan antara 2 hingga 3 meter.

(Sumber ilustrasi: Peters et al. 2014) Okrea membengkak Okrea tidak

kembang

Flaglea

Upih daun

Sirus

(8)

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi 5 Susunan

daun Rotan mempunyai dua jenis susunan daun:

a) Susunan teratur b) Susunan

berkelompok Susunan daun akan membezakan rotan daripada tumbuhan palma yang lain.

(Sumber ilustrasi: Peters et al. 2014) 6 Bentuk

daun Bentuk daun juga berbeza seperti:

(a) mata lembing (b) rombus

a) Mata lembing

b) Rombus

Susunan teratur Susunan berkelompok

a) b)

(9)

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi 7 Duri di

belakang daun

Terdapat sebahagian rotan mempunyai duri kecil berhampiran pangkal tangkai daun atau di belakang daun.

(Sumber ilustrasi: Dransfield 1979) 8 Duri

pada batang

Susunan duri pada batang dapat

membezakan spesies rotan. Terdapat spesies rotan yang mempunyai:

a) duri tunggal b) duri tunggal dan

berkelompok c) duri berkelompok

separa lengkaran d) duri berkelompok

dalam lengkaran

Duri kecil di belakang daun

Duri tunggal Duri tunggal dan berkelompok b)

a)

(10)

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi

(Sumber ilustrasi: Dransfield 1979) 9 Kelopak

bunga Rotan mempunyai corak dan bentuk perbungaan yang berbeza.

Genus rotan bergantung pada bentuk perbungaan sebagai contoh:

Calamus – brakta berbentuk tiub dan tidak menutupi bunga.

Daemonorops brakta berbentuk seperti seludang menutupi bunga dan tidak panjang.

b) a)

Duri berkelompok dalam lengkaran Duri berkelompok

separa lengkaran

Brakta seludang

Brakta berbentuk

tiub

Calamus Brakta

Daemonorops

(11)

Bil. Ciri-ciri Huraian Ilustrasi 10 Buah Semua buah rotan

mempunyai rupa yang hampir sama dengan kehadiran sisik menegak yang bertindih pada bahagian luar buah.

Ciri ini membezakan antara rotan dan palma dari genera seperti Salacca, Metroxylan and Eugeissona dan subfamily Lepidocayoid.

(Sumber ilustrasi: Dransfield 1979)

HASIL EKSPLORASI

Berdasarkan pemerhatian, adalah didapati tiada spesies buluh di sepanjang dan sekitar laluan pendakian. Ketidakdapatan spesies buluh di kawasan sekitar Gunung Tebu ini turut disokong oleh penemuan bancian terdahulu, antaranya bancian buluh melalui Laporan Inventori Hutan Nasional ke-5. Walau bagaimanapun, faktor ketidakdapatan spesies buluh di kawasan Gunung Tebu ini masih belum dikenal pasti.

Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan terbesar iaitu sub- famili Calamoideae. Dianggarkan terdapat 600 spesies rotan yang terdiri daripada 13 genera di dunia iaitu terdiri daripada Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha. Di Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang telah direkodkan terdiri daripada 8 genera di mana hanya 12 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya dan mempunyai nilai pasaran.

Melalui eksplorasi ini, spesies rotan yang dijumpai telah dikenalpasti melalui 10 ciri- ciri utama yang ditunjukkan pada Rajah 1. Hasil daripada eksplorasi ini, terdapat lima spesies rotan telah direkodkan sepanjang pendakian ke Gunung Tebu. Spesies yang dimaksudkan ialah Calamus ridleyanus (rotan kerai hitam), Calamus diepenhorstii (rotan kerai), Daemonorops callicarpa (rotan lumpit), Daemonorops monticola (rotan getah

(12)

9

Pokok rotan Lutut Okrea dan flagela

Bentuk dan susunan daun Sirus Duri di belakang daun

Sirus Lutut

Flagela

Okrea

Pokok rotan Lutut Okrea dan flagela

Bentuk dan susunan daun Sirus Duri di belakang daun

lumpit) dan Daemonorops verticillaris (rotan sabong). Daripada lima spesies, hanya satu spesies sahaja yang mempunyai nilai komersial iaitu Calamus diepenhorstii (rotan kerai).

Rotan jenis ini digunakan oleh pihak industri untuk menghasilkan produk kraftangan, perabot dan komponen perabot. Rajah 3(a-e) menunjukkan semua spesies rotan yang telah dijumpai semasa kajian dilakukan.

Calamus ridleyanus (rotan kerai hitam) adalah rotan yang tumbuh secara berumpun dan memanjat. Rotan spesies ini mempunyai lutut yang jelas serta okrea yang berwana coklat yang tidak membengkak. Flagela bertindak sebagai ejen pemanjat bagi rotan spesies ini. Rotan ini mempunyai susunan daun yang teratur berbentuk mata lembing serta terdapat duri-duri halus di belakang daun dan sirus pada hujung daun tersebut.

