1
AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR BERASASKAN ANALISIS KANDUNGAN AL-QURAN DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PENDIDIKAN ISLAM: APLIKASI FUZZY DELPHI METHOD
Wan Mariana Wan Mohamad1, PhD Kamarul Shukri Mat Teh2 , PhD
1&2Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) [email protected]1
PENGENALAN
Penerapan amalan kemahiran berfikir merupakan antara kemahiran penting yang perlu dibudayakan dalam kehidupan pembelajaran murid pada abad ke-21 ini bagi memastikan kelangsungan kehidupan mereka pada masa hadapan (Alias & Nurul Ain, 2018; Griffin, Care, &
McGaw, 2012; Ili Atiqah & Ruslin, 2016; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017; Mohd Zailani & Mohamad Khairi, 2017;
Motallebzadeh, Ahmadi, & Hosseinnia, 2018; Nursafra, Mohd Isa, Khadijah, & Wan Ali Akbar, 2016; Saavedra et al., 2012; Trilling &
Fadel, 2009; Wagner, 2008; YM Raja Abdullah & Daud, 2018a).
Dalam konteks Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan lima standard asas PAK21 yang dijadikan panduan utama kepada para guru dalam menjayakan pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke- 21 bagi setiap mata pelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia termasuk Pendidikan Islam. Pendekatan PAK21 ini adalah berfokuskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid dengan berpaksikan kepada lima kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh murid iaitu kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai murni dan etika seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1.
2
Rajah 1: Lima Standard Asas Pembelajaran Abad Ke-21
Berdasarkan kepada Rajah 1, dua kemahiran yang terlibat sebagai kemahiran berfikir adalah pemikiran kritis dan kreativiti. Hal ini membuktikan bahawa kebijaksanaan guru merangsang kemahiran berfikir murid merupakan salah satu kemahiran pedagogi guru (Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus, 2017a; Normah, Nor Azhan dan Mariam, 2017; Nursafra, Hamzah, Khadijah dan Wan Ali Akbar, 2016; Yusliza dan Farrah Dina, 2011). Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini KPM telah memperkenalkan kemahiran berfikir sejak tahun 1994 lagi.
Bahkan KPM turut memfokuskan peningkatan autonomi guru dalam aspek pemudahcaraan guru dan pembelajaran pelajar bagi menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif. Kaedah ini dijangkakan akan dibudayakan di semua sekolah menjelang tibanya Gelombang 3 PPPM (2021-2025) (Abd Jalil, Abdul Ghani & Isrihan, 2019).
Fenomena ini jelas menunjukkan landskap pendidikan masa kini telah mengalami perubahan yang menuntut agar guru-guru diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peranan baharu sebagai perancang, pembimbing, pemudahcara dan pencetus daya berfikir murid dalam menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam Standard 4 SKPMg2 (Jemaah Nazir Sekolah, 2016).
3 PENYATAAN MASALAH
Dalam proses menjayakan pembelajaran murid pada abad ke-21 ini, Guru Pendidikan Islam (GPI) masih menghadapi cabaran yang kompleks untuk mengoptimumkan proses hasil pembelajaran mereka (Mohd Syaubari & Ahmad Yunus, 2017a; Mustapha Kamal, 2015;
Nursafra, 2017). Masih wujud beberapa kekangan yang menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 ini masih belum berjaya diterjemahkan. Sebagai contoh, dalam penerapan aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kepada murid masih lagi berada pada tahap sederhana dan lemah serta perlu kepada penambahbaikan (Badrul Hisham dan Basar, 2016; Fazlulaini, Kamarul Azmi, Md Zuki dan Ruhayati, 2017; Mohamad Maliki, Maimun Aqsha dan Mohd Aderi, 2018; Nursafra, Mohd Isa, Khadijah, 2016;
YM Raja Abdullah dan Daud, 2018). Oleh yang demikian, cara terbaik untuk mengatasinya adalah melalui pendekatan guru dalam menerapkan budaya berfikir kepada murid-murid mereka. Ini adalah kerana penyelidikan sebelum ini telah melaporkan bahawa kaedah pendekatan guru untuk proses pembelajaran murid dianggap sebagai penyelesaian yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut (Irwanto, Saputro, Rohaeti dan Prodjosantoso, 2018).
