• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Dengan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Dengan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

(The Relationship Between Self Concept and Motivation with Mathematics Achievement among Primary School Students)

Lisamini Selva Raja1*, Shahlan Surat1, Saemah Rahman1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p112262@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.50

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Di bawah sistem pendidikan negara Malaysia, matematik merupakan salah satu mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh golongan murid. Namun, pencapaian matematik dalam kalangan murid tidak begitu memuaskan menjadi satu isu penting. Mengikut kajian terdahulu, faktor konsep kendiri dan motivasi mempengaruhi pencapaian akademik seseorang murid. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana pencapaian matematik dalam kalangan murid berkait dengan konsep kendiri dan motivasi. Metodologi kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan reka bentuk tinjauan.

Sampel kajian yang terdiri daripada 205 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik daripada ‘Mathematics Self-Concept’ (SCMAT) dan

‘Primary School Mathematics Motivation Scale’ (PSMMS) telah diubah suai untuk mengukur konsep kendiri dan motivasi. Tahap Penguasaan (TP) ujian penilaian matematik digunakan untuk mengukur pencapaian matematik. Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk memeriksa data statistik deskriptif dan inferensi. Mengikut dapatan kajian, konsep kendiri murid berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.28, SP=0.706) manakala tahap motivasi mereka adalah sederhana rendah (min = 2.52, SP=0.495). Kajian ini juga menunjukkan hubungan positif yang tinggi antara konsep kendiri (𝑟 = 0.856, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dan motivasi (𝑟 = 0.847, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Mengikut dapatan analisis regresi berganda, konsep kendiri dan motivasi murid bersama-sama menyumbang sebanyak 77.1% terhadap pencapaian matematik. Kesimpulannya, tahap konsep kendiri dan motivasi murid saling berkaitan dengan pencapaian matematik mereka. Kajian ini mencadangkan pentingnya langkah untuk meningkatkan konsep kendiri dan motivasi untuk meningkatkan pencapaian matematik murid.

Kata kunci: konsep kendiri, motivasi, pencapaian matematik

Abstract: Under the Malaysian national education system, mathematics is one of the basic subjects that students must learn. However, the achievement of mathematics among students is not very satisfactory becoming an important issue. According to previous studies, self-concept and motivation factors affect a student's academic achievement. Therefore, the purpose of this study is to find out how mathematics achievement among students is related to self-concept and motivation. The methodology of the quantitative method used in this study is based on a survey design. The study sample consisting of 205 students was selected using a simple random sampling technique. Questionnaires from the Mathematics Self-Concept (SCMAT) and

(2)

Primary School Mathematics Motivation Scale (PSMMS) were modified to measure self- concept and motivation. Performance Level (TP) mathematics assessment tests are used to measure mathematics achievement. SPSS version 23 software was used to examine descriptive and inferential statistical data. According to the findings of the study, students' self-concept is at a moderately high level (mean= 3.28, SP=0.706) while their motivation level is moderately low (mean = 2.52, SP=0.495). This study also showed a high positive relationship between self-concept (𝑟 = 0.856, 𝑝 = 0.000 < 0.05) and motivation (𝑟 = 0.847, 𝑝 = 0.000 < 0.05) with mathematics achievement. According to the findings of multiple regression analysis, students' self-concept and motivation together contribute as much as 77.1% to mathematics achievement. In conclusion, the level of students' self-concept and motivation are interrelated with their mathematical achievement. This study suggests the importance of steps to improve self-concept and motivation to improve students' mathematical achievement.

Keywords: self-concept, motivation, mathematics achievement

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Matematik adalah subjek asas yang perlu dipelajari oleh murid. Akan tetapi pencapaian matematik sentiasa merupakan mata pelajaran yang markahnya paling rendah sekali. Terdapat pelbagai punca kelemahan murid-murid di peringkat sekolah rendah dalam mata pelajaran matematik. Antaranya berhubungkait konsep kendiri dan motivasi murid terhadap mata pelajaran matematik. Dalam perspektif pendidikan, konsep kendiri dirujuk sebagai suatu proses penting yang selari dengan penguasaan murid dalam bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Motivasi merupakan semangat yang jitu pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha bagi mencapai kejayaan.

Secara keseluruhannya, kecemerlangan akademik memberi peranan penting dalam menentukan matlamat utama kebanyakkan murid dan merupakan alat pengukur bagi memastikan kejayaan seseorang murid dalam bidang pendidikan (Arham Abdullah et al., 2006). Tanggungjawab melengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang mencukupi merupakan amalan yang wajib ada dalam kehidupan seseorang murid. Dalam konteks memenuhi tanggungjawab ini, murid perlu mempunyai konsep kendiri yang positif dan bermotivasi supaya boleh memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam akademik.

Penyataan Masalah

Kajian ini akan memberi fokus terhadap sejauh mana konsep kendiri dan motivasi seseorang murid mempengaruhi pencapaian akademik terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Ini kerana pencapaian matematik dalam kalangan murid tidak begitu memuaskan menjadi satu isu penting. Ia dibuktikan melalui beberapa penilaian yang dijalankan dalam sistem pendidikan.

Matematik menjadi satu kunci istimewa dalam penilaian bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pemfokusan STEM ini terus maju serta memperolehi perhatian di seluruh dunia. STEM adalah pedagogi cemerlang bagi memupuk minat murid terhadap subjek matematik dan sains menerusi pembelajaran berasaskan projek.

