• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

32

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PROGRAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS LUKISAN KEJURUTERAAN DAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER RBT1014.

Cho Keng Boon

Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan

chokengboon@gmail.com

PENGENALAN

Subjek Lukisan Kejuruteraan merupakan subjek yang memerlukan daya imaginasi pelajar yang tinggi dari pelbagai arah pandangan sesuatu objek. Lukisan Kejuruteraan dua Dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) boleh dipersembahkan dalam beberapa jenis lukisan seperti Lukisan Ortografik, Lukisan Isometri, Lukisan Keratan, Lukisan Perspektif dan lain-lain lagi. Kini perisian komputer iaitu AutoCAD pelbagai versi yang semakin canggih telah diciptakan untuk membantu penggunanya menghasilkan lukisan dengan lebih cepat, lebih jitu dan bermutu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas amat bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan baik dan lebih menarik dalam proses penyampaian ilmu seorang guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan berkesan dan menarik berjaya membantu guru dan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah

(2)

33

ditetapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. (Md Zuki &

Khalid, 2016).

Kursus RBT1014 merupakan subjek yang memerlukan pelajar banyak melaksanakan sesi amali iaitu latihan secara hands on melukis pelbagai jenis lukisan sehingga mencapai tahap kemahiran seperti yang telah ditetapkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) kursus tersebut. (RMK Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer, RBT1014, berkuatkuasa mulai Jun 2015). Pelajar perlu menguasai kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik tertentu melukis secara konvensional dengan peralatan lukisan dalam Lukisan Kejuruteraan dan kemahiran menguasai arahan-arahan melukis dalam Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD). Walau bagaimanapun, daya imaginasi pelajar amat penting untuk membantu mereka mengimaginasi rupa bentuk sesuatu objek daripada pelbagai arah terutamanya dalam tajuk Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri.

SISTEM PENGURUSAN (TOPIK)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru yang tradisional, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran lazimnya dilaksanakan dengan bersemuka dalam kelas ketika waktu interaksi antara guru dan pelajarnya.

Kini dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan bantuan sistem pengurusan pembelajaran yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi menjadi alternatif yang baik kepada kaedah penyampaian proses pembelajaran secara maya.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa apabila diperlukan. Penglibatan pelajar adalah lebih aktif dan juga dapat dilaksanakan secara dua hala.

(3)

34

LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD)

Lukisan Kejuruteraan bermula pada akhir abad ke-19 apabila alat piawai seperti papan lukisan, sesiku T, sesiku set dan alat lukisan geometri yang lain serta kaedah mencetak lukisan yang lebih canggih mula digunakan. Sejajar dengan perkembangan ICT, Lukisan Kejuruteraan telah mengalami perubahan yang amat besar. Perisian komputer iaitu AutoCAD telah digunakan untuk membantu menghasilkan lukisan dengan lebih cepat dan bermutu.

AutoCAD adalah perisian komputer yang boleh digunakan untuk mereka bentuk dan melukis objek. Perisian ini menyokong lukisan dalam bentuk format dua (2D) dan tiga dimensi (3D). Perisian AutoCAD dibangunkan dan diedarkan oleh Autodesk Inc. Perisian ini boleh digunakan di dalam semua bidang terutama sekali bidang- bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang Kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik dan tidak ketinggalan juga kepada semua bidang yang berkaitan dengan CAD.

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan Dan Lukisan Berbantu Komputer.

Pada peringkat awal semua pelajar saya daripada kursus Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer untuk kumpulan RBT ambilan Jun 2019 yang terdiri daripada 15 orang Pelajar diberi pendedahan tentang cara penggunaan asas perisian AutoCAD seperti penentuan format lukisan, asas kawalan paparan 2D, Arahan- arahan pembinaan bentuk-bentuk asas lukisan, kaedah penyuntingan lukisan. Di samping itu pelajar juga akan didedahkan tentang asas- asas cara membuat lukisan kejuruteraan secara konvensional berkaitan Geometri Satah selama empat minggu seperti dalam RMK kursus tersebut. Pengajaran Lukisan Kejuruteraan secara konvensional dilaksanakan terlebih dahulu diikuti dengan pengajaran lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD).