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM AL-QURAN
Hasil analisis perkataan berfikir di dalam al-Quran yang berasal dari kata dasar fakara (ركف(. Terdapat 18 perkataan yang terdiri daripada dua bentuk kata dasar iaitu fakkara (ركف( dan yatafakkaru (ركفتي(. Walau bagaimanapun terdapat juga perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada istilah berfikir seperti tazakkur (ركذت), taaqqul (لقعت), ًtadabbur (ربدت), tafahhum (مهفت) dan tafakkuh (هقفت). Malah terdapat juga beberapa istilah tertentu yang dipaparkan di dalam al-Quran, yang mendorong manusia untuk berfikir seperti perkataan mithal (لثم), ayah (ةيا), ibrah (ةربع), bayyinah (ةنيب), hujjah (ةجح) dan sebagainya.
4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti item-item kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh GPI dan keutamaannya berdasarkan kesepakatan pakar dalam menjayakan PAK21 murid- murid khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam hasil daripada analisis ayat-ayat al-Quran yang bertemakan kemahiran berfikir.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar terhadap item-item dalam kemahiran berfikir yang dibangunkan berpandukan dapatan analisis kandungan terhadap ayat-ayat al-Quran yang membicarakan berkaitan kemahiran berfikir.
Instrumen kajian ini terdiri daripada set soal selidik yang mengandungi 8 item yang berkaitan kemahiran berfikir yang telah diedarkan kepada sembilan orang pakar dalam bidang Pendidikan Islam setelah melalui proses kesahan instrumen oleh empat orang pakar bidang Tafsir al- Quran. Pakar-pakar ini mempunyai latar belakang pengalaman yang lama dalam bidang amalan pengajaran Pendidikan Islam. Ini adalah kerana mereka yang telah memiliki pengalaman melebihi lima tahun telah boleh dianggap sebagai pakar (Akbari & Yazdanmehr, 2014;
Berliner, 2004). Tahap persetujuan pakar-pakar ini telah telah dianalisis dengan menggunakan template Microsoft Excel Fuzzy Delphi.
KESEPAKATAN PAKAR FUZZY DELPHI TERHADAP AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PAK21 PENDIDIKAN ISLAM Seramai sembilan orang pakar telah dipilih sebagai barisan panel pakar FDM (Fuzzy Delphi Method) berdasarkan kepada kepakaran bidang masing-masing seperti dalam Jadual 1.
5 Jadual 1
Senarai pakar FDM yang terlibat Bil Perkara Maklumat
Demografi
Frekuensi Peratus
1 Jantina Lelaki 5 55.6
Perempuan 4 44.4
2 Bidang Kerja
Pensyarah IPTA/IPTS
1 11.1
Pensyarah
IPG/Kolej/Politeknik
2 22.2
Jemaah Nazir 1 11.1
Pegawai KPM/
Penggubal Kurikulum Pend. Islam
2 22.2
Guru Cemerlang Pend Islam
1 11.1
Jurulatih Utama PAK21/ KSSM Pend Islam
2 22.2
3 Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda 3 33.3
Ijazah Sarjana 2 22.2
Ijazah Doktor Falsafah
4 44.5
4 Pengalam an Kerja
11 hingga 15 tahun 1 11.1
16 hingga 20 tahun 6 66.7
20 tahun ke atas 2 22.2
5 Bidang Kepakaran
Pendidikan Islam 8 88.9
Pengajian al-Quran 1 11.1
JUMLAH 9 100.0
6
Kesepakatan pakar terhadap item-item kemahiran berfikir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah tertumpu kepada dua aspek utama iaitu kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi.