Walaubagaimanapun, menurut Fatin Aliah Phang et al., (2014) dilaporkan keseronokkan dan komitmen murid dalam subjek sains dan matematik semakin menurun. Berbanding dengan subjek sains, murid lebih menjurus untuk menggelakkan matematik kerana ia dianggap sebagai subjek yang susah. Tambahan pula, murid menganggap mata pelajaran matematik tidak memberi petunjuk pembelajaran yang jelas melainkan untuk peperiksaan sahaja (Noor Erma

(3)

Abu & Eu, L.K., 2014; Stacy, S.T., et al., 2017). Senario kekurangan tahap penglibatan murid dalam mata pelajaran sains dan matematik membuktikan tahap murid melibatkan diri dalam bidang STEM juga tidak memberangsangkan.

Isu pencapaian dalam matematik juga jelas dilihat melalui penilaian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International.Student Assesment (PISA).

Negara-negara yang berkembang pesat seperti China, Korea, Singapura dan Hong Kong sentiasa mengekalkan pencapaian cemerlang dalam penilaian antarabangsa seperti TIMSS dan PISA. Negara-negara berprestasi tinggi dalam TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa pencapaian murid mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik berada pada tahap yang memberangsangkan. Namun, isu minat murid terhadap sains dan matematik masih menjadi kebimbangan negara yang masih berusaha untuk menaikkan kedudukan mereka dalam pentaksiran TIMSS dan PISA atau sekurang-kurangnya melepasi tahap purata pencapaian yang ditetapkan (Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat, 2020).

Selain daripada penilaian TIMSS dan PISA, pencapaian murid dalam ujian penilaian sekolah terhadap mata pelajaran Matematik juga kurang cemerlang. Bagi sebuah sekolah rendah di daerah Lipis, berdasarkan analisis pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap Penguasaan (TP) mata pelajaran matematik dalam ujian penilaian murid tahun 6 yang berjaya mendapat TP 6 ialah 10%. Murid yang mendapat TP 5 ialah hanya 12% manakala murid yang berjaya mendapat TP 4 ialah 18%. Selebihnya adalah murid hanya mendapat TP3 hingga TP1.

Peratus murid yang mendapat TP 6, TP 5 dan TP 4 adalah kecil iaitu 40% berbanding dengan peratus murid yang TP 3, TP2 dan TP1 iaitu 60%. Berdasarkan analisis tahap penguasaan murid sekolah rendah daerah Lipis dalam subjek matematik jelas menunjukkan bahawa pencapaian matematik murid kurang memuaskan. Berpandukan kepada penilaian yang dinyatakan di atas dan analisis pelaporan PBD, didapati kekurangan elemen konsep kendiri dan motivasi yang menjadi penyumbang kepada berlakunya isu dalam pencapaian mata pelajaran matematik.

Kebanyakkan kajian-kajian terdahulu memperlihatkan pencapaian dalam subjek matematik dipengaruhi oleh elemen-elemen seperti konsep kendiri dan motivasi seseorang murid. Para pengkaji lepas dalam kajian mereka menyelidik hubungan konsep kendiri dan motivasi, namun kurang memberi fokus kepada sejauh mana kedua-dua elemen tersebut mempengaruhi pencapaian mata pelajaran matematik. Isu pencapaian matematik harus diberi perhatian kerana matematik merupakan mata pelajaran asas dalam kehidupan seharian seseorang individu. Oleh yang demikian, menerusi kajian ini diharapkan segala perselisihan keraguan serta andaian terhadap isu pencapaian matematik dapat diterangkan secara terperinci dan seterusnya langkah- langkah untuk mengatasinya dapat terus diusahakan demi menaikkan mutu pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam subjek matematik.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan ialah mengetahui hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian akademik yang berfokus kepada subjek matematik dalam kalangan murid Tahun 6 sekolah rendah.

(4)

Objektif Kajian

Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap konsep kendiri dalam kalangan murid sekolah rendah.

ii. Mengenal pasti tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

iii. Mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian matematik.

iv. Mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik.

v. Mengenal pasti sumbangan konsep kendiri dan motivasi terhadap pencapaian matematik.

Tinjauan Literatur i. Konsep Kendiri

Konsep kendiri dimaksudkan sebagai pemeriksaan seseorang terhadap dirinya sendiri atau tanggapan tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif (Zahara, 2000). Menurut Farah Wazera & Mohammad Mujaheed (2021), apabila seorang individu itu mempunyai pendapat yang positif terhadap diri, mengetahui kelebihan diri, ia akan menaikkan motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan pengajian. Manakala, jika murid mempunyai konsep kendiri yang negatif, perlakuan dan perasaan juga akan negatif. Dalam kajian ini, konsep kendiri didefinisikan sebagai pemahaman dan penelitian seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang mempunyai satu set kriteria yang istimewa dalam mempelajari subjek matematik sama ada secara positif atau negatif. Tahap konsep kendiri yang positif dalam diri murid akan memberi pencapaian yang cemerlang dalam subjek matematik.

ii. Motivasi

Motivasi diertikan sebagai kemahuan yang kuat pada diri seseorang yang menyarannya untuk membuat sesuatu dengan motif mencapai kejayaan (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2010).

Menurut Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat (2020), motivasi adalah satu elemen yang boleh meningkatkan kecekapan individu dalam usaha mencapai makna diri. Dalam kajian ini, motivasi merujuk kepada kecenderungan diri murid dalam mempelajari mata pelajaran matematik. Tahap motivasi yang tinggi dalam diri seseorang murid akan memberi pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik.

iii. Pencapaian akademik

Pencapaian didefinisikan sebagai kemahiran atau ilmu yang telah pelajari oleh murid dan biasanya diukur melalui penilaian seperti ujian standard, penilaian prestasi dan penilaian portfolio (Santrock, J.W., 2006). Menurut Azman Idris (1994), pencapaian akademik adalah hasil daripada ilmu yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran. Dalam kajian ini, pencapaian matematik adalah merujuk kepada Tahap Penguasaan (TP) murid dalam ujian penilaian mata pelajaran matematik. TP murid dibahagian kepada enam iaitu TP1, TP2, TP3, TP4, TP5 dan TP 6. Murid yang mencapai TP 4 hingga TP 6 dikira sebagai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik.