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu telah dirancang dengan rapi seperti video-video klip youtube yang berkaitan lukisan

(4)

35

AutoCAD yang sesuai setelah dikenalpasti kesesuaiannya dengan tajuk-tajuk yang berkaitan dalam kursus RBT1014 telah dipilih dari youtube dalam internet. Video Youtube tersebut telah dihantar kepada pelajar melalui Google classroom yang telah diwujudkan khas untuk pelajar kursus tersebut. Pelajar diminta menonton dan memahami kaedah dan contoh pembinaan lukisan. Perbincangan juga dilaksanakan melalui Google classroom.

Bagaimanapun, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini dalam kelas, kadang-kadang masalah timbul disebabkan oleh sistem audio yang kurang jelas menyebabkan pelajar tidak dapat dengar dengan jelas video klip yang ditayangkan. Jadi untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan youtube menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan dengan adanya penggunaan telefon bimbit atau laptop pelajar. Jadi masalah suara dalam sistem audio tersebut boleh diatasi.

Dengan aplikasi perisian AutoCAD digabungkan dengan youtube, menjadi alat pemudahcara yang boleh membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik di dalam kelas atau luar kelas untuk tajuk dalam kursus Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer untuk kumpulan pelajar 1PPISMP, RBT ambilan Jun 2019. Penggunaan TMK seperti Powerpoint dalam PdP dapat meningkatkan ingatan murid dalam topik “Sistem Suria”. Dengan penggunaan Powerpoint, murid-murid dapat mengingati isi-isi penting dengan lebih mudah dan cepat kerana Powerpoint mempunyai gambar, animasi, video dan nota-nota yang jelas dan ringkas. Chiung Huei Yee (2014).

Dapatan kajian Ting Suh Ping bertajuk Meningkatkan Minat Dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga Melalui Penggunaan bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT (2012), kaedah penggunaan TMK mempunyai kekuatan bagi meningkatkan pengajaran guru di mana ia mampu memotivasi dan memberi keseronokan kepada peserta kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dan temu bual menunjukkan para peserta kajian berasa seronok dan gembira dengan penggunaan PowerPoint dan klip video terdapat

(5)

36

peningkatan dalam pencapaian matapelajaran Sains. Penggunaan PowerPoint dan klip video telah merangsang perhatian dan minat serta mengurang rasa bosan peserta kajian. Peserta kajian turut berpendapat penggunaan TMK adalah senang difahami berbanding dengan kaedah tradisional. Proses pembelajaran yang melalui penggunaan TMK telah dapat mengukuhkan ingatan peserta kajian terhadap isi pelajaran.

Keputusan intrumen penilaian pelaksanaan kurikulum iaitu instrumen penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk subjek RBT1014, penggunaan perisian AutoCAD dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokan. Minat pelajar terhadap aktiviti pembelajaran mereka bertambah. Pengajaran dan pembelajaran AutoCAD juga didapati lebih aktif dan berkesan berbanding pengajaran Lukisan Kejuruteraan yang menggunakan kaedah secara konvensional. Kenyataan ini seiring dalam kajian Rahil Mohd Ghazali dan Harun Baharudin (2016), dari dapatan soal selidik tentang penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan keputusan min keseluruhan, penggunaan aplikasi Youtube dapat menambah minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi.

Begitu juga dalam kajian Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Nur Elyani Binti Musa & Minarnie Hadzira Binti Mohamad (2013), apabila pensyarah mengunakan TMK seperti Ms. Power point, pelajar lebih teruja untuk menumpukan sepenuh perhatian kerana terdapat animasi yang menarik, berwarna-warni serta video yang menarik yang menunjukkan situasi sebenar teori yang diajar dengan suasana persekitaran sains. Pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi cepat, mudah dan menarik serta boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran.