DAPATAN KAJIAN
Dalam konstruk kemahiran berfikir, dua sub konstruk yang membentuknya ialah kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi. Sebanyak tiga item daripada sub konstruk kemahiran berfikir aras rendah telah melalui proses penentuan kesepakatan oleh pakar yang terlibat. Hasilnya didapati nilai threshold (d), peratusan konsensus pakar, nilai defuzzification dan keutamaan item (ranking item) bagi item-item tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut.
Jadual 2
Nilai Threshold (d), Peratusan Konsensus Pakar (%), Nilai Defuzzification dan Keutamaan Item (Ranking Item)
PAKAR
ITEM
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (AR)
AR1 AR2 AR3
1 0.068 0.051 0.119
2 0.068 0.102 0.034
3 0.138 0.051 0.034
4 0.138 0.051 0.034
5 0.138 0.102 0.034
6 0.138 0.051 0.034
7 0.840 0.102 0.119
8 0.138 0.051 0.034
9 0.138 0.051 0.034
Nilai Threshold (d) setiap item 0.200 0.068 0.053
7 Peratus Kesepakatan Pakar
Setiap Item 89% 100% 100%
Nilai Defuzzification
(Nilai α-cut) 0.870 0.933 0.944
*Interpretasi / / /
Kedudukan
(Ranking) 3 2 1
Nota: *Interpretasi (/= TERIMA), (X=TOLAK)
Berdasarkan Jadual 2, semua item yang membentuk kemahiran berfikir aras rendah mempunyai nilai threshold (d) ≤ 0.2. Maka ini bermakna semua item tersebut telah mendapat kesepakatan pakar (Chang, Hsu, & Chang, 2011; Cheng & Lin, 2002). Peratus persetujuan keseluruhan pakar juga menunjukkan kesemua item berada pada tahap peratus persetujuan yang melebihi nilai 75%.
Malah, semua nilai defuzzification bagi setiap item juga melebihi nilai α-cut = 0.5. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa item-item tersebut telah mendapat kesepakatan dari semua pakar. Item-item ini disusun mengikut keutamaan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3
Susunan Item Kemahiran Berfikir (Aras Rendah) Mengikut Keutamaan
SUSUNAN MENGIKUT KEUTAMAAN
ITEM BIL.SURAH
& AYAT 1 Melatih murid mengoptimumkan
peranan mata untuk merasai kehebatan Allah
67:3
2 Melatih murid mendengar untuk mengambil manfaat
39:18 3 Membimbing murid merenung
dengan hati yang memahami
22:46
8
Jadual 3 menunjukkan kedudukan item mengikut keutamaan berdasarkan kepada pandangan pakar terhadap kemahiran berfikir aras rendah. Item “Melatih murid mengoptimumkan peranan mata untuk merasai kehebatan Allah” telah menjadi asas utama yang menjadi pertimbangan pakar dalam memberikan keutamaan terhadap aspek kemahiran berfikir aras rendah. Seterusnya diikuti oleh item
“Melatih murid mendengar untuk mengambil manfaat” dan item
“Membimbing murid merenung dengan hati yang memahami” berada di kedudukan ketiga iaitu yang terakhir bagi sub konstruk ini.
Manakala sebanyak lima item bagi konstruk kemahiran berfikir aras tinggi telah melalui proses penentuan kesepakatan oleh pakar yang terlibat, didapati nilai threshold (d), peratusan konsensus pakar, nilai defuzzification dan keutamaan item (ranking item) bagi item-item tersebut ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut.