2. Kajian-kajian Lepas Berkaitan

Pencapaian akademik merupakan satu isu hangat yang dibincangan dalam beberapa kajian.

Dalam aspek pendidikan Malaysia, pencapaian akademik murid adalah hasil pentaksiran guru atas ilmu yang disampaikan kepada murid dengan memberikan markah dan gred (Abdillah Royo & Haleefa Mahmood, 2011). Kajian-kajian lepas menunjukkan pencapaian akademik murid ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya faktor konsep kendiri dan faktor motivasi.

(5)

Kajian daripada Nur Alamsyah (2016) memperlihatkan bahawa konsep kendiri memberi kesan kepada prestasi belajar bagi mata pelajaran matematik. Prestasi pengajian atau pembelajaran matematik adalah merujuk kepada kelainan perlakuan murid dengan kelainan pemikiran iaitu pertukaran ke arah pemahaman yang mendalam berkaitan kandungan subjek matematik. Murid yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi tidak akan takut apabila berhadapan cabaran dan menjadikannya sebagai motivasi untuk berjaya dalam pelajaran. Manakala murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan berfikiran dan melihat persekitaran secara negatif. Hal ini menyebabkan murid tersebut tiada dorongan untuk memperoleh kejayaan sekaligus menyebabkan prestasi belajar yang rendah.

Motivasi pula berkenaan dengan mental seseorang individu. Ia mampu memberi pengaruh atau kesan kepada cara seseorang berfikir bergantung kepada keadaan dan sebab-sebab yang lain.

Motivasi dalam pembelajaran adalah mustahak kerana ia memberi impak terhadap pencapaian (Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat, 2020). Menurut National Association of School Psychologists (2014), murid yang mempunyai motivasi yang rendah akan gagal melaksanakan sesuatu tugasan dengan cemerlang dan tidak bersemangat untuk menambahbaikkannya. Manakala, murid yang mempunyai motivasi yang tinggi akan menunjukkan kemahuan untuk belajar, yakin bahawa pembelajaran di sekolah adalah penting untuk kehidupannya. Menurutnya, motivasi memainkan peranan penting kepada murid dalam meningkatkan pencapaian akademik.

Kajian-kajian lepas menunjukkan kaitan konsep kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik. Prestasi atau pencapaian akademik menjadi tanda aras kepada seberapa banyak ilmu yang dipelajari oleh seseorang. Dalam kajian ini, pencapaian mata pelajaran matematik difokuskan. Kajian terhadap pencapaian matematik adalah sangat mustahak kerana ia membantu pengajar untuk mengetahui situasi di mana murid membangun dan berkembang.

3. Metodologi Kajian Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang membabitkan kaedah kuantitatif untuk mengumpulkan maklumat dari kumpulan responden dengan memberi soal selidik dalam talian.

Menurut Sabitha Marican (2005), apabila persoalan kajian memerlukan data yang benar dan tepat dalam bentuk numerik maka kajian kuantitatif akan digunakan. Kajian berbentuk kuantitatif adalah satu bentuk perkiraan yang melibatkan formula pengiraan yang spesifik.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, seramai 440 orang murid tahun 6 dari enam buah sekolah rendah di daerah Lipis menjadi populasi kajian. Kaedah persampelan rawak mudah dipilih dalam kajian ini kerana berkongsi ciri-ciri yang sama dengan fokus kajian ini. Kajian ini melibatkan jumlah sampel kajian seramai 205 orang murid yang telah dipilih daripada 6 buah sekolah dimana setiap sekolah hanya terbabit dengan 35 orang responden. Menurut Krejcie, R. V. & Morgan, D.W. (1970) dari segi jadual persampelan, jika jumlah populasi kajian ialah 440 orang, maka hanya 205 orang murid diperlukan sebagai sampel. Jumlah sampel yang dipilih ini menghasilkan dapatan kajian dengan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

(6)

Lokasi Kajian

Sekolah rendah daerah Lipis merupakan lokasi kajian ini dijalankan. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).

Instrumen Kajian

Dalam projek penyelidikan ini, instrumen soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data utama untuk mendapatkan maklumat daripada responden sasaran kajian. Data telah dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian dalam bentuk google form. Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bahagian A, B dan C.

Bahagian A kajian ditumpukan kepada data demografi iaitu berdasarkan populasi kajian yang telah dibincangkan. Borang ini mengandungi elemen data data norminal dan ordinal. Empat soalan disertakan dalam Bahagian A berkaitan maklumat peribadi responden termasuk jantina, kaum, jenis sekolah dan tahap penguasaan matematik semasa.

Bahagian B adalah untuk mengukur konsep kendiri murid terhadap pembelajaran matematik.

Borang soal selidik yang diedarkan adalah ‘Mathematics Self-Concept’ (SCMAT) yang diadaptasi daripada soal selidik pelajar PISA 2012 (OECD, 2012). Lima soalan dan lima pilihan jawapan membentuk soal selidik ini. Lima item jawapan tersebut adalah sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana setuju, setuju dan sangat setuju. Bahagian C instrumen adalah digunakan untuk mengukur sejauh mana motivasi murid untuk belajar matematik. Borang soal selidik yang diguna adalah dari ‘Primary School Mathematics Motivation Scale’ (PSMMS) yang telah dibentuk oleh Ezgi Ersoy, M.S., (2015) dalam versi bahasa Inggeris dan diadaptasi mengikut kajian ini. 30 soalan dan 5 pilihan jawapan membentuk soal selidik ini.

