Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Headline Fungsi kepakaran jurutera forensik Language Bahasa Melayu
Media Title HM Online Section/Page No Bestari
Date 18 Februari 2019 Journalist Fazurawati Che Lah
Source https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/02/424462/fungsi- kepakaran-jurutera-forensik.
Remarks Jurutera Forensik
Fungsi kepakaran jurutera forensik
Fazurawati Che Lah
ALAT khas digunakan untuk mengesan kerosakan bangunan.
KEGAGALAN struktur bangunan kerap berlaku sama ada dalam proses pembinaan atau komponen sedia ada.
Bagi mengetahui ketidakfungsian itu, pakar berkaitan diperlukan untuk mengetahui punca sebenar kerosakan bagi memastikan bangunan selamat didiami.
Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mencari punca kegagalan itu ialah jurutera forensik.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Kejuruteraan forensik adalah suatu bidang yang berkait rapat dengan ketidakfungsian atau kegagalan sesuatu struktur sama ada dalam kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kimia.
Pengarah Pusat Kejuruteraan Forensik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Izni Syahrizal Ibrahim berkata, objektif utama penyiasatan forensik adalah untuk mengenal pasti punca kegagalan sesuatu komponen, sistem ataupun struktur.
Katanya, kegagalan sesuatu struktur bukan hanya disebabkan oleh kelemahan bahan yang digunakan, ia juga boleh berpunca daripada kegagalan dalam sistem mekanikal dan elektrikal serta kesan pendedahan kepada bahan kimia yang berada di persekitaran.
“Ia boleh berlaku semasa dan selepas pembinaan serta semasa jangka hayat servis bangunan.
Kegagalan yang dahsyat akan membabitkan kehilangan nyawa dan harta benda.
“Oleh itu, perlu ada kaedah penyiasatan yang sesuai dan dipercayai dengan pendapat yang dibuat adalah berdasarkan hasil penyiasatan,” katanya.
Dr Izni Syahrizal berkata, jurutera forensik adalah satu entiti tersendiri kerana mereka boleh dilantik sebagai saksi pakar di dalam mahkamah atau menjadi rujukan kepada peguam untuk mendapatkan pandangan dan penyediaan soalan di dalam mahkamah.
Katanya, saksi pakar juga tidak sepatutnya mengemukakan pendapat muktamad tanpa melengkapkan penyiasatan yang menyeluruh.
Setakat ini, hanya UTM yang menawarkan program Sarjana Kejuruteraan Forensik yang mungkin memberi pemahaman berbeza kerana menggabungkan kepelbagaian bidang dalam kejuruteraan iaitu awam, mekanikal, elektrikal dan kimia.
Sementara itu, graduan Sarjana Kejuruteraan Forensik, Zamzarina Mohd Sarin berkata, kurangnya jurutera forensik terlatih sebagai pelapis memberi kesukaran untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dan isu berkaitan forensik di jabatan teknikal di Malaysia.
“Lambakan pelbagai projek dan binaan di Malaysia menyumbang kepada potensi untuk berlaku kegagalan di luar jangka.
“Kejuruteraan forensik bukan saja penting di Malaysia, malah juga di dunia. Ia merangkumi keperluan penyiasatan kegagalan secara tepat serta kebolehan, keupayaan serta kredibiliti jurutera forensik untuk memberikan bukti di mahkamah. Ia tidak diajar dalam mana-mana kursus kejuruteraan, selain Kejuruteraan Forensik,” katanya.
Graduan, Mohd Firdaus Mohd pula berkata, keperluan trend semasa pasaran hartanah adalah berkonsepkan rehabilitasi dan baik pulih yang merujuk kepada kerja naik taraf, kerja pembaikan besar, penambahbaikan besar, ubah suai, pertukaran fungsi, pembesaran dan permodenan kepada fungsi struktur bangunan.
“Kesedaran pengurusan aset menyeluruh yang semakin baik dalam kalangan masyarakat berkehendakkan reka bentuk mesra selenggara dan boleh dipanjangkan hayat servis bagi penghasilan lebih optimum.
“Selain itu juga, pematuhan Akta 133, Seksyen 85A yang memerlukan pemeriksaan bangunan secara berkala bagi memastikan keselamatan integriti struktur bangunan sentiasa terjamin,” katanya.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Beliau berkata, semua itu memerlukan petugas yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menilai struktur bangunan. Ia hanya dapat diperoleh melalui penyertaan kursus jangka pendek dan jangka panjang yang bersifat komprehensif serta menyeluruh.
“Program Sarjana Kejuruteraan Forensik sangat relevan dan bersesuaian dengan keperluan serta permintaan pasaran pembangunan di negara ini,” katanya.
Disiarkan pada: Februari 18, 2019 @ 3:11pm