Jadual 4
Nilai Threshold (d), Peratusan Konsensus Pakar (%), Nilai Defuzzification dan Keutamaan Item (Ranking Item)
PAKAR
ITEM
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (AT)
AT1 AT2 AT3 AT4 AT5 1 0.017 0.316 0.034 0.241 0.588 2 0.017 0.079 0.119 0.028 0.090 3 0.017 0.076 0.034 0.241 0.090 4 0.017 0.076 0.034 0.028 0.090 5 0.017 0.076 0.034 0.153 0.090 6 0.017 0.076 0.034 0.153 0.090 7 0.136 0.079 0.119 0.028 0.080 8 0.017 0.076 0.034 0.028 0.090 9 0.017 0.076 0.034 0.153 0.090 Nilai Threshold
(d) setiap item 0.030 0.104 0.053 0.117 0.145
9 Peratus
Kesepakatan Pakar Setiap
Item
100% 89% 100% 100% 89%
Nilai
Defuzzification 0.956 0.915 0.944 0.863 0.904
*Interpretasi / / / / /
Kedudukan
(Ranking) 1 3 2 5 4
Nota: *Interpretasi (/= TERIMA), (X=TOLAK)
Berdasarkan Jadual 4 semua item mempunyai nilai threshold (d) ≤ 0.2 kecuali item AT2 dan AT5 masih terdapat nilai threshold yang melebihi 0.2. Namun begitu, nilai purata threshold (d) bagi setiap item tersebut adalah kurang daripada 0.2, maka item tersebut telah mencapai kesepakatan pakar (Cheng & Lin, 2002; Chang, Hsu & Chang 2011).
Manakala peratus kesepakatan semua item adalah melebihi 75%.
Malah semua nilai defuzzication, iaitu nilai alpha cut bagi setiap item adalah melebihi 0.5. Ini menunjukkan kesemua item kemahiran berfikir aras tinggi juga telah mendapat kesepakatan pakar-pakar yang terbabit. Item-item tersebut disusun mengikut keutamaan (ranking) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5
Susunan Item Kemahiran Berfikir (Aras Tinggi) Mengikut Keutamaan SUSUNAN
MENGIKUT KEUTAMAAN
ITEM BIL.SURAH
& AYAT 1 Melatih murid memberi hujah
dengan sandaran kepada Allah
7:188 2 Menyoal murid untuk merangsang
pemikiran
16:17 3 Membimbing murid membanding
beza untuk mengambil pelajaran
39:9
10
4 Melatih murid menjadikan fenomena alam sebagai sumber berfikir
55:19-20
5 Mendidik murid menggambarkan ganjaran sebagai sumber inspirasi
2:25
Berdasarkan kepada kesepakatan pakar dalam Jadual 5 terhadap kedudukan item dalam konstruk kemahiran berfikir aras tinggi item
“Melatih murid memberi hujah dengan sandaran kepada Allah”
merupakan item paling utama. Manakala item kedudukan kedua pula adalah “Menyoal murid untuk merangsang pemikiran” dan diikuti dengan item “Membimbing murid membanding beza untuk mengambil pelajaran”. Keutamaan keempat berdasarkan kesepakatan pakar adalah “Melatih murid menjadikan fenomena alam sebagai sumber berfikir” dan seterusnya diakhiri dengan item “Mendidik murid menggambarkan ganjaran sebagai sumber inspirasi”.
Secara keseluruhannya sebanyak 8 item berkaitan kemahiran berfikir telah dikemukakan kepada pakar FDM untuk meninjau kesepakatan mereka terhadap item-item tersebut. Semua item tersebut telah mendapat konsensus yang baik dari pakar yang terlibat.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Item-item kemahiran berfikir yang diutarakan oleh Allah di dalam al- Quran diperakui oleh semua pakar yang terlibat merupakan item-item paling sesuai digunakan dalam mendidik murid ke arah membentuk sikap dan kemahiran serta keperibadian murid sebagai hamba Allah seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Islam bersumberkan kepada sumber ilmu utama umat Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis. Kemahiran berfikir yang sebaiknya akan terhasil apabila murid-murid dapat dididik menggunakan nikmat anugerah pancaindera utama manusia iaitu telinga, mata dan hati sebagaimana yang dipandukan oleh Allah S.W.T. Oleh sebab itulah Allah S.W.T menempelak golongan yang tidak mahu menggunakan anugerah pancaindera ini untuk berfikir sehingga mengumpamakan mereka
11
sebagai lebih sesat daripada binatang ternakan dan akan dimasukkan golongan ini ke dalam neraka Jahannam (Surah al-A’raaf, 7:179).