Jadual 1: Perincian Instrumen Soal Selidik

Item instrumen yang diguna untuk mengukur pencapaian matematik murid tahun 6 adalah dari pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Dalam pelaporan PBD terdapat enam Tahap Penguasaan (TP) yang dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Tahap penguaasan minimum ialah tahap penguasaan 1 manakala murid yang berjaya mendapat tahap penguaasan 4 hingga 6 merupakan murid yang dapat menunjukkan pencapaian yang baik dalam sesuatu mata pelajaran (BPK, 2019).

Kajian Rintis

30 murid yang berkongsi ciri yang sama dengan responden kajian sebenar telah mengambil bahagian dalam kajian rintis ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penarafan Alpha Cronbach sebanyak 0.892. Nilai Alpha Cronbach ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang baik dan sesuai untuk mengenal pasti tahap konsep kendiri dan motivasi murid dengan pencapaian matematik.

Bahagian Aspek No.Soalan Bilangan Soalan

A Maklumat Demografi 1 - 4 4

B Tahap Konsep Kendiri Murid 1 - 5 5

C Tahap Motivasi Murid 1 - 30 30

Jumlah Item 39

(7)

Analisis Data

Jadual 2: Analisis Data

Soalan Kajian Analisis Data

Apakah tahap konsep kendiri dalam kalangan murid sekolah rendah dengan

pencapaian matematik? Skor min

Apakah tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah rendah dengan

pencapaian matematik? Skor min

Adakah terdapat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian

matematik? Korelasi Pearson

Adakah terdapat hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik?

Korelasi Pearson Adakah terdapat sumbangan konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian

matematik? Regresi berganda

Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23 digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif dan inferensi yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap konsep kendiri dan motivasi murid. Skor min telah diteliti dan dibandingkan untuk menjawab persoalan kajian 1 dan 2. Dalam kajian ini, tafsiran skor min dilakukan mengikut cadangan yang dibuat oleh Nunnally, J.C., dan Bernstein, I.H., (1994), seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Interprestasi Skor Min

Sumber: Nunnally, J.C & Bernstein, I.H., (1994)

Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk menjalankan analisis inferensi bagi memenuhi persoalan kajian 3 dan 4. Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara pemboleh ubah bebas dan bersandar. Dalam kajian ini, Korelasi Pearson bertujuan untuk melihat hubungan konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian matematik. Tafsiran nilai pekali korelasi yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Interpretasi Pekali Korelasi

Sumber: Cohen, L., & Holliday, M., (1982)

Bagi menjawab persoalan kajian 5 pula analisis regresi berganda dijalankan. Regresi berganda adalah satu model regresi dimana ia merangkumi lebih dari satu pemboleh ubah bebas.

Menurut Fadzin Nazirin Mihat et al., (2020), analisis regresi berganda ini dilakukan dengan tujuan mengetahui sejauhmana pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah

Skor Purata Interprestasi

1.00 - 2.00 2.01 - 3.00 3.01 - 4.00 4.01 - 5.00

Rendah Sederhana Rendah

Sederhana Tinggi Tinggi

Pekali Korelasi (r) Kekuatan hubungan

0.00 Kurang 0.19

0.20 – 0.39 0.40 – 0.69 0.70 – 0.89 0.90 – 1.00

Tiada Korelasi Sangat Rendah

Rendah Sederhana

Tinggi Sangat Tinggi

(8)

bersandar. Konsep kendiri dan motivasi adalah dua pemboleh ubah bebas dalam kajian ini, manakala pencapaian matematik adalah pemboleh ubah bersandar.

4. Dapatan Kajian Demografi Responden

Demografi Kumpulan Bilangan Peratus (%)

Jantina Lelaki

Perempuan

90 115

43.9 56.1

Kaum Melayu

Cina India Lain-lain

70 60 75 0

34.1 29.3 36.6 0

Sekolah SK

SJK(T) SJK(C)

70 75 60

34.1 36.6 29.3 Tahap Penguasaan (TP) TP 1

TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

4 16 42 92 37 14

2.0 7.8 20.5 44.9 18.0 6.8

Berdasarkan Jadual 5, kajian ini melibatkan sampel kajian seramai 205 orang murid iaitu 90 orang murid lelaki sebanyak 43.9% dan 115 orang murid perempuan sebanyak 56.1%. Sampel kajian ini merangkumi 70 orang murid berbangsa Melayu (34.1%), 60 orang murid berbangsa Cina (29.3%) dan 75 orang murid berbangsa India (36.6%). Data kategori sekolah pula menunjukkan seramai 70 orang murid (34.1%) mewakili Sekolah Kebangsaan (SK), 75 orang murid (36.6%) daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) dan 60 orang murid (29.3)% daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC). Dari segi tahap penguasaan (TP) semasa dalam mata pelajaran matematik, seramai 4 orang murid (2.0%) dapat TP 1, diikuti dengan 16 orang murid (7.8%) mencapai TP 2, 42 orang murid (20.5%) mencapai tahap minimum iaitu TP 3, 92 orang murid (44.9%) mencapai TP 4, 37 orang murid (18.0%) mencapai TP 5 dan akhir sekali, hanya 14 orang murid (6.8%) mencapai tahap cemerlang iaitu TP 6.