(6)

37

Kadang-kadang pelajar menghadapi masalah untuk memahami kaedah melukis yang ditunjukkan oleh pensyarah ia boleh diperjelaskan lagi dengan bantuan program AutoCAD dan juga keadah melukis dalam bentuk Youtube. Contohnya perbincangan langkah-langkah melukis atau pembinaan sesuatu objek dalam lukisan Ortografi dan Lukisan Isometri dapat ditunjukkan dengan amat jelas, sistematik dan amat berkesan dengan berbantukan video dalam Youtube dan program AutoCAD. Pelajar dapat memahami pensyarah dengan baik dan seterusnya dapat menyelesaikan langkah-langkah pembinaan dengan betul, lebih pantas dan lebih menyakinkan dengan adanya bantuan Youtube dan perisian AutoCAD.

Pelajar juga dapati lebih cepat mengenalpasti teknik-teknik dan langkah-langkah melukis sesuatu lukisan. Mereka juga boleh mengulangi proses melukis dengan menonton video dalam youtube bila diperlukan. Dapatan ini seiring dengan kajian Noor Aini Ahmad (2013) bahawa perkembangan teknologi kini, kanak-kanak telah didedahkan dengan penggunaan komputer dan telefon pintar pada tahap awal umur lagi dan bukan lagi dianggap satu prestij tetapi telah menjadi kebiasaan dalam keluarga moden. Kanak-kanak semakin menggemari gajet dan bahan interaktif. Maka, pengajaran kemahiran bahasa perlu berubah mengikut senario semasa dan tidak terhad kepada penggunaan buku atau kad gambar.

Pernyataan ini juga disokong dalam kajian Nor Hafidah Ibrahim norhafidah, Melor Fauzita Md. dan Yusoff Norzaliza Ghazali zaliza (2016) yang menyatakan bahawa multimedia interaktif dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kursus bahasa melayu pengurusan dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun Dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Selain itu, soalan tugasan AutoCAD, perbincangan dan pelbagai bentuk bahan rujukan boleh dimuat naik secara atas talian dalam Google classroom yang diujudkan khas untuk pelajar kursus RBR1014. Untuk AutoCAD, pelajar boleh menghantar tugasan yang disiapkan secara terus melalui atas talian bila-bila masa sebelum

(7)

38

tarikh penghantaran tamat. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi autoCAD dengan gabungan youtube dan google classroom, pelajar dapat berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih kerap dan lebih berkesan. Pelajar juga didapati dapat berkongsi maklumat atau pendapat mereka. Semangat saling bantu membantu dan bekerjasama antara dalam kalangan pelajar merupakan nilai murni yang dapat dilahirkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian Vespanathan Supramaniyam (2015), dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan TMK seperti pemprosesan data dan pangkalan data, persembahan grafik, mel-elektronik dan laman web dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup (KH) menjalankan pengajaran yang memberangsangkan dalam bilik darjah. Seiringan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan.

Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta, Institut Pendidikan Guru termasuk sekolah-sekolah di Malaysia tiada pilihan lain perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan sukatan pengajaran dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya sesi pembelajaran tidak ditangguhkan. Oleh yang demikian seseorang pendidik seharusnya mengubah diri mereka ke arah penggunaan TMK dan mendapatkan pengetahuan serta ilmu tentang penggunaan TMK, terutamanya ketika negara kita turut tidak terkecuali dilanda wabak COVID-19 dan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

Intrumen penilaian pelaksanaan kurikulum iaitu instrumen penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik, komen-komen pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran saya untuk kursus Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer (RBT1014) bagi pelajar RBT ambilan Jun 2019

(8)

39

• Topik yang disampaikan oleh pensyarah disertakan dengan pelbagai video dan infografik amat menarik serta penerangan yang jelas.

• Mudah memahami dengan kaedah pengajaran AutoCAD yang digunakan oleh pensyarah dan membolehkan saya mengaplikasikannya dalam mata pelajaran yang lain serta dalam kehidupan harian saya.