Selaras dengan itu, dalam menerapkan kemahiran berfikir aras rendah kepada murid-murid para pakar telah bersepakat memberi pandangan aktiviti melatih murid mengoptimumkan peranan mata untuk merasai kehebatan Allah perlu terlebih dahulu diterapkan kepada murid-murid. Contohnya dalam usaha penerapan keutuhan tauhid kepada Allah S.W.T, arahkan pandangan murid kepada kejadian langit tanpa tiang di luar kelas bagi menghayati dan mengkagumi kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis yang diciptakan oleh Allah S.W.T tanpa sebarang kecacatan. Aktiviti ini boleh diulangi bersama cetusan soalan untuk merangsang pemikiran murid berfikir tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T sebagaimana Allah S.W.T meminta manusia mengulangi pandangan mata mereka, pasti tiada sebarang kecacatan pada hasil ciptaan Allah S.W.T (Surah al-Mulk, 67:3). Mengulangi pandangan ini membawa maksud melihat dengan penuh fokus (Az-Zuhaili, 2018), bukan sekadar dengan pandangan mata zahir sahaja malah boleh membawa kepada pandangan mata hati yang dapat mendorong kepada peningkatan tahap keimanan kepada Allah S.W.T (Imam al- Ghazali, 2000).
Kemahiran berfikir aras rendah murid juga boleh dipupuk melalui latihan kepada murid untuk mendengar bagi mengambil manfaat sebagaimana yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai golongan Ulul Albab (golongan yang berakal sempurna). Golongan ini telah diberikan hidayah oleh Allah SWT disebabkan kemahiran mereka mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepada mereka lalu memilih dan melakukan perkara yang didengar dengan sebaik- baiknya (Surah al-Zumar, 39:18). Malah, guru perlu membimbing murid merenung dengan hati yang memahami setiap apa yang dilihat dan didengar oleh murid untuk beroleh ilmu. Perkara ini bertepatan dengan pandangan Imam al-Ghazali (2000) yang menyatakan bahawa kekuatan penglihatan dan pendengaran boleh dikuasai oleh
12
hati dalam usaha mentaati segala perintah Allah dan beramal berlandaskan ilmu yang benar.
Daripada ketiga-tiga item kemahiran berfikir aras rendah ini membawa kepada kemahiran berfikir aras yang lebih tinggi. Ini adalah kerana kemahiran berfikir aras tinggi bermula dengan penglihatan dan pendengaran serta pengamatan hati yang lebih mendalam terhadap sesuatu perkara sehingga boleh mencetus kepada daya khayal atau imaginasi. Daya imaginasi, iaitu pemikiran kreatif inilah yang disifatkan oleh Imam al-Ghazali sebagai pemikiran aras tertinggi yang mampu dicapai oleh manusia dengan ilham daripada Allah S.W.T (Mohd Zaidi, 2019).
Berdasarkan kepada kesepakatan pakar terhadap kedudukan item dalam konstruk kemahiran berfikir aras tinggi ini, item melatih murid memberi hujah dengan sandaran kepada Allah merupakan item paling utama. Sebagaimana Nabi Ibrahim berhujah dengan Raja Namrud yang sombong dengan mengatakan bahawa dia juga boleh menghidupkan dan mematikan manusia sebagaimana Tuhan Nabi Ibrahim. Lantas Nabi Ibrahim menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa Allah boleh menerbitkan matahari dari arah timur, maka dicabarnya Raja Namrud untuk menerbitkan matahari dari arah barat (Surah al-Baqarah,2:258). Maka tercengang Raja Namrud hingga diam membisu, tidak dapat melawan hujah Nabi Ibrahim tersebut apabila hujahnya bersandarkan kepada Allah SWT sebagai penguasa Maha Agung yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk ciptaan-Nya.