Tahap Konsep Kendiri Murid

Dalam kelima-lima soalan yang dianalisis, soalan pertama dan kedua menunjukkan nilai min yang sama dan paling tinggi (3.46) manakala soalan kelima menunjukkan nilai min yang paling rendah (2.66). Mengikut analisis, nilai min keseluruhan adalah 3.28 dengan sisihan piawai 0.706. Merujuk kepada Nunnally, J.C & Bernstein, I.H., (1994), julat skor min di antara 3.01 hingga 4.00 adalah pada tahap sederhana tinggi. Maka, secara keseluruhannya, tahap konsep kendiri murid dengan pencapaian matematik di daerah Lipis adalah sederhana tinggi.

Tahap Motivasi Murid

Dalam 30 soalan yang dianalisis, 26 soalan menunjukkan nilai min yang rendah dengan skor min antara 2.07 hingga 2.91. Nilai min yang tertinggi iaitu 2.91 didapati bagi soalan 10 iaitu

‘Saya gembira apabila berjaya dalam kelas matematik’. Manakala baki 4 soalan menunjukkan nilai min pada tahap rendah. Dalam kategori tersebut, soalan nombor 27 iaitu ‘Apabila saya kurang faham sesuatu topik dalam matematik, saya menyiasat topik itu daripada sumber yang berbeza’ mendapat skor min yang paling rendah iaitu 1.93. Secara keseluruhannya, min tahap

(9)

motivasi murid dengan pencapaian matematik di daerah Lipis adalah sederhana rendah iaitu 2.52 dengan sisihan piawai 0.495.

Hubungan Antara Konsep Kendiri Dengan Pencapaian Matematik

Jadual 6: Analisis Korelasi antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Matematik Pencapaian Matematik

Konsep Kendiri

Pekali Korelasi .856**

Sig. (2-tailed) .000

N 205

**. Korelasi adalah signifikan pada nilai 0.01

Jadual 6 memaparkan hasil analisis korelasi antara konsep kendiri dengan pencapaian matematik murid tahun 6. Hasil analisis menunjukkan hubungan signifikan yang positif antara konsep kendiri (𝑟 = 0.856, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Merujuk kepada Cohen, L., & Holliday, M., (1982), tahap pekali korelasi (r) adalah tinggi apabila nilainya di antara 0.70 hingga 0.89. Maka, dengan ini disimpulkan bahawa hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian matematik adalah positif dan signifikan.

Hubungan Antara Motivasi Dengan Pencapaian Matematik

Jadual 7: Analisis Korelasi antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik Pencapaian Matematik

Motivasi

Pekali Korelasi .847**

Sig. (2-tailed) .000

N 205

**. Korelasi adalah signifikan pada nilai 0.01

Hasil analisis korelasi antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid tahun 6 dipaparkan pada Jadual 7. Mengikut dapatan analisis, terdapat hubungan signifikan yang positif antara motivasi (𝑟 = 0.847, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Ini menunjukkan motivasi mempunyai hubungan positif yang tinggi dan signifikan dengan pencapaian matematik murid.

Sumbangan Konsep Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik

Jadual 8: Analisis Regresi Berganda Unstandardized

Coefficients

Standardized Coefficients

t-value Sig.

Konsep Kendiri Motivasi

B .744 .891

Std.Error .108 .155

Beta .492 .413

6.857 5.758

.000 .000

Dapatan analisis regresi berganda yang terdapat dalam jadual 8 menunjukkan nilai ujian F, Beta dan pekali penentuan. Tujuan ujian F dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana pengaruh secara bersama-sama yang diberikan oleh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Formula yang digunakan untuk ujian F adalah F table = F (k; n-k). Nilai sig <

0.05 atau nilai F > F table menunjukkan terdapat pengaruh pemboleh ubah bebas secara bersama pada pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian ujian F menunjukkan bahawa F (2; 203)

= 3.04 dimana nilai sig 0.000 < 0.05 dan nilai F 339.925 > 3.04. Data ini menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah bebas konsep kendiri dan motivasi murid secara bersama-sama mempunyai pengaruh dengan pencapaian matematik.

(10)

Hasil analisis regresi berganda juga menunjukkan konsep kendiri mempunyai nilai Beta sebanyak 0.492, manakala motivasi mempunyai nilai Beta sebanyak 0.413. Walaupun kedua- dua pemboleh ubah beas adalah signifikan, namun konsep kendiri menunjukkan nilai Beta yang tinggi berbanding motivasi. Dengan ini, dibuktikan bahawa pemboleh ubah bebas konsep kendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian matematik. Ujian pekali penentuan dijalankan untuk menentukan peratus pengaruh pemboleh ubah bebas yang diberikan terhadap pemboleh ubah bersandar. Jadual 8 menunjukkan bahawa nilai R kuasa dua untuk konsep kendiri dan motivasi adalah 0.771, manakala nilai R kuasa dua terlaras adalah 0.769. Nilai R kuasa dua yang tinggi menunjukkan hubungan yang kukuh antara pembolehubah bebas dan bersandar. Dengan ini, jelas dilihat bahawa konsep kendiri dan motivasi murid bersama-sama menyumbang sebanyak 77.1% terhadap pencapaian matematik.

Kajian ini tidak mengambil kira 22.9% elemen lain yang menyumbang kepada pencapaian matematik murid.

5. Perbincangan

Tahap Konsep Kendiri Murid

Hasil analisis data yang didapati daripada 205 sampel kajian menunjukkan konsep kendiri murid tahun 6 dengan pencapaian matematik berada di tahap yang sederhana tinggi. Dalam kelima-lima soalan, dua soalan mencatatkan nilai min yang sama dan paling tinggi iaitu 3.46.