• Kursus RBT1014 terutamanya Lukisan AutoCAD merupakan kursus yang amat menarik dan menyeronokkan.

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam kursus RBT1014 berkesan dan menarik minat saya.

• Pengajaran dan pembelajaran berjaya dipermudahkan dengan penggunaan perisian AutoCAD dan video dalam youtube serta memudahkan saya lebih memahami topik yang disampaikan oleh pensyarah.

KESIMPULAN

Hasil pencerapan saya, didapati pelajar lebih seronok dan dalam suasana yang lebih tenang dan lebih pantas apabila membuat lukisan menggunakan AutoCAD dalam kursus RBT1064. Bagaimanapun dengan bantuan video daripada Youtube digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar bertambah yakin dan kemahiran mereka boleh ditingkatkkan. Tambahan pelajar masa kini lebih gemar dan mahir dalam penggunaan gajet elektronik seperti komputer dan telefon pintar untuk mencari bahan atau sumber pembelajaran di dalam internet.

Justeru membudayakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah seharusnya diperhebatkan lagi menerusi kursus, menyediakan kemudahan komputer dan mengintegrasikan TMK dalam kurikulum yang diguna pakai. Bahan-bahan digital termasuk program perisian, pengaturcaraan televisyen, e-buku, Internet, aplikasi ZOOM, Google Classroom, Goggle Meet dan lain- lain harus digunakan secara lebih meluas dalam pendidikan.

(9)

40

Akhir kata, pelajar, kandungan pelajaran dan pendidik merupakan elemen tiga serangkai yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.

Ketiga-tiga elemen ini saling memerlukan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik dan berkesan.

RUJUKAN

Chiung Huei Yee (2014). Penggunaan Powerpoint Terhadap Minat Dan Ingatan Murid Tahun Empat Dalam Topik Sistem Suria Di Kuching. IPG Kampus Batu Lintang. Kuching.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms. 116- 131

Md Zuki, N.S. & Khalid (2016). Penggunaan Web 2.0 dalam Pendidikan Abad ke-21 dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan

& Nurul Syaida Md Zuki. (Ed), Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi.

Nor Hafidah Ibrahim norhafidah, Melor Fauzita Md. dan Yusoff Norzaliza Ghazali zaliza (2016). Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Bahasa Melayu Pengurusan (Sblm 1053) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Noor Aini Ahmad (2013). Membangunkan Multimedia Interaktif Bagi Membantu KanakKanak Awal Umur Mempelajari Bahasa.

Laporan Geran Penyelidikan Universiti, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(10)

41

Nur Elyani Binti Musa & Minarnie Hadzira Binti Mohamad (2013) Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,

Rahil Mohd Ghazali Dan Harun Baharudin (2016). Penggunaan Aplikasi Youtube Dalam Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Pelajar. UKM.

Rancangan Maklumat Kursus (RMK) Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer, RBT1014, berkuatkuasa mulai jun 2015. IPGM. 2015.

Ting Suh Ping (2012). Meningkatkan Minat Dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga Melalui Penggunaanbahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/IPG Kampus Batu Lintang.

Vespanathan Supramaniyam (2015). Penggunaan Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Guru- Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Wikipedia (2017). https://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube.

Referensi

Dokumen terkait

a) Membantu Direksi melaksanakan fungsi-fungsi manajemen dalam merencanakan dan mengawasi pelaksanaan pekerjaan yang berhubungan dengan mesin-mesin, sipil / bangunan baik

Oleh sebab itu, diharapkan dengan supervisi kepala sekolah yang baik dalam hal merencanakan supervisi, melaksanakan supervisi dan menindaklanjuti hasil supervisi

Dengan terhasilnya perisian ini, adalah diharapkan ia dapat membantu proses pengajaran da pembelajaran yang lebih interaktif dan efektif bagi tajuk Garis Lurus dalam mata

Penggunaan media pembelajaran berbasis TPACK juga mampu menarik perhatian perserta didik dan membantu peserta didik dalam memahami materi pembelajaran.Model PBL sesuai dengan pencapaian