• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAQ(Saluran Kedua) 1.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "FAQ(Saluran Kedua) 1."

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

FAQ(Saluran Kedua)

1. S: Sekiranya saya telah menghantar permohonan secara online tetapi saya terlupa untuk mencetaknya, bagaimana saya hendak mendapatkan maklumat permohonan saya semula?

J: Anda boleh mencetaknya dengan memasuki semula laman web berkenaan dan mencapai butang Semak Permohonan.

2. S: Saya adalah pelajar Lepasan Diploma yang baru sahaja tamat pengajian.

Adakah saya layak memohon saluran ini kerana saya belum mempunyai pengalaman kerja? Jika tidak, bagaimana saya boleh memohon ke UKM?

J: Calon yang memohon saluran ini perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang dipohon/berkaitan. Permohonan bagi Lepasan Diploma adalah diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan iklan kemasukan biasanya disiarkan pada bulan Januari setiap tahun.

3. S: Adakah program ini diadakan secara separuh masa atau sepenuh masa?

Bilakah tarikh pendaftarannya?

J: Program ini diadakan secara sepenuh masa dan tarikh pendaftaran adalah pada 28 Jun 2009. Program separuh masa, UKM dikendalikan oleh Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dan Pusat Pengajian Berterusan (PPB), UKM. Sila rujuk laman web Pusat berkenaan daripada laman utama ukm http://mmedia.ukm.my/kembangan

4. S: Sekiranya saya belum mendaftar atau menduduki MUET adakah saya layak memohon?

J: Saudara/i boleh mengemukakan permohonan terlebih dahulu dan mendaftar ujian berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri masing- masing pada awal Januari 2009 apabila pendaftaran ujian dibuka.

Saudara/i dikehendaki mengemukakan salinan slip pendaftaran MUET ke UKM untuk tujuan rekod kami.

Saudara/i juga dikehendaki menduduki ujian tersebut sebelum bermulanya sesi pengajian pada Julai 2009. Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu www.mpm.edu.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui jadual pendaftaran ujian berkenaan.

5. S: Bilakah temu duga akan dijalankan?

J: Tertakluk kepada Fakulti yang menawarkan program dan dijangka pada bulan Disember.

(2)

6. S: Saya adalah seorang Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah di bawah KPM. Sekiranya saya lewat mengemukakan Borang A/CBSG 1, adakah ini akan menjejaskan permohonan saya?

J: Saudara/i boleh mengemukakan borang berkenaan ke UKM sebaik sahaja menerima pengesahan daripada pihak JPN. Permohonan Saudara/i adalah tertakluk kepada kelayakan calon, tempat yang disediakan oleh Fakulti dan kelulusan Bahagian Biasiswa, BPG.

7. S: Sekiranya saya tersalah mengisi borang selepas menghantar permohonan secara online, bagaimana pembetulan tersebut dapat saya buat sedangkan permohonan hanya sekali sahaja?

J: Peringatan awal telah diberikan kepada calon di dalam Panduan Mengisi Borang Permohonan Online supaya berhati-hati semasa mengisi borang dan menyemak semula maklumat permohonan sebelum menekan butang “Hantar”.

Walau bagaimanapun, saudara/i boleh menghantar maklumat pembetulan menerusi faks atau mel-e untuk tindakan UKM.

8. S: Adakah saluran ini dibuka kepada calon Pegawai Perkhidmatan Bukan Siswazah sahaja?

J: Tidak, ia terbuka kepada mana-mana calon yang memenuhi syarat am dan khas program seperti yang ditetapkan oleh Fakulti.

9. S: Bagaimana saya dapat mengetahui status permohonan saya?

J: Anda boleh mengetahui status permohonan samada melalui lamanweb UKM atau telepon ke Bahagian Pengurusan Akademik dengan menyatakan No. Siri / Rujukan yang terdapat pada borang permohonan anda.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan setiap kenalan dalam paparan Kegemaran, anda boleh memilih untuk membuat panggilan, menghantar mesej atau melihat maklumat kenalan dalam aplikasi Kenalan.. Untuk menambah

Jika anda diminta untuk menganalisa komponen pengisi dalam suatu komposit plastik, apakah ujian-ujian yang anda boleh cadangkan sekiranya maklumat berikut diperlukan:. (i)

negeri termasuk ITM, permohonan mereka hanya dipertimbangkan setelah SETAHUN berhenti dari institusi tersebut. Sekiranya anda memohon juga kursus yang anda tidak boleh memohon,

Pemohon yang menghadapi masalah bagi mendapatkan maklumat dokumen sokongan TEKUN atau gagal membuat carian maklumat, boleh diajukan kepada [email protected]

Sekiranya JWP pelajar bertembung dengan tarikh dan masa vaksinasi COVID-19, pelajar boleh menduduki semula pentaksiran akhir dalam tempoh minggu peperiksaan universiti yang

Adakah permohonan baharu untuk mendapatkan bekalan elektrik boleh dikemukakan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB berkuatkuasa?.

Sekiranya maklumat yang diberi tidak benar atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan, saya bersetuju bahawa permohonan saya ditolak atau sekiranya telah berdaftar, pendaftaran

Sekiranya maklumat yang telah diberikan dalam borang permohonan didapati tidak benar dan tidak lengkap, pihak jawatankuasa BERHAK menolak permohonan tawaran dana mobiliti pelajar boleh