Seterusnya, pakar juga bersetuju teknik penyoalan juga boleh merangsang pemikiran murid untuk berfikir lebih kritis. Di dalam al- Quran pelbagai bentuk penyoalan digunakan oleh Allah dalam mencetuskan daya fikir manusia terhadap segala ayah (ةيا), iaitu bukti kekuasaan Allah S.W.T seperti mana terbukti dalam kajian semasa pendidikan bahawa elemen penyoalan merupakan salah satu alat berfikir yang penting dalam memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid (Arni Yuzie & Ruhizan, 2015; Chew & Nadaraja, 2014; Mohd
13
Syaubari & Ahmad Yunus, 2016; Sukiman, Noor Shah & Mohd Uzi, 2014).
Peranan guru dalam membimbing murid membanding beza untuk mengambil pelajaran juga antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk memupuk kemahiran berfikir murid sebagaimana Allah S.W.T meransang manusia untuk membanding beza antara ciri orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui (Surah al-Zumar, 39:9). Allah mendatangkan pelbagai perbandingan di dalam al-Quran supaya manusia dapat memikirkan perbezaan antara dua perkara yang disebut sebagai قابطلا (anti tesis) agar pengajaran yang diperoleh lebih memberi kesan kepada manusia (Az-Zuhaili, 2018).
Turut dipersetujui oleh pakar ialah item guru berperanan melatih murid menjadikan fenomena alam sebagai sumber berfikir seperti fenomena Allah membiarkan air dua sumber, iaitu laut yang masin dan sungai yang tawar mengalir, sedang keduanya bertemu dan tiada penyekat yang memisahkannya namun keduanya tidak bercampur (al-Rahman, 55:19-20), fenomena permulaan alam semesta (al-Anbiya’, 21:30), fungsi reseptor di bawah kulit manusia (al-Nisaa’, 4:56), air sebagai sumber kehidupan di bumi (al-Anbiya’, 21:30) dan sebagainya lagi.
Segala fenomena alam ini perlu dikaji dengan kekuatan daya fikir agar murid dapat merasai kehebatan Allah S.W.T sebagai pencipta makhluk seluruh alam.
Seterusnya kemahiran berfikir aras tinggi boleh diaplikasikan kepada murid melalui aktiviti mendidik murid menggambarkan ganjaran sebagai sumber inspirasi sebagaimana Allah S.W.T memberi inspirasi kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan khabar gembira bahawa mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, diberikan buah-buahan syurga, disediakan pasangan-pasangan untuk mereka berupa isteri-isteri yang sentiasa bersih suci dan mereka akan kekal di dalam syurga buat selama-lamanya (al-Baqarah, 2:25). Inilah kemahiran futuristik yang dikemukakan oleh Allah bagi merangsang jiwa manusia dengan
14
berita yang menggembirakan hati dengan memasukkan sesiapa yang beriman ke dalam syurga yang di dalamnya terdapat segala nikmat yang diinginkan oleh hati dan sedap dipandang mata (Surah al- Zukhruf, 43:71).
Nikmat-nikmat ini Allah gambarkan melalui benda-benda yang konkrit yang disukai oleh manusia di dunia ini bagi memudahkan manusia memahami segala bentuk nikmat yang Allah sediakan di syurga (Az- Zuhaili, 2018). Namun segala nikmat ini tidak sama dengan nikmat yang di kecapi di dunia kerana nikmat syurga adalah belum pernah dilihat atau didengar manusia, bahkan belum pernah terdetik di hati manusia (Hadis Shahih Bukhari & Muslim). Ganjaran akhirat inilah yang diminta oleh Allah supaya manusia berfikir agar menjadi sumber inspirasi menjadi manusia yang bertakwa di dunia (Surah al-An’aam, 6:32) yang melayakkannya bergelar penghuni syurga di akhirat.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa GPI berperanan penting dalam memupuk kemahiran berfikir murid-murid ke arah menjayakan PAK21. Pemantapan amalan kemahiran berfikir ini secara dasarnya boleh digarapkan oleh GPI kepada murid melalui aktiviti mengoptimumkan kekuatan anugerah pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaiknya iaitu telinga, mata dan hati ketika dalam proses pembelajaran mereka. Seterusnya kemahiran berfikir aras rendah ini mampu dikembangkan lagi kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti dipaparkan dalam Rajah 2 berdasarkan kebijaksanaan guru dalam mendidik murid-murid.