Duri pada batang yang terdapat pada rotan ini adalah duri tunggal dan bersaiz kecil.

Terdapat warna kehitam-hitaman pada hujung duri tersebut. Brakta pada kelopak bunga rotan spesies ini adalah berbentuk tiub. Calamus diepenhorstii (rotan kerai) pula mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Calamus ridleyanus (rotan kerai hitam).

Walaubagaimanapun, ciri yang membezakan dua spesies ini adalah batang serta duri rotan Calamus diepenhorstii (rotan kerai) berwarna kekuning-kuningan.

(13)

Pokok rotan Lutut Okrea dan flagela

Bentuk dan susunan daun Sirus Duri di belakang daun

Duri pada batang Kelopak bunga Buah

Sirus Lutut

Flagela

Okrea

Duri pada batang Kelopak bunga Buah

Lutut Okrea

Pokok rotan

Sirus (Organ pemanjat) Bentuk dan susunan daun

Rajah 3a Calamus ridleyanus (Rotan kerai hitam)

Rajah 3b Calamus diepenhorstii (Rotan kerai)

(14)

Pokok rotan Bentuk dan susunan daun

Duri pada batang Buah

Daemonorops calicarpa (rotan lumpit) tumbuh secara berumpun dan membentuk belukar. Rotan ini tidak mempunyai lutut dan okrea yang jelas. Daunnya berbentuk mata lembing dan tumbuh secara teratur. Duri pada batang rotan ini adalah berkelompok separa lengkaran. Buah matang yang terdapat pada rotan spesies ini berwarna coklat muda serta mempunyai paruh pendek pada hujung buah tersebut.

Rajah 3c Daemonorops callicarpa (Rotan lumpit)

(15)

Pokok rotan Lutut Bentuk dan susunan daun

Duri pada batang Sirus (Organ pemanjat) Kelopak bunga

Daemonorops monticola (rotan getah lumpit) merupakan rotan yang tumbuh secara berumpun dan memanjat. Ia mempunyai lutut yang kurang berkembang dan okrea yang tidak bengkak. Daunnya berbentuk mata lembing serta tumbuh secara teratur dan terdapat sirus pada hujung daun tersebut. Duri pada batang yang terdapat pada rotan ini adalah berkelompok dan bersaiz besar. Kelopak bunga rotan spesies ini mempunyai brakta yang berbentuk tiub.

Rajah 3d Daemonorops monticola (Rotan getah lumpit)

Daemonorops verticillaris (rotan sabong) adalah rotan yang tumbuh secara tunggal.

Rotan spesies ini mempunyai lutut tetapi kebanyakannya terlindung oleh kehadiran duri. Rotan spesies ini mempunyai daun berbentuk mata lembing serta tumbuh secara teratur dan terdapat sirus pada hujung daun. Duri pada batangnya adalah berkelompok dalam lengkaran. Buah rotan ini berbentuk bulat dan bertangkai pendek.

(16)

Pokok rotan Bentuk dan susunan daun Duri pada batang

Buah Sirus

Rajah 3e Daemonorops verticillaris (Rotan sabong)

Spesies rotan yang paling banyak ditemui di sepanjang eksplorasi ini ialah Daemonorops callicarpa (rotan lumpit). Rotan lumpit tergolong dalam rotan yang berbatang pendek dan tidak memanjat. Spesies rotan seperti ini didapati kurang memerlukan sumber cahaya yang tinggi untuk pertumbuhan maksimum. Oleh itu, rotan lumpit mudah didapati di sepanjang kawasan kajian. Melalui kajian ini, hanya satu spesies yang dijumpai mempunyai nilai komersial iaitu Calamus diepenhorstii (rotan kerai). Manakala, empat spesies lagi perlu dieksplorasi untuk mengenal pasti potensi rotan-rotan ini sebagai produk bernilai tambah yang baharu.

KESIMPULAN

Eksplorasi ini mendapati tiada spesies buluh yang dijumpai di Gunung Tebu. Manakala,

(17)

kepada suatu produk baharu untuk meningkatkan nilai tambah produk. Laporan ini diharap dapat digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk eksplorasi di Gunung Tebu dan kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.

PENGHARGAAN

Unit Buluh, Rotan dan Palma mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu yang terlibat dalam menjayakan eksplorasi ini. Terima kasih diucapkan kepada En Mohamad Aidil Noordin yang terlibat bagi proses ID buluh dan rotan, Wan Adnan Wan Ishak, Azam Shah Mat Rata, Mohamad Faizal Sharuddin, Jasriza Mat Hassan, Sadali Sahat, Mohd Hafizuddin Hasromi, Mohd Nizam Achin dan Harfendy Osman yang terlibat dalam proses pengukuran dan pengecaman serta En Mohd Faizul Mohd Shukari bagi penyusunan gambar spesies rotan dan buluh.