Soalan-soalan tersebut adalah ‘Saya pandai dalam matematik’ dan ‘Saya mendapat gred yang baik dalam matematik’. Ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun 6 bersifat positif dan mempercayai terhadap diri sendiri dalam mempelajari matematik tetapi pada tahap yang sederhana. Dalam erti kata lain, konsep kendiri yang ada dalam kalangan murid memberi semangat untuk mencapai gred yang baik dalam subjek matematik. Othman (2015) turut menyokong penyataan ini iaitu murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif boleh memberikan potensi diri yang tinggi dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Min terendah adalah 2.66 untuk soalan kelima iaitu ‘Dalam kelas matematik saya, saya faham walaupun kerja yang paling sukar’. Hal ini menjelaskan bahawa murid-murid mempunyai konsep kendiri yang negatif apabila dikehendaki mencuba dan menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Di samping itu, murid juga boleh dikatakan kurang percaya akan diri mereka apabila diberi soalan berbentuk KBAT. Kenyataan ini disokong oleh Muzirah Musa & Wan Nor Atiqah Meor Samsudin (2021), sikap murid yang yakin akan kebolehan diri sendiri berkemampuan menyelesaikan soalan berbentuk KBAT.

Tahap Motivasi Murid

Hasil analisis menunjukkan tahap motivasi murid tahun 6 dengan pencapaian matematik adalah sederhana rendah dengan skor min 2.52 dan sisihan piawai 0.495. Tahap motivasi murid yang sederhana rendah membawa maksud usaha murid dalam mempelajari mata pelajaran matematik juga adalah pada tahap sederhana rendah. Dalam 30 soalan yang ditanya, soalan 10 mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 2.91. Soalan tersebut adalah ‘Saya gembira apabila berjaya dalam kelas matematik’. Walaupun tahap skor minnya adalah pada tahap sederhana rendah, namun murid boleh dikatakan ingin berusaha untuk menjawab soalan matematik. Hal ini berkemungkinan kerana murid mempunyai minat untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Tambahan pula, ia juga berkemungkinan murid akan memperoleh pujian atau ganjaran daripada guru jika berjaya menjawab soalan matematik. Ini merupakan satu bentuk motivasi kepada murid untuk mempelajari matematik. Penyataan ini turut dinyatakan oleh

(11)

Muhammad Ikmal Rezal et al., (2020), murid yang bermotivasi akan menunjukkan sikap berdikari, bertenaga dan minat dalam pengajian.

Soalan nombor 27, ‘Apabila saya kurang faham sesuatu topik dalam matematik, saya menyiasat topik itu daripada sumber yang berbeza’ mencatatkan skor min yang terendah iaitu 1.93. Hal ini menunjukkan murid kurang bermotivasi untuk mencari dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang lain melainkan pengajaran guru dan buku teks. Selain itu, 3 soalan lagi juga mencatatkan nilai min skor yang rendah. Soalan-soalan tersebut adalah, ‘Saya suka mengangkat tangan untuk menyoal dalam kelas matematik’, ‘ Saya mahir membuat ramalan dalam mata pelajaran matematik’ dan ‘Saya suka mencari lebih daripada satu penyelesaian kepada masalah matematik’. Hal ini menunjukkan murid kurang berkemahuan dan berkeinginan untuk menyelesaikan soalan matematik. Ia juga membawa maksud murid kurang berusaha dalam menjawab soalan matematik dengan kaedah yang berlainan. Tahap motivasi murid yang sederhana rendah menyebabkan murid tidak dapat menunjukkan atau membuat tugasan matematik dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini selari dengan pendapat Yusof, H., & Jalil, N. A., (2012) iaitu tahap motivasi adalah penunjuk aras kepada usaha seseorang murid yang memberi ransangan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

Hubungan Antara Konsep Kendiri Dengan Pencapaian Matematik

Hipotesis pertama kajian ini adalah, H01: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah rendah.

Berdasarkan hasil Korelasi Pearson (r) pada jadual 6, terdapat hubungan signifikan yang positif antara konsep kendiri (r = 0.856, p = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Merujuk Cohen, L., & Holliday, M., (1982), tahap nilai pekali korelasi (r) konsep kendiri adalah tinggi.

Ini bererti semakin tinggi tahap konsep kendiri murid, maka semakin tinggi pencapaian mata pelajaran matematik. Dengan itu, H01 berjaya ditolak.

Dapatan ini juga menolak kajian Azmah Tambi (1992) yang mendapati tidak ada hubungan yang jelas antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Bagaimanapun, hasil kajian ini konsisten dengan kajian-kajian terdahulu yang menunjukkan adanya hubungan yang positif antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik (Ahmid, M. H., et al., 2018). Menurut El- Adl, A. & Alkharusi, H (2020), apabila seseorang murid itu mempunyai konsep kendiri yang positif, maka dia akan menumpukan lebih perhatian untuk belajar. Hal ini menunjukkan konsep kendiri yang positif memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik.

Hubungan Antara Motivasi Dengan Pencapaian Matematik

Kajian ini juga menguji hipotesis kajian yang kedua iaitu, H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Jadual 7 menunjukkan hasil dapatan Korelasi Pearson (r) iaitu terdapat hubungan signifikan yang positif antara motivasi (𝑟 = 0.847, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Nilai pekali korelasi (r) antara motivasi dengan pencapaian matematik adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini bermaksud semakin tinggi motivasi murid, semakin tinggi pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik. Jadi, H02 berjaya ditolak dengan jayanya.

