..E/Surat arahan kpjps//Surat Edaran
http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 03-26972411, 26971025 Email: [email protected]
Ruj Kami : ( 38 ) PPS 10/4/2 BUB JLD.5 Tarikh : 28 Januari 2010
Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Y. Bhg. Dato’ / Tuan / Puan
Surat Arahan KPJPS
PEMATUHAN SURAT KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN – PERINGATAN UNTUK MEMPAMERKAN KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER/SEBUTHARGA DI DALAM LAMAN WEB DAN PAPAN KENYATAAN AGENSI.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada KSU Perbendaharaan rujukan S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld. 28 SK.4(5) bertarikh 4/11/2009 (dilampirkan).
2. Surat tersebut telah memberi peringatan tentang penetapan peraturan mengenai keperluan untuk mempamerkan keputusan muktamad tender/sebutharga di dalam laman web/papan kenyataan Agensi masing-masing. Peraturan-peraturan berkaitan adalah seperti berikut:
(i) Tender
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2007 bertarikh 27/02/2007 menetapkan supaya keputusan muktamad Lembaga Perolehan Agensi dipamerkan di papan kenyataan Jabatan secepat mungkin selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan, ditandatangani serta dikembalikan dan disiarkan di dalam laman web Agensi masing-masing dan pautan (hyperlink) kepada laman web MyGovernment Portal (www.gov.my).
(ii) Sebutharga
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 bertarikh 24/02/2009 menetapkan supaya keputusan muktamad Jawatankuasa Sebutharga dipamerkan di papan kenyataan Jabatan secepat mungkin selepas pesanan Kerajaan/Inden Kerja dikeluarkan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources and Environment)
JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA
JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA (Sila catatkan Rujukan Jabatan ini apabila berhubung)
..E/Surat arahan kpjps//Surat Edaran
(iii) Projek Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 3/04/2009 menetapkan supaya pemberitahuan mengenai maklumat kontraktor yang berjaya hendaklah dipamerkan di papan kenyataan Jabatan dan disiarkan di dalam Laman Web Agensi masing-masing setelah Inden Kerja/Surat Setuju Terima ditandatangani dan dikembalikan oleh kontraktor.
3. Oleh yang demikian, semua pegawai yang terlibat sama ada di peringkat ibu pejabat, negeri atau daerah adalah diarahkan untuk memastikan semua peraturan yang tersebut di atas dipatuhi.
4. Bagi tujuan penyiaran di laman web JPS pula, terdapat satu paparan khusus bagi tender berjaya yang dipautkan daripada Sistem SMATRAK Jabatan. Paparan ini tidak akan berfungsi dengan sempurna sekiranya maklumat tender yang berjaya tidak dikemaskini dan dilengkapkan pada sistem SMATRAK tersebut (contoh paparan di Lampiran A). Oleh yang demikian, semua Pengarah Bahagian, Pengarah JPS Negeri dan Jurutera Projek perlu memastikan sebarang tender yang dikeluarkan oleh pejabat mereka hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam sistem SMATRAK selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan dan tahap indeks ketelusan.
5. Maklumat-maklumat yang perlu dipamerkan adalah seperti berikut:
(i) Nama kontraktor yang berjaya (ii) Nama projek
(iii) Kos projek (iv) Tarikh mula (v) Tarikh siap
4. Kerjasama Y. Bhg. Dato’ / Tuan / Puan untuk memastikan arahan ini dimaklumkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pegawai dibawah seliaan termasuk di JPS Daerah adalah sangat dihargai.
5. Arahan ini berkuatkuasa dengan serta-merta.
Sekian, terima kasih.
..E/Surat arahan kpjps//Surat Edaran
s.k. - Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia
- Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia
- Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) JPS Malaysia
- Pengarah, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak
- Juruukur Bahan Ibu Pejabat