15
Rajah 2: Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Rendah dan Tinggi Justeru dapatan kajian ini diharapkan berupaya menyumbang kepada nilai dan amalan terbaik yang boleh dipraktikkan oleh GPI dalam menjayakan pembelajaran murid di abad ke-21 ini.
RUJUKAN
Abd Jalil Ali, Abdul Ghani Kanesan Abdullah, & Isrihan Mohameda.
(2019). Amalan pengupayaan dan autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(1), 49–58.
Akbari, R., & Yazdanmehr, E. (2014). A Critical Analysis of the Selection Criteria of Expert Teachers in ELT. Theory & Practice in Language Studies, 4(8).
Alias Masek, & Nurul Ain Suhadi. (2018). Teacher pedagogical constructs based on Model 21st Century Learning for theoretical subject delivery in school. Journal of Physics: Conference Series, 1049(1), 1–8. https://doi.org/10.1088/1742- 6596/1049/1/012051
16
Arni Yuzie Mohd Arshad, & Ruhizan Mohd Yasin. (2015). Kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam konteks penyelesaian masalah bagi mata pelajaran Sains. Asian Education Action Research Journal (AEARJ), 4, 81–96.
Az-Zuhaili, P. D. W. (2018). Tafsir al-Munir: Aqidah, Syariah, & Manhaj (Cetakan Pe). Jakarta: Gema Insani.
Badrul Hisham Alang Osman, & Basar, M. N. (2016). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid, 10, 1–25.
Berliner, D. C. (2004). Expert Teachers : Their Characteristics , Development and Accomplishments. De La Teoria? A l’aula:
Formacio Del Professorat Ensenyament de Las Ciències Socials., 13–28.
Chang, P. L., Hsu, C. W., & Chang, P. C. (2011). Fuzzy Delphi method for evaluating hydrogen production technologies. International Journal of Hydrogen Energy, 36(21), 14172–14179.
https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2011.05.045
Cheng, C.-H., & Lin, Y. (2002). Evaluating the best main battle tank using fuzzy decision theory. European Journal of Operational Research, 142, 174–186. https://doi.org/10.1016/S0377- 2217(01)00280-6
Chew Fong Peng, & Nadaraja, S. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10–24. https://doi.org/10.1145/1306813.1306843 Fazlulaini Mohd Yunus, Kamarul Azmi Jasmi, Md Zuki Hashim, &
Ruhayati Ramly. (2017). Kelemahan amalan menerapkan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan calon cemerlang praktikum Pendidikan Islam di Kampus Sultan Abdul Halim. International Journal of Religion
17
Research in Education, 1(1), 1–12. https://doi.org/International Conference on Islamic Education and Research
Griffin, P., Care, E., & McGaw, B. (2012). The changing role of education and schools. In Assessment and teaching of 21st century skills (pp. 1–15). Springer.
Ili Atiqah bte Md Din, & Ruslin bin Amir. (2016). Sikap terhadap kemahiran pemikiran kritikal dan hubungannya dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar-pelajar UKM. Jurnal Psikologi Pendidikan, 30(1), 142–151.
Irwanto, Saputro, A. D., Rohaeti, E., & Prodjosantoso, A. K. (2018).