BIBLIOGRAFI

Chua LSL, Suhaida M, Hamidah M & Saw LG. (2010). Malaysia plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research Pamphlet-Forest Research Institute Malaysia, (129).

Dransfield J. (1979). A manual of the rattans of the Malay Peninsula. A manual of the rattans of the Malay Peninsula., (29). Forest Department, Ministry of Primary Industries Malaysia.

Dransfield J. (1984). The rattan of Sabah. Sabah Forest Record No. 13. Forest Department, Sabah, Malaysia.

Hamdan H, Anwar UMK, Syamil KM & Faiz KM. (2019). Rattan mills in Peninsular Malaysia (FR114). FRIM Reports (Forest Research Institute Malaysia), (114).

Hamid SA, Hashim ZH & Him NAIIN. (Eds.). (2019). Royal Belum-Temenggor Rainforest: The Hidden Trasure of Perak. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Malaysia Plant Red List: Guide for Contributors. (2006). Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Malaysia. pp. 11.

Malaysia Policy on Forestry. (2021). Ministry of Energy and Natural Resources, Malaysia.

Panduan Teknikal Inventori Hutan Nasional ke 5 (IHN-5). 2011–2012. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Peters CM, Henderson A, Nguyễn QDN & Ledecq T. (2014). Systematics, Ecology and Management of Rattans in Cambodia, Laos and Vietnam: The Biological Bases of Sustainable Use.

Agricultural Publishing House.

Wong KM. (2004). Bamboo the amazing grass: a guide to the diversity and study of bamboos in Southeast Asia.

(18)

Kumpulan buluh dan rotan bergambar

sebelum memulakan eksplorasi Air sungai yang mengalir jernih

Pendakian ke puncak Gunung Tebu

(19)

Kawasan perkhemahan yang dipenuhi oleh

pokok podo Semua peserta eksplorasi bergambar

kenangan di puncak gunung

Di puncak Gunung Tebu Perjalanan turun dari puncak gunung

(20)

Satu program Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu dan sesi libat urus bersama komuniti setempat telah dijalankan di Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu. Penglibatan Unit Buluh, Rotan dan Palma dalam program ini adalah untuk mengenal pasti spesies buluh dan rotan yang berpotensi untuk menjana ekonomi penduduk di sekitar Gunung Tebu. Pengecaman setiap spesies adalah berdasarkan kepada ciri-ciri utama seperti daun, buah, bunga, duri dan sebagainya. Keputusan kajian menunjukkan tiada spesies buluh ditemui di sepanjang dan sekitar laluan pendakian. Hasil daripada eksplorasi ini juga, terdapat lima spesies rotan telah direkodkan sepanjang pendakian ke Gunung Tebu. Spesies tersebut adalah Calamus ridleyanus (rotan kerai hitam), Calamus diepenhorstii (rotan kerai), Daemonorops callicarpa (rotan lumpit), Daemonorops monticola (rotan getah lumpit) dan Daemonorops verticillaris (rotan sabong). Daripada lima spesies tersebut, hanya satu spesies yang mempunyai nilai komersial iaitu Calamus diepenhorstii (rotan kerai) manakala, empat spesies lagi perlu dieksplorasi untuk mengenal pasti potensi rotan-rotan ini sebagai produk bernilai tambah yang baharu.

Kesimpulannya, laporan ini diharap dapat digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk eksplorasi di Gunung Tebu dan kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.

Referensi

Dokumen terkait

Tanaman jarak pagar juga mengandung getah yang terdapat pada bagian biji,. buah, bunga, daun, batang

Mula- mula bunga ini keluar dari ketiak daun yang terletak pada batang utama.. atau cabang

Sementara stok karbon yang berada di atas permukaan tanah dalam bentuk serasah (daun, batang/ranting, bunga dan buah) yang telah mati dan rerumputan umumnya

Bunga melon berbentuk lonceng berwarna kuning-cerah mirip dengan bunga pada tanaman semangka, memiliki kelopak daun sebanyak lima buah dan kebanyakan bersifat uniseksual

menjadi cabang-cabang dan daun-daun sedang yang terdapat pada ujung-ujung batang, cabang atau ranting a- kan tumbuh menjadi cabang dan daun atau bunga (tabel I), Bunga, buah

a) Pembagian fraksi pohon contoh dilakukan untuk memisahkan bagian-bagian biomassa pohon meliputi fraksi batang, cabang, ranting daun, serta bunga dan buah jika ditemukan. b)

Ciri-ciri tanaman beracun yang dimaksudkan oleh informan kunci misalnya memiliki duri tajam pada hampir semua bagian, memiliki bulu di bagian daun atau batang, berwarna

Sementara stok karbon yang berada di atas permukaan tanah dalam bentuk serasah (daun, batang/ranting, bunga dan buah) yang telah mati dan rerumputan umumnya