Motivasi dilihat sebagai satu elemen yang turut menyumbang kepada pencapaian akademik murid. Penyataan ini selaras dengan kajian Zulyna Adila Zainuddin & Faridah Mydin Kutty (2021) yang menunjukkan hubungan yang kuat antara motivasi dengan pencapaian akademik murid. Tambahan pula, menurut Rima Faradila, et al., (2020) dalam kajiannya menyatakan

(12)

komponen motivasi merupakan antara penyumpang tertinggi kepada pencapaian akademik.

Hal ini menjelaskan motivasi membantu murid menentukan hala tuju dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Dengan ini, pencapaian akademik murid akan meningkat.

Sumbangan Konsep Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik

Analisis regresi berganda dijalankan bagi menguji hipotesis kajian yang ketiga iaitu, H03:

Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian matematik. Hasil dapatan ujian F menunjukkan F (2; 203) = 3.04 dimana nilai sig 0.000 < 0.05 dan nilai F 339.925 > 3.04. Data ini menjelaskan bahawa kedua-dua pemboleh ubah bebas konsep kendiri dan motivasi murid secara bersama-sama mempunyai pengaruh dengan pencapaian matematik. Dengan itu, H03 berjaya ditolak. Dapatan ini selaras dengan Crow & Crow (1983) yang menyatakan bahawa pencapaian murid dalam proses pembelajaran banyak ditentukan oleh minat, sikap dan motivasi berterusan termasuk konsep kendiri. Hal ini membuktikan murid yang mempunyai pemahaman yang jelas tentang diri mereka dan berusaha secara berterusan dalam mempelajari mata pelajaran matematik tentu memperoleh pencapaian yang cemerlang.

Hasil analisis regresi berganda juga menunjukkan nilai beta bagi konsep kendiri ialah 0.492 dan nilai beta motivasi ialah 0.413. Walaupun kedua-dua pemboleh ubah bebas adalah penting, konsep kendiri menunjukkan beta yang lebih tinggi berbanding motivasi. Ini membuktikan pemboleh ubah bebas konsep kendiri mempunyai hubungan yang kukuh dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian matematik. Menurut Sarlito, W.Sarwono (2014), konsep kendiri dapat mempengaruhi bagaimana seseorang murid berusaha dalam mencapai keinginannya. Beliau juga menyatakan murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang.

Tambahan pula, konsep kendiri dalam diri seseorang murid juga membantu mereka mengenali kelebihan dan kelemahan dirinya atau personalitinya agar boleh berusaha ke arah pencapaian yang cemerlang.

6. Implikasi Kajian

Kajian ini memberikan beberapa implikasi kepada pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran matematik dengan mengutamakan faktor konsep kendiri dan juga motivasi. Mengikut dapatan kajian, murid tahun 6 di daerah Lipis mempunyai tahap konsep kendiri dan motivasi yang sederhana. Ini bermaksud murid-murid masih boleh dididik ke arah membangunkan konsep kendiri yang baik dan lebih bermotivasi. Oleh hal yang demikian, dalam konteks kajian ini, guru matematik perlu memainkan peranan penting. Sebagai guru, perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai untuk menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) matematik. Hal ini kerana apabila guru memberi perbezaan dari segi kaedah PdPc, ia akan membantu murid untuk meneliti dan berfokus kepada ilmu yang diajar.

Maka, secara tidak langsung boleh membina tahap keyakinan diri dalam kalangan murid bagi menjawab soalan matematik khususnya soalan berbentuk KBAT. Guru juga berperanan dalam meningkatkan motivasi dalam kalangan murid. Guru harus memberi galakan dari segi pujian atau hadiah kepada murid supaya ia memberi rangsangan kepada murid untuk lebih berusaha.

Melalui hasil kajian ini, implikasi juga telah diberikan kepada pihak sekolah agar melaksanakan program-program peningkatan konsep kendiri dan motivasi murid. Misalnya, bengkel keyakinan diri, kem motivasi boleh dilaksanakan kepada murid-murid untuk memberi peningkatan terhadap tahap konsep kendiri dan motivasi murid. Dapatan ini mengukuhkan lagi

(13)

teori determinasi diri yang menyatakan bahawa motivasi murid untuk belajar meningkat jika keperluan asas psikologi mereka dipenuhi dari segi kecekapan, keterkaitan dan autonomi. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil implikasi kajian ini agar konsep kendiri dan motivasi murid dipertingkatkan untuk memantapkan pencapaian matematik ke arah yang cemerlang.

7. Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan dapatan yang dibincangkan, beberapa cadangan dapat dikemukakan dalam kajian akan datang bagi meluaskan lagi skop kajian. Pertamanya, sampel kajian ini hanya melibatkan bilangan yang terhad kepada 205 orang murid tahun 6 di daerah Lipis. Dengan itu, kajian lanjutan boleh dijalankan dalam skala yang lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan murid di Malaysia. Selain itu, kajian ini hanya melibatkan pendekatan kuantitatif dengan penggunaan soal selidik. Oleh itu, kajian akan datang dicadangkan menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data seperti temu bual dengan responden dan pemerhatian untuk mendapatkan hasil yang lebih terperinci. Kajian tambahan juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti pemboleh ubah bebas lain yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran matematik murid. Walaupun terdapat beberapa batasan, hasil kajian ini dipercayai dapat menjadi panduan kepada kajian masa hadapan.

8. Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini membuktikan tahap konsep kendiri dan motivasi murid saling berhubung dengan pencapaian matematik. Konsep kendiri positif melahirkan murid yang percaya pada diri sendiri dan mempunyai minat yang baik untuk mempelajari subjek matematik. Pada masa yang sama, elemen motivasi pula mendorong murid gigih berusaha untuk memahami ilmu matematik. Ilmu matematik ini mengandungi sifat-sifat abstrak dimana kebanyakan murid menganggap matematik sebagai subjek yang sukar dan menakutkan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan rujukan terutamanya kepada sekolah rendah dan guru bagi memastikan pembelajaran dan pemudahcaraan matematik dapat dilaksanakan dengan berkesan sebagai langkah ke arah meningkatkan konsep kendiri, motivasi dan pencapaian matematik murid.

Rujukan

Abdillah Royo & Haleefa Mahmood. (2011). Faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran reka cipta. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(6), 145-174.

Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran atas talian:

tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68-82.

Ahmid, M. H., Abdullah, M. K., & Johari, K. (2018). Pengajaran guru dan kepercayaan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 136 - 147.

Arham Abdullah, Baharin Mesir & Ahmad Muhaimin Mohamad. (2006). Faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

(14)

Azmah Tambi. (1992). Konsep kendiri dan pencapaian akademik dikalangan guru pelatih.

Jurnal Pendidikan. Maktab Perguruan Seri Kota, Laporan Kajian, 12 – 18.

Azman Idris. (1994). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Edisi ke-2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cohen, L., & Holliday, M. (1982). Statistics for Social Sciences. Harper & Row: London.

Crow & Crow. (1983). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

El-Adl, A. & Alkharusi, H. (2020). Relationships between self-regulated learning strategies, learning motivation and mathematics achievement. Cypriot Journal of Educational Science, 15(1), 104–111.

Ezgi Ersoy, M.S. (2015). Primary school mathematics motivation scale. European Scientific Journal, 11(16), 37-50.

Fadzin Nazirin Mihat, Mohammad Mujaheed Hassan & Farah Husna Anwar. (2020). Perkaitan antara motivasi dan prestasi kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 34-57.

Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq & Mohammad Mujaheed Hassan. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 75-105.

Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4), 63–71.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Muhammad Ikmal Rezal Othman, Nurazwa Ahmad & Nor Kamariah Kamaruddin. (2020).

Hubungan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar UTHM. Kajian Kes di Malaysia, 45-52.

Muzirah Musa & Wan Nor Atiqah Meor Samsudin. (2021). Implementasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) matematik: Adakah suatu realiti? Sains Malaysiana, 50(9), 2781- 2790.

National Association of School Psychologists. (2014). School psychologists help schools successfully. National Association of School Psychologists, 1-2.

Noor Erma Abu & Eu, L. K. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tingkatan 4. Jurnal Kurikulum

& Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.

Nunnally, J.C & Bernstein, I.H. (1994). Pschometric Theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

Nur Alamsyah. (2016). Pengaruh konsep diri terhadap prestasi belajar matematika siswa SMAN 102 Jakarta. Jurnal Susunan Artikel Pendidikan, 1(2), 155-164.

Organization for Economic Co-operation and Development (OECD). (2012). Student questionnaire - Form B. Paris, France: Author.

Othman. (2015). Kesan konsep kendiri terhadap tingkah laku murid-murid. Tesis Dr. Falsafah.

Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rima Faradila, Amelia Pramono & Marindra Firmansyah. (2020). Hubungan motivasi dan strategi belajar terhadap indeks prestasi semester mahasiswa kedokteran. Jurnal Bio Komplementer Medicine, 7(1), 1-7.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, cetakan pertama, Malaysia:

Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

(15)

Santrock, J. W. (2006). Materialism impedes our psychosocial growthlife-span development (10th ed.). Boston, USA: McGraw-Hill.

Sarlito, W. Sarwono. (2014). Psikologi Umum (Edisi Revisi). Jakarta: Rajawali Press.

Stacy, S. T., Cartwright, M., Arwood, Z., Canfield, J. P., Kloos, H., & Hubber, P. J. (2017).

Addressing the math-practice gap in elementary school: Are tablets a feasible tool for informal math practice? Frontiers in Psychology, 8(179), 1–12.

Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.

Yusof, H., & Jalil, N. A. (2012). The relationship between family factors and motivation with academic achievement of felda students. Journal of Contemporary Issues and Thought, 2, 141–151.

Zahara. (2000). Hubungan antara konsep kendiri dan motivasi pencapaian dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulyna Adila Zainuddin & Faridah Mydin Kutty. (2021). Hubungan antara efikasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar perempuan jurusan STEM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 180-190.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini yaitu untuk mengetahui hubungan antara konsep diri dengan motivasi berprestasi, serta mengetahui tingkat konsep diri dan motivasi berprestasi

Kajian iklim akademik dalam kalangan murid SJK Tamil ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama meliputi kajian kuantitatif. Dalam bahagian ini kajian tinjauan

Super (1963) , merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas dalam pembentukan personality seseorang individu, yang mana ianya merangkumi penilaian, sikap

Abstrak : Laporan ini berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap motivasi tiga konstruk iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri;

Kajian ini cuba untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan konsep peraturan kendiri dan pensijilan kendiri dalam kaedah pengeluaran CCC oleh Orang Utama yang

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap matematik dan faktor penguasaan kefahaman konsep di kalangan pelajar Fakulti

Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemboleh ubah efikasi kendiri dengan pencapaian matematik tambahan

Bukan itu sahaja, kajian-kajian juga seharusnya ada yang menghubungkan kebimbangan dan efikasi kendiri guru dalam pengajaran Matematik yang berkait rapat kepada konstruk pengalaman