Promoting critical thinking and problem solving skills of preservice elementary teachers through process-oriented guided-inquiry learning (POGIL). International Journal of Instruction. https://doi.org/10.12973/iji.2018.11449a
Jemaah Nazir Sekolah. (2016). Standard kualiti pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2). Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam. Putrajaya.
Mohamad Maliki Ali, Maimun Aqsha Lubis, & Mohd Aderi Che Noh.
(2018). Keberkesanan pengajaran kurikulum Akidah dalam Pendidikan Islam berasaskan kemahiran berfikir analitikal di sekolah menengah. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 2(January), 15–34.
Mohd Syaubari Othman, & Ahmad Yunus Kassim. (2016).
Keberkesanan permulaan pengajaran menerusi amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Perak. Online Journal Of Islamic Education, 4(2), 23–35.
Mohd Syaubari Othman, & Ahmad Yunus Kassim. (2017a). Isu dan permasalahan (Pdp) pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
18
(KBAT) dalam amalan pengajaran guru menurut pandangan Ibn Khaldun. Journal of Human Capital Development, 10(1), 1–18.
Mohd Syaubari Othman, & Ahmad Yunus Kassim. (2017b).
Pelaksanaan amalan pengajaran guru pendidikan Islam sekolah menerusi kaedah penyoalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) ( Implementation of the practice of teaching Islamic education s. Journal of Advanced Research in Social, 1(1), 1–9.
Mohd Zaidi Ismail. (2019). Aqal, ilmu dan pendidikan: Kerangka Ahli Sunnah (Kedua). Selangor Darul Ehsan: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mohd Zailani Ismail, & Mohamad Khairi Bin Hj.Othman. (2017).
Amalan pedagogi abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 13, 54–71. Retrieved from
http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/index.php/dedikasi/article/v iew/70/50
Motallebzadeh, K., Ahmadi, F., & Hosseinnia, M. (2018). Relationship between 21st century skills, speaking and writing skills: A structural equation modelling approach. International Journal of
Instruction, 11(3), 265–276.
https://doi.org/10.12973/iji.2018.11319a
Mustapha Kamal Ahmad Kassim. (2015). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Lembah Klang : Kajian kaedah dan keberkesanannya. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan) Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Normah Husin, Nor Azhan Norul ’Azmi, & Mariam Mat Daud. (2017).
Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon Pintar Dalam Pembelajaran Nahu. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4(1), 43–63.
19
Nursafra Mohd Zhaffar. (2017). Kefahaman dan amalan penerapan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nursafra Mohd Zhaffar, Hamzah, M. I., Khadijah Abdul Razak, & Wan Ali Akbar Wan Abdullah. (2016). Ke arah guru Pendidikan Islam sebagai pemikir kritis. Jurnal Sains Humanika, 8(3), 9–15.
https://doi.org/10.11113/SH.V2N1.389
Saavedra, A. R., Corporation, T. R., Opfer, V. D., Corporation, T. R., Jackson, T., Kehayes, J., … Perkins, D. (2012). Teaching and learning 21st century skills: Lessons from the learning Sciences.
AARE/APERA Conference, (April), 1–35. Retrieved from https://www.aare.edu.au/data/publications/2012/Saavedra12.pd f
Sukiman Saad, Noor Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah. (2014).
Pengajaran kemahiran berfikir: Persepsi dan amalan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 18–36.
Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st century skills: Learning for life in our times. In 21st century skills: Learning for life in our times.
https://doi.org/10.1145/1719292.1730970
Wagner, T. (2008). The global achievement gap: why our kids don’t have the skills they need for college, careers, and citizenship–
and what we can do about it. NewYork, NY: Basic Books.
YM Raja Abdullah Raja Ismail, & Daud Ismail. (2018a). Aplikasi
“Konsep 4C” Pembelajaran Abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’
Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45–65.
Yusliza Baharin, & Farrah Dina Yusop. (2011). Pembelajaran kolaboratif menggunakan blog dalam pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan, (31), 79–89.
https://doi.org/10.1083/jcb.130.3.745